Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement

"Tapi kenapa Ultraman... Neos?"
"Sebab dia wira abad baru yang lebih hebat dari saya!
"

―Hayami Nana dan Genki Kagura, Kelahiran Neos, Kemunculan Raksasa Arnagaruge, Neos Telah Lahir

"Nyawa saya bukan hanya untuk diri saya sendiri. Kalau saya memutuskan tenaga kehidupan saya di sini, pemuda Bumi itu akan mati."

―Ultraman Neos menolak untuk kembali ke Nebula M78 bersama Zoffy untuk menyembuhkan dirinya, Pahlawan Cahaya Selamanya


Ultraman Neos (ウルトラマンネオス, Urutoraman Neosu) merupakan seorang Pahlawan Ultra yang muncul dalam Siri Ultraman direct-to-DVD, Ultraman Neos. Dia telah datang ke Bumi untuk mempertahankan manusia dari ancaman raksasa dan alien bersama rakan kongsinya, Ultraseven 21. Neos juga telah memilih Genki Kagura dari pasukan pertahanan HEART sebagai hosnya ketika keberadaannya di Bumi. Dia merupakan sebahagian daripada Pasukan Petugas Elit (勇士司令部, Yūshi Shirei-bu) iaitu sebuah pasukan dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi yang dianggotai oleh ahli-ahli yang gagah dan berani.

Sejarah[]

Ultraman Neos[]

Ultraman Neos telah dihantar ke Bumi setelah Ultraseven 21 tidak dapat pergi. Misinya adalah untuk melindungi planet itu dari efek Unbalance Zone iaitu sebuah zon di angkasa lepas yang dilintasi sistem suria kita setiap tiga juta tahun. Unbalance Zone ialah di mana Dark Matter 'drift', yang mana menyebabkan fenomena pelik berlaku seperti munculnya raksasa. Sebelum tiba di Bumi, dia telah menggabungkan nyawanya dengan seorang ahli HEART, Genki Kagura yang sedang memperbaiki satelit. Rakan-rakannya di dalam satelit itu telah terkorban disebabkan oleh meteor yang menimpanya dan telah mengakibatkan sebuah letupan yang menyebabkannya terpaut di angkasa sehingga Ultraman itu membawanya pulang ke Bumi.

Di sana dia mula memimpin pertarungan di situ. Dalam pertarungan pertamanya, dia menentang Arnagaruge iaitu raksasa Dark Matter pertama yang didokumentasikan di Jepun. Mikroba itu dimutasi oleh Dark Matter, tetapi pasukan HEART tidak pernah melihat gergasi seperti itu. Beranggapan Neos juga merupakan ciptaan Dark Matter, mereka menembak ke arah kedua-dua gergasi itu ketika dia cuba untuk menyelamatkan salah seorang anggota mereka. Walaupun letupan itu merebak ke seluruh tubuhnya, gergasi itu berjaya menyelamatkan ahli pasukan itu dan menewaskan raksasa yang besar itu.

Selepas pertarungan itu dan setelah pasukan HEART memutuskan bahawa Neos berada di pihak mereka, gergasi merah dan perak itu kembali akan muncul di medan pertempuran setiap kali ada ancaman, bertempur dengan kejahatan itu dengan Ultraseven 21 bertindak sebagai sandarannya yang sentiasa diperlukannya. Kedua-dua gergasi itu berjaya menewaskan dan sering memusnahkan setiap raksasa yang muncul menyerang. Setelah banyak raksasa yang dicipta oleh Dark Matter telah dimusnahkan, Bumi telah mendapat perhatian kejahatan tertinggi itu sendiri, Mensch Heit.

