"Dia yang paling hebat... Max! Dia ialah Ultraman Max."
- ―Kaito Touma, Ultraman Max Tiba!
"Selepas kembali ke M78, saya akan memulakan perjalanan baru. Tak kira ke mana saya pergi, saya akan menjaga semua orang di Bumi. Masa depan awak dan Bumi berada di tangan awak. Mungkin suatu hari nanti saya akan berjumpa dengan awak di alam semesta yang luas ini. Selamat tinggal."
- ―Ucapan perpisahan terakhir Ultraman Max, Ke Masa Depan Ultra
Ultraman Max merupakan seorang gergasi titular dalam sirinya, Ultraman Max. Dia merupakan Penjaga Tamadun yang dihantar dari Nebula M78 dan telah menjalinkan ikatan dengan Kaito Touma untuk mempertahankan Bumi dari serangan raksasa dan alien.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama Ultraman Max berasal dari perkataan "Maximum". Nama-nama yang diusulkan sebelum diputuskan sebagai Ultraman Max semasa pembangunan siri ini termasuklah Ultraman Phoenix, Ultraman Wing, dan Ultraman Xenon.
Sejarah[]
Ultraman Max[]
Sebagai seorang penjaga tamadun, tugas Ultraman Max adalah untuk untuk mengkaji perkembangan tamadun dan membantu mencari cara supaya pelbagai spesies alam semesta dapat hidup bersama. Misi kemudiannya ialah pergi ke Planet Bumi untuk menghadapi krisis yang telah disebabkan oleh manusia. Bagaimanapun, ia telah dinyatakan bahawa ketibaan Max di planet itu ialah pada masa lalu. Orang yang Datang dari Pintu
Max memerhatikan Bumi dan telah menyaksikan keberanian seorang pemuda bernama Kaito Touma. Oleh sebab itu, Max telah bersatu dengannya dan membolehkan mereka untuk melindungi penduduk Bumi. Ultraman Max Tiba! Setelah menyelamatkan Kaito, Max mula bertarung dengan raksasa dari masa lalu Bumi dan penceroboh dari angkasa yang mahukan kehancuran manusia dan menakluk planet itu demi kepentingan mereka sendiri dengan pasukan DASH bertarung bersama-samanya.
Ketika pertarungannya dengan Zetton, Max dikalahkan dengan teruk oleh raksasa legenda itu sehingga munculnya Ultraman Xenon, seorang ahli sesamanya dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Dalam pertarungan itu, Max telah memperoleh Max Galaxy iaitu sebuah peranti serba guna yang telah menyelamatkan Max berkali-kali dalam pertarungan-pertarungan seterusnya dan ia turut digunakan untuk memusnahkan musuh lamanya, Gilfas. Anak Perempuan Zetton
Beberapa bulan kemudian setelah menghentikan berbagai raksasa dan penceroboh di Bumi, Rakyat Delos bangkit dan mengancam penduduk di permukaan Bumi. Max tidak dapat campur tangan kerana ia bertentangan dengan undang-undang di tempat asalnya, Negeri Cahaya untuk mengganggu peperangan antara peradaban asli. Bagaimanapun, Kaito telah menghentikan sebarang konflik itu sambil turut menyelamatkan Mizuki dari pengalaman yang mengerikan dengan membuatkan Delos mengubah fikirannya dan menghentikan peperangan itu, mereka bersetuju bahawa kedua-dua pihak sebenarnya tidak mahukan berlakunya konflik.
Rakyat Delos meminta Max untuk menghentikan sistem pertahanan jahat mereka dan membolehkan Max untuk menyerang senjata super mereka, Giga Berserke. Bagaimanapun, antara naik ke permukaan dan terbang ke dalam pertarungan, Max mempunyai sedikit masa untuk bertarung. Max telah tewas terhadap Giga Berserke dan berubah menjadi batu selepas memisahkan Kaito dari tubuhnya. Tidak mahu menyerah kalah, DASH membangkitkan semula wira itu dengan dengan mengecas semula Max Galaxy lalu Kaito melompat ke arah Max untuk bersatu sekali lagi dengannya buat kali terakhir. Selepas serangan singkat, Max memusnahkan Giga Berserke dan meninggalkan Bumi bersama Xenon untuk kembali ke Nebula M78. Bertahanlah! Masa Depan
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Selepas Ultraman Belial dibebaskan dari penjaranya, dia kembali ke Negeri Cahaya. Setibanya di sana, dia menunjukkan bahawa Ultraman Taro telah ditewaskan olehnya. Selepas para Ultraman melihat perkara itu, semua pahlawan Pasukan Pertahanan Antara Galaksi maju untuk menentang Belial. Max merupakan yang pertama menyerang Belial tetapi dia tewas olehnya apabila ditembak beberapa das tembakan dari Giga Battle Nizer. Di akhir pertempuran itu, mereka semua telah ditewaskan oleh Belial yang kemudian mengambil Plasma Spark dan menyebabkan Negeri Cahaya membeku bersama penduduknya. Setelah Ultraman Zero menewaskan Belial dan mengembalikan Plasma Spark ke tempatnya, seluruh penduduk di planet itu kembali pulih. Tidak lama selepas itu, semua Ultra berhimpun untuk mendengar ucapan daripada Ultraman King. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
Ultraman Max kembali dalam filem ini dengan memiliki peranan kecil. Sebelum Zero bertolak dari Negeri Cahaya, setiap Ultra memberikannya kuasa dan tenaga dan di antara mereka ialah Ultraman Max dan Xenon. Kemudian, setelah Belial menghantar tentera Darklops ke Negeri Cahaya, setiap Ultra menentang mereka habis-habisan sehingga akhirnya memusnahkannya. Sebagai ahli Pasukan Pertahanan Antara Galaksi, Ultraman Max turut berada di medan pertempuran. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Ultraman Max dan Ultraman Ribut telah ditugaskan untuk ke Planet Mikarito untuk menyiasat kebinasaan yang tidak normal di planet itu. Ketika sedang menjelajah gua-gua di sana, kedua-dua mereka menemui Maga-Soul yang merupakan telur Maga-Orochi dan Max menyimpulkan itu merupakan punca kebinasaan yang berlaku di planet itu. Tiba-tiba, Hellberus muncul dan kedua-dua Ultra itu berganding bahu untuk menentang raksasa itu. Mereka berjaya menahannya dan pada ketika itu Alien Sran pula muncul, menyerang hendap mereka berdua. Apabila menandingi Ultra itu, Sran menjangkiti Sel Gudis kepada Max, melemahkan Ultra itu dan membolehkan telur Maga-Orochi untuk mencengkam Max dan mula mengalirkan tenaganya. Apabila Sran berkata bahawa Max tidak lama lagi akan bertukar menjadi seekor raksasa dan menjadi sumber bagi Maga-Orochi untuk tenaga yang diperlukan untuk menetas, Max mendesak meminta Ribut untuk melarikan diri dan melaporkan kepada Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dengan maklumat tentang apa yang telah berlaku sebelum dia pengsan. Setelah kembali ke Negeri Cahaya, Ribut melaporkan perkara yang telah berlaku kepada Zoffy, Taro dan Hikari. Melalui analisis pada keadaan Max, Hikari menyedari bahawa walaupun Max cuba untuk memfokuskan Cahaya Dalaman miliknya untuk berlawan dengan jangkitan Sel Gudis, namun jika ini berterusan sel-sel itu akan terus menjangkiti tubuhnya dan akan mengalami jangkitan sepenuhnya dalam masa tiga hari. Hikari dan rakan saintisnya, Sora yang juga rakan Ribut sejak kecil mula mengembangkan antibodi untuk merawat jangkitan Max, sementara Taro mengarahkan Ribut untuk pergi ke Planet K76, sebuah planet yang digunakan oleh Pahlawan Ultra, untuk berlatih supaya dia dapat menjadi lebih kuat dan menyelamatkan Max dalam ekspedisi ke Mikarito yang akan dilaksanakan tiga hari.
Pada hari ekspedisi itu, jangkitan sel itu telah mula merebak pada tahap salah satu lengan Max telah dimutasi menjadi raksasa dan fikirannya dipengaruhi kegelapan efek daripada penyakit itu. Apabila Ultraman Ribut, Great dan Powered tiba di Mikarito, telur Maga-Orochi telah melepaskan Max untuk bertarung dengan tiga Ultra itu. Sementara Great dan Powered masing-masing menentang Alien Sran dan Hellberus, Ribut berjaya menghapuskan sel Gudis daripada tubuh Max selepas menyuntik vaksin Gudis padanya. Max kemudian memperoleh Max Galaxy yang telah mengisi semula tenaganya daripada Xenon sebelum dia turut menyertai pertarungan bersama Max dan Ribut untuk menamatkan Maga-Orochi yang telah dilepaskan dari telurnya dan dipertingkatkan dengan sel Gudis. Setelah itu, Max kembali ke Negeri Cahaya, di mana Zoffy dilihat sedang berbincang tentang kemunculan Absolute Tartarus. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Ultraman Ginga[]
Ultraman Max dilihat mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark. Tetapi di pertengahan peperangan itu, seorang penjahat yang dikenali sebagai Dark Lugiel menggunakan kuasa Dark Spark untuk mengubah semua Ultra, raksasa dan alien menjadi Spark Doll. Ia telah jatuh ke Bumi bersama Spark Doll lain. Bandar Bintang Jatuh Lokasi Spark Doll Max adalah tidak diketahui, tetapi apapun selepas kekalahan Dark Lugiel di tangan Ultraman Ginga, Max telah dipulihkan menjadi rupa asalnya dan bersama mangsa Dark Lugiel yang lain, mereka kembali ke dunia asal mereka. Masa Depan Awak
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]
"Masa depan Bumi ini akan ditentukan oleh tangan manusia sendiri!"
- ―Ultraman Max
Ultraman Max telah ditangkap bersama Ultra Heisei oleh Arena dan Etelgar. Kemudian setelah diselamatkan, dia kemudian bertarung bersama Nexus, Mebius, Zero, Cosmos, dan Ginga Victory di Menara Ruang-Masa Etelgar. Setelah Nexus ditinggalkan untuk bertarung dengan Eteldummy Dark Mephisto di tingkat pertama, sekumpulan Ultra menemui rintangan lain di tingkat dua yang mana merupakan Alien Sran, musuh lama Max. Semasa Max menghadapi musuh lamanya itu, rakan-rakan seperjuangannya yang lain terbang ke tingkat seterusnya. Dia kemudian menggunakan Crossover Formation untuk memusnahkan istana gergasi itu. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!
Ultraman X[]
"Awak faham betapa sukarnya untuk mempercayai orang lain sekarang. Tetapi walaupun begitu, saya ingin awak ingat untuk selalu mempercayai orang lain. Percaya kepada yang lain dan membalas terhadap kepercayaan itulah yang mewujudkan kekuatan sebenar. Itulah yang awak berdua telah buat pada hari ini."
- ―Max dalam rupa Kaito kepada Ultraman X dan Daichi Oozora, X dalam Bahaya
Setelah mendapat tahu bahawa seorang Alien Sran bernama Quila ingin membalas dendam terhadap Max atas kehilangan salah seorang saudaranya, Max pergi ke Bumi alternatif dengan menggunakan rupa Kaito dan mendedahkan Quila sebagai alien jahat dan skemanya kepada Xio iaitu sebuah pasukan serangan di dunia itu. Bagaimanapun, ketika Ultraman di dunia itu, Ultraman X sedang bertarung dengan Zetton yang dipanggil Quila, X telah terjatuh ke dalam perangkap Quila di mana kesedarannya sedikit demi sedikit diambil alih oleh Zetton Armor. Maka Max bertukar semula menjadi rupa Ultra-nya untuk menyelamatkan seorang ibu dan anaknya dari ditimpa bangunan yang roboh, lalu menyertai pertarungan itu untuk membantu X. Namun dia kemudiannya ditandingi oleh Zetton, X yang sedang dikawal oleh kuasa jahat dan juga Quila. Akhirnya, Daichi Oozora berjaya menghapuskan program jahat dari Zetton Armor, maka X memperoleh kesedarannya semula dan melindungi Max. Di akhir pertarungan, Max menamatkan Quila dengan Galaxy Cannon sementara X memusnahkan Zetton. Ketika berjumpa dengan Daichi dan X menggunakan rupa Kaito, Max memberikan mereka sebahagian kuasanya dalam bentuk Cyber Card Type U dan kemudian kembali ke alam semestanya. X dalam Bahaya
Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman[]
Dalam filem ini, Max dilihat sedang bertarung dengan Tsurugi Demaaga di Geneva, Switzerland dan akhirnya menamatkannya dengan Maxium Cannon selepas diperkasakan oleh Cyber Wing Ultraman Exceed X Beta Spark Armor. Selepas mereka mengucapkan terima kasih kepada X, Tiga dan Ultraman, Max meninggalkan Bumi bersama Ultraman Kad Cyber lain. Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman
Profil[]
![Ultraman Max data](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/7/7f/Ultraman_Max_data.png/revision/latest/scale-to-width-down/250?cb=20200222063408&path-prefix=ms)
Ultraman Max
Statistik[1][]
- Ketinggian: 48 meter
- Menentang Dark Baltan: 300 meter
- Menentang Giga Berserke: 900 meter
- Berat badan: 37,000 tan
- Umur: 7,800 tahun (bersamaan dengan 20-an dalam umur manusia)
- Tempat asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9.99
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4
- Ketinggian Melompat Maksimum: 750 meter
- Kekuatan Lengan: 90,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 80,000 tan (80 kg apabila dalam saiz manusia)
Ciri-ciri Badan[]
- Maxium Sword : Sebuah senjata bumerang di kepala Max yang serupa dengan Eye Slugger. Seperti Ultraseven, Max boleh melempar puncak yang tajam dari kepalanya dan ia mampu membelah. Ia dikawal secara telekinetik, tetapi tidak seperti Ultraseven, bilahnya tidak sepenuhnya keluar dari kepalanya.
- Mata: Max boleh melihat jarak yang sangat jauh dan juga di dalam gelap.
- Breast Armor : Max memiliki perisai protektor di dada, bahu dan atas belakangnya. Ia boleh menyimpan tenaga semula jadi untuk memperkasakan dirinya.
- Power Timer : Pemasa Warna Max.
- Perisai Ultra: Badan Max kebal dan tahan terhadap api dan laser tetapi seperti Ultra lain dari M78, ia lemah terhadap kesejukan.
- Shine Orb : Kristal di dahi Max. Ia menyerap dan membebaskan tenaga dari ruang dan alam semula jadi. Ia juga boleh berfungsi sebagai radar atau sensor.
Transformasi[]
Apabila perlu bertukar, Kaito menarik keluar Max Spark yang berkilau dengan cahaya dan menempatkannya di lengan kirinya. Kemudian, Protektor dan Pemasa Warna Max mula muncul di badan Kaito sebelum dia berubah menjadi Max sepenuhnya. Dia kemudian membesar menjadi saiz gergasi.
Teknik[]
Khas[]
- Maxium Cannon
- Powered Up Maxium Cannon: Versi tingkatan bagi Maxium Cannon yang dipengaruhi dengan Crossover Formation.
: Max mengangkat lengan kirinya untuk mengumpulkan zarah-zarah tenaga ke dalam Max Spark lalu menembak pancaran dalam gaya "L" menggunakan tangan kirinya. Ia memusnahkan sasarannya pada tahap molekul.
- High Speed Rotation Beam : Max boleh melompat ke udara, meringkuk, dan berpusing dengan cukup laju sehingga kelihatan seperti bola cahaya merah. Dia kemudian boleh melepaskan sehingga tiga pancaran tenaga sekaligus yang akan menjejaki musuh secara automatik. Menurut Kaito, kebolehan ini dicipta dalam keadaan terdesak oleh Max yang mengalami amnesia.
- Pancaran Gelap: Ketika dijangkiti dengan sel Gudis, Max boleh menembak pancaran berwarna biru gelap dari tangannya yang telah dimutasi.
Fizikal[]
- Max Punch : Serangan tumbukan asas.
- Max Crusher : Juga dikenali sebagai "Illusion Left", merupakan serangan uppercut menggunakan tangan kirinya. Adanya Max Spark meningkatkan kuasa menjadi lebih hebat dari tumbukan biasa.
- Max Chop : Serangan mencincang berulang kali yang digunakan untuk menunjukkan kelemahan musuh.
- Max Kick
- Max Spin Kick : Tendangan yang dilakukan semasa badan berputar dengan pantas.
- Max Flying Kick : Tendangan di mana momentum jatuh digunakan untuk memukul musuh.
- Max Satellite Kick : Max bergerak dengan kelajuan tinggi dan hilang dari pandangan sebelum memukul musuh dengan terjunan dari atas menggunakan tendangan.
: Serangan tendangan ke arah hadapan atau sisi.
- Max Knee Impulse : Teknik melutut yang disasarkan ke badan musuh.
- Max Power : Max mencengkam lengan lawan dan memusingkannya dengan kekuatan herculean.
- Headlock : Sekatan asas untuk menghentikan pergerakan musuh.
- Max Swing : Kemahiran untuk mengangkat lalu melempar musuh sejauh 300 meter atau lebih.
- Max Shoot : Mencengkam ekor musuh lalu melempar mereka.
- Max Body Spin : Max memutarkan seluruh badannya dalam kelajuan tinggi untuk membebaskan dirinya dari perangkap.
- Kilauan Badan: Max boleh mengeluarkan tenaga dari seluruh badannya.
Lain-lain[]
- Comet Dash : Max boleh memecut dalam kelajuan tinggi mengikut keinginannya.
- Ultra Willpower : Max boleh menggerakkan objek menggunakan fikirannya dan ia biasanya dengan lengan yang terentang.
- Max Barrier
- Spark Shield : Max boleh menghasilkan perisai bulat dari pusaran tenaga menggunakan satu atau kedua-dua tangannya untuk menghentikan atau melencongkan serangan.
: Max boleh menghasilkan penghalang berupa tirai seperti yang digunakan oleh Ultraman asal dan pelbagai pahlawan M78 lain.
- Max Typhoon : Max menghasilkan taufan yang kuat yang boleh mematahkan musuh.
- Perubahan Saiz: Max boleh berubah menjadi saiz yang diingininya, dari saiz manusia sehingga saiz gergasinya. Dia juga boleh meningkatkan saiznya hingga sebesar 300 mete, tetapi ia akan menurunkan waktunya menjadi kurang dari satu minit.
- Purifying Beam : Sebuah pancaran yang boleh menenangkan amarah raksasa.
- Maxium Reverse : Max boleh melepaskan cahaya berwarna emas dari Max Spark.
- Icing Wave : Max boleh menjana gelombang tenaga biru untuk memadamkan api.
- Cloning Ability : Max boleh mencipta salinan-salinan dirinya.
- Powered Tornado : Max berpusing pada kelajuan tinggi sambil meradiasikan tenaga untuk memusnahkan raksasa dari dalamnya.
- Sfera Perjalanan: Seperti kebanyakan Ultra, Max menggunakan sfera transportasi untuk merentasi alam semesta. Dia menggunakan cara ini ketika dia pertama kali tiba di Bumi.
- Crossover Formation : Peningkatan kuasa yang melapisi penggunanya dalam aura berwarna emas dalam masa beberapa saat.
- Pemberian Kuasa: Max boleh menyumbangkan kuasanya kepada Ultra Fusion Brace yang membolehkan Gingavictory untuk menggunakan Maximum Cannon.
- Penyamaran Manusia: Max boleh mengambil bentuk manusia sebagai penyamaran. Semasa menyamar sebagai bekas hos manusianya, Kaito Touma, dia juga memiliki salinan DASH Rizer yang digunakan oleh pegawai DASH
Senjata[]
- Maxium Sword : Senjata berupa bumerang yang tersimpan di puncak kepala Max.
- Panjangan: Max boleh memanjangkan Maxium Swordnya untuk memotong benda yang lebih besar dengan mudah. Pertama kali digunakan terhadap Gomora untuk memotong ekornya.
- Sword Slash : Max melompat ke arah musuh dan membelahnya menjadi separuh menggunakan Maxium Sword.
- Maxium Sword Cloning Shoot : Max menggandakan Maxium Sword miliknya menjadi banyak salinan untuk menghancurkan lawannya.
- Max Galaxy : Sebuah senjata yang diberi oleh Ultraman Xenon untuk dia bertarung dengan Zetton. Sejak itu, ia sering digunakan dalam pertempuran seterusnya.
- Tetakan Tenaga: Melepaskan tetakan tenaga dari Max Galaxy.
- Galaxy Cannon : Pancaran yang ditembak dari Max Galaxy dan lebih kuat daripada Maxium Cannon. Ia boleh memusnahkan raksasa dalam satu tenbakan.
- Barrier Field : Cahaya tenaga dari Max Galaxy yang membentuk perisai yang kuat, digunakan untuk melumpuhkan King Joe dan menahan letupan daripada Red King. Ia juga boleh digunakan untuk mengehadkan pergerakan lawan.
- Galaxy Sword
- Galaxy Sword Maximum Power : Dalam episod akhir, apabila Max memperoleh kuasa yang cukup untuk mengekalkan ukuran gergasinya, dia juga boleh memindahkan kuasa ini ke Max Galaxy yang menjadikan Galaxy Sword memanjang sehingga ke luar atmosfera Bumi.
: Bilah tenaga yang dihasilkan dari Max Galaxy.
- Kuasa Suria: Max Galaxy mampu menyalurkan kuasa suria kepada penggunanya untuk memulihkan tenaga mereka sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Dalam episod 39, Max Galaxy digunakan untuk menghidupkan semula Max selepas dia kehabisan tenaga dalam pertarungannya dengan Giga Berserke.
Media Lain[]
Ultraman Retsuden[]
Ultraman Max muncul semula dalam siri Ultraman Retsuden episod 66 "Kilauan Ikatan! Nexus, Max & Mebius!".
Galeri[]
Trivia[]
- Pelakon suara Ultraman Max, Kazuya Nakai juga telah menyuarakan Ultraseven dalam Ultraman World. Kebetulan, reka bentuk Max diperoleh daripada prototaip Seven dan secara default Ultraseven 21 (yang direka berdasarkan Ultraseven) tetapi dengan elemen-elemen dari Ultraman asal.
- Ultraman Max merupakan Ultra baik kedua yang serangan Ultra Beam miliknya ditembak dari tangan kirinya berbanding tangan kanan, dengan Ultraman Zearth merupakan yang pertama.
- Bunyi Power Timer Max merupakan versi perlahan dari bunyi Pemasa Warna Ultraman Tiga. Bagaimanapun dalam siri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy, bunyi Power Timer miliknya menggunakan bunyi Pemasa Warna Ultraman Blu.
- Dalam kemunculan selepas sirinya, suara percakapan Max disuarakan oleh pelakon suara yang berbeza, tetapi dengusannya oleh Kazuya Nakai masih lagi digunakan semula.
- Warna mata Max kelihatan lebih kuning dalam media semasa.