"Awak okay tak, sahabatku?"
- ―Ultraseven 21 kepada Neos
Ultraseven 21 merupakan seorang Pahlawan Ultra yang muncul dalam Siri Ultraman direct-to-DVD, Ultraman Neos. Dia merupakan rakan kongsi Ultraman Neos dan telah datang ke Bumi bersamanya untuk melindungi manusia dari ancaman raksasa gergasi dan penceroboh jahat. Seven 21 merupakan seorang ahli Agensi Keselamatan Angkasa , sebuah kumpulan yang berada di dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi yang pakar dalam misi pengawasan dan penyiasatan.
Sejarah[]
Ultraman Neos[]
Ultraseven 21 pada asalnya ialah seorang ahli dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dan Agensi Keselamatan Galaksi. Ketika dia hendak ditugaskan untuk melindungi planet Bumi, suatu kecemasan telah menghalangnya dari meninggalkan posisinya. Maka Agensi Keselamatan telah meminta bantuan daripada Pasukan Petugas Elit.
Tugas melindungi Bumi telah diberikan kepada Ultraman Neos, tetapi sebaik sahaja Seven 21 telah selesai urusannya, dia telah merentasi ke Bumi untuk bertindak sebagai sandaran untuk Neos. Gergasi merah itu muncul di hadapan hos Neos dan mengeluarkan peranti transformasi yang tersegel di dalamnya dan mengarahkannya untuk bertukar dan bertarungan dengan raksasa pertama Dark Matter yang telah muncul di Jepun. Dia juga turut membantu wira itu beberapa kali, tetapi tidak terlibat dalam pertempuran yang sebenarnya sehingga Neos ditentang oleh sepasang raksasa, Sazora dan Nozera. Kedua-dua wira itu berjaya menewaskan kedua-dua raksasa itu. Sepanjang siri, 21 telah mengambil beberapa bentuk manusia, sering kali mengambil gambar seseorang yang terlibat dengan keadaan semasa yang disiasat oleh pasukan HEART.
Ultraseven 21 terus membantu Neos dalam pertempuran sehinggalah dalam satu pertempuran, raksasa pembunuh Mensch Heit, Grall hampir membunuh Neos. Ketika wira merah dan perak itu berjaya menewaskan Kaiju emas itu, dia telah dibiarkan tercedera. 21 muncul di hadapan Neos yang lemah bersama Zoffy dan menyalurkan tenaga yang amat diperlukan olehnya. Atas cadangan 21, Zoffy telah kembali ke Negeri Cahaya untuk mengumpulkan tenaga kehidupan yang diperlukan untuk menyembuhkan Neos sepenuhnya dan memberi amaran kepadanya untuk tidak bertarung sehingga dia kembali. Maka, apabila Mensch Heit tiba di Bumi, tergantung kepada Ultraseven 21 untuk menggagalkan serangan dan ancamannya.
Bagaimanapun, serangan kuat Mensch Heit dengan mudah menandingi 21. Bahkan ketika Neos telah dipanggil ke sisinya, kedua-dua mereka hampir terbunuh di kaki panglima perang itu. Apapun, seorang sekutu yang tidak dijangka telah datang untuk membantu iaitu rakyat terakhir Zamu. Ahli terakhir kaum itu telah mengorbankan dirinya sendiri untuk mengisi semula tenaga kedua-dua Ultraman Neos dan Ultraseven 21. Dengan kekuatan yang diperbaharui itu, kedua-dua wira itu melancarkan beberapa tenaga yang berbeza-beza ke arah raksasa itu. Pada akhirnya, ancaman Mensch Heit telah berakhir dan Bumi telah diselamatkan. Ultraman Neos berpisah dari hosnya. Misi mereka telah selesai, Ultraman Neos dan Ultraseven 21 kembali ke Nebula M78 untuk menanti arahan seterusnya.
