Ultraman Wiki
Advertisement


Ultrawoman Grigio (ウルトラウーマングリージョ, Urutoraūman Gurījo) ialah seorang Pahlawan Ultra wanita dan merupakan adik perempuan kepada Ultraman Rosso dan Ultraman Blu. Dia pertama kali muncul dalam Ultraman R/B The Movie.

Konsep[]

Etimologi[]

Grigio bermaksud "Kelabu" dalam bahasa Itali, nama yang turut dikongsi dengan spesies seekor kaiju dalam siri Ultraman R/B. Walaupun demikian, nama Jepun mereka dieja dan disebut secara berbeza: Ultrawoman Grigio (ウルトラウーマングリージョ, Urutoraūman Gurījo) dan Grigio Bone (グルジオボーン, Gurujio Bōn). Katakana untuk nama Ultrawoman Grigio berasal daripada nama sebenar Saki Mitsurugi yang mana diambil oleh Asahi sebagai identiti Ultrawomannya dalam ingatannya.[1][2]

Sejarah[]

Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond[]

RossoBluGrigioGeed

Adik-beradik Minato bergabung tenaga dengan Geed

Semasa pertarungan menentang Ultraman Tregear dan Snake Darkness, Asahi telah bertukar menjadi Grigio Regina. Walau bagaimanapun, serangannya bersama Ultraman Rosso, Blu dan Geed tidak berkesan ke atas mereka. Ketika mereka hampir tewas, semangat Saki Mitsurugi menjangkau Asahi, lalu kemudian membuka kuasa sebenar dirinya. Exoskeleton Grigio Regina terbelah dan Ultrawoman Grigio pun muncul daripadanya. Dengan memulihkan tenaga tiga Pahlawan Ultra itu, dia membantu mereka melawan musuh mereka, tetapi mereka masih sukar untuk mengatasi kekuatan lawan. Untuk mengakhiri pertarungan, adik-beradik Minato berganding tangan dan menjelmakan Kristal Makoto yang menggabungkan Rosso, Blu dan Grigio menjadi Ultraman Gruebe. Bersama Geed Ultimate Final, mereka bertarung dalam pertarungan yang lebih seimbang. Akhirnya, Gruebe menghancurkan Snake Darkness melalui Gruebing Beam dan membebaskan Yukio daripada pengaruh gelap Tregear. Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond

Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]

"Dia ada jumlah cahaya yang sangat banyak jauh di dalam dirinya. Bila cahaya tu bergabung dengan abang-abangnya, satu kuasa misteri akan terbentuk dan mereka akan menjadi Ultraman Gruebe. [...] Betul tu! Untuk menghalang awak semua daripada berubah menjadi Gruebe."

―Siluet Tregear yang berdiri menghadap Zero dan Grigio dari potongan pengarah New Generation Heroes

Disebabkan peranan penting Ultrawoman Grigio dalam penggabungan Ultraman Gruebe, Ultraman Tregear telah mencadangkan penculikannya kepada League of Darkness, maka ia membawa kepada penglibatan adik-beradik Minato dalam pertarungan yang akhirnya berlaku.

GrigioAndZeroVersusZeroDarkness

Grigio dan Zero menentang Zero Darkness

Dengan abang-abangnya berada di luar negara, Asahi kekal di Bandar Ayaka untuk melindunginya daripada sebarang ancaman dan bahaya. Dia bertukar menjadi Ultrawoman Grigio untuk berlatih, tetapi Ultra Dark-Killer tiba-tiba muncul melalui portal sambil mengejar Ultraman Zero. Dark-Killer memaksa agar Zero menyerahkannya, namun keengganannya menyebabkan Dark-Killer memerangkap mereka berdua ke dalam Dark-Killer Zone miliknya. Tidak mahu menyerah, Grigio yang dalam keadaan lemah berjaya melindungi Zero dan bertahan melawan Ultraman Zero Darkness. Dia kemudian memulihkan tenaga abang-abangnya, membolehkan mereka bergabung menjadi Ruebe dan berjaya mengatasi usaha gabungan Zero Darkness dan Dark-Killer. Namun, Tregear menghidupkan semula kedua-dua Zero Darkness dan Dark-Killer, dengan Dark-Killer menjadi gergasi.

GrigioAndZeroRBUniverse

Grigio dan Zero memerhatikan Bumi dari angkasa

Untuk bertarung dengannya, adik-beradik Minato pun bergabung menjadi Ultraman Gruebe. Setelah Wira Generasi Baru berjaya menewaskan Dark-Killer, Rosso dan Blu memutuskan untuk menghantar Grigio kembali ke Bandar Ayaka kerana mereka memerlukan seseorang untuk melindunginya. Sementara abang-abangnya dan Wira Generasi Baru yang lain bertarung dengan Tregear berhampiran Negeri Cahaya, Zero menghantar Grigio pulang ke dunia asalnya. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes

Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]

Sebaik sahaja Wira Generasi Baru lain memperoleh semula kuasa mereka, mereka berhadapan dengan Tregear, Taro yang dirasuki Grimdo dan raksasa-raksasa yang diseru oleh Tregear, dengan Rosso dan Blu bertarung menentang Gorothunder. Selepas lawan mereka memperoleh kuasa tambahan daripada Grimdo, Grigio terbang merentasi alam semesta dan tiba tepat pada masanya untuk tiga beradik itu bergabung menjadi Ultraman Gruebe bagi menumpaskan Gorothunder. Pada mulanya mereka ditewaskan oleh Grimdo selepas ia menyerap Tregear, tetapi Wira Generasi Baru bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan menewaskan Grimdo. Wira Generasi Baru memberikan kata-kata perpisahan mereka kepada Tri-Squad dan Hiroyuki sebelum kembali ke dunia asal masing-masing. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

Sementara dua abangnya pergi menghadapi ancaman Devil Splinter, Grigio tetap berada di Bumi untuk melindungi bandar Ayaka. Dia bertarung menentang Zandrias dan Noiseler sebelum berjaya mengusir mereka dengan melepaskan Grigio Shot ke arah mereka. Ultraman Zero tiba dan merekrut Grigio untuk menyertai pertarungan menentang Absolute Tartarus. Zero menyuruhnya pergi ke Planet O-50 untuk mencari seseorang, di mana dia bertemu dengan Ultraman Fuma.

UltraLeague

Yullian dan Ultraman 80 telah terhempas di Planet Ebil ketika dalam perjalanan ke Persidangan Keamanan Persekutuan Galaksi di Planet Kanon. Mereka segera diserang oleh Zett bersama bala tentera Zetton. Mereka menghantar isyarat kecemasan ke Negeri Cahaya. Sebagai tindak balas, Taiga, Mebius dan Z segera meninggalkan Negeri Cahaya dan tiba di Planet Ebil untuk membantu mereka. Tidak lama kemudian, mereka disertai oleh Ultraman Zero, Ultraman Joneus, Ultraman Titas, Ultraman Fuma, Ultrawoman Grigio, Ultraman Ribut dan Andro Melos, dan bersama-sama mereka bertarung melawan pasukan Zetton.

Tidak lama selepas menewaskan Ultimate Shining Zero di Narak, Absolute Tartarus muncul dan menjadikan Yullian sebagai tebusan. Dia mendedahkan tujuan sebenar rancangannya kepada para hero sebelum memerintahkan Ultraman Belial dan Ultraman Tregear untuk melepaskan pancaran tenaga ke arah mereka semua. Kumpulan itu juga menerima berita daripada Ultraman Hikari bahawa Genegarg telah mencuri sebuah Z Riser dan beberapa Pingat Ultra dari Negeri Cahaya, menyebabkan Z bergegas pergi dengan segera sementara Zero mengikutinya. Ultra League dan Tri-Squad mula bersiap untuk merekrut lebih banyak wira bagi menghadapi pertarungan yang akan datang menentang The Kingdom. Kemunculan

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

GrigioTDC

Setelah kembali ke Negeri Cahaya, Grigio memutuskan untuk menyertai Mebius di Ultra Colosseum untuk menjadi lebih kuat sebagai persediaan menghadapi The Kingdom. Semasa di sana, dia bertemu dengan Ultraman Nice, Zearth dan Boy. Selepas menghabiskan masa bersama, Boy membawa mereka ke Kuburan Raksasa di mana mereka menjumpai satu serpihan Devil Splinter. Gina Spectre muncul dan cuba merampas serpihan itu daripada mereka, namun Tartarus segera tiba dan menahan Grigio, membolehkan Alien Bat mencipta Ultrawoman Grigio Darkness, sepertimana yang pernah dilakukan Ultra Dark-Killer kepada Zero dan hampir dilakukan kepada abang-abangnya pada masa lalu. Kemudian, dua Grigio itu pun bertarung.

RuebeGrigioGattai

Wira Generasi Baru berkumpul semula di Kuburan Raksasa dan berhadapan dengan musuh lama dan baru mereka. Sorakan daripada Zearth, Nice, dan Boy memberikan semangat kepada Grigio untuk menewaskan Grigio Darkness. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuat Reibatos sebelum mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk [[Spectre sebelum dia mati akibat dos berlebihan. Bentuk sempurna baharu Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk Wira Generasi Baru lantas memaksa mereka untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga. Dengan kuasa itu, dia mampu menewaskan Gua dengan mudah sebelum berpisah kembali kepada komponen-komponennya, entah bagaimana meninggalkan Gina hidup untuk seketika. Grigio cuba untuk menyembuhkan Gina, tetapi diminta untuk berhenti apabila Gina berkata bahawa penyembuhan itu tidak akan berfungsi kerana dia pada asalnya dihidupkan semula tanpa tenaga hidup. Gina bertanya tentang nama Grigio sebelum dia mengucapkan terima kasih atas kebaikannya.

Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Profil[]

Ultrawoman Grigio data

Statistik[3][]

  • Ketinggian: 43 meter
  • Berat badan: 30,000 tan
  • Umur: 17 tahun
  • Dunia Asal: Bumi
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 1
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: 700 knot
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 600 meter
  • Kekuatan Lengan: 70,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 35,000 tan
  • Had Masa: 3 minit

Ciri-ciri Tubuh[]

  • Color Timer (カラータイマー, Karā Taimā): Grigio memiliki Color Timer berbentuk bulat.
  • Perisai Ultra: Perisai Ultra standard.
  • Protector (プロテクター, Purotekutā): Seperti abangnya, Grigio juga memiliki pelindung yang menutupi bahagian dadanya.

Transformasi[]

Kerangka luar Grigio Regina terbelah dan mendedahkan Ultrawoman Grigio dalam Ultraman R/B The Movie. Setidaknya dalam Ultraman Connection Live, Asahi bertukar menggunakan R/B Gyro milik Saki tanpa Kristal R/B dipasang.

Kebolehan[]

  • Grigio Barrier (グリージョ・バーリア, Gurījo Bāria): Grigio boleh mencipta perisai tenaga jingga untuk mempertahankan diri dan sekutunya. Menurut Hyper Hobby Vol.13, ia dinyatakan lima kali lebih tahan lasak berbanding perisai milik abangnya.
  • Grigio Cheer Charge (グリージョチアチャージ, Gurījo Chia Chāji): Grigio mengeluarkan bola-bola cahaya kecil. Apabila diberikan kepada Ultra lain, ia dapat mengembalikan tenaga mereka.[4]
  • Grigio Cure Burst (グリージョキュアバースト, Gurījo Kyua Bāsuto): Grigio boleh melepaskan gelombang dari tubuhnya dan menyebarkan tenaga cahaya di sekitar kawasan. Ultra lain dapat menyerap cahaya ini untuk memulihkan tenaga mereka, manakala makhluk gelap akan diusir. Ia juga mampu membatalkan kesan penyerapan tenaga dari Dark-Killer Zone.

Teknik[]

Khas[]

  • Grigio Shot (グリージョショット, Gurījo Shotto): Grigio boleh melepaskan sinar tenaga dengan menyilangkan tangannya dalam bentuk "+" . Teknik ini pertama kali dilihat di Ultra Heroes Expo 2019 ketika dia bertarung menentang Camearra[5], sekaligus merupakan serangan penamatnya dalam Ultraman Fusion Fight!.
  • Ledakan Cahaya: Sebagai sebahagian daripada serangan sampingan dalam Ultraman Fusion Fight!, Grigio boleh menembak letupan tenaga kecil dengan pantas dari tangannya.

Fizikal[]

  • Grigio Punch (グリージョバンチ, Gurījo Panchi): Serangan tumbukan.
  • Grigio Kick (グリージョキツク, Gurījo Kikku): Serangan tendangan. Grigio boleh mengecas tenaga untuk melakukan tendangan terbang.
  • Grigio Chop (グリージョチョップ, Gurījo Choppu): Serangan pancungan.
  • Grigio Tackle (グリージョタックル, Gurījo Takkuru): Serangan menerpa.

Senjata[]

  • Ultra Trap (ウルトラトラップ, Urutora Torappu): Grigio mempunyai satu set perangkap yang bertujuan untuk menyerang raksasa di pentas. Grigio memegang butang yang digunakan untuk mengaktifkan perangkap tersebut.
  • R/B Slugger Rosso (ルーブスラッガーロッソ, Rūbu Suraggā Rosso): Dalam Pementasan Siaran Langsung Ultraman Festival 2019 yang kedua, Grigio meminjam pasangan R/B Slugger Rosso untuk seketika.

Barang dagangan[]

Ultra Hero Series (2016)[]

UHS-(500)-63-Ultrawoman-Grigio
  • Ultrawoman Grigio (2019)
    • Tarikh dikeluarkan: 2 Februari 2019
    • Nombor ID: 63
    • Harga: 600 yen
    • JAN/ISBN: 4549660337379
    • Bahan: PVC
Ultra Hero Series (2016) Ultrawoman Grigio ialah figura vinil lembut setinggi 13 cm dengan 3 titik artikulasi pada lengan dan pinggang. Diperbuat daripada plastik PVC berwarna jingga, Grigio mempunyai cat perak sebagai warna utama, dengan beberapa cat krim (untuk mata) dan biru (untuk pemasa warna) pada beberapa bahagian.


S.H.Figuarts[]

SHF-Ultrawoman-Grigio
  • Ultrawoman Grigio (2022)
    • Tarikh dikeluarkan: September 2022
    • Harga: 7,150 yen
    • JAN/ISBN: Akan ditambahkan...
    • Bahan: PVC, ABS
    • Aksesori: 5 pasang tangan, merangkumi tangan kanan "gembira!", tangan kanan "high-five", pemasa warna merah, kesan Grigio Shot dan tangan kanan high-five khas untuk Ultraman Zero
Selepas dipamerkan dua kali dalam acara TAMASHII NATION 2019 dan TAMASHII NATION ONLINE 2021, Ultrawoman Grigio akhirnya dikeluarkan sebagai sebahagian daripada barisan S.H.Figuarts.
Selain daripada tangan dan pemasa warna standard yang boleh ditukar ganti, Grigio juga dilengkapi dengan kesan pancaran Grigio Shot, tangan kanan "gembira!" dan tangan hi-five yang direka untuk digandingkan dengan tangan tambahan serupa bagi figura S.H.Figuarts Ultraman Zero.
Ultrawoman Grigio dikeluarkan secara eksklusif untuk Tamashii Webshop.



Ultra Action Figure[]

UAF-Ultrawoman-Grigio
  • Ultrawoman Grigio (2023)
    • Tarikh dikeluarkan: 29 April 2023
    • Harga: 2,310 yen
    • JAN/ISBN: Akan ditambahkan...
    • Bahan: PVC, ABS, POM
Melengkapkan kumpulan adik-beradik Minato untuk barisan Ultra Action Figure, Ultrawoman Grigio ialah figura aksi yang boleh digayakan dengan 18 titik artikulasi serta menampilkan 2+2 jari telunjuk hingga jari kelingking yang boleh digayakan.



Galeri[]

Rencana utama: Ultrawoman Grigio/Galeri

Trivia[]

  • Seperti Cereza, nama Grigio juga mungkin diambil berdasarkan pada jenama wain tertentu.
  • Grigio merupakan:
    • Pahlawan Ultra wanita pertama yang diperkenalkan dalam bahagian "Generasi Baru" sejarah francais ini.
    • Satu-satunya Pahlawan Ultra wanita beraksi langsung dalam Era Heisei oleh kerana Camearra dan Faust kedua-duanya adalah penjahat.
    • Pahlawan Ultra wanita kedua dalam kanon yang benar-benar menggunakan gelaran "Ultrawoman" selepas Ultrawoman Beth dan merupakan yang pertama muncul dalam siri yang dicipta dan dihasilkan di Jepun secara aksi langsung.
    • Pahlawan Ultra pertama yang menampilkan warna jingga pada tubuhnya dan juga Pahlawan Ultra Generasi Baru pertama yang tidak menampilkan warna hitam dengan ketara sejak Ultraman X.
    • Pahlawan Ultra pertama yang "berevolusi" daripada sebuah Kaiju.
  • Salah satu reka bentuk konsep seni Grigio memaparkannya dengan helaian rambut panjang serta mata berwarna merah jambu.[6]
  • Kesan bunyi Color Timer Grigio merupakan gabungan antara bunyi milik kedua-dua abangnya, sama seperti Ruebe.
  • Grigio membentangkan sebuah rancangan ringkasan selama 30 minit yang dikeluarkan sejurus sebelum tayangan pertama Ultraman Taiga The Movie, di mana dia berada di Negeri Cahaya sementara abangnya dan Wira Generasi Baru yang lain sedang bertarung dengan Grimdo seperti yang berlaku dalam peristiwa filem tersebut sebelum dia kemudiannya menyertai mereka.
  • Walaupun tidak pernah dipaparkan, selepas kemunculan sulungnya, Asahi bertukar menjadi Grigio menggunakan Gyro milik Saki.[7]
  • Menurut Fuma, Grigio sangat popular dan dianggap sebagai idola oleh warga Planet O-50. Kemunculan

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement