Ultraman Wiki
Advertisement


0. Ultraman Orb Episod Khas (ウルトラマンオーブ直前スペシャル, Urutoraman Ōbu Chokuzen Supesharu)

Sinopsis: Penerangan ringkas siri Ultraman Orb oleh Gai Kurenai. Sepanjang episod ini, Gai bercerita serba sedikit tentang siri ini sebelum beralih kepada tiga bentuk pertama Ultraman Orb: Spacium Zeperion, Burnmite dan Hurricane Slash dengan mengkaji Wira Ultra yang digunakan untuk setiap bentuk, sambil melihat melalui media lampau Siri Ultraman, termasuk babak asal Jack menentang Alien Nackle. Episod ini berakhir dengan pratonton babak episod berikutnya dan bentuk baru Ultraman Orb.

1. Pengembara Senja (夕陽の風来坊, Yūhi no Fūraibō)

Sinopsis: Raksasa muncul di bandar di mana SSP tinggal di mana tiga sahabat yang memiliki laman sesawang tentang kejadian luar biasa. Mereka cuba merekodkan makhluk yang menyebabkan malapetaka dan kejadian puting beliung di seluruh bandar, sementara Ultraman Orb dalam bentuk manusianya sebagai Gai tiba untuk mengalahkan raksasa itu dan menyelamatkan bandar.

Kaiju: Maga-Zetton, Maga-Basser

2. Raja Raksasa Tanah (土塊の魔王, Tsuchikure no Maō)

Sinopsis: Bangunan demi bangunan tiba-tiba tenggelam ke dalam tanah, maka SSP menyiasat mengapa bangunan-bangunan tenggelam dan mendapati bahawa penyebabnya ialah Maga-Grand King.

Kaiju: Maga-Grand King

3. Perairan Raksasa (怪獣水域, Kaijū Suiki)

Sinopsis: Air di sekitar kawasan tiba-tiba mengeluarkan bau yang kurang enak menyebabkan semua kolam renang dan bilik mandi ditutup. SSP memutuskan untuk menyiasat punca berlakunya hal tersebut.


Kaiju: Maga-Jappa

4. Berhati-hati dengan Api di Musim Panas (真夏の空に火の用心, Manatsu no Sora ni Hinoyōjin)

Sinopsis: Suhu kawasan meningkat apabila seekor raksasa dalam bentuk matahari memanaskan kawasan itu. Ultraman Orb membawanya ke luar angkasa sebagai penyelesaian sementara sehingga dia kehabisan tenaga dan cedera parah. Semasa dia cedera, SSP mencari cara untuk mengalahkan musuh itu.

Kaiju: Maga-Pandon

5. Hati Yang Takkan Lari (逃げない心, Nigenai Kokoro)

Sinopsis: Naomi mendapat panggilan daripada seorang gadis yang sedang mengekori makhluk asing. Selepas mengekorinya, rupa-rupanya adalah sebuah perangkap yang dirancang oleh Alien Zetton yang menyamar sebagai gadis tersebut dan menggelarkan dirinya sebagai Maddock. Dia menyembunyikan Hyper Zetton di dalam sebuah bangunan. Gai mendengar mesej yang dihantar kepada Jetta mengenai gadis itu, kemudian menggunakan data lokasi pada telefonnya untuk mencarinya dan menyelamatkan Naomi.

Kaiju: Alien Zetton Maddock, Hyper Zetton Deathscythe

6. Hutan Terlarang (入らずの森, Hairazu no Mori)

Sinopsis: SSP mendengar laporan mengenai penampakan UFO di sebuah hutan yang kononnya tidak ada sesiapa pun yang pernah berjaya keluar daripadanya dan turut dipercayai berhantu.

Kaiju: Alien Mefilas Nostra, Alien Nackle Nagus, Alien Metron Tarude, Aribunta

7. Hari Esok Yang Dilitupi Kabus (霧の中の明日, Kiri no Naka no Ashita)

Sinopsis: Seorang wanita mengalami mimpi tentang setiap raksasa yang dilawan oleh Ultraman Orb dan sering bermimpi akan raksasa yang akan muncul pada keesokan harinya. Pada suatu hari, dia bermimpi bahawa Ultraman Orb akan tewas dalam pertarungan seterusnya dan percaya bahawa takdir itu tidak mungkin diubah. Namun, mampukah Gai meyakinkannya bahawa takdir boleh diubah?

