"Kai, saya adalah cahaya; saya tidak akan pernah meninggalkan kamu. Cahaya bersinar di mana-mana dan di dalam semua orang. Jika kamu membuka mata kamu dan melihat di sekeliling, kamu akan menemui cahaya saya. Selamat tinggal..."
- ―Kata-kata terakhir Ultraman Powered kepada Kenichi Kai, Ultraman: The Ultimate Hero
Ultraman Powered merupakan seorang Wira Ultra dalam siri Ultraman: The Ultimate Hero, iaitu entri tokusatsu Siri Ultraman pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat. Powered menjalinkan ikatan dengan Kenichi Kai yang merupakan ahli WINR untuk mempertahankan Bumi dari ancaman Baltan dan juga raksasa dan alien lain terhadap kemanusiaan.
Konsep[]
Reka bentuk[]
Sejarah[]
Ultraman: The Ultimate Hero[]
Ultraman Powered sedang dalam misi untuk menumpaskan Baltan iaitu sebuah empayar yang membawa kehancuran kepada dunia. Tidak lama kemudian dia datang ke Bumi dan telah membuktikan dia tidak dapat meneruskan hidup tanpa hos manusia. Dengan memilih seorang ahli muda dalam pasukan WINR, Kenichi Kai sebagai hosnya, Ultraman Powered memasuki medan pertempuran menentang Baltan gergasi yang sedang mengamuk di bandar.
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Setelah Ultraman Belial dibebaskan dari penjara, dia pergi ke Negeri Cahaya sambil memegang Ultraman Taro yang lemah. Kesemua Ultra telahpun menunggu ketibaan Belial. Apabila Belial menunjukkan kepada mereka yang dia telah menewaskan Taro, Ultraman Powered bersama ramai Pahlawan Ultra maju dan menentang Belial. Ketika pertarungan itu, Powered menggunakan Mega Spacium Beam terhadap Belial, namun dia menggunakan Ultrawoman Beth sebagai perisainya lalu Belial menembak letupan tenaga ke arah Powered dari Giga Battle Nizer yang menyebabkan dia tumpas. Selepas hampir kesemua Ultraman telah ditewaskan oleh Belial di Negeri Cahaya, Belial mencuri Plasma Spark yang menyebabkan seluruh negeri itu membeku bersama penduduknya termasuk Powered. Di akhir filem, setelah Plasma Spark diambil dan dikembalikan ke tempatnya, semua Ultra termasuk Powered kembali pulih dan kemudian mereka mendengar ucapan daripada Ultraman King. Powered dilihat berada bersama Ultra Force, Ultraman Great dan Ultraman Max.
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Ultraman Ribut telah diarahkan oleh Ultraman Taro untuk pergi Planet K76 iaitu sebuah planet untuk Pahlawan Ultra berlatih. Apabila dia tiba di sana, dia bertemu dengan Ultraman Great dan Ultraman Powered yang telah bersedia untuk membantu melatih Ribut supaya dalam masa tiga hari, ekspedisi untuk menyelamatkan Ultraman Max di Planet Mikarito dapat dilaksanakan.
Dengan itu sesi latihan Ribut dengan Great dan Powered bermula dengan mereka langsung tidak berlembut terhadapnya. Mereka menasihatinya untuk melepaskan kuasa terpendamnya dan akhirnya Ribut berjaya berbuat demikian dan menandingi mereka dalam masa yang singkat. Setelah latihannya selesai, Great dan Powered masing-masing memberikan Ribut Blocker dan Spreader Rod kepada Ribut dan berkata bahawa dia pasti boleh menggunakannya dengan kebolehannya sekarang. Dengan itu, Ribut kembali ke Negeri Cahaya untuk mendapatkan penawar Gudis daripada Sora lalu pergi ke Planet Mikarito semula untuk menyelamatkan Max yang telah hampir bertukar menjadi raksasa. Apabila Ribut bergegas ke arah Max, Powered menguruskan Hellberus sebelum menamatkannya. Selepas pertempuran itu berakhir, Powered dan yang lain kembali ke markas Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk melaporkan situasi yang berlaku kepada Zoffy. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Profil[]

Ultraman Powered
Statistik[1][]
- Ketinggian: 55 meter[2]
- Berat badan: 58,000 tan[2]
- Umur: 15,000 tahun
- Tempat asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 27[2]
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 9.9
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: 120 knot
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2
- Ketinggian Melompat Maksimum: 1,800 meter
- Kekuatan Lengan: 130,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 50,000 tan
- Kuasa Menumbuk: 100 juta tan
- Kuasa Menendang: 200 juta tan
Ciri-ciri Badan[]
- 'Mata: Mata Powered memiliki kebolehan yang sama seperti Ultra lain dari Negeri Cahaya, tetapi ia juga unik berbanding yang lain kerana matanya yang berwarna biru akan bertukar menjadi warna merah apabila Pemasa Warnanya mula berkelip.
- Pemasa Warna: Cahaya amaran/Pemasa Warna Powered adalah sama seperti Pahlawan Ultra yang lain tetapi ia memiliki bentuk yang unik kerana ia dilingkari dengan cincin dengan cahaya-cahaya berwarna hijau yang akan berkelip apabila pemasa itu berkelip.
- Powered Stabilizer : Organ yang berbentuk bilah di lengan Powered membolehkannya menembak Mega Spacium Beam.
- Ultra Armor: Tubuh basan Powered kebal dan tahan terhadap suhu tinggi, api dan juga laser.
Transformasi[]
Kenichi Kai bertukar menjadi dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai Flash Prism atau Beta Capsule dalam versi bahasa Inggeris. Dia bertukar seperti Shin Hayata bertukar menjadi Ultraman asal tetapi tidak seperti Hayata, Kai menggenggam "Beta Capsule" dalam tapak tangannya sebelum bertukar menjadi Powered. Setelah Powered berpisah daripada tubuh Kai untuk pertarungan terakhirnya dengan Zetton, WINR menggunakan peranti yang telah ditinggalkan untuk menyerang kapal Alien Baltan.
Teknik[]
Khas[]
- Mega Spacium Beam : Powered menggayakan lengannya dalam bentuk "+" untuk menembak pancaran cahaya dan ia keluar dari sisi kedua-dua lengannya. Ia dikatakan lima kali lebih kuat daripada Spacium Beam standard. Kapten Edlund merujuknya sebagai "laser Ultraman".
- Powered Eye Beam
- Powered Slash
- Energy Knuckle
- Powered Bomb
Fizikal[]
- Ultra Power
- Powered Punch
- Powered Kick
- Powered Chop
- Powered Double Chop
- Ultra Headbutt
- Powered Lifter
- Giant Throw
Lain-lain[]
- Energy Reverse
- Ultra Willpower
- Telepathy
- Powered Barrier
- Hand Shut Out
- Body Rebound
Media Lain[]
Ultraman Galaxy[]
Trivia[]
- Ultraman Powered merupakan Ultra pertama yang memiliki mata berwarna biru.
- Dia juga merupakan satu-satunya Ultra yang warna matanya berubah bergantung mengikut tahap tenaganya.
- Mata Ultraman Powered selalunya berwarna biru tetapi dalam kenaikannya, matanya berwarna putih.
- Ultraman Powered merupakan Ultra ketiga yang hampir tidak pernah mendengus dalam pertempuran. Satu-satunya masa dia mendengus adalah ketika dia menembak Mega Spacium Beam kepada Alien Baltan dalam episod pertama dan ketika dia terbang selepas setiap pertempuran. Ini menjadikannya antara Ultra yang paling senyap sehingga memecahkan rekod Ultraman Taro dan Ultraman 80 yang masing-masing merupakan Ultra yang pertama dan kedua.
- Powered merupakan Ultra pertama yang menunjukkan ciri organ berupa bilah di lengannya.
- Dengusan Powered merupakan bunyi yang digunakan semula daripada Ultraman asal dalam alih suara bahasa Jepun.
- Bunyi Pemasa Warna Ultraman Powered merupakan versi bernada tinggi berbanding Ultraman.
- Bunyi kenaikan Ultraman Powered merupakan bunyi kenaikan Ultraman Ace dengan guruh di latar belakang.
- Sut Powered diperbuat sepenuhnya daripada spandex, menjadikannya Ultra kedua yang memiliki sut spandex berbanding sut getah tradisional. Ultra yang pertama ialah Ultraman Great. Bagaimanapun, sut Powered lebih mudah rosak berbanding sut Great.
- Oleh kerana kos yang tinggi untuk menghasilkan kostum, pengeluar Amerika khuatir ia akan mengalami kerosakan dalam pertempuran yang ganas. Oleh itu, Powered memiliki beberapa koreografi pertarungan paling lemah dalam keseluruhan francais Ultra dengan kebanyakannya terdiri daripada pelakon yang saling menyiku dan serangan SFX dengan hubungan fizikal yang minimum. Ini juga merupakan salah satu kelemahan utama siri ini.
- Pertempuran Ultraman Powered dengan Dada merupakan satu-satunya masa di mana Pemasa Warnanya tidak berkelip.
- Episod 12 merupakan kali pertama dan satu-satunya masa di mana Kenichi bertukar menjadi Ultraman Powered sebanyak dua kali (dia selalunya hanya bertukar sebanyak sekali dalam setiap episod).
- Kostum Ultraman Powered telah digunakan semula untuk sebuah patung batu gergasi cahaya in Ultraman Tiga: The Final Odyssey.
- Powered merupakan satu-satunya Ultra yang bertarung tanpa hosnya dalam pertarungan terakhirnya.