Biografi |
Galeri |
"Dengar, Bumi ialah bentuk hidupan gergasi tunggal! Ultroid Zero melebihi teknologi dan memusnahkan Bumi ini sendiri! Sebab itulah Bumi menolaknya! Tentu raksasa-raksasa itu bertindak atas kemahuan planet ini!"
- ―Yuka Ohta memberi komen mengenai kewujudan Ultroid Zero
Ultroid Zero [1] ialah sebuah robot yang menyerupai ala-ala Ultra yang dihasilkan oleh SAAG, pengganti kepada STORAGE sebagai Unit SC keempat, yang menggabungkan data pertarungan Pahlawan Ultra yang mereka temui hingga ketika itu (termasuk Z) dan King Joe STORAGE Custom. Oleh itu, ia diisytiharkan sebagai "Senjata Robot Terkuat" .[1]
Pada mulanya dianggap sebagai "sebuah kewujudan di mana manusia melindungi diri mereka dengan tangan mereka sendiri" [2] manusia yang membina Ultroid Zero tidak sedar bahawa mereka sedang terjebak di tangan Celebro, yang berniat menggunakan robot tersebut sebagai elemen penting dalam rancangan akhirnya untuk memusnahkan umat manusia dengan merampas mesin itu dan mengubahnya menjadi kaiju bernama Destrudos sebaik sahaja ia menyerap Kaiju Medal dan kumpulan tujuh ekor raksasa di seluruh dunia.[3] Celebro mengisytiharkannya sebagai "Raja Kematian dan Kemusnahan" untuk mengakhiri manusia dan tamadunnya.
,Gelaran:
Konsep[]
Etimologi[]
Destrudos dinamakan oleh Celebro, yang mencerminkan Permainan Peradaban Pemusnah Diri yang dikendalikannya. Nama ini diambil daripada istilah "Destrudo", yang pertama kali digunakan oleh pakar psikoanalisis Itali, Eduardo Weiss pada tahun 1935 untuk menggambarkan tenaga 'naluri kematian' atau 'dorongan kematian', dengan cara yang serupa dengan konsep Sigmund Freud tentang Libido, iaitu 'naluri hidup' atau 'dorongan hidup' yang biasanya disebut dalam konteks pembiakan tetapi juga naluri untuk kelangsungan hidup. Jika Libido dalam psikoanalisis Freudian digambarkan sebagai 'dorongan untuk mencipta', Destrudo pula adalah 'dorongan untuk memusnahkan', yang merangkumi konsep-konsep dalam naluri kematian seperti keagresifan, kompulsif dan tingkah laku merosakkan diri.
Reka bentuk[]
Pengarah siri, Kiyotaka Taguchi merupakan pereka asal untuk Unit SC yang keempat, dengan lakaran asasnya kemudian disempurnakan oleh Masayuki Gotoh kepada reka bentuk sedia ada.[4] Pada mulanya, Unit SC keempat ini dirancang untuk meniru penampilan Ultraman Z, tetapi memandangkan populariti Z belum dapat dipastikan ketika itu, maka reka bentuknya diubah bagi menyerupai Ultraman Zero. Kiyotaka Taguchi pada mulanya membayangkan Ultroid Zero untuk menggunakan kesederhanaan Era Showa dengan meletakkan bahagian berbentuk cincin pada sut Ultraman Zero, mirip kepada Imit-Ultraseven dan Ace Robot. Namun, pengeluar bersama, Junichiro Ashiki meminta reka bentuk yang lebih mekanikal untuk menunjukkan kecanggihan teknologi kerana beliau merasakan gaya sebelumnya terlalu berbeza dari Unit SC STORAGE. Atas permintaan Koichi Sakamoto, sut Ultroid Zero diperlukan untuk memastikan bahagian sut tidak menghalang sebarang pergerakan pelakon sut. Dengan anggapan awal bahawa sut Darklops Zero mungkin diubah suai (beberapa konsep awal juga menampilkan skema warna Darklops), sut ini dijadikan model asas dengan bahagian tertentu ditambah untuk Unit SC ini, seperti visor dan penggunaan Dimensi Teras dengan penempatan litar tiub pada bahagian dada bagi menunjukkan aliran tenaga D4 Ray. Penambahan pendorong pada tangan dan kaki juga bertujuan memberikan tanggapan awal bahawa Unit SC ini mampu terbang.[5]
