Ultraman Victory ialah seorang Ultra purba yang pertama kali muncul dalam siri Ultraman Ginga S. Dia merupakan penjaga bagi satu bangsa bawah tanah yang dikenali sebagai Victorian dan juga penjaga kepada Batu Victorium. Dia bertukar menggunakan Victory Lancer dan Spark Doll untuk mengakses kuasa raksasa melalui kebolehan khasnya iaitu Ultlance.
Konsep[]
Reka bentuk[]
Ciri paling ketara yang terdapat pada Victory ialah dia memiliki kristal berbentuk V yang besar di kepalanya dan Color Timer berbentuk V. Dia menunjukkan sedikit persamaan dengan Ultraman Ginga kerana turut memiliki kristal atau bahagian bercahaya di kepala, lengan dan kakinya. Ultraman Victory juga mempunyai corak hitam dan merah pada badannya. Ini unik kerana sebelum ini, warna hitam hanya dikaitkan dengan Ultra Gelap/Jahat, dengan Ultraman Nexus menjadi pengecualian. Sejak itu, warna hitam semakin kerap muncul pada Wira Ultra.
Sejarah[]
Ultraman Ginga S[]
Pada zaman purba, Ultraman Victory telah datang dari angkasa dan memberikan kaum Victorian Victory Lancer yang digunakan oleh seorang "yang terpilih" untuk menyegel Batu Victorium kerana ia berpotensi digunakan untuk tujuan jahat jika jatuh ke tangan yang salah. Namun, apabila perang saudara berlaku disebabkan penggunaan Victory Lancer, Shepherdon iaitu raksasa yang hidup secara aman bersama mereka telah dipengaruhi oleh pertempuran tersebut dan mula mengamuk. Seorang Victorian kemudian menggunakan alat itu dan bertukar menjadi Ultraman Victory untuk menghentikannya. Akhirnya, Shepherdon kembali kepada keadaan asalnya, tetapi selepas pertempuran tersebut, beberapa Victorian dihukum dan dihalau ke dimensi lain termasuklah Hiyori. Walaupun yang lain telah melupakan kejadian itu, Shepherdon masih ingat akan peristiwa itu sehingga sekarang.
Setelah Alien Chibull Exceller menghantar bala tenteranya untuk mencuri batu-batu Victorium, Sho, seorang Putera Victorian telah diberikan Victory Lancer oleh ibunya untuk mendapatkan semula batu tersebut. Alat itu juga memberikan kebolehan untuk bertukar menjadi Ultra purba kepadanya.
Semasa pertarungan pertama Victory menentang Android One Zero sebagai EX Red King, Hikaru/Ginga memasuki medan pertempuran untuk membantunya menewaskan raksasa tersebut. Namun, ketika Hikaru ingin mengambil Spark Doll raksasa itu, Sho/Victory mencurinya dan menggunakan Ultlance bersama dengan item tersebut untuk memanfaatkan EX Red King Knuckle. Sho kemudian berdepan dengan Ultra merah itu atas sebab yang tidak diketahui. Kuasa Pembukaan
Setelah Sho diselamatkan oleh Hikaru dari runtuhan batu-batu akibat bangunan yang dimusnahkan oleh Eleking, dia cuba untuk membalas budinya dengan bertukar untuk menghentikan Eleking. Namun, dia telah dilemahkan oleh renjatan ekor raksasa itu, lantas Hikaru bertukar menjadi Ginga lalu menyelamatkan Victory dengan melengahkan Eleking tetapi ia terlalu kuat untuknya. Ketika mereka berada di ambang kekalahan sebelum melompat ke udara dan melakukan Victory Hyper Kick ke atas Eleking. Dia kemudian menggunakan Victorium Slash sebanyak lima kali ke atas haiwan tersebut sebelum menggunakan Ultlance dengan EX Red King. Menggunakan EX Red King Knuckle, dia menumbuk Eleking, menyebabkan kaiju tersebut terundur dan kemudian menamatkan riwayat Eleking dengan Victorium Shoot. Walaupun Sho akhirnya berdamai dengan Hikaru, dia masih bersikap acuh tak acuh dengannya sehingga pertarungannya dengan Sadola dan Gudon di mana dia menyedari bahawa dia telah bertarung dengan rasa keraguan dalam dirinya, oleh itu dia mengubah hati sepenuhnya terhadap pihak manusia. Ginga Melawan Victory
Apabila Alien Chibull Exceller melakukan Monslive pada beberapa Spark Doll yang terdiri daripada Fire Golza, Melba, Reicubas, Gan-Q dan Super C.O.V., dia berubah menjadi gabungan kuat yang dikenali sebagai Five King dan menghapuskan Ultraman Ginga dan Victory. Apapun, mereka telah dihidupkan semula dengan bantuan daripada ahli UPG dan kedua-dua hos manusia Ultra itu bertukar dan bertarung semula dengan Five King. Victory mengalihkan perhatian raksasa chimera itu dengan Victorium Slash supaya Ginga dapat mendekati dan memusnahkan kristal Victorium pada Five King dengan Ginga Spark Lance seraya mengurangkan kekuatannya. Victory menggunakan rancangan yang sama sementara Ginga Strium menyerang Five King. Ketika raksasa itu cuba melarikan diri, mereka menyerang sayapnya menyebabkan Exceller tidak dapat berundur. Ginga kemudian menamatkan Five King dengan menggunakan Strium Beam Ultraman Taro, menghasilkan letupan yang besar. Seusai pertempuran itu tamat, kedua-dua Ultra itupun terbang selepas menyaksikan terbitnya matahari. Aktifkan! Strategi Magnewave Pertarungan Sengit di Bawah Cahaya Fajar
Exceller telah berjaya menghidupkan semula Dark Lugiel dan menggabungkannya dengan pangkalan UPG Live Base (terutamanya untuk Meriam Victorium mereka) dan mengubahnya menjadi Vict Lugiel. Hikaru dan Sho masing-masing bertukar menjadi Ginga Strium dan Victory lalu mereka melancarkan serangan dengan menyerang Meriam Victorium dan bersilih giliran untuk bertarung tetapi tidak berhasil. Kemudian, One Zero berpura-pura mengkhianati dengan menetapkan teras Bumi untuk melepaskan tenaga Victorium, tetapi apabila pengkhianatannya sudah terbongkar, Exceller membuangnya bersama-sama hos Ultra Hikaru dan Sho dari Vict Lugiel. Akhirnya, kedua-dua hos Ultra itu bertukar semula dan bersedia untuk bertarung. Sebelum satu lagi tembakan dari Meriam Victorium dapat dilancarkan, One Zero mengeluarkan Spark Doll Shepherdon dan segera mengembalikannya kepada Sho/Victory yang dengan pantas menggunakannya melalui Ultlance untuk menjadikan Shepherdon Saber dan memusnahkan Meriam Victorium. Riwayat Exceller kemudian tamat di tangan Lugiel apabila dia menjelmakan dirinya lalu Exceller berubah menjadi Spark Doll.
Lugiel mendapat semula kawalan ke atas tubuhnya dan memulakan semula rancangannya untuk menghapuskan bentuk kehidupan di Bumi untuk mencipta dunia mutlak. Dia menewaskan dua Ultra itu dengan begitu mudah lalu mengubah mereka menjadi patung batu. Setelah manusia yang terselamat mendapat semula semangat mereka dan bangsa Victorian memberikan kalung mereka kepada Hikaru dan Sho, mereka berjaya menghidupkan semula dua Ultra itu dan terus meneruskan pertarungan menentang Vict Lugiel. One Zero (yang masih berada di dalam Vict Lugiel) telah menggodam Vict Lugiel seraya melemahkan robot itu. Victory menggunakan Sadola Scissors untuk memukul dada raksasa itu diikuti dengan serangan elektrik kombo daripada Eleking Tail dan Ginga Thunderbolt. One Zero sepenuhnya melemahkan raksasa tersebut dan kedua-dua Ultra menamatkan riwayat Vict Lugiel dengan Cosmo Miracle Especially dan Victorium Especially, namun malangnya ia mengorbankan nyawa android tersebut. Pengembaraan yang Dipanggil Kehidupan Pertarungan Demi Hari Esok
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]
Apabila Etelgar menghampiri pangkalan UPG, Victory segera bergegas untuk menghalangnya. Tidak lama kemudian, Ultraman Ginga turut menyertainya, namun ancaman antara dimensi itu masih sukar ditandingi walaupun dengan gabungan usaha mereka. Kedua-dua mereka kemudian bergabung untuk membentuk Ultraman Gingavictory dan menewaskan Etelgar serta Eteldummy bersama-sama 8 Wira Ultra sebelumnya. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!
Ultra Fight Victory[]
Sho dan Sakuya telah menyertai pasukan UPG. Pada suatu ketika, mereka telah diserang oleh Raksasa Dahsyat Aribunta, yang cuba untuk mencuri Batu Victorium, lantas Sho bertukar menjadi Victory untuk menentangnya. Tanpa disedarinya, ia merupakan rancangan Yapool untuk mengumpulkan setiap cebisan kebolehan dan kemahiran bertempurnya. Ketika menentang Raksasa Dahsyat itu dengan Sadora Scissors, Yapool mengambil kesempatan itu untuk menyerang Sakuya dan mencuri Kalung Victorium. Victory melindunginya dari serangan berapi Aribunta sehingga hampir mencederakan dirinya, namun terselamat apabila Ultraman Hikari tiba tepat pada masanya. Setelah Hikari memperkenalkan dirinya, dia mengisi semula tenaga Victory, lalu memberinya sebuah Spark Doll Ultraman Hikari khas yang membolehkannya menjelmakan Knight Timbre. Victory bertukar menjadi Victory Knight dan menyerang Raksasa Dahsyat itu dengan beberapa serangan tetakan Knight Victorium Flash.
Kemudian, semasa membantu Hikari yang keletihan, Victory/Sho dan adik-beradiknya diberitahu oleh Hikari tentang misinya dari Ultraman King dan rancangan Yapool. Dengan Hikari yang keletihan, tugas itu telah diserahkan kepada Victory untuk menghentikan kebangkitan Maharaja Angkasa.
Victory bergerak melalui angkasa menuju Satellite Golgotha (bulan seperti asteroid di Planet Gua) tepat pada masanya untuk membantu Ultraman Ace dalam pertarungannya melawan Ace Killer yang telah dinaik taraf dengan kebolehan Ultlance untuk menjadi Victory Killer. Dengan Ace mula keletihan dari pertarungan itu, Victory bertukar menjadi bentuk Knight dan meneruskan serangan terhadap Raksasa Dahsyat itu. Namun, apabila Lunaticks muncul untuk menghapuskan Ginga, Spark Doll Shepherdon bersinar, di mana Victory menggunakan Knight Timbre untuk menghidupkannya semula, setelah mengingati kata-kata Hikari. Sementara Shepherdon bertarung dengan Lunaticks, Victory melemahkan Victory Killer dan kemudian mereka berdua menewaskannya dengan pancaran khas mereka. Ginga dan Ace kemudian disembuhkan berkat bantuan Shepherdon dan mereka kemudian pergi ke Planet Gua untuk membantu Leo dan Astra yang sedang bertarung dengan Vakishim, Doragory dan Verokron.
