"Awak boleh mengubah masa depan. Sama ada menjadi baik atau buruk, awak semualah yang akan menentukannya."
- ―Kata-kata perpisahan Ultraman Ginga sebelum berlepas, Masa Depan Awak
Ultraman Ginga merupakan Wira Ultra titular dalam siri Ultraman Ginga dan Ultraman Ginga S. Dia merupakan seorang Ultraman yang berasal dari masa depan yang misteri yang telah bertarung dengan Dark Lugiel dalam Perang Dark Spark sebelum menyerahkan kuasanya kepada Hikaru Raido.
Setelah kekalahan Dark Lugiel dan hilangnya sumpahan Spark Doll, Ginga kembali ke Bumi untuk menentang ancaman Alien Chibull Exceller yang merancang untuk menggunakan Victorium yang telah dicuri untuk membangkitkan semula separuh dirinya, Lugiel dan disertai oleh Ultraman Victory.
Konsep[]
Etimologi[]
Perkataan Jepun, "Ginga" bermakna Galaksi dalam Bahasa Melayu.
Sejarah[]
New Ultraman Retsuden[]
"Kedua-duanya: Disebabkan kehidupan yang terhad, semua orang takut kepada pengakhiran; penderitaan, kesakitan dan kesilapan pun lahir.
Lugiel: Masa (hidup) dan kebahagiaan mesti dihentikan untuk mencegah banyak kesedihan dan kesilapan.
Ginga: Mengatasi kesedihan dan kesilapan kekal supaya generasi akan datang dapat mewarisi masa depan yang lebih baik.
(Lugiel berpisah dan menyelubungi kegelapan)
Ginga: Di sinilah kita berpisah."- ―Lugiel dan Ginga, episod 79 siri New Ultraman Retsuden
Ultraman Ginga dan Dark Lugiel membincangkan tentang kepentingan setiap bentuk kehidupan
Kedua-dua Ultraman Ginga dan Dark Lugiel berasal dari ruang angkasa di sesuatu tempat di masa hadapan. Pada asalnya, kedua-dua mereka merupakan satu entiti yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-dua Ginga dan Lugiel mempunyai pemikiran yang berbeza tentang kedamaian. Lugiel menyatakan bahawa untuk mencipta "syurga yang hebat", semua makhluk hidup mesti dihentikan tetapi Ginga mambantah, mengatakan bahawa semua makhluk hidup membawa kemakmuran. Selepas itu, kedua-dua mereka akhirnya berpisah dengan Ginga berpihak kepada cahaya dan Lugiel berpihak kepada kegelapan.
Ultraman Ginga[]
Ginga menentang Dark Lugiel
Dark Lugiel telah mencetuskan Perang Dark Spark yang berlangsung antara pihak baik dan pihak jahat, disertai oleh barisan Ultraman, raksasa, dan makhluk asing jahat dari serata alam semesta. Ia diketahui bahawa dengan Ginga Spark pernah bertarung dengan pemilik Dark Spark itu, tetapi seperti setiap Ultra dan raksasa dalam peperangan tersebut, mereka telah disegel oleh Dark Spark menjadi bentuk patung aksi yang dikenali sebagai Spark Doll. Ia kini diketahui bahawa ini disebabkan oleh pertembungan antara Ginga Spark dan Dark Spark, yang menyegel kedua-dua pejuang itu. Selepas peperangan itu berakhir, patung-patung ini kemudian menjunam ke Bumi dalam hujan meteor bersama Ginga Spark dan Ginga Doll yang tersembunyi di dalamnya. Ginga Spark kemudiannya disimpan di dalam Ginga Shrine oleh Hotsuma Raido. Bandar Bintang Berjatuhan
"Tak sangka betul, Jean-Killer dah jadi Jean-Nine. Nampaknya sekarang, harapan dia dah hasilkan keajaiban. Tapi, yang bantu dia semua ni adalah perasaan kamu yang kuat tu."
- ―Ucapan pertama Ultraman Ginga di dalam siri, Pertarungan Mimpi
Beberapa ketika kemudian, seorang pemuda bernama Hikaru Raido menemui Ginga Spark yang membolehkannya bergabung dengan patung aksi dan memiliki kebolehan makhluk dalam patung aksi tersebut melalui proses yang dipanggil Ultlive. Tidak seperti Spark Doll, Tanda Keberanian yang ada pada Hikaru harus bersinar supaya Spark Doll Ginga boleh muncul dari dalam. Ginga mula-mula telah diseru oleh Hikaru untuk bertarung menentang Thunder Darambia sebelum menamatkannya dengan menggunakan Ginga Thunderbolt dan mendapatkan Spark Dollnya. Ini telah membantunya dalam pelbagai pertarungan akan datang terhadap manusia, termasuk beberapa rakannya sendiri yang telah melakukan Darklive menjadi Kaiju dan Seijin (Thunder Darambia, Kemur, King Pandon, Ragon dan sebagainya) melalui Spark Doll dan Dark Dummy Spark akibat perbuatan ejen-ejen suruhan Lugiel; Alien Valky, Alien Icarus dan Alien Nackle Gray. Pada masa yang sama, ini membolehkan Hikaru untuk menerima Spark Doll raksasa-raksasa yang telah dikalahkannya. Sementara memperoleh sekutu baru iaitu Tomoya Ichijouji/Jean-Nine, Ginga menyatakan bahawa setiap kali raksasa dibawa kembali (Darklive) ke dunia, kuasa kegelapan semakin kuat dan bahawa kembalinya ‘dia’ semakin hampir.
