"Saya mempunyai banyak nama di pelbagai planet yang berlainan. Contohnya... Ultraman King. Manusia panggil saya dengan nama itu."
- ―Ultraman King kepada Ultraman Hikari, Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga
Ultraman King merupakan salah seorang Ultra yang terkuat dan tertua dalam sejarah Siri Ultraman yang telahpun wujud sebelum penciptaan Plasma Spark yang mengubah Penduduk Negeri Cahaya menjadi Ultra. Dengan umur, pengetahuan dan kuasa ajaibnya, King merupakan seorang tokoh yang amat dihormati di Dunia Negeri Cahaya dan kemungkinan di sepanjang Multiverse.
Walaupun namanya bergelar King, dia bukanlah seorang raja di Negeri Cahaya. Dia sentiasa memerhatikan kejadian di alam semesta dan lebih jauh dari itu sambil bermeditasi di Planet King, namun tempat asalnya adalah tidak diketahui. "King" juga bukan nama sebenarnya kerana nama itu diberi oleh manusia kepadanya dan dia memiliki banyak bangsa di serata alam semesta.
Sejarah[]
Masa lalu[]
Seorang Ultraman legenda dari Negeri Cahaya, King telahpun hidup sebelum penciptaan Plasma Spark. Dia telah didedahkan berumur 300,000 tahun dalam filem New Century 2003 Ultraman Legend: THE KING'S JUBILEE, tetapi susunan kronologi karya ini adalah kurang jelas.
Dia biasa tinggal bersendirian di sebuah planet yang dipilih olehnya sebagai rumah tempat tinggalnya iaitu Planet King. Sementara dalam Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga, dia tinggal di Planet Twirl yang tidak berpenghuni dan menyamar sebagai seorang lelaki tua misteri.
"Belial, awak adalah perosak Negeri Cahaya. Saya nak awak tebus dosa-dosa awak dalam kegelapan. Selama-lamanya."
- ―King ketika memenjarakan Belial
Ketika peristiwa Pemberontakan Belial di mana apabila Belial kembali ke Negeri Cahaya setelah penggabunggannya dengan Alien Rayblood untuk membalas dendam, King muncul dan menewaskan Belial dengan memenjarakannya di dalam Penjara Angkasa. Pada masa yang sama, pertarungan itu disaksikan oleh Ibu Ultra, Bapa Ultra dan Zoffy. King kemudian menyegel Giga Battle Nizer di Lembah Api. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Leo[]
Sebelum kemunculannya di Bumi, King telah menyelamatkan Astra yang telah ditawan oleh Alien Magma dan dia memberitahu kepada Astra bahawa Leo masih hidup. Ketika pertarungan Ultraman Leo dengan Pressure, King telah datang ke Bumi dan membantu Leo untuk menewaskan Alien Pressure dan memulihkan Ultra itu kepada saiz penuhnya dengan membatalkan sihir gelap Pressure menggunakan King Hammer miliknya. Kemudian, King memberikan Ultra Mantle kepada Leo sebagai senjata yang akan membantunya dalam pertarungannya. Siri Karya Rakyat Jepun - Ultraman King vs Ahli Silap Mata
"Kunci itu tak penting. Awak hampir membunuh seorang lelaki yang boleh menjadi Ultra Bersaudara ketujuh. Awak hampir membunuh Leo!"
- ―King kepada Ultra Bersaudara
King kembali ke Bumi beberapa bulan kemudian untuk mendedahkan helah Alien Babarue yang menyamar sebagai adik lelaki Leo, Astra untuk mencuri Ultra Key. Apapun alat itu kemudiannya dikembalikan dengan selamat. Leo Beradik dan Ultra Bersaydara, Masa Kemenangan
Apabila Leo telah dibunuh Alien Bunyo, Ultraman King membangkitkannya semula lalu mendesak Leo untuk terus mempertahankan Planet Bumi. Dia kemudian memerhatikan pertarungan terakhir Leo menentang Black End bersama Seven dari Negeri Cahaya. Siri Keganasan Bangsa Piring Terbang - Kehidupan Leo! Keajaiban King!
Ultraman: Great Monster Decisive Battle[]
Berkemungkinan berlaku di alam semesta alternatif, Ultraman King telah memberikan kebenaran untuk menghantar Ultraman ke Bumi. Ultraman: Great Monster Decisive Battle
Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga[]
Ultraman Hikari sedang mencari kuasa untuk menyelamatkan Arb dan mendengar ia akan diberikan kepadanya oleh seorang makhluk berkuasa yang didedahkan merupakan Ultraman King. King memberikan Knight Brace kepadanya disebabkan oleh hatinya bersih. Dia sempat memberi amaran kepada Hikari supaya tidak bertarung dengan Arb kerana kemarahannya, tetapi Hikari telah mengabaikan amaran itu dan disebabkan itu, dia memperoleh perisai Hunter Knight Tsurugi dari gabungan kristal Arb yang terkorban dan kemarahan dalam dirinya sendiri. Ultraman Mebius Gaiden: Hikari Saga
Ultraman Mebius Gaiden: Armored Darkness[]
Ultraman King muncul dalam siri khas ini apabila dia memberi motivasi kepada seorang bekas ahli GUYS, Ryu Aihara untuk tidak berputus harapan ketika mereka menentang Armored Darkness. Ultraman Mebius Gaiden: Armored Darkness
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Ultraman King dilihat sedang menyaksikan latihan Ultraman Zero dengan Ultraman Leo bersama Astra. Ultraman King juga bertanggungjawab memberitahu kepada Zero kebenaran tentang "pengusirannya" dan Ultraseven merupakan bapanya. Apabila Eye Slugger Seven dihantar sebagai S.O.S., Ultraman King mengarahkan Zero dan Leo Brothers untuk menyertai medan pertempuran. Kemudian setelah Belial ditewaskan oleh Zero, Ultraman King memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Ultra yang berhimpun di Negeri Cahaya. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
Meskipun tidak membuat kemunculan utama, King muncul di akhir filem apabila dia terbang kembali ke Negeri Cahaya bersama Pasukan Pertahanan Antara Galaksi setelah seluruh tentera Belial dikalahkan. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Bab 1[]
Mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku setelah kemunculan pertama Absolute Tartarus, King merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku selepas Tartarus memasuki ke dalam portal merentas masanya. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Ultraman Ginga[]
Sementara pelbagai Ultra bertarung pelbagai raksasa dan alien jahat dalam peperangan yang akan dikenali sebagai Perang Dark Spark, King merupakan salah seorang Ultra yang tidak kelihatan ketika peperangan itu. Oleh itu, dia juga merupakan salah seorang Ultra yang tidak diketahui nasibnya di dalam dan selepas peperangan kerana tidak ada tanda-tanda kemunculan Spark Doll-nya. Apapun, setelah kekalahan Lugiel, semua Spark Doll telah berubah menjadi asal dan kembali ke dunia mereka. Ultraman Ginga
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]
Walaupun tidak membuat kemunculan sebenar dalam filem ini, King dilihat dalam imbas kembali bersama Ultraman Leo dan Astra. Beberapa ketika sebelum filem ini, Ultraman King telah mencipta Ultra Fusion Brace dan mengamanahkan Zero untuk pergi ke Bumi dan memberikannya kepada Hikaru. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!
Ultra Fight Victory[]
Setelah merasakan kebangkitan kejahatan purba, King memberikan misi kepada Ace, Hikari dan Leo Brothers untuk menghentikan perkara ini dari berlaku. Hikari telah ditugaskan untuk pergi ke Bumi dan melindungi Victorium Core daripada Yapool, Leo dan Astra telah dihantar ke sebuah planet di mana Juda sedang bangkit semula manakala Ace pula dihantar untuk menyelamatkan Ultraman Ginga daripada Ace Killer. Ultra Fight Victory
Pra-Ultraman Geed[]
"Alam semesta ni sebenarnya pernah hampir musnah satu ketika dahulu. Orang yang selamatkannya ialah raja tertua bernama Ultraman King. Alam semesta ni sama seperti badan awak, ia hampir-hampir musnah sepenuhnya. Semua Ultraman boleh bergabung dengan seseorang untuk sembuhkan badan mereka. Masalahnya alam semesta terlalu besar. Nampaknya dunia ni tak musnah tapi Ultraman King telah berkecai di sekitar kosmos. Kami memanggilnya, tapi tiada balasan."
