Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement

Ultraman Orb Chronicle (ウルトラマンオーブ 〈年代記クロニクル〉, Urutoraman Ōbu Kuronikuru) ialah koleksi penuh Ultraman Orb 10 Episode Plan (ウルトラマンオーブ エピソード10構想, Urutoraman Ōbu Episōdo Jū Kōsō), yang merupakan sebuah buku kompilasi pengembaraan Ultraman Orb di layar dan di luar layar. Pengembaraan yang tidak pernah dilihat ini ditulis dalam buku Ultraman Orb Perfect Super Complete Works (ウルトラマンオーブ 完全超全集, Urutoraman Ōbu Kanzen Chō Zenshū), yang mendedahkan banyak perkara tentang masa lalu dan perjalanan masa depan watak-watak dalam siri tersebut.

NOTA: Nama-nama dan istilah baharu mungkin tidak diterjemahkan dengan tepat kerana tiada Romanisasi rasmi yang diketahui. Nama-nama yang terdapat di halaman ini adalah berdasarkan anggaran sahaja.

Bab 1: Arka 'Pokok Kehidupan' (第1章「命の木」編, Dai Isshō 'Inochi no Ki'-hen)[]

Rencana utama: Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA

Bab 2: Arka 'Sayalah Burung Pengembara Galaksi' (第2章「俺は銀河の渡り鳥」編, Dai Ni-shō 'Ore wa Ginga no Wataridori'-hen)[]

Gai dan Juggler mula menelusuri jalan mereka masing-masing. Di Puncak Pahlawan, Gai diberikan misi oleh cincin cahaya untuk mengumpulkan empat elemen bagi Orb Calibur yang tersembunyi di seluruh angkasa. Sementara itu, Juggler mula berubah apabila kegelapan semakin mempengaruhinya.

Episod 2-1: Planet Kristal Abadi (エピソード2-1「宝石惑星は永遠に」, Episōdo 2-1 'Hōseki Wakusei wa Eien ni')[]

Planet Permata Cobol (宝石惑星コボル, Hōseki Wakusei Koboru) sebuah planet yang dipenuhi dengan permata, sumber daya, dan golongan kaya. Namun, jurang antara yang kaya dan miskin sangat besar. Gai tiba di lapangan terbang angkasa di sini, di mana dia bertemu dengan penyeluk saku Shorty (ショーティー, Shōtī) yang cuba mencuri daripadanya. Mereka tiba-tiba diserang oleh sekumpulan makhluk asing, tetapi Gai melindungi Shorty yang ingin menjadi rakan kongsinya. Gai kemudian bertemu dengan Murnau, seorang ahli sihir yang kononnya meramalkan kiamat dunia, tetapi sebenarnya merupakan seorang penjenayah yang dikehendaki. Semasa menjejakinya, mereka menemui tempat persembunyiannya, namun Murnau melarikan diri. Sementara itu, seorang ahli astronomi, Doktor Jiggle (ジグル博士, Jiguru Hakase) melaporkan bahawa komet besar Balsas 6 (バルサス6, Barusasu Roku) semakin hampir dan akan memusnahkan planet itu dalam masa seminggu, menyebabkan kegelisahan dalam kalangan penduduk Cobol. Gai menemui cip memori yang telah berubah menjadi kristal, yang mana mengandungi pelan untuk mesin hologram dan mendapati bahawa komet itu sebenarnya hanyalah hologram. Gai memberitahu orang ramai mengenai berita tersebut. Semasa mengejar Murnau dan Jiggle, dia bertemu dengan seekor Dinosaur Tank, dan menewaskannya. Murnau dan Jiggle kemudian ditangkap oleh Interstellar Alliance (星間連盟, Seikan Renmei) dan akan dipenjarakan di Planet Penjara 484 (監獄惑星484, Kangoku Wakusei Yon Hachi Yon), tetapi Murnau melarikan diri sekali lagi. Namun, Shorty telahpun mencuri sesuatu daripadanya, iaitu Elemen Tanah (土のエレメント, Tsuchi no Eremento).

Episod 2-2: Mereka Yang Dari Jurang Kegelapan (エピソード2-2「深淵より出づる者たち」, Episōdo 2-2 'Shin'en yori Itzuru-mono-tachi')[]

OrbVSPestarTakkongGamakujira

Orb menentang Pestar, Gamakugira dan Takkong

Planet Air Nuock (水の惑星ヌオック, Mizu no Wakusei Nuokku) ialah sebuah planet yang 95% terdiri daripada air. Terdapat wilayah pulau yang sering terlibat dalam konflik. Gai dan Shorty tiba di sana dan terperangkap dalam konflik antara Suku Gibli (ギブリ族, Giburi Zoku) dan Suku Shillock (シロック族, Shirokku Zoku) serta bertemu dengan anak perempuan ketua Suku Shillock, iaitu Salamni (サラムニ, Saramuni) yang tidak suka akan konflik ini. Gai tidak mahu campur tangan dalam keputusan mereka. Namun, Salamni melepaskan segel yang menahan raksasa Pestar, Takkong dan Gamakugira yang sedang menuju ke bandar-bandar suku tersebut. Mereka mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk menyelesaikan apa yang mereka sebut sebagai Krisis Ketiga (第三の危機, Dai-san no Kiki), walaupun gabungan pasukan tentera tidak mencukupi untuk mengalahkan tiga ekor raksasa tersebut. Gai berubah menjadi Ultraman Orb dan bertarung menentang tiga raksasa itu bawah laut itu dan memusnahkan mereka. Kedua-dua suku kini hidup bersama di Gunung Galeck (ガレキの山, Gareki no Yama) dalam keamanan. Gai bertemu dengan Salamni, yang sedang dalam proses pemulihan ketika Shorty tiba. Ketika Gamakugira meletup, terdapat sebuah mutiara besar dan dia melihat kristal biru di dalamnya. Ia merupakan Elemen Air (水のエレメント, Mizu no Eremento), yang diambil oleh Shorty dan memberikannya kepada Gai. Gai dan Shorty mengucapkan selamat tinggal kepada Salamni, dan memulakan perjalanan mereka yang seterusnya.

Episod 2-3: Strategi Bola Api (エピソード2-3「ファイアーボール作戦」, Episōdo 2-3 'Faiābōru Sakusen')[]

Planet Gunung Berapi Ganun Api (火山惑星ガヌン・アピ, Kazan Wakusei Ganun Api) dipenuhi dengan hutan-hutan, dan yang lebih penting, mineral jarang Enmanium (エンマニウム, Enmaniumu). Gai dan Shorty pergi ke planet ini dalam perjalanan mereka yang seterusnya. Count Orlok (オルロック伯爵, Orurokku Hakushaku), ketua projek perlombongan, berhasrat untuk meletuskan gunung berapi berdekatan untuk memusnahkan deposit Enmanium bersama-sama dengan penduduk tempatan dan membebaskan Gora supaya dia boleh mengeksploitasi skim insurans Interstellar Alliance. Gai bertemu dengan Sadis buat pertama kali, dan dia yang merupakan pengawal peribadi Orlok telah dihantar untuk menghentikan Gai daripada merosakkan rancangan mereka. Pertarungan mereka membawa mereka ke tebing mulut gunung berapi, di mana Gai mengambil peluang untuk melempar Gapiya ke dalam lava, walaupun ini bukan kali terakhir mereka bertemu. Gunung berapi itu meletus dan Gora muncul. Orb menewaskan Gora dan memperoleh Elemen Api (火のエレメント, Hi no Eremento) daripada penduduk tempatan sebagai ganjaran. Count Orlok ditangkap oleh Interstellar Alliance.

Episod 2-4: Pengawal Planet Angin (エピソード2-4「風の星の用心棒」, Episōdo 2-4 'Kaze no Hoshi no Yōjinbō')[]

Planet Angin Guillermo (風の惑星ギレルモ, Kaze no Wakusei Girerumo) ialah tempat di mana Gai dan Shorty mencari Elemen Angin (風のエレメント, Kaze no Eremento). Mereka mengunjungi sebuah penempatan di mana penduduknya dibuli oleh Alien Nackle Ramon Bersaudara (ラモン兄弟, Ramon Kyōdai). Mereka juga bertemu dengan Mr. Mashu (マシュー爺さん, Mashū Jīsan) yang berasal dari O-50 dan mengajar Gai memainkan melodi Orbnica. Alien Zartana (ザルタナ星人, Zarutana Seijin) tiba dan cuba membuat perjanjian dengan para peneroka untuk meninggalkan planet tersebut supaya dia boleh membina Lebuh Raya Galaksi (銀河ハイウエイ, Ginga Haiwei). Mereka membantah, jadi dia menghantar pengawal peribadinya, Ramon Bersaudara untuk menyerang mereka. Orb menewaskan mereka berdua dan Zartana ditangkap. Kemudian, askar upahan yang dia upah tiba, iaitu Juggler. Juggler mengkhianati majikannya dan menamatkan riwayatnya, mengambil Elemen Angin untuk dirinya sendiri dan mahu mengakhiri perseteruannya dengan Gai di bawah langit malam. Juggler ditewaskan tetapi Gai enggan membunuhnya, dan dia dibawa pergi ke Planet 484 oleh Interstellar Alliance. Dia meninggalkan Elemen Angin di belakang. Gai kembali ke Puncak Pahlawan dan membuka Orb Supreme Calibur, tetapi cincin itu tidak memberinya misi seterusnya.

Bab 3: Arka 'Lelaki Yang Mencuri Lohong Hitam' (第3章「ブラックホールを盗んだ男」編, Dai San-shō 'Burakkuhōru wo Nusunda Otoko'-hen)[]

JugglerWithCapsule

Juggler dengan kapsul

OrbVSGyango

Orb menentang gerombolan raksasa

Jugglus Juggler dipenjarakan di Planet 484, tetapi dia merancang pelarian dari penjara. Dia mencuri Kapsul Emas Super Polimerisasi (超重合金カプセル, Chō Jū Gōkin Kapuseru) yang mengandungi "Makhluk Paling Berbahaya Di Galaksi Bima Sakti" (銀河系で最も危険な存在, Gingakei de Mottomo Kiken'na Sonzai), Balloonga. Dalam perjalanannya, dia menemui seorang gadis bernama Biranki, yang memakai topi keledar yang menghalang gelombang otaknya. Pada masa lalu, dia merupakan seorang puteri yang dikurung di dalam menara oleh ibu bapanya kerana kebolehan untuk menyeru raksasa menggunakan gelombang otaknya, dan sebuah topi keledar dipasang padanya. Pada suatu ketika, dia bermimpi tentang seorang putera yang datang untuk menyelamatkannya, dan disebabkan jatuh cinta, dia merasa tertekan kerana tidak akan pernah menemui cinta di dalam menara tersebut. Tekanan itu menyebabkan dia menyeru Gango dan menakutkan bandar. Dia dikurung di Planet 484. Kini, Juggler melihatnya sebagai sekutu yang berguna, dan memecahkan topi keledar yang dipakainya, menjadi "putera" kepadanya dengan cara yang Juggler sendiri tidak mahu akui. Dia menyeru Gango dan lima raksasa lain yang namanya tidak dinyatakan, sementara Juggler mencipta Bom Balloonga (バルンガボム, Barunga Bomu) yang boleh memusnahkan alam semesta dengan lohong hitam. Gai menaiki sebuah kapal, awalnya tidak mengetahui Shorty mengikutinya. Dia melalui sebuah labirin sambil melawan makhluk asing. Dia kemudian bertemu dengan enam raksasa dan menghapuskan mereka dengan Orb Ground Calibur. Kesan pertarungan itu menyebabkan Biranki terpelanting jauh. Shorty terkorban ketika cuba untuk menyahaktifkan Bom Balloonga akibat kejutan elektrik yang sangat kuat, dan memberikan Gai loketnya. Gai menjadi marah, pergi ke puncak menara dan hampir memukul Juggler hingga kehilangan nyawanya dengan tangannya, tetapi berhenti. Juggler dan Biranki ditangkap, tetapi tekanan kerana berpisah dari Juggler menyebabkan gelombang otak Biranki menjadi sangat kuat sehingga memecahkan topi keledar baru yang terpaksa dipakainya. Kapal yang mereka naiki meletup dan Biranki entah bagaimana terselamat, hanyut di angkasa. Juggler hilang. Gai kembali ke O-50 dan memperoleh Orb Ring serta misi seterusnya untuk menghentikan kebangkitan Raja Raksasa. Sebaliknya, Juggler menerima Dark Ring di bawah bayang-bayang cahaya Orb.

Bab 4: Arka 'Pertarungan Sengit! Tamadun Ishtal' (第4章「激闘!イシュタール文明」編, Dai Yon-shō 'Gekitō! Ishutāru Bunmei'-hen)[]

OrbVSMagatanothor

Orb menentang Magatanothor

Tempat yang dipanggil Kemati Buki (Bukit Kematian) (ケマティ・ブキ (死の丘), Kemati Buki (Shi no Oka)), sebuah tapak arkeologi di mana perang sains super purba dipercayai berlaku, dikenali sebagai Tamadun Ishtal (イシュタール文明, Ishutāru Bunmei) 4000 tahun lalu pada tahun 1800 SM, dan ia merupakan sebuah bandar yang sangat megah. Gai berhenti di sana dalam misinya untuk menghentikan kebangkitan Raja Raksasa, apabila dia melihat tanda-tanda Magatanothor hampir dibangkitkan; seperti fenomena aurora aneh. Gai bertemu dengan Dana (ダーナ, Dāna), yang menjadi rakannya. Sementara itu, satu entiti misteri yang berpakaian seperti mumia, yang dikenali sebagai Nuru Ra Hotep (ヌル・ラ・ホテップ, Nuru Ra Hoteppu), menyebarkan ajaran mencurigakan yang dipanggil Magacism (マガ教, Maga Kyō, Ajaran Maga) kepada penduduk, sebuah agama yang memuji Magatanothor, yang dipercayai akan memusnahkan dunia. Ingin menyiasat lebih lanjut, Gai menyamar sebagai seorang Magacist (マガ教徒, Maga Kyōto, Penganut Maga) dan memasuki kuil Magacism, di mana dia bertemu dengan Dodongo dan menghapuskannya. Satu kelibat aneh di dalam bayang-bayang mendapatkan Kad Kaiju Dodongo. Gai masuk lebih dalam ke dalam kuil dan menemui Nuru Ra Hotep, yang mengirim beberapa Raksasa Mumia (ミイラ怪人, Miira Kaijin) untuk mengejar Gai, tetapi Gai berjaya melarikan diri dan menewaskan mereka. Nuru Ra Hotep menggunakan kad Dodongo untuk membangkitkan Magatanothor, yang mula memusnahkan Ishtal. Gai bertarung sebagai Ultraman Orb dan menewaskannya menggunakan Orb Supreme Calibur, menghasilkan suhu tinggi yang sangat panas sehingga pasir berubah menjadi kaca. Gai memperoleh Ultra Fusion Card Ultraman Tiga melalui Orb Ring. Nuru Ra Hotep membuka penyamarannya, mendedahkan dirinya sebagai Jugglus Juggler, yang kini telah memperoleh Kad Kaiju Magatanothor. Penduduk berpindah ke tempat lain selepas pemusnahan Ishtal. Bertahun-tahun kemudian, usia Dana meningkat tua dan meninggal dunia, tetapi tidak sebelum dia melihat Gai buat kali terakhir. Gai meninggalkan tempat itu, melawan raksasa dan penceroboh asing sepanjang ribuan tahun yang berlalu.

Bab 5: Arka 'Dari Rusalka Dengan Cinta' (第5章「ルサールカより愛をこめて」編, Dai Go-shō 'Rusāruka yori Ai wo Komete'-hen)[]

Episod 5-1: 'Dari Rusalka Dengan Cinta' (エピソード5-1「ルサールカより愛をこめて」, Episōdo 5-1 'Rusāruka yori Ai wo Komete')[]

GaiPhoto

Gai dalam sebuah fotografi

Pada abad ke-20, Gai mendengar tentang ramalan bahawa Raja Raksasa akan dibangkitkan di bawah aurora di Tundra, jadi dia pergi ke sana. Sinar matahari yang tidak normal menyebabkan ais cair, membebaskan Kingsaurus II di Tasik Paikal (パイカル湖, Paikaru Ko), yang berjaya ditewaskan oleh Gai. Seorang pengrajin muda tempatan bernama Sir Morozov (モロゾフ卿, Morozofu Kyō) mengambil gambar Gai yang sedang memegang ekor raksasa tersebut. Juggler memperoleh Kad Kaiju Kingsaurus II. Pada tahun 1908, di Eropah Timur, Empayar Rupashika (ルパシカ皇国, Rupashika Kōkoku), sering berlaku pergaduhan antara keluarga diraja dan tentera revolusi, menyebabkan Natasha Romanová, yang merupakan anak perempuan seorang pegawai melarikan diri ke Rusalka untuk mengelak daripada konflik. Dia menemui beberapa surat khabar lama dan melihat artikel yang memaparkan gambar Gai di dalamnya. Suatu hari, Natasha menyaksikan pertarungan antara Orb dan Super C.O.V., yang telah dibangkitkan dari lembah fjord. Dia menemui Gai yang cedera selepas pertarungan, lalu merawatnya dengan memberi air dan sup cendawan. Gai telah kehilangan ingatannya, jadi Natasha membawanya ke hospital dan mereka bertemu dengan sebuah kampung. Gai membantu penduduk kampung dengan kerja-kerja harian dan mereka mula suka akannya. Dia memainkan Orbnica dan Natasha mengiringinya. Suatu malam, Pris-Ma muncul di bawah aurora, dan Orb bertarung dengannya, secara tidak sengaja mendapat semula ingatannya. Juggler mengutip Kad Kaiju Pris-Ma. Sebulan kemudian, Juggler membangkitkan Raja Raksasa Cahaya Maga-Zetton. Gai memberikan Natasha Orbnica dan pergi bertarung dengan Maga-Zetton, dan satu bola api mengenai Natasha. Marah, dia menggunakan Orb Supreme Calibur untuk memusnahkan Maga-Zetton, namun juga menyebabkan satu kejadian yang dikenali sebagai Ledakan Besar Rusalka (ルサールカ大爆発, Rusāruka Dai Bakuhatsu), memusnahkan tumbuh-tumbuhan dalam radius 30 meter. Juggler melindungi Natasha dari letupan tersebut dan membantunya sebelum melarikan diri. Gai memperoleh Ultra Fusion Card Ultraman, dan kemudian menemui semula Orbnica miliknya sambil menganggap Natasha terkorban dalam letupan itu. Pada tahun 1916, Natasha pergi ke Jepun sendirian dan jatuh cinta dengan seorang penterjemah dari Keluarga Yumeno (夢野家, Yumeno-ke), dan mereka pun berkahwin. Namun, Natasha tidak pernah melupakan Gai, jadi dia meletakkan gambarnya dalam anak patung terakhir Matryoshka (マトリョーシカ, Matoryōshika) miliknya supaya anak patung terakhir itu tidak kosong, dan ia diteruskan kepada keturunannya.

Episod 5-2: 'Ikut Jejak Misteri Piring Terbang!' (エピソード5-2「空飛ぶ円盤の謎を追え!」, Episōdo 5-2 'Soratobu Enban no Nazo wo Oe!')[]

Pada tahun 1950-an, di tengah-tengah Amerika Selatan, Kepulauan Burlesque (バーレスク諸島, Bāresuku Shotō), Pantai Coral (コーラルビーチ, Kōraru Bīchi). Organisasi Rahsia Sektor 51 (セクター51, Sekutā Go-jū Ichi) telah menghantar Kapten Mike Scudder (マイク・スカダー大尉, Maiku Sukadā Taii) untuk menyiasat kejadian berulang kapal dan pesawat hilang di kawasan Laut Burlesque dalam kes yang dikenali sebagai "Misteri Segitiga Burlesque (バーレスク・トライアングルの謎, Bāresuku Toraianguru no Nazo)". Kapten Scudder telah mengikuti kes ini sejak kejadian penampakan UFO di Negeri Sarajevo Baru (ニューサラエボ州, Nyūsaraebo Shū), Rockwez (ロックウェズ, Rokkuu~ezu) pada tahun 1948. Tiba-tiba muncul Gai, yang pada awalnya tidak dipercayai oleh Scudder, sehingga mereka bertemu dengan Alien Tiga Meter (3メートルの宇宙人, San Mētoru no Uchūjin) dan mereka bekerjasama untuk menewaskan mereka. Kemudian, didapati bahawa Biranki-lah dalang di sebalik semua ini kerana dia telah mengikut Juggler merentasi angkasa dan menyeru Hungler untuk menarik Gai ke arah pertarungan akhir. Setelah Scudder pengsan akibat dipukul kayu hanyut, Gai bertukar menjadi Spacium Zeperion buat kali pertama dan menewaskan Hungler. Gai kemudian menerima jaket kulit Scudder selepas melihatnya di hospital. Dia keluar, melihat langit senja merah dan memutuskan untuk memberi dirinya nama Bumi, iaitu Gai Kurenai. Biranki minum kopi dengan Juggler pada waktu fajar, namun mengejutkan, dia telah diracun. Juggler kemudian membawanya ke gurun asing yang jauh dan meninggalkan nota yang memintanya untuk tidak mengikutinya.

