"Awak sangat bagus memainkan seruling itu, Tohru. Setiap kali saya dengar awak memainkannya, ia mengisi kekuatan dalam diri saya!"
- ―Katsuto Asahi (sebagai Ultraman Zearth) kepada Tohru Hoshimi, Ultraman Zearth
Ultraman Zearth merupakan salah seorang Ultra yang berasal dari Land of Bright yang terletak di Nebula Z95 (parodi untuk Negeri Cahaya di Nebula M78). Dia ditampilkan dalam dua filem eponim iaitu Ultraman Zearth dan Ultraman Zearth 2. Walaupun cenderung untuk jatuh di bawah pengaruh kegelisahannya, Zearth merupakan seorang pejuang berkemahiran tinggi dengan kebolehan luar biasa yang meletakkan kekuatannya setaraf atau mungkin lebih besar berbanding Ultra lain.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama "Zearth" berasal dari perkataan "zenith" yang bermaksud "titik tertinggi" atau "ketinggian" dari aspek tertentu dan "Bumi".[1]
Personaliti[]
Sejarah[]
Ultraman Zearth[]
Seorang Ultraman yang berasal dari Land of Bright di Nebula Z95, Zearth telah datang ke Planet Bumi untuk mempertahankannya dari ancaman jahat. Dia mencipta identiti manusia bernama Katsuto Asahi, seorang ahli dalam Mydo iaitu sebuah pasukan pertahanan Bumi yang menjadikan stesen gas sebagai pangkalan mereka. Disebabkan Katsuto tidak suka akan kekotoran, dia ditempatkan di posisi terendah dalam pasukan itu, iaitu seorang petugas kebersihan. Oleh kerana dia tidak dibenarkan keluar untuk menjalankan misi, ia memberikan peluang kepadanya untuk bertukar di luar pandangan mereka. Apabila Cotton-Poppe menyerang Jepun, Zearth bertukar untuk berlatih di kawasan luar bandar Jepun sementara Mydo mencari raksasa itu. Ketika Zearth berlatih, dia secara tidak sengaja kotorkan tangannya dan cuba sedaya upaya untuk membersihkannya. Tanpa disedarinya, Zearth telah membiarkan Alien Benzene yang jahat itu mengetahui fobianya itu. Tidak lama kemudian, alien itu menggunakan cara itu untuk mencari tahu tentang kebenaran di sebalik bentuk manusia Zearth lalu terus menyeksanya dengan minyak. Ultraman Zearth
Ultraman Zearth 2: Superhuman Big Battle - Light and Shadow[]
Tidak lama selepas kekalahan Benzene dan Cotton-Poppe, Lady-Benzene iaitu isteri kepada Benzene tiba untuk mencuba nasibnya. Dengan menghantar robot suruhannya Ultraman Shadow untuk menyerang Zearth, wira itu diserang hendap di Antartika dan dengan mudah diserang dan dicederakan di matanya. Ultraman Zearth 2: Superhuman Big Battle - Light and Shadow
Profil[]
Statistik[2][]
- Ketinggian: 60 meter
- Berat badan: 54,540 tan
- Umur: 9,500 tahun
- Tempat asal: Land of Bright, Nebula Z95
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 19.9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5.55
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: 889 kilometer per jam
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1000 meter
- Kekuatan Lengan: 100,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 50,000 tan
- Kelemahan: Zearth mempunyai rasa takut terhadap sebarang bahan yang dianggap 'kotor' seperti lumpur dan minyak. Ketakutannya itu sangat besar sehingga dia hanya cuba untuk berjalan melintasi kolam yang dipenuhi dengan tar menyebabkan Pemasa Warnanya terus berkelip warna merah dan dia juga hampir lemas sebelum dia mendapat semula kekuatannya. Sejak itu, dia telah mengatasi kelemahannya itu.
Transformasi[]
Transformasi Zearth adalah sama dalam kedua-dua filem. Katsuto Asahi memberus giginya dengan berus gigi khasnya lalu mengangkatnya ke udara, serupa dengan bagaimana Hayata menggunakan Beta Capsule. Dalam filem pertama, Zearth ditunjukkan sejenis kebangkitan manakala dalam filem kedua, babak kebangkitannya diberi sebuah kesan transformasi dalam masa sebenar dengan Katsuto bertukar menjadi Zearth dalam bentuk cahaya lalu terbang ke langit menuju ke medan pertempuran dengan Shadow. Alat transformasi Zearth dalam filem pertama ialah Pikari Brush yang merupakan berus gigi elektrik berwarna putih yang disimpan di poket bajunya. Dalam filem kedua, Pikari Brush yang kedua mengenakan warna merah dan kuning dan menyerupai tanda-tanda di tubuh badannya.
Teknik[]
Istimewa[]
- Spachouchoura Beam : Juga dikenali sebagai Speciu-shula Beam, ia merupakan serangan pancaran Zearth yang digunakan dalam gaya "+".
- Cross Spachouchoura Beam : Spachouchoura Beam versi gaya "X".
Fizikal[]
- Super Zearth Kick
- Ultra Heel Drop
- Machine Gun Kick
- Zearth Knee Kick
- Zearth Drop Kick
- Zearth Punch
- Zearshutoh
- Zearth KO Punch
- Zearth Chop
- Zearth Cross Ver. 1.0
- Zearth Counterblow
Lain-lain[]
- Ultra Warp Beam
- Zeascan
- Ultra Rewind : Membalikkan masa.
- Ultra Stretch : Memperlahankan masa.
- Ultra Blender : Makes hyperspace temporarily. Ia serupa dengan kebolehan Meta Field milik Ultraman Nexus.
- Z Capsule Light Monster Miraclon: Sebuah hadiah yang diberikan kepada Zearth daripada bapanya.
Galeri[]
Trivia[]
- Zearth merupakan:
- Ultra pertama yang menunjukkan matanya mengalami kecederaan yang diakibatkan oleh lawannya, yang ditunjukkan matanya bertukar menjadi warna merah setelah Shadow menumbuk mukanya.
- Ultra pertama yang menggunakan lebih dari satu alat transformasi (tidak termasuk willpower) apabila Pikari Brusher miliknya dinaik taraf/ditukar dengan Pikari Brusher 2.
- Pertukaran Pikari Brusher mungkin disebabkan oleh dalam kehidupan sehari-hari, berus gigi perlu ditukar selepas beberapa kali penggunaan.
- Ultra pertama yang menembak serangan pancarannya dari tangan kirinya.
- Ultra pertama yang boleh membuka mulutnya. Ketika pertarungan terakhir menentang Ultraman Shadow, Zearth mengeluarkan bunyi dengusan mengatasi Shadow dalam pertempuran pancaran mereka dan akhirnya memusnahkan Shadow. Di dalam mulutnya ialah cahaya biru yang menunjukkan bahawa sebahagian besar atau keseluruhan tisu dalamannya diperbuat dari tenaga. Ultra kedua yang boleh membuka mulutnya ialah Ultraman Belial. Namun, Belial sering dilihat membuka dan menutup mulutnya apabila dia sedang bercakap.
- Sut Zearth diperbuat daripada bahan yang sama seperti sut Ultraman Great dan Pemasa Warnanya juga merupakan yang pertama yang menggunakan LED. Sarung tangannya pula merupakan bahagian pertama yang dijahit ke sut itu.
- Sebuah filem ketiga untuk Zearth telah dicadangkan, tetapi ketika itu filem Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: Warriors of the Star of Light sedang dihasilkan, dan ia telah dibatalkan.
- Plot filem ketiga akan menjadikan Zearth sebagai cucu kepada Ultraman King di alam semestanya.
- Bapa Zearth telah ditunjukkan sebelum ini, tetapi satu-satunya gambarnya yang diketahui ialah garis bayangan seorang Ultra dengan Ultra Horn.
- Dunia asal Zearth, Land of Bright, dilihat merupakan rumah dan tempat tinggal bagi haiwan versi Ultra seperti burung dan kucing.
Rujukan[]
- ↑ Ultraman Zearth Super Complete Works 2 1997, p. 49
- ↑ https://twitter.com/TsuburayaGlobal/status/1385028075549716482
