"Saya ialah Ultraman Tregear. Saya datang untuk merealisasikan permintaan awak."
- ―Pengenalan diri Tregear[1]
"Jangan bertindak macam pengawal galaksi! Siapa yang menentukan cahaya ialah keadilan?!"
- ―Tregear kepada Taro dalam episod 1 Ultraman Taiga
"Ikatan... Awak ni tak habis-habis dengan "ikatan" ini, "ikatan" itu, diam sudah. Apa yang manusia macam awak ni boleh buat?"
- ―Tregear berasa jengkel apabila mendengar perkataan "Ikatan"
Ultraman Tregear ialah seorang Ultraman yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Ultraman R/B The Movie sebagai antagonis utama. Dia kemudian menjadi antagonis utama dalam siri seterusnya, Ultraman Taiga. Dia dahulunya merupakan rakan Ultraman Taro dan seorang saintis di Negeri Cahaya yang mencipta Taiga Spark, tetapi beberapa kekecewaan dan halangan telah mendorongnya ke jalan yang gelap.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama Tregear berasal dari gabungan dua perkataan Yunani purba yang telah sedikit diubah.[3]
- τρέλα (Trela) トゥレラ[4]/τρελός (Trelós): Kegilaan (狂気)
- περιέργεια (Periérgeia) テリエルギア: Perasaan ingin tahu (好奇心)
Dua perkataan ini sangat sesuai dengan personaliti dan bekas pekerjaannya sebagai seorang saintis. Pecahan makna ini kemudiannya disahkan dalam kisah Ultraman Taiga Super Complete Works, Blue Shadow.
Reka bentuk[]
Ultraman Tregear direka oleh Masayuki Gotoh yang diberi arahan untuk "membuat Ultraman jahat seperti Belial". Sementara penampilannya merupakan imaginasinya sendiri, Gotoh memutuskan untuk menggunakan tema topeng dan penghalang.[5] Kasutnya yang runcing adalah berdasarkan pada sut Type B Ultraman yang mempunyai keruncingan yang serupa.[6]
Tregear Early Style mempunyai Pemasa Warna asas seperti Ultraman dan Ultraman Jack.[7]
Personaliti[]
Sebagai seorang kanak-kanak, Tregear merupakan seorang kanak-kanak lelaki anti-sosial dengan pertalian untuk mempelajari subjek yang dianggap sebagai terlarang oleh standard biasa, maka oleh sebab itu namanya bermaksud "rasa ingin tahu yang gila". Ini termasuklah memecah masuk ke dalam makam suci dan mempelajari konsep kegelapan di perpustakaan. Walaupun dia bersahabat baik dengan Taro, seiring berlalunya masa, kesukaran yang ditanggungnya setelah graduasi dan mengetahui tentang kejatuhan Belial dan Hikari dari cahaya membuatkan rasa keadilannya hancur berkecai, oleh itu membawa kepada pengasingan dirinya sendiri dari dunia asalnya.
Sejak dia menyerap Grimdo ke dalam tubuhnya, Tregear berubah menjadi seorang penipu yang sadis dan tanpa rasa bersalah memperdayakan orang lain dengan menawarkan untuk "memenuhi impian mereka". Tidak kira sebagai seorang Ultra atau bentuk manusianya (Kirisaki), dia lebih suka untuk menyaksikan hasil dari setiap tindakannya dari sebalik tabir setelah mencetuskan rangkaian peristiwa yang membawa keputusasaan dan penderitaan kepada pada orang lain berbanding terus menentang mereka. Beberapa jenayah yang dilakukannya juga boleh jadi sesuatu yang kecil, misalnya seperti meletupkan belon milik seorang gadis kanak-kanak. Oleh kerana sifat moralnya yang telah hilang, dia tidak berpihak kepada sesiapa dan lebih rela melihat semuanya dimusnahkan.
Persaingannya dengan Taro dan Tri-Squad bermula dari hubungan persahabatannya dengan rakannya itu pada zaman muda mereka. Taro merupakan orang pertama yang berkawan dengannya dan dia menghargai setiap saat mereka di zaman sekolah. Disebabkan oleh kegagalannya untuk mengejar populariti Taro yang semakin meningkat ketika di Negeri Cahaya, Tregear memutuskan bahawa satu-satunya pilihan alternatif ialah untuk memeluk kegelapan, setelah melihat kedua-dua cahaya dan kegelapan hanyalah sekadar dua sisi syiling yang sama. Persaingannya yang berpanjangan kepada Taiga (dan mungkin ahli-ahli Tri-Squad selebihnya) disebabkan oleh nama Ultra muda itu berasal dari alat yang dihasilkan oleh dia bersama Taro, Taiga Spark. Tregear juga memanggilnya "anak lelaki Taro" berbanding namanya, yang mana menambahkan lagi kemarahan Taiga.
Namun atas semua kelakuan sombongnya, Tregear bukanlah seorang yang tidak mengamuk. Sebahagian daripada rasa moralnya yang telah hilang, Tregear bereaksi kepada kuasa ikatan (yang sentiasa dipercayai oleh Wira Generasi Baru) dengan rasa meluat. Dalam kehadiran Taro, dia membuang sikap sombongnya dan menjadi lebih serius dalam aspek sikap dan gaya bertarungnya. Titik kemarahannya sampai ke tahap yang melampaui batas apabila Taiga berjaya dibebaskan dari kegelapan melalui ikatannya dengan Tri-Squad dan Hiroyuki. Ini menyebabkan Tregear untuk menghabiskan hampir seluruh separuh kedua siri Ultraman Taiga untuk memberikan penyeksaan psikologi terhadap Hiroyuki dengan mengancam ahli-ahli EGIS dan akhirnya memanggil Woola untuk melahap seluruh planet itu. Dalam tahap yang lebih kecil, dia berasa agak jijik terhadap sentuhan fizikal dengan makhluk asing dan terpaksa mengeluarkan kain sapu tangan untuk membersihkan tangannya.