Perancangan asal untuk sut Ultroid Zero adalah dengan mengubahsuai sut Darklops Zero dan menambah bahagian daripada Tector Gear, namun akhirnya pasukan produksi memilih untuk mencipta sut yang sepenuhnya baharu. Selain badan utama, sut Ultroid Zero dibahagikan kepada beberapa bahagian berasingan; iaitu topeng, vest, sarung tangan, pelindung lengan, kasut, tulang belakang dan pelindung pinggul. Bahagian seperti "Beam Lamp" pada topengnya ialah satu-satunya bahagian dengan pendawaian untuk lampu LED, manakala visor berfungsi sebagai lubang pandangan untuk pelakon sut.[6] Teras D4 Ray menampilkan reka bentuk berkonsepkan litar yang tidak ditampilkan dalam gambar rekaan awal, tetapi merupakan tambahan daripada pasukan pemodelan. Melalui percubaan, litar tubular pada badannya dihasilkan menggunakan bahan yang mirip dengan yang digunakan untuk sut selam.[7]
Destrudos direka oleh Kengo Kusunoki dengan anggapan bahawa ia merupakan personifikasi Guernica. Bahagian raksasa yang telah diserap oleh Ultroid Zero muncul pada tubuh Destrudos dalam keadaan ossifikasi.[8][9] Kepala Red King B yang dipasang pada bahu kanan merupakan rujukan kepada reka bentuk Red King yang tidak simetri yang dilukis oleh Tohl Narita untuk menekankan distorsi pada imej raksasa tersebut.[10] Keputusan untuk memasukkan Dancan dan Majaba di antara raksasa komponen lain adalah disebabkan oleh mereka yang semakin dilupakan dari tahun ke tahun. Reka bentuk "topeng" pecah Ultroid Zero dihasilkan secara berasingan. Dalam temubual bersamanya, Kiyotaka Taguchi menggambarkan raksasa ini sebagai versi Era Reiwa bagi Tyrant. Dalam konsep seni, Tough Gillan, Volkeller, Gudon, Zurasuimar, Giralen, Black End dan Saramandora juga termasuk sebagai bahagian Destrudos, tetapi semuanya dikeluarkan demi alasan kesederhanaan.[11] Sebelum proses reka bentuk semula, kepala Destrudos sepatutnya merupakan wajah Tough Gillan, taring Crescent dan mata Dancan.[12]
Sejarah[]
Ultraman Z[]
Ultroid Zero dihasilkan oleh GAFJ dalam tempoh tiga hari selepas pembubaran STORAGE dan mengambil alih aset mereka. Mai Yuki merupakan ketua pembangunan projek ini, dan untuk menstabilkan senjata super D4 yang terletak di dadanya, dia dan kakitangannya mengumpul data mengenai Zestium Beam milik Ultraman Z selepas ia terkena King Joe STORAGE Custom. Selepas kematian Alien Barossa yang ketiga, Mai memilih Yoko secara peribadi untuk dilantik sebagai juruterbang Ultroid Zero. Hari Esok yang Terpisah
Sebulan selepas pemusnahan Kelbim di Bumi, Ultroid Zero dilancarkan secara rasmi untuk ujian operasinya. Mengikut amaran Yuka, Takkong, King Guesra, Demaaga, Gomess dan Pagos semua muncul serentak untuk memusnahkan mesin tersebut akibat adanya senjata D4 di dadanya. Walaupun Ultraman Z berusaha untuk campur tangan, hanya Takkong dan King Guesra yang terselamat manakala raksasa-raksasa yang lain dimusnahkan oleh D4 Ray. Permulaan Mimpi Ngeri Ultroid Zero yang ditinggalkan menjadi sasaran oleh kedua-dua Juggler dan Celebro untuk melaksanakan agenda masing-masing, tetapi Celebro berjaya merampasnya dengan menggunakan Haruki sebagai pengaruh terhadap Juggler.
