Zarge ialah seorang Ultra yang muncul dalam manga Ultraman Story 0.
Sejarah[]
Ultraman Story 0[]
Merupakan seorang Ultra yang berasal dari Negeri Cahaya di Nebula M78, Zarge pertama kali muncul di sebuah planet asing dan beliau ditugaskan untuk melindunginya dari serangan ganas raksasa Zaragas. Dengan berkebolehan kuasa aisnya, Zarge telah berjaya menghentikan raksasa itu dan telah membekukannya dan telah mencincang badan Zaragas itu satu persatu. Selepas pertarungan itu, beliau menjumpai satu serpihan teknologi yang aneh dalam badan raksasa itu, kemudian beliau pun bawa pulang serpihan itu ke Planet Ultra dan bertemu dengan Ultraman yang lain untuk membuat kajian tentangnya. Di sana, Zarge bertemu dengan Ibu Ultra dan Bapa Ultra, Drew, Flare, Gorian dan Zoffy untuk berbincang tentang implikasi penemuan itu.
Pada masa itu, mereka telah mengabungkan kesemua serpihan peranti itu dan alat itu telah menunjukkan satu imej bayangan makhluk Baltan iaitu sekumpulan makhluk asing yang telah mensabotaj Matahari Plasma dan telah menyebabkan terlahirnya para Ultra dan raksasa. Para makhluk Baltan telah mengisytiharkan diri mereka sebagai penakluk alam semesta dan sebagai buktinya mereka merancang untuk memadam nyalaan api di Menara Ultra.
Semua Ultra bekerjasama untuk melindungi nyalaan itu dan konflik mereka berakhir selepas Zoffy menghancurkan peranti itu. Zarge dan yang lain-lain telah menggunakan kuasa mereka untuk mengekalkan nyalaan api tersebut dan telah meletakkannya ke tempat yang sepatutnya.
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 45 meter (anggaran)
- Berat badan: 35,000 tan (anggaran)
- Umur: 25,000 tahun
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
Transformasi[]
Zarge menggunakan bilahnya untuk bertukar dengan mengangkat pemegangnya ke kepalanya.
Kebolehan[]
- Kemahiran Berpedang: Zarge merupakan seorang pendekar pedang yang mahir, mampu menggunakan bilahnya untuk memotong pintu logam angkasa. Ini juga dicerminkan dalam gaya bertarungnya, di mana dia menggunakan dan membentuk bilah ais untuk menyerang musuhnya.
Teknik[]
- Perisai Ais: Zarge boleh meletakkan tangannya dan membina medan tenaga atau memancarkan medan dari tubuhnya. Sebarang projektil yang mengenai medan ini akan terhenti dan beku.
- Gelombang Ais: Zarge boleh menghantar tenaganya ke arah sasaran dengan ayunan tangannya, menghasilkan gelombang ais yang terbentuk dengan cepat dan menutupi lawannya dalam masa yang singkat.
- Salinan Ais: Zarge boleh menjelmakan salinan ais dirinya sendiri, sama ada untuk mengelak, mengelirukan lawannya atau untuk melakukan serangan potongan silang. Salinannya boleh bergerak dan kelihatan seperti sebenar sehingga mereka diserang dan menghilang.
- Tetakan Silang: Zarge dan salinannya yang telah bersenjatakan pedang ais berlari dengan pantas ke arah musuh dan menghiris lawan mereka menjadi kepingan.
- Pedang Ais: Zarge boleh melitupi tangannya dengan nafas aisnya dan membentuk ais tersebut menjadi bilah. Bilah ini tajam dan cukup kuat untuk memotong makhluk tanpa risau ia akan patah.
- Pedang Ais Berkembar: Zarge boleh menjelmakan pedang berkembar di tangannya.
- Bilah Ais: Zarge boleh mengubah pedang aisnya menjadi pedang sebenar yang boleh digunakan oleh orang lain.
- Peluncur Ais: Pada suatu ketika, Zarge telah menjelmakan bilah di kakinya untuk meluncur di atas jambatan ais yang dicipta oleh Freezas.
- Pemindahan Tenaga: Zarge boleh memulihkan tenaga Ultra lain dengan menggunakan pancaran dari Beam Lamp miliknya yang disasarkan ke Color Timer mereka.
- Raksasa Kapsul: Zarge mempunyai raksasa kapsul Freezas, seekor Kaiju dengan kuasa untuk menghasilkan pancaran ais.
Galeri[]
Trivia[]
- Zarge merupakan satu-satunya Ultra yang dilihat menghembuskan nafas, seperti yang ditunjukkan apabila dia menghembus tangan untuk menjelmakan ais bagi pedang aisnya.
- Zarge merupakan Ultra pertama (kini bukan kanonik) yang mempunyai kuasa jenis ais, yang mana agak menarik kerana mengalami kesejukan merupakan salah satu kelemahan utama Ultra.