Ultraman Wiki
Advertisement
Jangan mengelirukan Ultraman the Next dengan Ultraman Nexus atau Ultraman Noa.

"Apa yang awak akan panggil saya? "The"...?
"Next", mungkin.
"

Shunichi Maki dan Sara Mizuhara, ULTRAMAN


Ultraman the Next (ウルトラマン・ザ・ネクスト, Urutoraman za Nekusuto), atau hanya dikenali sebagai 'Ultraman' di dunianya merupakan bentuk devolusi bagi Ultraman Noa. Dia berbalik kepada bentuk ini ketika dia mengejar Beast the One setelah memasuki atmosfera Bumi. Dalam bentuk ini, hampir semua kuasanya telah terkunci sebelum dia akhirnya perolehnya semula seiring masa berlalu. The Next juga merupakan sebuah pembuatan semula bagi Ultraman asal, sebagai hasilnya dia juga hanya dikenali sebagai "Ultraman" di alam semestanya dengan "The Next" merupakan nama kodnya dari pasukan tentera.

Konsep[]

Etimologi[]

Nama the Next digunakan untuk melambangkan bahawa Ultra ini merupakan permulaan bagi Generasi Seterusnya dalam Siri Ultraman.

Sejarah[]

ULTRAMAN[]

Menjadi the Next[]

Setelah di Bumi dan bergabung dengan seorang juruterbang F-15, Shunichi Maki, dia perlahan-lahan tumbuh di dalam dirinya. Apabila pasukan pertahanan diri Jepun kehilangan jejak the One, mereka menahan seorang lelaki yang dipercayai boleh mengumpan raksasa itu semula. Rancangan itu berjaya tetapi pada masa yang sama, kuasa dan saiz the One telah meningkat dengan menyerap beberapa ekor biawak betul-betul di hadapan mereka. Bagaimanapun, semasa terperangkap dalam sel di tingkat bawah, Maki mula bertukar. Meletupkan pintu dengan letupan cahaya dan muncul, manusia itu disapu umpama seekor lalat dan dia tercampak ke dinding di mana pertukarannya mula berlaku.

Menentang the One[]

Maki bertukar menjadi the Next, seorang pahlawan humanoid yang berasal dari bintang. Kedua-dua gergasi itu bertarung dengan sengit di dalam gudang itu, tetapi apabila makhluk itu mengancam nyawa Sara, the Next berdiri di hadapannya dan melindunginya dengan membiarkan dirinya dipukul ekor makhluk itu. Selepas the Next menyerangnya, makhluk itu akhirnya berundur di mana ia berjalan menembusi dinding dan menghilang ke belantara.

Ketika Sara dan Maki bertemu dengan makhluk itu, ia menyerang lagi setelah menipu Sara. Pertarungan antara kedua-dua mereka sekali lagi berlaku, tetapi ketika jelas dia tidak dapat mengalahkan pahlawan itu, dia menyerap sekumpulan tikus dan membesar menjadi bentuk yang besar. Setelah raksasa itu melarikan diri, ia mula menyerang bandar. Pada ketika the Next keluar dari lubang itu, bangunan-bangunan sedang terbakar dan runtuh dan salah satu bangunan itu hampir jatuh dan menimpa seorang ibu dan anak perempuannya.

Berevolusi menjadi Junis[]

Bergegas menuju ke arah bangunan yang hampir menimpa sekeluarga itu, the Next berevolusi ke bentuk seterusnya. Makhluk super itu menahan bangunan yang runtuh itu untuk memberikan peluang kepada mereka untuk menyelamatkan diri, tetapi the One yang melihat perkara itu mula menyerang. Maka pertarungan itu bermula sekali lagi di bandar. Apabila makhluk itu mula melancarkan bebola tenaga dari rahangnya, the Next terbang ke langit.

Setelah menyerap sekumpulan gagak, the One mengikutinya dengan ganas. Kedua-dua mereka mula bertarung dengan sengit, menyerang dan mengelak antara satu sama lain sehingga raksasa itu menggunakan ekornya untuk menahan gergasi itu dan menariknya ke dalam. Ia mula mengalahkan pahlawan itu dan menyedut tenaganya sehingga tentera udara tiba dan melancarkan serangan ke arah raksasa itu, membolehkan Ultraman untuk melarikan diri dan memukul raksasa itu dengan dua bilah tenaga yang memutuskan sayapnya dan menyebabkannya jatuh ke tanah.

Setelah turun ke darat, gergasi merah perak itu menggunakan serangan terkuatnya, Evol-Ray Schtrom ke arah raksasa itu space beast was vaporized. Selepas itu, Ultraman menghormati permintaan Maki untuk terbang bersama anak lelakinya. Bagaimanapun hasilnya, Ultraman terpaksa tidur untuk mendapatkan semula tenaganya. ULTRAMAN

Ultraman Nexus - Later Years[]

Rencana utama: Ultraman Nexus (watak)

Bertahun-tahun setelah the Next menamatkan pertarungannya dengan the One, Ultraman bangkit dari tidur panjangnya dengan menggunakan bentuk yang telah berevolusi sepenuhnya, Nexus. Dalam bentuk ini, dia bergabung dengan beberapa manusia lain untuk memulihkan sebahagian kuasanya. Apabila dia bergabung dengan Kazuki Komon, dia memperoleh semula semua kuasanya dan bertukar menjadi Ultraman Noa iaitu bentuk sebenarnya. Dia menewaskan musuh ketatnya, Dark Zagi lalu kekal tinggal di Bumi untuk menewaskan sisa-sisa Space Beast, dengan Kazuki Komon sebagai hos manusianya.

Ultraman Ginga[]

The Next dilihat sebagai salah seorang Ultra yang bertarung menentang raksasa-raksasa ketika berlakunya Perang Dark Spark. Di akhir peperangan itu, dia telah ditukar menjadi Spark Doll oleh kuasa jahat Dark Spark. Tidak seperti kemunculannya sebelum ini, dia bertarung dalam bentuk Anphans sebagai gergasi seperti Ultra lain.

Profil[]

Statistik[]

  • Umur: 350,000 tahun atau ke atas

Ciri-ciri Badan[]

  • Mata: The Next tidak memiliki kesukaran untuk menentang the One dalam persekitaran yang redup.
  • Energy Core: Setara dengan Pemasa Warna milik the Next. Tidak seperti yang biasa, ia terletak di dalam tubuh badannya berbanding di luar. Ia akan berkelip apabila Dunamist mencapai had fizikal mereka. Tidak seperti Pemasa Warna biasa, ia tidak bertukar warna sebaliknya berkelip berwarna kuning dan mengeluarkan bunyi seperti degupan jantung.
  • Stratos Edge (ストラトスエッジ, Sutoratosu Ejji): Bilah yang terdapat di lengan the Next. Dengan penumpuan, ia boleh diisi dengan tenaga untuk mengaktifkan serangan Elbow Cutter atau Lambda Slasher. Dalam bentuk Junis, bilah itu dinaik taraf dan berevolusi sepenuhnya membolehkannya untuk menggunakan Evol-Ray Schtrom. Ia merupakan pendahulu bagi Armed Nexus milik Nexus.
  • Perisai Ultra: Tidak seperti kebanyakan Ultra, Ultra Armor the Next tidak menutupi seluruh tubuh badannya, membiarkan urat-uratnya terdedah. Dalam bentuk Junis di mana perisai itu telah berevolusi sepenuhnya, sementara tidak kebal terhadap momentum, menahan serangan bebola api the One tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.

Transformasi[]

Tidak seperti kebanyakan Ultra dan juga bentuk-bentuk seterusnya, the Next tidak menggunakan sebarang kaedah untuk bertukar. Maki berubah dengan kehendak murni walaupun kali pertama mungkin disebabkan oleh letupan yang diterimanya dan cahaya itu berusaha menyelamatkan nyawanya. Setelah daripada itu, dia bertukar dengan kehendaknya sendiri. Proses pertukaran bermula dengan matanya bercahaya merah dan garis tenaga the Next muncul di seluruh tubuhnya. Ketika bersinar, cahaya itu bertukar menjadi biru sebelum dia bertukar. Cahaya biru itu juga muncul ketika dia bertukar semula.

Bentuk[]

Anphans
The Next Anphans

Anphans

Anphans (アンファンス, Anfansu) merupakan bentuk pertama the Next yang memiliki semua kuasa asas yang berkaitan dengan Ultraman. Ia merupakan hasil daripada penggabungan yang tidak lengkap antara Maki dan Ultraman dan Maki yang tidak bersedia. Setelah itu ia berfungsi sebagai mod default the Next ketika Maki bertarung menentang bentuk ketiga the One. Tidak seperti hos Ultra lain, Maki bertarung dalam bentuk Ultra tanpa memiliki pengetahuan Ultraman untuk membimbingnya, oleh itu dia perlu menemui semua kebolehannya sendiri.

Bentuk ini dikatakan tidak lengkap, ini menyiratkan bahawa tidak seperti bentuk Ultra normal, bentuk ini hanya wujud sebagai hasil daripada penggabungan Maki dan the Next yang tidak selesai sepenuhnya. Kebolehan the Next dalam bentuk ini juga dapat dilihat kurang berpotensi.

Statistik
  • Ketinggian: 10 ~ 40 meter
  • Berat badan: 2.5 ~ 26,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 2.5
Kebolehan
  • Sfera Perjalanan: The Next boleh melintasi jarak yang sangat jauh sebagai bebola cahaya.
  • Asimilasi: The Next boleh bersatu dengan seorang hos manusia. Ia akan menghidupkan semula mereka jika mereka terkorban dan memberikan mereka kebolehan seperti peningkatan kekuatan, ketahanan dan juga ESP.
  • Pemecutan: The Next boleh memecut dengan pantas seperti cahaya yang samar-samar.
  • Perubahan Saiz: The Next boleh membesarkan saiz dirinya dan dapat memecut dengan pantas secara serentak.
  • Style Change (スタイルチェンジ, Sutairu Chenji): The Next boleh bertukar menjadi Junis sambil memecut dengan pantas dan mengubah saiz dirinya.
Teknik
Khas
  • Stratos Edge (ストラトスエッジ, Sutoratosu Ejji): Bilah yang berada di kedua-dua lengan the Next. Ia boleh diisi dengan tenaga menerusi penumpuan atau digunakan sebagai senjata untuk membelah.
    • Elbow Cutter (エルボーカッター, Erubō Kattā): Setelah mengisi tenaga pada Stratos Edge-nya, the Next melancarkan arka tenaga ke arah lawannya.
Fizikal
  • Tumbukan: The Next bertarung dengan kemahiran seorang petinju, dengan menggunakan tembakan konvensional, cangkuk dan menyiku.
  • Tendangan: Walaupun merupakan tendangan biasa, tendangan the Next sedikit melebihi kekuatan tendangan manusia. Dengan satu tendangan, dia boleh mencampakkan the One melintasi seluruh bilik.
  • Penguncian: The Next mempunyai teknik kunci leher yang sangat kuat, yang dengan kekuatannya hampir mustahil untuk dilepaskan. Bila dia melakukannya, dia biasanya akan terus menyerang kepala lawannya dengan beberapa tumbukan lutut.

Junis
Ultraman the Next Junis

Junis

Junis (ジュネッス, Junessu) merupakan bentuk evolusi the Next yang memiliki kekuatan dan lelajuan yang lebih hebat berbanding Anphans. The Next mengekalkan kesemua kuasanya dari bentuk sebelumnya dengan versi lebih kuat. Bilah Stratos Edge-nya juga telah berevolusi menjadi versi lebih kuat dan merupakan pendahulu bagi Armed Nexus yang kemudian dilihat dalam bentuk Nexus.

Bentuk ini pertama kali digunakan dalam pertarungan terakhir menentang the One ketika ia membesar menjadi bentuk kedua terakhirnya dan mengganas di bandar. Maki bertukar sambil membesar dan menggunakan pecutan untuk menyelamatkan seorang ibu dan anak peremppuannya dari ditimpa bangunan yang roboh. Dalam bentuk inilah Maki dan Ultraman menyelesaikan asimilasi mereka antara satu sama lain sebelum berpisah semula selepas kemenangan mereka dalam pertarungan terakhir.

Statistik
  • Ketinggian: 40 meter
  • Berat badan: 26,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 3
Kebolehan
  • Kuasa Ultra: Junis merupakan bentuk sebenar the Next oleh kerana Anphans merupakan bentuknya yang tidak lengkap. Junis memiliki kekuatan, kelajuan dan ketahanan yang lebih hebat serta serangan yang lebih berkesan (bilah Stratos Edge). Dia juga boleh mengakses kesemua tekniknya dari bentuk sebelumnya dengan versi yang lebih kuat memandangkan keadaannya yang berevolusi.
  • Penerbangan: Seperti Ultra lain, the Next boleh terbang menggunakan kuasanya sendiri, tetapi Maki hanya menggunakannya dalam bentuk Junis.
Teknik
Khas
  • Stratos Edge (ストラトスエッジ, Sutoratosu Ejji): Bilah yang berada di kedua-dua lengan the Next. Ia boleh diisi dengan tenaga menerusi penumpuan atau digunakan sebagai senjata untuk membelah. Dalam bentuk ini, ia memiliki potensi penuh.
    • Lambda Slasher (ラムダ・スラッシャー, Ramuda Surasshā): The Next boleh menembak arka tenaga yang lebih besar menggunakan kedua-dua tangannya atau dengan mengumpulkan tenaga di kedua-dua lengannya untuk serangan berkembar.
    • Evol-Ray Schtrom (エボルレイ・シュトローム, Eboru Rei Shutorōmu): Pancaran penamat the Next. Tidak seperti Ultra Beam normal, zarah-zarah pancarannya tidak mengalir sama rata, sebaliknya dengan cara berayun. Ia memiliki ciri-ciri yang menyebabkan sasarannya menghilang pada tahap molekul menjadi zarah biru yang bersinar-sinar, iaitu sebuah sifat yang diwarisi oleh 'Ray Schtrom' kemudian yang digunakan oleh Nexus.

Media Lain[]

Ultraman Nexus (permainan video)[]

The Next dalam bentuk Junisnya muncul dalam permainan ini sebagai salah satu watak boleh dimainkan yang tersembunyi. Untuk membuka kunci watak ini, pemain perlu menyelesaikan Mod Pertempuran menggunakan bentuk Junis Ultraman Nexus. Ultraman Nexus (permainan video)

Barang dagangan[]

Ultra Hero Series[]

UHSNexus4
  • Ultraman the Next (Junis) (2004)
    • Tarikh keluaran: Disember 2004
    • Harga: 700 yen
    • JAN/ISBN: 4543112253460
    • Bahan: PVC
Ultra Hero Series Ultraman the Next ialah figura 6 inci berdasarkan bentuk Junisnya di kemuncak filem, dan dia mempunyai 3 titik artikulasi pada lengan dan pinggang.


UHSN-The-Next-Anphans
  • Ultraman the Next (Anphans) (2004)
    • Tarikh keluaran: Disember 2004
    • Harga: 700 yen
    • JAN/ISBN: 4543112253453
    • Bahan: PVC
Figura Ultra Hero Series Ultraman the Next ini adalah berdasarkan bentuk Anphansnya yang dilihat pada separuh pertama dalam filem.


Lawson-UHS-Ultraman-Anphans-Clear

Foto ihsan dari Monsters Empire

  • Ultraman the Next (Anphans) (Edisi Terhad, 2004)
    • Tarikh keluaran: 2004
    • Bahan: PVC
Ultraman the Next (Anphans) ini adalah versi hiasan semula daripada acuan asal, menampilkan plastik lut sinar tanpa warna dengan semburan kuning yang jernih untuk mewakili penampilan pertamanya di mana dia berkomunikasi dengan Maki. Figura ini hanya tersedia di Lawson, di mana pelanggan perlu membelinya bersama tiket awal filem tersebut.


HG Series[]

Hyper Hero Real Action Doll Collection[]

Ootsuka-Planning-Hyper-Hero-Real-Action-Doll-Collection-Ultraman-Junis
  • Ultraman the Next (Junis) (2005)
    • Tarikh keluaran: 18 Mei 2005
    • Harga: 5,940 yen
    • JAN/ISBN: 4534598000754
    • Bahan: PVC, ABS
    • Aksesori tambahan: Sepasang tangan berbentuk pisau, sepasang tangan genggam
Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siri “Hyper Hero Real Action Doll Collection” oleh Ootsuka Planning, figura aksi Ultraman the Next ini menampilkan rangka yang boleh digerakkan (dihiasi dalam warna merah) dengan bahagian badan yang boleh dipakaikan pada Ultra itu sendiri.


Ootsuka-Planning-Hyper-Hero-Real-Action-Doll-Collection-Ultraman-Anphans
  • Ultraman the Next (Anphans) (2005)
    • Tarikh keluaran: 1 Ogos 2005
    • Harga: 5,940 yen
    • JAN/ISBN: 4534598000761
    • Bahan: PVC, ABS
    • Aksesori tambahan: Sepasang tangan berbentuk pisau, sepasang tangan genggam
3 bulan kemudian, versi Anphans dari the Next juga tersedia dalam siri tersebut.

Galeri[]

Trivia[]

  • Niat asal Eiji Tsuburaya untuk penampilan Ultraman telah digunakan untuk the Next, yang mana bahagian merah Ultraman dibuat untuk mewakili tisu organik manakala bahagian perak merupakan logam angkasa. Ini telah menjadikan the Next sebagai Ultra pertama yang memiliki tisu organik yang dapat dilihat. Idea itu juga telah dinyatakan sebagai representasi lava yang mengeras dalam Anphans dan lava yang membara dalam Junis.
  • Ketika the Next masih dalam peringkat pengeluaran, ia dihasilkan di bawah nama Project Yellow Eyes.
  • Bentuk Anphans the Next sengaja direka untuk kelihatan tidak lengkap atau kurang berpotensi, bersesuaian dengan perkataan bahasa Perancis, 'enfance' yang bermaksud 'kanak-kanak'. Ia juga disebabkan oleh penggabungan antara Maki dan the Next yang tidak selesai sepenuhnya.
    • Ini mungkin bermaksud Anphans bukan bentuk alternatif atau mod default yang sebenar tetapi hasil dari keadaan lemah the Next.
  • Topeng Anphans memiliki tekstur berbatu kasar untuk mensimulasikan sut Type A Ultraman, di mana Junis mensimulasikan sut Type C yang digunakan kemudian dalam sirinya. Ini menunjukkan kedua-dua perkembangan watak.
  • The Next merupakan Ultra pertama yang memiliki babak kenaikan selepas transformasi pertamanya. Ia muncul selepas perbualan secara mental antara Maki dan Ultraman setelah mereka menyelesaikan penggabungan mereka. Babak rise itu untuk menunjukkan dan kekuatan baru mereka.
  • Tidak seperti bentuk-bentuk kemudiannya, the Next mengalami had tiga minit, tetapi dengan sebab yang berbeza daripada yang dijangkakan. Disebabkan penggabungannya dengan Maki Shunichi tidak lengkap, dia hanya boleh aktif dalam masa yang singkat sebelum kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang teruk dan berasa terlalu letih. Dalam pertarungannya keduanya, dia dapat bertahan dengan lebih lama dan akhirnya had ini hilang setelah mereka bergabung sepenuhnya.
  • Tidak seperti kebanyakan hos Ultra, kedua-dua bentuk the Next dikawal oleh Maki. Disebabkan oleh penggabungan mereka yang tidak lengkap, minda Maki dan the Next hanya bertemu dalam jangka masa seperti mimpi. Sehingga akhir apabila kedua-duanya bergabung sepenuhnya, Maki telah menemui semua kebolehannya secara tidak sengaja. Oleh itu, situasinya berbeza dari semua Dunamist dan semua hos Ultra lain.
  • Dari ketiga-tiga bentuknya, suara Noa hanya didengari oleh Shunichi ketika mimpi terakhir mereka.
  • Sarung tangan the Next kemudiannya telah dikitar semula menjadi tangan untuk seorang Alien Serpent dalam siri Ultraman Chronicle: ZERO & GEED.

Lihat juga[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement