"Seorang penyelamat yang berasal dari bintang..."
- ―Col. Arthur Grant dari UMA merenung kemunculan pertama Great, Tanda-tanda Kehidupan
"Bangsa saya tidak mempunyai pilihan; berlawan dengan Gudis atau katakan selamat tinggal kepada alam semesta."
- ―Ultraman Great kepada Jack Shindo, Hibernator
Ultraman Great merupakan seorang Wira Ultra dalam siri Ultraman: Towards the Future iaitu entri tokusatsu Siri Ultraman pertama dan satu-satunya yang dihasilkan first di Australia. Great dan bangsanya sedang dalam peperangan dengan Gudis yang telah membawa kepada pertemuan dan penggabungannya dengan Jack Shindo di Marikh. Great juga merupakan Wira Ultra rasmi pertama yang melakukan kemunculan sulungnya dalam era Heisei serta Ultra pertama yang berbahasa Inggeris.
Konsep[]
Reka bentuk[]
Reka bentuk Great adalah unik berbanding Pahlawan Ultra lain. Pemasa Warnanya berbentuk segi tiga dan warna badannya yang selain warna merah berwarna putih perak berbanding Pahlawan Ultra lain yang berwarna merah dan perak.
Sejarah[]
Ultraman: Towards the Future[]
Kedua-dua Jack Shindo dan Stanley Haggard merupakan ahli ekspedisi berawak pertama ke Marikh. Di planet itu, mereka menemui raksasa berupa siput gergasi yang dipanggil sebagai Gudis. Tiba-tiba munculnya seorang pahlawan gergasi, Ultraman Great menentang Gudis tetapi telah ditumpaskan untuk beberapa jangka masa. Shindo disematkan oleh lereng batu sementara Haggard cuba untuk melarikan diri melalui kapal mereka tetapi telah diletupkan oleh Gudis. Pada ketika itu, Great bangkit dan ketika dia berada di ambang kemenangan, Gudis berubah menjadi virus dan bergerak ke Bumi di mana ia mengubah makhluk lain menjadi raksasa dan membangkitkan makhluk yang ada. Memerlukan seorang hos manusia untuk meneruskan hidup di Bumi, Great menjalinkan ikatan dengan Jack dan membolehkannya menjadi makhluk yang hebat. Dia juga menyertai Universal Multipurpose Agency, atau ringkasnya UMA untuk membantu mereka menentang raksasa-raksasa itu. Tanda-tanda Kehidupan
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Setelah Ultraman Belial dibebaskan dari penjara, dia pergi ke Negeri Cahaya, dia pergi ke Negeri Cahaya dan menyebabkan kekacauan. Ultraman Great, Ultraman Powered dan Ultra Force bersama dengan Pahlawan Ultra yang lain maju dan menentang Belial, namun mereka dengan mudah ditumpaskan oleh Ultraman jahat itu. Selepas hampir kesemua Ultraman telah ditewaskan oleh Belial di Negeri Cahaya, Belial mencuri Plasma Spark yang menyebabkan seluruh negeri itu membeku bersama penduduknya termasuk Great. menyebabkan seluruh negeri itu membeku bersama penduduknya termasuk Powered. Di akhir filem, setelah Plasma Spark diambil dan dikembalikan ke tempatnya, semua Ultra termasuk Great kembali pulih dan kemudian mereka mendengar ucapan daripada Ultraman King. Great dilihat berada bersama Ultra Force dan Ultraman Powered. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]
Ultraman Ribut telah diarahkan oleh Ultraman Taro untuk pergi Planet K76 iaitu sebuah planet untuk Pahlawan Ultra berlatih. Apabila dia tiba di sana, dia bertemu dengan Ultraman Great dan Ultraman Powered yang telah bersedia untuk membantu melatih Ribut supaya dalam masa tiga hari, ekspedisi untuk menyelamatkan Ultraman Max di Planet Mikarito dapat dilaksanakan.
Dengan itu, sesi latihan Ribut dengan Great dan Powered bermula dengan mereka langsung tidak berlembut terhadapnya. Mereka menasihatinya untuk melepaskan kuasa terpendamnya dan akhirnya Ribut berjaya berbuat demikian dan menandingi mereka dalam masa yang singkat. Setelah latihannya selesai, Great dan Powered masing-masing memberikan Ribut Blocker dan Spreader Rod kepada Ribut dan berkata bahawa dia pasti boleh menggunakannya dengan kebolehannya sekarang. Dengan itu, Ribut kembali ke Negeri Cahaya untuk mendapatkan penawar Gudis daripada Sora lalu pergi ke Planet Mikarito semula untuk menyelamatkan Max yang telah hampir bertukar menjadi raksasa. Apabila Ribut bergegas ke arah Max, Great menguruskan Alien Sran sebelum menamatkannya. Selepas pertempuran itu berakhir, Great dan yang lain kembali ke markas Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk melaporkan situasi yang berlaku kepada Zoffy. Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy
Profil[]

Ultraman Great
Statistik[1][]
- Ketinggian: 60 meter
- Berat badan: 58,000 tan
- Umur: 17,000 tahun
- Tempat asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 26
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 9
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 6
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3
- Ketinggian Melompat Maksimum: 1,500 meter
- Kekuatan Lengan: 180,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 60,000 tan
- Kelemahan: Seperti Ultra lain, masa untuk Great aktif di Bumi terhad kepada tiga minit. Hal ini disebabkan oleh atmosfera yang telah tercemar di Bumi.
Transformasi[]
Jack Shindo meletakkan Delta Plasma di tapak tangannya dan memejamkan mata sambil menumpukan perhatian. Ia kemudian mengeluarkan bunyi penyintesis yang berdenyut dan sebuah cahaya menukarkannya menjadi Utraman Great.
Teknik[]
Khas[]
- Burning Plasma : Serangan penamat Ultraman Great. Great menarik tangannya dalam sudut menegak untuk mencipta Ultra String lalu menembak dua pancaran biru yang boleh memusnahkan raksasa dalam sekali serangan. Ia boleh dicas untuk menghasilkan variasi serangan yang jauh lebih kuat yang berwarna merah dan berapi. Ia merupakan serangan terkuat Great.
- Finger Beam
- Double Finger Beam
- Knuckle Shooter
- Palm Shooter
- Arrow Beam
- Disc Beam
- Star Beam
- Magnum Shoot
- Great Slicer
- Double Great Slicer
Fizikal[]
- Great Guard
- Great Punch
- Knuckle Bolt
: Tumbukan yang kuat.
- Great Chop
- Great Cross
: Serangan mencincang yang kuat.
- Great Kick : Tendangan yang kuat.
- Great Shoot : Teknik melempar.
Lain-lain[]
- Triangle Shield
- Dissolver
- Perspective Beam
- Spin Guard
Media Lain[]
Trivia[]
- Ultraman Great merupakan Ultra pertama yang sutnya diperbuat sepenuhnya daripada spandeks, berbeza dengan semua Ultra lain dalam siri mereka yang memiliki sut getah.
- Great masih menggunakan sut spandeks dalam kemunculan media kemudiannya.
- Great merupakan:
- Ultra pertama yang ditunjukkan bertarung dengan raksasa sebelum bersatu dengan hos atau mengambil bentuk manusia.
- Ultra pertama yang menghasilkan bilah Tenaga Cahaya.
- Ultra pertama yang telah disalah anggap sebagai musuh.
- Ultraman Great merupakan Ultra pertama dan satu-satunya yang terbang secara terlentang setelah setiap pertempuran.
- Great hanya telah dikalahkan oleh Kodalar dalam sirinya.
- Great merupakan Ultra utama kedua yang serangan penamatnya bukan Ultra Beam tradisional, dengan yang pertama merupakan Ultraman Leo.
- Dalam alih suara bahasa Jepun, dengusan Ultraman Great digunakan semula daripada Ultraman yang dihasilkan oleh Masao Nakasone. Bagaimanapun, dengusan asal Great kadang-kadang boleh didengari yang tidak dialih suara atau bahkan "dicampur" dengan dengusan Ultraman.
- Great menamatkan kebanyakan pertempurannya apabila Pemasa Warnanya mula berkelip (kecuali ketika pertempuran dengan Gudis I di Marikh).
- Bunyi Pemasa Warna Great adalah unik dalam siri asalnya. Bagaimanapun dalam alih suara bahasa Jepun, ia telah ditukar kepada versi bernada tinggi daripada Ultraman.
- Nama hos manusia Great, Jack Shindo merupakan rujukan kepada Ultraman Jack.
- Setiap kali Pemasa Warna Great mula berkelip, pencerita siri akan berkata "Oleh kerana atmosfera yang tercemar di Bumi, Ultraman hanya boleh mengekalkan bentuk gergasinya selama tiga minit. Masa semakin suntuk." kerana pengarah siri ingin menjelaskan kepada masyarakat tentang persekitaran kerana persekitaran yang tercemar ketika itu, kesedaran eko berada pada tahap yang tinggi dan bahkan banyak episod telah dimasukkan tema alam sekitar.
- Walau bagaimanapun dalam alih suara bahasa Jepun, ia ditukar kepada "Matahari di Bumi tidak membekalkan tenaga dengan cukup, oleh itu Ultraman Great hanya boleh mengekalkan bentuk gergasinya selama tiga minit. Bangkitlah, wira kita!"
- Sementara dia bukan merupakan Ultra pertama yang muncul dalam kebanyakan media alternatif, dia merupakan Ultra dengan peranan yang paling banyak dalam media seni berurutan iaitu dalam manga dan komik.