Ultraman Wiki

"Saya adalah awak, dan awak adalah saya! Bersedialah, Hiroyuki! Ayuh bersama!"

―Laungan Taiga ketika transformasi sulungnya, Ayuh Bersama!

"Betul tu! Saya ialah anak kepada Taro!! Ultraman Taiga!!"

―Ultraman Taiga, Kawan, Sedia, Pergi!

"Wira Cahaya, Taiga!"

―Panggilan perkenalan Ultraman Taiga

Ultraman Taiga (ウルトラマンタイガ, Urutoraman Taiga) ialah Wira Ultra eponim dalam siri Ultraman Taiga dan merupakan salah seorang daripada tiga Pahlawan Ultra yang bergabung dengan Hiroyuki Kudo. Dia merupakan anak lelaki kepada Ultraman Taro dan melakukan kemunculan sulung bersama dengan Ultraman Titas dan Ultraman Fuma sebagai Pahlawan Ultra pertama dalam zaman Reiwa. Jauh di dalam sudut hatinya, dia menginginkan bapanya, Taro untuk lebih faham dan mengenali akan dirinya, namun dia tidak dapat mengungkapkan perasaannya. Dia mempunyai rasa keadilan yang kuat dan juga sangat bersemangat. Bersama dengan Titas dan Fuma, dia telah membentuk pasukan Tri-Squad. Walaupun masih muda dan tidak berkemahiran, dia dengan penuh dedikasi menggunakan seluruh tenaganya, berjuang demi keamanan di Bumi. Bersama Hiroyuki, dia membesar menjadi Ultraman sejati.[1]

Konsep[]

Etimologi[]

Sama seperti bapanya, Taro, yang mempunyai nama Jepun yang lazim, begitu juga dengan Taiga. Dalam dunia cerita, "Taiga" di Negeri Cahaya bermaksud "Seorang yang berani dan merangkul matahari". Bertentangan dengan apa yang dipercayainya, namanya diambil bersempena Taiga Spark dan bukannya sebaliknya.

Rekaan[]

Sebagai anak kepada Taro, rekaan Taiga dibuat agar kelihatan "muda" secara keseluruhan sambil mengambil elemen daripada bapanya. Pelindung di dadanya berwarna biru kobalt bagi menonjolkan penampilan ala-ala seorang pemula, namun begitu warna emas juga pernah dipertimbangkan sebelum ini.

Sarung tangan dan but Taiga pula direka bentuk agar menyerupai Ultra era Showa, yang pada asalnya mempunyai sarung tangan dan but yang tidak dijahit terus pada sut mereka. Wajah Taiga juga direka agar kelihatan muda[2], namun bentuk tanduknya diberi penekanan lebih berbanding saiznya.[3]

Warna utama tubuh Taiga ialah perak dan bukannya merah, berlawanan dengan warna tubuh Taro. Lakaran konsep menunjukkan bahawa warna tubuh merah sebagai bentuk asasnya juga pernah dipertimbangkan.

Photon-Earth pula direka dengan penampilan ala-ala seorang pahlawan berperisai dengan menggugurkan warna merah serta biru dan memilih warna hitam dan emas sebagai ganti. Perisai emas pada tubuhnya juga mempunyai rekaan berlipat, menambahkan lagi kesan gagah pada rupanya.

Tri-Strium membalikkan corak warna bentuk asasnya untuk memberi gambaran "Taiga yang lebih dewasa" dengan penampilan yang sederhana namun kuat. Corak seperti api yang membara ditambah pada perisainya, termasuk pada rekaan tanduknya. Perisai dada turut diberikan hiasan bintik emas agar kelihatan lebih mirip kepada Pelindung milik Taro.

Untuk mewujudkan elemen yang seragam dalam rekaan ahli Tri-Squad, kesemua mereka diberikan sarung tangan, but, dan perisai dada.

Sejarah[]

Masa Lalu[]

Taiga dan Filis berbincang tentang Triger Shot milik Mebius dan ikatan yang dibina bersama manusia

Taiga dan Filis berbincang tentang Triger Shot milik Mebius dan ikatan yang dibina bersama manusia

Taiga ialah salah seorang kadet terbaik dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi, jauh sebelum dia bertemu Titas dan Fuma. Dia menjalani latihan di Planet Maijii[4] (惑星マイジー, Wakusei Maijī), sebuah planet indah yang terletak di antara matahari gergasi dan lohong hitam. Semasa zaman mudanya, Taiga sering meluahkan isi yang terbuku dalam hatinya kepada Filis, seorang rakan yang menghargainya sebagai dirinya sendiri dan bukan sekadar anak kepada Taro. Taiga juga kerap mengunjungi Filis di tempat kerja dan mendengar kisah-kisah menarik tentang Ultraman Mebius dan rakan-rakan manusianya.

Konflik Menentang Tentera Gua[]

Semasa dalam latihan, Taiga pernah berdepan dengan jeneral Tentera Gua, iaitu Imbiza yang telah memanggil Mecha Birdon (メカバードン, Meka Bādon) dan Brocken Diubahsuai (改造ブロッケン, Kaizō Burokken) untuk menyerangnya. Taiga sebelum ini pernah mendengar tentang ancaman Tentera Gua daripada Zoffy. Ketika diserang oleh raksasa siber itu, Taiga diselamatkan oleh seorang pahlawan berperisai bernama Andro Ares. Untuk Siapakah Penumbuk Itu - Bahagian 1

Taiga menawarkan bantuan kepada Andro Ares, namun diminta untuk berundur. Dia hanya mampu menyaksikan Ares menewaskan Alien Iyros, Beacon dan Zaragas seorang diri sebelum bertempur dengan Imbiza. Namun, Taiga diserang oleh Muruchi Diubahsuai (改造ムルチ, Kaizō Muruchi) dan dijadikan tebusan. Imbiza mengambil kesempatan ini untuk memaksa Ares meletakkan senjatanya, lalu menembaknya. Marah dengan tindakan itu, Taiga menyerang Muruchi, tetapi terkejut apabila Ares muncul semula dan menembak dada Imbiza, memaksanya berundur seketika. Taiga ingin mengejar Imbiza, namun Ares sekali lagi mengarahkannya supaya turut berundur. Tiba-tiba, ruang angkasa di sekeliling mereka retak seperti kaca dan mula runtuh. Untuk Siapakah Penumbuk Itu - Bahagian 2

Imbiza sempat mengejek Taiga dan Ares sebelum Kapal Perang Raksasa Pestria muncul dari gangguan dimensi. Namun, ketuanya sendiri, Gua, mengkhianatinya dan mengarahkan Pestria melepaskan Meriam Lohong Hitam terus ke arah Imbiza, lalu memusnahkannya. Pestria kemudian menyerang Taiga dan Ares dengan laser dan peluru berpandu. Ares cuba mengorbankan tenaganya untuk memusnahkan kapal itu, tetapi gagal dan ditangkap. Dengan tekad yang tinggi, Taiga nekad menyelamatkan Ares dan terjun masuk ke dalam kapal raksasa itu, walaupun dilarang oleh Ares. Dia melepaskan Ultra Beam yang memusnahkan sistem komputer kapal tersebut sebelum menyelamatkan Ares. Taiga kehabisan tenaga dan dihantar pulang ke Planet Maijii. Di sana, mereka berbual, dan Ares memberitahu bahawa Taiga mengingatkannya pada dirinya sendiri. Ares pergi melalui lohong hitam, mengucapkan selamat tinggal kepada Wira Cahaya – gelaran yang kemudiannya digunakan Taiga untuk dirinya. Taiga pun kembali ke Negeri Cahaya untuk melaporkan segalanya kepada Zoffy dan ayahnya. Untuk Siapakah Penumbuk Itu - Bahagian 3

Peristiwa Lain[]

Taiga menerima Taiga Spark daripada Taro

Taiga menerima Taiga Spark daripada Taro

Pada suatu ketika, Taiga bertolak seorang diri untuk mempertahankan sebuah planet daripada penceroboh asing, namun akhirnya tewas akibat jumlah musuh yang terlalu ramai. Dia diselamatkan oleh Ultraman Mebius dan Ultraman Hikari. Hikari menegurnya kerana bertindak terburu-buru, manakala Mebius menyarankan agar Taiga berbincang dengan ayahnya, kerana dia merasakan Taiga sedang memendam perasaan. Sekembalinya ke Negeri Cahaya, Taiga menyatakan hasratnya kepada Taro untuk menyertai Pasukan Pertahanan Antara Galaksi secara rasmi, tetapi Taro memberitahu bahawa dia masih perlu memperbaiki dirinya. Taro kemudian menyerahkan Taiga Spark kepada anaknya, menyarankan agar dia membina ikatan dengan yang lain dan mengembara ke serata dunia di luar sana, serta turut mengarahkannya pergi ke Planet U40.

Taiga bertemu dengan Ultraman Titas dan Ultraman Joneus, yang sedang diserang oleh Zett bersama angkatan baru Tentera Zetton. Zett mahu menewaskan para pahlawan hebat demi merampas gelaran sebagai "makhluk terkuat di alam semesta". Ketika Joneus bertarung dengan Zett, dia mengarahkan Titas dan Taiga mendapatkan Pedang Sang Bijaksana untuk mengunci Zett. Mereka cuba menarik keluar pedang itu seorang demi seorang, tetapi gagal kerana cahaya dalam hati mereka masih lemah. Namun, apabila mereka mencuba bersama, mereka berjaya menarik keluar pedang tersebut dengan menggabungkan kuasa mereka. Pedang itu kemudian digunakan untuk menikam dan mengunci Zett. Selepas kejayaan itu, Taiga mengajak Titas mengembara bersamanya. Walaupun pada mulanya ragu-ragu, Joneus berjaya meyakinkan Titas agar turut serta, dengan harapan dia dapat menemui potensi sejatinya dalam perjalanan tersebut.

Beberapa ketika kemudian, Taiga dan Titas pergi ke Planet O-50. Ultraman Fuma di mana Ultraman Fuma sedang bertarung bersendirian mempertahankan planet itu daripada Planet Invasion Union yang mahu memusnahkan Puncak Pahlawan untuk menghalang lebih ramai kemunculan Pahlawan Ultra. Fuma hampir ditembak oleh penembak tepat, namun Taiga menyedarinya dan menewaskan penembak itu sebelum membantu Fuma menentang makhluk asing lain, yang kemudiannya melarikan diri. Disebabkan sikap panas baran mereka, Taiga dan Fuma bertengkar apabila Fuma mendakwa dia boleh menguruskan segalanya sendiri. Ultraman Orb muncul dan menasihati Taiga serta Titas supaya tidak bersangka buruk terhadap Fuma kerana dia sebenarnya seorang yang baik. Namun, selepas menyelamatkan Fuma sekali lagi, satu lagi pertengkaran berlaku dan mereka mula bergaduh. Musuh mengambil peluang itu untuk menyerang ketika mereka lemah. Titas memberikan tenaga kepada kedua-dua mereka, lalu Orb turut menyertai pertempuran dan berjaya mengalahkan para penyerang. Walaupun masih keberatan untuk bekerjasama, Fuma akhirnya bersetuju selepas dinasihati Orb. Maka, skuad gabungan mereka—Tri-Squad—pun terbentuk, dan Fuma serta Titas masing-masing menerima Taiga Spark mereka sendiri. Ultra Heroes EXPO THE LIVE

Pada suatu ketika, Tri-Squad pergi ke Planet Dino untuk menentang seangkatan tentera robot. Dalam pertarungan sengit itu, mereka hampir-hampir disedut masuk ke dalam sebuah lohong hitam yang muncul secara tiba-tiba. Kembalinya Titas

Tri-Squad kemudiannya menuju ke sebuah planet hutan untuk bertarung dengan Alien Gazariya (ガザリヤ星人, Gazariya Seijin), yang telah menghantar Penjinak Dinosaur Dargen (恐竜調教師ダルゲン, Kyōryū Chōkyōshi Darugen) bersama Tentera Dinosaurnya. Permulaan Tri-Squad!

Suatu hari, selepas menewaskan beberapa raksasa bersama, Tri-Squad mengunjungi Planet Terpencil Rashuwa (辺境の惑星・ラシュア, Henkyō no Wakusei Rashua) sebuah dunia bersalji yang aman dan damai. Terpesona dengan suasana musim sejuk dan penduduknya yang hidup harmoni, Taiga mencadangkan agar mereka membantu menyambut Hari Krismas—perayaan yang diketahuinya melalui ayahnya. Taiga dan Titas mengambil bentuk manusia untuk menjayakan sambutan tersebut, namun Fuma enggan turut serta kerana pendiriannya sendiri, menyatakan bahawa dia telah meninggalkan bentuk manusia atas sebab tertentu. Taiga dan Titas menyediakan hadiah dan bersedia untuk mengedarkannya, tetapi tiba-tiba mereka diserang oleh seekor Kaiju seperti ulat tanduk yang muncul dari tanah dalam bentuk imago. Mereka teragak-agak untuk bertukar kerana bimbang hadiah akan musnah, namun Fuma datang menyelamatkan mereka. Dua lagi Kaiju muncul, memaksa mereka bertukar dan bertarung. Setelah pertarungan selesai, mereka dikejutkan dengan cahaya terang dari langit—dan kelibat 'Santa Claus' yang sebenar muncul di hadapan mereka. Sewaktu hendak meninggalkan planet itu, mereka menyaksikan cahaya di permukaan membentuk sebatang pokok Krismas gergasi. Keajaiban Malam Krismas

Tri-Squad kemudiannya berangkat ke Planet Chrono (惑星クロノ, Wakusei Kurono) apabila planet itu diserang oleh Tentera Godmes. Di sana, mereka berganding bahu bersama Pasukan Koseidon untuk menangkis serangan musuh dan mempertahankan planet tersebut daripada kemusnahan. Tewaskan Godmes

Pra-Ultraman Taiga[]

Tri-Squad menyerang Tregear

Tri-Squad menyerang Tregear

Dua belas tahun lalu, Taiga dan pasukannya, Tri-Squad, cuba menentang Ultraman Tregear selepas para Wira Generasi Baharu yang lain telah ditewaskan. Sebagai tanda kepercayaan, Wira Generasi Baharu menyerahkan cahaya mereka kepada Tri-Squad, di mana Taiga menerima cahaya daripada Ultraman Orb, Ultraman Rosso dan Ultraman Blu. Walaupun telah diberi amaran oleh Taro supaya tidak melawan Tregear, Taiga, Titas dan Fuma tetap meneruskan serangan. Meskipun berjaya mengena beberapa serangan, kekuatan gabungan mereka masih belum cukup untuk menandingi musuh yang jauh lebih kuat itu. Titas dan Fuma akhirnya dikalahkan dan tubuh mereka hancur menjadi zarah cahaya, menaikkan kemarahan Taiga. Dengan amarah yang membara, dia menyerbu ke arahnya—namun akhirnya menerima nasib yang sama. Taiga pun turut musnah dan berubah menjadi zarah cahaya yang hanyut di angkasa.

Entah bagaimana, zarah-zarah cahaya Taiga akhirnya turun ke Bumi. Ketika itu, seorang budak bernama Hiroyuki Kudo diserang oleh seorang makhluk asing semasa cuba menyelamatkan haiwan peliharaannya. Dalam saat genting itu, Taiga muncul dan menyelamatkan Hiroyuki dengan menjalinkan ikatan dengannya sewaktu mereka jatuh dari langit. Namun, Hiroyuki sendiri tidak menyedari tentang ikatan ini sehinggalah bertahun-tahun kemudian.

Ultraman Taiga[]

Pertarungan di Bumi[]

Dua belas tahun kemudian, Hiroyuki bekerja di bawah organisasi EGIS. Semasa menjalankan misi bersama Alien Rivers Kawazu. Taiga membantu Hiroyuki dengan berkomunikasi secara telepati. Ketika makhluk Hellberus menyerang Ibu Zandrias dan menyebabkan bangunan tempat Hiroyuki sedang berada terbakar, Taiga akhirnya muncul sepenuhnya, membolehkan Hiroyuki bertukar menjadi Ultra dan bertarung menentang Hellberus. Dengan kuasa itu, Hiroyuki berjaya menyelamatkan ibu dan anak Zandrias. Ayuh Bersama!

Pertarungan pertama antara Taiga dan Tregear di Bumi

Pertarungan pertama antara Taiga dan Tregear di Bumi

Kembali di pangkalan EGIS, Taiga menjelaskan kepada Hiroyuki bagaimana dia boleh berada dalam tubuhnya dan menjalinkan ikatan dengannya. Tidak lama kemudian, mereka berdepan dengan ancaman King Guesra—yang mengejutkan mereka apabila didapati merupakan haiwan peliharaan lama Hiroyuki, Chibisuke, yang telah berubah menjadi raksasa. Dalam keadaan keliru dan sedih, Taiga dan Chibisuke cuba melawan Tregear yang cuba merumitkan lagi keadaan. Tregear mempermainkan Taiga dengan kejam, menghina dan menewaskannya dengan mudah. Dalam pertarungan itu, Tregear membunuh Chibisuke di depan mata Taiga dan Hiroyuki, menaikkan darah mereka dengan kemarahan. Taiga membalas serangan menggunakan Flame Blaster miliknya, sebelum Tregear menghilangkan diri. Tregear

Taiga, Titas, dan Fuma akhirnya dipertemukan semula semasa pertempuran menentang Darebolic. Bersama-sama, Tri-Squad kembali berjuang untuk melindungi Bumi, bekerjasama dengan Hiroyuki dan EGIS. Ratapan Serigala

Matahari dan Bumi[]

Kemunculan perdana Photon-Earth

Kemunculan perdana Photon-Earth

Night Fang muncul selepas dibebaskan oleh Alien Babarue melalui kuasa tersembunyi Ai Tennoji. Raksasa itu pertama kali mengalahkan Fuma dan kemudian Taiga, sebelum terbang menuju ke bandar untuk mula melahap. Ke Gunung Iblis!! Sebaik sahaja tiba, Night Fang mengeluarkan gelombang bunyi dari mata ketiganya, menyebabkan semua orang di sekeliling jatuh tidur dan terperangkap dalam mimpi buruk yang dilahap oleh Night Fang. Mujurlah Pirika Asahikawa yang masih terjaga berjaya membangunkan bandar itu dengan menggunakan peranti penapis bunyi. Hiroyuki Kudo segera bertukar menjadi Taiga, namun dia masih tidak cukup kuat untuk menandingi Night Fang. Melihat keadaan itu, Ai Tennoji datang membantu dengan menarik tenaga Bumi yang tersisa dalam Night Fang untuk memanggil pedang cahaya yang pernah menghalang raksasa itu. Ai kemudian menyerahkan pedang tersebut kepada Taiga. Dengan Gantungan Kunci Taiga yang menyatu dengan pedang tersebut, Taiga menyerap tenaganya dan berubah menjadi bentuk baharu, Photon-Earth. Dengan kekuatan Bumi yang mengalir dalam dirinya, Taiga akhirnya menewaskan Night Fang dan memusnahkannya sekali gus menggunakan serangan Aurum Strium.

Pertembungan antara Taiga Photon-Earth dan Tregear

Pertembungan antara Taiga Photon-Earth dan Tregear

Sewaktu menyaksikan pertarungan itu, Kirisaki bertukar menjadi Ultraman Tregear untuk menguji kekuatan baharu Taiga. Namun begitu, walaupun dengan kuasa Photon-Earth, Taiga masih belum mampu mencederakannya. Tregear kemudian berundur sambil mengakui bahawa dia tidak menjangkakan apa-apa yang kurang daripada anak Taro. Kembali ke bentuk manusia sebagai Kirisaki, dia mengocak satu dek kad tarot dan menarik sekeping kad the Fool. Tewaskan Iblis! Sementara itu, kuasa Photon-Earth terus membuktikan keberkesanannya apabila Taiga berjaya menewaskan ancaman-ancaman lain seperti Majappa, Alien Nackle Odyssa, dan Gymaira. Masa yang Takkan Berlalu Pejuang Sinaran Waktu Tengah Hari Kuasa Sihir Bintang Hilang

Tenggelam ke Lembah Kegelapan[]

Tanpa disedari oleh Taiga, jiwanya telah diselubungi kegelapan akibat penggunaan Cincin Kaiju. Kesan gelap itu mula mempengaruhi dirinya, menjadikan Taiga semakin agresif dalam pertarungan, seperti yang dilihat ketika dia menentang Gigadelos. Kekuatan untuk Melindungi dan Juga untuk Melawan Ketika berhadapan dengan Skull Gomora, Taiga hampir hilang kawalan sepenuhnya. Dia mendesak Hiroyuki untuk menggunakan Cincin Kaiju, lalu menyerang Skull Gomora dengan ganas tanpa belas kasihan. Namun, selepas pertarungan tamat, Taiga sendiri terkejut dengan kekejaman tindakannya. Ketika dia masih bergelut dengan rasa bersalah itu, Ultraman Tregear muncul semula lalu mereka terlibat dalam pertarungan singkat.

Namun begitu, Taiga masih dahagakan kuasa dan memaksa Hiroyuki menggunakan Cincin Hellberus walaupun tanpa kerelaannya. Tregear mengambil peluang ini untuk melepaskan kegelapan yang telah lama terkumpul dalam diri Taiga, menjadikannya umpama boneka yang tidak sedarkan diri. Dalam proses itu, Taiga menolak kehadiran Hiroyuki, Titas dan Fuma serta kehilangan Taiga Spark miliknya. Tregear kemudian mengejek Taro habis-habisan sebelum mendakwa bahawa Taiga kini ialah sekutunya dalam kegelapan. Saya Tak Boleh Dengar Apa-Apa

Taiga tenggelam ke pihak kegelapan

Taiga tenggelam ke pihak kegelapan

Selepas Kirisaki menjatuhkan Hiroyuki sehingga pengsan, dia melihat Taiga terperangkap dalam kegelapan dan cuba memanggilnya kembali. Namun, Tregear muncul secara tiba-tiba dan terus menggoda Taiga untuk menyelam dengan lebih mendalam ke jalan kegelapan, lalu menendang Hiroyuki keluar dari jiwanya. Dalam usaha untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Hiroyuki, ahli-ahli EGIS yang lain menggunakan peranti penyelarasan gelombang otak untuk memasuki mindanya. Dorongan semangat daripada rakan-rakannya, serta Titas dan Fuma, berjaya membantu Hiroyuki membersihkan kegelapan dalam diri Taiga dan memulihkannya semula. Tri-Squad dan Hiroyuki akhirnya disatukan kembali.

Kemunculan sulung Tri-Strium

Kemunculan sulung Tri-Strium

Setelah dibebaskan daripada pengaruh kegelapan oleh rakan-rakannya, kuasa ikatan di antara mereka menghasilkan satu bentuk baharu buat Taiga: Tri-Strium. Dengan kuasa baharu ini, Taiga dengan mudah menewaskan dua raksasa yang diseru oleh Kirisaki, iaitu Hellberus dan Night Fang. Marah kerana rancangannya digagalkan dan Taiga pula berjaya mengatasi kegelapan, Kirisaki bertukar menjadi Tregear untuk bertarung dengannya. Namun, Taiga kini jauh lebih kuat dan mampu menandingi Tregear dalam pertarungan. Akhirnya, Taiga mengusirnya dengan serangan Tri-Strium Burst. Kami Adalah Satu

Rancangan Terakhir Tregear[]

Setelah ditewaskan oleh Taiga, Tregear mengubah rancangannya dan mula menyasarkan rakan-rakan Hiroyuki pula. Dia melancarkan serangan terhadap Pirika dan mendapat tahu tentang Woola, lalu merancang untuk membawanya ke Bumi dan membiarkannya memusnahkan seluruh planet. Sementara Taiga berusaha menangkis pelbagai ancaman lain seperti Gorothunder, Demaaga, Pandon dan Giestron, Tregear semakin hampir untuk mencapai matlamatnya. Akhirnya, dia berjaya melaksanakannya dengan menggunakan peluru berpandu gerudi dari kapal Alien Ghose untuk mengganggu Ether di Bumi, menjadikan planet itu sebagai suar yang menarik perhatian Woola. Kuasa dari Ribut Petir! Istana Pasir Kawan Sejati Takkong Adalah Misteri

Taiga dan Zero menentang Tregear dan Imit-Belial

Taiga dan Zero menentang Tregear dan Imit-Belial

Taiga dan Tri-Squad berdepan dengan Imit-Ultraman Belial, namun pertarungan mereka diganggu oleh Tregear yang turut menyasarkan Imit-Belial kerana menghalang rancangannya. Ketiga-tiga ahli Tri-Squad tidak mampu menewaskan Imit-Belial sehinggalah Ultraman Zero tiba, setelah mendengar berita tentang makhluk asing yang menggunakan bahan genetik Belial untuk tujuan jahat. Dalam kekacauan pertarungan tersebut, Tregear pun beralih pihak dan Taiga semakin keletihan. Zero meminjamkan kuasanya melalui Plasma Zero-let, yang kemudian digunakan oleh Taiga untuk mengalahkan Imit-Belial. Sebelum beredar, Zero memberikan kata-kata semangat kepada Hiroyuki dan Tri-Squad. Perlawanan! Di Antara Ultra Besar!

Setibanya Woola di Bumi, Kirisaki memanggil Galactron MK2 sebagai umpan untuk memancingnya naik ke permukaan. Taiga cuba menentang robot itu dan walaupun bertahan dengan gagah, serangannya tidak membawa sebarang kesan. Tiba-tiba, Galactron MK2 ditarik ke bawah tanah, dimusnahkan, dan terus dilahap oleh Woola yang muncul dari bawah bumi. Taiga cuba melawan Woola, tetapi tenaganya diserap sepenuhnya hingga dia terpaksa berundur. Selepas Pirika mendedahkan identitinya yang sebenar dan mengganggu teras kuasa Woola, Hiroyuki bersama Tri-Squad sekali lagi mencabar raksasa itu. Saya Pirika Namun begitu, usaha mereka masih gagal apabila Taiga tewas buat kali kedua.

Pirika, yang kini berada dalam teras Woola, mula bersimpati dengan raksasa itu. EGIS bekerjasama dengan Maguma dan Markind untuk menyelamatkan Woola dan planet ini, dengan mengharapkan Taiga menembak Strium Blaster sebagai langkah terakhir. Namun, Tregear muncul menghalang Tri-Squad dan mengganggu rancangan mereka. Woola cuba membantu selepas mengenal pasti mereka sebagai sekutu, tetapi dengan mudah disingkirkan oleh Tregear. Ketika Tregear melepaskan bebola tenaga gelap ke arah Taiga, Taiga pantas memantulkannya semula ke Woola menggunakan Wide Taiga Shot. Woola menelan kedua-dua serangan itu; tubuhnya musnah, namun terasnya terbang ke udara dan bertukar menjadi cahaya berkilauan yang menyinari seluruh Bumi—mengakhiri dan menebus makhluk yang dahulunya mengancam dunia.

Taiga Tri-Strium menentang Tregear di penghujung siri

Taiga Tri-Strium menentang Tregear di penghujung siri

"Hangat rasanya... cahaya ni..."
"Tak mungkin dengan kekuatan dari salah seorang je. Ini adalah kekuatan cahaya dari saya kepada awak... dua Ultraman yang selamatkan hati raksasa tu. Tak kira berapa banyak awak nafikan... awak ialah Ultraman! Kita wujud untuk melindungi cahaya. Itu awakkan... awak kawan ayah saya yang telah meninggalkan cahaya? Kalau awak nak jadi penjaga cahaya masih belum terlambat!"
"Jangan biar saya ulang sekali lagi. Takde cahaya dan kegelapan di dunia ni!
"

―Percubaan Taiga memujuk Tregear kembali ke pangkal jalan

Taiga cuba memujuk Tregear agar kembali ke jalan cahaya, namun Tregear menolak mentah-mentah dan menyerangnya, maka memaksa Taiga untuk melawan. Taiga bertukar kepada bentuk Tri-Strium dengan berlatarkan cahaya matahari, yang mengingatkan Tregear kepada Taro. Bersama Titas, Fuma dan Hiroyuki, mereka menggabungkan kuasa untuk melepaskan Quattro Squad Blaster. Tregear langsung tidak cuba mengelak dari serangan itu, malah ketawa seperti orang gila sebelum akhirnya tewas. Kawan, Sedia, Pergi!

Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]

Setelah sekian lama berada di Bumi, tubuh asal Tri-Squad akhirnya pulih sepenuhnya, membolehkan mereka berpisah daripada Hiroyuki apabila tiba masanya. Taiga, Titas dan Fuma kemudian menentang Legionoid yang diubahsuai oleh makhluk asing Dada, selepas percubaannya mencuri Batu Biru Baradhi digagalkan oleh anggota EGIS. Taiga mengakhiri pertarungan itu dengan jurus Taiga Dynamite Shoot yang memusnahkan robot tersebut.

Tidak lama kemudian, Hiroyuki sekali lagi bertukar menjadi Taiga apabila Grimdo mendarat di Bumi. Meskipun dibantu oleh Ultraman Rosso dan Ultraman Blu mereka tetap bergelut melawan raksasa itu. Namun, kemunculan mengejut ayahnya, Ultraman Taro, yang menggunakan Ultra Dynamite berjaya menyelamatkan mereka. Malangnya, Taro kemudian dirasuki oleh Grimdo dan menewaskan ketiga-tiga Ultra, menyebabkan Taiga tertekan dan menjadi buntu. Hiroyuki dan Riku Asakura menenangkan Taiga, dengan Riku menceritakan kisahnya melawan ayahnya sendiri Ultraman Belial serta kesukaran yang pernah dilaluinya.

TaigaMovieNewGenHeroes

Dalam perjalanan menuju ke pertarungan terakhir, Taiga, Titas dan Fuma muncul secara tiba-tiba dan memberitahu Hiroyuki bahawa dia tidak perlu lagi bertarung kerana tubuh mereka telahpun pulih sepenuhnya, maka mereka boleh berpisah darinya. Namun, Hiroyuki menegaskan bahawa mereka merupakan satu pasukan dan sewajarnya menghadapi pertarungan akhir mereka bersama-sama, seraya menyentuh hati Taiga. Tri-Squad bersama para Wira Generasi Baharu menentang Taro, Tregear dan raksasa-raksasa yang dipanggil oleh mereka. Tri-Squad menumpukan serangan mereka kepada Tregear, namun Taro mencelah dan mengganggu. Ketiga-tiga ahli Tri-Squad kemudian bergabung menjadi Tri-Strium dan bertarung terus dengan Taro, menggunakan Ultra Dynamite untuk mengusir kegelapan Grimdo daripada tubuh ayah mereka. Dengan kepercayaan terhadap ikatan persahabatan, mereka berjaya mengusir Grimdo keluar dari badan Taro. Namun, Tregear mengorbankan dirinya kepada Grimdo, membenarkan makhluk itu melahap dirinya dan menjelma sebagai bentuk sempurna, lalu menyelubungi Bumi sehingga kucar-kacir.

Tri-Squad dan Taro mengucapkan selamat tinggal kepada Hiroyuki dan EGIS

Tri-Squad dan Taro mengucapkan selamat tinggal kepada Hiroyuki dan EGIS

Setelah gagal menewaskan Grimdo walaupun telah menggunakan segala kuasa terhebat mereka, para Wira Generasi Baharu akhirnya bergabung menjadi Ultraman Reiga melalui Ultra Horn milik Taiga. Dengan kekuatan luar biasa Reiga, mereka berjaya menewaskan Grimdo dan sekali gus menamatkan ancaman Tregear. Selepas kemenangan tersebut, Tri-Squad dan Taro pun mengucapkan terima kasih kepada Hiroyuki dan pasukan EGIS atas segala bantuan dan sokongan mereka sebelum berangkat kembali ke angkasa. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

TriSquadTAC

Tri-Squad sedang menjalani latihan di Planet Maijii, sebuah planet dengan tarikan graviti ideal untuk membina otot, apabila mereka diserang oleh Zett — musuh lama yang pernah mereka hadapi di Planet U40. Zett kali ini muncul dengan tentera Zetton untuk menguji kekuatan mereka. Taiga cuba menewaskan dua Zetton biasa, tetapi serangannya tidak berkesan. Ketika keadaan semakin terdesak, Andro Melos dan Ultraman Ribut tiba untuk menghulurkan bantuan. Bersama-sama, mereka berjaya menumpaskan tentera Zetton. Taiga kemudian menyerang Zett dengan Aurum Strium, yang memaksanya untuk berundur. Selepas pertarungan, mereka menerima mesej daripada Taro dan segera menuju ke Negeri Cahaya. Di sana, Ribut memberi taklimat kepada mereka mengenai ancaman Absolute Tartarus. Taro menasihati mereka untuk bersedia membantu Ultraman Zero di barisan hadapan. Taiga kemudiannya mencari Mebius untuk berlatih dan sempat bertemu dengan Ultraman Z. Taiga dan Mebius berbincang tentang hubungan guru dan anak murid dalam kalangan Ultra, membandingkan Seven, Zero dan Leo dengan hubungan mereka bersama Taro.

Dalam perjalanan menghadiri Persidangan Keamanan Persekutuan Galaksi di Planet Kanon, kapal Yullian dan Ultraman 80 terhempas di Planet Ebil dan diserang oleh Zett bersama tenteranya, Zetton. Mereka sempat menghantar isyarat kecemasan ke Negeri Cahaya. Menerima mesej tersebut, Taiga, Mebius dan Ultraman Z segera bergegas ke Planet Ebil untuk membantu. Mereka kemudian disertai oleh Ultraman Zero, Ultraman Joneus, Ultraman Titas, Ultraman Fuma, Ultrawoman Grigio, Ultraman Ribut dan Andro Melos. Bersama-sama, mereka bertempur sengit menentang tentera Zetton. Taiga, yang bertukar menjadi Tri-Strium, mengambil alih tugas menentang Zett bagi pihak 80 dan Mebius. Dibantu oleh Z yang melepaskan Zestium Beam, Taiga berjaya menikam Zett dengan serangan Taiga Blast Attack. Dalam usaha terakhirnya, Zett cuba menghidupkan semula tenteranya, tetapi kesemuanya dimusnahkan oleh serangan penamat baharu Taiga Tri-Strium — Rainbow Strium Burst.

Tidak lama selepas menewaskan Ultimate Shining Zero di Narak, Absolute Tartarus muncul untuk menculik Yullian sebagai tebusan dan memberitahu para wira tentang motif sebenar dirinya sebelum menyuruh Ultraman Belial dan Ultraman Tregear melepaskan pancaran mereka ke arah mereka semua. Kumpulan itu juga menerima berita daripada Ultraman Hikari bahawa Genegarg telah mencuri Z Riser dan Pingat Ultra dari Negeri Cahaya, menyebabkan Z terbang pergi dengan tergesa-gesa sementara Zero mengikutinya. Ultra League dan Tri-Squad bersiap sedia untuk merekrut lebih ramai wira bagi menghadapi pertarungan yang akan datang dalam menentang The Kingdom. Kemunculan

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

UltramanTaigaCrossroad

Selepas kembali ke Negeri Cahaya dari Planet Ebil, Bapa Ultra memberikan tugas baharu kepada Tri-Squad untuk mengumpulkan Ultra League dan memperkukuh barisan pertahanan mereka. Dengan misi ini, ketiga-tiga mereka berpecah untuk menjejak rakan-rakan Wira Generasi Baharu lain, dengan harapan akan bertembung ketika menyiasat serpihan Devil Splinter. Taiga tiba di Planet Penol dan membantu Ultraman Ginga serta Ultraman Victory menewaskan seekor Bemstar yang telah dijangkiti Devil Splinter. Dalam pertarungan seterusnya, Victory membuka ruang untuk serangan akhir apabila Ginga bertukar menjadi Ginga Strium dan melepaskan Strium Beam, digabungkan dengan Aurum Strium milik Taiga Photon-Earth. Serangan padu ini berjaya menewaskan raksasa itu dan mengumpulkan Devil Splinter itu. Namun, Taiga mula tertanya-tanya sama ada pasukan Ultra cukup kuat untuk menentang The Kingdom. Ginga meyakinkannya dengan mengulangi kata-kata ayah Taiga, Taro — bahawa sikap yang sentiasa memandang ke hadapan mampu menjadi harapan yang menyinari masa depan.

NewGenerationHeroesTDC

Wira Generasi Baharu berkumpul semula di Perkuburan Raksasa, di mana Absolute Tartarus, Alien Bat, Reibatos, Ultrawoman Grigio Darkness dan Gina Spectre sedang menyerang Ultrawoman Grigio, Ultraman Zearth, Ultraman Nice dan Ultraman Boy untuk mendapatkan Devil Splinter yang telah mereka temui. Tri-Squad bergabung menjadi Tri-Strium dan berjaya menewaskan Alien Bat. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuatkan Reibatos yang mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk Gua Spectre sebelum dia kehilangan nyawanya akibat dos berlebihan. Kuasa luar biasa Gua memaksa para wira untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga, yang akhirnya berjaya menewaskannya. Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut.

TaigaTaroCrossroad

Setelah pasukan penyelamat berjaya membebaskan Yullian dan Ultraman Regulos daripada penjara, mereka dihantar ke Planet Blizzard di mana sejumlah besar Ultra sedang menunggu. Namun, para Absolutian terus mengejar mereka. Taro menentang sahabat lamanya, Tregear, sehinggalah Taiga tiba dan menyertai pertarungan tersebut. Mereka bertarung bersama sehingga Taro beredar untuk bergabung dengan Mebius dan Ultra Brothers, lalu bergabung menjadi Mebius Infinity. Dengan kekuatan gabungan itu, mereka berjaya menewaskan bala bantuan Absolutian dan menutup portal kemunculan mereka sebelum berpecah semula. Sementara itu, Taiga terus bertahan menentang serangan Tregear sambil cuba meyakinkannya untuk kembali ke jalan cahaya. Walaupun Titas dan Fuma datang menawarkan bantuan, Taiga menolak kerana mahu menyentuh hati Tregear sendiri. Kata-katanya menggoncang semangat Tregear, menyebabkan dia berundur dan meninggalkan medan pertempuran.

Di klimaks pertarungan itu, Tartarus diatasi oleh Zero dengan kebolehan barunya. Dia memutuskan untuk melancarkan Absolute Maximum Destruction di planet itu tetapi ia telah disekat oleh King Flasher milik Ultraman King, lalu mencipta sebuah lubang cacing akibat dari efek itu. Ultraman Ribut mencipta penghalangnya sendiri untuk melindungi Ultra lain di situ, tetapi akibatnya dia dan Tartarus telah termasuk ke dalam lohong hitam yang membawa mereka ke alam semesta Ultraman Trigger. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Personaliti[]

Walaupun masih muda, Taiga menunjukkan semangat yang tinggi untuk menjadi seorang Pahlawan Ultra dan memiliki sifat-sifat yang diharapkan—keberanian dan kebaikan hati. Meskipun merupakan ahli termuda dan sering digambarkan sebagai seorang yang membara dalam pasukan Tri-Squad, Taiga sebenarnya ialah ketua kumpulan tersebut dan amat mengambil berat akan rakan-rakan seperjuangannya.

Sebagai anak kepada Ultraman Taro, Taiga sering dikenali sedemikian dan jarang dipanggil dengan namanya sendiri, di samping mereka yang rapat dengannya seperti rakannya Filis—dan hal ini menjadi punca kekecewaan dalam dirinya. Selain itu, Taiga juga menyimpan keinginan yang mendalam untuk diiktiraf oleh bapanya, sesuatu yang mengingatkan Taro kepada dirinya sendiri semasa kecil dan hubungannya dengan ayahnya, Bapa Ultra.

Taiga bukanlah makhluk sempurna. Walaupun dia seorang pejuang yang cekap, adakalanya dia sering melebih-lebihkan keupayaannya dalam pertarungan, menyebabkan dia bertindak terburu-buru dan menjadi cuai. Selain itu, Taiga menyimpan kebencian yang mendalam terhadap Tregear kerana mempercayai bahawa dialah yang telah memusnahkan rakan-rakannya dahulu. Rasa benci ini sering menaikkan kemarahannya, sehingga ke tahap hanya melihat kelibat Tregear pun sudah mampu membakar amarahnya.

Taiga menjadi semakin melulu dalam pertempuran akibat kesan sampingan daripada penggunaan Cincin Kaiju, yang perlahan-lahan merosakkan jiwanya. Namun begitu, dia akhirnya berjaya mengatasi pengaruh kegelapan tersebut setelah diselamatkan oleh rakan-rakannya yang membawanya kembali ke jalan cahaya.

Menjelang penghujung siri, Taiga akhirnya menerima dirinya sebagai anak kepada Taro dan mampu melaungkannya kepada orang lain dengan penuh keyakinan. Ini menandakan bahawa dia telah berjaya mengatasi segala konflik dalaman dan keraguan terhadap dirinya sendiri.

Profil[]

Statistik[]

Ciri-ciri Badan[]

  • Perisai Ultra: Perisai Ultra standard memberikan ketahanan tinggi terhadap serangan berasaskan api dan laser. Namun, seperti kebanyakan Ultra dari Nebula M78, ia mempunyai kelemahan terhadap suhu sejuk. Apabila Taiga bertukar kepada bentuk Photon-Earth, warna perisainya bertukar kepada gabungan hitam dan perak.
  • Ultra Horn (ウルトラホーン, Urutora Hōn): Mewarisi ciri daripada bapanya, Taiga memiliki tanduk di kedua-dua sisi kepalanya. Tanduk ini bertukar menjadi warna emas apabila dalam bentuk Photon-Earth dan merah apabila bertukar kepada Tri-Strium. Seperti tanduk bapanya, tanduk Taiga juga mampu menyerap tenaga daripada Ultra lain.
  • Protector (プロテクター, Purotekutā): Taiga mempunyai Pelindung berwarna biru di dadanya. Dalam bentuk-bentuk lain, ia muncul di bahagian tubuh yang berbeza dan akan bertukar menjadi warna emas apabila dalam bentuk Photon-Earth.
  • Color Timer (カラータイマー, Karā Taimā)
  • Beam Lamp (ビームランプ, Bīmu Ranpu): Taiga memiliki Beam Lamp berwarna biru di dahinya.
  • Taiga Spark (タイガスパーク, Taiga Supāku): Alat serba guna ini membolehkan Taiga melancarkan pelbagai teknik dan keupayaan. Ia dikurniakan oleh Ultraman Taro.

Transformasi[]

"Wira Cahaya, Taiga!"

―Panggilan pratransformasi

Hiroyuki mengaktifkan Taiga Spark dengan menurunkan Tuas Pencetusnya, mengimbas Gantungan Kunci Taiga, lalu mengangkat tangan sambil melaungkan panggilan transformasi.



"Ayuh, Taiga!"

―Panggilan pratransformasi


"Kuasa terang-benderang!"

―Panggilan pratransformasi

Hiroyuki mengaktifkan Taiga Spark dengan menurunkan Tuas Pencetusnya, mengimbas Gantungan Kunci Taiga Photon-Earth, lalu mengangkat tangan sambil melaungkan panggilan transformasi.



"Mari bergabung!"

―Panggilan pratransformasi

Kali pertama Hiroyuki bertukar, dia mengimbas Tri-Squad-let untuk menjelmakan Taiga Tri Blade. Dia memutar roda pada senjata itu dan menekan picu untuk memulakan transformasi.

Dalam transformasi seterusnya, dia hanya perlu menjelmakan Taiga Tri Blade tanpa perlu mengimbas Tri-Squad-let lagi.


Bentuk[]

Ultraman Taiga
Ultraman Taiga

Ultraman Taiga

Statistik[5]
  • Berat badan: 40,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 10
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2.4
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: 150 knot
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.5
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 800 meter
  • Kekuatan Lengan: 60,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 45,000 tan
Kebolehan
  • Sfera Perjalanan: Seperti Ultra yang lain, Taiga mampu berubah menjadi bebola cahaya tenaga untuk mengembara ke jarak yang jauh.
  • Taiga Wall (タイガウォール, Taiga Uōru): Taiga menjelmakan pendinding cahaya berbentuk segi empat tepat di hadapannya.
  • Sfera Penghalang: Taiga boleh menyelubungi makhluk kecil dalam sfera tenaga untuk melindunginya daripada bahaya seperti jatuh.
  • Unjuran Holografik: Taiga boleh menjelmakan unjuran dirinya sendiri. Unjuran ini mampu berinteraksi secara fizikal dengan objek lain.
Teknik
Khas
  • Strium Blaster (ストリウムブラスター, Sutoriumu Burasutā): Serangan Ultra Beam ikonik Taiga yang menyerupai Strium Beam "T" milik bapanya, tetapi dengan posisi tangan yang terbalik. Serangan ini dilancarkan melalui Taiga Spark.
  • Peluru Swallow (スワローバレット, Suwarō Baretto): Peluru tenaga yang dilancarkan dari tangannya dalam formasi tanda "+" menggunakan tangan kiri. Ketika di bawah pengaruh kegelapan, serangan ini bercampur dengan pancaran tenaga gelap.
  • Panah Tenaga: Anak panah tenaga berbentuk panah yang dilancarkan dari tangan kanan Taiga.
  • Taiga Slash (タイガスラッシュ, Taiga Surasshu) (Tidak digunakan): Taiga melepaskan peluru tenaga dari hujung jarinya.
    • Taiga Splasher (タイガスプラッシャー, Taiga Supurasshā): Taiga melepaskan banyak peluru tenaga untuk menangkis serangan peluru yang datang ke arahnya.
  • Pancaran Tangan (ハンドビーム, Hando Bīmu): Taiga melepaskan anak panah tenaga berwarna merah secara pantas dari tangannya, hampir sama dengan teknik yang digunakan oleh bapanya.
  • Taiga Light Ring (タイガ光輪, Taiga Kōrin): Taiga menjelmakan cakera tenaga berbentuk gergaji bulat dari tangannya.
Melalui Ultra Taiga Accessory Jenis Gelang
  • Supreme Blaster (スプリームブラスター, Supurīmu Burasutā): Selepas mengimbas Orb-let, Strium Blaster milik Taiga dikuatkan lagi dengan tenaga cahaya, sekali gus meningkatkan kuasa pemusnahannya.
  • Flame Blaster (フレイムブラスター, Fureimu Burasutā): Selepas mengimbas Rosso-let, Strium Blaster milik Taiga dikuatkan lagi dengan tenaga api.
  • Aqua Blaster (アクアブラスター, Akua Burasuta): Selepas mengimbas Blu-let, Strium Blaster milik Taiga dikuatkan lagi dengan tenaga air. Ia boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan melaraskan tahap kuasanya.
Fizikal
  • Ultra V Barrier: Apabila menyilangkan tangannya, Taiga boleh menangkis serangan.
  • Tendangan Berapi: Serangan tendangan di mana kakinya diselubungi api.
  • Taiga Kick (タイガキック, Taiga Kikku): Serangan lompat sambil menendang yang mirip dengan Swallow Kick milik ayahnya.
  • Taiga Blow (タイガブロー, Taiga Burō): Seperti Taro, Taiga dapat melakukan serangan pukulan pantas bertubi-tubi kepada lawan, mengejutkan mereka dan mematikan pergerakan mereka.
  • Taiga Swing (タイガスウィング, Taiga Suwingu): Teknik melempar.
  • Taiga Chop (タイガチョップ, Taiga Choppu): Serangan memancung yang mampu memecah bola api di udara, membelahnya menjadi dua bahagian.
Gabungan
  • Shuriken Gelombang Cahaya Strium (ストリウム光波手裏剣, Sutoriumu Kō Ha Shuriken): Taiga melepaskan Strium Blasternya ke arah Shuriken Gelombang Cahaya Strium milik Fuma sehingga meningkatkan kuasa kedua-dua serangan tersebut.
Senjata
  • Pedang Sang Bijaksana (ワイズマンズソード, Waizumanzu Sōdo): Pedang legenda dari Planet U40 yang terkubur di dalam batu. Taiga membantu Titas untuk menarik pedang tersebut dari batu dan kemudian meminjamnya untuk mengalahkan Zett. Pedang ini hanya digunakan dalam acara Ultra Heroes EXPO THE LIVE.

Photon-Earth

"Kuasa terang-benderang!"

―Panggilan pratransformasi
Photon-Earth

Photon-Earth

Photon-Earth (フォトンアース, Foton Āsu) ialah bentuk peningkatan berperisai Ultraman Taiga, di mana dia menjadi Pahlawan Tanah dan Langit (大地天空の勇者, Daichi Tenkū no Yūsha).[6] Kuasa ini diberikan melalui pedang mistik Ai Tennoji yang menarik tenaga purba dari Bumi yang digabungkan dengan kuasa cahaya Taiga. Ia diakses melalui penggunaan Gantungan Kunci Taiga Photon-Earth. Dalam bentuk ini, kekuatan dan ketahanan Taiga meningkat tetapi sebagai gantinya, kelajuan dan mobilitinya menjadi berkurangan. Bentuk ini pertama kali diperkenalkan dalam episod 8.

Statistik
  • Berat badan: 55,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 8
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 1.5
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: 130 knot
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 0.8
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 600 meter
  • Kekuatan Lengan: 100,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 70,000 tan
Teknik
Khas
  • Aurum Strium (オーラムストリウム, Ōramu Sutoriumu): Serangan penamat versi dipertingkatkan milik Taiga, di mana dia menyelubungi aurora keemasan untuk mengisi tenaga dan melepaskan pancaran emas dari Taiga Spark. Serangan ini jauh lebih kuat berbanding Strium Blaster, terbukti apabila ia berjaya menewaskan Night Fang, sedangkan versi sebelumnya, Aqua Blaster, gagal memberikan kecederaan yang ketara. Nama Aurum berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud "Emas".
    • Setelah diserapkan dengan kuasa air dari lautan Planet Sarasa yang dilepaskan oleh Maria, pancaran Aurum Strium berubah menjadi biru dan cukup kuat untuk membelah Gymaira kepada dua sebaik sahaja terkena.
  • Ultra Freezer (ウルトラフリーザー, Urutora Furīza): Taiga melepaskan gelombang tenaga dari tangannya untuk membekukan sasaran. Teknik ini juga boleh digunakan ke atas titisan air, yang akan dibekukan menjadi serpihan ais dan meluru ke arah musuh untuk mencederakan mereka.
  • Peluru Swallow (スワローバレット, Suwarō Baretto): Versi keemasan bagi serangan Swallow Bullet.
  • Panah Tenaga: Dalam Ultraman Fusion Fight!, Taiga melepaskan anak panah tenaga berwarna emas dari hujung jarinya.
Fizikal
  • Tumbukan Tenaga: Satu tumbukan kuat yang dipenuhi dengan tenaga emas.
  • Penangkisan: Taiga menepis serangan peluru berpandu yang menuju ke arahnya dengan cahaya emas berkilauan dari tangannya.
  • Photon-Earth Kick (フォトンアースキック, Foton Āsu Kikku): Satu terajang dari udara yang padu, dilakukan dengan kedua-dua belah kaki.
  • Photon-Earth Driver (フォトンアースドライバー, Foton Āsu Doraibā): Taiga menangkap lawannya dalam posisi terbalik, melompat ke udara, lalu membenamkan kepala mereka ke tanah dengan hentakan kuat.
  • Photon-Earth Blow (フォトンアースブロー, Foton Āsu Burō): Seperti Taro, Taiga mampu melancarkan tumbukan pantas bertubi-tubi ke arah lawan, menyebabkan mereka terpaku dan tidak dapat bergerak.
  • Photon-Earth Chop (フォトンアースチョップ, Foton Āsu Choppu): Satu libasan tangan yang kuat, cukup berkuasa untuk mematahkan tanduk Skull Gomora.

Tri-Strium

"Taiga Tri Blade! Mari bergabung! Ayuh bersama!!"

―Panggilan pratransformasi

Tri-Strium

Tri-Strium


Tri-Strium

Tri-Strium


Tri-Strium Rainbow

Tri-Strium Rainbow


Tri-Strium (トライストリウム, Torai Sutoriumu) ialah bentuk peningkatan gabungan Taiga yang diakses melalui penggunaan Taiga Tri Blade, menjadikannya Pahlawan Ikatan (絆の勇者, Kizuna no Yūsha).[7] Dalam bentuk ini, Taiga, Titas, Fuma, dan Hiroyuki bergabung menjadi satu dan memberikan Taiga peningkatan dalam semua statistiknya. Bentuk ini pertama kali diperkenalkan dalam episod 16.

Tri-Squad juga boleh bergabung menjadi Tri-Strium tanpa Hiroyuki dengan mengingati ikatan yang telah dibina dengan rakan-rakan mereka di Bumi.[8]

Statistik
  • Berat badan: 50,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: 300 knot
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,500 meter
  • Kekuatan Lengan: 100,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 80,000 tan
Kebolehan
  • Kekuatan Titas dan Kelajuan Fuma: Taiga Tri-Strium boleh menggunakan kekuatan Titas atau kelajuan Fuma, yang mana kekuatan Titas ditunjukkan dengan suara pekikan pertempuran Titas dan kelajuan Fuma pula boleh dilihat melalui garisan biru yang muncul seketika apabila Taiga bergerak.
    • Teleportasi: Taiga menghilang dalam satu puting beliung, kemudian muncul semula di tempat yang sama beberapa saat selepas itu.
  • Penyerapan Tenaga: Taiga boleh menggunakan tanduknya untuk menerima tenaga daripada Ultra lain. Apabila Wira Generasi Baru menyalurkan tenaga mereka kepadanya, mereka akan bergabung menjadi Ultraman Reiga, sepertimana Ultra Brothers boleh bergabung menjadi Super Ultraman Taro.
Senjata
  • Taiga Tri Blade (タイガトライブレード, Taiga Torai Burēdo): Sebilah pedang bermotifkan api yang membolehkan Taiga melancarkan beberapa serangan penamat.
    • Bebola Api: Dalam Ultraman Fusion Fight!, Taiga boleh melancarkan bebola api daripada hujung Taiga Tri Blade.
    • Penangkisan: Taiga Tri Blade mampu menangkis serangan projektil yang ditembak ke arah Taiga.
    • Kombo Hirisan Tenaga: Taiga melancarkan beberapa hirisan tenaga menggunakan Tri Blade yang membentuk tanda silang sebelum menikam bilah itu ke tengah tanda tersebut, meletupkan dan menembusi lawannya. Serangan ini cukup kuat untuk memusnahkan Night Fang serta-merta, sedangkan sebelum ini Taiga bergelut dengan ketahanan raksasa itu.
    • Burning Spin Charge (バーニングスピンチャージ, Bāningu Supin Chāji): Taiga melompat ke udara dan memutar seluruh badannya dengan Taiga Tri Blade di hadapan, lalu menjadikan dirinya sebuah gerudi berapi yang mampu menembusi Zetton Barrier.
    • Serangan Tembakan Taiga (タイガブラストアタック, Taiga Burasuto Attakku): Dengan menekan Suis Pencucuhan sekali dan memutar Roda Berapi, seluruh tubuh Taiga diselubungi api. Dia kemudian memecut ke hadapan, menikam musuh sebelum ia meletup dalam serangan terakhir yang dahsyat.
    • Penukul Api Titas (タイタスバーニングハンマー, Taitasu Bāningu Hanmā): Menggunakan kuasa Titas dengan menekan Suis Pencucuhan sebanyak dua kali dan memutar Roda Berapi, hujung Taiga Tri Blade mengeluarkan sfera api kuning yang kemudiannya dihayunkan oleh Taiga ke arah lawan.
    • Pedang Api Fuma (風真烈火斬, Fūma Rekka-zan): Menggunakan kuasa Fuma dengan menekan Suis Pencucuhan sebanyak tiga kali dan memutar Roda Berapi, Taiga Tri Blade menjelmakan sebuah roda gergasi berapi biru yang memotong musuh dengan mudah.
    • Tri-Strium Burst (トライストリウムバースト, Torai Sutoriumu Bāsuto): Dengan menekan Suis Pencucuhan sebanyak empat kali dan memutar Roda Berapi, satu ledakan api beraneka warna terpancar dari hujung pedang, cukup kuat untuk mengatasi pancaran sinar Ultraman Tregear dan menewaskannya.
    • Quattro Squad Blaster (クワトロスクワットブラスター, Kuwatoro Sukuwaddo Burasutā): Dengan menekan Suis Pencucuhan untuk beberapa ketika dan memutar Roda Berapi, Hiroyuki, Taiga, Titas dan Fuma menggabungkan kuasa mereka untuk melepaskan satu pancaran tenaga yang amat dahsyat dari hujung Taiga Tri Blade. Serangan ini hanya boleh digunakan jika Hiroyuki turut hadir dalam gabungan tersebut.[8]
    • Rainbow Strium Burst (レインボーストリウムバースト, Reinbō Sutoriumu Bāsuto): Taiga menyelubungi dirinya dengan aura keemasan dan melepaskan satu arka tenaga ke arah lawan. Dalam keadaan ini, dia dikenali sebagai Tri-Strium Rainbow (トライストリウムレインボー, Torai Sutoriumu Reinbō).[9]
Teknik
Fizikal
  • Ultra Dynamite (ウルトラダイナマイト, Urutora Dainamaito): Taiga menyelubungi dirinya dengan api sebelum menerjah ke arah musuh dan menghasilkan satu letupan sebaik sahaja bersentuhan. Teknik ini tidak dipelajarinya melalui latihan formal, sebaliknya dia hanya meniru gerakan bapanya dan berjaya menggunakannya dengan berkesan.

Kebolehan Standard[]

Melalui Ultra Taiga Accessory Jenis Cincin
  • Hell Slash (ヘルスラッシュ, Heru Surasshu): Selepas mengimbas Cincin Hellberus, Taiga melepaskan dua arka tenaga berbentuk sabit berwarna merah.
  • Mons Beam Ray (モンスビームレイ, Monsu Bīmu Rei): Selepas melepaskan Cincin Galactron, Taiga menembak Galactron Geweer milik Galactron MK2 dari tangannya.
  • Seger Flame (セゲルフレイム, Segeru Fureimu): Selepas mengimbas Cincin Segmeger, Taiga melepaskan api beracun milik Segmeger dari kedua-dua tapak tangannya.
  • Fang Wave (ファングウェイブ, Fangu Ueibu): Selepas mengimbas Cincin Night Fang, Taiga melancarkan serangan gelombang bunyi bertubi-tubi untuk menghentam pihak lawan.
  • Delos Illusion (デロスイリュージョン, Derosu Iryūjyon): Selepas mengimbas Cincin Gigadelos, Taiga menghasilkan dua klon dirinya sendiri.
  • Thunder Spark (サンダースパーク, Sanda Supāku): Selepas mengimbas Cincin Gorothunder, Taiga menjana tenaga elektrik dari Ultra Horn miliknya dan mengisi tenaga kedua-dua lengannya sebelum melepaskan satu pancaran elektrik berapi.

Melalui Plasma Zero-let
  • Taiga Emerium Blaster (タイガエメリウムブラスター, Taiga Emeriumu Burasutā): Taiga melepaskan pancaran laser berwarna biru dari dahinya, menyerupai serangan Emerium Slash milik Ultraman Zero.
  • Wide Taiga Shot (ワイドタイガショット, Waido Taiga Shotto): Satu pancaran gaya "L" yang serupa dengan serangan Wide Zero Shot milik Ultraman Zero.
  • Taiga Dynamite Shoot (タイガダイナマイトシュート, Taiga Dainamaito Shūto): Taiga melepaskan pancaran berwarna pelangi dari seluruh tubuhnya. Serangan ini menggabungkan kuasa Ultra Dynamite dengan Zero Twin Shoot, menghasilkan serangan penamat yang amat dahsyat.

Trivia[]

  • Taiga merupakan pahlawan Ultra Generasi Baharu yang pertama sejak Ginga yang tidak menampilkan sebarang corak hitam pada bentuk asalnya.
  • Menurut pengarah utama siri Taiga, Ryuichi Ichino, usia Ultraman Taiga bersamaan dengan seorang remaja lelaki yang berada di tahun ketiga sekolah menengah rendah atau pelajar baru di sekolah menengah atas.
  • Taiga merupakan satu-satunya ahli Tri-Squad yang babak kebangkitan bentuk asalnya dihasilkan menggunakan CGI sepenuhnya.
  • Kad tarot the Fool yang dikeluarkan oleh Kirisaki boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada konteks — ada yang bersifat positif dan ada juga yang negatif.[10]
    • Kad ini diberi nombor 0 daripada 22 kad Major Arcana, yang melambangkan potensi tanpa batas atau kemungkinan yang tidak terhingga.
    • Secara keseluruhan, kad the Fool menggambarkan seseorang yang naif dan masih banyak perlu dipelajari. Dia juga bakal berdepan pelbagai cabaran yang sentiasa menanti di hadapan, namun the Fool tetap memandang ke atas dan memberi tumpuan kepada perjalanannya. Bersama-sama dengannya ialah seekor anjing kecil yang melambangkan kesetiaan dan perlindungan — satu simbolik yang mungkin merujuk kepada rakan-rakan Taiga yang sentiasa menyokongnya dalam perjalanan tersebut.
    • Apabila kad ini dikeluarkan dalam kedudukan menegak, ia melambangkan permulaan, sifat tidak bersalah, spontan dan jiwa bebas sepertimana Taiga sendiri. Sebaliknya, jika kad ini dikeluarkan secara terbalik, ia menggambarkan seseorang yang menahan diri, bersikap melulu dan cenderung mengambil risiko tanpa pertimbangan.
    • Tregear/Kirisaki sebenarnya hanya menggelar Taiga sebagai seorang yang dungu.
  • Pada suatu ketika, Taiga pernah berguru dengan Ultraman 80. Jika Awak Menjadi Seorang Guru
  • Menurut lakaran seni konsep:
    • Bentuk asas Taiga pada asalnya didominasi warna merah, menjadikannya lebih menyerupai Ultraman Taro. Pelindung berwarna emas juga pernah dipertimbangkan sebagai ganti kepada warna biru yang digunakan kini.[11] Konsep-konsep ini kemudiannya digunakan semula dalam rekaan Ultraman Reiga.[12]
    • Kesan Supreme Blaster sepatutnya lebih hebat dan megah, dengan saiz yang lebih besar, berbilang warna, serta mampu menghancurkan tanah di bawahnya.[13]
    • Aurum Strium dirancang untuk melancarkan pedang-pedang emas berserta pancaran tersebut.[14]
    • Titas Burning Hammer telah disahkan berasaskan kepada senjata Hyper Hammer daripada RX-78-2 Gundam.[15]

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc | Ultraman Omega
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark | Guil Arc
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Terlarang Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)