"Awak ada di sini, Ultraman Z! Saya terhutang budi. Awak diperalatkan saja dalam permainan ini! Disebabkan awak, manusia buat senjata yang bagus untuk saya! Sekarang biar saya perkenalkan awak dengan bos terakhir bagi kemuncak permainan ini! Raja kematian dan kemusnahan, Destrudos!"
- ―Yoko Nakashima (Celebro), episod 24 Ultraman Z, Permainan Menuju Kepupusan
Selepas meninggalkan Pengarah Kuriyama dan mengambil alih Yoko Nakashima sebagai hos ketiganya, Celebro menggunakan dia untuk merampas Ultroid Zero, mengaktifkan mesin tersebut dengan Pingat Belial miliknya sebelum melarikan diri dari Ibu Pejabat STORAGE. Ultraman robot itu menyerap tujuh ekor raksasa yang sedang tidur di seluruh dunia sebelum kembali ke Jepun untuk menyerang Red King B dan telurnya. Walaupun ibu raksasa itu diserap, Ultraman Z berjaya melindungi telur tersebut dan menjauhkannya dari pertarungan cukup lama untuk meletakkannya di tempat yang selamat dalam celah di tebing batu. Dengan tenaga dan bahan genetik dari raksasa yang diserap serta Kaiju Medal yang diberi makan oleh Celebro, Ultroid Zero berevolusi menjadi Destrudos dan dengan mudah menewaskan Ultraman dengan menggunakan D4 Ray, sehingga memaksa Z untuk memisahkan ikatan dari Haruki akibat kecederaan parah yang dialami oleh mereka berdua, yang pastinya akan mengakibatkan kematian mereka jika Haruki cuba untuk bertukar sekali lagi. Apabila Haruki sedar semula, Destrudos telah merosakkan beberapa bandar utama di Bumi. Permainan Menuju Kepupusan
Ketika STORAGE dibentuk semula dengan memberontak terhadap pasukan SAAG, Destrudos kembali ke Jepun untuk pertarungan terakhir menentang Unit SC. Yuka menemui lokasi kokpit Yoko di belakang kepala Majaba, di mana Haruki/King Joe SC terpaksa membuka jalan untuk sampai ke titik itu dengan memukul melalui badan Destrudos. Celebro dipaksa untuk mengambil kawalan langsung ke atas Destrudos dengan mengerasukan kimera tersebut apabila Yoko berjaya mengawal dirinya semula dan kehilangan Pingat Belial. Selepas memperbaharui D4 Ray miliknya, Destrudos dan Celebro melakukan serangan terakhir menentang Z, tetapi raksasa itu dihancurkan menjadi berkeping-keping oleh Zestium Beam yang diperkuat (dalam bentuk Original yang tidak kurang hebatnya). Celebro selamat dari kemusnahan Destrudos untuk ditangkap oleh Yuka dan Kaburagi bagi tujuan pembedahan. Pahlawan Bersinar Terang
Trivia[]
- Ultroid Zero ialah Ultraman buatan kedua yang dicipta oleh manusia sebagai pembela, selepas Terranoid dalam siri Ultraman Dyna. Kedua-dua mereka juga diubah menjadi bentuk raksasa oleh kuasa asing untuk menentang manusia. Situasi ini telah diakui oleh Ultraman Zero dalam Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey, yang bukan sahaja menegaskan persamaan mereka, malah melihat robot pelanduk dua serupanya itu sahaja sudah cukup untuk menimbulkan rasa tidak senang dalam dirinya.
- Senjata Ultroid Zero menggunakan tenaga Magnerium, suatu bahan yang namanya serupa dengan yang pernah digunakan oleh Ultra Guard untuk menghidupkan semula Ultraseven selepas dikalahkan dan penculikan oleh Alien Guts. Hubungan antara kedua-duanya selain daripada nama tersebut masih belum diketahui pada ketika ini.
- Mainan DX Z Riser menyebut nama Destrudos sebagai "Destordos".
- Destrudos kadangkala mengeluarkan ngauman Seabozu dalam nada yang lebih rendah.