Kaiju: Hoe

8. Ikan Duyung Bandar (都会の半魚人, Tokai no Hangyojin)

Sinopsis: Kesemua ikan di kawasan itu habis terjual dan SSP membuat spekulasi bahawa terdapat makhluk yang memakan semua ikan tersebut. Sementara itu, seorang lelaki menyembunyikan dua Ragon di kedainya dan melindungi mereka daripada pengetahuan orang ramai.

Kaiju: Ragon, Gubila

9. Blues Penyamar (ニセモノのブルース, Nisemono no Burūsu)

Sinopsis: Don Nostra, ahli Planet Invasion Union menghantar Alien Babarue ke Bumi dan menyamar sebagai Ultraman Orb untuk menghancurkan bandar. Tetapi rancangan mereka hancur apabila munculnya raksasa yang mengganggunya, lalu membuatkan Orb Palsu itu mengalahkannya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Jetta menemuinya dan menganggapnya sebagai identiti rahsia Orb.

Kaiju: Alien Nackle Nagus, Alien Babarue Babaryu, Telesdon, Kelbim

10. Kematian Juggler! (ジャグラー死す, Jagurā Shisu)

Sinopsis: Sebagai pertukaran untuk pemilikan berharga Don Nostra, kad Ultraman Belial, Juggler membuat tawaran terakhirnya untuk mengalahkan Ultraman Orb. Walau bagaimanapun, dia mendahului Juggler dan menghantar Alien Nackle untuk menghapuskannya.

Kaiju: Alien Nackle Nagus, Alien Mefilas Nostra, Black King

11. Alamak! Mak Datang! (大変!ママが来た!, Taihen! Mama ga Kita!)

Sinopsis: Naomi meminta pertolongan Gai untuk menemaninya ketika dia berjumpa dengan ibunya, tetapi pertemuan mereka terganggu apabila Juggler didedahkan masih hidup dan menjelaskan rancangan barunya. Kini, dia memiliki kesemua Kad Kaiju Raja Raksasa dan Ultra Fusion Card Ultraman Belial.

Kaiju: Maga-Orochi

12. Rahmat Raja Kegelapan (黒き王の祝福, Kuroki Ō no Shukufuku)

Sinopsis: Setelah Ultraman Orb tewas dan kadnya dicuri, Maga-Orochi mengamuk di tengah bandar dan menghancurkan semuanya. Dengan bantuan Puteri Tamayura yang memberikan kad baru iaitu kad Zoffy dan kad Ultraman Belial kepada Gai, dia perlu memutuskan untuk menggunakan kuasa kad kegelapan itu atau tidak demi untuk menang.

Kaiju: Maga-Orochi

13. Pembersihan Hati (心の大掃除, Kokoro no Daisōji)

Sinopsis: SSP membersihkan pejabat mereka sambil berbual tentang pengembaraan mereka sebelumnya dan pertemuan mereka dengan Ultraman Orb dan pelbagai raksasa dan makhluk asing.

Kaiju: Alien Metron Tarude

14. Amukan Keadilan (暴走する正義, Bōsō Suru Seigi)

Sinopsis: SSP membantu sekumpulan pekerja di mata air untuk membina mesin VTL, namun tiba-tiba sebuah robot gergasi muncul dari portal di langit. SSP menamakannya sebagai Galactron. Ia bangkit dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk dengan kenyataan bahawa tujuannya adalah untuk keadilan di Bumi.

Kaiju: Galactron

15. Never Say Never (ネバー・セイ・ネバー, Nebā Sei Nebā)

Sinopsis: Gai gagal menghentikan amukan Galactron dan menyelamatkan Naomi yang terperangkap. Akhirnya demi menghentikan Galactron dari terus mengamuk, dia mengambil keputusan untuk menggunakan Thunder Breastar lagi.

Kaiju: Galactron

16. Tempat Yang Tak Dapat Dilupakan (忘れられない場所, Wasurerarenai Basho)

Sinopsis: Gai dihantui rasa bersalah kerana hampir membunuh Naomi dan keyakinannya sebagai seorang Pahlawan Ultra hancur. Juggler pula mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan ancaman yang lebih dahsyat. Mustahil untuk Gai menang tanpa menggunakan kuasa Thunder Breastar, tetapi adakah dia akan menggunakan kuasa kegelapannya sekali lagi?

Kaiju: Zeppandon

17. Pedang Suci Muncul Kembali (復活の聖剣, Fukkatsu no Seiken)

Sinopsis: Ultraman Orb tidak setanding dengan Zeppandon, walaupun dengan menggunakan Thunder Breastar. Walau bagaimanapun, Naomi telah memberikan Gai harapan baru dan keberanian untuk percaya pada diri sendiri dan akhirnya mengembalikan dia kepada bentuk asalnya, Orb Origin!

Kaiju: Zeppandon

18. Lelaki Berhati Batu (ハードボイルドリバー, Hādo Boirudo Ribā)

Sinopsis: Shibukawa Ittetsu tidak dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya kerana kesibukan bekerja, maka SSP dan anak perempuannya merancang untuk mengekorinya sewaktu dia bekerja untuk mencari tahu apa yang dia lakukan kebelakangan ini.

Kaiju: Bemular (Empowered), Alien Shaplay, Alien Zelan

19. Kejahatan Di Dalam Saya (私の中の鬼, Watashi no Naka no Oni)

Sinopsis: Semasa Naomi menghadiri pesta bujang, dia mendapati salah seorang daripada kawan lamanya akan berkahwin dengan pewaris Toto Hotel. Perkara ini menimbulkan rasa cemburu di dalam dirinya sehingga menyebabkan semangat Renki yang berdendam muncul.

Kaiju: Renki (Crimson Lotus Knight)

20. Picu Dendam (復讐の引き金, Fukushū no Hikigane)

Sinopsis: Ahli terakhir Planet Invasion Union, Alien Metron Tarude telah memuktamadkan pandangannya terhadap Jugglus Juggler untuk membalas dendam padanya atas pembunuhan Don Nostra dan Nagus.

Kaiju: Alien Metron Tarude (Round Launcher)

21. Gadis Bereben Biru (青いリボンの少女, Aoi Ribon no Shōjo)

Sinopsis: Satu lagi Hyper Zetton Deathscythe muncul serentak dengan seorang gadis pelik yang bereben biru.

Kaiju: Hyper Zetton Deathscythe (Reserver), Maya

22. Kedai Kopi yang Tiada dalam Peta (地図にないカフェ, Chizu ni nai Kafē)

Sinopsis: Kafe Black Star yang tidak wujud dalam mana-mana peta, menyajikan kopi yang menyelerakan. Apabila SSP melawat, mereka mendapat tahu bahawa pemilik dan pelanggan tetapnya bukan manusia.

Kaiju: Nova, Black Directive, Alien Pitt Myu

23. Pedang Kegelapan (闇の刃, Yami no Yaiba)

Sinopsis: Juggler akhirnya memutuskan untuk menamatkan persaingannya dengan Gai, tetapi melalui cara yang kasar.

Kaiju: Jugglus Juggler

24. Raja Raksasa Menyerang Kembali (逆襲の大魔王獣, Gyakushū no Dai Mao-Jū)

Sinopsis: Maga-Orochi telah dilahirkan semula dalam bentuk penuhnya, Magatano-Orochi, Pelahap Dunia legenda.

Kaiju: Magatano-Orochi, Telesdon, Gomess, Demaaga

25. Pengembaraan Cahaya (さすらいの太陽, Sasurai no Taiyō)

Sinopsis: Magatano-Orochi akhirnya dikalahkan dengan kuasa cahaya, kegelapan dan persahabatan. Gai berlalu pergi untuk meneruskan pengembaraannya yang lain.

Kaiju: Magatano-Orochi, Jugglus Juggler

Advertisement