Ultraman Geed Darkness merupakan klon gelap Ultraman Geed yang pertama kali muncul dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes. Dia muncul sebagai ahli League of Darkness.[1][2][3] Penampilan fizikalnya berdasarkan bentuk biasa Geed, Primitif dengan warna yang berbeza dan warna ungu di muka dan dadanya.
Sejarah[]
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Geed Darkness telah dicipta oleh Ultra Dark-Killer dengan mencuri cahaya Ultraman Geed dan menggabungkannya dengan Killer Plasma miliknya.[4] X Darkness dan Geed Darkness mulanya bertarung dengan kedua-dua diri asal mereka iaitu Ultraman X dan Ultraman Geed di Planet Sundowin sebelum ke Planet O-50 untuk bertarung dengan Ultraman Orb. Geed Darkness dan X Darkness menandingi Orb selepas pertarungan singkat yang cuba berlawan dengan mereka menggunakan bentuk Fusion Up, dan mereka terus menyerap tenaga cahaya Orb. Mereka diganggu oleh Ultraman Victory, yang mengalihkan perhatian mereka dengan segera untuk dia dan Orb dapat melarikan diri. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Profil[]

Geed Darkness
Statistik[]
- Ketinggian: 51 meter
- Berat badan: 41,000 tan
Ciri-ciri Tubuh[]
- Mata: Geed Darkness mempunyai mata berwarna merah dan diinspirasikan dari mata Ultraman Belial. Matanya akan bercahaya setiap kali dia menggunakan Wrecking Darkness Burst.
- Pemasa Warna : Geed Darkness mempunyai Pemasa Warna berbentuk kapsul.
- Protektor : Geed Darkness mempunyai dua kepingan logam pelindung yang lebih kecil di dadanya.
- Ultra Armor: Geed Darkness mempunyai Ultra Armor seperti kebanyakan Ultra lain. Ia bercahaya hitam apabila dia menggunakan Wrecking Darkness Burst.
Kebolehan[]
- Geed Darkness Barrier:
Teknik[]
Istimewa[]
- Wrecking Darkness Burst :
- Wrecking Darkness Ripper :
- Wrecking Darkness Roar :
Fizikal[]
- Geed Darkness Punch:
- Geed Darkness Kick:
Galeri[]
Trivia[]
- Bersama Ultraman X Darkness, Geed Darkness telah dipilih dan dimodelkan oleh Koichi Sakamoto berdasarkan Ultra Dark Killer Brothers ciptaan Ultra Dark-Killer.[5]
- Skema pewarnaan hitam dan jalaran ungunya merujuk kepada Geed sebenar dalam episod ke-16 sirinya apabila mukanya kotor disebabkan Belial meletakkan muka Geed di atas lumpur. Mata merahnya telah diperlihatkan dua kali, pertama semasa dia berada di bawah pengaruh Belial dan kedua semasa Riku mengeluarkan kemarahannya untuk menghancurkan Galactron MK2.
- Skema warna Geed Darkness juga membuatkan dia hampir menyerupai Belial.
- Secara keseluruhannya, Geed Darknees mungkin berdasarkan Geed's Brothers, sekumpulan tiga Ultra yang mendahului Geed sebagai klon Belial.