Ultrawoman Grigio Darkness merupakan seorang klon kegelapan bagi Ultrawoman Grigio yang telah dicipta oleh Ultra Dark-Killer sebagai salah seorang Darkness Warriors-nya.[2] Dia pada asalnya dibuat untuk Ultra Heroes EXPO 2021 dan akhirnya akan melakukan kemunculan kanon pertamanya dalam siri Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad.
Sejarah[]
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Profil[]

Statistik[]
- Ketinggian: 43 meter
- Berat badan: 30,000 tan
Ciri-ciri Badan[]
- Pemasa Warna : Grigio Darkness mengenakan Pemasa Warna berbentuk bulat yang sentiasa bersinar berwarna merah.
- Ultra Armor: Ultra Armor standard.
- Protektor : Seperti Ultra asal, Grigio Darkness juga mengenakan protektor yang melitupi di kawasan dadanya.
Teknik[]
- Dark Grigio Shot Ultra Beam Grigio. : Versi gelap bagi
Media Lain[]
Ultra Heroes EXPO 2021 Live Stage[]
Ultrawoman Grigio Darkness telah diseru bersama Ultraman X Darkness, Ultraman Geed Darkness dan Ultraman Zero Darkness oleh Ultra Dark-Killer di bawah perintah Absolute Tartarus untuk menghapuskan manusia dan mengumpan para Ultra itu ke Bumi. Bersama Jamila, dia dan sekumpulan Darkness Warriors itu bertarung dengan Ultraman Z dan Sevenger yang dipandu secara automatik.
Ketika beberapa Pahlawan Ultra datang untuk membantu Z dan Sevenger, dia menentang wira itu dalam pertempuran satu lawan satu. Selain turut bertarung dengan Sevenger, Grigio Darkness dan Ultra Dark-Killer bertukar-tukar lawan mereka, bersilih ganti antara menentang Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio sebenar. Akhirnya, dia dan Darkness yang lain telah ditewaskan oleh sekumpulan Ultra itu.
NEW GENERATION THE LIVE: Ultraman Trigger STAGE 1[]
Dalam pementasan itu, Ultrawoman Grigio telah pergi untuk membantu Tiga dalam bertarung menentang Camearra. Bagaimanapun, tidak mahu ada yang mengganggu pertarungannya dengan bekas kekasihnya itu, dark Ultra itu menggunakan kuasanya untuk menjelmakan Grigio Darkness dari kegelapan dalaman Grigio. Ketika sedang bertarung dengan doppelganger-nya, Asahi mengatasi versi kegelapannya itu dan memeluknya, seraya menyebabkannya menghilang menjadi zarah cahaya.
Saluran YouTube ULTRAMAN OFFICIAL[]
Grigio Darkness muncul dalam segmen komersial episod ke-16 siri Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey, pertamanya dia mempromosikan TSUBURAYA IMAGINATION dan akhirnya meminta penonton untuk melanggan saluran YouTube.
Dalam siaran semula siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga, Grigio Darkness muncul di hadapan para penonton untuk mempersembahkan sebuah video rahsia iaitu Director's Cut siri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy di TSUBURAYA IMAGINATION.
Galeri[]
Ultra Heroes EXPO 2021[]
Trivia[]
- Kewujudan Grigio Darkness telahpun disebut sebagai jenaka oleh Arisa Sonohara iaitu pelakon Asahi Minato ketika dia dan Takuya Negishi menghadiri tayangan perdana versi director's cut siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Dalam pertunjukan pentas yang sama yang sama, Negishi juga berjenaka, mencadangkan kemunculan versi Darkness Ultraman Ginga.[3]
- Arisa turut berjenaka bahawa dengusan Grigio Darkness merupakan versi frasa "Happy!" Asahi yang diputarbelitkan, namun begitu Grigio Darkness di Ultra Heroes EXPO diam seperti Ultra Darkness yang lain. Grigio Darkness dalam saluran YouTube ULTRAMAN OFFICIAL digambarkan sebagai seorang yang santai, berbeza dengan keceriaan Asahi serta bercakap dengan cara yang menggoda.
- Seperti X Darkness dan Geed Darkness, Grigio Darkness memiliki skema warna merah dan hitam yang masing-masing selari dengan warna jingga dan perak Grigio. Pewarnaan ungu muda di dadanya menggantikan coretan hitam Grigio asal, sementara warna ungu di kepalanya menggantikan warna jingga Ultra yang asal itu.
- Kemunculan pertama Grigio Darkness dalam siaran semula YouTube episod ke-16 siri Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey adalah berkaitan dengan episod itu, memandangkan ia mempromosikan Pahlawan Ultra palsu, dengan Grigio Darkness juga dianggap sebagai salah seorang.