Ultraman Wiki
Advertisement
Biografi
Galeri

"Ketua Hikari sekalipun tak dapat nak menahan kuasa kegelapan... atau kuasa cahaya... sesuatu yang mengancam, rapuh dan lemah?"

―Tregear selepas diserang oleh Hunter Knight Tsurugi.


Versi Ultraman Tregear (ウルトラマントレギア, Urutoraman Toregia) ini ialah Isotop Selari akibat dari campur tangan Absolute Tartarus terhadap sejarah masa lalu Negeri Cahaya, yang mana telah menghalang penyerapan Grimdo ke dalam tubuhnya dan pertarungan seterusnya dengan Tri-Squad.

Sejarah[]

Dengan anggapan bahawa campur tangan Tartarus berlaku sejak ketibaan Tregear di Planet Arb, maka Tregear ini didapati mengalami peristiwa yang serupa dengan separuh pertama novel versi asalnya, Blue Shadow. Setelah gagal untuk mendapatkan keahlian dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi, Tregear menerima tawaran untuk bekerja di Biro Sains dan Teknologi Angkasa.

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

"Itu cara awak... melihat dari satu sisi sahaja. Kegelapan dan cahaya.. tak wujud di dunia ni."

―Tregear sebelum dia meninggalkan Taro di Planet Deastar untuk menyertai Tartarus.

Tregear menghabiskan masanya untuk mencipta peranti yang dikenali sebagai Taiga Spark dan Ultraman Taro yang baru kembali memutuskan untuk membantu menyiapkan peranti tersebut melalui masanya di Bumi. Namun, setelah mendapat berita tentang kehilangan pengajarnya, Ultraman Hikari, yang telah menghilang ke Planet Arb, Tregear bergegas untuk mencarinya. Malangnya, ketika Tregear tiba, Hikari telahpun mengambil alih peranan sebagai Hunter Knight Tsurugi dan meluahkan rasa kecewanya terhadap bekas rakan sekerjanya itu kerana merasa bersalah atas kehilangan Arb. Keyakinan Tregear terhadap cahaya mulai goyah, walaupun Taro berusaha meyakinkan mereka untuk terus bersama dan berjuang.

Dua sahabat ini menyiasat sumber tenaga misteri di Planet Deastar, ketika Night Fang tiba-tiba muncul untuk menghalang Taro. Tregear terdedah kepada Nightmare Wave dan menerima visi yang menghantui tentang Hikari dan Taro. Pada saat itu, Tartarus memberikan Tregear penglihatan masa depan di mana dia tersisih menjadi Ultra jahat dan sering bertarung melawan anak Taro, Taiga. Ketakutan dengan apa yang akan terjadi kepada dirinya di masa depan, Tregear menerima tawaran Tartarus untuk mengubah takdirnya dan akhirnya meninggalkan Taro di Planet Deastar.

Tregear kemudian disertai oleh Belial, seorang Ultra yang juga tersisih dari planet yang sama dan menjadi Isotop Selari dan telah menerima peningkatan kuasa mereka dalam bentuk tenaga Absolutian daripada Tartarus. Belial dan Tartarus dihantar ke Satellite Golgotha untuk menentang enam Ultra Brothers dalam garis masa utama, tepat selepas kematian Juda dan Mold, di mana pasangan Ultraman yang tersisih ini dengan mudah mengatasi rakan-rakan mereka yang telah tua. Ketika bertarung dengan Ultraman Zero, kedua-dua Belial dan Tregear mendapati diri mereka setara dalam pertarungan. Namun, di bawah arahan Tartarus, mereka diperintahkan untuk kembali ke The Kingdom. Perbezaan

Absolute Tartarus kemudian memanggil Belial dan Tregear untuk melengahkan Ultra League sementara dia membawa Yullian ke dalam Narak. Belial pun bersetuju dan bersama dengan Tregear, mereka melepaskan pancaran tenaga untuk melindungi Tartarus semasa dia melarikan diri. Setelah itu, mereka meninggalkan tempat tersebut bersama Tartarus. Kemunculan

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

Setelah Tartarus memenjarakan Yullian, Belial dan Tregear dibawa ke Planet Pusat The Kingdom, di mana mereka bertemu dengan Absolute Diavolo dan Absolute Titan. Kedua-dua Absolutian itu tidak senang dengan kehadiran Belial dan Tregear di kalangan mereka, tetapi Tartarus menghentikan pertelingkahan mereka sebelum ia menjadi lebih serius. Tartarus kemudian memberitahu dua Ultra tersebut tentang sejarah The Kingdom dan motif sebenar mereka dalam mencari dunia baru untuk didiami. Selepas itu, Tartarus memberikan kuasa Absolutian yang lebih besar kepada Belial dan Tregear melalui sebuah mesin yang menyelubungi mereka dengan Zarah Absolute.

Belial dan Tregear kemudian meninggalkan tempat persembunyian mereka selepas secara rahsia melihat Tartarus kembali dengan Giga Battlenizer dan Tregear Eye, yang disimpan dalam dimensi Narak. Kedua-dua mereka menyerang hendap Geed dan Taiga sejurus selepas mereka memisahkan diri daripada Ultraman Reiga berikutan pertarungan mereka dengan Gua Spectre, dengan masing-masing diserang menggunakan Ultra Beam. Selepas pertarungan singkat dengan Taiga, Tregear meninggalkan tempat itu bersama Belial yang berjaya mencuri Beliarok daripada Z.

Dua Ultra yang tersisih itu, Belial dan Tregear, kemudian berdepan dengan Ultraman Victory dan Ultraman Hikari ketika pasukan penyelamat mereka berjaya menyusup masuk ke dalam the Kingdom. Belial bertarung dengan Victory dalam pertarungan antara Beliarok dan Shepherdon Sabre, manakala Tregear berhadapan dengan Hikari yang mengenakan Perisai Wira. Kedua-dua mereka bertarung dengan lawan masing-masing secara seimbang sehinggalah Astra berjaya menemui dan menyelamatkan Yullian serta Ultraman Regulos. Victory dan Hikari berjaya melarikan diri daripada Belial dan Tregear apabila Victory menggunakan Ultlance untuk mengakses kuasa EX Red King Knuckle, menyebabkan ledakan yang menolak kedua-dua Belial dan Tregear ke belakang.

Belial dan Tregear mengikuti para Absolutian ke Planet Glacier, menjejaki pasukan Ultra yang berjaya melarikan diri ke lokasi tersebut, di mana mereka berhadapan dengan sekumpulan besar pahlawan Ultra. Tregear bertarung menentang Taro dan Taiga, sehinggalah Taro bergabung dengan Mebius untuk menjadi Mebius Infinity dan menutup portal Absolutian. Taiga berusaha meyakinkan Tregear untuk kembali ke pihak cahaya, tetapi dia ditolak dan diserang dengan petir. Walau bagaimanapun, Taiga menolak untuk menyerah dan berdiri teguh menghadapi Tregear sendirian, menghentikan Titas dan Fuma daripada campur tangan. Taiga mengulangi makna namanya sendiri dengan menyatakan bahawa kedua-dua Taro dan Tregear yang memberikannya nama tersebut. Peringatan ini meninggalkan Tregear dalam keadaan hampa, dan dia akhirnya meninggalkan medan pertempuran.

Kembali di the Kingdom, Belial dan Tregear mula merasakan ketidakpuasan terhadap jalan yang mereka telah pilih. Masing-masing mula meragui keputusan mereka untuk mengikuti Tartarus dan Absolutian. Dalam keinginan untuk mencari kuasa dengan caranya sendiri, Belial memilih untuk meninggalkan the Kingdom. Dia memecah masuk ke dalam simpanan Tartarus, mengambil Giga Battlenizer dan memberikan Tregear Eye kepada Tregear. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Profil[]

TregearEarlyStyle

Disebabkan oleh gangguan Absolute Tartarus terhadap garis masa, Tregear ini kekal dalam bentuk Early Style (アーリースタイル, Ārī Sutairu) untuk sepanjang kemunculannya.

Sebagai ahli Suku Biru, Tregear bukanlah Ultra yang berorientasikan pertempuran dan kekurangan daya tahan yang dimiliki oleh Suku Merah seperti Taro. Walaupun dia tidak mempunyai kemampuan yang diberikan oleh Grimdo, Tartarus mengimbanginya dengan menyelubungi Tregear menggunakan Sinaran Cascade (カスケード光線, Kasukēdo Kōsen) daripada Menara Eldora di Planet Pusat The Kingdom. Ini memberikannya kuasa yang setara dengan seorang Absolutian.

Statistik[1][]

  • Ketinggian: 50 meter
  • Berat badan: 37,000 tan
  • Umur: 12,000 tahun
  • Dunia Asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9.9
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3.8
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3.8
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 850 meter
  • Kekuatan Lengan: 90,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 35,000 tan

Kebolehan[]

  • Zarah Absolute (アブソリュート粒子, Abusoryūto Ryūshi): Bahan tenaga yang setara dengan Sinaran Differator yang dipancarkan dari Plasma Spark. Disebabkan tahap tenaga yang sangat tinggi ini, kekuatan Tregear meningkat ke tahap yang setara dengan seorang Absolutian.
  • Penghalang: Sebuah perisai tenaga biru berbentuk bulat yang digunakan untuk menyekat serangan. Ia serupa dengan kebolehan gelapnya, Ischyros Heba.

Teknik[]

Khas[]

  • Treracium Beam (トレラシウム光線, Torerashiumu Kōsen):[2][3] Ultra Beam milik Tregear yang ditembak apabila dia meletakkan tangannya dalam posisi silang.
  • Kilat Petir: Tregear melepaskan kilat dari tangannya, sama seperti beberapa teknik pancaran versi gelapnya. Ia menjadi emas apabila menggunakan kuasa Absolutiannya.

Barang dagangan[]

Lihat juga: Ultraman Tregear/Barang dagangan

Ultra Monster Series (2016)[]

TregearEarlyStyleUltraMonster500
  • Ultraman Tregear (Early Style) (2020)
    • Tarikh Keluaran: 26 Disember 2020
    • Nombor ID: EX
    • Harga: 600 yen
    • JAN/ISBN: 4549660570424
    • Bahan: PVC
Sebagai versi Isotop Selari bagi watak tersebut, figura Ultra Monster Series (2016) Ultraman Tregear ini berdasarkan rupa "Early Style" dirinya dari Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy, dan ia mempunyai 3 titik artikulasi pada lengan dan pinggang.


Trivia[]

  • Menurut Koichi Sakamoto, Tregear berkongsi perhatian bersama Belial sebagai watak utama dalam Bab 2 The Absolute Conspiracy.[4]

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement