Ultraman Wiki

"Oh, budak lelaki tetap budak lelaki, kan Chuck?"

―Beth O'Brian, Ultraman: The Adventure Begins

Ultrawoman Beth (ウルトラウーマンベス, Urutoraūman Besu) merupakan seorang ahli sekumpulan Ultra yang telah dihantar oleh Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk bertarung menentang ancaman raksasa-raksasa Sorkin. Dia telah menggabungkan dirinya dengan Beth O'Brian setelah berlakunya sebuah kemalangan yang melibatkan juruterbang itu terhempas ketika pertunjukan aksi jet. Selepas mengetahui tentang identiti diri mereka, mereka telah bersetuju untuk menjadi pasukan Ultra Force dan melindungi Bumi dari raksasa-raksasa Sorkin. Dia muncul semula bersama rakan-rakan seperjuangannya, Ultra Force dalam Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie untuk menentang Ultraman Belial.

Dia merupakan makhluk Ultra perempuan keempat yang bertarung di Bumi, tetapi adalah yang pertama menjadi Pahlawan Ultra, disebabkan itu dia juga dirujuk hanya sebagai Ultrawoman (ウルトラウーマン, Urutoraūman) di Jepun. 

Sejarah[]

Ultraman: The Adventure Begins[]

Merupakan ahli Ultra Force pertama yang muncul dalam bentuk sebenarnya, Beth muncul untuk bertarung dengan Green Shocks setelah tumbuhan gergasi itu menarik pesawatnya ke dalam cecair menyerupai asid yang sedang menggelegak. Dengan pantas ia menyerangnya dengan tentakelnya, membuatkan Beth terpaksa berhadapan dengan anggota badan raksasa itu yang berkebolehan untuk tumbuh semula setiap kali dicantas. Apabila Chuck mendapat idea untuk menggunakan air garam untuk mengalahkannya, Beth berjaya membawanya ke laut. Sebelum ia tewas sepenuhnya, ia sempat membungkus bahagian dirinya di seketul batu yang berada di pinggir pantai. Sebaik sahaja makhluk yang asal itu lenyap di sebalik ombak, ia bertelur semula di pantai.

Sebelum ia dapat melarikan diri, Beth bangkit dari dalam air dan melepaskan teknik Ultra Spout miliknya. Apabila Green Shocks yang kedua merangkak pergi, ia mula mencair sebaik sahaja air menyentuhnya. Dengan raksasa Zorkin yang pertama telah dikalahkan, Ultrawoman Beth kembali dalam pertarungan terakhir untuk menentang King Myra. Bagaimanapun, seperti Chuck dan Scott, dia juga ditandingi oleh kekuatan dan keganasan makhluk itu. Diberikan kekalahan pertamanya, ketiga-tiga wira itu berada di ambang kesukaran sehingga ibu kapal tiba dan mengisi semula tenaga mereka. Ia juga membantu mereka dalam pertarungan itu dan berjaya menandingi makhluk itu. Setelah ia teleport ke Statue of Liberty, ketiga-tiga mereka mengikutinya. Sekali lagi ia cuba untuk melarikan diri, maka Beth sekali lagi menggunakan kuasa Ultra Spout dan menghentikannya.

Ini membolehkan Chuck untuk memerangkap makhluk itu dalam gelembung tenaga. Ia segera menyerang para wira itu dengan tentakelnya, tetapi mereka menggunakannya sebagai tali untuk mengangkut raksasa itu. Dalam beberapa minit, mereka tiba di destinasi mereka iaitu matahari. Mereka mencampaknya ke dalam bintang itu, dan memusnahkannya. Bagaimanapun, lebih banyak ancaman raksasa mungkin akan muncul pada bila-bila masa, maka ketiga-tiga wira itu telah ditunaikan permintaan mereka untuk kekal tinggal di Bumi. Ultraman: The Adventure Begins

Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]

Ultrawoman Beth bertarung dengan Ultraman Belial, tetapi dia telah tewas apabila Ultraman Powered menembak pancarannya dan Ultraman Belial segera menjadikan Beth sebagai perisainya. Kemudian dia telah membeku bersama para Ultra lain setelah Belial mengeluarkan Plasma Spark dari tempatnya. Apapun, dia akhirnya telah dipulihkan semula setelah Ultraman Zero mengembalikan Plasma Spark ke tempat asalnya dan di akhir filem, dia dilihat sedang mendengar ucapan Ultraman King. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie

Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]

