Ultraman Wiki
Advertisement

"Ianya gergasi yang misteri...."
"Tapi dia ada nama... X. Ultraman X.
"

Shotaro Kamiki dan Daichi Oozora, Suara Dari Langit Berbintang

"Kalau macam tu, sekarang barulah saya faham. Saling sayang-menyayangi, hati manusia akan berhubung di antara satu sama lain dan emosi ini akan mencetuskan cahaya untuk menyatukan langit dan Bumi, dan inilah yang dipanggil cahaya gergasi."

―Ultraman X merujuk kepada dirinya dan Tiga, Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman


Ultraman X (ウルトラマンエックス, Urutoraman Ekkusu) ialah wira utama dalam siri Ultraman X. Pada asalnya, dia merupakan seorang Pahlawan Ultra yang sedang mengejar musuhnya, Greeza sehingga ke sistem suria dan mengusirnya ke arah matahari, tetapi berbuat demikian telah mencetuskan Ultra Flare serta mengakibatkan dia kehilangan tubuh badan fizikalnya dan memerangkapnya dalam keadaan digital yang digunakannya untuk pengembaraan antara bintang. Pada masa kini, dia terikat dengan seorang ahli Xio, Daichi Oozora dan mendiami X Devizer pemuda itu untuk meminjamkan kekuatannya dalam menentang ancaman raksasa dengan bentuk fizikalnya.

Konsep[]

Etimologi[]

Nama X mungkin merupakan singkatan daripada awalan "Exo-" yang bermaksud luar dalam bahasa Yunani. Menurut Daichi, nama ini menunjukkan Ultra ini sebagai seorang pahlawan yang tidak dikenali di Bumi kerana dia disenaraikan di luar kategori dan dengan itu nama "Ultraman X". Nama X juga mungkin singkatan daripada perkataan Yunani, "Xenos" yang bermaksud orang asing kerana tiada sesiapa di Bumi pernah menemui makhluk sepertinya.

Reka bentuk[]

Walaupun mempunyai pelindung kepala yang melengkung seperti Ultraman asal, reka bentuk sebenar Ultraman X dikatakan berdasarkan Ultraseven dan bukannya Ultraman yang asal itu sendiri. Ini disebabkan oleh Exceed X serta konfigurasi MonsArmor yang merupakan penghormatan kepada motif perisai barat Ultraseven. Kemudian, konsep "Ultraman yang memakai perisai" diberikan kepadanya, yang pertama kali diperlihatkan pada Ultraman Hikari dan kemudiannya pada Zero. Corak digital yang dipancarkan oleh X diinspirasikan oleh filem sains fiksyen tahun 1982, Tron.

Sejarah[]

Ultraman X[]

XDigitized

X mula didigitalkan

Sejarah sebenar di sebalik kisah X tidak diketahui selain hakikat bahawa dia merupakan seorang Pahlawan Ultra yang mempunyai misi utama untuk menjaga keseimbangan di ruang angkasa. Selepas Greeza menghancurkan 3 planet, X mengejar raksasa tersebut dalam bentuk sfera perjalanan sehingga mereka tiba di sistem suria. Usahanya untuk melempar Greeza ke arah matahari ternyata membawa bencana apabila ia mencetuskan Ultra Flare yang membangkitkan Spark Doll di Bumi.

Lima belas tahun kemudian, ketika raksasa Demaaga mengamuk di sebuah bandar, X telah menyelamatkan dan menjalinkan ikatan dengan seorang pegawai Xio, Daichi Oozora. Penyelarasan mereka membolehkan tubuhnya dipulihkan untuk seketika dan menewaskan Demaaga. Suara Dari Langit Berbintang Selepas pertarungan itu, X meminta bantuan Daichi untuk memulihkan tubuh fizikalnya sebelum Daichi bersetuju untuk berbuat demikian. Bermula dari pertarungannya dengan Birdon, X memperoleh kebolehan Cyber Armor dari Alien Fanton Gourman, yang membolehkan dia menggunakan kuasa Cyber Kaiju. Koleksi Kebarangkalian Selain daripada bertarung menentang Kaiju dari Bumi, X juga menghadapi pencerobohan makhluk asing dan menerima sokongan daripada anggota Xio. Semua untuk Satu

UltimateZeroX

Dalam satu misi, dia telah bertemu dengan seorang Ultraman dari dimensi lain, iaitu Ultraman Zero yang sedang memburu Alien Nackle Bandello. X membantunya selepas seorang ahli Pasukan Makmal, Rui secara tidak sengaja dibawa bersama oleh Bandello yang mahukan Spark Doll mereka. Setelah kejadian itu selesai, Ultraman Zero mengucapkan selamat tinggal kepada Ultraman X dengan harapan mereka akan bertemu lagi pada masa hadapan. Apabila Aegis Bersinar Tidak lama selepas Zero kembali ke dunianya, Gargorgon tiba di Bumi untuk mencari Alien Gold bernama tE-rU. X dan anggota Xio bekerjasama dengan pelarian alien tersebut untuk menentang pemusnah itu sebelum X mengorbankan dirinya untuk melindungi tE-rU. Setelah dibebaskan oleh sekutunya, X kemudian menggunakan Bemstar MonsArmor yang baru dicipta untuk menghancurkan Gargorgon. Lelaki yang Memiliki Ingatan Planet Sumpah Melangkaui Dunia

XZettonArmorMax

X mengalami pertemuan lain dengan seorang Ultraman dari ruang yang berbeza. Ketika Tokyo dilanda ancaman Zetton, X dan Daichi cuba menggunakan MonsArmor Zetton untuk menentangnya. Namun, sebelum X sempat bertindak setelah memperoleh MonsArmor baru itu, dia telah diserang oleh virus yang telah ditanam dalam perisai itu oleh tuan Zetton, Alien Sran Quila. Quila telah menjangkiti perisai X sebagai sebahagian daripada rancangan besar untuk menarik Ultraman Max dan membalas dendam kepadanya. Apabila Max tiba di medan perang, Quila mengawal X melalui MonsArmor dan memaksanya untuk membantu Zetton, terus memukul Ultraman Max secara berterusan sehinggalah Daichi dapat membersihkan virus itu dengan kad Eleking. Dengan kuasa gabungan mereka, X dan Max menghancurkan Quila dan Zetton.

Selepas pertarungan itu, Max meninggalkan pesanan kepada X untuk sentiasa percaya kepada orang lain kerana itu merupakan sumber kekuatan para Ultraman. X dalam Bahaya Kuasa Max turut membantu kemudian apabila Ultraman X menggunakannya untuk menentang robot Pedanian, King Joe. Seorang Kawan yang Tidak Dikenali

"X... dah berevolusi!"

