Versi Ultraseven dalam Superior 8 Ultra Brothers ialah seorang Ultra yang lahir daripada kehendak Dan Moroboshi untuk menyelamatkan manusia.
Sejarah[]
Superior 8 Ultra Brothers[]
Menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, dia memiliki sebuah restoran bertema Hawaii yang dijaga bersama isterinya, Anne. Bersama dengan Shin, Go dan Seiji, mereka merupakan sahabat karib bersama generasi muda anak-anak mereka serta Daigo, Gamu dan Asuka.
Semasa krisis yang dahsyat, apabila Daigo, Asuka dan Gamu telah bertukar menjadi Ultraman untuk menentang raksasa gergasi, Dan dan Ultra Brothers yang lain turut mendapat semangat daripada kata-kata isteri mereka serta kenangan orang yang tersayang untuk turut serta dalam pertempuran, yang menjelmakan alat transformasi tradisional mereka. Mereka semua bertukar pada masa yang sama menjadi empat Ultra Brothers yang asal: Ultraman, Ultraseven, Ultraman Jack dan Ultraman Ace menyelamatkan Mebius yang telah tewas dan menghidupkannya semula. Mereka semua bergabung tenaga dengan Tiga, Dyna dan Gaia menentang Giga Khimaira. Super 8 Ultra Brothers berjuang tanpa henti sehingga mereka mencederakan Giga Khimaira dengan teruk. Makhluk gergasi itu melarikan diri ke angkasa sebelum Ultraseven melepaskan Eye Slugger dan Ultraman melepaskan Spacium Beamnya. Ultra lain kemudian turut menembak dan pancaran mereka bertembung dengan Eye Slugger Seven, menggandakan kekuatannya dan melemahkan Giga Khimaira. Akhirnya, ia dihancurkan oleh pancaran-pancaran para pahlawan itu.
Setelah para pahlawan itu kembali ke Bumi, Black Silhouette tiba-tiba muncul. Mereka semua melepaskan pancaran khas mereka ke arahnya selepas diancamnya, menghancurkan pemerintahan kejamnya untuk selama-lamanya. Setiap Super 8 Ultra Brothers berubah menjadi bentuk manusia mereka dan kembali kepada kehidupan normal mereka. Pada akhirnya, semua Ultra Brothers dalam bentuk manusia masing-masing terbang dalam kapal mereka menuju ke Negeri Cahaya di Nebula M78.
Ia tidak diketahui bagaimana Dan menunjukkan kuasa super pada awal filem ketika dia menyelamatkan beberapa kanak-kanak dari dilanggar sebuah trak, tetapi ia dapat disimpulkan bahawa dia sebenarnya ialah Ultra lain yang tinggal di Bumi. Namun, oleh kerana tinggal di Bumi untuk jangka masa yang panjang, dia kehilangan ingatannya dan menjalani kehidupan harian sebagai manusia.
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 40 meter
- Berat badan: 35,000 tan
- Dunia Asal: Planet Bumi (Semesta Superior)
Ciri-ciri Tubuh[]
- Beam Lamp: Batu hijau di dahi Seven yang setara dengan Color Timer. Diandaikan ia berfungsi sama seperti yang asal.
- Protector: Perisai pada dada dan bahunya. Diandaikan ia berfungsi sama seperti pelindung asal Ultraseven.
- Perisai Ultra: Perisai Seven kebal terhadap letupan api dan pancaran laser walaupun ketika dia kehabisan tenaga.
Transformasi[]
Dan Moroboshi menempatkan Ultra Eye di wajahnya umpama sepasang cermin mata, lalu cahaya berputar muncul di lensa dan Dan bertukar menjadi Ultraseven dari kepala hingga badan dalam beberapa saat.
Bentuk[]

Ultraseven
- Senjata
- Eye Slugger: Senjata di kepala Ultraseven boleh ditanggalkan dan digunakan sebagai senjata lempar.
- Teknik
- Khas
- Emerium Beam : Pelbagai konsentrasi sinar tenaga boleh ditembak dari Beam Lamp di dahinya sebagai salah satu serangan penamat Ultraseven, yang juga merupakan salah satu gerakan ikoniknya. Dia boleh menembaknya apabila menempatkan tangan kirinya ke dada.
- Wide Shot : Serangan terkuat Ultraseven. Dengan mengumpulkan tenaga di pelat perisai di bahu dan dadanya, Ultraseven boleh melepaskan aliran tenaga yang kuat dengan melipat tangan dalam bentuk L (tangan kiri tegak, tangan kanan dibengkokkan). Ia boleh menghancurkan raksasa dalam satu serangan.
- Gabungan
- Ultra Palifie : Seven bersama Ultraman, Ace dan Jack boleh melepaskan pancaran biru dari tangan kanan mereka yang digunakan untuk menghidupkan semula Mebius.
- Ultra Grand Wall : Sebuah perisai gabungan yang dapat memantulkan serangan musuh.
- Excellent Reflection Giga Khimaira. : Gelombang tenaga yang digunakan untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh
- Ultra Superior : Seven dan Super Ultra Brothers yang lain melepaskan serangan penamat masing-masing.
- Illusionic Slugger Eye Slugger, ia dapat berganda menjadi banyak salinan. : Apabila versi biru dari Ultra Superior dilepaskan ke arah

Glitter Ultraman
Glitter Version Giant Black Silhouette.
terlahir dari harapan manusia untuk menewaskan- Teknik
- Khas
- Glitter Wide Shot : Versi yang ditingkatkan dari serangan penamat ikoniknya.
- Gabungan
- Superior Myth Flasher : Serangan gabungan di mana Super 8 Ultra Brothers melepaskan serangan penamat masing-masing.