Sebuah mutasi Dark Matter dari planet Zamu, panglima perang yang keji telah menghapuskan peradaban Alien Zamu dan telah memaksa mereka ke Bumi. Berusaha untuk menghapuskan peradaban yang sedang mati tanpa sebab yang jelas dan hanya kerana kesombongannya, penjahat itu telah menghantar pembunuh emasnya, Grall, mutasi sintesis yang dibuat dari raksasa Dark Matter terkuat pada Zamu untuk menghapuskan semua Zamu yang terselamat di Bumi. Selepas menyerap kapal Alien Zamu, ia mencari Zamu yang terselamat yang terakhir. Neos muncul untuk bertarung dengan makhluk itu ketika ia menyerang HQ HEART di mana budak lelaki itu berada. Raksasa itu berjaya menampan serangan-serangan Neos. Dengan menahan wira itu, pembunuh emas itu mula menyedut tenaganya. Selepas melepaskan pancaran luar biasa yang merangkumi tenaga yang dicuri dari rahangnya, nampaknya Grall telah menang. Bagaimanapun, Neos tidak menyerah kalah dan berjaya menembak raksasa itu dengan Neo Magnium Beam dan Neos Eddie Beam miliknya dan menggunakan tenaga terakhirnya untuk menamatkan raksasa itu.

Setelah menggunakan kesemua tenaganya, Neos nampaknya telah mati, sebelum kemudiannya dihidupkan semula oleh pada saat-saat akhir oleh Ultraseven 21 dan Zoffy. Mensch Heit menyerang Bumi, dia bergerak ke hadapan dan hanya seorang pahlawan terakhir yang tinggal dalam tugas itu iaitu Ultraseven 21. Neos telah dilemahkan, tetapi tidak mati. Genki memanggilnya lagi, tetapi dalam keadaan yang lemah, kedua-dua Seven 21 dan Neos bukan tandingan untuk raksasa itu dan mudah mereka dilempar ke belakang, dan sekali lagi mereka dibiarkan terbaring, tetapi seorang sekutu yang tidak dijangka telah datang untuk membantu iaitu Zamu yang terakhir.

Alien itu telah mengorbankan dirinya sendiri dan memindahkan tenaganya kepada kedua-dua wira itu dengan mengisi semula tenaga dan kekuatan mereka. Dengan kuasa yang diperbaharui, mereka telah berjaya menewaskan Mensch Heit. Pertarungan itu akhirnya telah berakhir dan misi mereka telah selesai, lalu kedua-dua mereka kembali ke Nebula M78.

Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]

Setelah Ultraman Belial dibebaskan dari penjara, dia pergi ke Negeri Cahaya sambil memegang Ultraman Taro yang lemah. Selepas para Ultraman melihat itu, kesemua mereka termasuk Ultraman Neos maju dan menentang Belial. Selepas kesemua mereka ditewaskan oleh Belial dengan mudah dalam pertarungan yang panjang itu, Belial telah mencuri Plasma Spark, menyebabkan seluruh Negeri Cahaya membeku bersama setiap Ultra. Apapun, setelah Ultraman Zero menewaskan Belial dan mengembalikan Plasma Spark ke tempat asalnya, semua Ultra kembali pulih dan kemudian mereka mendengar ucapan daripada Ultraman King. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

Sebelum mini siri ini, pasukan Galaxy Rescue Force telah menghubungi Pasukan Petugas Elit untuk mendapatkan rakan kongsi untuk ahli baru mereka, Gukulushisa. Neos telah dipilih untuk tugasan itu, dan kedua-dua mereka saling berkenalan antara satu sama lain sehingga dia dapat memahami dan menterjemah kata-kata makhluk itu.

Ultraman Neos telah pergi bersama Ultraseven 21 dan Ultraman 80 ke Planet Feed untuk mengejar Leugocyte yang telah menyerang di Planet Kanon sebelum ia dihentikan oleh 80. Ketiga-tiga Ultra itu berganding bahu untuk menentang Leugocyte. Pada ketika itu, Absolute Tartarus muncul bersama Reibatos yang menggunakan kuasanya untuk membangkitkan semula Gymaira. Dengan 80 bertarung dengan Gymaira, Leugocyte melemahkan Neos dan Seven 21 sehingga Cosmos dan Justice tiba untuk memberikan bantuan kepada mereka dan juga kerana mengesan bacaan tenaga yang tidak biasa yang telah membawa mereka ke Planet Feed. Cosmos dan Justice melangkah maju untuk bertarung dengan Leugocyte seraya menyelamatkan Seven 21 dan Neos lantas memberi peluang kepada 80 untuk menewaskan Gymaira. Dengan kesemua mereka secara serentak bertarung dengan Leugocyte, Neos telah menerima mesej yang dihantar oleh Zoffy dalam bentuk Ultra Sign yang memberitahu mereka bahawa misi untuk menyelamatkan Max telah bermula. Mereka akhirnya berjaya menewaskan Leugocyte tetapi secara tiba-tiba telah diserang hendap oleh Absolute Tartarus. Mujurlah Cosmos dan Justice sempat bergabung menjadi Ultraman Legend dan telah memaksa Tartarus untuk berundur. Selepas pertarungan itu berakhir, Neos dan yang lain kembali ke markas Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk melaporkan situasi yang telah berlaku kepada Zoffy. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy

Profil[]

Ultraman Neos data

Statistik[1][]

  • Ketinggian: 58 meter
  • Berat badan: 59,000 tan
  • Umur: 8,900 tahun
  • Dunia asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 30 (Mach 29 dalam pilot)
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 8
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1600 meter (1200 meter dalam pilot)
  • Kekuatan Lengan: 120,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 53,000 tan

Ciri-ciri[]

  • Pemasa Warna: Neos memiliki Pemasa Warna berbentuk bulat seperti Ultraman asal.
  • Blow Spot (ブロウスポット, Burou Supotto): Neos mengenakan kristal berbentuk garis yang berwarna hijau gelap di dahinya. Boleh digunakan untuk menembak pancaran.

Transformasi[]

Genki menggunakan Estrellar seperti Beta Capsule. Genki mengangkat Estrellar ke udara dan menjerit nama "Ultraman Neos" atau "Neos", walaupun kadangkala suara itu didengari sebagai kesan bunyi berbanding dia yang bercakap. Peranti itu menghasilkan dua cincin cahaya dan bersinar dengan terang lalu tubuh Genki mula bersinar dan cincin itu membesar dan mengelilinginya.

Teknik[]

Khas[]

  • Magnium Beam (マグニウム光線, Maguniumu Kōsen): Hanya digunakan dalam episod pilot, Neos menembak pancaran kuning dari tangannya dalam posisi bentuk "V".
    • Neo Magnium Beam (ネオマグニウム光線, Neo Maguniumu Kōsen): Dengan mengisi tenaga di tangannya, Ultraman Neos boleh menembak pancaran emas yang kuat dari tangannya dalam bentuk "+". Pancaran ini sering digunakan sebagai serangan penamat, sama ada memusnahkan lawan yang telah dilemahkan sepenuhnya dalam sebuah letupan yang besar atau sekadar menamatkan mereka.
  • Neos Eddie Beam (ネオス・エディ・ビーム, Neosu Edi Bīmu): Ultraman Neos boleh mengisi pancaran tenaga dan menembaknya dari tangannya. Pancaran ini boleh digunakan sebagai alternatif bagi Neo Magnium Beam dan boleh menamatkan lawan yang kuat dalam satu tembakan.
  • Ultra Multi-Beam (ウルトラ・マルチ・ビーム, Urutora Maruchi Bīmu): Ultraman Neos boleh menembak pancaran tenaga dari permata yang berada di kepalanya. Kekuatan sebenar serangan ini adalah tidak diketahui tetapi ia boleh melumpuhkan sasaran, menjadi sinaran magnetik, membangunkan sasaran atau menghasilkan kejutan elektrik.
  • Spacium Beam: Neos boleh menembak Spacium Beam versi kuning. Ia boleh menamatkan raksasa dalam satu tembakan. Digunakan ketika tenaganya di tahap yang rendah.
  • Neos Knuckle Shell (ネオス・ナックル・シェル, Neosu Nakkuru Sheru): Neos boleh mengisi tenaga di tangannya menembak letupan tenaga berturut-turut.
  • Neos Slash (ネオ・スラッシュ, Neosu Surasshu): Ultraman Neos boleh membentuk cincin tenaga bergerigi di tangannya, kemudian dia melempar cakera pemotong ini yang boleh memotong apa sahaja.
  • Ultra Light-Lunger (ウルトラ・ライト・ランガー, Urutora Raito Rangā): Salah satu kebolehan metamorfik Neos. Dia boleh mengecas tangannya dan menembak letupan tenaga berbentuk panah. Kekuatan sebenarnya tidak diketahui tetapi ia jelas lebih kuat dari teknik letupan tenaganya. Terdapat dua jenis bagi serangan ini iaitu A dan B.

Fizikal[]

  • Neos Punch (ネオス・パンチ, Neosu Panchi): Tumbukan lurus yang kuat.
  • Neos Elbow (ネオス・エルボー, Neosu Erubō): Serangan menyiku yang kuat.
  • Neos Kick (ネオス・キック, Neosu Kikku): Tendangan belakang, tendangan roundhouse dan variasi-variasi lain.
    • Ultra-Heavy Kick (ウルトラ・ヘビーキック, Urutora Hebī Kikku): Tendangan ke hadapan, merupakan serangan yang kuat.
    • Ultra-Flying Kick (ウルトラ・フライングキック, Urutora Furaingu Kikku): Neos berlari ke arah musuh dan melompat ke udara, lalu dia menumpukan kuasanya pada kakinya.
    • Neos Double Kick (ネオス・ダブルキック, Neosu Daburu Kikku): Neos melompat ke udara, berpecah dan menyerang dua musuh sekaligus. Digunakan dalam episod 5.
  • Neos Chop (ネオス・チョップ, Neosu Choppu): Teknik mencincang.
    • Ultra Thunder Chop (ウルトラ・サンダーチョップ, Urutora Sandā Choppu): Digunakan dalam pilot, serangan mencincang dari ketinggian yang diisi dengan tenaga.
  • Ultra-Whipper (ウルトラ・ホイッパー, Urutora Hoippā): Teknik melempar.
    • Ultra-Flying Mare (ウルトラ・フライングメイヤー, Urutora Furaingu Meiyā): Neos mencengkam lawan melalui kepalanya lalu melemparnya.
    • Ultra Lifter (ウルトラ・リフター, Urutora Rifutā): Neos mengangkat lawan ke udara menggunakan kekuatan Herculean.
  • Ultra Attack (ウルトラ・アタック, Urutora Atakku): Neos jatuh ke belakang sambil menahan musuh dan membalikkan mereka.

Lain-lain[]

  • Ultra Release Beam (ウルトラ・リリース光線, Urutora Rirīsu Kōsen): Ultraman Neos boleh menangkap satu makhluk salam pancaran tenaga dan kemudian memindahkan mereka ke lokasi lain. Digunakan untuk menukarkan semula seekor raksasa menjadi seekor ikan.
  • Ultra Minimum Beam (ウルトラ・ミニマム光線, Urutora Minimamu Kōsen): Ketika berhadapan dengan lawan yang telah bermutasi atau marah dan ia berkembang menjadi bentuk baru, Ultraman Neos boleh menembak pancaran cahaya yang akan mengembalikannya ke bentuk normal mereka.
  • Ultra Light Sword (ウルトラ・ライト・ソード, Urutora Raito Sōdo): Neos boleh menghasilkan sebilah pedang yang besar di tangan kanannya yang boleh diubah panjangnya. Digunakan untuk menamatkan Lafreshion.
  • Ultra Barrier: Neos membina sebuah penghalang untuk menyekat serangan musuh. Terdapat dua jenis.
    • Ultra Light Barrier (ウルトラ・ライト・バリアー, Urutora Raito Bariā): Neos menghasilkan perisai tenaga dari hujung jarinya. Ia hanya digunakan dalam pilot.

Gabungan[]

  • Double Kick: Tendangan yang dilakukan bersama 21. Ia digunakan terhadap Mensch Heit sebagai kombo tendangan dan lutut.
    • Double Flying Kick: Menggunakan Ultra-Flying Kick, Neos menyerang bersama Ultra Bomber 21. Digunakan pada Mensch Heit.
  • Double Attack (ダブルアタック, Daburu Atakku): Neos dan 21 mencengkam kepala lawan dan saling berlari menyerang musuh mereka. Digunakan dalam episod 4.