―Mamoru Mikazuki
GuaGingaVictoryX

X dan Gingavictory menentang Gua Spectre

Semasa pencerobohan Gua Army, tenaga gelap yang pelik sering muncul dan telah digelar sebagai Dark Thunder Energy. Kumpulan tentera tersebut melancarkan Demaaga yang baru setelah diperkasakan lagi oleh Dark Energy dan membuatkan X berada dalam kesukaran. Akhirnya, X terpaksa berpisah dengan Daichi dan mula hilang kesedarannya dalam ruang siber. Selepas Daichi berjaya menyelamatkannya dengan Xlugger yang baru ditemui, Ultraman X kembali ke dunia nyata dan memperoleh bentuk baru, Exceed X. Walaupun Exceed X mampu menewaskan Demaaga dan membersihkannya, ia tidak mampu menandingi pemimpin tentera tersebut, Mold Spectre, sehinggalah Daichi menerima latihan berpedang daripada Sho/Ultraman Victory. Semasa pertarungan mereka dengan Gua Army, Ginga turut terlibat dan mereka telah memusnahkan sebahagian besar armada mereka dan akhirnya dengan bantuan Xio, mereka menewaskan tentera tersebut dan pemimpin mereka. Akhir Pelangi Pedang Kemenangan Langit yang Bersinar, Bumi yang Terhubung

Pertarungan X berterusan akibat Dark Thunder Energy yang misteri dan di pertengahan konflik itu, dia bertemu semula dengan seekor makhluk asing dari masa lalunya, Mu Romantis Wataru dan kemudian X akhirnya bersatu tenaga dengan Nexus untuk memusnahkan Space Beast yang menyerang. Ikatan -Unite-

Berikutan ketibaan musuh lamanya, Greeza (yang disangkanya tidak terselamat dalam Ultra Flare), X terpaksa mendedahkan dirinya dan secara terbuka mencari kerjasama dengan Xio untuk mempertahankan bekalan Spark Dolls daripada Greeza. Akhirnya, tentangan mereka gagal dan apabila Exceed X yang tinggal, dia lantas melakukan serangan kamikaze dengan meletupkan dirinya bersama Greeza sebelum meninggalkan hanya Color Timernya. Namun, pengorbanan X nampaknya sia-sia kerana Greeza telah terbentuk semula dan berjaya mencuri semua Spark Doll lalu menjelma menjadi bentuk terakhirnya. Selepas Asuna menyelamatkan Daichi dari alam siber, ingatan Daichi terhadap X berjaya menghidupkan semula Ultra tersebut dan mereka berdua bangkit semula untuk menentang Greeza. Melihat kuasa Gomora digunakan oleh penjahat itu, Daichi meminta bantuan Gomora dan akhirnya semua Spark Doll bergabung dengan X untuk membentuk Hybrid Armor, membolehkan mereka menewaskan pemusnah itu. Dengan rahsia X telah terdedah kepada ahli Xio, dia tetap diterima dalam pasukan itu. Namun begitu, dia masih belum mendapat kembali bentuk fizikalnya walaupun Greeza telah dimusnahkan. Pengakhiran yang Indah Tanah Pelangi

Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman[]

Enam bulan kemudian, X terus menyumbangkan khidmatnya kepada pasukan Xio sebelum terlibat dalam satu konflik menentang raksasa purba Zaigorg yang telah bebas akibat tindakan pentingkan diri sendiri seorang artis web, Carlos Kurosaki. Semasa pertarungan pertama menentang raksasa tersebut, dia mengalami kecederaan parah dan X Devizer mengalami kerosakan. Daichi berjaya menyedarkan semula X dengan kejutan elektrik dan Gourman menawarkan diri untuk membaiki peranti tersebut sementara dia dan pasukan lain melengahkan Zaigorg. Sebaliknya, Devizer itu dihantar ke Carlos Communications oleh Rui selepas mengesan hubungan yang aneh.

Setelah Yuuto Tamaki bertukar menjadi Ultraman Tiga, X Devizer dipulihkan dengan serta-merta dan membolehkan X untuk Unite bersama Daichi semula untuk menyertai pertarungan bersama Tiga dan Ultraman. Walaupun pada mulanya kelihatan seperti telah berjaya menewaskan Zaigorg, raksasa tersebut lantas menangkap Tiga dan Ultraman dan terus menyedut tenaga mereka untuk menjelmakan 5 Tsurugi Demaaga yang mula mengganas di seluruh dunia. Ketika harapan kelihatan hilang, Gourman meminta Rui menghantar dua Cyber Card yang telah siap iaitu Tiga dan Ultraman yang mana digunakan oleh Daichi/X untuk mengakses Beta Spark Armor. Keadaan bertukar memihak kepada mereka apabila 5 pahlawan Ultra masa lalu yang pernah membantu mereka kembali dan menentang bala tentera Demaaga. Selepas memberikan mereka peningkatan kuasa, X lantas menamatkan riwayat Zaigorg dengan Beta Spark Arrow. X memisahkan dirinya daripada Daichi dan berterima kasih kepada Xio atas cahaya harapan mereka yang membolehkannya mendapatkan semula bentuk fizikalnya dan meninggalkan Bumi. Mengejutkan, dia kembali tidak lama kemudian apabila Desastro, seekor raksasa dari Buruj Centaurus dalam perjalanan menuju ke Bumi. Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman

Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds![]

XOrbMovie

Ketika X hampir tiba ke lokasi Desastro, satu ruang gangguan temporal aneh menyasarkan dirinya yang mengakibatkan dia terpisah dari Daichi dan kekal terperangkap dalam X Devizer. Selepas menemui ahli-ahli SSP, X akhirnya bertemu dengan Gai Kurenai untuk meminta bantuannya dalam mencari Daichi, namun mereka berdua pula terpisah angkara Murnau dan meninggalkan peranti itu di tangan Juggler sebelum mereka diselamatkan. Bersatu semula dengan rakannya Daichi, X bergabung tenaga dengan Ultraman Orb dalam menentang Darebolic sebelum terperangkap dalam proses kristalisasi dan diletakkan bersama Ginga dan Victory. Keberanian SSP membolehkan mereka memberikan Orb kuasa mereka dan akhirnya mereka melarikan diri berkat bantuan daripada Juggler. X bertarung menentang Alien Guts Doppel sebelum berkumpul semula dengan Ultra lain dan berangkat ke Desastro, sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada SSP dan Shibukawa atas bantuan mereka. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!

