Ultraman Nice merupakan seorang Ultra yang berasal dari Planet TOY-1 dalam siri "infomersial" (iklan mainan seminit) yang disiarkan ketika siri Ultraman Tiga disiarkan semula di Jepun pada tahun 1999. Ia yang mengiklankan pelbagai mainan Ultraman dari Bandai sebenarnya mempunyai jalan cerita dengan beberapa "tetamu kejutan". Dia juga mempunyai alter ego iaitu Dr. E.G. , seorang penunjuk cara permainan Ultra-E.G..
Sejarah[]
Ultraman Nice[]
Di sebuah dunia di mana Ultraman merupakan sekadar siri televisyen, seorang wira bagaimanapun wujud di dunia itu iaitu wira yang bernama Ultraman Nice. Seperti watak-watak dalam siri itu, Nice wujud untuk mempertahankan manusia dari amukan raksasa-raksasa jahat. Mengambil Ginga Yumeboshi yang merupakan naib kapten dalam pasukan GOKAZOKU sebagai hosnya, dia dipanggil untuk beraksi setiap kali Ginga memakan satu coklat dari Nice Dreamer yang terdapat di pergelangan tangannya.
Selain di dalam sirinya, Nice juga sering dilihat muncul di pertunjukan pentas sebagai watak sampingan dan berpasangan bersama seorang lagi Ultra parodi iaitu Ultraman Zearth.
Ultra-E.G.[]
Pada masa hadapan, pihak manusia mula menguasai raksasa-raksasa Ultra-E.G. yang asalnya merupakan Kaiju Ultra yang terperangkap dalam mainan berbentuk seperti telur oleh kumpulan misteri. Sebagai maklum balas kepada Dr. E.G., ketua penyelidik Ultra-E.G. muncul dan merancang untuk menjalankan kajian lanjutan tentang Ultra-E.G. ini. Dia seringkali menafikan identiti sebenarnya sebagai Nice, tetapi dalam Tsuburaya All Monster Photobook telah mengesahkan identitinya.
Profil[]
Statistik[1][]
- Ketingian: 39 meter
- Berat badan: 39,000 tan
- Umur: 10,390 tahun
- Tempat asal: Planet TOY-1
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 3.9
- Kelajuan Berlari Maksimum: 390 kilometer per jam
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: N/A
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: 39 kilometer per jam
- Ketinggian Melompat Maksimum: 390 meter
- Kekuatan Lengan: 78,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 39,000 tan
- Had Masa: 1 minit
Transformasi[]
- Nice Dreamer: Sebuah bekas mini yang berupa jam tangan yang dipenuhi dengan coklat. Ginga Yumeboshi akan mengambil dan memakan satu coklat dari dalam bekas itu untuk bertukar menjadi Ultraman Nice. Apabila dia memakannya, dia akan berpusing dan bertukar menjadi Nice lalu membesar menjadi saiz gergasi.
Senjata[]
- E.G. Scanner: Sebagai Dr. E.G., Nice memiliki sebuah senjata dan menggunakannya bersama dengan mana-mana mainan E.G. untuk menembak letupan tenaga yang mengandungi kuasa yang serupa dengan E.G. yang telah dipasang.
Teknik[]
Khas[]
- Very Nice Beam: Merupakan serangan pancaran Nice. Nice menggayakan lengannya dalam bentuk "X" dan memiringkan kepalanya ke kiri sebelum menembak pancaran berwarna pelangi yang kuat dari lengannya. Ia boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan.
- Millennium Cross: Versi tingkatan bagi Very Nice Beam di mana Ultraman Nice mengecas Millennium Cross untuk menghapuskan musuh-musuhnya.
- Millennium Shot: Apabila perlu, Ultraman Nice boleh menembak tenaga letupan berbentuk panah api dari tangannya yang akan menghasilkan letupan kecil.
Fizikal[]
- Pu-Pu-Punch: Serangan tumbukan yang agak lemah. Digunakan terhadap Alien Zagon.
- Pu-Pu-Pu-Punch: Serangan tumbukan bertubi-tubi yang lebih kuat menggunakan kedua-dua tangannya. Digunakan terhadap Momo Zagon.
- Ki-Ki-Kick: Serangan menendang. Berkesan digunakan terhadap Momo Zagon, tetapi ia gagal terhadap Tabu Zagon.
- Pa-Pa-Patt: Serangan menghantukkan kepala.
- Cho-Cho-Chop: Serangan memotong ala-ala karate.
- Ju-Ju-Jump: Nice melompat dengan tinggi untuk melakukan Millennium Kick.
- A-ta-tack: Setelah melompat, Nice menggunakan serangan ini untuk melepaskan kekuatan yang ganas terhadap musuh.
- Millennium Kick: Ultraman Nice melompat ke udara dan menendang lawannya. Teknik ini digunakan terhadap Tabu Zagon.
Barang dagangan[]
Ultra Hero Series[]
Ultra Hero 500[]
Super Sofubi Battle Series[]
Galeri[]
Trivia[]
- Nice merupakan satu-satunya Ultra yang mana hos manusia memakan sesuatu untuk bertukar.
- Ini mungkin menunjukkan setelah hos manusianya kehabisan kesemua coklat dalam Nice Dreamer miliknya, dia akan tidak dapat bertukar lagi.
- Namun, melainkan jika Nice Dreamer miliknya mengisi semula coklat-coklat itu secara ajaib apabila dia kehabisannya.
- Ini mungkin menunjukkan setelah hos manusianya kehabisan kesemua coklat dalam Nice Dreamer miliknya, dia akan tidak dapat bertukar lagi.
- Nice merupakan Ultra parodi kedua selepas Zearth.
- Ultraman Nice memiliki had masa yang terpendek, iaitu dapat bertahan hanya seminit.
- Bunyi Pemasa Warna Ultraman Nice diubahsuai dari Pemasa Warna Ultraman Agul.
- Ultra kegemaran hos manusia Nice iaitu Ginga Yumeboshi ialah Ultraman Tiga. Apabila bertarung sebagai Ultraman Nice, sesetengah kemahiran bertarungnya diinspirasikan dari Ultraman Tiga.
- Alter ego Ultraman Nice, Dr. E.G. sering menafikan apabila orang lain mengenalinya sebagai Nice. Bagaimanapun dia telah disahkan ialah Nice dalam Tsuburaya All Monster Photobook.
- Telatahnya di pertunjukan pentas selalunya berakhir dengan dia berada dalam banyak masalah atau bahkan diusir oleh Ultra lain seperti Ultraman dan Ultraman Zero.
- Ultraman Nice merupakan Ultra yang bukan berasal dari Bumi yang mempunyai keluarga manusia, dengan seorang perempuan bernama Akimi sebagai isterinya, seorang anak perempuan bernama Cosmo dan seorang anak lelaki bernama Mirai. Walaupun begitu, tiada seorang dari mereka yang mengetahui identiti sebenarnya. Ia juga tidak diketahui sama ada Cosmo dan Mirai merupakan anak kandungnya atau anak angkatnya.
- Ultraman Nice dan Ultraman Zearth seringkali muncul bersama-sama di pertunjukan pentas Ultraman Land. Bahkan mereka juga membentuk sebuah pasukan komedi.
- Dia selalu mencuba untuk melakukan pertunjukan pentas tentang dirinya. Tetapi apabila dia dapat berbuat begitu, dia pasti akan menghancurkan pementasan itu.
- Dia selalu dilihat bersama rakannya, Pigmon yang dipanggilnya sebagai Pig-chan.