Kata-katanya terbukti benar apabila Dark Lugiel muncul dari hosnya, Furuhoshi Elementary School principal Kyoko Shirai dan menyedut Minus Energy yang dikumpulnya sebelum menewaskan Ginga dalam sekelip mata. Walaupun setelah Taro yang dipulihkan mampu menandinginya, dia memberikan kuasanya untuk menghidupkan semula Ginga kerana dia satu-satunya yang mampu menewaskan Lugiel. Ginga dan Lugiel bertarung habis-habisan dengan senjata mereka sehinga sampai ke bulan dan menembak pancaran tenaga ke arah satu sama lain pada kuasa penuh. Lugiel akhirnya ditewaskan dan kemudian Ginga memberikan Hikaru misi untuk mengembara ke seluruh dunia sementara dia berlepas ke angkasa. Kegelapan dan CahayaMasa Depan Awak
Pada suatu ketika, Ginga kembali dalam masa yang singkat untuk menyelamatkan Ultraman (Chigusa) dan Tiga (Kenta) dari Alien Magma dan Zetton yang telah diDarklivenya. Dia membawa kedua-dua mereka ke Bumi sambil membawa bekas musuhnya yang ingin belajar di bawah bimbingannya. Kawan-kawan yang Ditinggalkan
Ultraman Ginga Theater Special[]
|
NOTA: Peristiwa berikut berlaku dalam episod 6 dan 7 siri Ultraman Ginga. |
Ginga menentang Dark Zagi
Dark Zagi muncul setelah Hikaru dan Tomoya menewaskan Tyrant masing-masing sebagai Ultraman Tiga dan Jean-Nine. Hikaru bertukar menjadi Ginga untuk menentang musuh ketat Ultraman Noa, Dark Zagi. Pada mulanya mereka setanding dalam pertarungan itu sehinggalah pertembungan pancaran antara mereka apabila Ginga Cross Shoot mampu menghapuskan Ultra gelap itu. Spark Doll Zagi telah diambil semula oleh Dark Lugiel selepas pertarungan kerana dia tidak ingin Hikaru memperoleh kuasa tersebut. Ultraman Ginga Theater Special
Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale![]
Beberapa ketika selepas kekalahan Lugiel, Ultraman Ginga merupakan salah satu Spark Doll palsu Tomoya yang membawa kepada penciptaan Livepad. Ginga telah dipilih oleh Hikaru dan bertarung menentang salinan Chaos Ultraman. Dengan Hikaru dan pasukannya berada di ambang kekalahan, Ginga yang asal berkomunkasi dengan Hikaru yang mana mengingatkannya semula tentang janji mereka dan memberikan sokongan moral kepada seluruh pasukan untuk menamatkan virus itu sekaligus. Ultraman Ginga Theater Special: Ultra Monster ☆ Hero Battle Royale!
Ultraman Ginga S[]
"Sudah lama kita tidak berjumpa, Hikaru. […] Tidakkah kamu merasakannya? Hatinya tidak penuh dengan kegelapan. […] Fikirkanlah, Hikaru, fikirkanlah..."
- ―Ginga
Ginga menentang EX Red King
Dua tahun selepas pertarungannya dengan Dark Lugiel berakhir, Ginga kembali ke Bumi dan bersatu semula dengan Hikaru untuk menyelamatkannya dan ahli pasukan UPG dari EX Red King. Dengan Hikaru menyertai barisan UPG, Ginga mendapati dirinya terlibat dalam konflik antara peradaban bawah tanah Victorian dan puak Exceller yang ingin mencuri bekalan Victorium mereka untuk menghidupkan semula Dark Lugiel. Ginga bergabung tenaga dengan pelindung Victorian, Ultraman Victory yang mana hosnya, Sho kurang akrab dengan UPG oleh sebab dia ketidaksukaannya terhadap manusia pada mulanya sebelum dia menjadi semakin akrab dengan Hikaru. Pada masa yang sama, kembalinya Ultraman Taro membolehkan Ginga untuk mengambil bentuk Ultraman Ginga Strium. Kuasa PembukaanGinga Melawan VictoryKebanggaan Seorang Pahlawan
menyaksikan matahari terbit selepas mengalahkan Five King.
Di pertengahan siri, Ginga dan Victory telah mengeluarkan hos mereka pada saat terakhir sebelum kematian mereka dalam pertarungan menentang Five King. Melalui kerjasama antara UPG dan Shepherdon, kedua-dua gergasi tersebut dihidupkan semula untuk menentang amukan raksasa yang telah bergabung di Shizukugaoka. Pada saat inilah mereka nemperlihatkan koordinasi dalam merancang serangan dan menumbangkan bahagian-bahagian Five King satu demi satu sebelum mengalahkannya. Aktifkan! Strategi MagnewavePertarungan Sengit di Bawah Cahaya Fajar
Dalam finale siri, Exceller telah menghidupkan sebahagian dari Dark Lugiel dengan menggabungkan bersama pangkalan UPG Live Base (terutamanya untuk Victorium Cannon mereka) dan mengubahnya menjadi Vict Lugiel. Ginga Strium dan Victory menggunakan rancangan serangan dengan menyerang meriam Victoriumnya dan bersilih giliran untuk bertarung tetapi tidak berhasil. Melalui bantuan Mana (dengan berpura-pura mengkhianati), dia berjaya mengeluarkan dan mengembalikan Spark Doll Shepherdon dari Vict Lugiel kepada Ultraman Victory. Apabila segala-galanya tampak semakin buruk bagi Exceller, dia telah dipulihkan menjadi Spark Doll oleh kesedaran Dark Lugiel yang dihidupkan semula yang seterusnya mengakibatkan para Ultra membatu dengan agak mudah. Apabila manusia yang terselamat memperoleh semula semangat mereka dan orang-orang Victoria memberikan rantai kepada Hikaru dan Sho, mereka berjaya menghidupkan semula dua Ultra dan menyambung semula pertarungan menentang Vict Lugiel. Melalui gabungan kepakaran Mana menggodam dan serangan berterusan terhadap Victorium Cannon, Lugiel yang telah lemah sepenuhnya akhirnya dimusnahkan dengan Cosmo Miracle, namun malangnya nyawa android tersebut turut terkorban. Dengan tugas Taro di Bumi selesai, dia kembali ke angkasa lepas manakala Ginga kekal di Bumi. Pengembaraan yang Dipanggil KehidupanPertarungan Demi Hari Esok
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]
Ultraman Ginga telah diperangkap oleh Etelgar yang menggunakan imejnya sebagai “pemusnah” Planet Zandt untuk memperdayakan Arena. Ini menyebabkan Arena menaruh dendam terhadap Ultra Heisei dan telah menculik mereka melalui pelbagai masa dan ruang. Setelah tiba di destinasi mereka yang terkini, Hikaru bertukar menjadi Ginga sebelum kemudiqn dibantu oleh Victory, tetap mereka tidak setanding untuk Etelgar walaupun setelah menggabungkan tenaga. Apabila mereka terpaksa mengundurkan diri buat seketika, Ultraman Zero lantas memasuki medan pertarungan dan mengalahkan Etelgar, menyebabkan dia terpaksa berundur.
Tidak lama kemudian, setelah Hikaru dan Sho menyelesaikan latihan mereka dan mendapat Ultra Fusion Brace daripada Zero, mereka bersatu tenaga dengan bertukar menjadi Ultraman Gingavictory dan berganding bahu bersama-sama barisan Pahlawan Ultra yang telah dibebaskan dalam bertarung menentang Etelgar. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!
Ultra Fight Victory[]
Setelah dikalahkan oleh Victory Killer, Ginga telah berada dalam tahanan Yapool di Satellite Golgotha yang terletak di Planet Gua ketika Ultraman Ace gagal menyelamatkannya, ditambah pula dengan musuh lamanya dinaik taraf menjadi bentuknya yang terkini. Victory menyelamatkan kedua-dua mereka sebelum Shepherdon menyembuhkan mereka supaya dapat menyertai pertarungan menentang Yapool dan bala tentera Raksasa Dahsyatnya. Gabungan Gingavictory mampu menumpaskan Yapool namun telah berpisah akibat serangan oleh Super Grand King Spectre. Ketika Victory Knight pergi menentang Juda Spectre sendirian, Ginga kekal bersama barisan Pertahanan Antara Galaksi untuk menamatkan riwayat Grand King. Dengan Juda juga telah dihapuskan, Victorium Core yang telah dicuri serta Hikaru/Ginga dan Sho/Victory kembali ke Bumi di mana Hikari mengucapkan tahniah kepada mereka atas keberanian mereka sebelum kembali ke angkasa lepas. Ultra Fight Victory
Ultraman X[]
Untuk menjejaki Ultraman Victory dan Arisa yang telah termasuk ke dunia lain, Ginga melompat ke dalam lubang cacing yang lain dan menewaskan saki-baki Tentera Gua sebelum bergabung tenaga dengan rakannya serta Wira Ultra dari dunia alternatif, X. Pedang Kemenangan
Ketiga-tiga mereka bertarung menentang Mold Spectre sebelum dia dan saki-baki Gua Army berundur, dan para wira menutup distorsi ruang yang diciptanya. Selepas pergelutan singkat dengan Gina Spectre dan Alien Shaplay, ketiga-tiga mereka bertukar bentuk untuk mempertahankan bekalan Spark Doll milik Xio dan Victory menggunakan bentuk gabungan mereka, sementara Exceed X membersihkan Dark Thunder Energy membersihkan Gua Spectre membolehkan mereka menamatkannya bersama-sama.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, bersama Victory dan Arisa, mereka kembali ke dimensinya sendiri dengan bantuan Ultraman X menggunakan Ultraman Zero Armor. Langit yang Bersinar, Bumi yang Terhubung
Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman[]
Dalam filem ini, Ginga telah dipanggil melalui Cyber Cardnya dan menentang Tsurugi Demaaga di Chicago, USA dan menewaskannya dengan Ginga Cross Shoot setelah dikuatkan oleh Cyber Wing milik Ultraman Exceed X Beta Spark Armor. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Ultraman, Tiga dan X, Ginga meninggalkan Bumi bersama Ultraman lain yang muncul melalui Cyber Card. Ultraman X The Movie: Here He Comes! Our Ultraman
Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds![]
Setelah menghilang secara misteri dari dunianya bersama Ultraman Victory, Ultraman Zero menuju ke Hawaii di mana Gai Kurenai, Ultraman Orb berada untuk memberitahunya tentang perkara itu setelah mereka menewaskan robot Galactron yang telah dibina semula. Kemudian, ia didedahkan bahawa Ginga dan Victory telah ditukar menjadi permata untuk koleksi Murnau.
Setelah Darebolic dilepaskan, Ultraman Orb dan Ultraman X tiba di medan pertempuran untuk menentang ancaman itu, namun malangnya X turut ditukar menjadi permata setelah Orb ditewaskan. Namun, setelah mendengar tekad SSP untuk tidak berputus asa membolehkan tiga Ultra yang terperangkap itu memberikan kuasa mereka kepada Gai melalui Ultra Fusion Card. Kemudian, Ginga, Victory dan X berjaya melepaskan diri dari perangkap itu berkat tindakan Jugglus Juggler memusnahkan Dark Ring. Mereka menyertai Orb Trinity untuk bertarung menentang Darebolic dan Seijin yang baru dilepaskan. Selepas seharian penuh pertarungan, Orb, Ginga, Victory, X dan Ultraseven yang tiba kemudian mengucapkan terima kasih kepada SSP dan beredar meninggalkan Bumi. Ultraman Orb The Movie: Let Me Borrow the Power of Bonds!
Ultraman R/B[]
Satu penglihatan Ginga muncul bersama-sama dengan Wira Generasi Baharu yang lain sedang menembak pancaran khas mereka semasa Ruebe mengaktifkan New Generation Barrier untuk menangkis serangan musuh. Akhirnya Tenggelam
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Di Planet Sundowin, X dan Geed telah menjadi sasaran Dark Lugiel yang muncul untuk menamatkan riwayat mereka, namun dia sempat dihentikan oleh Ultraman Ginga. X dan Geed melepaskan pancaran mereka ke arah Dark Lugiel untuk melengahkan masa sebelum mereka berkumpul semula dengan Wira Generasi Baharu di Negeri Cahaya. Ketika perjumpaan itu, mereka membincangkan tentang perkara yang telah berlaku kepada mereka. Ultra Dark-Killer menggunakan pancaran unjuran untuk memaklumkan kepada Wira Generasi Baharu bahawa Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio sedang ditahan di Dark-Killer Zone di Planet Tenebris dan mereka perlu datang dan menghadapi dirinya jika mereka mahu menyelamatkan rakan-rakan mereka.
Ginga menentang Dark Lugiel sekali lagi
Setibanya mereka di sana, Ginga dan Victory masing-masing berhadapan dengan Dark Lugiel dan Etelgar, tetapi tidak berjaya mengalahkan mereka. Seiring mengingati latihan mereka di bawah Zero, mereka bergabung menjadi Ultraman Gingavictory dan menggunakan Wide Zero Shot untuk mengalahkan kedua-dua mereka.
