![]() |
Kandungan halaman atau bahagian berikut dianggap sebagai bukan kanon atau bukan sebahagian daripada kanon utama. Peristiwa yang dipaparkan mungkin sebenarnya tidak berlaku/wujud dalam alam semesta. |
"Generasi Baharu ini ialah dimensi baharu━━Rebutlah! Mesej
daripada masa hadapan! "- ―Slogan Siri
"Bersinar terang! ULTRA PRIDE! "
- ―Slogan Siri
"Satukan Tekadmu dan Bukalah Masa Hadapan! "
- ―Slogan Siri
"Jalinkan
ikatan baharu ! Genggam kuasa baharu! "- ―Slogan Siri
Ultraman New Generation Stars ialah sebuah siri yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, menampilkan Siri Ultraman Generasi Baru.[5][6] Siri ini terdiri daripada tiga musim yang disiarkan di antara entri utama Siri Ultraman sejak 2023.
Sinopsis[]
Musim 1[]
Kejahatan menghampiri Nebula M78 Tanah Cahaya! Serangan oleh entiti misteri memadamkan kenangan wira "Ultraman Generasi Baru". Walaupun ikatan yang telah lama terjalin antara Ultra Heroes dicabar, Negeri Cahaya menerima mesej yang dihantar dari masa depan, mempercayakan mereka dengan peranti baharu: Dimensionizer. Untuk mendapatkan semula Star Chronicles mereka yang hilang, sekali lagi Ultra Generasi Baharu bersatu untuk bangkit semula![6]
Musim 2[]
Mari kita jejaki rekod membanggakan pertempuran yang ditenun oleh Wira Generasi Baharu bersama Yuka!
Ahli sains genius Yuka Ohta menjejaki banyak pertempuran terkenal Wira Ultra yang telah mencetuskan semangat Ultra Pride, dan melalui penyelidikan ini, dia akan memperkasakan Perisai Udara Khas yang telah melalui pertempuran bersama Ultraman Z dan rakan-rakannya. ahli pasukan robot anti-raksasa STORAGE, Sevenger! … atau mungkin!?[1][7]
Musim 3[]
Pejuang terhormat Ultraman Z menerima mesej daripada Ultraman Zero, yang dikaguminya dan dianggap sebagai gurunya, dia pergi ke planet yang tidak diketahui.
Walaupun planet itu kelihatan lengang, dia menerima rekod pertempuran Wira Ultra dan, dalam sekelip mata, selepas dia mencapai cahaya misteri, dia mendapati yang dia memakai jubah Wira Ultra Generasi Baharu!
Dia mengikuti laluan Wira Ultra Generasi Baharu dan memulakan perjalanannya ke arah masa depan dan perkembangan peribadinya![3][4]
Musim 4[]
Ultraman Z, yang mempelajari tentang "ikatan antara Ultra" di Planet Ialim, dihantar oleh Ultraman Zero untuk misi baharu bersama Ultraman Geed!
Z dan Geed menuju ke tempat yang diarahkan oleh Zero, tetapi apabila mereka tiba, mereka menemui satu jasad tenaga yang misteri. Apabila Z menyentuhnya, perkataan "Gamedon," dan imej "Ultra merah" muncul di kepalanya.
Semasa Z dan Geed mengejar bola itu, "ikatan antara Ultra" baharu terbentuk antara Ultra Generasi Baharu. Kisah ikatan rentas dimensi bermula sekarang!
Episod[]
- Sejarah yang Hilang : Seseorang telah menghapuskan rekod Wira Ultra yang disimpan di Negeri Cahaya?! Ultraman Generasi Baharu menggunakan Dimensionizer, item yang dihantar dari masa hadapan untuk menjalinkan mereka antara satu sama lain, untuk cuba menerima mesej yang dihantar kepada mereka! Usaha baharu untuk menuntut semula sejarah Ultra bermula!
- Permulaan Ginga: Bandar Bintang Berjatuhan : Dalam usaha untuk mengesan semula akarnya, Ultraman Ginga menghantar tekadnya melalui Dimensionizer. Mengapa Ultraman Ginga mula bertarung untuk Bumi? Rahsia untuk membongkarkan ini tersembunyi dalam episod pertama Ultraman Ginga "Bandar Bintang Berjatuhan".
- Wahai Rakanku : Ultraman Ginga mengenang semula pertarungan yang pernah diharunginya. Mereka semua tidak bertarung sendirian. Mereka ialah Jean-Nine, Ultraman Victory, dan rakan Ultra yang lain untuk mengekalkan keamanan dunia. Jangan lepaskan pertempuran yang diharungi oleh para Wira Ultra!
- Sekutu dalam Pertarungan : Pasukan pertahanan Bumi bertarung bersama Wira Ultra dan menyokong mereka semasa bertarung. Terdapat juga Perisai Udara Khas STORAGE dan jentera super GUTS-Select. Ultraman Z mula mengenang semua yang telah bertarung bersama Wira Ultra.
- Bangun, Z! Wira yang Terakhir : Ultra Bersaudara adalah wira Negeri Cahaya. Di antara mereka, Ultraman Ace telah memberi impak yang besar kepada Ultraman Z. Pertarungan yang dia alami bersama Ultraman Ace mempunyai kepentingan khusus bagi Ultraman Z.
- Trigger Dalam Bahaya! Ancaman Keemasan : Ultraman Trigger dipanggil untuk mendapatkan bantuan dari Negeri Cahaya. Ia mengingatkan pertempuran dia melawan gergasi emas, musuh dari dimensi lain. Ultraman Trigger telah dikalahkan oleh ancaman tak terduga ini, tetapi pada waktu itu Ultraman Ribut datang untuk menyelamat.
- Rancangan Peningkatan Sevenger : Unit Perisai Udara Khas-1, Sevenger telah melalui banyak pertempuran. Ahli STORAGE, Yuka Ohta, diarahkan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan Sevenger. Adakah Yuka dapat menghasilkan idea yang baik dengan menonton rekod pertempuran masa lalu?
- Pencari Harta Karun Tiba : Sebuah robot misteri tiba-tiba muncul di hadapan Yuka. Nampaknya terdapat data pelbagai dimensi di dalamnya. Mengejar robot itu, datang seorang pemuda misteri. Dia memperkenalkan dirinya sebagai...
- Permintaan Ignis : Untuk mendapatkan barang yang indah yang baru dijana, Ignis, seprang pemburu harta karun mengembara alam semesta, meminta bantuan. Untuk mencapai itu, Yuka mesti melakukan sesuatu...
- Pertarungan Sengit Xio! Wira yang Kembali : Ultraman X dan pasukan pertahanan Xio. Dengan menonton rekod pertempuran mereka, Yuka mempelajari set minda yang diperlukan untuk menjadi ahli pasukan pertahanan dan pahlawan yang berjuang untuk keamanan.
- Judgmenter : Malah di kalangan robot, terdapat mesin yang mengancam manusia, berbeza sekali dengan Perisai Bawaan Udara Khas yang melindungi keamanan. Apakah jenis ancaman yang boleh dilakukan oleh mesin hidupan Gillvalis, yang malah menentang pose STORAGE?
- Kerahkan! Namanya Earth Garon : Pelbagai Alam Semesta lahir dari kemungkinan yang tidak terkira banyaknya. Tangan siapakah rekod pertempuran antara Ultraman dan Pasukan Pertahanan, yang telah terbongkar dalam salah satu kemungkinan itu, dicapai ketika mereka melangkaui ruang dan masa?
- Bukti Genius : Setiap angkatan pertahanan yang melindungi keamanan perlukan jentera. Ini minda genius yang membangunkan jentera itu. Merentasi masa dan ruang, apakah cetusan inspirasi yang mereka berikan kepada Yuka dalam keadaan terdesak itu?
- Yuka Terdesak: Rancangan Pengaktifan Robot Kedua : Barisan jentera Perisai Udara Khas ialah sumbangan hebat Yuka kepada STORAGE. Perubahan cara Yuka berfikir ialah kunci muktamad yang akan membolehkan Perisai Udara Khas Windom beroperasi semula.
- Aneh! Malam Serangga Berbunyi : Banyak maklumat bertebaran tentang masa dan angkasa. Apabila rekod pertempuran Ultraman Blazar dan SKarD, kumpulan yang berjuang bersama, sampai ke STORAGE, Satu kunci Hiper Baru akan menyala.
- Pertembungan Para Wira : Ultra mempunyau hubungan baik yang melangkaui masa dan ruang. Pengajaran yang didapati daripada pertempuran yang ditempuhi Ultra bersama-sama akan memberi Yuka satu lagi pencapaian hebat.
- Cabaran Makhluk Luar Dimensi : Ada makhluk yang menentang Ultra sejak sekian lama. Ia utusan dari dimensi di luar pemahaman manusia. Kemarahan yang membawa kepada kemarahan Raksasa-Dahsyat, dengan ancaman lebih besar daripada kaiju, dan berterusan merosakkan keamanan.
- Semangat yang Tidak Dapat Dimusnahkan: Ikatan -Paduan- : Cahaya manusia. Ia memupuk potensi dan melahirkan keajaiban. Haraapn yang muncul di hadapan Ultraman X juga adalah penjelmaan cahaya manusia yang ajaib.
- Kegelapan Kian Musnah : Makhluk jahat dengan pelbagai motivasi berdiri menentang Wira Ultra. Apakah yang mereka inginkan? Serta apakah pula tanggapan Yuka ketika melihat mereka?
- Laluan Individu: Supaya Saya Boleh Jadi Diri Sendiri : Semua orang ada kedudukan dan peranan untuk dimainkan. Yuka akan mengetahui ini daripada seorang pahlawan cahaya yang menentang takdir dan seorang usahawan yang berusaha tanpa jemu.
- Bentuk Hati: Pencerobohan Rumah Nebula : Apakah kecerdasan buatan yang amat maju mempunyai jiwa? Jawapan kepada soalan yang sukar ini mungkin dapat dilihat dengan menonton episod tertentu Ultraman Geed.
- Orkestra Si Penyamar : Sesetengah makhluk asing menyamar sebagai Ultra, dan sesetengah robot dibuat untuk meniru kuasa Ultra. Untuk mengenal sesuatu yang sebenar, mungkin berguna untuk mengkaji yang palsu.
- Kalahkan Tentera Robot! Pahlawan Bersendirian : Seangkatan mesin mendekati, dan kuasa mereka yang penuh kekejaman kadangkala boleh mengatasi kuasa Ultra. Bagaimanakah Ginga dan Victory akan menghadapi ancaman menggerunkan ini?
- Selesai? Pelan Peningkatan Sevenger : Perisai Udara Khas yang boleh diharap yang telah bertarung bersama STORAGE. Mungkinkah data pertempuran daripada beberapa perlawanan mereka akhirnya akan memberi Yuka... penyelesaian?
- Senjata Terlarang?! Berpecah! UPG : Pelan peningkatan Sevenger siap juga akhirnya. Yuka berusaha ke arah pelaksanaan, dan ekspresi Ediom menjadi muram ketika dia berdiri di sebelah Yuka. Mengapa begitu?
- Harapan Palsu yang Menyerlahkan Taringnya : Kuasa yang ditingkatkan untuk melindungi keamanan... Jika disalah guna, ia akan menjadi senjata musuh yang akhirnya mengancam keselamatan. Adakah manusia akan mengulangi sejarahnya?
- Maksud Mempunyai Kuasa : Yuka, yang dibebani kebenaran yang didedahkan, jatuh ke dalam keputusasaan. Ketika itulah Ignis kembali. Apakah kebenaran lain yang dibawanya, dan apakah benih yang ditanam di hati Yuka?
- Kebanggaan Ultra : Setiap masa dan ruang, pahlawan Ultra telah bertarung dengan harga diri mereka sehingga akhir. Melihat pertempuran mereka, Yuka telah menemui jawapannya.
- Seruan Guru Zero : Ultraman Z telah menghadapi pertempuran yang tidak terkira banyaknya. Dia kini menerima mesej dari Ultraman Zero. Ketika Z tiba di Planet Ialim, dia tiba-tiba berjumpa dengan cahaya misteri dan berubah menjadi bentuk baharu! Mengapa dia berada di Planet Ialim, dan apa yang menantinya di sana?
- Wira yang Menerima Petunjuk : Z sedang keliru di sebuah planet misteri. Ultraman Zero yang mengawasi Z, ada sesuatu yang ingin disampaikannya... Pertempuran yang dialaminya dan perasaanya terhadap rakan-rakan yang ditemuinya.
- Bertemu Rakan Seperjuangan: Serulah Namaku! : Satu pertemuan yang mengubah masa depan Z. Bagaimanakah takdir ahli STORAGE Haruki Natsukawa berubah?
- Pertarungan Segenap Dimensi: Saat Aegis Bersinar : Ultraman X ialah satu daripada Ultra Generasi Baharu. Apakah yang akan Z pelajari melalui pertempuran X sewaktu bersama Zero?
- Mereka yang Memakai Perisai : Kuasa untuk mempertahankan diri akhirnya boleh mempertahankan orang lain juga. Ultraman X dan Ultraman Arc ialah dua wira yang mencerminkan idea ini. Walaupun kuasa mereka berlainan, kepercayaan mereka serupa.
- Bekas Berisi Cahaya : Oleh sebab ramai Wira Ultra dan manusia, maka banyak jugalah ikatan antara mereka. Z, Taiga dan Ginga... Apakah maksud ikatan yang terkandung dalam item cahaya mereka?
- Beliarok Muncul! Tugas Seorang Wira : Beliarok ialah pedang hidup yang berjuang bersama Ultraman Z. Kisah kelahirannya bermula dengan ancaman dahsyat terhadap Bumi.
- Pedang Ajaib Fantasmik : Beliarok ialah pedang hidup, oleh yang demikian, apa yang dicantasnya bukan pilihan si pemegang. Pemegangnya mungkin makhluk cahay atau makhluk kegelapan... Pertimbangan sebegitu tidak penting buat Beliarok.
- Barisan Wira Bersatu: Cahaya Harapan dari Planet Merah : Ultraman Decker terus membawa cahaya yang telah dipupuk oleh Ultraman Trigger. Jika mereka berdua muncul bersama, itu bermakna bahaya besar sedang menghampiri.
- Ikatan Baharu Cahaya dan Kegelapan, Sekali Lagi : Apabila Trigger dan Decker bersemuka, kesedaran yang tersembunyi di sana akan bawa cahaya dan kegelapan ke tahap lain. Apakah yang akan lahir dalam hati Z kesan daripada itu?
- Tekad yang Dipupuk dengan Bilah : Senjata suci yang dipegang para wira. Apabila Orb... Apabila Rosso dan Blu... Apabila Taiga dan Tri-Skuad... Dan apabila Ultraman Blazar menghayun pedang, apakah tujuan mereka?
- Ultraman Zero The Movie: Burung Pejuang : Peperangan yang pernah dialami oleh Zero. Ia pertarungan menentang empayar galaksi yang dibina oleh musuh ketatnya. Siapa sahabat-sahabat terdekat yang dia temui ketika ini?
- Ultraman Zero The Movie: Magma Membara : Yang ditemui oleh Zero dan rakan-rakannya. Lanun angkasa, dipenuhi keinginan membara untuk mencapai kebebasan.
- Ultraman Zero The Movie: Bayangan yang Menyinari Kegelapan : Kegelapan Belial telah meracuni fikiran yang suci. Sebagai duta cahaya, menjadi tanggungjawab Ultraman Zero untuk menyucikannya.
- Ultraman Zero The Movie: Menanggung Cahaya : Serangan ganas oleh Kaiser Belial dan Empayar Galaksinya. Ultraman Zero menghadapi bahaya besar. Ketika itulah dia bertemu cahaya agung yang hidup sebagai legenda.
- Biar Apa Pun Ikatannya : Ultraman Geed. Tiada wira yang menolak takdirnya dan berjuang lebih gigih walau kesakitan. Hubungan rumit Geed dengan ayahnya. Apakah di sebaliknya...
- Dia Kembali! Kalahkan Gillvalis!! : Tiada sesiapa berhak untuk mengadili semua kehidupan. Semangat Ultraman Z yang tidak goyah, Geed, dan manusia akan membuktikannya.
- Gen Sasaran: Pingat Diraja : Satu kuasa gelap wujud dalam Ultraman Geed dan tidak boleh diabaikan. Apabila entiti jahat cuba untuk memperoleh kuasa itu, satu individu tertentu muncul di hadapan Z.
- Pertarungan Galaksi Ultra: Wira Generasi Baharu Episod 1 : Apabila tangan kegelapan menghampiri, tujuh cahaya berkumpul. Dapatkah jawapan yang dicari Z ditemukan dalam pertempuran itu?
- Pertarungan Galaksi Ultra: Wira Generasi Baharu Episod 2 : Ultra Dark-Killer mengetuai Tentera Kegelapan. Menghadapi mereka, para wira membangkitkan kuasa ikatan yang dikukuhkan bersama Zero.
- Pertarungan Galaksi Ultra: Wira Generasi Baharu Episod 3 : Pertempuran kian sengit. Satu keinginan jahat mengintai di balik tabir. Menghadapi ancaman ini, wira-wira generasi baharu memasuki pertempuran akhir.
- Yang Diwariskan : Ikatan ditemukan wira dalam pertempuran, dibawa ke medan perjuangan seterusnya. Lalu apakah sinar yang diberikan Mantel Generasi Baharu kepada Ultraman Z...
Watak[]
Protagonis[]
- Yuka Ohta
- Ignis
- Mountain Gulliver II-V
Ultra[]
- Ultraman Zero (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Ginga (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman X (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Orb (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Geed (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Rosso (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Blu (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Taiga (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Z (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Trigger (Imbasan rakaman stok)
- Ultraman Decker (Imbasan rakaman stok)
Pelakon[]
- Kanata Asumi : Hiroki Matsumoto
Pelakon suara[]
- Ultraman Z : Tasuku Hatanaka
- Ultraman Ginga : Takuya Negishi
- Ultraman Trigger : Raiga Terasaka
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
- Ultraman X : Yuichi Nakamura
- Ultraman Rosso : Yuya Hirata
- Ultraman Blu : Ryosuke Koike
- Ultraman Orb : Hideo Ishiguro
- Ultraman Geed : Tatsuomi Hamada
- Ultraman Taiga : Takuma Terashima
- Ediom : Kensuke Nishi
Pelakon sut[]
- Hideyoshi Iwata
- Satoru Okabe
- Hironari Ohkubo
- Tatsuma Saito
- Wataru Inaniwa
- Yuka Ohta : Hikari Kuroki
- Ignis : Kei Hosogai
Pelakon suara[]
- Suara AI : Katsumi Fukuhara
- Mountain Gulliver II-V : Chiya Nishimura
- Ediom : Kensuke Nishi
Pelakon sut[]
- Yuto Nagachi
Pelakon suara[]
- Ultraman Z : Tasuku Hatanaka
- Ultraman Zero : Mamoru Miyano
- Ediom : Kensuke Nishi
- Beliarok : Yuki Ono
- Ultraman Geed : Tatsuomi Hamada
- Pencerita Pratonton : Yutaka Harasawa
Pelakon Sut[]
- Wataru Inaniwa
- Keita Rikimaru
- Gamba Koga
- Kota Kamiya
Pelakon Suara[]
- Ultraman Omega : Shori Kondo
- Ultraman Z : Tasuku Hatanaka
- Ultraman Geed : Tatsuomi Hamada
Kakitangan[]
- Pengarah: Kohei Nakayama
- Susunan dan penulis skrip: Junichiro Ashiki
- Penyelia: Takayuki Tsukagoshi
- Perancang: Kei Kurosawa, Keisuke Furusawa, Yukio Haruyama
- Penerbit: Takuji Ishii
- Penyelia video: Ryo Ikeda
- Kesan khas: Hirotaka Yazaki
- Pengarah: Kohei Nakayama
- Susunan dan penulis skrip: Junichiro Ashiki
- Penyelia: Takayuki Tsukagoshi
- Perancang: Kei Kurosawa, Haruhisa Oya
- Penerbit: Takushi Ishii
- Penyelia video: Ryo Ikeda
- Kesan khas: Takamasa Haraguchi
- Pemilihan lagu: Hirotaka Yazaki, Daisuke Kanemitsu
- Pengarah: Yusuke Murakami
- Susunan dan penulis skrip: Junichiro Ashiki
- Penyelia: Takayuki Tsukagoshi
- Perancang: Kei Kurosawa, Haruhisa Oya
- Penerbit: Takushi Ishii
- Penyelia video: Ryo Ikeda
- Kesan khas: Hidetsuna Kuwabara
- Pengurus program: Junko Oishi
Muzik[]
- Lagu Pembukaan
- STARS (musim 1)
- Lirik: TAKERU dan Chiaki Seshimo
- Gubahan dan Susunan:
- Artis: voyager
- ULTRA PRIDE (musim 2)
- Lirik: TAKERU dan Chiaki Seshimo
- Gubahan dan Susunan: Takao Konishi
- Artis: voyager dan Hikari Kuroki
- Zero no Kakusei (musim 3)
- Lirik dan Gubahan: Toshihiko Takamizawa
- Susunan: Toshihiko Takamizawa dan Yuichiro Honda
- Artis: Mamoru Miyano dan voyager
- We'll be one! (musim 4)
- Lirik dan Gubahan: TAKERU dan Chiaki Seshimo
- Susunan: Takao Konishi
- Artis: Tasuku Hatanaka dan voyager
Galeri[]
Video[]
Trivia[]
- Dalam saluran YouTube Rasmi Ultraman, musim 2 dan 3 dikeluarkan dengan sarikata dalam bahasa Inggeris, Indonesia, Melayu, Vietnam, Korea, Tagalog, Portugis Brazil, Latin Sepanyol, dan Hindi,[8] manakala musim 1 hanya mempunyai sari kata Inggeris.
- Seperti Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey, Hiroyuki Miyasako (pelakon suara pertama Ultraman Belial dalam Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie) telah mengeluarkan suara dan rengusannya lalu digantikan dengan rengusan Yuki Ono kerana skandal berkaitan penglibatannya dengan "kumpulan antisosial" 2019, walaupun dialognya dikekalkan dalam musim kedua episod 16.
- Dalam rekap musim ketiga filem Ultraman Zero: The Revenge of Belial, semua dialog Ultraman Belial yang pada asalnya disuarakan oleh Hiroyuki Miyasako telah digantikan dengan dialog baharu yang dirakam oleh Yuki Ono.
Pautan luar[]
Rujukan[]
- ↑ 1.0 1.1 https://tsuburaya-prod.com/news/6984
- ↑ https://www.animatetimes.com/news/details.php?id=1716527154
- ↑ 3.0 3.1 https://tsuburaya-prod.com/news/8035
- ↑ 4.0 4.1 https://m-78.jp/news/post-7304
- ↑ https://m-78.jp/news/post-6586
- ↑ 6.0 6.1 https://tsuburaya-prod.com/news/5661
- ↑ https://m-78.jp/news/post-6963
- ↑ https://tsuburaya-prod.com/news/7092
| Produksi | |
|---|---|
| Siri Showa | Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80 |
| Siri Heisei | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B |
| Siri Reiwa | Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc | Ultraman Omega |
| Di Luar Jepun | Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising |
| Original Video dan TV Special | Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone |
| Filem Showa | Ultraman: Monster Movie Feature | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story |
| Filem Heisei | Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Superior 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie |
| Filem Reiwa | Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie | Ultraman Arc The Movie |
| Filem Pendek | Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Mirrorman Pilot Film | Ultra Q No.29: Darkness is Coming! | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman Neos Pilot | Ultraman Tiga 〜To the Children of Light〜 | Fierce Battle! Ultraman Takamiy | ULTRAMAN_n/a | Ultraseven IF Story |
| Sempalan | Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | The Ultra Q Club | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero VS Darklops Zero | Q -Door to Another Dimension- | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | SKaRD Break Room |
| Drama dan Dokudrama | Fly in the Sea Breeze!! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | Superhuman Detective Shuwatch | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to Be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen |
| Siri Pengulangan | Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars |
| Siri dan Filem Lain | Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Scat of Single | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wrestling Star Aztecaser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Our Baseball Detective Team | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight |
| Anime | The☆Ultraman | Ultraman Kids (Pleasant Friends of Planet M7.8, Proverb Stories, 30 Million Light-Years) | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2 | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE |
| Dokumentari dan Siri Informasi | The Father of Ultra Q | Ultra Information Station | Ultra's Cradle | Ultra Heroine Legend (From Anne to Seven, Contest of Goddesses) | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman The Prime | Return of Izenborg | ULTRAMAN ARCHIVES | Takaya's Room | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Tomokazu Seki's ULTRA CLUB | Ultra Construction Tour | Ultra Information Center | Ultraseven Legend | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultraman 4K Discovery | Ul-Katsu Life | THE ORIGIN OF ULTRAMAN |
| Kandungan Terlarang | Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman |






