Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement
Ultra Rider
Kandungan halaman atau bahagian berikut dianggap sebagai bukan kanon atau bukan sebahagian daripada kanon utama. Peristiwa yang dipaparkan mungkin sebenarnya tidak berlaku/wujud dalam alam semesta.



Ultraman Orb: The Chronicle (ウルトラマンオーブ THE CHRONICLEクロニクル, Urutoraman Ōbu Za Kuronikuru) ialah sebuah siri yang mengimbas semula pengembaraan Ultraman Orb dari siri Ultraman Orb hinggalah Ultra Fight Orb. Gai Kurenai, iaitu bentuk manusia Ultraman Orb berperanan sebagai pengacara bagi siri ini. Episod 22-25 menampilkan Gai menyaksikan beberapa pertarungan para pendahulunya.[1]

Episod[]

  1. Bertarunglah! Ultraman Orb! (戦え! ウルトラマンオーブ!, Tatakae! Urutoraman Ōbu): Gai Kurenai memperkenalkan dirinya dan memaparkan tiga bentuk Fusion Up pertama Orb, bersama beberapa pertarungan dan kuasa para Pahlawan Ultra terdahulu.
  2. Pengembara Senja - Perlanggaran! Maga-Basser (夕陽の風来坊 激突! マガバッサー, Yūhi no Fūraibō Gekitotsu! Maga Bassā): Anggota SSP, Naomi, Jetta dan Shin menyiasat satu puting beliung besar yang melanda bandar setelah melihat seekor burung gergasi. Setibanya mereka di lokasi, muncul satu lagi gergasi…
  3. Raja Raksasa Tanah - Ancaman Maga-Grand King! (土塊の魔王 マガグランドキングの脅威!, Tsuchikure no Maō Maga Gurando Kingu no Kyōi!): Serangkaian kehilangan berlaku serentak di bandar. Ketika Shin menyiasat kejadian itu, Jugglus Jugglermembebaskan Maga-Grand King.
  4. Perairan Raksasa - Tewaskan Maga-Jappa! (怪獣水球 マガジャッパを倒せ!, Kaijū Suiki Maga Jappa wo Taose!): Bekalan air di bandar mula tercemar apabila Gai mendapati ia adalah angkara satu lagi Raksasa Raja, Maga-Jappa.
  5. Serangan Maga-Pandon! - Berhati-hati dengan Api di Musim Panas (マガパンドン襲来! 真夏の空に火の用心, Maga-Pandon Shūrai Manatsu no Sora ni Hinoyōjin): Suhu kawasan meningkat apabila seekor raksasa dalam bentuk matahari memanaskan kawasan itu. Ultraman Orb membawanya ke luar angkasa sebagai penyelesaian sementara sehingga dia kehabisan tenaga dan cedera parah. Semasa dia cedera, SSP mencari cara untuk mengalahkan musuh itu.
  6. Hati Yang Takkan Lari - Hurricane Slash Tiba! (逃げない心 ハリケーンスラッシュ参上!, Nigenai Kokoro Harikēn Surasshu Sanjō): Naomi menerima panggilan daripada seorang gadis awam yang mendakwa sedang mengejar makhluk asing. Setelah mengikutinya, ternyata itu adalah perangkap dan individu tersebut sebenarnya ialah Alien Zetton yang menyamar yang menggelar dirinya Maddock. Dia sedang menyembunyikan Hyper Zetton di dalam sebuah bangunan. Gai yang mendengar mesej yang dihantar kepada Jetta mengenai gadis awam tersebut menggunakan data lokasi dalam telefon Naomi untuk menjejakinya dan bergegas menyelamatkan Naomi.
  7. Pertempuran Sengit! Pertarungan Fusion Up! (激闘! フュージョンアップファイト!, Gekitō! Fyūjon Appu Faito!): Gai mempamerkan kuasa bentuk-bentuk selebihnya bersama dengan kuasa para Pahlawan Ultra yang dipinjam olehnya.
  8. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds! Bab 1: Kembalinya Sadis (劇場版ウルトラマンオーブ 絆の力、おかりします! 『第1章 サデスの帰還』, Gekijōban Urutoraman Ōbu Kizuna no Chikara, Okarishimasu! Dai 1-shō Sadesu no Kikan): Gai Kurenai kembali selepas perjalanan yang panjang dan berdepan dengan ancaman musuh lama - Alien Gapiya Sadis.
  9. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds! Bab 2: Serangan Balas Penyihir Angkasa Murnau (劇場版ウルトラマンオーブ 絆の力、おかりします! 『第2章 宇宙魔女賊ムルナウの逆襲』, Gekijōban Urutoraman Ōbu Kizuna no Chikara, Okarishimasu! Dai 2-shō Uchū Majo Zoku Murunau no Gyakushū)
  10. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds! Bab 3: Generasi Baru (劇場版ウルトラマンオーブ 絆の力、おかりします! 『第3章 新たなる世代』, Gekijōban Urutoraman Ōbu Kizuna no Chikara, Okarishimasu! Dai 3-shō Aratanaru Sedai)
  11. Hati Babarue - Blues Penyamar (ババルウの心 ニセモノのブルース, Babarū no Kokoro Nise Mono no Burūsu): Don Nostra, ahli Planet Invasion Union menghantar Alien Babarue ke Bumi dan menyamar sebagai Ultraman Orb untuk menghancurkan bandar. Tetapi rancangan mereka hancur apabila munculnya raksasa yang mengganggunya, lalu membuatkan Orb Palsu itu mengalahkannya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Jetta menemuinya dan menganggapnya sebagai identiti rahsia Orb.
  12. Alamak! Mak Datang! - Kebangkitan Maga-Orochi (大変! ママが来た!復活のマガオロチ, Taihen! Mama ga kita! Fukkatsu no Maga Orochi): Naomi meminta pertolongan Gai untuk menemaninya ketika dia berjumpa dengan ibunya, tetapi pertemuan mereka terganggu apabila Juggler didedahkan masih hidup dan menjelaskan rancangan barunya. Kini, dia memiliki kesemua Kad Kaiju Raja Raksasa dan Ultra Fusion Card Ultraman Belial.
  13. Rahmat Raja Kegelapan - Lahirnya! Thunder Breastar (黒き王の祝福 誕生!サンダーブレスター, Kuroki Ō no Shukufuku Tanjō! Sandā Buresutā): Setelah Ultraman Orb tewas dan kadnya dicuri, Maga-Orochi mengamuk di tengah bandar dan menghancurkan semuanya. Dengan bantuan Puteri Tamayura, Gai diberikan kad baru iaitu kad Zoffy dan kad Ultraman Belial.
  14. Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan - Pertarungan yang Sukar! Zeppandon! (忘れられない場所 大苦戦! ゼッパンドン!, Wasurenai Basho Dai Kusen! Zeppandon!): Gai dihantui rasa bersalah kerana hampir membunuh Naomi dan keyakinannya sebagai seorang Pahlawan Ultra hancur. Juggler pula mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan ancaman yang lebih dahsyat. Mustahil untuk Gai menang tanpa menggunakan kuasa Thunder Breastar, tetapi dia mungkin akan menggunakan kuasa kegelapannya sekali lagi.
  15. Pedang Suci Muncul Kembali - Bangkit! Orb Origin!! (復活の聖剣 覚醒せよ! オーブオリジン!!, Fukkatsu no Seiken Kakuseseyo! Ōbu Orijin!!): Ultraman Orb tidak setanding dengan Zeppandon, walaupun dengan menggunakan Thunder Breastar. Walau bagaimanapun, Naomi telah memberikan Gai harapan baru dan keberanian untuk percaya pada diri sendiri dan akhirnya mengembalikan dia kepada bentuk asalnya, Orb Origin.
  16. Lelaki Berhati Batu - Hari Panjang Shibukawa (ハードボイルドリバー シブカワの長い一日, Hādo Boiru Ribā Shibukawa no Nagai Ichinichi): Shibukawa Ittetsu tidak dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya kerana kesibukan bekerja, maka SSP dan anak perempuannya merancang untuk mengekorinya sewaktu dia bekerja untuk mencari tahu apa yang dia lakukan kebelakangan ini.
  17. Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta - Misteri! Organisma Piring Terbang Nova (地図にないカフェ  怪奇! 円盤生物ノーバ, Chizu ni nai Kafē Kaiki! Enban Seibutsu Nōba): Kafe Black Star yang tidak wujud dalam mana-mana peta, menyajikan kopi yang menyelerakan. Apabila SSP melawat, mereka mendapat tahu bahawa pemilik dan pelanggan tetapnya bukan manusia.
  18. Pedang Kegelapan - Orb Menentang Juggler (闇の刃 オーブ対ジャグラー, Yami No Yaiba Ōbu tai Jagurā): Juggler akhirnya memutuskan untuk menamatkan persaingannya dengan Gai, tetapi melalui cara yang kasar.
  19. Raja Raksasa Menyerang Kembali - Magatano-Orochi! (逆襲の超大魔王獣マガタノオロチ!, Gyakushū no Chō Dai Mao-Jū Magata no Orochi!): Maga-Orochi telah dilahirkan semula dalam bentuk penuhnya, Magatano-Orochi, Pelahap Dunia legenda.
  20. Pengembaraan Cahaya - Pertarungan Terhebat Bumi! (さすらいの太陽 地球最大の決戦!, Sasurai no Taiyō Chikyū Saidai no Kessen!): Magatano-Orochi akhirnya dikalahkan dengan kuasa cahaya, kegelapan dan persahabatan. Gai berlalu pergi untuk meneruskan pengembaraannya yang lain.
  21. Ultra Fight Orb - Pinjamkan Saya Kuasa Ayah dan Anak! (ウルトラファイトオーブ 親子の力、おかりします!, Urutora Faito Ōbu Oyako no Chikara, Okarishimasu!): Seorang ahli sihir hantu yang boleh memanipulasi jiwa mana-mana raksasa muncul, dengan niat untuk memerintah alam semesta. Dengan musuh baharu yang boleh memanipulasi jiwa raksasa, Ultraman Orb dan Ultraman Zero muncul untuk menghalangnya.
  22. Pertarungan Sengit di Sinar Fajar - Ginga dan Victory! (朝焼けの死闘 ギンガ&ビクトリー!, Asayake no Shitou Ginga to Bikutorī!): Lima raksasa bergabung menjadi Five King. Serangan Ginga dan Victory gagal. Para Ultra menghilang ketika Android One Zero mula mengorbankan diri dan berusaha menghancurkan markas UPG.
  23. Pedang Kemenangan - Pertarungan Sengit! Ultraman X (勝利への剣 激闘! ウルトラマンエックス, Shōri e no Tsurugi Gekitō! Urutoraman Ekkusu): Gina Spectre mampu membuka lubang cacing ke dunia lain dan melalui salah satunya, dia membawa Sho yang ditawan bersama Arisa, anggota UPG yang tidak diketahui (dari Ultraman Ginga S). Kini, Daichi dan yang lain harus mencari Sho dan menghentikan Gina Spectre yang menggunakan tenaga Dark Thunder untuk kepentingannya.
  24. Langit Gemilang dan Tanah di Bawahnya - Berkumpul! Tiga Ultraman Hebat! (光る大空、繋がる大地 集結! 3大ウルトラマン!, Hikaru Ōzora, Tsunagaru Daichi Shūketsu! San Dai Urutoraman!): Dibebaskan oleh Daichi dan Xio serta bergabung dengan Hikaru Raido yang telah mengalahkan pasukan Spectre di dunia UPG, Sho mengajarkan Daichi beberapa teknik pedang untuk bertarung dengan lebih baik.
  25. Leo Beradik vs Raksasa Beradik - Apabila Mata Singa Bersinar! (レオ兄弟対兄弟怪獣 獅子の瞳が輝くとき!, Reo Kyōdai Tai Kyōdai Kaijū Shishi no Hitomi ga Kagayaku Toki!): Apabila raksasa beradik menyerang Tokyo, Leo teringat peristiwa kehilangan adiknya sendiri, Astra. Tetapi Astra mungkin tidak sebenarnya hilang.
  26. Menyampaikan Hajat Orb! - Wira Baharu Muncul! (届けオーブの祈り! 新たなる英雄ヒーロー登場!, Todoke Ōbu no Inori! Aratanaru Hīro Tōjō): Gai kembali ke Planet O-50, di mana cincin cahaya di puncak Puncak Pahlawan memberitahunya tentang kemunculan dua wira baru.

Pelakon[]

  • Gai Kurenai (クレナイ・ガイ, Kurenai Gai): Hideo Ishiguro (石黒 英雄, Ishiguro Hideo)
  • Suara Cahaya (光の声, Hikari no Koe): Takahiro Sakurai (櫻井 孝宏, Sakurai Takahiro)
  • Katsumi Minato (湊 カツミ, Minato Katsumi): Yuya Hirata (平田 雄也, Hirata Yūya)
  • Isami Minato (湊 イサミ, Minato Isami): Ryosuke Koike (小池 亮介, Koike Ryōsuke)

Muzik[]

Tema Pembukaan
Orb no Inori
Lirik & Komposisi: Toshihiko Takamizawa
Penyusunan: Toshihiko Takamizawa dan Yuichiro Honda
Artis: Ichiro Mizuki dan voyager (menampilkan May J. (episod 8-26))
Tema Dimasukkan
HERO[2]
Lirik: May J., Risa Horie
Komposisi: May J., Sho Kamijo
Penyusunan: Sho Kamijo
Artis: May J.

Galeri[]

Trivia[]

  • Episod 1 merupakan versi yang disemak semula dari Episod Khas sebelum siri Ultraman Orb.
  • Tajuk kebanyakan episod sama dengan tajuk utama dalam siri, dengan beberapa perkataan tambahan.
    • Tajuk episod 8 dan 9 diambil dari tajuk bab ke-7 dalam Ultraman Orb Chronicle, "Bab 7: 'Serangan Balas Penyihir Angkasa Murnau, Kembalinya Sadis' (第7章「宇宙魔女賊ムルナウの逆襲・サデスの帰還」, Dai Nana-shō 'Uchū Majo Zoku Murunau no Gyakushū・Sadesu no Kikan')"
    • Ayat tambahan dalam tajuk episod 16, iaitu "Hari Panjang Shibukawa" merupakan tajuk asal untuk episod tersebut dalam siri.
  • Seperti Ultraman Zero: The Chronicle sebelum ini, pembukaan siri ini merupakan versi kemas kini dari lagu tema Ultra yang membintangi sirinya, Orb no Inori yang dinyanyikan oleh May J., yang juga menyanyikan lagu penamat siri ini serta lagu tema Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!.
    • Versi asal lagu tersebut dimainkan dalam episod 1 hingga 7, manakala versi baru dimainkan dari episod 8 hingga episod akhir.
  • Pada masa siarannya, terdapat dua tayangan berasingan bagi siri Ultraman Orb di Saluran YouTube Tsuburaya iaitu siri ini sendiri dan juga alih suara Bahasa Mandarin untuk siri utama yang ditujukan kepada penonton Taiwan.
  • Siri ini merujuk kepada elemen-elemen yang terdapat dalam Ultraman Orb Chronicle sebanyak beberapa kali.
  • Dalam episod 21, siaran ulangan Ultra Fight Orb mempunyai banyak adegan yang dipotong disebabkan oleh kekangan masa. Antara adegan yang dipotong ialah:
    • Banyak adegan di mana Gai melihat penglihatan Emerium Slugger.
    • Pengembaraan Zero di Planet Yomi dan kemunculan Juda Specter di hadapannya.
    • Giga Battlenizer ketika ia menghilang.
    • Seluruh epilog.
    • Banyak lagi adegan sampingan yang lain.

Video[]

Pautan luar[]

Rujukan[]

Produksi
Siri Showa Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80
Siri Heisei Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B
Siri Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Di Luar Jepun Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising
Original Video dan TV Special Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone
Filem Showa Ultraman: Monster Movie Feature | Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story
Filem Heisei Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Super 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie
Filem Reiwa Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie | Ultraman Arc The Movie
Spin-off Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero vs. Darklops Zero | Q - Door to Another Dimension | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | The Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | Ultraseven IF Story | SKaRD Break Room
Siri Pengulangan Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars
Informasi Ultraman The Prime | ULTRAMAN ARCHIVES | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Ultra Information Center | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultra Construction Tour | THE ORIGIN OF ULTRAMAN | Ultraman 4K Discovery
Dokudrama Fly in the Sea Breeze! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen
Siri dan Filem Lain Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wres no Hoshi Azteckaiser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight
Anime The☆Ultraman | Ultraman Kids | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2: The Great Happy Operation | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE
Isi Kandungan Diharamkan Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman
Advertisement