NOTA: Zero Darkness dan Ultraman Zero Darkness ialah dua entiti yang berbeza. Kedua-dua entiti ini digabungkan pada satu halaman untuk tujuan mudah difahami. |
"Cahaya tak dapat kalahkan kegelapan. Saya akan ajar awak berdua erti itu sekarang!"
- ―Ultra Dark-Killer
Ultraman Zero Darkness , atau ringkasnya Zero Darkness ialah versi rosak dari Ultraman Zero. Dia ditampilkan sebagai pelbagai inkarnasi dari versi asalnya dalam pelbagai media manakala dalam versi aksi langsung, dia sama ada sebagai Zero yang dirasuki oleh jiwa Belial atau sebagai klon yang berkhidmat untuk League of Darkness.
Sejarah[]
Ultra Zero Fight[]
"Jiwa Tuanku dah dapat badan paling hebat. Tak ada siapa yang boleh halang dia sekarang. Nak datang tengok permulaan dan pengakhiran alam semesta ni?”?"
- ―Sly kepada Pigmon
- Rencana utama: Ultraman Zero
- Rencana utama: Ultraman Belial
Selepas Ultraman Zero bertarung dengan Kaiser Darkness dan menewaskannya, jiwa Belial meninggalkan Armored Darkness yang sedang dikuasainya dan masuk ke dalam tubuh Zero untuk menguasainya. Kini, dengan menggunakan tubuh musuh ketatnya, Belial memperoleh kuasa yang lebih hebat daripada yang pernah dimilikinya sendiri. Dia kemudian menamatkan riwayat setiap anggota Ultimate Force Zero dan menghancurkan Mighty Base. Tanpa ada yang menghalang, Zero Darkness atau lebih tepatnya, Belial bebas melakukan apa sahaja yang diinginkannya.
Walau bagaimanapun, rakan-rakan seperjuangan Zero yang telah gugur telah menghubungi Zero dari dalam dirinya dan memberikan kekuatan kepadanya untuk mengusir jiwa Belial dari tubuhnya melalui penggunaan bentuk barunya, Shining Ultraman Zero. Dengan itu, tiada lagi Zero Darkness. Shining Zero
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
"Awak fikir yang palsu boleh kalahkan yang asli ke? Tidak sama sekali!"
- ―Ultraman Zero Beyond

Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio menentang Zero Darkness.
Zero Darkness telah dicipta oleh Ultra Dark-Killer menggunakan tenaga dari Ultraman Zero yang diambil melalui Dark-Killer Zone sebagai demonstrasi kegelapan mengatasi cahaya. Salinan ini diarahkan untuk bertarung melawan Zero yang sudah lemah dan Ultrawoman Grigio sebelum Ultra gadis itu mengumpul kekuatannya untuk menahan pelanduk dua serupa yang rosak itu dan mengisi semula tenaga abangnya. Zero Darkness bergabung dengan tuannya untuk melawan Ultraman Ruebe di mana Ultra Super itu menangkis Wide Zero Shot dan membalas dengan Ruebe Vortex Buster. Pancaran itu mencampakkan Zero Darkness ke belakang sebelum dia meletup. Namun, Ultraman Tregear menghidupkannya semula bersama Dark-Killer yang kemudian membesar menjadi saiz gergasi. Geed, Orb, X, Victory dan Ginga memberikan tenaga mereka kepada Zero, membolehkannya menggunakan bentuk Beyond tanpa bantuan Leito dan mengalahkan penduanya itu dengan Twin Giga Break. Dalam usaha yang sia-sia untuk mendapatkan kelebihan ke atas New Generation Heroes, Dark-Killer mencipta semula Zero Darkness dan tiga pahlawan Darkness yang lain, akhirnya memakan mereka dan menjadi lebih besar lagi. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Profil[]

Zero Darkness
Oleh kerana Zero Darkness pada asalnya ialah Ultraman Zero yang dirasuk, ciri-ciri tubuhnya tidak berbeza daripada yang asal di mana pewarnaannya bertema berdasarkan Belial.
Statistik[]
- Ketinggian: 49 meter
- Berat badan: 35,000 tan
- Umur: Tidak berkaitan
- Dunia Asal: Kuburan Raksasa (asal), Dark-Killer Zone di Planet Tenebris (Salinan Darkness)
- Kelemahan: Oleh kerana Zero Darkness yang pertama ialah hasil perasukan, dia cenderung mengalami konflik dalaman di dalam tubuhnya yang menyebabkan dia memperoleh bentuk Shining Ultraman Zero.
Ciri-ciri Tubuh[]
- Beam Lamp : Zero Darkness memiliki Beam Lamp berwarna merah di dahinya tetapi tidak memiliki fungsi oleh kerana dia tidak terikat kepada had masa operasi disebabkan oleh statusnya sebagai Dark Ultra. Sama ada dia boleh menggunakan Emerium Slash seperti yang asal masih belum diketahui.
- Protector : Seperti Seven dan anaknya, Zero Darkness mempunyai set Protector di dadanya yang hanya berfungsi sebagai pelindung.
- Dark Zero Slugger : Seperti yang asal, Zero Darkness memiliki sepasang Slugger berwarna hitam dan boleh menggunakannya dengan kemahiran yang tinggi. Berbanding aura hijau biasanya, Slugger ini bersinar dengan warna ungu.
- Color Timer : Peranti standard yang digunakan oleh Pahlawan Ultra. Ia memiliki penyambung yang membolehkannya menyambungkan Dark Zero Slugger dan melancarkan Dark Zero Twin Shoot.
- Perisai Ultra: Perisai standard Zero Darkness yang kebal terhadap api dan laser.
- Mata: Akibat pengaruh Belial, mata Zero Darkness berwarna kekuningan dengan garis kemerahan di sekelilingnya.
- Ultimate Bracelet : Zero Darkness memiliki versi gelap dari Ultimate Bracelet yang berpancar setiap kali dia menggunakan serangan tenaga tetakannya. Ia tidak diketahui jika dia boleh menggunakannya untuk bertukar menjadi bentuk-bentuk Zero yang lain.
Kebolehan[]
- Kekuatan: Sama ada akibat daripada Belial, Zero atau gabungan kedua-duanya, Zero Darkness sudah menjadi seorang pejuang berbakat dan mampu mengalahkan anggota Ultimate Force Zero
- Kuasa Ultra Gelap: Zero Darkness menunjukkan kuasa Ultra gelap yang menakutkan seperti ketika dia mengalahkan Jean-Bot dan Mighty Base dalam satu serangan. Dia jelas mempunyai semua versi rosak dari kebolehan semula jadi Zero di samping set kuasa milik Belial sendiri.
Teknik[]
Khas[]
- Deathcium Shot : Dengan satu sapuan tangannya, Zero Darkness mencipta letusan tenaga berbentuk sabit yang bukan sahaja mengalahkan Jean-Bot dalam satu pukulan, tetapi juga memusnahkan Mighty Base dan Mirror Knight. Ketika menggunakan teknik ini, Ultimate Bracelet yang terjejas berkelip dengan tenaga gelap, menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan sumber serangan tersebut.
- Dark Zero Twin Shoot : A purple version of Zero Twin Shoot, used to cut Jean-Nine in half.
- Dark Zero Flash : Serangan peluru cahaya yang digunakan untuk menangkis ilusi Mirror Knight.
- Wide Darkness Shot: Zero Darkness boleh menembak versi gelap dari Wide Zero Shot milik Zero. Kebolehan ini adalah eksklusif untuk pendua dalam Ultra Galaxy Fight.
Fizikal[]
- Dark High Spin: Seperti yang asal, Zero Darkness boleh memutar tubuhnya pada kelajuan tinggi. Dia melakukan ini untuk menangkis Jean-Nine, Glenfire dan Mirror Knight, menghentam mereka sebelum mereka sempat bertindak balas.
- Dark Slash Kick: Salinan dari Slash Kick Zero yang dikuatkan dengan tenaga gelap.
Media Lain[]
Ultraman Live in Genting 2016 Revenge of Baltan Stage Ⅰ[]
Dalam pementasan tahun 2016, Zero Darkness dinamakan sebagai Ultraman Zero Dark iaitu anak kepada Ultraseven Dark dan merupakan sebahagian dari bala tentera Ultra jahat yang dihubungi oleh Alien Baltan untuk membantunya dalam misinya untuk melancarkan serangan ke atas Kuala Lumpur, Malaysia sebelum barisan Ultras tiba dan menentang pasangan jahat masing-masing. Dalam pementasan ketiga, Zero Dark mengambil bahagian dalam sebuah pertarungan yang dipimpin oleh Belial dan bersatu tenaga dengan pasangan Zamsher swordsmen untuk menentang Zero sebelum kesemua mereka ditombak oleh Ultra Zero Lance.[1]
Ultraman Precious Stage: Dad is Ultraseven[]
Dalam dunia selari, seorang kanak-kanak lelaki bernama Tatsuya telah dimanipulasi oleh Ultraman Belial dan sekawan Alien Guts untuk memusatkan kegelapan dari hatinya bagi memanggil raksasa. Percubaan Ultraman Zero yang gagal untuk mendekati budak itu mengakibatkan dia pula yang dirosakkan menjadi Zero Darkness dan dipaksa untuk menerima Tatsuya sebagai hos manusianya. Apabila bapa Tatsuya/Ultraseven muncul, bapa-bapa itu mendekati anak-anak mereka dan berjaya membersihkan kegelapan yang mempengaruhi mereka. Ultraman Precious Stage: Dad is Ultraseven
Galeri[]
Ultra Zero Fight[]
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Lain-lain[]
Trivia[]
- Tidak seperti klon-klon "Darkness" yang lain Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes, Zero Darkness telahpun wujud, maka sutnya digunakan semula tanpa sebarang pengubahsuaian. Malah, dalam dunia cerita, ia diakui bahawa Dark-Killer memilihnya untuk menyerupai bentuk ini berdasarkan trauma Zero akibat perasukan.[2][3]
- Dia merupakan penjahat terakhir yang diperkenalkan dalam New Generation Heroes yang mana pengarah Koichi Sakamoto mengakui telah memasukkannya untuk memberikan dilema emosi kepada Zero yang sebenar.[4]
- Dalam Ultraman Fusion Fight!, Zero Darkness ditampilkan sebagai gabungan dari dua versi aksi langsungnya; biografinya menampilkannya sebagai milik Dark Killer, sementara serangan dan gaya pertarungannya menampilkannya sebagai milik Belial.[5]
Rujukan[]
- ↑ https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/1990
- ↑ https://m-78.jp/galaxy-fight/ngh/english/character-darkness.php
- ↑ http://www.dcd-ultraman.com/images/news_zh/16/img_03.png
- ↑ 『ウルトラマン公式アーカイブ ゼロVSベリアル10周年公式読本』実業之日本社、2020年10月30日。ISBN 978-4-408-41567-3 pages. 72-77, 「CREATION of ZERO ゼロを作りし者たち Interview 坂本浩一[監督]」
- ↑ https://stat.ameba.jp/user_images/20201119/19/yupiteru-ameba/eb/c1/p/o1096075514853731234.png?caw=800