- ―Zero menceritakan peristiwa Impak Krisis
19 tahun dahulu, King menyahut keinginan keluarga Toba untuk kesihatan anak mereka yang masih belum lahir. King menyembuhkan anak mereka itu yang membenarkan Laiha dilahirkan tetapi juga menyebabkannya mengalami simptom pembawa Little Star lebih awal daripada peristiwa penyebaran Radiasi Kanak-kanak. King muncul di akhir pertarungan dengan Belial setelah Ultra jahat itu mencetuskan Impak Krisis dan menggunakan kuasanya untuk bersatu dengan semesta untuk membatalkan kerosakan yang telah berlaku. Intipati Ultraman King tersebar di seluruh alam semesta sebagai Radiasi Kanak-kanak tetapi kesedarannya terlalu tersebar sehingga tidak dapat dirasakan oleh Pahlawan Ultra lain. Untuk mengaktifkan Kapsul Ultra dan sebahagian daripada jangka panjang membesarkan Ultraman Geed, Kei Fukuide menyebarkan Elemen Carellen ke seluruh Bumi dan memagnetkan Radiasi Kanak-kanak kepada penduduk Bumi sebagai Little Star.
Ultraman Geed[]
Walaupun Little Star Laiha menghilang dari trauma kehilangan kedua-dua ibu bapanya, ia muncul kembali dan telah membolehkannya untuk mendengar suara King pada waktu-waktu tertentu, misalnya menghentikannya dari membunuh Kei dan memberi amaran kepadanya tentang ketibaan Belial. Selepas Geed diserap Chimeraberus, Laiha pergi ke hospital kelahirannya, dia berhubung sepenuhnya dengan Ultra itu dan memperoleh pertolongan untuk menyelamatkan Geed/Riku daripada Chimeraberus. Akhirnya, Little Star milik Laiha diperoleh oleh Riku sebagai Kapsul King yang membolehkannya untuk menggunakan bentuk Royal Megamaster dan menamatkan pertarungan itu.
"Badan saya telah dikembalikan dan luka di alam semesta ini telah dipulihkan. Mulai sekarang, masa depan planet ini bergantung pada awak berdua."
- ―Kata-kata King kepada Riku dan Laiha
Apabila Belial menggunakan bentuk Atrocious dan mula menyerap Radiasi Kanak-kanak milik King, kestabilan alam semesta telah terganggu. Melalui keberanian dan keazaman Geed/Riku, King telah memanggil salinan bentuk-bentuk Fusion Rise Geed yang membolehkannya mengalahkan Belial Atrocious. Selepas kematian Belial, badan fizikal King akhirnya dipulihkan kerana alam semesta itu tidak lagi memerlukan hos untuk kekal stabil. Sebelum meninggalkan Bumi bersama Bapa Ultra, King telah mengamanahkan masa depan Bumi kepada Laiha dan Riku dan mengakui bahawa Geed memiliki potensi di dalam dirinya. Simbol Geed
Profil[]
Statistik[1][]
- Ketinggian: 58 meter
- Berat badan: 56,000 tan
- Umur: 300,000 tahun
- Tempat asal: Tidak diketahui
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 20
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: 700 knot
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 9.9
- Ketinggian Melompat Maksimum: 1,100 meter
- Kekuatan Lengan: 100,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 55,000 tan
Ciri-ciri Badan[]
- King Top [2]: Sfera kecil yang terdapat di puncak mahkota King. Ia memberikannya pengetahuan yang luas tentang alam semesta.
- Mata Merah: Mata King yang berwarna merah memiliki penglihatan sekitar sepuluh ribu kali lebih tajam berbanding Ultra normal. Ia juga dapat melihat menerusi penyamaran.
- Janggut: Bulu wajah mula tumbuh di kawasan muka Ultra apabila mereka sekurang-kurangnya berumur 40,000 tahun.
- Batu Permata: King mengenakan dua batu permata berwarna merah di tubuh badannya. Satu daripadanya dilihat bercahaya pada waktu tertentu.
- Great Protector : Perisai di dada King.
- Ultra Great Medal : Tali pinggang yang dipakai oleh King yang melambangkan simbolnya.
Kebolehan[]
- Teleportation
- Natural Disaster Ability
- Ciptaan Alat: King boleh mencipta alat peranti seperti Knight Brace dan Ultra Fusion Brace.
- Telekinesis: King dapat menewaskan musuhnya menggunakan kebolehan mentalnya. Ia digunakan untuk memenjarakan Belial dengan mencipta Penjara Angkasa dari runtuhan dari seluruh Negeri Cahaya.
- Radiasi Kanak-kanak : Apabila King melepaskan zarah-zarah emas dari salah satu permatanya, King boleh bersatu dengan semesta untuk membatalkan dan membalikkan kerosakan yang dilakukan oleh Belial ketika Impak Krisis. Ia kemudian dikenali sebagai Radiasi Kanak-kanak dan didedahkan merupakan intipati King sendiri yang beredar di seluruh alam semesta.
- Pindahan Kesedaran: King memindahkan kesedaran Laiha untuk menyelamatkan Riku dari pengaruh jahat Belial.
- Perisai Tenaga: Sebuah perisai tenaga berwarna emas yang digunakan oleh King untuk melindungi Laiha dari Claw Lightning Belial.
Senjata[]
- King Hammer
- Ultra Mantle
Teknik[]
Khas[]
- King Flasher
- Baptism Beam
- King Spark
- King Reconstruction Beam
- King Shot
- Tetakan Tenaga
Alat ciptaan[]
- Ultra Mantle
- Knight Brace
- Ultra Fusion Brace
- Radiasi Kanak-kanak
Trivia[]
- King merupakan:
- Ultra rasmi pertama yang memiliki buluan wajah di mana dia memiliki janggut, sementara Bapa Ultra hanya memiliki jambang. Ultraman Chuck yang sebahagiannya direka bentuk berdasarkannya juga memiliki janggut penuh.
- Ultra pertama yang memiliki warna mata selain warna kekuningan.
- Ultra pertama yang mengenakan warna selain merah atau perak. Dia memiliki tanda ungu dan perhiasan emas.
- Meskipun yang terkuat, King tidak dapat memecahkan Magmatic Chain yang terdapat pada peha Astra, membuatkan dia terpaksa memakainya untuk seumur hidupnya.[3]
- King yang muda telah muncul dalam manga Ultra Super Legends menggunakan nama Pico.
- Pelakon suara pertama Ultraman King, Motomu Kiyokawa juga menyuarakan Alien Babarue dalam siri Leo dan penjelmaannya dalam Mebius.
- Beberapa pelakon suara King memiliki sejarah mereka sendiri dalam mengambil peranan watak mereka iaitu:
- Bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi mengatakan bahawa dia telah didesak oleh anak lelakinya untuk mengambil peranan itu.
- Nobuyuki Hiyama pula telah ditawarkan peranan itu oleh eksekutif tetapi memandang dirinya tidak layak untuk menerima tawaran itu, oleh itu dia memilih untuk mengambilnya dengan uji bakat yang mana dia tetap lulus.
- Ultraman King diberi nama "Uncle Ultraman" dalam Space Warriors 2000.
- Dengusan Ultraman King merupakan versi bernada rendah dari Ultraman yang dihasilkan oleh Masao Nakasone. Dengusannya merupakan yang sama digunakan untuk Bapa Ultra dan Zoffy dalam Ultraman Fighting Evolution 3.