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Setelah Ultraman Belial dibebaskan dari penjara, dia pergi ke Negeri Cahaya. Selepas ketibaannya, dia nenunjukkan Ultraman Taro yang telah tewas di tangannya. Lantas para Ultraman maju dan cuba untuk menyerang Belial. Ultraseven 21 bertarung bersama Ultraman Neos, Ultraman Xenon dan Ultraman Max. Walaupun dengan jumlah dan kemahiran mereka, kesemua mereka telah ditewaskan oleh Belial dengan mudah. Setelah Belial mengambil Plasma Spark, seluruh Negeri Cahaya telah membeku bersama hampir semua penduduknya. Apapun, setelah Ultraman Zero menewaskan Belial dan mengembalikan Plasma Spark ke tempat asalnya, Ultraseven 21, Ultraman Neos, Ultraman Max dan Ultraman Xenon serta yang lain telah kembali pulih dan kemudian mereka mendengar ucapan daripada Ultraman King. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Ultraseven 21 telah pergi bersama Ultraman Neos dan Ultraman 80 ke Planet Feed untuk mengejar Leugocyte yang telah menyerang di Planet Kanon sebelum ia dihentikan oleh 80. Ketiga-tiga Ultra itu berganding bahu untuk menentang Leugocyte. Pada ketika itu, Absolute Tartarus muncul bersama Reibatos yang menggunakan kuasanya untuk membangkitkan semula Gymaira. Dengan 80 bertarung dengan Gymaira, Leugocyte melemahkan Neos dan Seven 21 sehingga Cosmos dan Justice tiba untuk memberikan bantuan kepada mereka dan juga kerana mengesan bacaan tenaga yang tidak biasa yang telah membawa mereka ke Planet Feed. Cosmos dan Justice melangkah maju untuk bertarung dengan Leugocyte seraya menyelamatkan Seven 21 dan Neos lantas memberi peluang kepada 80 untuk menewaskan Gymaira. Dengan kesemua mereka secara serentak bertarung dengan Leugocyte, Neos telah menerima mesej yang dihantar oleh Zoffy dalam bentuk Ultra Sign yang memberitahu mereka bahawa misi untuk menyelamatkan Max telah bermula.
Kelima-lima Ultra itu akhirnya berjaya menewaskan Leugocyte tetapi secara tiba-tiba telah diserang hendap oleh Absolute Tartarus. Mujurlah Cosmos dan Justice sempat bergabung menjadi Ultraman Legend dan telah memaksa Tartarus untuk berundur. Selepas pertarungan itu berakhir, 21 dan yang lain kembali ke markas Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk melaporkan situasi yang telah berlaku kepada Zoffy. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Profil[]

Ultraseven 21
Statistik[1][]
- Ketinggian: 56 meter
- Berat badan: 57,000 tan
- Umur: 18,000 tahun
- Dunia asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 26 (Mach 24 dalam pilot)
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7.7
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.5
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2
- Ketinggian Melompat Maksimum: 1300 meter (1100 meter dalam pilot)
- Kekuatan Lengan: 127,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 55,000 tan
Ciri-ciri Badan[]
- Beam Lamp : Ultraseven 21 memiliki Beam Lamp di dahinya. Tidak seperti yang lain, kepunyaannya berupa kristal yang besar berbanding titik kecil.
- Protektor : Perisai yang terletak di atas lengan dan atas badan 21. Ia tidak diketahui jika ia menyerap cahaya matahari dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh Seven.
- Mata: Mata 21 boleh melihat menerusi penyamaran dan jarak yang jauh, bahkan menerusi objek. Matanya boleh bergerak seperti yang dilihat dalam video pilot ketika dia memesongkan matanya.[2]
- Ultra Armor: 21 memiliki kekebalan khas sepertimana yang dijangka bagi seorang Ultra. Ia dijangka bahawa kesejukan akan mempengaruhinya sama seperti Ultra lain dari M78.
- Vezard : Bilah yang terdapat di kepala Ultraseven 21 iaitu Vezard. Ia boleh dilepaskan dan dilempar ke arah musuh. Ia kemudian akan kembali kepadanya dan membolehkannya meletakkannya semula di puncak kepalanya. Ia merupakan versinya bagi Eye Slugger milik Ultraseven.
Transformasi[]
Ultraseven 21 tidak mempunyai hos manusia atau bentuk manusia tetap. Dia telah mengambil beberapa bentuk manusia sepanjang dalam siri, tetapi cara dia bertukar semula selalunya hampir sama dalam beberapa aspek. Mata 21 bercahaya lalu diikuti dengan pertukarannya. Transformasi keduanya, yang dilakukan oleh Shin adalah melalui cahaya merah. Manakala transformasi ketiganya bermula dengan percikan cahaya yang berpusar di matanya dan kemudian bertukar sedikit demi sedikit menjadi bentuk asalnya dengan cara yang serupa seperti babak pertukaran Ultraseven asal. Dalam transformasi pertama dan keempatnya, cahaya bersinar dari tubuh bentuk manusianya sebelum dia bertukar menjadi bentuk sebenarnya.
Bentuk Manusia yang Digunakan[]
- Gadis Misteri (Episod 2, dilakonkan oleh Mariya Izawa)
- Shin Kenmochi (Episod 4, dilakonkan oleh Masaoka Kunio)
- Sean (Episod 6, dilakonkan oleh Robert Scott Field)
- Masato Usami (Episod 8, dilakonkan oleh Take Uketa)
Kebolehan[]
- Perubahan Saiz: Ultraseven 21 boleh mengubah saiznya dari manusia kepada gergasi dan kembali semula mengikut kehendaknya.
- Ultra Contract: 21 boleh mengecil menjadi saiz manusia atau lebih kecil dengan kuasa psikiknya.
- Ultra Magnificent: 21 boleh membesar sehingga 200 meter, tetapi berbuat demikian akan membahayakan nyawanya disebabkan oleh jumlah tenaga yang diperlukan untuk dia dapat mengekalkan saiz itu.
- Bentuk Manusia: Apabila diperlukan, Ultraseven 21 boleh mengenakan apa-apa bentuk manusia. Dia nampaknya tidak mengekalkan bentuk untuk penyamarannya. Sepanjang siri, dia telah menggunakan beberapa rupa manusia yang berbeza umur dan jantina. Lihat bahagian di atas untuk maklumat lanjut.
- Kelajuan Super: Ultraseven 21 boleh berlari dalam dengan kelajuan super manusia pada jarak yang jauh. Berlari seperti, dia bergerak dengan sangat pantas untuk melalui menara automatik yang tidak dapat dikesan.
Senjata[]
Teknik[]
Khas[]
- Adorium Beam : Ultraseven 21 boleh menembak pancaran tenaga dari Beam Lamp di dahinya. Kekuatan sebenarnya adalah tidak diketahui.
- Regia Shot : Ultraseven 21 boleh menembak pancaran tenaga dalam bentuk L.
- Finger Dart: Digunakan dalam pilot, 21 merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya dan menembak beberapa letupan tenaga dari hujung jarinya.
- 21 Attack Beam Mensch Heit. : Seven 21 boleh menembak pengebom tenaga dari kedua-dua tangannya. Digunakan dalam episod 12 bersama dengan Neos ke arah
- Ultra Fireball Mensch Heit dalam episod 12. : Salah satu teknik metamorfik 21 yang menukar cahaya menjadi bahan pepejal, Ultraseven 21 boleh menembak satu peluru api. Digunakan bersama Ultra Light-Lunger Neos ke arah
- 21 Beam Attack: Pancaran yang ditembak dari dahinya. Ia boleh melumpuhkan sasaran.
Fizikal[]
- 21 Punch: Tumbukan yang menggunakan kesemua kekuatan 21.
- 21 Chop: Serangan mencincang dari ketinggian di atas.
- 21 Elbow: Serangan oleh 21 dengan menggunakan sikunya.
- Ultra Bomber: 21 menumpukan seluruh tenaganya pada kakinya sebelum melancarkan tendangan bom.
- 21 Whipper: 21 mencengkam lawannya dan melemparnya sekaligus. Digunakan pada Alien Zamu yang bersaiz manusia yang menyamar sebagai Dr. Otomo.
- 21 Flying Mare: 21 melompat ke arah lawannya dan mencengkam lehernya, lalu menggunakan momentum yang jatuh untuk menjatuhkan mereka.
- Ultra Body Attack: Ketika terbang, 21 boleh menyerang musuhnya dalam kelajuan penuh tanpa meninggalkan kerosakan.
Lain-lain[]
- Stop Beam: Menembak pancaran yang menjadi penambat tenaga untuk menyekat musuhnya dan menahannya di satu tempat.
- Ultra Spray: Pancaran yang boleh mendedahkan musuh tersembunyi.
- Miracle Ultra Shower: Mengeluarkan air dari tangannya.
- Ultra X Eyes: 21 boleh melihat menerusi objek dan menyamar untuk melihat makhluk yang sebenarnya. Ditandakan dengan sekelip mata. Boleh juga dilakukan dalam bentuk manusia.
Gabungan[]
- Double Kick: Tendangan yang dilakukan bersama Neos. Ia digunakan terhadap Mensch Heit sebagai kombo tendangan dan lutut.
- Double Flying Kick: Menggunakan Ultra Bomber, 21 menyerang bersama Ultra-Flying Kick Neos. Digunakan pada Mensch Heit.
- Double Attack : Neos dan 21 mencengkam kepala lawan dan saling berlari menyerang musuh mereka. Digunakan dalam episod 4.
- Double Lifter: Digunakan bersama Neos untuk mengangkat Giga Dread ke angkasa dan membawanya jauh dari Bumi.
Tidak digunakan[]
- Ultra Light Lancer: Salah satu kebolehan metamorfik 21. Dia menghasilkan lembing cahaya.
- Ultra Cross Slash: Salah satu kebolehan metamorfik 21. Dia menghasilkan shuriken cahaya dan menggunakannya dengan tujuan yang sama seperti Ultra-Slash.
- Ultra-Barrier: Salah satu kebolehan metamorfik 21, di mana dia menghasilkan penghalang untuk menangkis serangan musuh.
- Ultra Wizard Beam: Pancaran serbaguna dari Beam Lamp miliknya, antaranya boleh melumpuhkan sasaran, menyerang mereka dengan kejutan elektrik, bertindak sebagai gelombang magnet atau bertindak sebagai sinaran haba.
- Handy Power Shot: Salah satu kebolehan metamorfik 21, iaitu shuriken yang berbentuk letupan tenaga.
- Eye Crash Beam: Pancaran kerosakan dari mata 21.
- Sparkling 21: Kuasa psikik Ultra yang digunakan untuk memusnahkan sasaran dengan tenaganya sendiri, ia berbahaya untuk dilakukan.
- Ultra Psychokinesis: Dikatakan telah diajar oleh Ultraseven sendiri.
- 21 Teleportation Negeri Cahaya ke Bumi. : Teknik teleportasi. Nampaknya ini merupakan cara dia merentasi ke dan dari
Galeri[]
Trivia[]
- Dengan pilihan, Ultraseven 21 merupakan satu-satunya Ultra yang tidak memiliki bentuk manusia tetap.
- Disebabkan itu, cara dia berinteraksi dengan manusia jauh lebih rahsia dan menarik diri berbanding kebanyakan Ultra seperti Ultraseven dan Ultraman.
- Pelakon yang memainkan watak 'Sean' sebelumnya telah muncul dalam filem Godzilla pada tahun 1991, Godzilla vs. King Ghidorah sebagai M11.
- Bunyi Vezard milik Ultraseven 21 ketika digunakan adalah digunakan semula dari Agulater.
- Seperti Ultraman Neos, Ultraseven 21 telah direka bentuk semula pada tahun 2001.
- Ia merupakan teori di kalangan peminat bahawa Ultraseven 21 mungkin adalah anak pertama kepada Ultraseven. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti untuk menyokong perkara ini.
- Ultraseven 21 merupakan Ultra sekunder pertama yang memiliki lagu temanya sendiri, diikuti oleh Ultraman Hikari dan Ultraman Victory.
- Ultraseven 21 dan Ultraman Neos merupakan satu-satunya Ultra yang mata mereka ditunjukkan boleh bergerak.
- Menurut laman web M-78.jp,[3] dia dinamakan sebagai 21 kerana dia merupakan Pahlawan Ultra ke-21 yang datang ke Bumi. Namanya 21 juga nampaknya berasal dari tema "abad ke-21" untuk siri Neos yang merupakan siri pertama yang disiarkan dalam alaf baru.
- Nombor 21 juga merupakan hasil apabila 7 didarabkan dengan 3, kemungkinan merujuk kepada Ultraseven Showa dan Heisei.
- Dalam episod pertama dan ketujuh siri SSSS.GRIDMAN, terdapat sebuah kedai serbaneka yang dikenali sebagai "Seven Two One". Selain merupakan parodi bagi kedai Seven Eleven, ia juga merupakan rujukan kepada watak ini.
- Seven 21 memiliki sebuah alat transformasi yang tidak digunakan yang dipanggil sebagai Accolaser [1] dan boleh menggunakan Version Up seperti Ultraman Gaia. Dia juga nampaknya boleh mengubah saiznya dari mikro menjadi saiz gergasi yang sangat besar.[4]