- Serangan Destrudo Phalanx & Destrudo Hellfire oleh Destrudos, yang bersifat sebagai tembakan anti-pesawat dan projektil misil, merujuk kepada dua jenis senjata dunia sebenar iaitu Phalanx CIWS dalam kategori sistem senjata rapat dan AGM-114 Hellfire dalam kategori peluru berpandu udara ke permukaan.
- Pereka Kengo Kusunoki menyatakan bahawa warna kostum Destrudos berbeza berbanding lukisan asalnya, di mana pewarnaan tersebut digunakan dalam figura vinil lembut raksasa itu. Beliau juga menambah bahawa kepala Red King pada figura tersebut kelihatan mirip dengan reka bentuk versi Powered dari siri Ultraman: The Ultimate Hero.[13]
- Seiring dengan kemunculan khas Ultraman Ace dalam siri Ultraman Z, Destrudos berkongsi beberapa persamaan dengan Jumbo King dari siri asal Ace.
- Kedua-dua mereka merupakan raksasa kimera terakhir dalam Siri Ultraman masing-masing.
- Kedua-dua mereka dicipta oleh musuh utama yang menggabungkan beberapa ekor raksasa dalam serangan akhir mereka ke atas Bumi.
- Kedua-dua mereka berkaitan dengan Yapool (Jumbo King merupakan senjata akhir Yapool dalam menewaskan Ace, manakala Destrudos mempunyai senjata D4, yang kuasanya berasal dari Baraba dan Dimensi Yapool).
- Kedua-dua mereka mencederakan hos manusia Ultra itu pertama kali sebelum mereka dikalahkan kemudian oleh hos tersebut dalam pertempuran waktu matahari terbenam.
- Selepas kekalahan mereka, kedua-dua pencipta mereka melarikan diri dan muncul semula dalam media seterusnya.
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Untuk membina bala tenteranya, Absolute Tartarus mengarahkan Alien Bat untuk memodifikasi dua robot berkuasa yang diperolehnya - Darebolic dan Ultroid Zero, dengan Bat menggunakan pengetahuannya tentang mesin untuk memodifikasi Ultroid Zero agar dapat beroperasi tanpa jurupandu. Tartarus kemudian memanggil Ultroid Zero ke Planet Babel untuk bertarung dengan Ultraman Nexus yang bertukar menjadi Junis Blue untuk menangkis D4 Ray Ultroid Zero. Selepas pertarungan yang singkat, Nexus berevolusi menjadi Ultraman Noa, memusnahkan robot tersebut menggunakan Lightning Noa. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Trivia[]
- Pertarungan Ultroid Zero sebelum ia dimusnahkan oleh Ultraman Noa adalah penting disebabkan oleh Noa yang terkenal kerana pernah bertarung dengan Dark Zagi, satu lagi Ultra buatan yang memberontak terhadap penciptanya.
Ultraman Trigger: Episode Z[]
Setelah Celebro dipaksa keluar dari dalam Haruki, dia kemudian menguasai tubuh Leyrah Ibra, yang entah bagaimana mempunyai Pingat Destrudos dengannya. Celebro mengaktifkan pingat tersebut dan menjelmakan raksasa itu, yang telah mengganggu pertarungan antara Ultraman Trigger, Trigger Dark, Ultraman Z dengan Evil Trigger. Ini memberikan peluang kepada Evil Trigger untuk menyerang Trigger. Yuna Shizuma memberikan Trigger sebahagian daripada Eternity Core dengan mengorbankan cincin Yuzare dan puing-puing Eternity Core itu sendiri, membolehkan Trigger menjadi Glitter Trigger Eternity, yang memotong Destrudos dengan Glitter Blade miliknya. Trigger Dark dan Z melepaskan serangan akhir mereka ke arah Destrudos dan menumpaskannya, meninggalkan Celebro dan Leyrah Ibra dalam keadaan tewas dan terkejut. Ultraman Trigger: Episode Z
Data[]
- Statistik[2]
- Ketinggian: 55 meter
- Berat badan: 50,000 tan
- Asal usul: Ibu pejabat STORAGE
- Kuasa dan Senjata[1]
- Enjin Pedanium : Sebuah enjin yang serupa dengan yang dipasang dalam King Joe STORAGE Custom. Dalam teori, ini menjadikannya 5 kali lebih berkuasa daripada enjin Windom dan secara keseluruhannya tiga kali lebih responsif.
- Penerbangan: Ultroid Zero boleh terbang melalui penggunaan pendorong roket dari bahagian belakang, kaki dan tapaknya.
- Magnerium Punch : Ultroid Zero mengumpulkan tenaga di dalam tangannya sebelum melepaskan satu tumbukan yang kuat.
- D4 Ray : Satu sinaran tenaga yang ditembak dari dada. Ia dihasilkan melalui kajian terhadap tenaga ekstradimensi Yapool menerusi pedang Baraba.[1][2] SAAG berjaya menstabilkan senjata tersebut berkat data yang diperoleh daripada Zestium Beam milik Z, tetapi robot tersebut masih mengalami kesan sampingan daripada serangan itu, menyebabkan jurupandu tidak sedarkan diri.
- Magnerium Gatling : Meriam automatik yang ditembak dari lengan. Nama rasminya ialah Meriam Automatik Berputar Berkembar 35mm Berempat .
- Magnerium Blade : Senjata bilah tenaga di bahagian lengan bawah. Nama rasminya ialah Bilah Serangan Dekat Berfrekuensi Tinggi .
- Magnerium Shield : Satu penghalang tenaga yang didirikan untuk mempertahankan diri daripada serangan. Nama rasminya ialah Sistem Pertahanan Tenaga Tinggi Anti-Kaiju .
- Magnerium Slasher Zero Slugger milik Zero. Nama rasminya ialah Pemotong Bertenaga Tinggi Pelbagai Tujuan Jarak Sederhana . : Bilah tenaga yang ditembak dari puncak yang menyerupai
- Magnerium Maser Beam Lamp di dahi. Nama rasminya ialah Meriam Maser Berkuasa Tinggi Anti-Raksasa . : Sinar laser terkonsentrasi yang ditembak dari bahagian menyerupai
- Penyerapan Kaiju: Menerusi Pingat Belial,[14] Ultroid Zero boleh menguras tenaga kehidupan Kaiju selepas menikam mereka dengan tangannya, menambah kekuatan mereka ke dalam dirinya dan menyerap bahan genetik mereka, yang kemudian akan muncul apabila Ultroid Zero bertukar menjadi Destrudos. Proses ini nampaknya sepenuhnya 'memakan' sasaran, yang akan larut dan meninggalkan tiada kesan.
- Kekuatan Super: Walaupun had kekuatan kasarnya tidak diketahui, Ultroid Zero mampu mengangkat batu besar dengan agak mudah.
- Statistik[3]
- Ketinggian: 80 meter
- Berat badan: 60,000 tan
- Asal usul: Kawasan berbukit berhampiran Bandar Fukuma
- Kuasa dan Senjata[3]
- Kekuatan: Hasil daripada dicipta daripada sekurang-kurangnya tujuh ekor raksasa, ditambah pula dengan Ultroid Zero, Destrudos mempunyai kekuatan yang amat besar dan mampu mengatasi lawan dengan mudah dalam pertarungan jarak dekat.
- Ketahanan: Sebagai hasil daripada kekuatan dan komposisinya, Destrudos mampu menghadapi serangan yang akan menyebabkan raksasa biasa mengalami kecederaan atau kesakitan, hanya dikejutkan oleh beberapa serangan terkuat Z.
- Destrudo D4 Ray : Sebahagian yang tinggal daripada Ultroid Zero selepas transformasinya menjadi Destrudos, Destrudos boleh menembak D4 Ray dari dadanya melalui mata Majaba. D4 Ray ini nampaknya lebih kuat daripada penggunaannya sebelum ini dan jauh melebihi Zestium Beam milik Ultraman Z dari segi kuasa murni, sehingga menyebabkan Z tewas serta-merta dan mengalami kecederaan kritikal hanya dengan satu tembakan.
