Ultraman Wiki
Advertisement

"Pahlawan Ultra Legenda, Ultraman Legend."

Delacion kepada Ultraman Legend, Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle


Ultraman Legend (ウルトラマンレジェンド, Urutoraman Rejendo) merupakan Ultraman Super yang terbentuk dari gabungan Cosmos dan Justice. Dia pertama kali diperkenalkan dalam filem pada tahun 2003, Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle dan telah melakukan kemunculan terkininya dalam siri Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy.

Sejarah[]

Masa lalu[]

Ultraman Legend merupakan seorang Ultra dengan kuasa luar biasa. Rakyat asal Planet Gyashi (Jean dan Shau dari filem kedua) mengenalinya sebagai makhluk dari kisah legenda mereka. Dia dikatakan memiliki kuasa yang terkuat di alam semesta.

Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle[]

Ultraman Legend merupakan gabungan yang terhasil dari Ultraman Cosmos dan Ultraman Justice. Setelah pertarungan mereka dengan Gloker Endra, mereka terbang ke angkasa dan bersedia untuk menewaskan armada Gloker selebihnya yang telah bersedia untuk menyerang. Pancaran mereka hanya memberikan sedikit kesan terhadap kapal perang itu dan mereka diserang semula oleh serangan pancarannya yang lebih kuat. Tetapi mereka tidak menyerah kalah dan akhirnya bergabung menjadi satu makhluk super, gergasi dengan kuasa dan kekuatan yang tidak terhitung iaitu Ultraman Legend. Pahlawan cahaya itu menahan pancaran tenaga kehancuran itu dan menolaknya semula ke kapal perang itu. Letupan itu telah menghancurkan kapal itu dan kemudian letupan itu menyelubungi wira itu.

Setelah pertarungan itu berakhir, Ultraman Legend kembali menjadi normal dengan berpisah semula menjadi Cosmos dan Justice. Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

Tidak lama selepas Cosmos dan Justice membantu 80, Neos dan Seven 21 untuk mengalahkan Leugocyte dan Gymaira, Absolute Tartarus muncul dan menyerang hendap kelima-lima Ultra itu menggunakan Absolute Destruction untuk melemahkan mereka. Setelah memperkenalkan dirinya dan berpendapat bahawa sekumpulan Ultra itu lebih kuat yang dia jangkakan, Tartarus bersedia untuk membunuh mereka dan melepaskan satu lagi tembakan Absolute Destruction maka dengan pantas Cosmos dan Justice menahan serangan itu. Apabila asap mula menghilang, satu sosok bercahaya muncul di tempat Cosmos dan Justice yang kemudian mendedahkan dirinya sebagai Ultraman Legend. Apabila Legend melepaskan Spark Legend ke arah Tartarus telah menyebabkannya melarikan diri, lalu Ultra itu berpecah semula menjadi Cosmos dan Justice. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy

Profil[]

Ultraman Legend data

Statistik[1][]

  • Ketinggian: 50 meter
  • Berat badan: 50,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 35 
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 12 
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 9
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 9
  • Ketinggian Lompatan Maksimum: 4,000 meter
  • Kekuatan Lengan: 150,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 200,000 tan

Kebolehan[]

  • Auroral Power (オーロラルパワー, Ōroraru Pawā): Ultraman Legend boleh menyerap serangan musuh ke dadanya. Digunakan untuk Eraser Ball milik Giga Endra.

Teknik[]

Istimewa[]

  • Spark Legend (スパークレジェンド, Supāku Rejendo)
  • Legend Kinesis (レジェンドキネシス, Rejendo Kineshisu)
  • Burst Legend (バーストレジェンド, Bāsuto Rejendo)

Tidak digunakan[]

  • Legend Protect (レジェンドプロテクト, Rejendo Purotekuto): Legenda dapat membuat dinding tenaga yang dipancarkan dari tubuhnya. Ia dapat melindungi dari semua serangan.
  • Legend Session (レジェンドセーション, Rejendo Sēshon)
  • Legend Clear (レジェンドクリア, Rejendo Kuria): Legend mampu melihat menerusi sebarang halangan.
  • Legend Hearice (レジェンドヒアリス, Rejendo Hiarisu): Legend mampu mendengar suara dari jarak jauh.
  • Legend Shift (レジェンドシフト, Rejendo Shifuto): Legend boleh menggunakan pelbagai kebolehan mental.
  • Legend Locks (レジェンドロックス, Rejendo Rokkusu):
  • Legend Practice (レジェンドプラクティス, Rejendo Purakutisu): Legend boleh mewujudkan musuh yang tersembunyi dan melihat melalui ilusi.
  • Perjalanan Masa: Legend boleh melakukan perjalanan ke masa lalu dan masa depan mengikut kehendaknya.

Media Lain[]

Ultraman Fighting Evolution 3[]

Ultraman Legend dalam permainan video Ultraman Fighting Evolution 3 sebagai seorang watak baharu. Walaupun dia adalah watak yang boleh dimainkan, dia tidak boleh disimpan menerusi kad memori. Disebabkan oleh serangan penamatnya yang boleh menghancurkan mana-mana musuh dengan satu serangan dan tidak boleh disekat, dia hanya boleh disimpan melalui Action Replay MAX dan Save State (EMULATOR).

Mega Monster Battle: ULTRA MONSTERS NEO[]

Ultraman Legend muncul dalam Mega Monster Battle: ULTRA MONSTERS NEO dalam bentuk kad, Gold Card. Serangannya ialah Spark Legend yang tidak boleh dielak atau dihindari.

Mega Monster Battle: RR[]

Ultraman Legend muncul kembali dalam Mega Monster Battle: RR. Kadnya yang boleh digunakan ialah Legend Kinesis (2100), Spark Legend (3100) dan Legend Burst (4100).

Ultraman Fusion Fight![]

Ultraman Legend boleh dimainkan dalam Ultraman Fusion Fight!. Pemain perlu mengimbas Ultra Fusion Card Ultraman Cosmos dan Ultraman Justice Crusher Mode dan menggabungkan mereka menjadi Legend.

Barang dagangan[]

Ultra Hero Series (2002-2009)[]

UHSUltramanLegend

CATATAN: Gambar stok tersebut menggunakan Ultra Hero Series 2003 untuk figura ini memandangkan semua keluaran dan cetakan semula figura ini adalah sama dari segi hiasan.

  • Ultraman Legend (2003)
    • Tarikh keluaran: 19 Julai 2003
    • Harga: 800 yen
    • JAN/ISBN: 4543112159670
    • Bahan: PVC
Ultra Hero Series Ultraman Legend dikeluarkan pada tahun 2002 semasa tayangan perdana Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle. Dibentuk daripada plastik vinil lembut berwarna ungu dengan operasi cat perak, gunmetal, emas jingga dan krim (mata), figura ini mempunyai 3 titik artikulasi pada bahagian lengan dan pinggang.


  • Ultraman Legend (versi Smoke Clear) (2003)
    • Harga: Akan diumumkan...
    • Bahan: PVC
Eksklusif untuk Ultraman Festival 2003 & Ultraman Club, figura Ultraman Legend ini adalah versi lutsinar yang dihias semula daripada mainan di atas. Pada masa itu, tidak jelas jika warna hitam berasap ini mempunyai makna tertentu.


UHSLegend2004
  • Ultraman Legend (2004)
    • Tarikh keluaran: 24 Julai 2004
    • Nombor ID: 39
    • Harga: 800 yen
    • JAN/ISBN: 4543112159663
    • Bahan: PVC
Versi asal Ultra Hero Series Ultraman Legend dikeluarkan semula untuk barisan produk tahun 2004, tanpa sebarang perubahan pada aplikasi catnya.


UHSLegend2009
  • Ultraman Legend (2009)
    • Tarikh keluaran: 28 November 2009
    • Nombor ID: 31
    • Harga: 800 yen
    • JAN/ISBN: 4543112593948
    • Bahan: PVC
Figura Ultraman Legend sekali lagi dikeluarkan semula dalam barisan Ultra Hero Series tahun 2009, sebagai keluaran ke-31 dengan pembungkusan baharu.


Ultra Hero 500[]

Keluaran Antarabangsa[]

Bandai-China-Ultraman-Sofubi-Series-19-Legend-VS-King-Joe
  • Ultraman Legend VS King Joe (Pakej 2-unit, 2020)
    • Tarikh keluaran: 2020
    • Nombor siri: 19
    • Bahan: PVC
Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada barisan "Super Sofubi Battle Series" oleh Bandai China, Ultraman Legend ini mungkin menggunakan acuan baharu, atau versi skala kecil daripada mainan Ultra Hero Series yang asal memandangkan tiada acuan Ultra Hero 500 untuknya (setakat ini). Seperti semua mainan Ultra Hero 500, kebanyakan butiran pada bahagian belakang tidak diaplikasikan.
Entah kenapa, mainan ini juga dilengkapi dengan alur di bawah kaki kiri, yang mana menunjukkan bahawa mainan tersebut sepatutnya mempunyai tanda Live untuk versi DX Victory Lancer atau X Devizer oleh Bandai China.
Ultraman Legend dibungkus bersama King Joe. Ironinya, melihat pada mitos kuasa Ultraman Legend, King Joe sepatutnya musnah hanya dalam satu tembakan.

Galeri[]

Trivia[]

  • Sementara Legend tanpa diragui merupakan Ultra pertama yang dirujuk sebagai Ultra Gabungan, dia sebenarnya merupakan yang kedua dalam keseluruhan siri. Gelaran Ultra Gabungan yang pertama dipegang oleh Ultraman Taro yang bergabung dengan lima Ultra Brothers yang mendahuluinya untuk menjadi Super Ultraman Taro.
  • Dialog dalam filem yang pertama kali dia muncul menyiratkan bahawa Cosmos dan Justice asalnya merupakan Legend sebelum dia berpecah kepada dua untuk beberapa sebab. Namun ia menghairankan kerana Cosmos sedikit tua berbanding Justice.
    • Dalam The Absolute Conspiracy, Neos, Seven 21 dan 80 menerangkan tentang Legend sedemikian menyiratkan lagi bahawa Legend merupakan 'bentuk sebenar' Cosmos dan Justice.
  • Legend pada asalnya dirancang untuk menjadi bintang filem yang akhirnya menjadi Ultraman Saga tetapi dia telah ditolak untuk memperkenalkan Ultra Gabungan baru.

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
Advertisement