Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement


Ultraseven (ウルトラセブン, Urutorasebun) merupakan entri ketiga dalam Siri Ultraman yang dicipta oleh Tsuburaya Productions. Berbeza dengan siri Ultraman sebelumnya yang menampilkan pelbagai raksasa, siri Ultraseven memperluas lebih banyak konsep pencerobohan makhluk asing dan ketenteraan. Siri Ultraseven pada asalnya dikandung sebagai entri yang berasingan kepada siri Ultraman, sehingga siri Return of Ultraman kemudian mengerjakan semula dua kesinambungan itu menjadi satu.

Sinopsis[]

Pada masa depan yang tidak terlalu jauh, Bumi sentiasa diserang oleh ancaman luar. Untuk menentang mereka, Terrestrial Defense Force menubuhkan Ultra Guard, sepasukan enam anggota elit yang menggunakan kenderaan dan persenjataan berteknologi tinggi. Menyertai pertarungan mereka ialah Dan Moroboshi yang penuh misteri yang secara diam-diam merupakan seorang makhluk asing dari Negeri Cahaya yang terletak di Nebula M78, Ultraseven.

Watak[]

UG[]

  • Dan Moroboshi
  • Kaoru Kiriyama
  • Shigeru Furuhashi
  • Anne Yuri
  • Soga
  • Amagi

Ultra[]

Kaiju[]

Kaiju Kapsul[]

Biasa[]

Pelakon[]

  • Dan Moroboshi/Ultraseven (Suara) (モロボシ・ダン/ウルトラセブン(声), Moroboshi Dan/Urutorasebun (Koe)): Kohji Moritsugu (森次 晃嗣, Moritsugu Kōji)
  • Anne Yuri (友里アンヌ, Yuri Annu): Yuriko Hishimi (ひし美 ゆり子, Hishimi Yuriko)
  • Shigeru Furuhashi (フルハシ・シゲル, Furuhashi Shigeru): Sandayū Dokumamushi (毒蝮 三太夫, Dokumamushi Sandayū)
  • Kaoru Kiriyama (キリヤマ・カオル, Kiriyama Kaoru): Shoji Nakayama (中山昭二, Nakayama Shōji)
  • Soga (ソガ, Soga): Shinsuke Achiha (阿知波信介, Achiha Shinuske)
  • Amagi (アマギ, Amagi): Bin Furuya (古谷敏, Furuya Bin)
  • Pencerita: Hikaru Urano (浦野光, Urano Hikaru)

Alih Suara Bahasa Inggeris[]

  • Vlasta Vrana sebagai Pencerita
  • Roby Roy sebagai Dan Moroboshe
  • Dean Hagopian sebagai Furuhashi
  • Marc Denis sebagai Soga
  • Tim Webber sebagai Takenaka
  • Jane Woods as Donna
  • Jean Fontaine sebagai Kiriyama
  • Arthur Grosser sebagai Manabe

Pelakon sut[]

  • Ultraseven (ウルトラセブン, Urutorasebun): Koji Uenishi (上西弘次, Hirotsugu Uenishi)

Muzik[]

Lagu Tema Pembukaan
  • Ultraseven no Uta (ウルトラセブンの歌, Urutorasebun no Uta, lit. "Lagu Ultraseven")
    • Lirik: Kyōichi Azuma
    • Kimposisi & Penyusunan: Tōru Fuyuki
    • Artis: The Echoes & Misuzu Children's Choral Group

Episod TNT[]

Pada tahun 1985, Turner Program Services menugaskan Cinar untuk mengalih suara kesemua 49 episod untuk dijalankan dalam sindikasi.[1] Episod yang dihasilkan Cinar menampilkan kredit pembukaan dan penutup baru, eyecatches dan juga nama episod baru. Setelah gagal untuk menjualnya ke stesen tempatan dan nasional, Turner meletakkan semula kaset itu ke dalam peti besi mereka sehingga tahun 1994, apabila siri Ultraseven dipilih untuk disiarkan di blok Toons 'Till Noon dan MonsterVision di TNT. Toons 'Till Noon menerima penyuntingan yang sangat besar untuk menjadikannya sesuai dengan slot waktu, sementara siaran MonsterVision dibiarkan sepenuhnya tidak dipotong. Episod 5-7 didapati hilang, tetapi berbanding membayar kepada Cinar untuk episod yang hilang itu, mereka menyiarkan kesemua kaset yang sudah mereka miliki. Apabila kontrak antara Tsuburaya, Cinar dan Turner telah tamat, semua bahan (filem, kaset, audio master) telah dikembalikan ke dan dikumpulkan oleh Tsuburaya.

Sekuel Langsung dan Media Berkaitan[]

Filem[]

Sebuah adaptasi filem episod 18 telah diterbitkan pada 21 Julai 1968 di perbarisan Toei Manga.

Heisei Ultraseven[]

Rencana utama: Heisei Ultraseven

Dua puluh tujuh tahun selepas berakhirnya siri Ultraseven yang asal, Tsuburaya telah membuat dua khas TV yang berlanjutan selepas kisah yang asal, di mana Seven kembali ke Bumi, lalu dua tahun kemudian sekuel direct-to-video. Setiap episod baru berlaku dalam kesinambungan di mana Ultraseven merupakan satu-satunya Pahlawan Ultra yang telah datang ke Bumi.

Ultraseven X[]

Rencana utama: Ultraseven X

Ultraseven merentasi ke dunia lain untuk menentang penceroboh yang merancang untuk menyeberang menggunakan portal dan diam-diam mengambil alih dunia. Ultraseven menjalin ikatan dengan seorang lelaki bernama Jin, seorang yang amnesia yang mempunyai masa lalu yang berkaitan dengan peristiwa yang bersekongkol secara rahsia.

Home Media[]

Pada tahun 2012, Shout! Factory telah memperoleh lesen untuk sari kata siri Ultraseven dalam Bahasa Inggeris dan mengeluarkannya untuk dijual di laman web mereka sebagai set CD kotak fizikal, yang mana hanya terdapat untuk penghantaran di Amerika Syarikat dan Kanada. Bagaimanapun, episod 12 yang asal tidak dimasukkan, menjadikan jumlah episod dalam keluaran ini sebanyak 48 sahaja. Pada 11 Disember 2012, Shout! Factory telah menyediakan set itu melalui peruncit biasa. Kali ini, bekasnya merupakan bekas penyimpanan DVD standard.

Ultraseven Blu-Ray Box I memaparkan episod 1-25 kecuali episod 12 dan Blu-Ray Box II memaparkan episod 26-49.

Mill Creek juga ditetapkan untuk mengeluarkan siri Ultraseven yang lengkap pada 10 Disember 2019 di bawah keluaran Steelbook dan Blu-Ray.

Trivia[]

  • Beberapa runut bunyi dari siri ini kemudian digunakan semula dalam siri Ultraman Ace, Ultraman Leo dan Ultraman 80.
  • Siri Ultraseven mempunyai 2 episod yang telah diharamkan iaitu "Dari Planet Dengan Cinta" (diharamkan disebabkan oleh rupa Alien Spell menyerupai mangsa pengeboman atom Jepun yang terselamat di Perang Dunia II) dan "Senjata Super R-1" (diharamkan pada tahun 2011 disebabkan oleh episod itu berkaitan dengan bencana nuklear Fukushima Daiichi baru-baru ini).
    • Disebabkan oleh sebahagian larangan, episod 12 tidak didapati di dalam DVD Region 1 yang dikeluarkan oleh Shout! Factory. Bagaimanapun, episod 26 yang baru-baru ini dilarang itu telah dikeluarkan dan boleh ditonton dalam set itu.
  • Ultraseven pada asalnya dirancang untuk menjadi entri terakhir dalam Siri Ultraman. Akan tetapi, populariti yang luar biasa terbukti sebaliknya.
    • Sekuel untuk kedua-dua siri Ultraman yang bertajuk Ultraman Continues dan Ultraseven yang bertajuk Fight! Ultraseven telah dicadangkan, tetapi Tsuburaya Productions tidak menghasilkan rancangan Ultra lain sehingga tahun 1971 dengan siri Return of Ultraman.
  • Klip Ultraseven telah ditunjukkan dalam satu episod siri Space Ghost Coast to Coast, dengan seorang hos berusaha untuk mendapatkan tetamu Joel Hodgson untuk membantu "MST" mereka.
  • Siri ini pada asalnya akan dinamakan sebagai Ultra Eye.
  • Ultraseven yang terdapat pada cover "Ultraseven The Complete Series" merupakan sut Ultraseven yang dibuat oleh Chaiyo.
  • Adiwira titular siri ini kadangkala tersilap dipanggil sebagai "Ultraman Seven" oleh pelbagai sumber di luar Jepun (atau dalam kes KHON/Honolulu di Hawaii, dia dipanggil sebagai Ultra-7 seperti yang dinyatakan dalam TV Guide ketika ia bersiaran pada tahun 1975). Kedua-dua siri dan adiwiranya juga dipanggil sebagai Ultra Seven (dengan jarak).

Rujukan[]

Produksi
Siri Showa Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80
Siri Heisei Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B
Siri Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Di Luar Jepun Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising
Original Video dan TV Special Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone
Filem Showa Ultraman: Monster Movie Feature | Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story
Filem Heisei Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Super 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie
Filem Reiwa Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie
Spin-off Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero vs. Darklops Zero | Q - Door to Another Dimension | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | The Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | Ultraseven IF Story | SKaRD Break Room
Siri Pengulangan Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars
Informasi Ultraman The Prime | ULTRAMAN ARCHIVES | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Ultra Information Center | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultra Construction Tour | THE ORIGIN OF ULTRAMAN | Ultraman 4K Discovery
Dokudrama Fly in the Sea Breeze! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen
Siri dan Filem Lain Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wres no Hoshi Azteckaiser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight
Anime The☆Ultraman | Ultraman Kids | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2: The Great Happy Operation | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE
Isi Kandungan Diharamkan Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman
Advertisement