- Destrudo Breath : Serangan nafas tenaga.
- Destrudo Thunder Blast : Pancaran petir yang dikumpulkan tenaga dan ditembak dari duri badan Destrudos.
- Cakar: Selain sayapnya, Destrudos juga memperoleh jari-jari Birdon untuk pertempuran jarak dekat.
- Destrudo Reaper : Satu tetakan tenaga berbentuk "X" yang terbentuk dari tangannya.
- Penerbangan: Berkat sayap Birdon, Destrudos mampu terbang melintasi dunia walaupun dengan berat badannya sedemikian.
- Destrudo Phalanx : Meriam anti-pesawat yang menembak dengan pantas dari matanya.
- Destrudo Hellfire : Destrudos melepaskan durinya, yang menjadi serangan peluru berpandu secara bertubi-tubi yang mengikut sasaran.
- Regenerasi: Destrudos boleh menjana semula senjata D4 yang telah musnah.
- Komponen
- Badan Asas, Kokpit dan D4 Ray: Ultroid Zero
- Kepala, Torso dan Ekor (Bawah): Crescent
- Tanduk Belakang: Arstron
- Bahu Kanan, Belakang, Ekor (Atas), Kaki Bawah dan Kaki: Red King B
- Bahu Kiri: Satan Beetle
- Tangan dan Sayap: Birdon
- Dada: Majaba
- Kaki Atas dan Duri: Dancan
Barang dagangan[]
Ultra Monster Series (500)[]
- Ultroid Zero (2020)
- Tarikh Dikeluarkan: 5 Disember 2020
- Nombor ID: 133
- Harga: 600 yen
- JAN/ISBN: 4549660511434
- Bahan: PVC
- Ultra Monster Series Ultroid Zero ialah figura vinil lembut sepanjang 5.5 inci (14 cm). Dihasilkan daripada plastik PVC kelabu perak, Ultroid Zero mempunyai pelbagai cat berwarna merah, biru, emas dan perak (kepala). Ia mempunyai sendi yang boleh digerakkan pada lengan dan pinggang.
- Destrudos (2020)
- Tarikh Dikeluarkan: 12 Disember 2020
- Nombor ID: 134
- Harga: 600 yen
- JAN/ISBN: 4549660511441
- Bahan: PVC
- Figura Destrudos juga tersedia sebagai figura Ultra Monster Series. Seperti mainan lain yang berdasarkan kaiju bersaiz besar, Destrudos sepenuhnya tidak seimbang dari segi skala.
GUTS Hyper Key[]
- Ultroid Zero Key (2021)
- Tarikh Dikeluarkan: 22 Julai 2021
- Nombor Kunci: M-14
- Harga: Berbeza untuk setiap produk yang dibeli
- JAN/ISBN: Berbeza untuk setiap produk yang dibeli
Ultroid Zero merupakan alat mainan yang direka untuk digunakan bersama DX GUTS Sparklence atau Circle Arms. Walaupun ia mempunyai suis untuk mengaktifkan bunyinya, memasukkan kunci ke dalam GUTS Sparklence membolehkan ia memainkan "Boot up, D4!". Semasa dalam mod Sparklence, kod kunci membolehkan peranti memainkan bunyi bersedia Z Riser jika pemicu ditarik.
Mainan ini tersedia sebagai alat eksklusif yang diberikan kepada pelanggan yang membeli alat eksklusif berikut dari Ultra Hero Festival 2021:
- Ultra Sibling Socks (Hitam dan Kelabu)
- Tuala Ultraman Trigger Super Cool Transformation Hooded
- Tuala Inkjet
- T-shirt Panel
Ultra Monster DX[]
- Destrudos (2023)
- Tarikh Dikeluarkan: 18 Mac 2023
- Harga: 4,180 yen
- JAN/ISBN: Akan diumumkan...
- Bahan: PVC
- Tiga tahun selepas pelancaran mainan Ultra Monster Series, Destrudos dilancarkan untuk barisan Ultra Monster DX, berdiri setinggi 19cm untuk skala dengan figura Ultra Hero Series (2016).
Rujukan[]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 http://m-78.jp/z/robot/
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 https://twitter.com/ultraman_series/status/1331523110894407680
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 https://m-78.jp/z/kaiju/
- ↑ Ultraman Z Perfect Super Complete Works halaman 161 hingga 171
- ↑ Figure-Oh 286 page 48
- ↑ Uchusen 171, page 74-75
- ↑ Detail of Ultraman Z, page 65
- ↑ https://twitter.com/erohoshi/status/1338058441353437184
- ↑ https://twitter.com/erohoshi/status/1338062012597735424
- ↑ https://twitter.com/ibTgLr9sU3nZQOV/status/1425599319046979593?s=20
- ↑ Ultraman Z Perfect Super Complete Works.
- ↑ https://twitter.com/erohoshi/status/1412042396431392772
- ↑ https://twitter.com/erohoshi/status/1338454118805852165?s=20
- ↑ 『ウルトラマンZ 全バトルクロニクル』ISBN 978-4-06-521873-0 halaman 70
Kaiju Ultraman Z | |
---|---|
Ultraman Z | Gomess | Sevenger | Genegarg | Bullton | Celebro | Neronga | Majappa | Bemstar | Segmeger | Windom | Guigass | Gomora | Telesdon | Erimaki-Telesdon | Peguila | Jugglus Juggler | Zeppandon | Gillvalis | Alien Pegassa Pega | Valis Raider | Skull Gomora | Thunder Killer | Pedanium Zetton | Alien Pitt | Tri-King | Five King | King Joe | Alien Barossa | Red King A & B | Giestron | Grigio Raiden | Kanegon | Greeza | Horoboros | Metsuboros | Alien Barossa II | Pagos | Kemur | Baraba | M1 | Kelbim | Mother Kelbim | Alien Barossa III | Ultroid Zero | Takkong | King Guesra | Demaaga | Gomess (S) | Destrudos |
Fight! Sevenger | Sevenger | Jugglus Juggler | Crazygon | Diplas | Jirangon | Majaba | Red Smogy | Samekujira | Idatenran | Vortex Fire | SC-2 Prototype Machine | Gakuma | Ashuran |
Sevenger Fight | Sevenger | Jugglus Juggler | Jirahs | Alt-Helzzking | Eleking | Dancan | Pigmon | Garamon | Gazort | Reconstructed Pandon | Alien Icarus | Gandar | Alien Ghose | Beam Missile King | Pestar | Satan Beetle | Alien Boze | Alien Akumania | Alien Kettle | Oni-on |
Ja no Michi wa Hebi | Sagittari/Grigio/Grigio Raiden | Jugglus Juggler | Biranki | Alien Nackle | Alien Salome | Alien Godola | Phalaris | Alien Arcana Doman Seman | Alien Chibull Mabuze | Zigzag | Alien Serpent | Gango | Darebolic (MB) | Jinobe | Alien Markind | Alien Borg Puan Graia | Celebro | Genegarg |
Kaiju Ultraman Trigger | |
---|---|
Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Golba | Alien Metron Marluru | Gymaira | Lishurian (Ignis) | Gazort | Oka-Gubila | Deban | Deathdrago | Satandelos | Alien Barossa IV | King Joe STORAGE Custom | Space Sevenger | Bullton | Baby Zandrias Kedamya | Siakap The Other | Okorin Ball Parasite | Small Desimonia | Dada PDO-3 | Gargorgon | Zaragas | Absolute Diavolo | Absolute Tartarus | Darebolic | Nurse | Metsu-Orga | Metsu-Orochi | Segmeger | Golba II | Kyrieloid | Barriguiler | Aboras | Banila | Mecha Musashin | Megalothor | Gomora | Telesdon | Pagos | Arstron |
Episode Z | Alien Metron Marluru | Ignis | Celebro | Pagos | Gazort | Genegarg | Deathdrago | Destrudos |
Secret Origins of the Nursedessei | Alien Metron Marluru | Alien Magma | Alien Pedan | Ghighi Doctor | Cicada Man | Alien Wild Zagar | Alien Pitt | Alien Zetton |