"Dengan nama Galaxy Rescue Force... Saya, Ultraman Ribut, telah tiba!"
- ―Slogan Ribut, Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultraman Ribut merupakan Pahlawan Ultra yang berasal dari Negeri Cahaya. Dia adalah Ultra yang dicipta daripada kerjasama antara Les' Copaque Production, pencipta siri Upin dan Ipin dan Tsuburaya Productions. Dia muncul buat pertama kalinya dalam episod 25, 26 dan 27 dalam musim ke-8 dan episod 28, 29 dan 30 dalam musim ke-9 siri Upin & Ipin dan melakukan kemunculan skrin kanon pertamanya dalam siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Daripada situ, dia muncul semula dalam susulan bagi New Generation Heroes, Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy di mana dia memainkan peranan penting dalam bahagian pertama dan ketiga siri itu.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama itu sesuai dengannya kerana dia berkebolehan untuk terbang, berlari dan menghindari serangan musuh dengan kelajuan yang luar biasa.
Reka bentuk[]
Ultraman Ribut berkongsi reka bentuknya dengan berbagai Ultraman sebelumnya, dan kebanyakannya reka bentuk dan warna Ultra Showa. Dalam kemunculan animasinya, reka bentuknya mempunyai sedikit garisan-garisan cybernetik dan mempunyai beberapa reka bentuk gear roda. Dia juga merupakan Ultra sulung yang mempunyai corak ala-ala menetas di bahagian-bahagian merahnya. Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci yang kecil ini tidak dibuat pada sut sebenarnya. Walaupun direka berdasarkan reka bentuk Ultra Showa, dia turut mengenakan kristal di tangan dan kakinya, sama seperti dengan Ultraman yang baru dibintangi pada ketika itu di negara Jepun, Ultraman Ginga.
Sejarah[]
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Bab 1[]
Pada masa lalu, Ribut bertugas bersama Ultraman Max sebagai Penjaga Tamadun. Mereka pergi ke Planet Mikarito untuk menyiasat kebinasaan yang tidak normal di planet itu. Ketika sedang menjelajah gua-gua di sana, kedua-dua mereka menemui Maga-Soul yang merupakan telur Maga-Orochi. Ia merupakan seekor raksasa dari Monster Galaxy yang menjadi sumber kebinasaan itu di Mikarito. Lebih memburukkan keadaan, Hellberus muncul dan mula menyerang Max dan Ribut sehingga memaksa dua Ultra itu untuk bertarung dengannya. Ribut berjaya menahan Hellberus dengan Strong Net, tetapi pada ketika itu Alien Sran tiba-tiba muncul dan menyerang Ribut. Dengan kepantasan yang dimilikinya dengan mudah dia mengatasi Ribut dan kemudian Max sebelum menjangkitinya dengan Sel Gudis. Dengan Max dilemahkan, sulur telur Maga-Orochi mampu mencengkamnya. Sebelum pengsan, Max mendesak meminta Ribut untuk melarikan diri. Apabila dia berbuat demikian dan kembali ke Negeri Cahaya, dia melaporkan apa yang telah berlaku kepada Zoffy, Ultraman Taro dan Ultraman Hikari. Di sana, dia juga bertemu dengan rakannya semasa zaman kanak-kanak, Sora yang turut kembali ke negeri itu serentak dengan 80 dan Yullian setelah 80 berjaya memaksa Leugocyte untuk bersembunyi. Setelah memaklumkan kepada sekumpulan Ultra itu tentang keadaan Max, Ribut telah diarahkan oleh Ultraman Taro untuk pergi Planet K76 iaitu sebuah planet untuk Pahlawan Ultra berlatih. Apabila dia tiba di sana, dia bertemu dengan Ultraman Great dan Ultraman Powered yang telah bersedia untuk membantu melatih Ribut supaya dalam masa tiga hari, ekspedisi untuk menyelamatkan Max di Planet Mikarito dapat dilaksanakan.
Dengan itu sesi latihan Ribut dengan Great dan Powered bermula dengan mereka langsung tidak berlembut terhadapnya. Mereka menasihatinya untuk melepaskan kuasa terpendamnya dan akhirnya Ribut berjaya berbuat demikian dan menandingi mereka dalam masa yang singkat. Setelah latihannya selesai, Great dan Powered masing-masing memberikan Ribut Blocker dan Spreader Rod kepada Ribut dan berkata bahawa dia pasti boleh menggunakannya dengan kebolehannya sekarang. Dengan itu, Ribut kembali ke Negeri Cahaya untuk mendapatkan penawar Gudis daripada Sora lalu pergi ke Planet Mikarito semula untuk menyelamatkan Max yang telah hampir dimutasi dan dicuci otaknya dari jangkitan itu menyebabkan Ultra itu mula mengganas. Bergegas ke arah Max, Ribut berjaya menahannya untuk menyuntik penawar itu padanya, maka mengembalikan Max menjadi normal walaupun dia agak lemah. Bagaimanapun, Maga-Soul masih lagi menetas, lebih-lebih lagi ia diperkasakan oleh sel Gudis. Tidak lama selepas itu, tenaga Max telah dipulihkan oleh Max Galaxy, lalu bersama dengannya dan Xenon yang baru tiba, Ribut bertarung dengan Raksasa Raja itu dan akhirnya mereka berjaya menewaskan raksasa itu.
Ribut kembali ke Negeri Cahaya dan berterima kasih kepada Sora atas usahanya untuk mencipta penawar itu. Kemudian, Taro mengucapkan tahniah kepada Ribut atas usahanya, lalu mengarahkannya untuk pergi ke markas Galaxy Rescue Force, dengan Sora turut menyertainya. Kedua-dua mereka dengan senang hati menerima tawaran itu dan mula bergerak ke markas itu di mana kedatangan mereka dialu-alukan oleh ahli-ahlinya, Permaisuri Izana, Andro Melos dan Gukulushisa. Permulaan
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Ribut tiba di Planet Liquitor dan menyelamatkan Ragon yang diancam bahaya oleh Peguila. Dia berlawan dengannya sebelum mengakhirinya dengan Galaxium Blaster. Selepas berbual sejenak dengan Ragon, Ribut menerima Ultra Sign daripada Taro yang mengarahkannya untuk membantu Rosso dan Blu yang telah diserang oleh Etelgar dan terjatuh di Planet Penol. Ribut muncul dan melindungi mereka dengan Blocker Effect apabila dua beradik itu diserang oleh bebola tenaga. Ribut mengurung Etelgar dalam Strong Net untuk mereka bertiga melarikan diri dari situ. Sekembalinya mereka ke Negeri Cahaya, Taro memberikan misi seterusnya kepada Ribut iaitu untuk mencari "seseorang". Berkat intel dari Galaxy Rescue Force, Ribut memasuki ke dalam ruang ajaib. Ribut mendekati seorang "gergasi biru" dan mendedahkan bahawa dia tahu identitinya - Ultraman Tregear. Ribut cuba untuk menangkapnya tetapi Tregear hanya bermain-main dengan lawannya itu.
Selepas pertarungan mereka, Tregear membangkitkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness yang telah tumpas dengan Dark-Killer membesar menjadi saiz gergasi dan mula mengganas oleh kerana kuasa yang meluap-luap. Tregear kemudian meninggalkan Ribut dan menjelmakan dua Red King untuk bertarung dengannya sambil berkata dia sekurang-kurangnya akan mengingati namanya. Ribut menentang dua Red King itu sebelum menamatkan mereka menggunakan Remote Cutter. Setelah kedua-dua Red King meletup di belakangnya, dia menyerahkan selebihnya kepada Wira Generasi Baru. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Bab 3[]
Ultraman Ribut dan Andro Melos tiba di Planet Maijii untuk membantu Tri-Squad bertarung menentang Zett dan bala tenteranya, Zetton. Dengan bekerjasama, mereka berjaya menewaskan Tentera Zetton sementara Taiga berhadapan dengan Zett sehingga memaksanya untuk berundur apabila Taiga menembak Aurum Strium ke arahnya. Setelah menerima pesanan daripada Taro, mereka pergi ke Negeri Cahaya dan berkumpul semula. Kemudian Ribut memberi taklimat kepada mereka tentang keadaan yang telah berlaku dengan Absolute Tartarus.
Kapal angkasa yang dinaiki oleh Yullian dan Ultraman 80 telah terhempas di Planet Ebil sewaktu dalam perjalanan mereka ke Persidangan Keamanan Persekutuan Galaksi di Planet Kanon, dan mereka diserang oleh Zett dan sekumpulan tentera Zetton. Mereka segera menghantar isyarat bahaya kepada Negeri Cahaya untuk mendapatkan bantuan. Oleh itu, Taiga, Mebius dan Z segera bertolak dari Negeri Cahaya dan tiba di Planet Ebil untuk membantu mereka. Mereka kemudian disertai oleh Ultraman Zero, Ultraman Joneus, Ultraman Titas, Ultraman Fuma, Ultrawoman Grigio, Ultraman Ribut dan Andro Melos dan kesemua mereka bersama-sama bertarung dengan tentera Zetton.
Tidak lama setelah itu selepas mengalahkan Ultimate Shining Zero dalam Narak, Absolute Tartarus berjaya menangkap Yullian sebagai tebusan dan memberitahu semua wira itu tentang motif sebenarnya sebelum mengarahkan Belial dan Tregear untuk menembak pancaran mereka ke arah mereka. Sekumpulan Ultra itu juga menerima pesanan daripada Ultraman Hikari bahawa Genegarg telah mencuri Z Riser dan Ultra Medal dari Negeri Cahaya, membuatkan Z terus terbang dalam keadaan tergesa-gesa sebelum dia diikuti oleh Zero. Sementara itu, pasukan Ultra League dan Tri-Squad telah bersedia untuk merekrut lebih banyak ahli untuk pertarungan menentang The Kingdom pada masa akan datang. Kemunculan
Profil[]
Statistik[2][]
- Ketinggian: 50 meter (Upin dan Ipin), 40 meter (Sut)
- Berat badan: Mikro ~ infiniti (Upin dan Ipin), 40,000 tan (Sut)
- Umur: 5,700 tahun
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
- Kelajuan Larian Maksimum: Mach 3
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.5
- Ketinggian Melompat Maksimum: 900 meter
- Kekuatan Lengan: 80,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 57,000 tan
- Had masa: Kemungkinan 3 minit seperti Ultra yang lain
Ciri-ciri Badan[]
- Pemasa Isyarat : Pemasa Warna standard dengan nama yang berbeza.
- Ultra Armor: Dari pertarungan dengan Alien Kilat, tubuh badannya menunjukkan bahawa dia boleh menahan pada suhu tinggi dan juga api dan mungkin laser, dibuktikan kerana dia tidak memiliki kesan terbakar pada badannya selepas ditembak dengan sinaran api Alien Kilat.
- Kristal G : Kristal biru yang terdapat pada tangan dan kakinya yang mengawal tenaga Galaxium di dalamnya. Kebanyakan tekniknya menggunakan kristal ini.
- Arm Cover : Sebuah senjata yang dipakai di atas kristal lengan kirinya. Ia bertukar menjadi Ribut Blocker apabila diperlukan.
Transformasi[]
G Flash
: Sepasang gelang yang digunakan oleh Terasawa. Untuk bertukar, Terasawa perlu meletakkan kedua-dua gelang itu bersama-sama.Senjata[]
- Ribut Blocker
- Blocker Effect : Ribut boleh mendirikan perisai tenaga biru berbentuk bulat untuk melindungi dirinya.
- Perisai: Ribut Blocker boleh mengembang dan digunakan sebagai perisai.
: Sebuah senjata yang dipakai di atas kristal lengan kirinya yang digunakan untuk mendirikan teknik penghalangnya.
- Spreader Rod
- Pancaran Tenaga: Ribut menembak pancaran tenaga dari Spreader Rod.
: Sejenis rod tenaga yang boleh digunakan oleh Ribut dalam pertempuran.
Teknik[]
Istimewa[]
- Galaxium Blaster :
- Remote Cutter :
- Galaxy Ribut :
- Strong Net :
- Saving Wall :
Fizikal[]
- Silat[2]: Ribut bertarung dengan seni mempertahankan diri yang serupa dengan silat.
- Ribut Punch: Serangan tumbukan standard, boleh diserang dengan tenaga.
- Ribut Kick: Serangan tendangan standard, boleh diserang dengan tenaga.
- Ribut Kick G : Serangan menendang sewaktu terbang.
- Ribut Throw: Teknik melempar.
- Ribut Chop: Serangan memotong.
- Ketangkasan: Ribut mungkin salah satu Ultra yang paling tangkas yang pernah dapat menghindari serangan musuh yang dilepaskan ke arahnya. Dia melakukan lompatan dan lambungan ala-ala silat dan mempunyai tindak balas yang sangat baik untuk sesuatu yang sangat besar sebagai Ultra.
Media Lain[]
Ultraman Ribut[]
Ultraman Ribut II[]
Galeri[]
Trivia[]
- Ultraman Ribut nampaknya merupakan penggabungan pelbagai Ultra:
- Reka bentuk keseluruhannya serupa dengan Ultraman.
- Reka bentuk dada dan bahunya serupa dengan Zoffy, tetapi tiada Star Mark.
- Ribut mempunyai wajah yang mendatar (flatter face), seperti Ultraman Jack.
- Bentuk telinganya mempunyai persamaan seperti Ultraman Great.
- Gaya pertempurannya menyerupai Ultraman Tiga.
- Kristal di lengan dan kakinya menyerupai kristal di seluruh badan Ultraman Ginga.
- Ultraman Ribut merupakan Ultra yang pertama yang diperkenalkan sebagai watak dalam sesebuah mimpi. Walau bagaimanapun, ia telah terbukti yang dia wujud di dunia nyata apabila Upin dan Ipin bangun dari tidur dan jumpa alat transformasi Ribut di dalam bilik mereka.
- Ultraman Ribut merupakan Ultra pertama yang dipersembahkan sepenuhnya dalam animasi CGI.
- Ultraman Ribut merupakan Ultra kedua yang dinamakan dari perkataan bahasa Melayu selepas Ultraman Tiga.