Ultrawoman Beth muncul dalam filem ini dengan peranan kecil. Ketika mana Ultra Brothers tidak dapat pergi ke misi dan Zero menawarkan dirinya untuk menggantikan mereka, Beth dan Ultra lain menyalurkan cahaya mereka kepada Zero untuk membentuk sebuah sfera perjalanan. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire

Ultraman Ginga[]

Sebelum siri TV Ultraman Ginga, Ultrawoman Beth telah mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia bukan sahaja bertarung bersama Ultra Force, tetapi juga bersama dengan para Ultra yang datang dari pelbagai alam semesta lain dan sekutu-sekutu mereka untuk menentang ancaman-ancaman jahat. Di pertengahan peperangan itu, Dark Lugiel muncul dan mengubah setiap Ultra serta sekutu mereka, raksasa dan alien menjadi Spark Doll. Sebaik sahaja peperangan itu tamat, seorang pahlawan misteri muncul dan berhadapan dengan Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga telah bertukar menjadi Spark Doll tetapi ia disimpan di dalam perantinya dan telah jatuh ke Bumi bersama Spark Doll lain. Lokasi Spark Doll Beth adalah tidak diketahui. Bandar Bintang Jatuh Apapun, ia telah dianggap bahawa setelah kekalahan Lugiel, dia telah kembali ke dunia asalnya seperti yang lain. Masa Depan Awak

Profil[]

Ultrawoman Beth Info

Statistik[1][2][3][]

  • Ketinggian: Mikro ~ 76 meter
  • Berat badan: 0 ~ 54,000 tan
  • Umur: 10,000 tahun
  • Dunia asal: Planet Altara di Nebula M78
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 23
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.5
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.5
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1,000 meter
  • Kekuatan Lengan: 180,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 89,000 tan

Transformasi[]

Tidak seperti kebanyakan Ultra, Beth bertukar melalui keinginannya. Pada mulanya, dia perlu berada dalam bahaya untuk bertukar, tetapi setelah daripada itu dia boleh bertukar mengikut keinginannya apabila kedua-dua matanya bercahaya.

Kebolehan[]

  • Penerbangan: Seperti semua Ultra, Beth boleh terbang.
  • Sfera Perjalanan: Pasukan Ultra Force melintasi ruang angkasa dan pergi ke Bumi dalam Sfera Perjalanan yang berbentuk bebola cahaya.

Teknik[]

Khas[]

  • Granium Beam (グラニウム光線, Guraniumu Kōsen): Pancaran tenaga klasik yang dikongsi dengan ketiga-tiga Ultra.
  • Ultra Spout (ウルトラ・スパウト, Urutora Supauto): Beth berdiri di atas permukaan air dan menyerap air di sekitarnya, lalu mengeluarkannya dengan cara yang serupa dengan Slash Ray milik Ultraman. Digunakan untuk menamatkan riwayat Green Shocks.

Fizikal[]

  • Ultra Chop (ウルトラチョップ, Urutora Choppu): Serangan yang dilakukan dengan mengeluarkan tenaga yang tersimpan melalui tangan untuk membelah sesuatu. Digunakan untuk membelah tentakel Green Shocks.
  • Ultra Power (ウルトラ・パワー, Urutora Pawā): Teknik dengan kekuatan super yang digunakan untuk melempar musuh yang lebih berat daripada Ultrawoman.

Gabungan[]

  • Ultra Synchro Beam (ウルトラ・シンクロビーム, Urutora Shinkuro Bīmu): Ketiga-tiga ahli Ultra Force menembak Granium Beam masing-masing dan menggabungkan kuasa itu menjadi satu aliran tenaga.

Galeri[]


Trivia[]

  • Beth merupakan Pahlawan Ultra perempuan yang memiliki urutan transformasi (dengan pengecualian Yullian yang bukan seorang Pahlawan Ultra).
  • Dalam kalangan ahli Ultra Force, Beth merupakan bukan sahaja merupakan satu-satunya ahli perempuan, tetapi juga yang termuda, paling rendah ketinggiannya dan paling ringan berat badannya.
  • Ketiga-tiga Ultra direka bentuk oleh Keita Amemiya iaitu pencipta siri Garo yang telah menggabungkan elemen-elemen Ultra zaman Showa sebelumnya. Beth direka berdasarkan kedua-dua Ibu Ultra dan Ultraman Taro.

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc | Ultraman Omega
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark | Guil Arc
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Ibu Tran | Prometheus | Sesepuh | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Terlarang Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)