Sejarah[]
Masa lalu[]
Ketika Tregear masih kanak-kanak, dia telah menghadiri kelas yang sama dengan Taro. Tregear awalnya tidak terlalu memikirkannya disebabkan oleh dia popular kerana mempunyai ibu bapa yang terkenal. Bagaimanapun, Taro mendekatinya dan mereka pun menjadi rakan. Oleh sebab rasa ingin tahu, Tregear membawa Taro ke kawasan terlarang yang terkunci di sebalik palang. Tregear tidak dapat memasukinya sendiri dan telah menghasut Taro untuk mereka berdua memecah masuk ke dalamnya. Mereka kemudian terlihat sebuah tiang yang memainkan rakaman Perang Ultimate dan menyedari ia merupakan makam. Mereka menghadapi masalah di sekolah pada hari seterusnya tetapi Taro memutuskan untuk berdiri dan mengaku kesilapan mereka yang diam dikagumi oleh Tregear. Sepanjang masa mereka di sekolah, Taro menjadi simbol cahaya kepada Tregear yang terus meneroka perkara-perkara seperti malam, kegelapan, kesunyian dan rasa takut, yang hanya dapat dipelajarinya dari perpustakaan memandangkan Negeri Cahaya tidak memiliki ciri-ciri itu. Tregear telah menulis sebuah puisi tentang Taro, walaupun dia tidak memikirkannya selain melihat bakat Tregear dalam berpuisi.
Pada suatu ketika, mereka telah mengembara di Planet Tika-Du
, di mana terdapat khabar angin tentang raksasa gergasi. Khabar angin itu disahkan benar apabila mereka telah diserang oleh raksasa yang dipanggil Gagoze ketika di dalam gua, walaupun mereka juga menemui ruang seperti kubah. Di sana, dia menemui semacam sup primordial kehidupan dan yang lebih penting, tulisan kosmik purba yang tidak dapat ditafsirkan yang telah menarik perhatian Tregear. Raksasa yang ditempur oleh mereka itu melepaskan organisma seperti lintah merah jambu yang boleh mengasimilasikan DNA bentuk hidupan lain; Tregear segera menyedari bahaya jika mereka berasimilasi dengan mereka lalu meninggalkan planet itu menggunakan kapal angkasa yang sama ketika dia dan Taro tiba awal tadi. Setelah ditangkap oleh raksasa itu, Tregear menggesa Taro untuk menyelamatkan penduduk kampung dahulu dan tidak teragak-agak dalam saat getir seperti itu. Taro yang tidak ingin ada yang terkorban menggunakan Ultra Dynamite miliknya untuk membakar raksasa gergasi itu dengan serta-merta dan bahan-bahan di dalamnya, dan memusnahkan satu lagi dengan Strium Beam.Selepas bergraduasi dari sekolah, Taro telah menjadi seorang ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi, berjaya menyertainya melalui latihan rejimen mereka. Tregear mengikutinya dan sangat menderita dalam rejimen hanya semata-mata tidak mahu kehilangan rakannya. Malangnya, dia gagal. Taro memberitahunya untuk tidak berputus asa dan dia pasti dapat menyumbangkan sesuatu dengan caranya sendiri, memberi galakan kepadanya untuk menyertai Biro Sains Teknologi Sains Angkasa sebaliknya. Tregear bersetuju dan telah diambil bekerja di bawah Ultraman Hikari.
Hikari dapat melihat potensi Tregear ketika dia sedang menyiapkan Sistem Penukaran Zarah Astral, sebuah peranti yang boleh menukar zarah seseorang Ultraman untuk dibawa ke dalam makhluk lain untuk tujuan perjalanan multiversal. Hikari juga telah melihat sesuatu yang berbahaya di dalam dirinya, seperti api biru yang membara dalam diam. Untuk melengkapkan penyelidikannya, Tregear terpaksa merentasi alam semesta dan mendapatkan maklumat daripada berbagai Ultra lain, tetapi kebenarannya sering ditolak pada setiap masa. Dia ingin bercakap dengan Hikari, tetapi mendapat tahu bahawa dia telah meletak jawatan dan pergi ke Planet Arb kerana rasa bersalah atas ciptaan Life-Force Solidification miliknya menjadi punca berlakunya pelbagai serangan di Negeri Cahaya. Melihat bahawa bahkan seseorang yang dihormati dengan Star Mark boleh tertekan, bayang samar-samar menyelubungi Tregear.