Bab 6: Pengembaraan Cahaya (第6章「さすらいの太陽」, Dai Roku-shō 'Sasurai no Taiyō')[]

Episod 6-0: Pembukaan (エピソード6-0「オーバチュア=序曲」, Episōdo 6-0 'Ōbachua = Jokyoku')[]

Di kawasan Rupashika di Kutub Utara, Kepulauan Sevel (セーヴェル諸島, Sēveru Shotō), Peguila muncul dan bertarung dengan Orb, namun tewas. Juggler mengutip Kad Kaiju Peguila dan menuju ke Jepun untuk membangkitkan semula Maga-Basser. Dengan menaiki trak penyejuk beku, Gai pergi ke Tokyo. Siri TV bermula di sini.

UltramanOrbPoster

Bab 7: 'Serangan Balas Penyihir Angkasa Murnau, Kembalinya Sadis' (第7章「宇宙魔女賊ムルナウの逆襲・サデスの帰還」, Dai Nana-shō 'Uchū Majo Zoku Murunau no Gyakushū・Sadesu no Kikan')[]

Rencana utama: Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!
OrbMoviePoster3

Bab 8: 'Raksasa Ganas Langit Super Desastro' (第8章「超空大凶獣デザストロ」, Dai Hachi-shō 'Chō Kū Daikyō-jū Dezasutoro')[]

Orb dan Zero cuba mencari Desastro, namun mereka ditarik ke dunia lain oleh jurang dimensi yang diciptakannya. Mereka membantu Xio dan Ultraman X untuk menewaskan raksasa tersebut.

Bab 9: 'Utusan Penyihir Alam Akhirat' (第9章「冥府魔道の使者」, Dai Kyū-shō 'Meifu Madō no Shisha')[]

Rencana utama: Ultra Fight Orb
UltraFightOrbPoster

Bab 10: 'Burung Pengembara, Pergilah Ke Langit' (第10章「渡り鳥、宇宙そらを行く」, Dai Jū-shō 'Wataridori, Sora wo Iku')[]

Gai kembali ke Puncak Pahlawan dan menerima misi baru. Juggler mengikutinya, diikuti oleh Biranki. Pertarungan masih berterusan.

Terjemahan Penuh[]

Rencana utama: Ultraman Orb Chronicle/Terjemahan Penuh

Trivia[]

  • Banyak perkara dalam Chronicle ini mendapat inspirasi daripada perbandingan kehidupan sebenar:
    • Tajuk dan plot Bab 3 (Lelaki Yang Mencuri Lohong Hitam) diilhamkan daripada filem The Man Who Stole The Sun (Lelaki Yang Mencuri Matahari).
    • Asal usul Maga-Orochi dari Raksasa Galaksi mungkin merujuk kepada Orochi, sebuah galaksi letupan bintang/raksasa sebenar.
    • Ishtal yang berubah menjadi Bukit Kematian selepas perang sains purba yang dikatakan berlaku adalah setaraf dengan Mohenjo-Daro, yang juga dikenali sebagai Mound of the Dead.
    • Letupan Besar Rusalka diambil inspirasi daripada peristiwa Tunguska.
    • Tasik Lake mempunyai perbezaan satu huruf sahaja dengan Tasik Baikal yang sebenar dalam kehidupan nyata.
    • Misteri Segi Tiga Burlesque mempunyai persamaan dengan kehilangan misteri yang berlaku di Segi Tiga Bermuda.
    • Sektor 51, sebuah organisasi rahsia yang menyiasat UFO dan makhluk asing, merujuk kepada Area 51.
    • Penampakan UFO di Rockwez, Sarajevo Baru mungkin diilhamkan oleh Kejadian UFO Roswell.
    • Makhluk Asing Tiga Meter mungkin merujuk kepada Flatwoods Monster.
  • Nama dua lokasi dalam latar cerita ini mungkin yang berasal daripada bahasa Melayu/Indonesia yang diubahsuai iaitu:
    • Planet Ganun Api kedengaran sangat mirip dengan "Gunung Api".
    • Kemati Buki mungkin merupakan pengubahsuaian daripada frasa "Bukit Kematian".
      • Nama ini mungkin dipilih sebagai jenaka berdasarkan fakta bahawa Ultraman Tiga, penyegel Magatanothor, dikenali secara meluas dengan salah terjemahan namanya sebagai "Ultraman Three" dalam bahasa-bahasa tersebut.
  • Nama samaran Jugglus Juggler 'Nuru Ra Hotep' berasal daripada gabungan dua nama lain; yang pertama ialah Nyarlathotep (makhluk menakutkan daripada karya H.P. Lovecraft, yang serupa dengan Gatanothor/Ghatanothoa, manakala yang kedua Imhotep (seorang tokoh Mesir Purba yang dipercayai arkitek piramid bertingkat dan menjadi inspirasi nama antagonis utama dalam filem The Mummy).
  • Nama Count Orlok mungkin berasal daripada watak dengan nama yang sama dalam filem Nosferatu.
Sastera
Showa Ultraman (Operation Gold Rush, Umezu, Nohara, Kazumine, Operation Giant) | Ultraseven (The Targeted Star, Kuwata, Kazumine) | Return of Ultraman | Ultraman Great Fierce Battle | Ultraman Ace | Ultraman Taro (Uchiyama, Ishikawa) | Ultraman Leo | Mirrorman | The・Ultraman | Ultra Brothers Story | The☆Ultraman | Ultraman 80 | Decisive Battle! Brothers | Ultra Super Legends
Heisei Ultraman Great (Manga, Novel) | The Great Battle III | Ultraman: Super Fighter Legend | Gridman the Hyper Agent: The Demon King's Counterattack | Mirrorman: The Mirror Apocalypse | Ultraman Tiga (Forest of the White Fox, Kiriel-Bito) | Ultraman Dyna (Star of Peace・The・Other) | Ultraman Gaia (The Day Algona Arrived, Superhuman Legend) | TPC Chronology | Heisei Ultraseven (Ultraseven EPISODE: 0, Ultraseven EVOLUTION) | Ultraman THE FIRST | Ultra Q dark fantasy (Manga, Novel) | Ultraman THE NEXT | Ultraman Nexus (Manga, "N" THE OTHER, Second Coming -Dreams-) | Ultraman Story 0 | Ultraman Max | Ultraman Mebius (Anderes Horizont, Fight! Ultra Brothers, Armored Darkness) | Mega Monster Battle: Ultra Adventure | Ultra Monster Kattobi! Land | Ultraseven X | Ultra Ninpocho | Ultra Idemitsujin | Ultraman Sisters | Ultraman: Another Genesis | ULTRAMAN | Seven Queu: Lovely Idol | Ultra Monster Anthropomorphic Project (Novels, Galaxy Days, POP, Ultra Journey, The Beginning Stories) | TSUBURAYA×HAYAKAWA (Return to Tatara Island: Ultra Monster Anthology, Ultraman Dual, Ultraman F, Ultraman Dual 2) | Ultraman Orb Chronicle | Ultraman R/B (Ultraman R/B The Movie Novelization, Ultraman R/B Novel) | TDG: Adventure in Hyperspace
Reiwa SSSS.GRIDMAN Short Story: Diamond in the Notebook | Ultraman Tiga: To the Shining Ones | SSSS.GRIDMAN NOVELIZATIONS | SSSS.GRIDMAN: Neon Genesis Junior High Student Diary | Hime and Samurai | ULTRAMAN SUIT ANOTHER UNIVERSE | Ultraman Dyna: Zero Drive Towards Tomorrow | Anime ULTRAMAN Novel | Ultraman Taiga Novel | SSSS.GRIDMAN ANOTHER LOAD | SSSS.GRIDMAN: Neon Genesis Junior High Students Butler Cafe | Sengoku Gridman | Ultimate Force Zero ~Side Story~ | Diaclone VS. Gridman | Fight! Sevenger | DARKNESS HEELS ―Lili― | Mirrorman 2D | Jugglus Juggler Chronicle: Ja no Michi wa Hebi | Another Gene | SSSS.DYNAZENON CHRONICLE | Gridman Dogma | What is the power to end conflicts?‎ | GRIDMAN UNIVERSE | Ultraman Blazar | Ultraman: Along Came a Spider-Man | Mighty Jack: THE SHADOW FORCE
Antarabangsa Ultraman (Ultracomics) | Ultraman (Nemesis Comics) | Ultraman Tiga | Redman | The Rise of Ultraman | The Trials of Ultraman | Dinosaur Great War Izenborg: The Dinosaur Army | The Mystery of Ultraseven | Ultraman: The Official Novel of the Series | Ultraman X Avengers | Ultraseven: The Official Novel of the Series | Ultraman: The Adventure Begins Novelization | Ultraman: Ultra Academy
Advertisement