Ini mungkin bukan halaman yang anda cari. Untuk Ultra Gelap dengan nama yang sama dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes, rujuk Ultraman Orb Darkness.
"Cahaya galaksi memanggil saya juga! Nama saya ialah Ultraman Orb Dark... Noir Black Schwarz!"
- ―Ultraman Orb Dark memperkenalkan dirinya
Ultraman Orb Dark ialah versi jahat Ultraman Orb, yang membuat kemunculan dalam siri Ultraman R/B. Walaupun hanya dikenali sebagai Orb Dark dalam kebanyakan kes, Cereza memberinya nama Ultraman Orb Dark Noir Black Schwarz .
Gelaran:
- Ultraman Hitam Legam
- Gergasi Hitam Legam
- Superman Hitam
Konsep[]
Etimologi[]
"Apa yang berbahayanya tentang dia? Nama dia kan, "noir" tu bahasa Perancis, "black" tu bahasa Inggeris, "schwarz" tu bahasa Jerman. Semua maksudnya hitam! Kalau kita terjemahkan dia boleh jadi Ultraman Orb Dark Hitam Hitam Hitam tau! Semua nama dia ulang aje tau! Apa benda tu? Peliknya..."
- ―Isami dalam permulaan episod 9
Tiga perkataan terakhir dalam nama penuhnya dijelaskan sebagai:
- Noir : Warna hitam dalam Bahasa Perancis.
- Black : Warna hitam dalam Bahasa Inggeris.
- Schwarz : Warna hitam dalam Bahasa Jerman.
Dengan itu menunjukkan bahawa tiga perkataan terakhir itu hanyalah merujuk kepada warna tubuhnya. Ia juga perlu dicatat bahawa ketiga-tiga perkataan itu diberikan oleh Makoto/Cereza.
Sejarah[]
Ultraman R/B[]
Makoto Aizen telah menculik beberapa orang untuk membuka kunci Kristal Orb Origin dan hasil daripadanya, dia memperoleh Orb Ring NEO.
Dia mula menunjukkan kuasa Ultraman Orb Dark kepada Ultraman Rosso dan Blu selepas menindas mereka yang tidak memiliki ciri-ciri Ultraman "sebenar" dan mengalahkan mereka dengan cara yang kejam sebelum bercakap dengan mereka. Ironinya, dia menggunakan dirinya yang baru itu untuk melakukan perkara-perkara kebaikan (yang mana telah dirancang dari awal) dengan harapan mendapat perhatian daripada penduduk bandar. Rosso dan Blu kemudiannya mencabar Orb Dark untuk berlawan sekali lagi, di mana mereka menafikan sikapnya sebagai pembuat kebaikan dan mengambil alih pertempuran tersebut dengan menggunakan Kristal Victory dan berkat latihan mereka.
Profil[]
Sebagai salinan Ultraman Orb, dia mungkin mempunyai statistik yang sama walaupun pada masa ini, ia tidak dapat dipastikan lagi.
Statistik[]
- Ketinggian: 50 meter
- Berat badan: 50,000 ton
- Planet Rumah: Bumi
Ciri-ciri Badan[]
- Mata: Orb Dark mempunyai mata yang berwarna merah gelap berbanding biru cahaya biasa, sepadan dengan sifat jahatnya.
- Pemasa Warna : Orb Dark mempunyai Pemasa Warna yang berupa huruf "O" dan sentiasa berwarna merah.
- Perisai Ultra: Orb Dark mempunyai Perisai Ultra standard yang berwarna hitam. Ia kebal terhadap serangan api dan laser.
- Kristal Dahi: Orb Dark mempunyai kristal di dahinya yang berwarna merah.
- Protektor : Orb Dark mempunyai 4 logam pelindung yang kecil di dadanya.
Transformasi[]
"Pinjamkan saya kuasa ikatan kamu!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Orb Dark
Makoto memasukkan Kristal Orb Origin ke dalam AZ Gyro dan menarik pemegang sisi sebanyak tiga kali. Orb Ring NEO muncul di atas Gyro dan ditukar kepada Mod Orb Dark.
Makoto menekan butang tengah dan memusingkan Orb Ring NEO dengan cara yang sama seperti Orb Slasher sebelum menaikkannya ke udara. Dua Orb Ring NEO gergasi muncul di kiri dan kanannya sebelum satu lagi muncul di hadapannya seperti Fusion Up. Kemudian latar belakang pelangi yang redup mula pecah dan mendedahkan Ultraman Orb Dark ke hadapan yang membuat isyarat tangan berbentuk hati sebelum menggerakkan tangan kanannya ke hadapan apabila mendekati skrin. Jika dia sudah mempunyai Orb Ring NEO dalam tangannya, dia tidak perlu lagi memanggilnya keluar melalui Kristal Orb Origin.
Senjata[]
- Orb Dark Calibur : Merupakan senjata peribadi Orb Dark. Ia sama dengan Orbcalibur asal, tetapi mempunyai garisan hitam di rodanya.
- Dark Origium Saucer : Orb Dark Calibur boleh melepaskan tenaga berbentuk cincin untuk menyerang musuh.
- Kuasa Elemental: Seperti yang asal, Orb Dark Calibur dapat memanipulasi empat kuasa elemen yang serupa namun berbeza iaitu Api, Ais, Batu dan Ribut.
- Orb Dark Excellent Calibur : Serangan Orb Dark Calibur yang setanding dengan Orb Supreme Calibur.
- Orb Dark Inferno Calibur : Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol api, Orb Dark menghasilkan api berupa cincin dengan membuat gerakan bulatan dengan pedangnya. Dia kemudian mengacukan pedangnya ke hadapan, melemparkannya ke arah musuh lalu menyebabkan sebuah letupan.
- Orb Dark Ice Calibur : Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol ais, Orb Dark membekukan tanah di hadapannya sebelum memotongnya dan mencipta letupan ais bertubi-tubi iaitu memecahkannya kepada beberapa blok ais yang menuju pada sasarannya.
- Orb Dark Rock Calibur : Apabila Roda Calibur dipusing kepada simbol batu, Orb Dark menusuk pedangnya ke dalam tanah untuk menghasilkan arus elektrik, memecahkan tanah dan menghancurkan batu-batuan untuk dikenakan pada sasarannya.
- Orb Dark Typhoon Calibur
Teknik[]
Khas[]
- Dark Origium Ray : Sinaran penamat Orb Dark, yang merupakan versi berwarna ungu dari Origium Ray biasa.
- Dark Sperion Ray : Versi gelap dari serangan penamat Spacium Zeperion.
- Dark Zedcium Ray : Versi gelap dari serangan penamat Thunder Breastar.
Fizikal[]
- Dark Stobium Dynamite : Versi gelap dari serangan penamat Burnmite. Ia cukup kuat untuk mengembalikan Ultraman Rosso dan Blu kepada hos mereka semula.
Trivia[]
- Bahagian-bahagian cahaya Orb Dark kelihatan jingga ketika berada di bawah sesetengah cahaya, tetapi ia sememangnya berwarna merah gelap.
- Imbasan awal majalah mendedahkan bahawa matanya berwarna agak merah pucat.
- Nama penuh Orb Dark menggunakan perkataan 'hitam' dalam tiga bahasa yang berbeza; Bahasa Perancis, Inggeris dan Jerman. Ini mungkin adalah parodi gelap terhadap nama Rosso dan Blu yang menggunakan Bahasa Itali untuk warna merah dan biru.
- Warna badannya juga bertentangan dengan slogan utama Minato beradik, iaitu "Warnai saya dengan kuasa kamu! Ruebe!" kerana hitam seringkali ditafsirkan sebagai warna yang kosong. Ini juga merupakan sindiran halus kerana warna hitam boleh diperoleh dengan mencampurkan pelbagai warna.
- Ini sebenarnya adalah tiruan gelap/jahat kedua Orb yang wujud kerana yang pertama ialah Ultraman Orb Palsu dalam episod 9 siri Ultraman Orb.
- Sfera yang muncul di hadapan Orb Dark apabila menggunakan Dark Origium Ray bukan sebuah sfera yang sempurna. Sebaliknya ia berbentuk hati, sebagai rujukan bahawa Makoto Aizen merupakan pencipta dan pengawal kuasa Orb Dark.
- Disebabkan Makoto (Cereza) adalah peminat 'gila' Ultraman, babak transformasi Orb Dark menggambarkan pelbagai proses transformasi Orb yang sebenar berbanding Ultraman pada masa lalu.
- Percubaan Orb Dark untuk menumbuk Minato beradik selepas mereka tersingkir dari bentuk Ultraman mereka ialah penghormatan untuk kemunculan sulung Ultraman Nexus dalam episod pertama sirinya. Ia dilaksanakan oleh penulis Takanori Tsujimoto.
- Latar belakang Orb Dark serupa dengan Evil Tiga, di mana mereka ialah Ultra yang berada di bawah kawalan mereka yang ingin menggunakan kekuatan Ultraman untuk kepentingan diri sendiri. Nama-nama mereka memberikan petunjuk bahawa mereka dimaksudkan untuk menjadi rakan jahat Ultraman asal, oleh itu persamaan serangan mereka dalam skala yang lebih kecil. Dalam kehidupan sebenar, patung aksi mereka dijual di bawah jenama Ultra Monster 500 dan laman web rasmi mengkategorikan mereka sebagai Kaiju Ultra.
- Secara kebetulan, hos mereka melakonkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat terkenal yang cemerlang dalam bidang sains dan menggunakan kaedah paksaan untuk mendapatkan kuasa Ultraman tersebut (contohnya menggunakan cahaya Spark Lens untuk mencipta penggabungan paksaan dengan arca Ultra dan/atau menggunakan tenaga gelombang otak beberapa manusia yang diculik untuk membaiki kuasa Ultra).