Pada suatu hari, Taro kembali dari Planet Bumi dan menceritakan kepada Tregear tentang pengalamannya dan dia telah menjadi salah seorang Ultra Brothers. Taro juga memberitahu Tregear tentang ikatannya dengan manusia, walaupun dia mempunyai keraguan. Menggunakan nasihat Taro untuk bergantung pada ikatan, Tregear berjaya melengkapkan peranti yang sedang dikerjakannya, walaupun dia mempunyai rasa sangsi terhadap ikatan. Selepas mengamati alat itu, Taro merasakan namanya terlalu panjang. Tregear ingin memanggilnya sebagai Taro Spark, tetapi Taro mencadangkan mereka menamakannya untuk generasi seterusnya, lalu menamakannya sebagai Taiga Spark, yang mana dipersetujui oleh Tregear. Taro juga berhasrat untuk menamakan anaknya dengan nama itu kelak jika dia dikurniakannya. Melihat Taro meninggalkannya dengan serta-merta lebih menyakitkan Tregear. Dia membuat puisi lain, dan kali ini tentang dirinya bergelumang di dalam kegelapan.
Tregear yang berasa sedih dengan ketidakhadiran Taro, mendapati bahawa Negeri Cahaya mempunyai sedikit nilai kepadanya. Setiap kali mereka menghasilkan pertahanan yang lebih baik, musuh akan datang dengan sesuatu yang lain; pertarungan itu hanya semakin bertambah. Tregear akhirnya memahami kesedihan Hikari. Beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah dalam Biro Teknologi Sains Angkasa, tetapi beliau sebaliknya meletak jawatan dan telah meninggalkan Negeri Cahaya. Kecewa bahawa idea "cahaya" menjadi "keadilan" kerana sejarah Negeri Cahaya - Perang Ultimate, Pemberontakan Belial dan baru-baru ini, Hikari sendiri tenggelam ke dalam dendam - dia membuat kesimpulan bahawa ideal Negeri Cahaya hanyalah penipuan semata-mata, apabila mereka melancarkan penumbuk mereka dan memanggilnya "keadilan" hanya kerana mereka mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian, secara berkesan menjadikan ideal dan musuh mereka sebagai dua sisi syiling yang sama.
Tregear terbang menuju ke arah Planet Tutuola Namegon menggunakan longgokan bahan organik itu. Dia menamakannya sebagai "Snark" yang diterjemahkan kepada "Chibisuke" di Negeri Cahaya. Snark memakan dan membesar sehingga ketinggian seratus meter; Tregear tidak dapat menghentikannya dengan kekerasan apabila ia hampir menyerang sebuah bandar di sana. Tregear telah mengeksploitasi pepijat DNA-nya untuk menyusun semula struktur genetiknya, yang secara paksa mengubahnya menjadi pelbagai jenis makhluk berbeza sambil ia meraung kesakitan. Akhirnya, Tregear mengecutkan Snark menjadi bunga, lalu ia layu dan berubah menjadi debu. Disebabkan rasa bersalah, Tregear pun meninggalkan planet itu. Beberapa ketika kemudian, Tregear mendapat tahu Taro mempunyai seorang anak lelaki bernama Ultraman Taiga yang mana mengejutkannya. Sementara Taro terus berada di jalan cahaya, Tregear tenggelam ke dalam kegelapan. Sementara menyiasat zaman sebelum Negeri Cahaya muncul dan menyebarkan "cahaya", Tregear mengembara ke Bima Sakti dan menemui reruntuhan "kekacauan" dari zaman dahulu kala.
yang dipenuhi dengan sampah-sarap yang diuruskan oleh Interstellar Alliance. Dia melihat sebuah longgokan bahan organik yang mengingatkannya kepada sesuatu yang serupa yang dilihatnya sewaktu pengembaraannya bersama Taro. Berusaha untuk meredakan kesunyiannya, Tregear mencipta bentuk hidupan seperti lintah yang serupa dengan
"Kalau hati awak lemah, awak juga akan jatuh ke dalam kegelapan macam Belial, walaupun sebagai Ultraman. Sama seperti kawan lama saya..."
- ―Taro mengisyaratkan tentang Tregear kepada Taiga
"Dia muncul sebagai seorang Ultraman, tetapi hatinya gelap. Dia masuk campur dalam pelbagai alam semesta, mengeksploitasi kelemahan hati penduduknya dan membawa bintang mereka kepada kehancurkan."
- ―Penerangan Novel Ultraman R/B
Sepanjang perjalanan Tregear yang jauh, "cahaya" dan "kegelapan" tidak lagi bererti kepadanya. Tregear berjaya mentafsir tulisan purba yang ditemuinya di Planet Tika-Du pada suatu masa dahulu. Mengembara ke Planet Borges kekacauan" purba di dalam dirinya yang mengurniakannya kuasa, meninggalkan identitinya sebagai seorang Ultraman. Dia menggunakan kuasa baharunya itu untuk campur tangan dalam alam semesta, seperti memberikan kuasa pengkristalan kepada Murnau dan bertemu dengan Greeza.
