Biografi |
Galeri |
"Sayalah Guru Teragung Cosmo Beast Style, Ultraman Regulos dengan Penumbuk Naga Merah & Harimau Putih!"
- ―Ultraman Regulos
Ultraman Regulos ialah seorang Ultraman yang pertama kali muncul dalam Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad.[2][3] Dia telah diperkenalkan di akhir Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy sebagai kelibat bayangan yang dipenjarakan di dalam Narak. Regulos mempelajari Cosmo Beast Style dari Planet D60, sebuah planet asing yang mengorbit bintang dalam buruj Draco.[4][5]
Konsep[]
Etimologi[]
Nama Regulos berasal dari Regulus, bintang paling terang dalam buruj Leo, yang namanya pula berasal daripada perkataan Latin Rēgulus, yang bermaksud 'Putera' atau 'Raja Kecil'.
Reka bentuk[]
Regulos direka berdasarkan Ultraman Leo.[6] Tatu pada bahunya berasaskan tanda yang diterima oleh ahli seni bela diri setelah menguasai gaya kung fu tertentu.[6]
Sejarah[]
Ultraman Regulos[]
Suatu hari, Regulos yang berada dalam keadaan koma telah mendarat di Planet D60 tanpa sebarang memori kecuali namanya sendiri. Dia ditemui oleh Spica, seorang pengamal Cosmo Beast Style dalam seni bela diri angkasa. Dia memperkenalkan Regulos kepada Tuan Alude, yang membenarkannya untuk tinggal di planet itu untuk berlatih dalam Cosmo Beast Style sementara dia memulihkan ingatannya, di mana dia bertemu dan berkawan dengan rakan pelatih luar, Dias. Dia kemudian mula menjalin persaingan mesra dengan Ultraman Leo dan Astra dari Planet L77, berlatih bersama mereka dari semasa ke semasa.
Selepas beberapa ketika, Planet L77 telah dimusnahkan oleh Alien Magma, yang menjadikan D60 sebagai sasaran seterusnya. Terkilan dengan sangkaan bahawa dia telah kehilangan rakan-rakannya dan Magma dalam perjalanan ke D60, Regulos bertarung dan dengan pantas tewas kepada Laksamana Magma Volcan, yang tidak lama selepas itu meracuni Tuan Alude sehingga dia tidak lagi mampu melakukan Cosmo Beast Style. Regulos segera terbang pergi dengan marah akibat kekecewaannya terhadap Instruktur Phoros yang enggan melawan balik kepada Magma, bertekad untuk menghadapinya sendiri. Namun, ketika tidak memerhatikan arah, dia terjatuh ke dalam runtuhan di dalam sebuah jurang, di mana dia akhirnya bertemu dengan Pejuang Cosmo Beast yang terasing, Tubahn.
Tubahn melatih Regulos dalam gaya Red Dragon Fist pada waktu malam sambil meneruskan latihan biasa pada siang hari. Setelah beberapa ketika, Phoros menyedari apa yang dilakukan Regulos setelah mengenali satu teknik yang digunakan dalam sesi latihan sebagai milik adiknya, Tubahn. Pertarungan antara dua beradik itu membingungkan Regulos. Dengan pengetahuan tentang pengalamannya di D60, Regulos mengasingkan diri di dalam sebuah gua, bermeditasi untuk berhubung dengan Cosmo Beast, menghubungkan dirinya dengan kedua-dua Red Dragon dan White Tiger dari dua gurunya.
Tiba-tiba, Alien Magma kembali menyerang untuk membalas kekalahan mereka. Semasa pertarungan itu, Spica cedera, menyebabkan Regulos marah dan hilang kawalan, yang memberi kelebihan kepada Yurub dan Lava. Namun, dia diselamatkan oleh guru-gurunya, Phoros dan Tubahn, yang menewaskan kumpulan makhluk asing itu yang menyerang sebelum pergi ke menara tempat Alude bersembunyi. Setibanya di sana, mereka mendapati Albeo dan Pharood telahpun dibunuh oleh Volcan. Regulos dan Spica diarahkan oleh guru-guru mereka untuk pergi ke Alude, tetapi apabila mereka tiba, mereka mendapati Alude sudah tidak bernyawa dan Dias berada dalam keadaan tenat. Dalam kemarahan yang mendalam, Regulos menyerang Volcan, tetapi Volcan melancarkan serangan pancaran untuk menamatkan Regulos. Phoros dan Tubahn tampil untuk melindungi anak murid mereka dan memberikan Cosmo Beast mereka kepada Regulos sebelum mengorbankan diri mereka.
Ketika sedang dipukul oleh Volcan, Regulos berbicara dengan dua Cosmo Beasts yang telah diwariskan oleh guru-gurunya. Simbol mereka terukir di lengannya, memberikan Regulos kemahiran menguasai jurus Red Dragon White Tiger Fist. Dengan kekuatan ini, dia melancarkan serangan balas terhadap Volcan dan berjaya menembusi perisai lawannya. Dalam keadaan terdesak, Volcan menyeru Baraba yang diterimanya daripada Yapool, dan makhluk itu dengan mudah menewaskan Regulos. Namun, semangat Albeo dan Pharood muncul, menghasilkan sepasang unjuran sfera yang memberikan Regulos kuasa tambahan untuk mengalahkan Baraba. Dengan Volcan yang kini terkepung, dia menggunakan racunnya sendiri untuk meningkatkan kuasa, meskipun sedar bahawa racun itu akan membunuhnya. Bagaimanapun, Volcan tidak kisah selagi dia dapat menewaskan Regulos. Malangnya bagi Volcan, Regulos terlalu kuat dan berjaya menewaskannya dengan serangan Shadowless Red Dragon White Tiger Kick. Sebelum ajal menjemput, Volcan melihat mata Regulos yang menyala-nyala, membuatkan dia terfikir bahawa Regulos mungkin berasal dari planet 'itu'.
Selepas pertarungan itu, hanya Regulos dan Spica yang terselamat. Tiba-tiba, Dias mendedahkan dirinya masih hidup dan membunuh Spica. Sebelum kematiannya, Spica telah menyerahkan kuasanya kepada Regulos. Dias kemudian berubah menjadi rupa sebenarnya — Absolute Diavolo, dan mendedahkan semua rancangannya, termasuk pakatannya dengan Alien Magma serta pembunuhan Alude untuk mencuri Cosmo Buffalo miliknya. Dikuasai oleh kemarahan, Regulos menyerang Diavolo, namun dia telah diserang balas oleh Absolute Tartarus, yang berjaya menangkap dan merantai Regulos di Narak. Di situ, mereka berniat untuk mengkaji sifat Pahlawan Ultra sebagai peraediaan untuk konflik besar yang bakal berlaku dengan mereka. Ultraman Regulos
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Regulos muncul buat julung kalinya ketika Yullian dipenjarakan di dalam Narak setelah The Kingdom telah berjaya menangkapnya sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk mengambil alih Negeri Cahaya, di mana dia dibendung dalam sebuah dimensi. Selepas Absolute Tartarus meninggalkan Narak melalui portal, Yullian cuba mengikutinya sebelum dia berpusing dan menemui Regulos yang sedang dirantai dengan beberapa belenggu tenaga untuk menahannya. Kemunculan
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Dirantai dengan belenggu tenaga, Regulos dihampiri oleh Yullian, yang dengan pantas mengenali hubungannya dengan Cosmo Beast Style melalui lambang-lambang unik di lengannya. Ketika Yullian sedang menyembuhkan Regulos, Absolute Diavolo tiba-tiba masuk dan mengganggu mereka, hanya untuk mengejek dan memperlekehkan Regulos.
Tidak lama kemudian, Astra tiba dan berjaya menjejaki Yullian, tetapi dia dihadang oleh Diavolo. Ketika Diavolo cuba membunuh Yullian, Regulos berjaya memecahkan rantai yang menahannya. Sebelum mereka meninggalkan Regulos untuk bertarung dengan Diavolo, Yullian mengingatkan Regulos agar tidak bertarung dalam keadaan marah di dalam hatinya, mengulangi nasihat yang pernah diberikan oleh gurunya. Astra dan Yullian kemudian menaiki Menara Eldora, di mana Astra menggunakan tubuhnya sebagai saluran bagi Sora untuk mengesan mereka, agar dia boleh membuka rekahan dimensi untuk mereka melarikan diri. Diavolo cuba mengganggu sekali lagi, tetapi dia dihalang oleh Regulos. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pasukan ini berjaya keluar dari the Kingdom dengan selamat bersama Yullian dan Regulos, menandakan kejayaan misi mereka.
Setelah pasukan penyelamat berjaya melarikan diri, mereka tiba di Planet Blizzard, tetapi terus dikejar oleh para Absolutian dan pasukan mereka. Namun, mereka disambut oleh sekumpulan besar Pahlawan Ultra. Leo, Astra dan Regulos bersatu untuk melawan Diavolo, dan mereka berjaya mengatasinya dengan menggunakan teknik Seni Bela Diri Angkasa mereka. Regulos kemudian melepaskan sfera yang mengandungi tenaga daripada para master Cosmo Beast Style dan memberikannya kepada Leo serta Astra. Dengan kuasa gabungan mereka, mereka melancarkan satu serangan pancaran yang memusnahkan Diavolo.
Di klimaks pertarungan itu, Tartarus diatasi oleh Zero dengan kebolehan barunya. Dia memutuskan untuk melancarkan Absolute Maximum Destruction di planet itu tetapi ia telah disekat dengan penghalang oleh Ultraman King, lalu mencipta sebuah lubang cacing akibat dari efek itu. Ultraman Ribut mencipta penghalangnya sendiri untuk melindungi Ultra lain di situ, tetapi akibatnya dia dan Tartarus telah termasuk ke dalam lohong hitam dan alam semesta Ultraman Trigger.
Beberapa ketika telah berlalu dalam keadaan damai, dan Zero terus menjalani latihan bersama Regulos untuk bersiap sedia menghadapi kedatangan para Absolutian dan 'tuan' mereka. Status Regulos sebagai Isotop Selari yang diambil dari masa lalu menjadikannya lebih muda berbanding para Ultra yang dikenalinya sejak beberapa tahun lalu. Latihan ini penting untuk memperkuatkan Regulos dan Zero dalam menghadapi ancaman yang semakin menghampiri. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Ultraman Regulos: First Mission[]
Walaupun masih tidak mempunyai ingatan tentang kehidupannya sebelum tiba di D60, Regulos menghampiri Andro Melos untuk berpotensi menyertai Galaxy Rescue Force. Sejurus mendengar berita bahawa Sora telah diculik, Regulos secara tidak rasmi diterima masuk ke dalam pasukan dan segera dihantar untuk menyelamatkannya. Setibanya di Planet Maijii, Regulos berdepan dengan Alien Reiblood yang menguasai tubuh Reibatos, yang menjelmakan raksasa untuk menyerangnya. Tidak lama kemudian, Ultraman Great, Ultraman Powered dan Ultra Force tiba untuk menghulurkan bantuan yang berdepan dengan raksasa tersebut sementara Regulos meneruskan misinya untuk menyelamatkan Sora. Namun, dia terkejut apabila berhadapan dengan Ultraman Shadow yang telah direkonstruksi.
Regulos bertarung sengit dengan Ultraman Shadow, berusaha untuk menentang robot itu sambil melindungi Sora. Namun, dengan ketibaan Ultraman Ribut yang mengambil alih tugas menjaga Sora, Regulos dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menewaskan Ultraman Shadow, menghancurkan ahli seni bela diri logam tersebut dengan lebih mudah. Selepas itu, Regulos mengalihkan tumpuannya kepada Reiblood, dan dengan bantuan Ultra yang lain, dia berjaya menewaskan Reiblood secara fizikal dan memusnahkan tubuh baru makhluk itu. Walaupun bentuk Reiblood yang tidak berjasad itu berjaya melarikan diri, misi menyelamatkan Sora tetap berjalan dengan jayanya. Sebagai hasilnya, Regulos secara rasmi dilantik menjadi ahli Galaxy Rescue Force. Ultraman Regulos: First Mission
Profil[]
Sebelum memperoleh lambang Cosmo Beast Style di lengan dan belenggu pergelangan tangannya, bentuk asal Regulos dikenali sebagai Early Style .[7][8]
Statistik[]
Ciri-ciri Tubuh[]
- Color Timer
- Beam Lamp
- Protector
- Lambang: Lengan Regulos dihiasi dengan corak putih sebagai bukti penguasaannya dalam Cosmo Beast Style [4][5] Lengan kanannya menyimpan kuasa Cosmo Tiger , manakala lengan kirinya pula menyimpan kuasa Cosmo Dragon . , seni bela diri angkasa yang dikatakan paling kuat di alam semesta.
- Belenggu Pergelangan Tangan: Peninggalan dari ketika dia dipenjarakan oleh The Kingdom, yang akhirnya menjadi sebahagian daripada aksesori Regulos walaupun selepas dia melarikan diri.
Kebolehan[]
- Penyembuhan Diri: Regulos mampu menyembuhkan dirinya sendiri dengan menumpukan tenaga badannya.
- Red Dragon and White Tiger Fist [4][5]: Gaya pertarungan Regulos, yang diwarisi dan digabungkan daripada gaya pertarungan Tubahn dan Phoros, merupakan sebahagian daripada Cosmo Beast Style.
- Penghalang: Regulos menjelmakan penghalang tenaga biru berputar untuk melindungi dirinya.
Teknik[]
Khas[]
- White Tiger Red Dragon Attack : Dengan menumpukan tenaga elektrik Lightning White Tiger Fist di lengan kanannya dan tenaga api Flaming Red Dragon Fist di lengan kirinya, Regulos memancarkan sfera tenaga letupan yang dilepaskan ke arah lawan.
- Leaping Spirit Crane Strike Albeo, Regulos melepaskan pusaran angin untuk memerangkap musuh. : Dengan menggunakan kuasa Cosmo Crane milik
- Phantom Water Snake Strike Pharood, Regulos melepaskan projektil seperti air. : Dengan menggunakan kuasa Cosmo Snake milik
- Spirit Crane and Water Snake Strike : Dengan menggunakan kuasa Albeo dan Pharood, Regulos mencipta ribut angin dan air untuk serangan penamat.
- Flash Burst Bullet : Regulos mengumpul tenaga dari tubuhnya ke dalam tangannya dan melepaskan sfera cahaya di hadapannya.
- Ultra Beam: Satu pancaran Ultra tanpa nama yang ditembakkan dari tangan Regulos dalam formasi "+". Seluruh tubuhnya bersinar sebelum melepaskannya.
Fizikal[]
- Flaming Red Dragon Strike : Teknik pukulan seni bela diri yang menggunakan kuasa api, yang disalurkan dari Cosmo Dragon di lengan kirinya.
- Lightning White Tiger Strike : Teknik pukulan seni bela diri yang menggunakan kuasa petir, yang disalurkan dari Cosmo Tiger di lengan kanannya.
- Shadowless Red Dragon White Tiger Kick : Regulos melepaskan serangan bertubi-tubi dengan tendangan terbang yang bergantian antara tenaga api dan petir.
Gabungan[]
- Cosmo Beast Monarch Strike : Regulos, Leo dan Astra menerima tenaga daripada para guru Gaya Cosmo Beast melalui bola cahaya sebelum mereka meletakkan tangan bersama-sama, melepaskan pancaran gabungan yang sangat kuat.
- Serangan Pancaran Gabungan: Regulos, bersama Ultraman Powered, Great, Ribut, dan Ultra Force menggabungkan Ultra Beam mereka untuk serangan gabungan.
Barang dagangan[]
NOTA: Nama barangan yang dicondongkan ialah eksklusif; Premium Bandai, Acara, Pasaran PRC atau sebaliknya. |
Ultra Hero Series[]

- Ultraman Regulos (2021)
- Tarikh Keluaran: 11 Disember 2021
- Nombor ID: EX
- Harga: 600 yen
- JAN/ISBN: 4549660698937
- Bahan: PVC
- Ultra Hero Series Ultraman Regulos ialah figura vinyl lembut berukuran 14cm dengan 3 titik artikulasi pada lengan dan pinggang. Diperbuat daripada plastik PVC merah, Regulos menampilkan cat utama berwarna perak dan beberapa warna hitam, biru metalik, dan kuning. Tatu-tatunya dicetak dengan teknik tampograf. Kebanyakan butiran belakang (seperti biasa bagi kebanyakan figura UH500) dan cat emas pada pelindung dadanya telah diabaikan.

- Ultraman Regulos (Special Color Ver.) (2022)
- Tarikh Keluaran: 24 Disember 2022 - 4 Januari 2023
- Harga: 900 yen
- Bahan: PVC
- Figura Regulos UHS (2016) mendapat pewarnaan "Warna Khas" yang telus untuk acara Ultra Heroes EXPO New Year Festival 2023.
Chodo[]

- Chodo α (Alpha) Ultraman 2 (2022)
- Tarikh Keluaran: 27 Jun 2022
- Number: 1
- Harga: 600 Yen setiap kotak
- JAN/ISBN: 4549660738527
- Bahan: PVC
- Aksesori: 4 pasang tangan, kesan Red Dragon White Tiger Fist
- Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada gelombang kedua barisan Chodo α (Alpha), Ultraman Regulos ini ialah figura aksi bersaiz tapak tangan dengan lebih daripada 10 titik artikulasi, termasuk sambungan tambahan baru seperti pinggul. Seperti semua figura Shodo/Chodo, Regulos mempunyai operasi cat yang minimum untuk tujuan kos garisan barangan ini.
- Kotak yang mengandungi imej stok Regulos mempunyai figura tersebut.
Ultra Action Figure[]

- Ultraman Regulos (2021)
- Tarikh Keluaran: 2 April 2022
- Harga: 2,200 yen
- JAN/ISBN: 4549660803041
- Bahan: PVC, ABS, POM
- Ultra Action Figure Ultraman Regulos ialah figura aksi bersaiz 15cm dengan 18 titik artikulasi, lengkap dengan jari telunjuk hingga jari kelingking yang boleh dibentuk. Dia juga mempunyai pin plastik POM untuk sendi siku dan lututnya.
- Seperti kebanyakan UAF, butiran cat di bahagian belakang Regulos kebanyakannya diabaikan.
S.H.Figuarts[]

- Ultraman Regulos (2023)
- Tarikh Keluaran: 18 Mei 2023
- Harga: 7,150 yen
- JAN/ISBN: Akan ditambahkan...
- Bahan: PVC, ABS
- Aksesori: 9 pasang tangan, pemasa warna merah, 1 pasang bahu tanpa penandaan, lengan tanpa penandaan Cosmo Beast, tangan kanan tambahan untuk memegang tenaga sfera.
- S.H.Figuarts Ultraman Regulos ialah koleksi yang boleh digerakkan dengan lebih daripada 15 titik pergerakan. Selain daripada pemasa yang boleh ditukar, Regulos juga dilengkapi dengan sepasang bahagian bahu tanpa penandaan dan tanpa gelang pergelangan, serta sepasang bahagian lengan tambahan (dengan penandaan) untuk bahu biasa. Terdapat juga tiga sfera bercahaya (dua yang lain untuk Leo dan Astra dari siri yang sama) untuk mencipta serangan penamat Cosmo Beast Monarch Strike.
- Regulos dikeluarkan sebagai eksklusif Tamashii Webshop.
Trivia[]
- Dalam siri The Absolute Conspiracy, siluet Regulos menggunakan imej Ultraseven.
- Motifnya dalam Cosmo Beast Style merujuk kepada ungkapan Cina, "harimau dan naga", yang mana menggambarkan "dua unsur berbeza yang saling bertentangan tetapi saling berkait pada masa yang sama".[9] Kedua-dua haiwan ini juga digunakan dalam Feng Shui untuk menerangkan konsep yin dan yang.[10]
- Apabila menggunakan Flaming Red Dragon, naga tersebut mengeluarkan gabungan ngauman bernada tinggi seperti King Kong dan raungan ketawa Hedorah.
Rujukan[]
- ↑ https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/4404
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 https://m-78.jp/news/post-6066
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/2901
- ↑ 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 https://m-78.jp/news/post-6231
- ↑ 5.0 5.1 5.2 5.3 https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/4070
- ↑ 6.0 6.1 https://v-storage.bnarts.jp/talk/210488/
- ↑ https://m-78.jp/galaxy-fight/regulos/english/character/
- ↑ https://m-78.jp/galaxy-fight/regulos/ja/character/
- ↑ https://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/TigerVersusDragon
- ↑ https://feng-shui.lovetoknow.com/Tiger_and_Dragon_Ying_Yang