Wira Generasi Baharu dalam bentuk terkuat mereka
Namun, Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness, dengan Dark-Killer membesar menjadi saiz gergasi kerana kuasanya yang melimpah. Untuk membantu Zero menewaskan salinan Darknessnya, Geed menggunakan tenaga Ginga, Victory, X dan Orb untuk menjadikan Zero sebagai Zero Beyond. Mereka kemudian bertukar menjadi bentuk terkuat mereka untuk bertarung dengan Ultra Dark-Killer. Taro menyalurkan kuasanya kepada Ginga sekali lagi, maka dia bertukar menjadi Ultraman Ginga Strium. Selepas Wira Generasi Baharu menyerang Dark-Killer, Taro tiba dan meminta mereka untuk menyalurkan kuasa mereka ke dalam Strium Brace. Setelah berbuat demikian, Ginga melancarkan New Generation Dynamite untuk memusnahkan Dark-Killer dan seluruh Dark Palace. Wira Generasi Baharu dan Zero kemudian berkumpul semula, namun telah bertembung dengan Ultraman Tregear yang mengakui bahawa dialah dalang di sebalik kejadian-kejadian ini sebelum beredar. Maka Wira Generasi Baharu pun membuat keputusan untuk mengejar Tregear. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultraman Taiga[]
Wira Generasi Baharu menentang Tregear
Wira Generasi Baharu berhadapan dengan Tregear berhampiran Negeri Cahaya, tetapi telah ditumpaskan dengan mudah. Setelah Tri-Squad tiba, Ginga dan Victory memberikan cahaya mereka kepada Ultraman Fuma sebagai hadiah yang muncul dalam bentuk Ultra Taiga Accessory jenis gelang. Ayuh Bersama!
Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]
Selepas Tregear dikalahkan oleh Ultraman Taiga, bahagian Grimdo telah melepaskan diri dari tubuh badannya. Wira Generasi Baharu menjejaki Grimdo di angkasa dan menyegelnya di dalam sebuah kristal, tetapi akibatnya kuasa Ultraman mereka tidak dapat digunakan. Dalam bentuk manusia, mereka turun ke Bumi untuk melindungi Hiroyuki Kudo dari Grimdo yang semakin menghampiri Bumi. Setelah Hikaru memperoleh kuasanya semula melalui Ginga-let, Wira Generasi Baharu menentang Tregear, Taro yang dirasuki oleh Grimdo dan sekumpulan raksasa dengan Ginga dan Victory bertarung dengan Hellberus. Apabila lawan mereka mendapat tingkatan kuasa dari Grimdo, Ginga dan Victory bergabung menjadi Ultraman Gingavictory untuk menamatkan Hellberus. Pada awalnya dikalahkan oleh Grimdo setelah menyerap Tregear, Wira Generasi Baharu bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan berjaya mengalahkan Grimdo. Wira Generasi Baharu memberikan kata-kata perpisahan kepada Tri-Squad dan Hiroyuki dan kembali ke dunia asal mereka. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Mengikuti kekalahan Tregear, Wira Generasi Baharu telah dihantar ke seluruh alam semesta untuk menjejaki Devil Splinter, sisa serpihan daripada tubuh Ultraman Belial yang mampu digunakan untuk tujuan jahat jika jatuh ke tangan yang salah. Dalam usaha memburu serpihan itu, Ginga dan Victory tiba di Planet Penol di mana mereka menemui Bemstar yang telah dijangkitinya. Amukan raksasa itu jelas menyebabkan mereka mengalami kesukaran sebelum Ultraman Taiga tiba untuk menghulurkan bantuan. Selepas lanjutan pertarungan itu, Victory melengahkan masa bagi memberikan peluang kepada Ginga untuk bertukar menjadi Ginga Strium dan melancarkan Strium Beam bersama Aurum Strium milik Taiga Photon-Earth untuk menewaskannya, lalu mendapatkan Devil Splinter yang ditinggalkannya. Taiga mula meragui sama ada pihak mereka mampu menandingi The Kingdom sebelum Ginga meyakinkannya semula dengan mengulangi kata-kata yang pernah disampaikan oleh bapa Taiga, Taro – bahawa sikap yang sentiasa melihat ke hadapan boleh menjadi harapan itu sendiri.
Wira Generasi Baharu berkumpul semula di Perkuburan Raksasa di mana Absolute Tartarus, Alien Bat, Reibatos, Ultrawoman Grigio Darkness dan Gina Spectre sedang menyerang Ultrawoman Grigio, Ultraman Zearth, Ultraman Nice dan Ultraman Boy untuk mendapatkan Devil Splinter yang telah mereka temui. Ginga dan Victory bergabung menjadi Gingavictory sementara Rosso dan Blu bergabung menjadi Ruebe untuk menentang Tartarus. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuat Reibatos sebelum mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk Gua Spectre sebelum dia mati akibat dos berlebihan. Bentuk sempurna baharu Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk Wira Generasi Baharu lantas memaksa mereka untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga. Dengan kuasa itu, dia mampu menewaskan Gua dengan mudah sebelum berpisah kembali. Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: Mikro ~ Infiniti
- Berat badan: 0 ~ Infiniti
- Umur: Tidak diketahui
- Dunia Asal: Tidak diketahui
- Had Masa: 3 minit
Ciri-ciri Tubuh[]
- Color Timer : Color Timer Ginga berfungsi sepertimana Color Timer biasa. Namun, disebabkan oleh sifatnya sebagai Spark Doll, melebihi had ini tidak akan memberi kesan langsung kepada Hikaru selain mengakibatkan dia mengalami keletihan. Apabila melebihi had, Ginga akan mula menghilang secara paksa dan meninggalkan Hikaru di situ, yang mana berpotensi menempatkan Hikaru dalam situasi berbahaya.
- Perisai Ultra: Perisai Ginga berfungsi sepertimana Perisai Ultra yang lain. Pada satu ketika, perisainya dilihat bersinar putih terang. Perisai ini kebal terhadap api hingga ke tahap dia mampu menahan serangan api dari King Pandon.
- Crystal : Kristal yang terdapat pada dahi, bahu, lengan bawah, dada dan betis Ginga membolehkannya memanipulasi Plasma Energy dan merupakan cara untuk mengakses beberapa serangan penamatnya. Walaupun berwarna biru secara asal, kristal-kristal ini berubah warna apabila Ginga menggunakan kebanyakan serangan penamatnya itu.
Hos Manusia[]
- Hikaru Raido: Hos utama Ultraman Ginga ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang pulang ke kampung halamannya (Furuhoshi) dari United Kingdom. Dia memiliki Tanda Keberanian, dan merupakan satu-satunya cara untuk memanggil Ginga dari Ginga Spark. Walau bagaimanapun, Hotsuma Raido, iaitu datuk Hikaru juga mempunyai tanda yang sama, menunjukkan bahawa dia juga berpotensi menjadi seorang pengguna.
- Misuzu Isurugi: Selepas Hikaru berjaya memulihkan Misuzu kembali ke sisinya ketika dia dipengaruhi oleh Alien Nackle Gray, Misuzu seketika menjadi hos Ginga bersama Hikaru dan pada masa yang sama memulihkan Color Timer Ginga. Mereka hanya bergabung untuk membantu Ginga menewaskan Super Grand King.
Transformasi[]
Hos manusia Ultraman Ginga menggunakan Ginga Spark untuk bertukar menjadi Ultraman Ginga. Berbeza dengan Spark Doll lain, Ginga muncul apabila Ginga Spark dibuka. Hikaru mengambilnya dan meletakkannya pada atas Spark, memunculkan wajah dan suara yang mengisytiharkan "Ultlive: Ultraman Ginga". Dalam babak transformasi, tubuh Hikaru diselubungi cahaya yang membentuk dua galaksi dalam formasi X. Ginga kemudian muncul dari cahaya tersebut sambil berputar. Ginga kemudian mendarat ke bumi yang seringkali menyebabkan gegaran tanah.
Hikaru memanggil Spark Doll Ginga dengan menekan butang yang terletak pada tepi pemegangnya, kemudian menghayun tangannya dalam gerakan bulatan sebelum meletakkan Spark Doll Ginga pada atas Ginga Spark. Wajah pada Spark terdedah dan Hikaru menjerit "Ginga!" sebelum mengangkat Ginga Spark ke udara.
Bentuk[]
"Ultlive: Ultraman Ginga!"
- ―Pengumuman transformasi
Ultraman Ginga
- Statistik[1]
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: N/A
- Kelajuan Berlari Maksimum: N/A
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: N/A
- Kelajuan Tanah Maksimum: N/A
- Ketinggian Lompatan Maksimum: N/A
- Kekuatan Lengan: N/A
- Kekuatan Cengkaman: N/A
- Kebolehan
- Sfera Perjalanan: Seperti Ultra lain, Ginga boleh menyelubungi dirinya dalam bola tenaga dan bergerak melalui ruang angkasa.
- Ginga Hyper Barrier : Ginga boleh mencipta perisai tenaga yang serupa dengan penampilan galaksi spiral dengan menghayunkan tangannya dalam bulatan. Perisai ini digunakan untuk menangkis serangan Thunder Darambia.
- Penolakan: Semasa dalam keadaan mengaktifkan Ginga Hyper Barrier, dia boleh menolak perisai tersebut ke arah lawan. Digunakan terhadap Super Grand King.
- Pecutan: Ginga boleh bergerak pada tahap dia menjadi kabur. Digunakan untuk menangkis serangan Kemur.
- Pembelokan: Ginga boleh membelokkan sebarang serangan menggunakan tangannya. Digunakan untuk menangkis serangan Jean-Killer.
- Penembusan: Tangannya Ginga boleh menembusi melalui objek. Digunakan pada Jean-Killer untuk memusnahkan Dark Dummy Sparknya, menjadikan robot tersebut tidak berfungsi.
- Kemampuan Pengklonan : Ginga boleh menjelmakan klon dirinya sebanyak mana yang diingini. Ia tidak diketahui sama ada klon-klon ini adalah nyata atau ilusi. Digunakan untuk menangkis ilusi Dark Galberos.
- Teleportasi: Ginga boleh menteleportasi mengikut kehendak dengan jarak yang cukup jauh untuk bergerak antara sistem bintang yang berbeza. Dalam sirinya, ia dilakukan melalui cahaya yang terang, manakala dalam Ultra Fight Victory, cincin cahaya kelihatan.
- Pergerakan Aura Cahaya: Digunakan untuk menangkis pergerakan Zagi yang laju.
- Kemampuan Memasuki Kesedaran : Ginga boleh menembak pancaran dari Color Timernya ke arah lawan, menghasilkan laluan untuk Hikaru memasuki cahaya/kegelapan dalam diri lawan yang dikuasai gelap. Namun, disebabkan oleh Hikaru tidak berada dalam Ginga ketika ini, Ginga kekal tidak bergerak dan terdedah kepada persekitaran. Digunakan untuk menyelamatkan Misuzu daripada Super Grand King.
- Perubahan Saiz: Ginga boleh mengubah saiznya kepada saiz yang diingini. Digunakan untuk membesarkan dirinya selepas kebangkitannya diganggu oleh Dark Lugiel.
- Ultra Charge: Ginga boleh memberikan tenaganya kepada orang lain.
- Penciptaan Ultra Taiga Accessory: Ginga boleh mencipta aksesori jenis Bracelet Type. Dia memberikan aksesori ini kepada Tri-Squad.
- Penghalang Penyegelan: Wira Generasi Baharu boleh mencipta penghalang untuk menyegel raksasa seperti Grimdo. Namun, sebagai gantinya mereka kehilangan kebolehan transformasi, apabila peranti mereka berubah menjadi putih dan tidak boleh digunakan.
- Teknik
- Khas
- Ginga Cross Shoot : menembak pancaran berbentuk L yang kuat berwarna pelangi dari tangannya apabila kristalnya bersinar dengan Blue Plasma Energy . Pancaran ini boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan. Ia juga mampu menembusi Zetton Barrier, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh Ultra lain tanpa senjata khas.
- Ginga Thunderbolt : Kristal Ginga bersinar dengan Yellow Plasma Energy . Dia kemudian menghasilkan cakera tenaga elektrik yang dilemparkan ke arah lawannya.
- Ginga Fireball : Ginga menghasilkan pelbagai bebola api yang membedil sasaran. Apabila digunakan, kristal Ginga bersinar dengan Red Plasma Energy .
- Ginga Saber : Kristal Ginga bersinar dengan White Plasma Energy sebelum menjelmakan bilah tenaga dari lengan kanannya. Dia kemudian boleh menghentakkan bilah itu ke tanah untuk menghasilkan gelombang kejutan yang memusnahkan lawan dengan letusan magma.
- Ginga Fire Saber : Serangan eksklusif pementasan dalam Ultraman Festival 2014. Ini merupakan versi yang dipertingkatkan dari Ginga Saber, ditampilkan sebagai sepasang pedang berapi yang dipegang dengan tangan. Ketika digunakan, kristalnya bersinar merah.
- Ginga Comfort : Apabila kristal Ginga bersinar dengan Green Plasma Energy , Ginga mengeluarkan cahaya dari tangan kanannya yang turun ke arah lawan untuk menenangkan mereka. Kemampuan ini boleh mengembalikan raksasa yang telah diDarklive dan dikuasai kegelapan kepada keadaan Spark Doll mereka.
- Ginga Slash : Kristal Ginga bersinar dengan Purple Plasma Energy untuk menembak bilah cahaya dari kristal di dahinya. Ginga juga boleh menembak beberapa bilah cahaya ini sekaligus.
- Ginga Sunshine : Ginga melancarkan sinaran tenaga yang kuat dari satu atau kedua-dua tangannya apabila kristalnya bersinar dengan Pink Plasma Energy . Ia mempunyai kuasa untuk mengusir kuasa gelap dan menjadi lebih kuat apabila dikuatkan oleh mereka yang disayangi Hikaru, misalnya Misuzu Isurugi.
- Ginga Especially : Gerakan khas terkuat Ginga, di mana Ginga menembak pancaran berwarna pelangi dari seluruh tubuhnya.
- Fizikal
- Ginga Hyper Punch : Ginga boleh memberikan tumbukan yang kuat dan berintensiti tinggi.
- Ginga Hyper Kick : Ginga boleh melakukan tendangan yang sangat cepat dan kuat.
- Ginga Hyper Fly : Ginga boleh terbang dengan kelajuan yang sangat tinggi, sama ada di udara atau di angkasa.
- Ginga Hyper Throw : Ginga mengangkat lawan dan melempar mereka.
- Ginga Hyper Chop : Ginga boleh memberikan tamparan yang kuat dan berintensiti tinggi kepada musuh.
- Gabungan
- Super Galaxy Cross Shoot : Serangan gabungan yang dilakukan bersama Kamen Rider Fourze Cosmic States. Mereka terlebih dahulu menjerit dengan penuh semangat selepas bertemu dan membawa musuh mereka ke angkasa lepas. Selepas itu, mereka menggabungkan gerakan akhir masing-masing, menyebabkan sasaran meletup sebaik sahaja terkena dan kedua-dua mereka berlaga penumbuk.
- Ginga Victory Ultimatum : Serangan gabungan di mana Ginga menyilangkan Ginga Spark Lance dengan Shepherdon Saber milik Victory.
- Double Saber Attack : Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight!, Victory menggunakan Shepherdon Saber untuk melancarkan Shepherdon Saber Flash, kemudian Ginga menggunakan Ginga Saber untuk menamatkan lawan dengan gelombang kejutan.
- Senjata
- Ginga Spark : Ginga boleh menggunakan Ginga Spark sebagai jumonji yari, walaupun potensi senjata ini tidak diketahui kerana ia hanya digunakan oleh Ginga sebelumnya dalam satu imbas kembali secara ringkas.
- Ginga Spark Sword : Dalam Lost Heroes 2, Ginga boleh menggunakan Ginga Spark sebagai pisau tempur dan menembak beberapa peluru tenaga dari senjata tersebut.
- Ginga Spark Lance : Ginga Spark boleh diubah menjadi sebatang tombak. Senjata ini boleh dilapisi dengan tenaga untuk memberikan pukulan yang kuat.
"Berikan kuasa kepada Ginga! Ginga Strium!"
- ―Pengumuman transformasi
Ultraman Ginga Strium
Ultraman Ginga Strium ialah versi peningkatan kuasa bagi Ultraman Ginga yang diakses dengan gabungan bersama Ultraman Taro melalui Strium Brace. Dalam bentuk ini, dia boleh menggunakan gerakan khas daripada Enam Ultra Brothers – Ultraman, Zoffy, Ultraseven, Ultraman Jack, Ultraman Ace dan Ultraman Taro. Dia juga mengenakan perisai Protector pada bahunya, bahu dan di bawah kristalnya yang menyerupai perisai Taro, serta memiliki Beam Lamp seperti Seven dan Taro. Penandaan pada tubuhnya juga telah berubah lebih menyerupai mereka. Apabila Ginga Strium menggunakan teknik mereka, dia secara spontan mengeluarkan bunyi yang serupa dengan mereka.
Ginga hilang kebolehan untuk bertukar menjadi bentuk ini selepas Taro meninggalkan Bumi di akhir siri Ginga S, tetapi dia nampaknya telah memperoleh semula bentuk ini secara kekal selepas Taro memberi sebahagian tenaganya kepada Ginga dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes.
- Teknik
- Khas
- Ginga Comfort : Ginga boleh memancarkan pancaran lembut dari tangan kanannya yang turun ke arah lawan dan menenangkan mereka. Apabila digunakan, kristal Ginga bersinar hijau. Kebolehan ini pertama kali digunakan dalam siri sebelumnya, tetapi kembali digunakan dalam episod 11 siri Ginga S ketika cuba memisahkan Gan-Q dari Yoshida.
- Ginga Cross Shoot : Ginga boleh menembak pancaran berbentuk L yang berwarna pelangi dari lengannya dengan kuasa yang kuat.
- Fizikal
- Ginga Strium Hyper Punch : Ginga menyerang dengan siri tumbukan yang sangat merosakkan secara berterusan.
- Ginga Strium Hyper Kick : Ginga menyerang dengan tendangan berkelajuan tinggi. Terdapat juga versi lutut.
- Ginga Strium Hyper Chop : Ginga memberikan beberapa tebasan kepada musuh dengan cara yang bertenaga.
- Ginga Strium Hyper Fly : Kelajuan penerbangan Ginga yang kini telah dipertingkatkan.
- Teknik Ultra Brothers Sebelumnya (melalui Strium Brace)
- Cosmo Miracle Beam : Kekuatan gabungan enam Ultra Brothers. Ia cukup kuat untuk mengatasi Hyper Zetton.
- Ultraman
- Spacium Beam : Ginga boleh menggunakan pancaran ikonik Ultraman dengan gerakan tangan yang sama. Ia pertama kali digunakan untuk menamatkan sisa-sisa Chiburoid/Inpelaizer dan kemudian digunakan terhadap Five King.
- Ultra Slash : Cincin cahaya Ultraman, digunakan untuk memotong objek. (Tidak pernah digunakan)
- Zoffy
- M87 Beam : Pancaran ikonik Zoffy, pertama kali digunakan terhadap Alien Guts Vorst/Fire Golza.
- Z Beam : Ginga boleh menembak pancaran elektrik Zoffy dengan menggunakan gerakan tangan yang sama. Ia pertama kali digunakan terhadap Vict Lugiel.
- Ultraseven
- Wide Shot : Pancaran dalam gaya L milik Seven. Ginga pertama kali menggunakannya semasa terbang untuk menamatkan King Joe Custom. Berbeza dengan Seven, Ginga menggunakan versi biru.
- Emerium Beam : Ginga boleh menembak Emerium Beam dengan meletakkan jarinya pada Beam Lamp seperti yang dilakukan oleh Seven.
- Ultraman Jack
- Ultra Shot : Ginga boleh menggunakan Ultra Shot milik Jack dengan gerakan tangan yang sama. Ia pertama kali digunakan terhadap Android One Zero/Sadola.
- Ultra Barrier : Penghalang telekinetik Jack. Pertama kali digunakan oleh Hikaru untuk melepaskan diri dari gelombang dimensi Yapool. Ia juga digunakan oleh Jack sendiri dalam episod 13 untuk melindungi diri daripada Victorium Cannon.
- Ultraman Ace
- Metalium Beam : Ginga boleh menggunakan gerakan ikonik Ultraman Ace dengan gerakan tangan yang sama. Ia pertama kali digunakan terhadap Giant Yapool dan kemudian terhadap Alien Chibull Exceller/Five King.
- Punch Laser : Pancaran Ace dari Ultra Star miliknya. (Tidak pernah digunakan)
- Ultraman Taro
- Strium Beam : Ginga boleh menggunakan sinaran ikonik Taro dengan gerakan tangan yang sama. Ia pertama kali digunakan terhadap Chiburoid/Inpelaizer.
- Blue Laser : Pancaran dari tanduk Taro. (Tidak pernah digunakan)
- Lain-lain
- Cosmo Miracle Especially : Ginga boleh menggabungkan Ginga Especially dengan Cosmo Miracle Beam untuk membentuk serangan yang sangat kuat. Serangan ini digunakan untuk menamatkan Vict Lugiel dengan Victorium Especially dalam episod akhir siri Ginga S.
- New Generation Dynamite : Selepas New Generation Heroes yang lain menyumbang tenaga mereka kepada Strium Brace, seluruh tubuh Ginga dilapisi api semasa dia menyerbu ke arah lawan, bertembung dengan mereka dan menghasilkan letupan gergasi.
- Senjata
- Ginga Spark : Ginga juga boleh menggunakan Ginga Spark sebagai senjata, walaupun potensinya sebagai senjata tidak diketahui kerana ia hanya digunakan oleh Ginga sebelumnya dalam satu imbas kembali secara ringkas. Ginga juga boleh menukar Ginga Spark menjadi Ginga Spark Lance.
- Ginga Spark Lance : Ginga Spark boleh berubah menjadi senjata berbentuk tombak. Namun, bentuk ini jarang menggunakannya.
Sphere-Ginga
Sphere-Ginga ialah bentuk Ginga yang dirasuki Sphere apabila sebuah entiti misteri menyedut cahayanya dan meletakkannya di bawah kawalan Sphere. Penampilannya tidak berbeza dengan rupa biasanya asalnya, di samping Ginga Spark Lance miliknya yang telah bermutasi.
Bentuk ini hanya muncul dalam pementasan eksklusif di China, Legend of Ultra: Light of Hope .
Media Lain[]
Super Hero Generation[]
Hikaru Raido muncul dalam permainan crossover Super Hero Generation sebagai Ultraman Ginga. Dalam semesta ini, para Ultraman, Kaiju dan makhluk asing boleh berubah menjadi saiz manusia biasa. Semesta ini juga merupakan crossover yang memasukkan watak-watak dari Mobile Suit Gundam dan Kamen Rider.
Ultraman Hit Song History: New Generation Chapter[]
Dalam album muzik ini, Ginga bersama dengan Wira Generasi Baru yang lain telah disegel oleh Etelgar dan terperangkap di bulan. Apapun, Ginga dan yang lain telah dibebaskan setelah Ultraman Zero merekrut Ultraman Rosso dan Ultraman Blu untuk bertarung menentang Etelgar. Dia bersama tiga Ultra lain sebelum Geed bergabung dengan Zero untuk menjadi Zero Beyond untuk melancarkan serangan penamat. Ultraman Hit Song History
Trivia[]
- Dalam rancangan yang dibatalkan, Ultraman Ginga dan seluruh sirinya dirancang untuk berada di dalam semesta yang sama dengan siri Ultraman Gaia untuk menyambut ulang tahun ke-15 siri itu. Hos manusianya, Hikaru Raido dirancang untuk menjadi seorang pelajar dari kolej yang dihadiri oleh Gamu Takayama/Ultraman Gaia, yang mana berdasarkan pada siri Tokusatsu Toei pada tahun 2011-2012, Kamen Rider Fourze. Namun ia tidak menjadi kenyataan dan sebagai gantinya, elemen Fourze telah dimasukkan seperti usia Hikaru yang merupakan pelajar sekolah menengah.
- Dalam satu jenaka kecil, Ultraman Ginga (Hikaru) telah bertemu dengan pasangan Kamen Ridernya, Kamen Rider Fourze dalam permainan crossover tahun 2014, Lost Heroes 2 di mana kedua-dua mereka mampu melakukan serangan gabungan. Formasi mereka kelihatan selaras dengan sempurna disebabkan oleh ciri-ciri dan personaliti mereka yang serupa.
- Dalam permainan ini juga, Ginga merupakan satu-satunya Ultraman yang pernah melakukan serangan berpasukan dengan Kamen Rider, berbeza dengan Ultra lain yang melakukannya bersama Gundam Mobile Suit.
- Dalam satu jenaka kecil, Ultraman Ginga (Hikaru) telah bertemu dengan pasangan Kamen Ridernya, Kamen Rider Fourze dalam permainan crossover tahun 2014, Lost Heroes 2 di mana kedua-dua mereka mampu melakukan serangan gabungan. Formasi mereka kelihatan selaras dengan sempurna disebabkan oleh ciri-ciri dan personaliti mereka yang serupa.
- Pendaratan Ginga dan pergerakan kamera yang berpusing di sekelilingnya merupakan rujukan kepada putaran galaksi spiral.
- Setakat ini, Ultraman Ginga ialah Ultra dengan hos ketiga termuda iaitu seorang pelajar sekolah menengah. Ultraman Nexus juga berkongsi kedudukan ketiga sebagai hos manusia termuda bersama Ren Senjyu pada usia 17 tahun sepertimana Ultraman Tiga dengan Tsubasa Madoka. Ultraman Cosmos bagaimanapun telah bertemu dengan hosnya Musashi Haruno pada usia sebelas tahun iaitu usia yang sama dengan Amui, hos Tiga pada zaman purba. Hiroyuki Kudo, hos termuda yang dikenal pasti telah menjadi hos untuk Taiga tanpa disedarinya sejak usia sepuluh tahun.
- Ginga merupakan:
- Salah seorang dari beberapa Ultra yang tidak memiliki pergerakan tangan ketika dia ingin terbang, dengan yang lain terdiri daripada Nexus dan kemudian Victory.
- Ultra kedua yang tidak memerlukan sebarang manuver untuk menggunakan pecutan. Ultra yang pertama ialah Ultraman Max.
- Ultra kedua yang dikaitkan dengan simbol, didahului oleh Ultraman Mebius dengan Jalur Mobius/Infinity Symbol, manakala Ginga dikaitkan dengan imej galaksi yang berpusar.
- Contoh pertama Ultra bertukar dari sesuatu selain manusia di mana hos manusianya boleh bertukar menjadi Ultra lain, raksasa dan makhluk asing.
- Ultra ketiga yang ditunjukkan tidak berada dalam kawalan semasa bertukar kerana dia ialah transformasi dari Spark Doll. Ultra pertama yang tidak berada dalam kawalan ialah Ultraman Gaia dan Agul.
- Ultra pertama dalam sejarah yang kebangkitannya diganggu oleh musuh, dalam kes ini, Dark Lugiel.
- Setakat ini, Ultraman Ginga kelihatan sebagai satu-satunya Ultra yang mengubah sebahagian penampilannya bergantung kepada teknik yang digunakannya
- Bunyi Color Timer milik Ultraman Ginga merupakan versi yang diubah suai dan bernada tinggi dari milik Ultraman.
- Namun entah mengapa, ia menggunakan semula bunyi Color Timer milik Ultraman Tiga dalam episod 9 siri Ultraman Ginga.
- Ultraman Ginga berkongsi pelakon suara yang sama dengan hosnya yang menyuarakan dengusan dan suara pertarungannya. Bagaimanapun, suara percakapannya disumbangkan oleh Tomokazu Sugita.
- Sugita turut menyuarakan Dark Lugiel, iaitu antagonis utama siri ini. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kedua-dua mereka telah didedahkan dahulunya pernah menjadi satu entiti yang sama.
- Versi Tomokazu Sugita dari dengusan Ginga boleh didengari dalam episod terakhir siri New Ultraman Retsuden.
- Ginga tidak memusnahkan musuhnya sepenuhnya, sebaliknya mengubah mereka kembali menjadi Spark Doll. Satu-satunya Ultra lain yang tidak memusnahkan lawan mereka secara tetap ialah Cosmos dan X.
- Ia tidak diketahui jika Ginga mampu menggunakan Ginga Sunshine atau Ginga Especially dengan tenaganya sendiri kerana apabila dia menggunakan Ginga Sunshine, Misuzu ada sebagai hos bersama sementara selepas Hikaru membebaskannya dari kegelapan angkara Alien Nackle Gray, yang mana berkemungkinan memberinya kuasa yang lebih banyak, sementara ketika dia menggunakan Ginga Especially, Taro memberikan kuasanya setelah Dark Lugiel menyedut tenaganya, jadi ia mungkin telah memberinya tenaga tambahan.
- Dalam Ultraman Ginga S, dia telah menggunakan Cosmo Miracle Especially iaitu gerakan gabungan dengan Cosmo Miracle Ray dan Ginga Especially sendiri. Namun, ini mungkin kuasa yang diberikan oleh Strium Brace kepadanya.
- Namun, dia menggunakan versi satu tangan dari Ginga Sunshine dengan hanya menggunakan kuasanya sendiri ketika bertarung menentang Mold Spectre.
- Kebanyakan raksasa yang dimusnahkan oleh Ginga Strium dengan serangan penamatnya ialah sama ada musuh yang sama atau musuh dari spesies yang sama yang pernah ditemui oleh enam Ultra Brothers (kecuali Zoffy).
- Spacium Beam milik Ultraman: Bemular
- Wide Shot milik Ultraseven: King Joe Custom
- Ultra Shot milik Jack: Sadola dan Zoa Muruchi.
- Metalium Beam milik Ace: Yapool
- Strium Beam milik Taro: Bala tentera Inpelaizer.
- Ginga yang menjadi seorang Ultraman walaupun dilahirkan dari sumber yang sama sekali berbeza mungkin disebabkan oleh fakta bahawa dia mewakili cahaya sepertimana semua spesies Ultraman yang berasal daripada cahaya.
- Ginga Strium dirancang untuk memiliki Ultra Horn, tetapi ia telah dibatalkan.[2]
- Hikaru/Ultraman Ginga telah dipilih oleh Koichi Sakamoto untuk menjadi pemimpin Wira Generasi Baharu dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Sakamoto pada mulanya mempertimbangkan Gai Kurenai/Ultraman Orb, tetapi merasakan ia tidak sesuai dengan wataknya. Hikaru kemudian dipilih kerana persamaan yang dimilikinya dengan protagonis dalam anime shonen yang lain.[3]





































































