"Kalau kita dua bersatu..."
"Takde apa yang mustahil!"- ―Katsumi dan Isami membuka kuasa Ruebe
Ultraman Ruebe[3][4] ialah Wira Ultra utama dalam siri Ultraman R/B, yang melakukan kemunculan sulungnya dalam episod 15. Dia merupakan Ultraman Super hasil gabungan antara Ultraman Rosso dan Ultraman Blu.
Sejarah[]
Ultraman R/B Novel: The Blue-Eyed Girl Whose Name is Gray[]
Kuasa Ultraman Ruebe pada asalnya wujud sebagai dua Kristal R/B cahaya dan kegelapan dari Planet Sanja. Selepas diperoleh oleh Rosso dan Blu, mereka cuba memanfaatkan kuasanya dalam pertarungan menentang Fearmonger tetapi gagal kerana ketidakmampuan mereka memahami perasaan adik perempuan mereka. The Blue-Eyed Girl Whose Name is Gray
Ultraman R/B[]
Kuasa Adik-Beradik Bersatu[]

Ruebe menentang Grigio King
Semasa serangan kedua Grigio King, Ultraman Rosso dan Ultraman Blu berusaha menewaskan raksasa tersebut, namun serangan Flame-Aqua Hybrid Shoot mereka tidak berkesan terhadap kulitnya yang tebal. Kedua-dua beradik itu sekali lagi cuba menggunakan Kristal Ultraman dan Belial, tetapi gagal. Namun, Asahi Minato mengingatkan mereka bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja apabila bersama-sama. Dengan dorongan ini, mereka akhirnya berjaya menggunakan kuasa kedua-dua kristal tersebut, yang bergabung dengan Kristal R/B mereka yang lain untuk menghasilkan Kristal Kiwami. Mereka menggunakannya untuk bertukar menjadi Ultraman Ruebe yang lebih kuat dan dengan mudah menewaskan Grigio King. Akhirnya Tenggelam Selepas itu, kedua-dua berasik itu terus menggunakan kuasa Ultraman Ruebe untuk menentang ancaman lain.
Ketibaan Leugocyte[]

Ruebe menentang Grigio Regina
Tidak berjaya meyakinkan Saki untuk membatalkan rancangannya memusnahkan Bumi bersama Leugocyte, Katsumi dan Isami bertukar menjadi Rosso dan Blu untuk menghalangnya kembali ke Aizen Tech, setelah Saki bertukar menjadi Grigio Regina. Mereka tidak mahu mencederakannya, jadi Rosso dan Blu berhati-hati dalam serangan mereka, walaupun Saki tidak berkongsi perasaan tersebut dan menentang habis-habisan. Menyedari usaha mereka secara individu tidak berkesan, kedua-dua beradik itu bergabung menjadi Ultraman Ruebe. Namun, mengejutkan sekali, walaupun menggunakan serangan Ruebe Vortex Buster, ia tetap tidak berkesan terhadap Grigio Regina, dan Ultraman Ruebe akhirnya tewas dalam pertarungan tersebut. Kristal Pemusnah

Pertarungan terakhir antara Ruebe Leugocyte
Selepas menyaksikan Grigio Regina/Saki Mitsurugi terbunuh, Rosso dan Blu menyerbu Leugocyte dan bergabung menjadi Ruebe. Namun, Ruebe telah tewas dan terpisah kembali kepada komponen asal mereka. Mereka hampir saja ditamatkan, tetapi Mio berjaya membatalkan transformasi mereka tepat pada masanya untuk menyelamatkan mereka.
Adik-beradik Minato menentang kehendak ibu mereka dan menyerang Leugocyte sekali lagi, namun mereka diserang dengan Genesis Requiem, seperti yang dilihat Mio dalam dimensi lain. Walaupun begitu, mereka tidak berubah menjadi tugu, sebaliknya bergabung menjadi Ruebe dan telah mengubah masa depan. Ruebe masih terdesak, namun Asahi melindunginya dengan sebuah pelindung dan bertukar menjadi Kristal Makoto. Menggunakan kuasa itu, Ruebe melepaskan Shin Vortex Buster dan akhirnya memusnahkan Leugocyte untuk selama-lamanya. Matahari Terbit Di Rumah
Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond[]

Ruebe muncul bersama Geed Primitive dan Grigio Regina
Dalam pertarungan terakhir, adik-beradik Minato sekali lagi bertukar menjadi Ruebe dan bergabung tenaga dengan Ultraman Geed dan Grigio Regina untuk menewaskan Snake Darkness. Mereka bertarung menentang Snake Darkness sehinggalah Ultraman Tregear muncul untuk memberi sokongan kepada sekutunya, dan semua mereka ditewaskan selepas pertarungan yang singkat. Ruebe kembali terpisah menjadi komponen asalnya apabila Tregear menggunakan Geargy Dirge, menyebabkan semua yang lain terpelanting ke belakang. Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]

Ruebe mengatasi Ultra Dark-Killer
Selepas Grigio mengisi semula tenaga abang-abangnya, Rosso dan Blu bergabung untuk membentuk Ruebe, lalu kemudian menewaskan Ultraman Zero Darkness dan Ultra Dark-Killer. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

Selepas Wira Generasi Baru tiba di Kuburan Raksasa, Ultraman Ginga dan Ultraman Victory bergabung menjadi Ultraman Gingavictory, manakala Rosso dan Blu bergabung untuk menjadi Ruebe bagi bertarung menentang Absolute Tartarus. Namun, Tartarus berjaya melarikan diri setelah berjaya menghidupkan Gua Spectre dengan bantuan Reibatos yang menggabungkan jiwa Mold dan Juda bersama Gina Spectre. Kuasa Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk ditangani, memaksa Wira Generasi Baru untuk bergabung semula menjadi Reiga, dengan Ruebe terlebih dahulu bergabung dengan Grigio untuk membentuk Gruebe. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Profil[]

Statistik[]
- Ketinggian: 53 meter
- Berat badan: 46,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 8.6
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2.5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.8
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.6
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 820 meter
- Kekuatan Lengan: 90,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 50,000 tan
- Kelemahan: Memandangkan Ruebe terbentuk daripada ikatan persaudaraan antara Rosso dan Blu, mereka tidak dapat menggunakan Kristal Kiwami sekiranya ikatan tersebut terganggu. Kristal itu akan menolak transformasi dan mencederakan kedua-dua beradik tersebut.
Ciri-ciri Tubuh[]
- Perisai Ultra: Ruebe memiliki kulit yang dimiliki oleh setiap Ultra, yang menjadikannya tahan terhadap letupan, laser dan api.
- Kristal Badan: Pada bahagian dada dan lengan Ruebe terdapat kristal. Kristal pada dadanya berwarna merah manakala yang pada lengannya berwarna biru.
- Color Timer: Ruebe mempunyai Color Timer untuk mengukur tenaganya.
Transformasi[]
"Kuasa adik-beradik bersatu!"
- ―Pengumuman transformasi melalui Kristal Kiwami
"Ditenggelami Kemuncak! Keemasan Alam Semesta!"
- ―Slogan transformasi Ruebe
Urutan transformasi dimulakan apabila kedua-dua adik-beradik mengambil Kristal Ultraman dan Belial masing-masing, menaikkan tanduk kristal dan kemudian memasukkan kristal tersebut ke dalam R/B Gyro mereka yang terbuka. Gyro-Gyro itu didorong ke hadapan dan pemegangnya ditarik sebanyak tiga kali. Proses ini menyebabkan kedua-dua kristal itu bergabung bersama-sama dengan Kristal Taro, Ginga, Tiga dan Victory, akhirnya membentuk Kristal Kiwami.
Katsumi membuka Kristal Kiwami dengan menekan butang sisi untuk mendedahkan huruf Kanji di dalamnya, sementara Isami berdiri di sisinya. Kemudian, Katsumi mendorong Gyro ke hadapan dan menarik pemegangnya untuk kali terakhir sebelum meletakkan Gyro itu pada dadanya. Selepas itu, kedua-dua adik-beradik itu bertukar menjadi Ruebe. Mereka tidak lagi perlu menggunakan Kristal Ultraman dan Belial selepas penggabungan pertama mereka.
Kebolehan[]
- Kekuatan: Ruebe seorang yang kuat secara semula jadi, mampu memberi kesan fizikal kepada Grigio King dalam pertarungan jarak dekat.
- Pecutan: Ruebe mampu bergerak pada kelajuan tinggi. Ia digunakan bersama dengan R/B Kourin untuk melancarkan satu siri tetakan berturut-turut.
- Penghalang: Ruebe menjelmakan penghalang tenaga dari tangannya. Penghalang ini cukup kuat untuk menahan serangan Neo Bone Breathter milik Grigio King yang sebelum ini berjaya menangkis Flame-Aqua Hybrid Shoot dengan mudah.
- Pemusnahan Peluru: Ruebe menangkap panahan tenaga dengan tangannya dan memusnahkannya tanpa meninggalkan sebarang kesan.
- Pemisahan: Ruebe mampu berpisah menjadi Rosso dan Blu atas kemahuan mereka.
Senjata[]
- R/B Kourin : Senjata utama Ruebe yang diakses melalui penggunaan Kristal Kiwami. Senjata ini dijelmakan dari gelang emas di sekitar Color Timernya.
- Tetakan Gergaji: Setelah menukar R/B Kourin kepada Mod Rosso , bilah pada senjata tersebut boleh berputar dan berfungsi sebagai pemotong gergaji.
- Tetakan Bertubi-tubi: Setelah menukar R/B Kourin kepada Mod Blu , Ruebe mampu memecut pada kelajuan tinggi dan melancarkan beberapa tetakan pada pihak lawan.
- Pemantulan: Menggunakan R/B Kourin, Ruebe dapat menangkis serangan peluru yang datang ke arahnya.
- Kourin Protection : R/B Kourin mampu menyerap pancaran tenaga musuh dan memantulkannya semula ke arah mereka.
- Penghalang: R/B Kourin mampu memancarkan penghalang tenaga berbentuk gergaji pemutar.
- Tetakan Tenaga: Dalam Ultraman Fusion Fight!, Ruebe boleh melepaskan serangan tenaga berbentuk bulan sabit daripada R/B Kourin.
- Ruebe Vortex Buster
- Shin Vortex Buster : Sebuah pancaran pemusnah yang 10 kali lebih kuat daripada Ruebe Vortex Buster, ditembak menggunakan Kristal Makoto (dalam bentuk tertutup) menggantikan Kristal Kiwami. Ia cukup kuat untuk memusnahkan Leugocyte.
: Setelah menukar R/B Kourin kepada Mod Rosso sambil menggunakan Kristal Kiwami, Ruebe melepaskan pancaran pemusnah berbentuk pusaran angin berwarna pelangi dari jejari R/B Kourin.
- Ruebe Kourin Shot
- Shin Kourin Shot (Tidak digunakan): Versi yang lebih kuat daripada Ruebe Kourin Shot dengan menggunakan Kristal Makoto (dalam bentuk tertutup) sebagai ganti Kristal Kiwami. Kemungkinan besar seperti Shin Vortex Buster, ia 10 kali lebih kuat daripada Ruebe Kourin Shot.
: Setelah menukar R/B Kourin kepada Mod Blu sambil menggunakan Kristal Kiwami, projektil pemotong berbentuk gergaji berputar ditembak dari R/B Kourin.
Teknik[]
Khas[]
- Ruebium Beam Ultra Beam milik Ruebe. Ia merupakan pancaran emas yang dilepaskan dari tangannya dalam posisi "+". :
- New Generation Barrier : Melalui Kristal Generasi Baru, Ruebe menjelmakan penampakan Wira Generasi Baru untuk mempertahankannya dengan melepaskan Ultra Beam ikonik mereka ke arah serangan yang datang.
Fizikal[]
- Ruebe Kick
- Tendangan Bertubi-tubi : Ruebe menendang lawan beberapa kali berturut-turut.
- Straight Kick : Ruebe melancarkan sepak layang yang cukup kuat untuk menjatuhkan Grigio King.
: Serangan tendangan di udara.
- Serangan Tenaga: Ruebe mengisi tenaga emas ke dalam tangan dan kakinya untuk menyerang, yang seolah-olah meningkatkan kekuatan serangan fizikalnya.
- Ruebe Punch : Serangan tumbukan.
- Ruebe Chop
- Ruebe Tackle
Trivia[]
- Ultraman Ruebe merupakan Ultra kedua yang bangkit dengan tangan kiri ke atas, yang pertama ialah Ultraman Blu.
- Kesan bunyi untuk Color Timer Ruebe merupakan gabungan yang sesuai antara bunyi Rosso dan Blu.
Rujukan[]
- ↑ File:Juggrus-Juggler Ref 3.jpg
- ↑ Ultra Tokusatsu PERFECT MOOK jilid 25: Ultraman R/B, halaman 11
- ↑ https://m-78.jp/galaxy-fight/ngh/english/character.php
- ↑ https://youtu.be/X-Q0z0V8VnI?t=1975