Ultraman Orb Chronicle Chapter 8[]

X kembali ke dunianya dan terus membantu Xio dalam menentang Desastro. Orb dan Zero turut mengikutinya. Ultraman Orb Chronicle

Ultraman R/B[]

NewGenBarier

Satu penglihatan X muncul bersama-sama dengan New Generation Heroes yang lain sedang menembak pancaran khas mereka semasa Ruebe mengaktifkan New Generation Barrier untuk menangkis serangan musuh. Disemadikan oleh Keekstreman

Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]

Di Planet Sundowin, Ultraman X dan Ultraman Geed sedang bertarung menentang Ultraman X Darkness dan Ultraman Geed Darkness yang dicipta oleh Ultra Dark-Killer menggunakan kuasa cahaya mereka yang telah dicuri. Selepas klon gelap mereka beredar, Dark Lugiel pula muncul dan berniat untuk menghabiskan mereka, tetapi dia dihalang oleh Ultraman Ginga. X dan Geed turut melepaskan serangan pancaran mereka ke arah Dark Lugiel, melengahkannya sebelum mereka berkumpul semula dengan New Generation Heroes di Negeri Cahaya. Ketika perjumpaan itu, mereka membincangkan tentang perkara yang telah berlaku kepada mereka.

XVersusXDarkness

X, during the showdown with his Darkness Copy

Ultra Dark-Killer menggunakan pancaran unjuran untuk memaklumkan kepada New Generation Heroes bahawa Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio sedang ditahan di Dark-Killer Zone di Planet Tenebris dan mereka perlu datang dan menghadapi dirinya jika mereka mahu menyelamatkan rakan-rakan mereka. Sebaik tiba, X, Orb dan Geed berhadapan dengan salinan Darkness masing-masing, tetapi tidak mampu menewaskan mereka. Mengingat kembali pertarungan yang mereka tempuhi bersama Zero, X mengenakan Ultraman Zero Armor dan menewaskan X Darkness menggunakan serangan Final Ultimate Zero.

NewGenerationHeroesUltimateForms

New Generation Heroes dalam bentuk terkuat mereka

Namun, Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness, dengan Dark-Killer membesar menjadi saiz gergasi kerana kuasanya yang melimpah. Untuk membantu Zero menewaskan salinan Darknessnya, Geed menggunakan tenaga Ginga, Victory, X dan Orb untuk menjadikan Zero sebagai Zero Beyond. Mereka kemudian bertukar menjadi bentuk terkuat mereka untuk bertarung dengan Ultra Dark-Killer, dengan X mengenakan Beta Spark Armor. Selepas New Generation Heroes menyerang Dark-Killer, Taro tiba dan meminta mereka untuk menyalurkan kuasa mereka ke dalam Strium Brace. Setelah berbuat demikian, Ginga melancarkan New Generation Dynamite untuk memusnahkan Dark-Killer dan seluruh Dark Palace. New Generation Heroes dan Zero kemudian berkumpul semula, namun telah bertembung dengan Ultraman Tregear yang mengakui bahawa dialah dalang di sebalik kejadian-kejadian ini sebelum beredar. Maka New Generation Heroes pun membuat keputusan untuk mengejar Tregear. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes

Ultraman Taiga[]

NewGenVSTregear

New Generation Heroes menentang Tregear

New Generation Heroes berhadapan dengan Tregear berhampiran Negeri Cahaya, tetapi telah ditumpaskan dengan mudah. Setelah Tri-Squad tiba, X dan Geed memberikan cahaya mereka kepada Ultraman Titas sebagai hadiah yang muncul dalam bentuk Ultra Taiga Accessory jenis gelang. Buddy Go!

Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]

TaigaMovieNewGenHeroes

Selepas Tregear dikalahkan oleh Ultraman Taiga, bahagian Grimdo telah melepaskan diri dari tubuh badannya. New Generation Heroes menjejaki Grimdo di angkasa dan menyegelnya di dalam sebuah kristal, tetapi akibatnya kuasa Ultraman mereka tidak dapat digunakan. Dalam bentuk manusia, mereka turun ke Bumi untuk melindungi Hiroyuki Kudo dari Grimdo yang semakin menghampiri Bumi. Setelah Daichi memperoleh kuasanya semula melalui X-let, New Generation Heroes menentang Tregear, Taro yang dirasuk oleh Grimdo dan sekumpulan raksasa dengan X bertarung dengan Segmeger. Apabila lawan mereka mendapat tingkatan kuasa dari Grimdo, X bertukar menjadi Ultraman Exceed X Beta Spark Armor untuk menamatkan Gigadelos. Pada awalnya dikalahkan oleh Grimdo setelah menyerap Tregear, New Generation Heroes bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan berjaya mengalahkan Grimdo. New Generation Heroes memberikan kata-kata perpisahan kepada Tri-Squad dan Hiroyuki dan kembali ke dunia asal mereka. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

Mengikuti kekalahan Tregear, New Generation Heroes telah dihantar ke seluruh alam semesta untuk menjejaki Devil Splinter, sisa serpihan daripada tubuh Ultraman Belial yang mampu digunakan untuk tujuan jahat jika jatuh ke tangan yang salah. Dalam usaha memburu serpihan itu, X, Ultraman Geed dan Ultraman Titas telah bertemu dengan sisa-sisa Belial Galactic Empire di mana sekumpulan bala tentera robot Darklops dan Legionoid telah diaktifkan semula. Ketiga-tiga mereka mula mengalami kesukaran dengan jumlah lawan yang terlalu banyak sehinggalah Ultraman Z tiba dan mengimbangi keadaan. Dengan bantuan tambahan daripada klon Gamma Illusion Z yang terdiri daripada Tiga, Dyna dan Gaia, mereka bersatu tenaga menewaskan baki musuh dan mendapatkan semula Devil Splinter yang telah membangkitkan mereka sebelum menuju untuk membantu rakan-rakan mereka dalam pertarungan yang sedang berlangsung dalam menentang The Kingdom.

New Generation Heroes berkumpul semula di Kuburan Raksasa di mana Absolute Tartarus, Alien Bat, Reibatos, Ultrawoman Grigio Darkness dan Gina Spectre sedang menyerang Ultrawoman Grigio, Ultraman Zearth, Ultraman Nice dan Ultraman Boy untuk mendapatkan Devil Splinter yang telah mereka temui. X menggunakan Beta Spark Armor sementara Orb bertukar menjadi Orb Trinity untuk menentang Reibatos. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuat Reibatos sebelum mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk Gua Spectre sebelum dia mati akibat dos berlebihan. Bentuk sempurna baharu Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk New Generation Heroes lantas memaksa mereka untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga. Dengan kuasa itu, dia mampu menewaskan Gua dengan mudah sebelum berpisah kembali. Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Profil[]

Statistik[]

  • Ketinggian: 45 meter
  • Berat badan: 45,000 tan
    • MonsArmor: 55,000 tan
  • Umur: Tidak diketahui
  • Dunia Asal: Tidak diketahui
  • Had Masa: Tidak diketahui

Ciri-ciri Tubuh[]

  • X Color Timer (エックスカラータイマー, Ekkusu Karā Taimā): Sebuah Color Timer berbentuk X yang unik. Ia akan bertukar menjadi kuning apabila X menggunakan Xanadium Beam atau memakai Mons/Cyber Armor.
  • Perisai Ultra: Seperti kebanyakan Ultra, X turut memiliki Perisai Ultra yang setara dengan kulit seorang Ultra.
    • Cyber Mechanic (サイバーメカニック, Saibā Mekanikku): Pelbagai bahagian logam pada tubuh X.

Transformasi[]

Daichi meletakkan tangannya di atas X Devizer untuk mengaktifkannya, memanifestasikan Spark Doll Ultraman X dan mengimbasnya. Daichi kemudian mengangkat alat itu ke udara dan menjerit "X!"

Bentuk[]

Ultraman X
Ultraman X data
Statistik[1]
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.8
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 750 meter
  • Kekuatan Lengan: 80,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 82,000 tan
Kebolehan
  • Pendigitasian Diri: X boleh mengubah dirinya menjadi bentuk data komputer untuk memudahkan pergerakan dalam ruang angkasa. Bentuk ini membolehkan dia mendiami peranti teknologi seperti Xio Devizer milik Daichi yang menjadikannya X Devizer. Namun, akibat Ultra Flare, dia terperangkap secara kekal dalam keadaan telah didigitalkan dan hanya boleh kembali ke bentuk fizikalnya apabila ditransformasikan oleh Daichi, tetapi dia kembali ke bentuk fizikalnya selepas pertarungannya dengan Zaigorg.
    • Sfera Perjalanan: Seperti semua Ultra, X mampu menggunakan sfera merah sebagai pengangkutan. Namun, berbanding mengubah dirinya menjadi bola merah, dia sebaliknya menyelubungi dirinya dalam satu bola besar. Menurut X, ini juga merupakan bentuk pendigitasian yang digunakannya.
  • Transformasi: Melalui Xlugger, X bertukar menjadi Ultraman Exceed X.
  • Ultra Charge: X boleh memberikan tenaganya kepada orang lain.
  • Penciptaan Ultra Taiga Accessory: X boleh mencipta aksesori jenis Bracelet Type. Dia memberikan aksesori ini kepada Tri-Squad.
  • Penghalang Penyegelan: New Generation Heroes boleh mencipta penghalang untuk menyegel raksasa seperti Grimdo. Namun, sebagai gantinya mereka kehilangan kebolehan transformasi, apabila peranti mereka berubah menjadi putih dan tidak boleh digunakan.
Teknik
Khas
  • Xanadium Beam (ザナディウム光線, Zanadiumu Kōsen): X boleh menembak pancaran cahaya dari tangannya apabila kedua-dua tangannya digayakan dalam posisi "X". X juga boleh menggunakan Xanadium Beam ketika di udara dengan menghasilkan platform digital untuk dia berdiri di atasnya dan kemudian melakukannya seperti biasa. Mereka yang berada di laluan pancaran ini akan berubah menjadi Spark Doll.
  • X Slash (Xスラッシュ, Ekkusu Surasshu): X boleh menjelmakan unjuran anak panah tenaga sebagai serangan.
    • X Double Slash (Xダブルスラッシュ, Ekkusu Daburu Surasshu): Varian dari X Slash dengan menembak dua unjuran.
  • Attacker X (アタッカーX, Atakkā Ekkusu): X menyelubungi dirinya dalam api yang membara dan melepaskan struktur api berbentuk "X" ke arah musuh.
  • Purify Wave (ピュリファイウェーブ, Pyurifai Uēbu): Gelombang tenaga yang digunakan untuk mengeluarkan penyakit tertentu daripada sasaran. Ia juga boleh menutup ruang kegelapan, seperti yang ditunjukkan apabila X, Ginga dan Victory memusnahkan portal gelap Mold Spectre.
  • Ultra Tornado Beam (ウルトラトルネード光線, Urutora Torunēdo Kōsen): Serangan yang melibatkan proses melepaskan taufan tenaga dari Color Timernya. Ini hanya ditunjukkan dalam Ultraman Festival 2016 sebagai entri kemenangan melalui Televi-kun.
Fizikal
  • Ultraman X Punch (ウルトラマンXパンチ, Urutoraman Ekkusu Panchi): Serangan tumbukan, tahap kekuatannya tidak diketahui.
  • Ultraman X Kick (ウルトラマンXキック, Urutoraman Ekkusu Kikku): Serangan tendangan. Ultraman X boleh menggunakan teknik ini terhadap lawan sejurus selepas transformasi.
    • X Cross Kick (Xクロスキック, Ekkusu Kurosu Kikku): Serangan tendangan ketika terbang yang menghasilkan geseran yang cukup untuk membakar kaki X. Ia kemudian menyebabkan letupan berbentuk "X" apabila terkena sasaran.
  • Ultraman X Chop (ウルトラマンXチョップ, Urutoraman Ekkusu Choppu): Serangan tebasan di mana dia hanya menghayunkannya ke bawah dengan kuat.
    • X Cross Chop (Xクロスチョップ, Ekkusu Kurosu Choppu): X mengisi tenaga pada lengan kanannya dengan tenaga biru, kemudian menghayunkan projeksi berbentuk "X" ke arah sasaran sebelum mendorong dan mengubahnya menjadi letupan.
  • Serangan Meluru: Dengan menyilangkan kedua-dua tangannya, dia meluru ke arah lawannya dengan pantas dan melanggar mereka.
Lain-lain
  • X Barrier Wall (Xバリアウォール, Ekkusu Baria Uōru): Penghalang tenaga yang digunakan untuk pertahanan, ia cukup kuat untuk menahan letupan tenaga EX Gomora yang dikuasakan oleh Dark Thunder Energy.
    • X Barrier Dome (Xバリアドーム, Ekkusu Baria Dōmu): Kubah tenaga yang digunakan untuk pertahanan. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan kuarantin, pertama kali ditunjukkan untuk memerangkap Houlinga dan mencegah debungaannya daripada merebak.
  • MonsArmor (モンスアーマー, Monsuāmā): Dengan mengimbas Cyber Card, Ultraman X boleh menggabungkan peralatan Cyber Kaiju yang dipilih dengan dirinya.
  • Gelombang Elektrik: X mengisi tenaga ke dalam tangannya dengan elektrik dan melepaskannya sebagai arus elektrik.
Gabungan
  • Mega Kizuna Beam (メガキズナ光線, Mega Kizuna Kōsen, secara harfiah Mega Bond Beam): Serangan gabungan yang dilakukan bersama Ultraman Orb (Orb Origin atau Lightning Attacker). Teknik ini diperlihatkan dalam Ultraman Festival 2017.

Ultraman Exceed X

"Ultraman X, Power Up."

―Pengumuman melalui X Devizer

Ultraman Exceed X

Ultraman Exceed X


Exceed X w Xlugger

Ultraman Exceed X (ウルトラマンエクシードX, Urutoraman Ekushīdo Ekkusu) ialah perubahan bentuk yang diakses dengan menggunakan Xlugger. Bentuk ini muncul semasa serangan Dark Thunder Energy di Bumi di mana X dan Daichi menggunakannya untuk membersihkan mangsa tenaga tersebut sebelum kembali ke bentuk asal dan mengubah mereka menjadi Spark Doll melalui Xanadium Beam. Namun, ia juga digunakan untuk menentang ancaman sebenar yang tidak boleh wujud bersama yang lain dengan memilih untuk tidak mengubah mereka menjadi Spark Doll. Apabila tidak menggunakan Xlugger, X menggunakan gaya bertarung yang lebih lancar dan fleksibel.

Statistik
  • Ketinggian: 47 meter
  • Berat badan: 47,000 tan
Senjata
  • Xlugger (エクスラッガー, Ekusuraggā): Merupakan senjata utama Ultraman Exceed X. Bilahnya boleh disimpan di dalam kepalanya sebagai puncak atau boleh ditanggalkan menjadi senjata.
    • Exceed X Slash (エクシードエクスラッシュ, Ekushīdo Ekusurasshu): Exceed X memerangkap sasaran dalam kawasan seakan pelangi dan melakukan serangan pengisian tenaga yang dengan pantas menghiris musuh. Potensi sebenarnya adalah untuk merealisasikan kehendak Daichi dalam pelbagai cara:
      • Daripada pemikiran Daichi untuk berdamai dengan Kaiju, Xlugger berfungsi dengan mengusir Dark Thunder Energy daripada mangsanya, pertama kali dilihat mengembalikan Tsurugi Demaaga kepada Demaaga.
      • Dalam episod 14, Exceed X memberitahu Gua Spectre bahawa mereka tidak lagi mampu untuk menghidupkan diri mereka sendiri, bermakna Xlugger telah mengubah kuasa mereka dan bukannya hanya membersihkan Dark Thunder Energy.
      • Dalam serangan Kamikaze yang gagal terhadap Greeza, Xlugger bertindak dengan menukar sifat pemusnahnya sebagai anomali angkasa yang hidup menjadi raksasa fizikal. Walaupun Greeza dihidupkan semula selepas itu, ia tidak lagi mampu memanipulasi dirinya dan terdedah kepada serangan Ultimate Xanadium, serangan Ultraman X Hybrid Armor.
      • Satu-satunya kegagalannya adalah terhadap Zaigorg, satu kejahatan purba yang tidak mampu memahami fikiran dalaman Daichi.
    • Exceed Slash (エクシードスラッシュ, Ekushīdo Surasshu): Exceed X melepaskan siri serangan tebasan yang mencederakan musuh dengan teruk dan berpotensi memusnahkan mereka.
    • Exceed Illusion (エクシードイリュージョン, Ekushīdo Iryūjon): Exceed X berpecah kepada empat klon yang melompat ke udara dan menyerang musuh satu persatu iaitu dari biru ke kuning sebelum bergabung semula menjadi satu.
    • Xlugger Shot (エクスラッガーショット, Ekusuraggā Shotto): Exceed X melepaskan pancaran dari Xlugger di dahinya. Serangan ini kelihatan memusnahkan raksasa secara keseluruhan dan bukannya mengubah mereka menjadi Spark Doll dan hanya digunakan terhadap musuh yang tidak boleh wujud bersama spesies lain.
Teknik
Khas
  • X Double Slash (Xダブルスラッシュ, Ekkusu Daburu Surasshu): Kemampuan yang dibawa dari bentuk asalnya, Exceed X boleh melancarkan letupan tenaga dari tangannya, tetapi kali ini dia melakukannya pada kelajuan tinggi.
  • Ultra Tornado Beam (ウルトラトルネード光線, Urutora Torunēdo Kōsen): Serangan yang melibatkan proses melepaskan taufan tenaga dari Color Timernya. Serangan ini diwarisi dari bentuk asalnya dan hanya ditunjukkan dalam Ultraman Festival 2016 sebagai entri kemenangan melalui Televi-kun.
Teknik Ultraman Sebelumnya

Melalui penggunaan X Devizer dan Cyber Card oleh Daichi, Exceed X boleh mengakses salinan serangan penamat Ultra yang lalu. Ini hanya ditunjukkan dalam Ultra Heroes EXPO Live Stage 2016.

  • Wide Zero Shot (ワイドゼロショット, Waido Zero Shotto): Pancaran berbentuk "L" yang serupa dengan Wide Shot Ultraseven. Diakses apabila Daichi mengimbas Cyber Card Ultraman Zero.
  • Ginga Cross Shoot (ギンガクロスシュート, Ginga Kurosu Shūto): Serangan penamat utama Ginga yang dilakukan dengan melipat tangannya dalam posisi "V" sebelum berpusing dan menariknya ke belakang untuk melepaskan pancaran penamat berbentuk "L". Diakses apabila Daichi mengimbas Cyber Card Ultraman Ginga.
  • Victorium Shoot (ビクトリウムシュート, Bikutoriumu Shūto): Exceed X menarik tenaga "V" dengan mengangkat tangannya dan konstruksi tenaga tersebut diserap ke lengan kanannya. Ia ditembak dari posisi "L" dari belakang tangannya. Diakses apabila Daichi mengimbas Cyber Card Ultraman Victory.

Gomora Armor

"Memuat naik Cyber Gomora: Cyber Gomora Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
GomoraArmor

Gomora Armor

Gomora Armor (ゴモラアーマー, Gomora Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Gomora. Pelapik bahunya direka berdasarkan tanduk Gomora, memberikan penampilan seperti kepala Gomora jika digabungkan dengan rompi perisai tersebut.