, Tregear berusaha untuk membuka "Abyss" yang telah disegel untuk mengekalkan keseimbangan alam semesta. Dia menawarkan dirinya kepada "Abyss" dan menyegel "Lebih 1,300 tahun sebelum peristiwa Ultraman R/B, Tregear telah mengubah DNA Leugocyte, memaksa makhluk pendamai itu menjadi pemusnah yang membawa kepada pertempuran pertamanya dengan tiga adik-beradik yang berasal dari Planet Sanja. Nama Tregear telah dikaitkan dengan bencana dan godaan di tujuh alam semesta. Ultraman R/B Novel: The Blue-Eyed Girl Whose Name is Gray Ultraman Taiga Novel: Tregear's Story/Blue Shadow
Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond[]
Tregear mendapat tahu tentang asal-usul Riku Asakura dan melihat dia mempunyai seorang rakan makhluk asing Alien Pegassa, Pega, yang membuatkannya berasa pelik. Dia memutuskan untuk menculik mereka dan menempatkan Pega di dalam Gan-Q dan berharap bahawa Riku akan membunuh rakannya sendiri dan terjatuh ke dalam kegelapan, seperti bapanya. Membawa mereka ke alam semesta R/B, dia menyeru Gan-Q dan Bemstar untuk melampiaskan malapetaka di Bandar Ayaka. Mendapat tahu tentang ikatan Ultraman Rosso dengan Kristal Taro, Tregear memutuskan untuk menjadikan Katsumi Minato sebagai sasaran seterusnya selepas mendapat tahu kekeliruannya terhadap identiti dan impiannya. Tregear kemudian berkomunikasi dengan Yukio Toi, membantunya merealisasikan impiannya untuk memusnahkan dunia yang dibencinya, merosakkannya menjadi Snake Darkness dalam proses itu dan menghantarnya ke Planet Hostar 21. Kemudiannya, Tregear mendekati Katsumi, membawanya ke planet yang sama selepas mempamerkan babak di mana Mecha Gomora sedang mengganas. Tregear kemudian meninggalkan Katsumi sendirian di situ sementara Snake Darkness telah tiba di Bumi melalui salah satu portalnya.
Ketika pertarungan terakhir, Tregear akhirnya muncul untuk berpasukan dengan Snake Darkness dan terkejut dengan kembalinya Ultraman Rosso, walaupun dia dengan mudah mengatasi sekumpulan pahlawan itu meskipun selepas Ultrawoman Grigio muncul. Tregear dan Snake Darkness continued having the upper hand sehinggalah adik-beradik Minato bergabung menjadi Ultraman Gruebe, menyertai Riku yang telah bertukar menjadi Ultimate Final sekali lagi. Selepas pertarungan itu, Tregear nampaknya dimusnahkan oleh Wrecking Nova Geed. Bagaimanapun, di kredit akhir, Tregear telah didedahkan terselamat dari pengalaman dan meninggalkan Bumi selepas itu. Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Pada suatu masa, Tregear mendekati Ultra Dark-Killer dan memintanya untuk mencipta Darkness Copies dari Wira Generasi Baru untuk satu tujuan iaitu "membuktikan" bahawa Kegelapan dan Cahaya adalah satu dan sama sahaja. Sementara memerhatikan pertarungan yang sedang berlaku antara Wira Generasi Baru dan League of Darkness dari dalam Magical Space , Ultraman Ribut mendekatinya dan bersedia untuk menangkap Ultra itu. Selepas sebuah pertarungan, Tregear membangkitkan semula Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness yang telah tumpas, menjadikan Dark-Killer membesar kepada saiz gergasi dan mengganas disebabkan oleh kuasanya yang melimpah. Tregear meninggalkan Ribut untuk bertarung dengan Red King, berkata bahawa dia sekurang-kurangnya akan membantunya mengingati namanya. Sebaik sahaja Wira Generasi Baru telah memusnahkan Dark-Killer dan berkumpul semula dengan Zero, Tregear muncul di hadapan mereka dan mendedahkan bahawa dialah dalang di sebalik peristiwa itu, telah menyusun rancangan penculikan Grigio supaya Ultraman Gruebe tidak dapat dibentuk. Dia memberitahu kepada Wira Generasi Baru bahawa dia akan pergi menghapuskan Negeri Cahaya dan Taro. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Pra-Ultraman Taiga[]
Tregear menentang dengan Wira Generasi Baru berdekatan Negeri Cahaya dan dengan mudah menewaskan kesemua mereka melalui perangkap sebelum bertarung dengan Taro. Tri-Squad kemudian tiba meluru ke arah Tregear beberapa kali, walaupun dia mengurangkan mereka menjadi zarah sebelum melancarkan serangan ke arah Taro yang sedang marah. Buddy Go! Taro sekali lagi cuba memujuk rakan lamanya itu, berharap dapat memulihkan cahayanya, tetapi Tregear menolak idea cahaya dan ikatan dan pergelutan itu berakhir dengan kedua-dua pihak meletup dari serangan Dynamite mereka. Perbezaan
Ultraman Taiga[]
Dua belas tahun kemudian, Tregear muncul semula sebagai musuh ketat Ultraman Taiga dan sering menjadikan dia sasaran tanpa henti. Sementara memburu Taiga di Bumi, dia mengambil bentuk seorang pemuda bernama Kirisaki, yang memanggil raksasa seperti Hellberus untuk melaksanakan arahannya. Buddy Go! Dia secara peribadinya menyerang Taiga semata-mata untuk menaikkan kemarahannya dan hos manusianya Hiroyuki Kudo selepas bekas haiwan peliharaan Hiroyuki, Chibisuke telah dikesan di perairan Jepun. Tregear membunuh Chibisuke untuk lebih menambahkan kemarahan Hiroyuki, sebelum hilang meninggalkan mereka. Tregear Tregear juga menjadikan Rento Kujo sebagai bonekanya untuk menyebabkan kemusnahan sebagai Galactron MK2, dan menghalang Ultraman Titas sebaik sahaja dia kembali. Avenger of the Star Selain itu, Tregear mengambil peluang itu untuk mengejek dan campur tangan dengan Ultraman Fuma selepas Darebolic (MB) dimusnahkan. Requiem of the Wolves Pada suatu masa, dia juga mengupah Alien Gapiya Abel untuk menghapuskan Taiga dan Tri-Squad. Piring Terbang Itu Takkan Datang
Tregear telah dikejutkan oleh transformasi Taiga menjadi Photon-Earth dan pergi mencabarnya, mendapat tahu bahawa kemahiran Taiga telah meningkat menjadi seorang pejuang yang berwibawa. Selepas pertarungan ringkas, Tregear berlalu pergi, tidak mengharapkan apa-apa daripada anak Taro itu. Defeat the Demon
Dalam diam, Tregear telah membenarkan Taiga untuk mengumpulkan dan menggunakan Kaiju Ring yang perlahan-lahan merosakkan jiwanya. Sebaik sahaja kegelapan melandanya, Taiga menjadi lebih melulu dalam pertarungan, seperti yang dilihat ketika pertarungannya menentang Gigadelos dan Skull Gomora. Kuasa untuk Melindungi dan Kuasa untuk Bertarung Apabila kegelapan yang menyelubungi dalam diri Taiga sudah cukup, Tregear mengambil peluang itu untuk merosakkannya, menutup diri Hiroyuki, Titas dan Fuma dalam proses itu. Taiga bagaikan menjadi boneka yang tidak boleh bertindak balas digelar oleh Tregear sebagai rakan kongsinya, semuanya hanya untuk mengecewakan Taro. Saya Tak Boleh Mendengar Suara Awak
"Awak dengar tak, Nombor 6?! Kegelapan sedang menyelubungi anak awak!"
