Yullian merupakan seorang puteri di Negeri Cahaya dan rakan kepada Ultraman 80 sejak mereka kecil.
Sejarah[]
Ultraman 80[]
Merupakan seorang puteri di Nebula M78, Yullian menguruskan Negeri Cahaya kedua selepas bapanya. Yullian tidak terlibat dalam mana-mana jenis pertempuran sehingga suku alien dengan gaya tentera upahan, Alien Galagala dan ketua mereka, King Galtan muncul menculik Yullian dan merancang untuk membunuh Ultraman 80.
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Selepas Ultraman Belial kembali semula ke Negeri Cahaya sambil memegang Ultraman Taro yang telah tewas, Yullian dan banyak Ultra yang lain mara untuk melawannya. Namun selepas pertempuran yang berpanjangan itu, setiap Ultra telah dikalahkan oleh Belial. Apabila Belial mengambil Plasma Spark, seluruh Negeri Cahaya mulai membeku. Pada ketika Yullian sedang membantu Ultra yang mengalami kesakitan, akhirnya dengan tidak berdaya membeku bersama Ultra lain dalam sekelip mata. Bagaimanapun selepas Plasma Spark dikembalikan oleh Zero, Yullian dan setiap Ultra lain pulih dan mendengar ucapan Ultraman King di akhir filem. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
Yullian dilihat bersama dengan Ultra Brothers, menyiasat satu alat yang ditinggalkan oleh Darklops yang telah musnah dan kemudian menemui lokasi dari mana alat itu datang. Apabila tentera Kaiser Belial tiba di Negeri Cahaya untuk memusnahkannya, setiap Wira Ultra melawan setiap tenteranya dan mampu mengalahkannya selepas pertempuran yang besar. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Profil[]
Statistik[1][]
- Ketinggian: 47 meter
- Berat badan: 36,000 tan
- Umur: 7,800 tahun
- Tempat asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 7.7
- Kelajuan Berlari Maksimum: 1200 kilometer per jam
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: 250 kt
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3
- Ketinggian Melompat Maksimum: 700 meter
- Kekuatan Lengan: 100,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 35,000 tan
Ciri-ciri Badan[]
- Beam Lamp: Batu hijau yang terdapat di dahi Yullian. Walaupun tidak pernah digunakan, ia mungkin dapat digunakan sebagai serangan.
Transformasi[]
Yullian memiliki bentuk manusianya sendiri seperti 80, Leo, Ultra Seven dan kemudian Mebius. Untuk bertukar dia perlu menggunakan Bright Bracelet. Adegan transformasinya adalah sama dengan adegan pertama 80, di mana dia mengangkat lengan kanannya ke udara dan menjerit "Yullian" dan kemudian cahaya meliputi tubuhnya dan menukarnya menjadi bentuk Ultra.
Teknik[]
Istimewa[]
- Princess Ray
- Pembatalan Penyamaran
- Pengesanan Tenaga
- Serenity Shot[1]: Seperti Ultra lain, Yullian juga boleh menembak Ultra Beam.
Fizikal[]
- Yullian Chop : Serangan mencincang.
- Yullian Kick : Serangan menendang.
- Yullian Throw : Serangan melempar.
Gabungan[]
- Double Power
Galeri[]
Trivia[]
- Reka bentuk Yullian adalah berdasarkan pada patung Buddha, Maitreya.
- Yullian merupakan rakan kongsi wanita pertama yang bersama Ultra utama iaitu Ultraman 80.