Giant Yapool menyertai Raksasa Dahsyatnya, dengan Leo dan Astra masing-masing menentang Vakhishim dan Doragory, Ace menentang musuh ketatnya, Verokron manakala Ginga dan Victory bertarung menentang Yapool. Atas nasihat Ace, Ginga dan Victory bergabung menjadi Gingavictory dan menghapuskan Yapool tetapi seperti yang dijangka, pertarungan ini belum lagi berakhir. Kegelapan yang masih ada dari Yapool terbang menuju ke dalam ruang herotan dan Juda akhirnya dibangkitkan semula. Tindakan pertamanya ialah menjelmakan Super Grand King Spectre untuk menentang barisan Ultraman itu. Setelah diatasi dan dipisahkan oleh Super Grand King Spectre, Ace, Leo dan Astra meminta Victory untuk bertarung dengan Juda Spectre sementara mereka mengalihkan perhatian Kaiju gergasi itu. Victory menggunakan Knight Timbre untuk bertukar menjadi bentuk Knight dan mula bertarung dengan Juda Spectre.
Namun walaupun dengan kuasa barunya, Victory masih tidak mampu menandingi kemahiran berpedang Juda. Namun, dia tidak berputus asa dan akhirnya menggunakan Ultlance pada Spark Doll Shepherdon untuk memanggil Shepherdon Saber. Dia juga menukar polariti dimensi itu dengan menyambungkan dirinya kepada Tenaga Victorium di dalamnya yang melemahkan Super Grand King Spectre dan Juda, melengahkan masa secukupnya untuk Victory dan Ultraman lain menghancurkan mereka.
Kemudian, Victory menggunakan Knight Timbre untuk mengembalikan tenaga Victorium Core ke Bumi di mana dia kembali bersama Ginga. Dia berniat untuk mengembalikan Knight Timbre kepada Hikari, tetapi Hikari mencadangkan agar Victory menyimpannya untuk memastikan masa depan planet tersebut. Ultra Fight Victory
Ultraman X[]
Di Shizukugaoka dari dunianya, Ultraman Victory sedang menentang abang Juda, Mold Spectre yang ingin membalas dendam atas kematian abangnya. Namun kemudian, gergasi serba hitam itu telah menculik Victory dan Arisa (secara tidak sengaja) dan memasuki ke Dunia Ultra Flare lokasi dari mana dia dihubungi oleh adik perempuannya, Gina Spectre.
Selepas melepaskan diri dari perangkap yang dipasang oleh Gua Army dan melatih hos Ultraman X iaitu Daichi Oozora, Sho dan Daichi masing-masing bertukar menjadi Ultraman Victory dan X untuk menentang Mold Spectre dan Alien Magma sementara anggota Xio dan Arisa menentang Alien Shaplay dan Gina. X dan Victory menggunakan bentuk terkuat terkuat mereka dan dari hasil latihan, mereka mampu membalikkan arus pertarungan sebelum Victory menamatkan Magma menggunakan Knight Victorium Flash dan diikuti dengan Knight Victorium Shoot. Mold memberitahu mereka bahawa ketibaan Gua Army semakin hampir, tetapi sebaliknya Ultraman Ginga muncul dari gangguan ruang selepas dia memusnahkan armada dan menumpang melalui gangguan ruang itu. Pedang Kemenangan
Tidak lama kemudian, Ginga bergabung tenaga dengan Victory dan X untuk menewaskan Mold, namun bersama Gina dan Shaplay, mereka memutuskan untuk berundur apabila keadaan menjadi terlalu sukar. Kemudian, para Ultra menutup keretakan ruang dengan gabungan Ginga Comfort daripada Ginga, Victorious Melody daripada Victory Knight dan Purify Wave daripada X. Selepas itu, hos Ginga dan Victory singgah untuk berehat dan berbincang tentang Mold dan Gina serta berbual dengan Daichi tentang impian mereka yang sama untuk hidup bersama dengan raksasa. Mereka bersepakat untuk tidak berputus asa dalam mengejar impian itu, sementara Sho turut menyebut tentang Shepherdon.
Selepas hos-hos Ultra itu menahan Gina Spectre dan membunuh Alien Shaplay dengan peluru bermuatan King Joe dari Victory Lancer, mereka semua bertukar menjadi bentuk Ultra masing-masing untuk menghadapi Gua Spectre yang baru bergabung. Pertarungan dimulakan dengan gabungan serangan elektrik yang diikuti dengan pertempuran epik. X kemudian menyelamatkan Ginga dan Victory yang terperangkap akibat serangan gelap yang kuat, dan kedua-dua mereka bergabung menjadi Ultraman Gingavictory, manakala X bertukar menjadi bentuk Exceed X untuk mengimbangi keadaan. Sementara X mengalihkan perhatian Gua, Ultraman Gingavictory menggunakan serangan penamat untuk memusnahkan senjata Gua, kemudian bersama-sama dengan X, mereka melancarkan serangan terakhir untuk menewaskan Gua Spectre sepenuhnya selepas X menarik keluar Dark Thunder Energy dari badan entiti tersebut.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, bersama Ginga dan Arisa, mereka kembali ke dimensinya sendiri dengan bantuan Ultraman X menggunakan Ultraman Zero Armor. Langit yang Bersinar, Bumi yang Terhubung
Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman[]
Dalam filem ini, Victory telah dipanggil melalui Cyber Cardnya dan menentang Tsurugi Demaaga di Buenos Aires, Argentina dan menewaskannya dengan Victorium Shoot setelah dikuatkan oleh Cyber Wing milik Ultraman Exceed X Beta Spark Armor. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Ultraman, Tiga dan X, Victory meninggalkan Bumi bersama Ultraman lain yang muncul melalui Cyber Card. Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman
Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds![]

Setelah menghilang secara misteri dari dunianya bersama Ultraman Ginga, Ultraman Zero menuju ke Hawaii di mana Gai Kurenai, Ultraman Orb berada untuk memberitahunya tentang perkara itu setelah mereka menewaskan robot Galactron yang telah dibina semula. Kemudian, ia didedahkan bahawa Ginga dan Victory telah ditukar menjadi permata untuk koleksi Murnau.
Setelah Darebolic dilepaskan, Ultraman Orb dan Ultraman X tiba di medan pertempuran untuk menentang ancaman itu, namun malangnya X turut ditukar menjadi permata setelah Orb ditewaskan. Namun, setelah mendengar tekad SSP untuk tidak berputus asa membolehkan tiga Ultra yang terperangkap itu memberikan kuasa mereka kepada Gai melalui Ultra Fusion Card. Kemudian, Ginga, Victory dan X berjaya melepaskan diri dari perangkap itu berkat tindakan Jugglus Juggler memusnahkan Dark Ring. Mereka menyertai Orb Trinity untuk bertarung menentang Darebolic dan Seijin yang baru dilepaskan. Selepas seharian penuh pertarungan, Orb, Ginga, Victory, X dan Ultraseven yang tiba kemudian mengucapkan terima kasih kepada SSP dan beredar meninggalkan Bumi. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!
Ultraman R/B[]

Satu penglihatan Victory muncul bersama-sama dengan New Generation Heroes yang lain sedang menembak pancaran khas mereka semasa Ruebe mengaktifkan New Generation Barrier untuk menangkis serangan musuh. Disemadikan oleh Keekstreman
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Apabila Ultraman X Darkness dan Ultraman Geed Darkness mula menyedut tenaga cahaya Orb, Victory tiba tepat pada masanya untuk melindunginya. Dia melengahkan masa mereka secukupnya sebelum mereka berkumpul semula dengan New Generation Heroes di Negeri Cahaya. Ketika perjumpaan itu, mereka membincangkan tentang perkara yang telah berlaku kepada mereka. Ultra Dark-Killer menggunakan pancaran unjuran untuk memaklumkan kepada New Generation Heroes bahawa Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio sedang ditahan di Dark-Killer Zone di Planet Tenebris dan mereka perlu datang dan menghadapi dirinya jika mereka mahu menyelamatkan rakan-rakan mereka.

Victory menentang Etelgar
Setibanya mereka di sana, Ginga dan Victory masing-masing berhadapan dengan Dark Lugiel dan Etelgar, tetapi tidak berjaya mengalahkan mereka. Seiring mengingati latihan mereka di bawah Zero, mereka bergabung menjadi Ultraman Gingavictory dan menggunakan Wide Zero Shot untuk mengalahkan kedua-dua mereka.

New Generation Heroes dalam bentuk terkuat mereka
Namun, Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness, dengan Dark-Killer membesar menjadi saiz gergasi kerana kuasanya yang melimpah. Untuk membantu Zero menewaskan salinan Darknessnya, Geed menggunakan tenaga Ginga, Victory, X dan Orb untuk menjadikan Zero sebagai Zero Beyond. Mereka kemudian bertukar menjadi bentuk terkuat mereka untuk bertarung dengan Ultra Dark-Killer, dengan Victory bertukar menjadi Victory Knight. Selepas New Generation Heroes menyerang Dark-Killer, Taro tiba dan meminta mereka untuk menyalurkan kuasa mereka ke dalam Strium Brace. Setelah berbuat demikian, Ginga melancarkan New Generation Dynamite untuk memusnahkan Dark-Killer dan seluruh Dark Palace. New Generation Heroes dan Zero kemudian berkumpul semula, namun telah bertembung dengan Ultraman Tregear yang mengakui bahawa dialah dalang di sebalik kejadian-kejadian ini sebelum beredar. Maka New Generation Heroes pun membuat keputusan untuk mengejar Tregear. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultraman Taiga[]

New Generation Heroes menentang Tregear
New Generation Heroes berhadapan dengan Tregear berhampiran Negeri Cahaya, tetapi telah ditumpaskan dengan mudah. Setelah Tri-Squad tiba, Ginga dan Victory memberikan cahaya mereka kepada Ultraman Fuma sebagai hadiah yang muncul dalam bentuk Ultra Taiga Accessory jenis gelang. Buddy Go!
Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]

Selepas Tregear dikalahkan oleh Ultraman Taiga, bahagian Grimdo telah melepaskan diri dari tubuh badannya. New Generation Heroes menjejaki Grimdo di angkasa dan menyegelnya di dalam sebuah kristal, tetapi akibatnya kuasa Ultraman mereka tidak dapat digunakan. Dalam bentuk manusia, mereka turun ke Bumi untuk melindungi Hiroyuki Kudo dari Grimdo yang semakin menghampiri Bumi. Setelah Sho memperoleh kuasanya semula melalui Victory-let, New Generation Heroes menentang Tregear, Taro yang dirasuk oleh Grimdo dan sekumpulan raksasa dengan Ginga dan Victory bertarung dengan Hellberus. Apabila lawan mereka mendapat tingkatan kuasa dari Grimdo, Ginga dan Victory bergabung menjadi Ultraman Ginga Victory untuk menamatkan Hellberus. Pada awalnya dikalahkan oleh Grimdo setelah menyerap Tregear, New Generation Heroes bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan berjaya mengalahkan Grimdo. New Generation Heroes memberikan kata-kata perpisahan kepada Tri-Squad dan Hiroyuki dan kembali ke dunia asal mereka. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Mengikuti kekalahan Tregear, New Generation Heroes telah dihantar ke seluruh alam semesta untuk menjejaki Devil Splinter, sisa serpihan daripada tubuh Ultraman Belial yang mampu digunakan untuk tujuan jahat jika jatuh ke tangan yang salah. Dalam usaha memburu serpihan itu, Ginga dan Victory tiba di Planet Penol di mana mereka menemui Bemstar yang telah dijangkitinya. Amukan raksasa itu jelas menyebabkan mereka mengalami kesukaran sebelum Ultraman Taiga tiba untuk menghulurkan bantuan. Selepas lanjutan pertarungan itu, Victory melengahkan masa bagi memberikan peluang kepada Ginga untuk bertukar menjadi Ginga Strium dan melancarkan Strium Beam bersama Aurum Strium milik Taiga Photon-Earth untuk menewaskannya, lalu mendapatkan Devil Splinter yang ditinggalkannya.
New Generation Heroes berkumpul semula di Kuburan Raksasa di mana Absolute Tartarus, Alien Bat, Reibatos, Ultrawoman Grigio Darkness dan Gina Spectre sedang menyerang Ultrawoman Grigio, Ultraman Zearth, Ultraman Nice dan Ultraman Boy untuk mendapatkan Devil Splinter yang telah mereka temui. Ginga dan Victory bergabung menjadi Gingavictory sementara Rosso dan Blu bergabung menjadi Ruebe untuk menentang Tartarus. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuat Reibatos sebelum mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk Gua Spectre sebelum dia mati akibat dos berlebihan. Bentuk sempurna baharu Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk New Generation Heroes lantas memaksa mereka untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga. Dengan kuasa itu, dia mampu menewaskan Gua dengan mudah sebelum berpisah kembali. Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut.

Victory dan pasukan penyelamat Yullian tiba di Planet Pusat The Kingdom
Kini mengetahui lokasi the Kingdom berkat usaha Astra, sebuah pasukan penyelamat telah ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada Astra, Xenon, Seven 21, Andro Melos, Hikari dan Victory. Mereka dibimbing oleh Sora dari pasukan Galaxy Rescue Force yang menggunakan teknologi dan kuasa Max Galaxy untuk membuka pintu ke the Kingdom. Mereka kemudian disertai oleh Justice yang dihantar kepada mereka atas arahan Delacion. Pasukan itu menyelinap masuk ke dalam the Kingdom dan berpecah untuk mencari keberadaan Yullian setelah bersetuju untuk bertemu semula di Menara Eldora kemudian, tetapi malangnya menghadapi sedikit tentangan.
Ketika sedang mencari, Hikari dan Victory berganding bahu tetapi telah diserang. Belial menentang Victory dalam perlawanan pedang antara Beliarok dan Shepherdon Sabre manakala Tregear menentang Hikari yang mengenakan Perisai Wira. Setiap daripada mereka bertarung dengan seimbang dengan lawan mereka sehingga Astra berjaya menemui lokasi dan menyelamatkan Yullian dan Ultraman Regulos. Victory dan Hikari berjaya melarikan diri daripada duo tersebut apabila Victory menggunakan Ultlance untuk mengakses EX Red King Knuckle yang menyebabkan Belial dan Tregear tersandar ke belakang. Pasukan itu menunggu ketibaan Astra, yang tertangguh akibat serangan daripada Absolute Diavolo. Dengan Absolutian semakin mendekat dan jalan pulang mereka semakin mengecil setiap saat, keadaan kelihatan suram sehingga Astra tiba bersama Yullian dan Regulos. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, pasukan itu berjaya meninggalkan the Kingdom dan menjayakan misi mereka.
Selepas skuad penyelamat berjaya melarikan diri, mereka tiba di Planet Blizzard dan dikejar oleh Absolutian dan konco-konco mereka, hanya untuk disambut oleh himpunan Ultra yang ramai. Pasukan penyelamat itu melarikan diri bersama Yullian, meninggalkan Astra dan Regulos di planet itu untuk menyertai barisan pahlawan yang lain dalam pertarungan mereka menentang Absolutian. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: Mikro ~ Infiniti
- Berat badan: 0 ~ Infiniti
- Umur: Tidak diketahui
- Dunia Asal: Tidak diketahui
- Had Masa: 3 minit
Ciri-ciri Tubuh[]
- V Crystal : Ia boleh digunakan untuk mengisi tenaga dalam teknik serangan dan tembakan pancaran.
- Color Timer : Victory mempunyai Color Timer berbentuk V.
- Perisai Ultra: Victory mempunyai Perisai Ultra standard yang kebal terhadap api dan laser.
Hos Manusia[]
Walaupun Ultraman Victory muncul melalui penggunaan oleh Victorian, terdapat beberapa sekatan di mana hanya beberapa orang yang terpilih dibenarkan menggunakan kuasanya.
- Pengguna Ultraman Victory yang sebelumnya ialah seorang Victorian yang tidak didedahkan namanya. Beliau menggunakan kuasanya untuk menghentikan amukan Shepherdon di kerajaan mereka. Kejadian ini berlaku beberapa ketika sebelum siri tersebut, jadi dia mungkin sudah meninggal dunia akibat usia tua.
- Sho: Hos Ultraman Victory yang sekarang ialah seorang putera dari bangsa bawah tanah yang dipanggil Victorian. Sho telah dihantar oleh ibunya untuk menghalang Batu Victorium daripada dicuri oleh Alien Chibull Exceller dan bala tenteranya serta untuk mendapatkan semula batu-batu tersebut. Untuk menyelesaikan misi ini, Sho diberikan kuasa Ultraman Victory.
- Hiyori: Walaupun tidak pernah bertukar, dia mampu menggunakan Victory Lancer sebagai senjata api, sedangkan Victorian yang tidak terpilih tidak mampu melakukannya. Ini menunjukkan bahawa dia mungkin merupakan pengguna lain yang berpotensi.
Transformasi[]
Dengan mengubah Victory Lancer menjadi Lancer Mode, Spark Doll Victory akan muncul lalu Sho meletakkannya di tempat transformasi alat tersebut, menyebabkan wajahnya muncul dan suara mengisytiharkan "Ultlive: Ultraman Victory". Badan Sho kemudian akan bersinar dan bentuk bercahaya Victory kelihatan terbang, Sho mengikutinya sebagai cahaya dan masuk ke dalam Color Timernya untuk melengkapkan transformasi Ultranya. Dari situ, adegan kebangkitan biasa ditunjukkan dengan latar belakang kristal dan merah.
Bentuk[]
"Ultlive: Ultraman Victory!"
- ―Pengumuman transformasi

Ultraman Victory
- Statistik[1]
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: N/A
- Kelajuan Berlari Maksimum: N/A
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: N/A
- Kelajuan Tanah Maksimum: N/A
- Ketinggian Lompatan Maksimum: N/A
- Kekuatan Lengan: N/A
- Kekuatan Cengkaman: N/A
- Kebolehan
- Teleportasi: Victory boleh teleportasi melalui pusaran tenaga biru.
- Ultra Charge: Victory boleh memberikan tenaganya kepada orang lain.
- Penciptaan Ultra Taiga Accessory: Victory boleh mencipta aksesori jenis Bracelet Type. Dia memberikan aksesori ini kepada Tri-Squad.
- Penghalang Penyegelan: New Generation Heroes boleh mencipta penghalang untuk menyegel raksasa seperti Grimdo. Namun, sebagai gantinya mereka kehilangan kebolehan transformasi, apabila peranti mereka berubah menjadi putih dan tidak boleh digunakan.
- Senjata
- Ultlance : Dengan menggunakan Victory Lancer, Victory boleh melakukan Live secara separa dengan Spark Doll yang terpilih, iaitu memanifestasikannya melalui lengan kanannya dan membolehkannya menggunakan kuasa mereka. Anak patung tersebut menjadi senjata untuk Victory yang mengendalikan kuasa Kaiju melalui lengannya.
- EX Red King Knuckle : Dengan menggunakan anak patung EX Red King, Victory mengubah lengan kanannya menjadi lengan EX Red King. Ia boleh digunakan untuk menumbuk lawan.
- Magma Shock : Kemampuan yang setara dengan Flame Road EX Red King. Dengan menghentakkan penumbuk EX Red King Knuckle ke tanah, Victory boleh menghasilkan siri letupan besar yang mampu menyebabkan kecederaan kepada lawan yang paling kuat sekalipun.
- Bebola Api: Victory boleh mengeluarkan bola api dari penumbuknya.
- Eleking Tail : Dengan menggunakan anak patung Eleking, Victory mengubah lengan kanannya menjadi ekor elektrik Eleking. Dia menggunakannya sebagai cambuk dan untuk menghentam lawan.
- King Joe Launcher : Dengan menggunakan anak patung King Joe Custom, Victory mengubah lengan kanannya menjadi Pedanium Launcher robot tersebut. Dia menggunakannya untuk menembak pelbagai letupan tenaga dan kepada lawan.
- Gudon Whip : Dengan menggunakan anak patung Gudon, Victory mengubah lengan kanannya menjadi Oscillatory Tentacle Excavator milik Gudon. Dia menggunakannya untuk mencambuk lawan beberapa kali.
- Sadola Scissors : Dengan menggunakan anak patung Sadola, Victory mengubah lengan kanannya menjadi Multi-layered Bellows Pinch milik Sadola.
- Shepherdon Saber : Dengan mengimbas Spark Doll Shepherdon, Victory akan dilengkapi dengan Shepherdon Saber, sebilah pedang yang menyerupai kristal di belakang raksasa tersebut.
- Shepherdon Saber Flash : Victory boleh menggunakan Shepherdon Saber untuk mencincang lawan dengan bentuk "V" yang besar. Pedang ini juga boleh digunakan sebagai projektil. Apabila ditembak, sebuah siluet Shepherdon kelihatan terbang ke arah musuh.
- Hyper Zetton Scissors : Merupakan Ultlance terakhir Victory. Dengan mengimbas Spark Doll Hyper Zetton, lengan kanannya berubah menjadi lengan Hyper Zetton.
- Dark Fireball : Victory boleh melancarkan bola api besar dari Hyper Zetton Scissors.
- Takkong Fireball : Dengan mengimbas lukisan Takkong, penumbuk Victory berubah menjadi keseluruhan batang tubuh Takkong. Ini dihasilkan melalui hadiah utama Televi Magazine 2014 melalui lukisan kanak-kanak dan hanya muncul dalam Ultraman Festival 2014. Serangan penamatnya ialah seperti yang berikut:
- Bahagian 1: Victory menghasilkan hujan peluru bebola api ke arah lawan. Ini berdasarkan Ginga Fireball milik Ginga.
- Bahagian 2: Victory memanggil unjuran Takkong yang menggulung ke arah lawan.
- Baltan Senju Cannon : Dengan mengimbas lukisan Alien Baltan, lengan kanan Victory berubah menjadi gabungan beberapa Baltan, juga dikenali sebagai Senju Kannon. Ini dihasilkan melalui hadiah utama Televi Magazine 2014 daripada lukisan kanak-kanak (dengan nama Senju Canon Baltan Scissor ) dan hanya muncul dalam Ultraman Festival 2014. Untuk serangan penamatnya, Victory menjelmakan penampakan besar bahagian atas badan Baltan sambil menghentam lawan dengan penyepit gergasinya.
- Knight Timbre : Dengan menggunakan Spark Doll khas yang diperoleh daripada Ultraman Hikari, Victory boleh menjelmakan Knight Timbre yang boleh berubah menjadi pedang.
- Perubahan Bentuk: Dengan menggunakan Knight Timbre, Victory juga boleh bertukar menjadi bentuk Knightnya.
- Victorious Melody : Walaupun tanpa bertukar menjadi Knight, Victory mampu memainkan Victorious Melody yang digunakannya untuk mengembalikan tenaga Victorium yang dicuri dari alam Juda ke Bumi.
- EX Red King Knuckle : Dengan menggunakan anak patung EX Red King, Victory mengubah lengan kanannya menjadi lengan EX Red King. Ia boleh digunakan untuk menumbuk lawan.
- Teknik
- Khas
- Victorium Shoot : Gerakan khasnya iaitu pancaran jingga dengan beberapa "V" jingga muda di dalamnya. Victory menjelmakan lukisan huruf V tenaga dengan mengangkat tangannya, lalu V serta tenaga kuning diserap ke dalam V Crystal di lengan kanannya. Ia ditembak dalam posisi "L" dari V Crystal di pergelangan tangan Victory, yang bermaksud ia ditembak dari belakang tangannya.
- Victorium Burn : Pancaran yang ditembak dari V Crystal di kepala Victory.
- Victorium Slash : Peluru cahaya. Dia melepaskannya dengan tendangan pusingan dari mana-mana kaki. Teknik ini biasanya diikuti dengan dia menyentuh kaki serangannya dengan kaki yang satu lagi, selepas itu dia boleh menembaknya satu demi satu.
- Victorium Especially : Victory boleh menembak hujan letupan tenaga berbentuk V dari V Crystalnya. Ini mungkin serangan terkuatnya.
- Victorium Comfort : Satu serangan yang tidak pernah ditunjukkan, menurut Super Complete Works, Victory menggunakan serangan ini untuk menenangkan Shepherdon yang sedang mengamuk pada masa lalu.
- Fizikal
- Victory Hyper Fly : Victory terbang dengan cara yang serupa dengan Ginga Strium pada kelajuan yang sama, dan sama sepertinya, dia tidak menggunakan pergerakan tangan untuk terbang.
- Victory Hyper Kick : Victory melakukan tendangan terbang yang kuat. V Crystal di kakinya bersinar, menghasilkan aura berbentuk V di sekelilingnya.
- Victory Hyper Punch : Serangan tumbukan kuat yang mengeluarkan gelombang kejutan kuning.
- Gabungan
- Ginga Victory Ultimatum : Serangan gabungan yang digunakan bersama Ginga Spark Lance milik Ginga.
- Double Saber Attack : Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight!, Victory menggunakan Shepherdon Saber untuk melancarkan Shepherdon Saber Flash, kemudian Ginga menggunakan Ginga Saber untuk menamatkan lawan dengan gelombang kejutan.
"Ultlance: Ultraman Hikari!"
- ―Pengumuman transformasi

Ultraman Victory Knight
Ultraman Victory Knight Knight Timbre, sebilah pedang/seruling.
ialah versi peningkatan dari Victory. Dalam bentuk ini, penandaan merah dan hitamnya digantikan dengan biru dan perak dan V Crystalnya bertukar menjadi merah. Senjata utamanya ialahSho mula-mula memainkan melodi Knight Timbre sebelum mengubahnya menjadi pedang yang menyebabkan Victory bertukar menjadi bentuk ini. Pedang tersebut juga dicipta oleh Ultraman Hikari yang kemudiannya memberikannya kepada Sho serta mengamanahkan tanggungjawab kepadanya untuk mengurung Maharaja Angkasa.
- Kebolehan
- Ultra Charge : Victory boleh mengisi tenaga sekutu dengan menyalurkan tenaga cahayanya.
- Senjata
- Knight Timbre : Merupakan senjata utamanya, dia boleh menggunakannya dalam pertarungan dan melancarkan serangan dalam bentuk serangan konvensional atau muzik. Senjata ini dicipta oleh Hikari dan ia hanya boleh digunakan bersama dengan Sho kerana tenaga Victorium dalam dirinya.
- Knight Victorium Flash : Victory Knight melompat di hadapan lawan dan berpusing dengan cepat, mencincang mereka berkali-kali.
- Knight Victorium Break : Victory Knight menggunakan Shepherdon Saber untuk mencincang lawan sebelum dia memberikan pukulan kedua dengan Knight Timbre. Tanpa Shepherdon Saber, dia boleh melukis tanda "V" yang besar berwarna biru muda untuk dilancarkan terhadap sasaran.
- Knight Victorium Shoot : Victory Knight memegang pedang dalam posisi menegak dan melepaskan Ultra Beam yang kuat.
- Victorious Melody
- Penyegelan Kegelapan: Dengan meletakkan Knight Timbre di hujung Victory Lancer, Victory Knight boleh menembak pancaran yang sangat kuat dari seluruh tubuhnya yang mampu melontarkan musuh dan menutup portal di mana Juda telah dihidupkan semula.
- Penyedaran: Victory Knight boleh menghidupkan semula makhluk Spark Doll dan membawa mereka beroperasi seperti sediakala. Ini digunakan pada anak patung Shepherdon untuk membolehkannya bertarung bersama Victory.
: Berfungsi sebagai tujuan asal Knight Timbre. Dalam mod seruling, ia mampu memainkan melodinya yang kemenangan.
- Ultlance Victory Lancer, Victory boleh sebahagiannya melakukan "Live" dengan Spark Doll yang dipilih, memanifestasikannya melalui lengan kanannya dan membolehkan dia menggunakan kuasa mereka. Anak patung tersebut menjadi senjata bagi Victory untuk digunakan sambil dia mengendalikan kuasa Kaiju melalui lengannya.
- Shepherdon Saber : Dengan mengimbas Spark Doll Shepherdon, Victory akan dilengkapi dengan Shepherdon Saber, sebilah pedang yang menyerupai kristal belakang raksasa tersebut. Senjata ini juga boleh digunakan bersama dengan Knight Victorium Break.
: Dengan menggunakan
- Teknik
- Khas
- Victorium Slash Ultraman Fusion Fight!. : Peluru cahaya. Victory Knight juga boleh menembak Victorium Slashnya dengan V Crystal di kakinya. Sebagai Victory Knight, teknik ini kini eksklusif kepada
- Fizikal
- Peningkatan Kemahiran Berpedang: Ia dikatakan bahawa walaupun tahap pertarungan hos Victory (Sho) setara dengan seorang petarung jalanan, pemilikan Knight Timbre secara tidak langsung memberikannya kemampuan untuk menjadi sangat mahir dalam penggunaan pedang.

Sphere-Victory
Sphere-Victory Sphere apabila sebuah entiti misteri menyedut cahayanya dan meletakkannya di bawah kawalan Sphere. Penampilannya tidak berbeza dengan rupa biasanya asalnya, di samping Shepherdon Saber miliknya yang telah bermutasi.
ialah bentuk Victory yang dirasukiBentuk ini hanya muncul dalam pementasan eksklusif di China, Legend of Ultra: Light of Hope
.Media Lain[]
Ultraman Hit Song History: New Generation Chapter[]

Dalam album muzik ini, Victory bersama dengan New Generation Heroes yang lain telah disegel oleh Etelgar dan terperangkap di bulan. Apapun, Victory dan yang lain telah dibebaskan setelah Ultraman Zero merekrut Ultraman Rosso dan Ultraman Blu untuk bertarung menentang Etelgar. Dia bersama tiga Ultra lain sebelum Geed bergabung dengan Zero untuk menjadi Zero Beyond untuk melancarkan serangan penamat. Ultraman Hit Song History
Trivia[]
- Victory memiliki lima V Crystal kuning pada tubuhnya: satu di dahi, dua di lengan dan dua lagi di kaki. Ini kemungkinan merujuk kepada huruf "V" yang juga mewakili nombor 5 dalam angka Romawi.
- Pertarungan Victory dengan Alien Guts Vorst/Gan-Q merupakan rujukan kepada pertarungan Ultraman Gaia V2 dengan Kijuro Mato/Gan-Q Code No.2. Seperti yang ditunjukkan, kedua-dua Ultra ini memiliki skema warna yang sama walaupun terbalik dan telah diatasi oleh pembantu Gan-Q (mata pengintip untuk Gan-Q Code No.2 dan klon Gan-Q Code No.1).
- Victory merupakan...:
- Pahlawan Ultra kedua yang menampilkan warna hitam sebagai warna utama tubuhnya selepas Tiga Dark.
- Ultra pertama yang mempunyai Color Timer berbentuk V.
- Ultra pertama yang boleh menggunakan senjata Kaiju atau Seijin, misalnya King Joe Launcher. Disebabkan ini, dia juga dianggap sebagai Ultra pertama yang menggunakan senjata jenis senapang.
- Kebolehan Ultlance Victory berasal daripada hakikat bahawa lengan EX Red King adalah bahagian yang berasingan daripada sut dan bukan sebahagian daripada badan.
- Walaupun Ginga dikatakan sebagai Ultra dari masa hadapan, Victory ialah Ultra purba. Walaupun begitu, mereka berdua berkongsi ciri-ciri yang serupa, terutamanya kristal mereka.
- Sementara Ginga bertarung dengan penuh kesabaran (memandangkan dia sebelum ini biasa bertarung dengan lawan yang telah dihidupkan semula), Victory sengaja direka untuk menjadi lebih ganas.
- Ultraman Victory telah direka secara serentak dengan Ultraman Gingavictory semasa perancangan awal.
- Bunyi Color Timer Victory ialah versi yang diubah suai dan bernada tinggi daripada milik Ultraman Tiga.
- Ia agak menghairankan kerana berbanding Ginga, Victory tidak pernah bercakap selain mengeluarkan bunyi dengusan. Suara percakapannya dilakukan oleh Sho selaku hos manusianya. Ini mungkin menunjukkan bahawa Victory merupakan satu-satunya Ultra Spark Doll dalam siri Ultraman Ginga S yang tidak mempunyai kesedaran sendiri.
- Namun, dia nampaknya mempunyai kesedarannya sendiri kerana dalam pertarungan menentang Five King dan Vict Lugiel di mana ketika nyawanya menjadi taruhan, dia telah membatalkan Ultlive sendiri untuk melindungi nyawa Sho.
- Oleh kerana kuasanya sudah dikaitkan dengan sistem Spark Doll, Victory tidak memusnahkan musuh-musuhnya, tetapi menukar mereka kembali menjadi Spark Doll.
- Victory boleh dikira sebagai Pahlawan Ultra yang memulakan trend Color Timer berbentuk huruf. Hal ini kerana selepas Ultra Fight Victory, bermulanya siri Ultraman X dan X dalam siri tersebut mempunyai Color Timer berbentuk X dan selepas itu dalam siri Ultraman Orb, Orb mempunyai Color Timer berbentuk O.
- Dalam Ultraman Orb The Movie, Victory sepatutnya bertukar menjadi bentuk Knight, namun rancangan itu dibatalkan kerana kekangan masa.
- Semasa pengumuman Ultraman Victory, dia dijadikan bahan jenaka oleh beberapa peminat kerana persamaannya dengan mecha utama francais Mazinger. Masayuki Gotoh menyedari perkara ini dan turut mengakui jenaka tersebut.[2]