- ―Tregear, episod 15
"Taiga masa lalu telahpun mati. Tetapi yang baru sudahpun lahir. Awak tidak perlukan manusia lagi untuk bertukar. Rakan baru awak ialah tenaga kegelapan. Awak dan saya boleh "Buddy Go"."
- ―Tregear berjaya mencuci otak Taiga
Hiroyuki melihat Taiga di dalam kegelapan selepas dia ditewaskan oleh Kirisaki. Tregear tiba-tiba muncul dan meyakinkan Taiga untuk lebih mendalami jalan kegelapan, membuatkannya mengusir Hiroyuki keluar dari dalam dirinya. Apabila Titas dan Fuma cuba untuk menyelamatkannya, Kirisaki menyeru Hellberus dan Night Fang dari Kaiju Ring mereka untuk menghentikan mereka, tetapi Hiroyuki berjaya melalui saat getir itu dan menyelamatkan Taiga, mengurniakannya sebuah bentuk baharu, Tri-Strium. Marah akan kegagalan rancangannya, Kirisaki bertukar menjadi Tregear untuk menentang Taiga, tetapi menghilang selepas terkena serangan Tri-Strium Burst. Menjadi sangat marah dan menggila, dia mengembangkan rasa kebenciannya terhadap Hiroyuki dan mula menyasarkannya secara langsung. Kita Adalah Satu
Kirisaki menyusup masuk ke dalam pangkalan EGIS dan melancarkan serangan mental pada Pirika Asahikawa. Dia entah bagaimana melihat seekor raksasa seperti meteor terbang melalui angkasa dengan membaca fikirannya, dan bersedia untuk membawanya ke Bumi. Tahan Sambaran Petir Itu! Tregear membangkitkan 'jiwa' planet itu, Ether, dengan menggunakan penggerudi di kapal Alien Ghose. Ini menyebabkan Bumi mengeluarkan isyarat yang membawa raksasa itu ke arahnya. Rakan di Bumi
Tregear bersuka ria dalam kemusnahan yang diakibatkan oleh Woola, dan mengaku kepada Pirika bahawa dia tidak peduli tentang 'cahaya' dan 'kegelapan' dan hanya inginkan semuanya dimusnahkan. Saya Ialah Pirika Pirika, kini berada di dalam teras Woola, berasa simpati dengan raksasa itu. EGIS membentuk persekutuan dengan Maguma dan Markind untuk menyelamatkan Woola dan planet itu, bergantung pada Taiga untuk menembak Strium Blaster ke arah raksasa itu sebagai langkah terakhir. Bagaimanapun, Tregear campur tangan dan bertarung menentang Tri-Squad, menghalang mereka dan peluang terakhir mereka untuk melaksanakan rancangan itu. Woola cuba untuk membantu Tri-Squad selepas mengenal pasti mereka sebagai sekutunya, tetapi dengan mudah ditolak ke tepi oleh Tregear. Tregear membuat kesilapan apabila menembak sfera tenaga gelap ke arah Taiga, yang mengubah hala pancaran itu ke arah Woola menggunakan Wide Taiga Shot. Woola memakan kedua-dua serangan dan badannya dimusnahkan, sementara terasnya terapung ke atas dan menghilang menjadi cahaya yang bergemerlapan yang tersebar di seluruh Bumi, pada masa yang sama menebus dan mengakhiri Kaiju pengancam itu.
"Cahaya ni... terasa hangat...."
"Ia akan mustahil kalau dengan kuasa saya seorang saja. Kuasa cahaya dari kita berdua Ultraman-lah yang telah selamatkan hati raksasa itu. Tak kira seberapa kali awak menafikannya... awak ialah seorang Ultraman; sesuatu yang wujud untuk melindungi cahaya! Awakkan rakan ayah saya yang telah tinggalkan Negeri Cahaya? Awak boleh menjadi penjaga cahaya sekali lagi!"
"Berapa kali saya nak beritahu awak? Dunia ni tiada cahaya atau kegelapan!"- ―Taiga cuba untuk menebus Tregear
Taiga cuba untuk meyakinkan Tregear untuk kembali ke jalan cahaya, tetapi dia menolaknya dan menganggapnya sebagai karut-marut dan menyerang Taiga, memaksanya untuk menentangnya semula. Taiga bertukar menjadi Tri-Strium, yang mengingatkan Tregear kepada Taro. Taiga, Titas, Fuma dan Hiroyuki menyatukan kuasa mereka bersama untuk menembak Quattro Squad Blaster, tetapi Tregear tidak membuat percubaan untuk mempertahankan dirinya dan ketawa dengan menggila sebelum dia dikalahkan. Buddy, Steady, Go!
Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]
Tidak dapat ditewaskan disebabkan oleh kuasanya, tubuh badan Tregear telah dipulihkan selepas kekalahan sebelumnya. Bagaimanapun, pertarungan itu telah mengakibatkan meterai pada Grimdo mula longgar, membebaskan sebahagian raksasa itu dari dalam dirinya. Wira Generasi Baru menyegel Grimdo untuk sementara waktu, akibatnya mereka kehilangan kebolehan untuk bertukar. Sementara itu, Tregear telah menghantar salah satu ilusi dirinya ke Planet Borges untuk memancing Taro, yang menawarkan pertolongan untuknya. Sebaliknya, Tregear menolak tawarannya dan memberitahunya bahawa Grimdo sedang menuju ke Bumi di mana Taiga berada, membuatkannya terbang dalam keadaan tergesa-gesa. Kirisaki (Tregear) telah menunggu kedatangan Taro di Bumi dan berhadapan dengan Homare Soya, Hikaru Raido dan Sho yang telah menemui keberadannya. Dia menggunakan peluang itu untuk memberitahu rancangan sebenarnya. Kirisaki menghilang selepas Grimdo berjaya merasuki Taro dan entah mengapa tidak dapat dikesan.
Hiroyuki, Katsumi dan Isami berhadapan dengan Kirisaki selepas menemui keberadaan Taro. Kirisaki bertukar menjadi Tregear dan bertarung menentang Tri-Squad sementara Hellberus, Segmeger, Night Fang, Gigadelos dan Gorothunder menentang Wira Generasi Baru yang telah memperoleh semula kuasa mereka dari Bracelet yang dikembalikan oleh Hiroyuki. Selepas berhadapan dengan raksasa-raksasa itu, Wira Generasi Baru cuba untuk membantu Taiga memulihkan kesedaran Taro, tetapi telah dihalang oleh Tregear. Akhirnya, mereka berjaya melakukannya, menyebabkan Tregear mengakui bahawa dia telah hilang segalanya. Tregear kemudian menawarkan dirinya kepada Grimdo. Badannya mula 'rosak' dan diserap ke dalam raksasa itu, memulihkannya kepada kuasa penuhnya. Kesedarannya berada di dalam raksasa itu dan mengawalnya, dengan hasrat untuk memusnahkan segalanya.
Gabungan Tregear-Grimdo itu menandingi Taro dan Wira Generasi Baru walaupun dalam bentuk terkuat mereka. Taro menyuruh mereka untuk bersatu melalui Ultra Horn Taiga sementara dia mengalihkan perhatian Grimdo, membolehkan mereka untuk mempunyai peluang untuk bergabung dengan Ultraman Reiga yang cukup kuat untuk menepis semua serangan Grimdo. Pada kemuncak pertarungan, Reiga menembak menerusi mata pusat Grimdo dengan Reiga Ultimate Blaster. Dengan suara yang pilu, Tregear memanggil nama Taro sebelum dia dimusnahkan bersama Grimdo. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Disebabkan oleh Absolute Tartarus mengembara ke masa lampau dan memanipulasi garis masa, terdapat beberapa perubahan pada masa lalu Tregear.
Ketika Tregear diambil bekerja di bawah Ultraman Hikari dalam Buro Teknologi Sains Angkasa, dia menghasilkan Sistem Penukaran Zarah Astral, tetapi dia kekurangan beberapa maklumat penting. Pada suatu hari, Taro kembali ke Negeri Cahaya dan menyapa Tregear, telah mendengar tentang alat yang sedang disiapkannya. Taro menawarkan maklumatnya tentang ikatan untuk menyiapkan alat itu selepas berjumpa dengan ramai orang ketika dia menjalankan misinya, tetapi kemudian dia terpaksa pergi untuk misi seterusnya.
Beberapa ketika kemudian, Ultraman Hikari telah hilang. Tregear berjaya mengesan keberadaannya di Planet Arb yang sedang berkabung atas kegagalannya untuk melindungi hidupan di planet itu dari serangan Bogarl. Hikari telah berubah menjadi Hunter Knight Tsurugi dan memberi amaran kepada Tregear bahawa sesiapa yang menghalangnya untuk membalas dendam akan ditewaskan olehnya. Tregear cuba untuk menghentikannya, tetapi tidak mampu lakukannya apabila dia diserang oleh bekas ketuanya itu. Peristiwa ini telah meninggalkan kesan padanya, membuatkannya menjadi goyah dan ragu-ragu terhadap kebolehan Ultra untuk menjadi Duta Cahaya, dan Tartarus menghubungi Tregear untuk pertama kalinya, memulakan rancangannya untuk menariknya ke pihaknya. Taro cuba untuk menenangkan rakannya itu, tetapi ketidakbolehannya untuk memahami perasaan Tregear atas kejadian yang telah berlaku menyebabkan persahabatan mereka mula renggang antara satu sama lain.
"Itu sebabnya awak... hanya melihat sesuatu dari sebelah pihak. Dalam dunia ini... tiada Cahaya atau Kegelapan."
- ―Tregear sebelum meninggalkan Taro di Planet Deastar untuk menyertai Tartarus
Mengesan tenaga luar biasa di Planet Deastar, Taro membawa Tregear ke planet itu untuk meminta kerjasamamya untuk menyiasatnya. Absolute Tartarus membawa Night Fang melalui portal untuk membuatkan ia bertarung dengan Taro dan melepaskan gelombang Nightmare Wave ke arah Tregear, menyeksanya dengan keraguannya. Tartarus menunjukkan Tregear masa depannya dan mengajaknya untuk ikut bersamanya. Setelah berasa kecewa terhadap ideal Negeri Cahaya, Tregear berlalu pergi bersama Tartarus, walaupun Taro memujuknya untuk tidak pergi, oleh itu menyertai sekutu-sekutu Tartarus di dalam dimensi poket Narak.
Dibawa ke masa depan oleh Tartarus, Tregear telah disertai oleh Ultraman Belial, seorang lagi Ultra yang jatuh dari planet asal yang sama yang juga akhirnya menjadi Isotop Selari dan menerima kuasa mereka dalam bentuk tenaga Absolutian Tartarus. Mereka dihantar ke Satelit Golgotha untuk melawan enam Ultra Brothers di garis masa utama sejurus selepas kematian Juda dan Mold, di mana sepasang Ultraman itu membuat kerja pantas terhadap bekas rakan seperjuangan mereka yang sedang keletihan. Ketika bertarung dengan Ultraman Zero, mereka diarahkan untuk kembali ke "The Kingdom" di bawah arahan Tartarus. Perbezaan
Absolute Tartarus kemudian menyeru Belial dan Tregear untuk melengahkan Ultra League sementara dia menangkap Yullian ke dalam Narak. Belial terpaksa akur, dan bersama-sama dengan Tregear melepaskan pancarannya untuk menutup pelarian Tartarus sebelum berlalu pergi bersamanya. Kemunculan
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Pada suatu ketika, Belial dan Tregear telah dibawa ke The Kingdom's Central Planet, di mana mereka bertemu dengan Absolute Diavolo dan Absolute Titan yang tidak mengalu-alukan kehadiran mereka di kalangan Absolutian, tetapi Tartarus menghentikan hujah mereka sebelum ia tidak terkawal. Tartarus kemudian memberitahu dua Ultra tentang sejarah Kingdom dan motif sebenar mereka untuk mencari dunia rumah lain untuk didiami, sebelum memberikan lebih banyak kuasa Absolutian kepada mereka dengan menggunakan mesin yang menghujani mereka dengan Zarah Absolute. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 50 meter
- Berat badan: 37,000 tan
- Umur: 12,000 tahun
- Dunia asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
Ciri-ciri Badan[]
- Mata: Tregear memiliki mata yang berwarna merah. Sebelum jatuh ke dalam kegelapan, ia berwarna biru muda.
- Pemasa Warna: Seperti kebanyakan Pahlawan Ultra, Tregear juga mengenakan Pemasa Warna. Ia tidak pernah berkelip warna merah dan disembunyikan di sebalik halangan yang digunakan untuk memastikan Grimdo disegel di dalamnya.
- Kuku: Tregear mengenakan kuku berwarna emas di jarinya.
Transformasi[]
Kirisaki menekan butang di atas Tregear Eye untuk mengaktifkannya, menyebabkan bentuknya berubah dari dada Tregear kepada topeng mukanya. Dia memegang peranti tersebut di hadapan mukanya lalu mengeluarkan aura biru gelap dan matanya bersinar kemerah-merahan. Kirisaki kemudian bertukar menjadi Ultraman Tregear dan membesar menjadi saiz gergasi. Secara alternatif, dia juga boleh bertukar tanpa menggunakan Tregear Eye.
Tregear menggunakan peranti itu untuk menukar bentuk Early Style kepada bentuk yang digunakannya sekarang setelah dia menyerap Grimdo.
Bentuk[]

Early Style [8][9][10][11] merupakan rupa asal Tregear sebelum meninggalkan Negeri Cahaya. Disebabkan merupakan ahli Suku Biru, Tregear bukan Ultra berorientasi pertempuran dan tidak memiliki stamina yang dimiliki oleh Suku Merah seperti Taro. Dalam Perbezaan, versi Isotop Selari Tregear dikurniakan dengan tenaga Absolutian milik Tartarus yang membolehkan dia untuk bertarung dengan kekuatan yang sama dengan Ultra Brothers dan Zero.
- Statistik[12]
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9.9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3.8
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3.8
- Ketinggian Melompat Maksimum: 850 meter
- Kekuatan Lengan: 90,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 35,000 tan
- Teknik
- Treracium Beam [10][11]: Ultra Beam milik Tregear yang ditembak apabila dia meletakkan tangannya dalam gaya menyeberang.

Tregear menutupi tubuh badannya dengan halangan untuk menyegel Grimdo di dalam dirinya, dalam masa yang sama dia menerima kuasanya untuk kegunaannya. Di samping itu, Grimdo telah memutuskan keperluan Differator Rays untuk mengisi semula Pemasa Warnanya yang memberikan masa operasi tanpa had kepada Tregear walaupun ketika berada di luar Negeri Cahaya.
- Statistik
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9.9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3.8
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3
- Ketinggian Melompat Maksimum: 850 meter
- Kekuatan Lengan: 90,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 75,000 tan
- Kebolehan
- Trera Phantasma : Tregear boleh memprojekkan kejadian dan peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku di tempat lain dan memperlihatkannya kepada yang lain serta mampu memperdayakan lawannya dengan sebuah penglihatan khayalan.
- Trera Thyra : Tregear boleh mengubah bentuk angkasa dan mencipta lubang cacing (wormhole) untuk menteleportasikan dirinya, sebahagian dari badannya atau benda hidup lain melaluinya. Apabila menteleportasikan benda hidup lain, tangan gergasi berwarna biru akan ditunjukkan. Versi kedua dilihat dengan kemunculan lima lencana tajam.
- Teknik
-
- Khas
- Trera Ultigeyser : Tregear menimbulkan pergeseran tenaga berputar yang membentuk lima lencana tajam, di mana aliran elektrik yang kuat dikeluarkan. Ia mampu menerbangkan musuh melintasi seluruh bandar, menyakiti mereka dengan suhu tinggi yang dikeluarkan.
- Trera Cheir Phos
- Trera Ardiga : Serangan Trera Cheir Phos dengan menggunakan dua tangannya. Ia mempunyai kekuatan yang sama dengan Delta Breastranser milik Groob apabila digabungkan.
: Sinaran elektrik biru gelap yang ditembak dari tangan atau jarinya. "Cheir Phos" adalah bahasa Yunani yang bermaksud "Tangan Petir".
- Opto Dacrys : Sinaran merah yang ditembak dari kedua-dua mata Tregear.
- Ischyros Heba Grigio Regina. : Merupakan perisai tenaga, mampu untuk menandingi Erga-Trio Cannon milik
- Ischyros Dynamis : Satu sinaran keganasan dilepaskan dari tangan Tregear, yang boleh meningkatkan kemarahan dalaman manusia dan merosakkan mereka sehingga menjadi raksasa. Dos keduanya dapat memperkuatkan raksasa itu, tetapi 'kegelapan batin'nya akan menelan hosnya.
- Fizikal
- Geargy Dirge : Serangan gerudi tenaga Tregear.
- Senjata
- Wiseman's Sword Planet U40. : Pedang legenda dari
Media Lain[]
Ultraman New Generation Chronicle[]
Tregear muncul dalam episod 13 di mana dia memperkenalkan dirinya kepada Pega dan Booska dari dimensi lain dan menceritakan tentang penjahat-penjahat yang muncul pada masa lalu. Ultraman New Generation Chronicle
Trivia[]
- Gaya berjalan Tregear seperti seorang yang budiman merupakan dari imaginasi Takao Nakano tentang penjahat British dari siri James Bond.
- Dalam satu temu bual bersama Yuma Uchida, beliau menyatakan bahawa suara pertamanya sebagai Tregear merupakan iklan pertama untuk mempromosikan filem itu. Ia tidak sehingga rakaman sebenar filem itu, Yuma berjaya mendapatkan tanggapan (impression) bagi wataknya tersebut, yang mana digambarkan olehnya sebagai seorang yang "tidak baik atau jahat".[13][14]
- Dari risalah Ultraman R/B The Movie, Masayoshi Takesue iaitu pengarah utama siri Ultraman R/B mengesahkan bahawa Tregear akan menjadi Pahlawan Ultra jahat yang seterusnya dan menggantikan Ultraman Belial.[15] Ini menyebabkan persamaan antara dua Ultra itu:
- Kedua-dua mereka berasal dari Negeri Cahaya dan telah terasing daripada Bapa Ultra dan Taro.
- Kedua-dua mereka menemui makhluk yang memberikan kuasa kepada mereka.
- Pada baju yang direka oleh Kou Nanase, pelakon Kirisaki, Tregear telah dikaitkan dengan imej teratai biru.[1] Dalam bahasa Jepun bunga, bunga teratai itu mewakili hati yang suci, cinta yang terasing dan kefasihan.[16][17]
Rujukan[]
- ↑ 1.0 1.1 https://m-78.jp/news/post-5503-2/
- ↑ https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/1162
- ↑ https://twitter.com/TsuburayaGlobal/status/1320613631906643970?s=19
- ↑ https://twitter.com/galshocker/status/1104294067796566017
- ↑ https://twitter.com/aws49T8EvYnPX7U/status/1235886675814780928
- ↑ Catatan Blu-ray Special Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond
- ↑ Uchusen 172
- ↑ https://m-78.jp/news/post-5675/
- ↑ https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/2343
- ↑ 10.0 10.1 https://m-78.jp/galaxy-fight/tac
- ↑ 11.0 11.1 https://m-78.jp/galaxy-fight/tac/english/
- ↑ https://twitter.com/TsuburayaGlobal/status/1342991082125021185
- ↑ https://entertainmentstation.jp/407591
- ↑ https://www.animatetimes.com/news/details.php?id=1553845133
- ↑ 武居監督曰く、以前までの悪のウルトラマン代表であったベリアルが「ストレートな悪役」であれば、トレギアはその逆の「何を考えているか分からない怖さ」「陰湿さ、狡猾さ」を狙っているという。
- ↑ https://hananokotoba.com/hasu/
- ↑ https://www.lotusflowermeaning.net/blue.php