Ultraman Wiki
Advertisement

Ultraseven Tiba (ウルトラセブン参上, Urutorasebun Sanjō!) ialah episod kelapan belas dibawah siri Return of Ultraman. Ia menandakan kembalinya Ultraseven.

Plot[]

Kapten Kato berkomunikasi dengan rakan sekolejnya Kaji, kapten di Stesen MAT Angkasa. Dengan isteri Kaji yang dijangka bersalin pada bulan depan, Kato mencadangkan idea untuk menukar kedudukan mereka dengan harapan Kaji dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya. Di tengah-tengah perbualan mereka, seekor raksasa angkasa muncul dan mula menelan seluruh stesen angkasa dengan perutnya. Walaupun Kaji dan anak kapalnya cuba menyerang balas, Ia menyerap laser mereka sehingga seluruh stesen lenyap, membawa seluruh pasukan dengannya dan terbang ke Bumi. Minami dan Ueno dihantar dalam MAT Arrow 1 dan Go dan Kishida dalam MAT Arrow 2, tetapi kedua-dua pejuang itu tidak dapat mencakar raksasa itu. Minami dan Ueno dimasukkan ke hospital dan Kapten Kato terpaksa menghantar berita buruk itu kepada isteri Kaji yang sedang mengandung.

Melalui analisis dan gambar yang diambil oleh MAT Arrow, Kato mengenal pasti raksasa angkasa itu sebagai Bemstar, raksasa angkasa dari Nebula Crab yang meletup pada 1054. Ia memakan gas seperti hidrogen, helium dan nitrogen sebagai sumber makanan. Pada waktu malam, Bemstar muncul semula untuk memakan tangki gas di kilang penapisan. Selepas pemindahan orang awam, MAT Arrow memulakan serangan tetapi terpaksa berundur seleaps Kishida ditembak. Keesokan harinya, Go mula bertindak ke atas MAT Vehicle apabila kedai makan yang dia bersarapan tiba-tiba mengalami gempa bumi kecil. Kapten Kato berlepas dengan MAT Arrow 2 dengan harapan dapat membalas dendam Kaji dan Go berubah menjadi Ultraman untuk melawan Bemstar, tetapi kedua-duanya tidak boleh membahayakan raksasa itu. Ultraman cuba mengisi semula tenaga matahari dan hampir diseret oleh daya gravitinya, dengan ketibaan Seven tepat pada masanya menyelamatkannya dariapda kematian. Seven memberikan Ultraman Ultra Bracelet sebagai cara untuk melawan Bemstar dan mana-mana raksasa angkasa yang muncul selepas itu. Kedua-dua Ultra berpisah apabila Ultraman kembali ke Bumi.

Ultraman menyelamatkan Kato dengan merebut MAT Arrowmya sebelum jatuh dan akhirnya menggunakan Ultra Spark untuk menghiris anggota badan dan kepala Bemstar. MAT akhirnya muncul sebagai pemenang dalam pertarungan pertama mereka menentang raksasa angkasa. Go berjaya mengiringi Kato yang cedera ke MAT Vehicle, Kato mengatakan bahawa dia ingin menyebarkan berita kematian Bemstar kepada isteri Kaji, akhirnya dapat membalas dendam kematian rakan lamanya dan bukannya pulang ke ibu pejabat MAT untuk rawatan dahulu.

Pelakon[]

  • Hideki Go (郷 秀樹 Gō Hideki): Jiro Dan (団 次郎 Dan Jirō)
  • Takeshi Minami (南 猛 Minami Takeshi): Shunsuke Ikeda (池田 駿介 Ikeda Shunsuke)
  • Ippei Ueno (上野 一平 Ueno Ippei): Ko Mitsui (三井 恒 Mitsui Kō)
  • Yuriko Oka (丘ユリ子 Oka Yuriko): Mika Katsuragi (桂木 美加 Katsuragi Mika)
  • Fumio Kishida (岸田文夫 Kishida Fumo): Ken Nishida (西田 健 Nishida Ken)
  • Kasutchiro Kato (加藤 勝一郎, Katō Katsuichirō): Nubuo Tsukamoto (塚本 信夫, Tsukamoto Nobuo)
  • Pencerita (ナレーター, Narētā): Akira Nagoya (名古屋 章, Nagoya Akira)

Pelakon Jemputan[]

  • Kapten Kaji (梶キャプテン, Kaji Kyaputen): Hiroshi Minami (南 広, Minami Hiroshi)
  • Isteri Kaji (梶の妻, Kaji no Tsuma): Fusako Tachibana (立花 房子, Tachibana Fusako)
  • Cef Kedai Kopi (コーヒーショップ店員, Kōhī Shoppu Tenin): Masaaki Yamamoto (山本 正明, Yamamoto Masaaki)
  • Ahli Stesen MAT Angkasa (MATステーション隊員, MAT Sutēshon Taiin)
    • Goro Kataoka (片岡 五郎, Kataoka Gorō)
    • Yahan Ro (羅 雅煌, Ro Yahan)
    • Mamoru Sawato (沢登 護, Sawato Mamoru)
    • Masato Sako (佐古 正人, Sako Masato)

Pelakon Suara[]

  • Ultraman Jack (ウルトラマンジャック, Urutoraman Jakku): Isao Yatsu (谷津 勲, Yatsu Isao)
  • Ultraseven (ウルトラセブン, Urutorasebun): Ichiro Murakoshi (村越 伊知郎, Murakoshi Ichirō)

Pelakon Sut[]

  • Ultraman Jack: Eiichi Kikuchi (菊池 英一, Kikuchi Eiichi)
  • Ultraseven: Takeo Mochizuki(望月 武郎, Mochizuki Takeo)
  • Bemstar: Takanobu Toya (遠矢 孝信, Tōya Takanobu)

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

Home Media[]

Return of Ultraman Vol. 5 menampilkan Episod 17-20

Trivia[]

Latar belakang hitam sebaliknya jingga

  • Pada versi HD, latar belakang berwarna hitam apabila Ultraseven berbicara dengan Ultraman Jack, bukannya jingga.
  • Episod ini kemudiannya dipaparka dalam New Ultraman Retsuden Episod 148 yang bertajuk "Jack vs. Bemstar: Ultraseven sudah Tiba".
  • Episod ini sepatutnya disiarkan pada 30 Julai 1971 tetapi ditangguhkan kerana kemalangan Nippon Flight 78 yang disiarkan di Tokyo Broadcasting System.
Episod Return of Ultraman
Semua Raksasa Menyerang | Serangan Balas Besar Takkong | Alam Keganasan Raksasa Jahat | Pasti Dibunuh! Tendangan Komet | Dua Raksasa Gergasi Menyerang Tokyo | Pertempuran! Raksasa vs MAT |Operasi Raksasa Pelangi!|Bom Masa Raksasa| Pulau Raksasa S.O.S | Arahan Letupan Dinosaur | Raksasa Gas Beracun Muncul | Dendam Raksasa Shugaron | Keganasan Dua Raksasa Tsunami, Cubitan Besar Tokyo | Keganasan Dua Raksasa Gergasi, Tokyo dilanda Tornado Gergasi | Dendam Seorang Budak kepada Raksasa | Misteri Raksasa Burung Besar Terochilus | Burung Raksasa Terochilus - Pengeboman Udara Besar-besaran di Tokyo | Ultraseven Tiba! | Raksasa Halimunan Gergasi yang Datang dari Angkasa | Raksasa ialah Bintang Gergasi yang Berjatuhan di Angkasa | Saluran Raksasa | Saya akan Bunuh Raksasa Ini! | Raksasa Gelap Meludah Keluar Bintang! | Seram! Kelahiran Raksasa Rumah Agam | Meninggalkan Rumahku Planet Bumi | Insiden Kumbang Pembunuhan Misteri | Pergi ke Neraka dengan Satu Pukulan Ini! | Operasi Istimewa Ultra | Jiro-Kun Menunggang Raksasa | Sumpahan Dewa Tulang Oxter | Di Antara Iblis & Malaikat | Pertarungan Penentuan di bawah Pengaturan Matahari | Pengguna Raksasa dan Budak Lelaki | Hidup Yang Tak Boleh Dimaafkan | Kejam! Raksasa Cahaya Pris-Ma | Tendang Malam Itu Menjauh | Ultraman Mati di Senja Hari | Apabila Bintang Ultra Bersinar | Siri Seram Musim Sejuk - Manusia Salji yang Keji dari Abad Ke-20 | Siri Seram Musim Sejuk - Hantu Salji Perempuan | Dendam Alien Baltan Jr. | Raksasa yang Berdiri di Atas Gunung Fuji | Dewa Bulan Meraung di Bulan Purnama | Ke Langit Berbintang dengan Cinta | Pembunuhan Hideki Go! | The White Rabbit Is a Bad Guy! | The Monster Master | Monster Girl's Festival | Sing! Monster Big Match | The Monster Sign Is V | The Father of Ultra and the Bride Have Come | Steal the Ultra Life! | Farewell, Taro! The Mother of Ultra!
Advertisement