Senjata
  • Cakar Sarung Tangan Besi: Ultraman X memperoleh cakar Cyber Gomora, yang membantunya dalam pertarungan jarak dekat.
    • Perisai Digital: Cakar Cyber Gomora menghasilkan perisai. Seperti yang ditunjukkan, apabila Ultraman X menutupi dirinya dengan sarung tangan besi, logo "G" bersinar dan mengeluarkan dinding digital yang menahan serangan yang datang sebelum menolaknya ke tepi.
    • Gomora Oscillation Wave (ゴモラ振動波, Gomora Shindō-ha): X mengisi tenaga ke dalam cakarnya dan melepaskannya ke arah musuh.

Eleking Armor

"Memuat naik Cyber Eleking: Cyber Eleking Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
ElekingArmor

Eleking Armor

Eleking Armor (エレキングアーマー, Erekingu Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Eleking. Pad bahu kiri X direka menyerupai kepala Cyber Eleking, tetapi antenanya telah diubah yang memberikan rupa seperti anjing. Dengan kemunculan meriam Eleking pada lengan kanan X, reka bentuknya menyerupai rupa seekor belut.
Senjata
  • Meriam Penembak: Ultraman X memperoleh salah satu meriam Cyber Eleking yang memberikannya kelebihan dalam pertarungan jarak jauh.
    • Lasso Elektrik: Ultraman X boleh melancarkan tali elektrik yang mampu menangkap musuhnya.
    • Eleking Electric Shockwave (エレキング電撃波, Erekingu Dengeki-ha): Serangan tenaga yang dilepaskan oleh Meriam Penembak.

Bemstar Armor

"Memuat naik Cyber Bemstar: Cyber Bemstar Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
X Bemstar Armor

Bemstar Armor

Bemstar Armor (ベムスターアーマー, Bemusutā Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Bemstar. Selain itu, separuh daripada simbol “X” di dadanya menghadap ke hadapan, menyerupai paruh Bemstar.

Senjata
  • Arm Shield (アームシールド, Āmu Shīrudo): Selain daripada Cyber Bemstar Armornya, X memperoleh sebuah perisai yang menyerupai rongga raksasa tersebut. Senjata ini boleh digunakan sebagai cakar sementara, penyerang timbunan dan bumerang.
    • Bemstar Spout (ベムスタースパウト, Bemusutā Supauto): X mula-mula menyerap serangan yang datang dari arah musuh, kemudian menusuk kepala perisai ke dalam tanah atau jika dia berada di udara, dia boleh mengarahkan perisai ke arah musuh yang mengubah arah serangan tersebut kembali kepada mereka. Teknik ini pertama kali digunakan untuk mengalihkan sinaran petrifikasi Gargorgon kembali ke arahnya.

Zetton Armor

"Memuat naik Cyber Zetton: Cyber Zetton Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi

X Zetton Armor

Zetton Armor


X Zetton Armor Corrupt

Zetton Armor


Zetton Armor (ゼットンアーマー, Zetton Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Zetton. X memperoleh lengan dan dada Cyber Zetton, dengan pelindung bahunya menyerupai antena Zetton. Ia pada asalnya dirancang untuk digunakan terhadap Zetton yang sebenar, tetapi Alien Sran Quila mengaktifkan perisian hasad tersembunyi yang menjadikan X hamba sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membalas dendam terhadap Ultraman Max sehingga Daichi memurnikan kad tersebut dengan Cyber Eleking.

Bentuk ini pertama kali muncul dalam Ultraman Festival 2015 bersama dengan Skedon dan Denpagon Armor tetapi telah membuat kemunculan rasmi dalam sirinya dalam episod 8.

Senjata
  • Meriam Sarung Tangan Besi: X memperoleh sepasang sarung tangan besar yang boleh bertindak sebagai meriam.
    • Zetton Light Flare (ゼットン光弾, Zetton Kōdan): X boleh melepaskan pancaran Zetton Breaker.
    • Zetton Shutter (ゼットンシャッター, Zetton Shattā): X boleh menjelmakan penghalang berbentuk berlian yang mampu menahan serangan.
      • Zetton Tornado (ゼットントルネード, Zetton Torunēdo): Dengan menggunakan Zetton Shutter, X membentuk serpihan kristal besar semasa dia terbang dan berputar sebelum melanggar lawan.
Teknik
  • Teleportasi: X boleh mendigitalkan dirinya buat seketika dan muncul semula di lokasi yang berbeza.
  • Zetton Flaming Bullet (ゼットン火炎弾, Zetton Kaen-dan): Serangan penamat yang dilakukan dengan melancarkan bola api bersaiz sederhana. Ia merupakan analogi kepada One Trillion Degrees Fireball daripada raksasa yang asal.

Hybrid Armor

"Hybrid Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
HybridArmor

Hybrid Armor

Hybrid Armor (ハイブリッドアーマー, Haiburiddo Āmā) ialah gabungan daripada empat MonsArmor yang digunakan dalam sirinya. Walaupun ia memerlukan setiap Cyber Card, perisai ini hanya memasukkan: pelindung dada dan pelindung bahu kanan dari Gomora Armor, pelindung bahu kiri dari Eleking Armor, lengan kiri dari Bemstar Armor dan lengan kanan dari Zetton Armor. Selain itu, X masih menggunakan Xlugger.

Statistik
  • Berat badan: 65,000 tan
Senjata
  • Arm Shield (アームシールド, Āmu Shīrudo): Lengan kiri X dilengkapi dengan Arm Shield. Ia lebih tahan lasak berbanding biasa.
  • Meriam Sarung Tangan Besi: Lengan kanan X dilengkapi dengan meriam sarung tangan besi dari Cyber Zetton Armor.
  • Xlugger (エクスラッガー, Ekkusuraggā): Senjata utama Ultraman Exceed X.
Teknik
  • Ultimate Xanadium (ウルティメイト・ザナディウム, Urutimeito Zanadiumu): X terlebih dahulu mengangkat Xlugger ke udara, kemudian meluncurkan kaki kirinya ke belakang. Selepas itu, dia berpusing dan melepaskan pancaran yang dikuasakan oleh semua Cyber Kaiju dari "X" di tengah-tengah perisainya. Dia mengakhiri gerakan ini dengan melempar Xlugger ke arah musuh.

Denpagon Armor

"Memuat naik Cyber Denpagon: Cyber Denpagon Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
XDenpagonArmor

Denpagon Armor

Denpagon Armor (デンパゴンアーマー, Denpagon Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Denpagon.

Bentuk ini pertama kali diperkenalkan dalam Ultraman Festival 2015 bersama dengan Zetton dan Skedon Armor.

Senjata
  • Gerudi Lengan: X dilengkapi dengan gerudi Cyber Denpagon di tangan kanannya.
    • Thunder Crash (サンダークラッシュ, Sandā Kurasshu): X menghasilkan ribut yang menyebabkan hujan kilat dari langit.

Skedon Armor

"Memuat naik Cyber Skedon: Cyber Skedon Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi
SkedonArmor

Skedon Armor

Skedon Armor (スケドンアーマー, Sukedon Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Cyber Skedon.

Bentuk ini pertama kali diperkenalkan dalam Ultraman Festival 2015 bersama dengan Zetton dan Denpagon Armor.

Senjata
  • Meriam Lengan: X dilengkapi dengan meriam lengan yang berbentuk seperti kepala Cyber Skedon.
    • Blade Special Beam (ブレードスペシャルビーム, Burēdo Speshiaru Bīmu): Pancaran penamat yang dilancarkan oleh meriam lengan tersebut.


Cyber Armor (サイバーアーマー, Saibā Āmā) ialah bentuk berperisai alternatif di mana X hanya melengkapi dirinya dengan peningkatan daripada Cyber Card berbanding gabungan Cyber Kaiju. Biasanya, perisai ini merupakan analogi kepada Ultraman masa lalu.

Ultraman Zero Armor

"Memuat naik Ultimate Zero: Ultimate Zero Armor, Aktif!"

―Pengumuman transformasi X Devizer

"Ultraman Armor, Aktif! Ultraman X Ultraman Zero Armor!"

―Pengumuman imbasan melalui Orb Ring

ZeroArmor

Ultraman Zero Armor

Ultraman Zero Armor (ウルトラマンゼロアーマー, Urutoraman Zero Āmā) ialah peralatan yang digunakan oleh Ultraman X selepas mengimbas kad Ultimate Zero. Bentuk ini berdasarkan pada bentuk Ultimate Zero Ultraman Zero di mana X mendapat akses kepada replika perisai Ultimate Aegis (ウルティメイトイージス, Urutimeito Ījisu). Sebagai alternatif, bentuk ini juga boleh dipanggil sebagai Ultimate Zero Armor (ウルティメイトゼロアーマー, Urutimeito Zero Āmā) kerana kad yang sepadan.

Kebolehan
  • Perjalanan Antara Dimensi: Dengan menggunakan Zero Armor, X boleh mengembara ke mana-mana dimensi.
Senjata
  • Ultimate Zero Sword (ウルティメイトゼロソード, Urutimeito Zero Sōdo): Berdasarkan bentuk Ultraman Zero tersebut, X memperoleh bilah lengan.
    • Gelombang Kejutan: X menghasilkan gelombang kejutan dengan mengiris tanah di hadapannya.
    • Sword Ray Cross Zero (ソードレイ・クロス・ゼロ, Sōdo Rei Kurosu Zero): Serangan penamat yang diperlihatkan dalam Ultraman Fusion Fight!. X menghasilkan konstruksi tenaga berbentuk "X" sebelum melepaskannya ke arah lawan.
Teknik
  • Wide Zero Shot (ワイドゼロショット, Waido Zero Shotto) (Tidak digunakan): X boleh melakukan serangan penamat berbentuk "L" milik Zero. Serangan ini hanya diumumkan dalam mainan X Devizer dan Orb Ring.
  • Final Ultimate Zero (ファイナルウルティメイトゼロ, Fainaru Urutimeito Zero): X boleh menggunakan serangan terkuat Ultimate Zero. Pertama kali ditunjukkan dalam Ultraman Festival 2019, dan kemudian muncul dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes.

Beta Spark Armor

X Beta Spark Armor

Beta Spark Armor


X Beta Spark Armor w Beta Spark Sword

Beta Spark Armor


Beta Spark Armor (ベータスパークアーマー, Bēta Supāku Āmā) ialah peralatan yang digunakan secara eksklusif oleh Ultraman Exceed X. Perisai ini juga melitupi kedua-dua kakinya dan tangannya serta merupakan analog kepada kedua-dua Ultraman dan Ultraman Tiga.

Bahagian kanan perisai mewakili Ultraman, manakala bahagian kiri mewakili Ultraman Tiga.

Statistik
  • Berat badan: 66,000 tan
Abilities
  • Cyber Wing (サイバーウイング, Saibā Uingu): Sepasang sayap sibernetik muncul di belakang perisai apabila Ultraman dan Tiga bergabung dengan Exceed X. Perisai ini mampu memberikan lebih banyak cahaya kepada Ultraman lain melalui Cyber Wing, memperkuatkan mereka walaupun mereka tidak berada berdekatan.
  • Ultra Charge (ウルトラチャージ, Urutora Chāji): X boleh mengisi semula sekutu dengan menyalurkan tenaga cahayanya.
Senjata
  • Beta Spark (ベータスパーク, Bēta Supāku): Sepasang alat yang mewakili kuasa Ultraman dan Ultraman Tiga dan boleh digabungkan menjadi satu senjata.
    • Sword Mode (ソードモード, Sōdo Mōdo): Mod pedang Beta Spark, X Sparklence bertindak sebagai hulu pedang manakala X Beta Capsule menjadi bilahnya.
      • Beta Spark Sword (ベータスパークソード, Bēta Supāku Sōdo): Beta Spark bertukar menjadi pedang yang digunakan oleh X untuk menebas musuh-musuhnya.
      • Beta Spark Blaster (ベータスパークブラスター, Bēta Supāku Burasutā): Sejenis pancaran tenaga dilepaskan dari Beta Spark Sword.
      • Tetakan Tenaga: Dalam Ultraman Fusion Fight!, X boleh melepaskan serangan tenaga berbentuk sabit dengan hayunan Beta Spark Sword.
    • Arrow Mode (アローモード, Arō Mōdo): Mod busur Beta Spark, di mana X Sparklence berfungsi sebagai busur dan X Beta Capsule menjadi anak panah.
      • Beta Spark Arrow (ベータスパークアロー, Bēta Supāku Arō): Serangan terkuat Beta Spark dan Ultraman X. Ia dapat menembusi kulit Zaigorg yang sangat keras dengan lubang berbentuk X dan memusnahkannya dalam letupan besar.


Sementara semua kad Cyber Kaiju menyediakan MonsArmor, Type U (kecuali Ultimate Zero) memberikannya senjata atau kuasa Ultraman pada masa lalu.

Max Galaxy
X Max Galaxy

Max Galaxy

Max Galaxy (マックスギャラクシー, Makkusu Gyarakushī) boleh digunakan selepas Daichi mengimbas kad Ultraman Max dalam X Devizer.

Teknik
  • Penyerapan Tenaga Suria: Fungsi asal Max Galaxy adalah untuk menyampaikan tenaga solar tambahan kepada penggunanya.
  • Galaxy Cannon (ギャラクシーカノン, Gyarakushī Kanon): Pancaran maut dari Max Galaxy, ia lebih kuat daripada Maxium Cannon.

Armed Nexus
X Armed Nexus

Armed Nexus

Armed Nexus (アームドネクサス, Āmudo Nekusasu) boleh digunakan selepas Daichi mengimbas Cyber Card Ultraman Nexus Junis.

Teknik
  • Over-Ray Schtrom (オーバーレイ・シュトローム, Ōbā Rei Shutorōmu): Dengan menggunakan Armed Nexus, X boleh melakukan gerakan penamat Nexus yang memecahkan segala yang terkena kepada tahap molekul lalu menghilang sebagai zarah biru.


Media Lain[]

Ultraman Hit Song History: New Generation Chapter[]

Zero&NewGenUltras

Dalam album muzik ini, X bersama dengan New Generation Heroes yang lain telah disegel oleh Etelgar dan terperangkap di bulan. Apapun, X dan yang lain telah dibebaskan setelah Ultraman Zero merekrut Ultraman Rosso dan Ultraman Blu untuk bertarung menentang Etelgar. Dia bersama tiga Ultra lain sebelum Geed bergabung dengan Zero untuk menjadi Zero Beyond untuk melancarkan serangan penamat. Ultraman Hit Song History

Trivia[]

UltramanXSpandexSuit

Versi spandeks bagi sut Ultraman X.

  • Ketika Ultraman Festival 2015, sut spandeks telah digunakan sebagai ganti versi asal yang diperbuat daripada getah. Sut itu dibuat disebabkan oleh pemakaian MonsArmor secara berterusan, di mana pemakaian oleh pelakon dalam sut mengambil masa yang lama dan memerlukan penggunaan pelakon sandaran sebagai langkah sokongan.
  • Walaupun bukan Ultra pertama yang bertarung dalam keadaan bersatu dengan hosnya, Ultraman X menjadi yang pertama ditunjukkan bercakap dengan hosnya ketika pertarungan. Gaia, Agul dan Nexus juga mengalami situasi yang sama seperti X, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang bercakap.
  • X merupakan...:
    • Ultra kedua yang pemasanya dimodelkan berdasarkan huruf Latin iaitu X. Ultra yang pertama ialah Victory, di mana pemasanya berbentuk huruf V.
    • Ultra kedua yang pemasa warnanya bertukar kepada warna lain selain merah dan biru.
    • Ultra pertama yang senjata puncaknya berubah bentuk untuk digunakan dan sebaliknya.
    • Ultra pertama yang telah memasuki Meta Field yang dihasilkan oleh Ultraman Nexus selain daripada Dark Faust dan Dark Mephisto. Dia juga merupakan Ultra heroik pertama yang berbuat demikian.
    • Ultra kedua yang perlu belajar/diajar tentang cara untuk menggunakan bentuk barunya iaitu Exceed X. Dia didahului oleh Ultraman Mebius yang perlu memahami cara menggunakan bentuk Burning Bravenya dengan kehendaknya sendiri.
    • Ultra ketiga yang menggayakan tangannya dalam posisi X untuk menembak Ultra Beamnya selepas Ultraman Zearth dan Ultraman Nice, serta merupakan yang pertama bukan Ultra parodi.
  • Filem eponimnya meraikan pencapaian penting untuk siri Ultraman dan Ultraman Tiga, maka pengenalan Beta Spark Armor telah dibuat bagi memperingati peristiwa ini.
    • Ia juga berfungsi sebagai petunjuk awal kepada Ultraman Orb dari siri seterusnya, di mana Ultra yang dimaksudkan menggunakan kuasa Ultraman dan Tiga sebagai Spacium Zeperion, bentuk defaultnya sebagai alternatif kepada Orb Origin yang telah hilang sebelumnya.
  • Adegan di mana Color Timer X jatuh ke bumi dalam episod 21 diinspirasikan dari episod 39 dan 40 siri Ultraseven. Ia juga merupakan penghormatan kepada kematian dan penculikan Ultraseven oleh Alien Guts.
  • Kemunculan Hybrid Armor merupakan perubahan jadual pada saat akhir. Pada asalnya, pertarungan terakhir X dalam menentang Greeza sepatutnya menggunakan Eleking dan Bemstar Armor, yang dikuatkan oleh Cyber Card Ultraman. Perubahan ini telah dibuat untuk menunjukkan hubungan Daichi dengan Kaiju. Idea Xio menggunakan Cyber Card kemudian disimpan untuk filem X.
  • Nama asal Xanadium Beam ialah Xanadoom Beam (ザナドゥーム光線, Zanadūmu Kōsen), tetapi kemudian telah ditukar.
  • Kesan untuk Eleking Electric Shockwave direka oleh Sadao Iizuka, orang yang sama yang mereka kesan untuk Spacium Beam milik Ultraman.
  • Jeritan tempur X berasal dari perkataan Exa yang merupakan awalan unit desimal yang bersamaan dengan 10 kuasa 18. Ia digunakan dalam industri perkomputeran untuk menggambarkan jumlah yang sangat besar dalam Giga dan Terabytes. Ia juga dirujuk sebagai "X".
    • Exa berasal dari perkataan Yunani untuk 6. Secara tidak sengaja, X turut menggunakan 6 perisai dalam sirinya.
  • Gaya bertarung X dalam episod 1-3 dirancang untuk mencerminkan gaya Ultraman asal yang menunjukkan bahawa dia telah lama tidak bertarung, jadi dia sedang mencari semula gayanya.
  • Reka bentuk asal Xlugger ialah mengandungi kesemua warna pelangi, tetapi ia mustahil untuk dimasukkan ke dalam kepala X.
  • Skema warna untuk Beta Spark Armor dirancang untuk berwarna Ultraman dan Tiga, dengan plat dada berwarna perak dan emas.
  • Masayuki Gotoh, pereka utama untuk New Generation Heroes mengakui di Twitter bahawa Exceed X sukar untuk direka kerana beliau perlu menggabungkan Xlugger dan corak pelangi.[2]
  • Beta Spark Armor sepatutnya mempunyai jubah, tetapi ia telah dibatalkan dan digantikan dengan Cyber Wing.[3]

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement