Ultraman Justice merupakan seorang Ultra yang muncul dalam Ultraman Cosmos 2: The Blue Planet. Dia juga muncul dalam Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle di bawah identiti seorang gadis asing bernama Julie.
Sejarah[]
Ultraman Cosmos 2: The Blue Planet[]
Merupakan Ultraman lain seperti Cosmos, Justice telah datang ke Bumi di akhir pencerobohan Scorpiss. Menyerang pendahulu pencerobohan itu, Sandros ketika ia menyerang Cosmos, Ultra itu telah menjatuhkan raksasa itu ke tepi. Kemudian, dia menyalurkan sebahagian tenaganya kepada wira yang lemah itu, membolehkan kedua-dua mereka menentang raksasa itu. Ketika mereka melakukan demikian, Sandros mula untuk melepaskan awan hitamnya yang menghalang sinaran cahaya matahari. Dalam keadaan yang penuh kegelapan, kedua-dua wira itu telah diserang tanpa belas kasihan oleh bilah tenaganya.
Raksasa itu bagaimanapun akhirnya telah melakukan kesilapan. Mengisi bebola apinya telah mendedahkan dirinya dalam kegelapan itu, membolehkan kedua-dua Cosmos dan Justice segera menembak Cosmium dan Victorium Beam mereka dan berjaya memusnahkannya. Oleh itu, mereka telah menyelamatkan Bumi sekali lagi. Dengan tugas mereka telah selesai, Cosmos dan Justice kembali semula ke bintang, tetapi sesuatu yang mengerikan akan segera memisahkan mereka. Ultraman Cosmos 2: The Blue Planet
Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice: The Final Battle[]
Bersekutu dengan bangsa alien yang berniat untuk menghancurkan kehidupan di Bumi sebelum ia dapat menjangkau dan mengganggu keamanan di seluruh alam semesta, Justice mengenakan bentuk manusia perempuan di bawah nama Julie. Justice tiba ketika Cosmos (Eclipse Mode) sedang dalam pertarungan dengan dua Gloker Pawn. Pada mulanya kelihatan dia datang untuk membantunya tetapi sebaliknya, dia mengisi semula tenaga robot itu dan dan membantu mereka menewaskan Ultraman Cosmos.
Julie hanya melihat ketika berbagai serangan dilancarkan di serata bandar, tidak menunjukkan sebarang penyesalan sehingga dia menemui seorang gadis kecil dan anjing peliharaannya. Ini mengingatkannya tentang kebaikan dalam diri manusia. Setelah Gloker Rook menghancurkan raksasa-raksasa Bumi yang datang untuk melawannya, Justice muncul dan menyerangnya.
Menghancurkan perisainya berulang kali, wira itu berjaya menamatkannya dengan tembakan Victorium Beam miliknya, namun musuh yang lebih kuat muncul dalam bentuk Gloker Bishop. Wira itu tidak mampu menewaskan robot super itu sendiri, tetapi setelah Cosmos kembali ke medan pertarungan dengan bentuk baru, Future Mode, kedua-dua mereka sekali lagi bergabung tenaga.
Setelah diisi semula tenaga oleh wira itu, kedua-dua mereka menamatkan senjata itu dengan hentaman dari serangan mereka yang dikombokan menjadi satu. Kedua-dua Ultraman itu terbang ke angkasa dan bersedia untuk menewaskan armada itu selebihnya yang telah bersedia untuk menyerang. Pancaran mereka hanya memberikan sedikit kesan terhadap Giga Endra dan mereka diserang semula oleh serangan pancarannya yang lebih kuat.
Tetapi mereka tidak menyerah kalah dan akhirnya bergabung menjadi satu makhluk super, gergasi dengan kuasa dan kekuatan yang tidak terhitung: Ultraman Legend. Pahlawan cahaya itu menahan pancaran tenaga kehancuran itu dan menolaknya semula ke kapal perang itu. Letupan itu telah menghancurkan kapal itu dan kemudian letupan itu menyelubungi wira itu.
Ultraman Legend kembali menjadi normal, berpisah semula menjadi Cosmos dan Justice yang dilihat apabila seluruh armada berpusing. Bumi kini dan pada masa seterusnya akan dijaga oleh pasukan bersatu antara Ultraman Cosmos dan Ultraman Justice. Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice: The Final Battle
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Selepas serangan Leugocyte di Planet Kanon, Ultraman 80 mengumpulkan sebuah pasukan menyerang yang terdiri daripada dirinya, Ultraman Neos dan Ultraseven 21 untuk menjejaki Leugocyte dan kemudian bertarung dengannya di Planet Feed. Tiba-tiba, Absolute Tartarus muncul bersama Reibatos dan mengarahkannya untuk membangkitkan semula Gymaira untuk mengganggu pertarungan itu. Sekumpulan Wira Ultra itu berada dalam kesukaran sehingga Ultraman Cosmos dan Ultraman Justice tiba sebagai bantuan selepas memperoleh bacaan tenaga yang tidak biasa, maka mereka telah dihantar oleh Delacion untuk menyiasat. Ketibaan Cosmos dan Justice telah memberikan peluang kepada 80 untuk menamatkan Gymaira, lalu kembali untuk membantu yang lain bertarung dengan Leugocyte. Kemudian, Tartarus muncul dan berhadapan dengan sekumpulan Ultra itu secara langsung, tetapi akhirnya setelah Cosmos dan Justice bergabung menjadi Ultraman Legend, dengan satu tembakan Spark Legend miliknya telah membuatkan Absolutian itu melarikan diri melalui portal. Selepas pertarungan itu berakhir, Cosmos memaklumkan kepada yang lain bahawa Tartarus merupakan sumber tenaga pelik yang dikesan olehnya dan Justice di alam semesta itu serta di semesta dunia mereka dan Dunia Bumi Masa Depan di mana Cosmos pernah membantu Zero. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Pada suatu masa selepas kejadian itu, Justice telah dihantar oleh Delacion to untuk menyampaikan sebuah mesej kepada Permaisuri Izana di Galaxy Rescue Force bahawa mereka akan bersekutu dengan mereka dan Negeri Cahaya dalam pertarungan untuk menentang Absolute Tartarus.
Ultraman Ginga[]
Ultraman Justice telah mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia bukan sahaja bertarung bersama Ultraman Cosmos, tetapi juga bersama dengan para Ultra dari pelbagai alam semesta lain dan sekutu-sekutu mereka untuk menentang ancaman-ancaman jahat. Di pertengahan peperangan itu, Dark Lugiel telah mengubah setiap Ultra serta sekutu mereka, raksasa dan menjadi Spark Doll. Sebaik sahaja peperangan itu tamat, seorang pahlawan misteri muncul dan berhadapan dengan Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga telah bertukar menjadi Spark Doll. Lokasi Spark Doll Justice adalah tidak diketahui.
Selepas Ginga menewaskan Dark Lugiel, Justice dan Spark Doll yang lain telah pulih ke bentuk asal mereka dan kembali ke alam semesta asal mereka. Masa Depan Awak
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 46 meter
- Berat badan: 41,000 tan
- Umur: 17,000 tahun
Ciri-ciri Badan[]
- Color Timer: Seperti mana-mana makhluk Ultra lain, Justice memiliki Pemasa Warna di dadanya yang menunjukkan berapa banyak masa/tenaga yang tinggal.
- Mata: Mata Justice boleh melihat jarak yang jauh dan musuh yang tersembunyi.
- Protector: Perisai di dada Justice. Ia merupakan bahagian anatomi yang paling kuat dan hampir tidak dapat dihancurkan.
- Perisai Ultra: Perisai standard milik Justice yang kebal terhadap api dan laser dan sama kuat seperti mana-mana perisai Ultra lain.
Transformasi[]
Tidak seperti Ultra lain, Justice tidak memiliki babak rise tradisional seperti mereka. Sebaliknya, Julie menempatkan Just Lancer di dadanya dan dia bertukar menjadi sebuah bebola cahaya sebelum terbang ke atas. Kemudian, ia mendedahkan Julie dalam Bentuk Ultra-nya sebagai Justice Standard Mode. Rise-nya serupa dengan transformasi masa sebenar.
Bentuk[]

Standard Mode
merupakan bentuk default Justice.- Statistik[1]
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 13
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 3.5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2.5
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,600 meter
- Kekuatan Lengan: 89,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 90,000 tan (90 kg dalam segi manusia)
- Kebolehan
- Justice Ability : Justice boleh memulihkan tenaga Ultra lain.
- Mode Change: Justice dapat berubah menjadi bentuk Crusher Mode mengikut kehendaknya.
- Teknik
-
- Khas
- Victorium Beam : Menggunakan kedua-dua tangannya yang ditempatkan di hadapannya, Justice boleh menghasilkan pancaran tenaga jingga yang kuat dari dari lengannya.
- Light Effector : Justice boleh menemebak pancaran trnaga jingga yang kuat dari kedua-dua tangan.
- Justice Smash : Justice boleh menembak bom tenaga dari penumbuknya. Rata-rata berkuasa, tetapi ia dapat ditembak secara berturut-turut.
- Dazzling Arrow : Panah cahaya yang disasarkan ke arah bahagian vital musuh.
- Justice Remover : Justice dapat menembak gelombang tenaga yang boleh menggerakkan sesuatu yang lumpuh. Pertama kali digunakan pada Gloker Pawn.
- Fizikal
- Justice Punch: Justice dapat melakukan serangan tumbukan ke arah lawan.
- Justice Chop: Justice dapat melakukan serangan mencincang ke arah lawan.
- Justice Kick: Justice dapat melakukan serangan tendangan ke arah lawan.
- Justice Whipper: Justice dapat melempar musuhnya pada jarak yang sangat jauh.
- Lain-lain
- Justice Barrier : Sebuah teknik penghalang yang digunakan dalam Ultraman Fighting Evolution 3. Teknik ini berbeza dengan Justice Protect.
- Gabungan
- Serangan Gabungan: Justice berpegang pada tangan Cosmos lalu mereka berpusing dengan sangat laju. Setelah melepaskannya, seluruh tubuh Justice akan bertindak sebagai bumerang.
- Tidak digunakan
- Justice Protect: Menghasilkan pendinding tenaga dari tubuh badannya untuk melindungi dirinya dan yang lain dari serangan musuh.
- Justice Fix: Justice dapat menjadikan dirinya atau sebuah objek melayang di ruang melawan graviti.
- Justice See Through: Justice boleh melihat menerusi sebarang halangan.
- Justice Hearing: Justice dapat mengecam bunyi yang perlahan dari jarak jauh.
- Justice Move: Pergerakan sesaat melalui Ultra Physic.
- Justice Living: Sebuah pancaran yang boleh menghentikan musuh di udara.
- Justice Manifest: Justice boleh menghasilkan pancaran yang akan mendedahkan sasaran yang halimunan atau membatalkan ilusi lawan.
- Justice Kinesis: Dengan memanfaatkan kuasa psikik Ultra-nya sepenuhnya, Justice boleh membuat objek yang besar bergerak melalui udara.
- Justice Cutter: Justice boleh mencipta bilah cahaya yang dapat menembusi musuh dalam sekelip mata.
- Justice Swing: Teknik bergelut.
- Justice Headbutt: Justice melakukan hantujan kepala yang sangat kuat.

Ultraman Justice Crusher Mode
Crusher Mode Delacion.
merupakan bentuk kedua Justice yang memberinya kekuatan dan kuasa api yang lebih hebat. Justice memperoleh bentuk ini setelah menyedari maksud sebenar "keadilan" ketika dia menentang- Statistik
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4.5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3.5
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,800 meter
- Kekuatan Cengkaman: 120,000 tan (120 kg dari segi manusia)
- Kebolehan
- Justice Ability : Justice boleh memulihkan tenaga Ultra lain dalam Ultraman Fighting Evolution 3.
- Pecutan: Justice boleh memecut dalam kelajuan tinggi mengikut kehendaknya.
- Penggabungan: Dalam Crusher Mode, Justice dapat bergabung dengan Ultraman Cosmos untuk menjadi seorang makhluk Ultra yang terkuat, Ultraman Legend.
- Teknik
-
- Khas
- Dagrium Beam : Justice boleh menghasilkan pancaran tenaga jingga yang kuat dari lengannya.
- Batreck Shot : Justice boleh menghasilkan panah kuning yang kecil dari tapak tangannya.
- Fizikal
- Crusher Bloome : Justice kini dapat memisahkan bahan seperti logam yang digunakan untuk membuat Gloker Rook.
- Crusher High Kick : Justice dapat melakukan tendangan berkelajuan tinggi yang kuat.
- Tumbukan Tenaga: Serangan tumbukan dengan menumpukan tenaga pada tangannya.
- Gabungan
- Cross Perfection : Justice boleh menggabungkan kuasanya dengan kuasa Ultraman Cosmos dan kedua-dua mereka akan melepaskan pancaran tenaga berkuasa tinggi dari tangan mereka. Cosmos melepaskan pancaran biru dari lengan kanannya manakala Justice melepaskan pancaran jingga dari lengan kirinya. Sebelum mengenai sasaran, kedua-dua pancaran itu bergabung menjadi satu pancaran tenaga hijau yang besar. Boleh memusnahkan raksasa seperti Gloker Bishop dalam satu serangan. Ini juga merupakan serangan muktamad mereka.
- Double Rolling Attack : Bersama Cosmos, Justice melompat pada masa yang sama dan melakukan tendangan menegak yang kuat yang boleh menyebabkan kerosakan yang besar.
Media Lain[]
Ultraman Fighting Evolution 3[]
Ultraman Justice ialah salah satu Ultra yang boleh dimainkan dalam permainan ini. Dia turut boleh bertukar menjadi Crusher Mode.
Dalam Story Mode, Ultraman Justice akan menentang Cosmos seperti yang dilihat dalam filem ketiga. Terdapat dua alur cerita berbeza dalam permainan ini:
- Jika Cosmos ditewaskan, Justice akan menentang Gloker Bishop sehingga ketibaan Cosmos.
- Jika Justice ditewaskan, Cosmos akan menentang Gloker Bishop sehingga ketibaan Justice.
Ultraman Fighting Evolution 3
Galeri[]
Trivia[]
- Ultraman Justice merupakan Ultra lelaki kedua yang mengenakan bentuk manusia perempuan, yang pertama ialah Ultraseven 21. Bagaimanapun, berbeza dengan Seven 21, Justice memiliki bentuk manusia yang tetap.
- Justice juga merupakan Ultra lelaki kedua yang memiliki bentuk/hos manusia perempuan. Ultra yang pertama ialah bekas hos manusia Ultraman Ace, Yuko Minami. Bagaimanapun, tidak seperti Yuko, Julie merupakan bentuk manusia Justice.
- Menurut sebuah majalah, sebab dia mengambil penampilan perempuan adalah untuk menunjukkan pandangan keadilannya sebagai "satu yang melampaui jantina", oleh itu dia melihat dirinya bukan sebagai seorang lelaki ataupun perempuan.
- Pelakon suara Justice, Osamu Ryutani juga turut menyuarakan Ultraman Xenon dalam siri Ultraman Max, Alien Metron dalam Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey dan Ultraman Leo dalam Hyper Battle DVD.
- Ultraman Justice merupakan Ultra baik pertama yang menyertai pihak antagonis, tetapi kemudian telah berpaling tadah daripada mereka.
- Bentuk standard Ultraman Justice merupakan gabungan beberapa elemen dari kedua-dua Ultraseven dan Ultraman Tiga.
- Begitu juga, Ultraman Justice kebanyakannya memiliki tema daripada Ultraseven.
- Ultraman Justice pada asalnya dirancang sebagai bintang dalam sebuah original video, tetapi sebaliknya telah muncul dalam filem kedua Cosmos. Sesetengah majalah bahkan mendakwa bahawa dia merupakan pesaing peranan Cosmos dalam sirinya, meskipun perkara itu telah dinafikan oleh pengarah Hideyuki Kawakami.
- Ultraman Justice pada asalnya dirancang untuk muncul dalam filem kedua Cosmos secara bersendirian tetapi Cosmos telah dimasukkan untuk nilai iklan.
- Ultraman Justice juga asalnya turut dirancang untuk muncul dalam filem Ultraman Saga memandangkan Ultra gabungan yang dirancang itu merupakan Ultraman Legend tetapi telah dibatalkan untuk memperkenalkan Saga.