Tidak digunakan[]

  • Ultra Light Spear: Merupakan salah satu kebolehan metamorfik Neos, di mana Neos menghasilkan lembing tenaga. Terdapat dua jenis, satu untuk menusuk dan satu lagi untuk melempar.
  • Ultra Stop-Ray: Neos menembak pancaran tenaga yang membuatkan musuh tidak bergerak walaupun di angkasa.
  • Ultra Spray: Neos menembak satu tenaga yang mendedahkan musuh yang halimunan.
  • Ultra Powerful Shower: Versi Neos bagi teknik Ultra Water Current.
  • Ultra Body Attack (ウルトラ・ボディ・アタック, Urutora Bodi Atakku): Neos menewaskan musuh dengan terbang dengan kelajuan penuh tanpa kesan buruk.
  • Ultra Light Boomerang: Salah satu kebolehan metamorfik Neos, Neos menghasilkan bumerang tenaga dan terdapat dua jenis.

Media Lain[]

Ultraman Galaxy[]

Ultraman Neos muncul semula dalam permainan dalam permainan teka-teki bagi peranti mudah alih Ultraman Galaxy sebagai kad UC (Uncommon) yang korang boleh membuka kuncinya dalam salah satu tahap dalam permainan itu dengan peluang yang rare untuk mendapatkan Neos.

Life of Planet[]

Ultraman Neos juga muncul dalam video muzik band rock Taiwan iaitu Mayday dalam lagu mereka, Life of Planet.


State Farm Commercials[]

Pasa tahun 2014, Ultraman Neos muncul dalam siri iklan televisyen Amerika Syarikat yang disasarkan untuk pasaran Asia.

Galeri[]

Trivia[]

  • Walaupun siri pendek direct-to-video-nya, Neos merupakan seorang Ultra yang sangat penting dalam sejarah siri ini. Episod pilot Neos telah dikandung dan dipersembahkan kepada ketua Tsuburaya Productions untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka masih boleh meneruskan Siri Ultraman dan menjadikannya masih segar. Walaupun siri TV itu tidak diambil, ia telah meyakinkan ketua syarikat itu untuk mencipta Siri Ultraman yang baru dan terhasillah siri Ultraman Tiga yang sentiasa popular dan pembuatan berikutnya dalam Siri Ultraman.
  • Sementara Ultraseven 21 direka berdasarkan Ultraseven, Ultraman Neos direka berdasarkan Ultraman asal. Kedua-dua Ultra itu dihasilkan oleh Eiji Tsuburaya.
    • Ini bermaksud Neos merupakan Ultra ketiga dalam urutan yang direka secara langsung berdasarkan Ultraman, didahului oleh Ultraman Great dan Ultraman Powered.
  • Ultraman Neos merupakan Ultra kedua yang telah disalah anggap sebagai musuh ketika pertemuan pertamanya dengan manusia (yang pertama ialah Ultraman Great) dan merupakan yang pertama diserang oleh mereka.
  • Ultraman Neos memiliki dua reka bentuk yang berbeza pada dua figura Ultra Hero Series kedua-dua Pilot dan siri TV.
  • Neos boleh menggerakkan matanya seperti yang dilihat dalam episod pilot.
    • Neos dan Seven 21 merupakan Ultra pertama yang boleh menggerakkan mata mereka.
  • Menurut sebuah majalah, Neos adalah dari Pasukan Petugas Elit di Pasukan Pertahanan Antara Galaksi yang terdiri daripada Pahlawan Ultra yang berani dan kuat. Kuasanya meningkat setelah dia menjalani latihan khas di Negeri Cahaya. Dia juga dilihat boleh menukar saiznya dari mikro ke saiz gergasi yang sangat besar.[2]
  • Dalam sesetengah iklan, Neos telah menghadiri Greenland Park bersama seorang gadis perempuan yang disukainya. Namun disebabkan oleh Pemasa Warnanya, dia sentiasa terpaksa beredar.
  • Dalam iklan lain, Neos sedang duduk di rumah ketika dia menghidupkan TV dan dikenali oleh Goku, Kamen Rider Black RX, Gingaman, Arale Norimaki dan Sailor Moon, menyebabkan dia berasa sangat gembira kerana mereka mengumumkannya sebagai seorang pahlawan dan mempromosikan kemunculannya di Hero Circus.

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement