"Sila berikan nama untuk Fusion Rise tuan."
"Uh... Geed! Ultraman Geed!"- ―Riku Asakura dan RE.M., Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia
Ultraman Geed ialah wira utama dalam siri Ultraman Geed. Merupakan anak sintetik kepada Pahlawan Ultra Reionics yang jahat, Ultraman Belial, Geed dilahirkan pada suatu ketika selepas Impak Krisis dan telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Bumi tanpa menyedari asal usulnya.
Konsep[]
Etimologi[]
Riku mendapat nama itu dengan sendirinya yang berasal dari mottonya iaitu "Berdiam diri, takkan bawa kita ke mana-mana!
". Namun, ia kemudian disahkan dalam siri bahawa namanya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris, "Gene" dan "Destiny", dengan huruf D dan E dalam "Destiny" bertukar tempat.Namanya juga mungkin berasal daripada perkataan "Gene" RE.M. 'membangkitkan' pengetahuannya tentang dirinya yang sebenar.
dan "Seed" . Perkataan "Gene" merujuk kepada DNA setiap Ultra yang terkandung dalam Ultra Capsule. Selain itu, sebagai anak yang diklonkan daripada Belial, dia mempunyai gen yang hampir serupa dengan bapanya. Perkataan "seed" pula mungkin merujuk kepada bagaimana Geed membesar daripada bahan genetik Belial. Di samping itu, Geed telah menghabiskan bertahun-tahun sebagai Riku tanpa mengetahui cerita masa lalunya sehinggalahSejarah[]
Ultra Fight Orb[]
Walaupun sebelum konsepsinya, imej Geed telahpun dilihat oleh Reibatos disebabkan dia menerima ramalan masa depan dalam detik-detik terakhirnya. Ultra Fight Orb Ilusi ini menutupi identiti dalang yang sebenarnya iaitu Ultraman Belial yang ironinya Ultra yang cuba dihidupkan oleh Reibatos dengan sisa kekuatan terakhirnya. Simbol Geed
Ultraman Geed[]
Menemui Identitinya[]
Pada masa lalu, Geed telah dicipta oleh Ultraman Belial dan Kei Fukuide, yang pada dasarnya mencipta Ultra buatan dengan membesarkan Riku Asakura dari bahan genetik Belial.
19 tahun kemudian, selepas satu siri peristiwa yang membawa kepada pemuda tersebut mengambil gelaran Ultraman (yang diberi nama "Ultraman Geed"), Belial dan Kei melaksanakan rancangan jangka panjang mereka dengan memaksa Riku bertarung menentang serangan raksasa sambil mengumpul Ultra Capsule daripada hos-hos Little Star. Riku juga pastinya segera mendapat tahu tentang keturunannya sebagai anak Belial daripada pengendali Rumah Nebula, RE.M.. Selamat Datang ke Pangkalan Rahsia Tidak kira apapun pendapat penduduk mengenai Geed (sama ada kemiripannya dengan Belial atau kesetiaannya yang masih diragukan), Riku mengambil keputusan untuk menggunakan kuasa barunya untuk melindungi manusia. Dari masa ke masa, Riku memperoleh bentuk baru dari kapsul yang telah diperolehnya dan turut disertai oleh musuh ketat ayahnya; Ultraman Zero.[1]Salaryman Zero
Semasa pertarungan pertamanya dengan Pedanium Zetton, Riku mula mendapat tahu objektif sebenar di sebalik kelahirannya dan dengan hanya satu kapsul yang dimilikinya tidak memberikannya kelebihan sehinggalah dia bertemu dengan Sui Asakura, individu yang bertanggungjawab memberikan Riku namanya. Identiti Geed Ini membawa kepada pemerolehan Kapsul Bapa Ultra yang digunakan olehnya bersama Kapsul Zero untuk bertukar menjadi Geed Magnificent dan memperbaharui semangatnya dengan melawan takdir yang sudah ditetapkan kepadanya sebelum kemudian mendapatkan semula semua kapsul yang dicuri oleh Kei yang telahpun ditewaskan, dan pada masa yang sama turut mendapat bantuan daripada Zero. Nama Saya
Menghadapi Takdirnya[]
Di tengah-tengah pertarungan menentang Godo Wynn, Geed akhirnya bersemuka dengan ayahnya, Belial. Walaupun dengan bantuan Zero, usaha Geed untuk melancarkan serangan balas menjadi sia-sia dan dia akhirnya telah diculik oleh Chimeraberus di mana Belial menyerap/merosakkan fikiran anaknya sendiri sehingga campur tangan daripada Laiha Toba dan Ultraman King menggagalkan rancangannya. Selepas berjaya melepaskan diri, Geed membawa seluruh konflik itu ke Bumi dan menggunakan semua bentuknya yang tersedia dari Primitive sehingga Magnificent sebelum dia memperoleh kuasa Royal Megamaster dan menewaskan ayahnya. Hari Pertama Kemusnahan Dunia Keajaiban King! Masa untuk Ubah Takdir!! Namun walaupun Belial telah ditewaskan, Kei mendakwa bahawa dia telah mewarisi kehendak Belial, menyebabkan Geed terus berdepan dengan raksasa yang dijelmakan dari Kaiju Capsule milik Kei atau bertarung dengan Kei secara langsung sebagai Raksasa Gabungan Belial. Pewaris Kepada Mimpi
Anak Menentang Ayah[]
Apabila Belial didapati masih hidup dan berubah menjadi Belial Atrocious, Geed sekali lagi berhadapan dengan bapanya selepas Zero hampir dikalahkan oleh Belial. Namun, Belial berjaya menandingi kuasa anaknya walaupun dalam bentuk Royal Megamaster sehinggalah kehadiran Bapa Ultra, membolehkan Geed berundur seketika. Namun, dia akhirnya kembali ke medan pertempuran untuk menentang Belial selepas Bapa Ultra mula kekurangan daya dalam pertarungan.
Berkat tekad dan keberanian Geed, kuasa Ultraman King telah memberinya keajaiban, membolehkan kelima-lima bentuk Geed muncul serentak untuk menentang Belial bersama-sama. Dengan menggunakan serangan penamat gabungan mereka, Geed Proof, Geed memusnahkan Giga Battlenizer dan mengembalikan Belial kepada bentuk asalnya sebelum membawa dirinya dan Belial ke dimensi lain yang telah dibuka oleh Zegun.
Dalam pertarungan terakhir, Riku dan Belial bertarung dalam jasad dan jiwa. Semasa bertarung, memori Belial mengalir ke dalam diri Riku yang akhirnya memahami kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh ayahnya. Daripada meneruskan pertarungan itu, Riku lantas memeluk Belial dan meletakkan dendamnya bersemadi, lalu Belial kembali menjadi rupa Early Style. Akhirnya, Belial dan Geed beradu pancaran tenaga, dengan Wrecking Burst oleh Geed berjaya dan menghancurkan jasad Belial, meninggalkan jiwanya terperangkap di dimensi lain. Secebis Harapan Simbol Geed
Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes![]
Geed mula-mula muncul untuk bertarung dengan Galactron MK2 yang telah mengejar Jugglus Juggler sehingga ke Bumi, tetapi robot itu dengan mudah menewaskannya dan melarikan diri. Galactron MK2 kemudian muncul semula dan memberi cabaran yang sengit kepada Geed, Ultraman Zero dan Ultraman Orb dan hampir menewaskan ketiga-tiga mereka. Dalam satu serangan yang tidak dijangka, Geed telah dilemahkan dan dihantar ke alam siber sebelum Orb berjaya menyelamatkannya menggunakan kuasa Gomora Armor Ultraman X yang diakses melalui Orb Trinity. Sejurus selepas itu, Galactron MK2 melancarkan serangan peluru berpandu tenaga yang nampaknya mengambil nyawa Zero dan Orb. Menyalahkan dirinya atas kehilangan mereka, Geed memasuki keadaan amuk dan menamatkan Galactron MK2 itu dengan Wrecking Burst pada jarak yang amat dekat dengannya.
Kemudian, bala tentera Galactron turun dan Riku enggan bertukar disebabkan oleh tertekan akibat dari pertempuran sebelumnya. Namun, dengan dorongan daripada rakan-rakan dan sekutunya, kembalinya Zero dan Orb serta kata-kata terakhir daripada Airu Higa, Ultra muda itu mampu untuk mengatasi keraguannya, membolehkannya membuka kunci Giga Finalizer dan bertukar menjadi Ultimate Final. Selepas memusnahkan baki Galactron, Geed bersama Zero dan Orb tiba di Planet Siber Kushia lalu berdepan dengan Gillvalis dalam bentuk sempurnanya. Akhirnya, barisan Ultra itu berjaya menamatkan pemerintahan kecerdasan buatan itu dengan Geed melancarkan serangan terakhir. Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes!
Ultraman R/B[]
Satu penglihatan Geed muncul bersama-sama dengan New Generation Heroes yang lain sedang menembak pancaran khas mereka semasa Ruebe mengaktifkan New Generation Barrier untuk menangkis serangan musuh. Disemadikan oleh Keekstreman
Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond[]
Geed mula-mula muncul untuk bertarung dengan Bemstar dan Gan-Q bersama-sama dengan Ultraman Rosso dan Ultraman Blu dan menewaskan kedua-dua Kaiju itu lalu dengan pantas menyelamatkan Pega yang dikurung oleh mereka. Apabila Snake Darkness mula memusnahkan Bandar Ayaka, Geed bertarung dengannya bersama Blu dan Grigio Regina tetapi dengan mudah ditewaskan selepas pertempuran singkat.
Dalam pertarungan terakhir, Geed bergabung tenaga dengan adik-beradik Minato yang bertukar menjadi Ultraman Ruebe dan Grigio Regina untuk menentang Snake Darkness. Namun, apabila Ultraman Tregear muncul membantu Snake Darkness, dia menewaskan yang lain termasuk Geed dalam bentuk Royal Megamaster. Walaupun dengan kehadiran Ultrawoman Grigio, mereka semua masih ditewaskan dengan mudah. Enggan berputus asa, Riku sekali lagi bertukar menjadi Ultimate Final dan menyertai Minato beradik yang bergabung menjadi Ultraman Gruebe dan akhirnya mereka bertarung setanding dengan lawan mereka itu. Akhirnya, Geed menewaskan Tregear dengan Wrecking Nova. Ultraman R/B The Movie: Select! The Crystal of Bond
Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes[]
Di Planet Sundowin, Ultraman X dan Ultraman Geed sedang bertarung menentang Ultraman X Darkness dan Ultraman Geed Darkness yang dicipta oleh Ultra Dark-Killer menggunakan kuasa cahaya mereka yang telah dicuri. Selepas klon gelap mereka beredar, Dark Lugiel pula muncul dan berniat untuk menghabiskan mereka, tetapi dia dihalang oleh Ultraman Ginga. X dan Geed turut melepaskan serangan pancaran mereka ke arah Dark Lugiel, melengahkannya sebelum mereka berkumpul semula dengan New Generation Heroes di Negeri Cahaya. Ketika perjumpaan itu, mereka membincangkan tentang perkara yang telah berlaku kepada mereka.
Ultra Dark-Killer menggunakan pancaran unjuran untuk memaklumkan kepada New Generation Heroes bahawa Ultraman Zero dan Ultrawoman Grigio sedang ditahan di Dark-Killer Zone di Planet Tenebris dan mereka perlu datang dan menghadapi dirinya jika mereka mahu menyelamatkan rakan-rakan mereka. Sebaik tiba, X, Orb dan Geed berhadapan dengan salinan Darkness masing-masing, tetapi tidak mampu menewaskan mereka. Mengingat kembali pertarungan yang mereka tempuhi bersama Zero, Geed bertukar menjadi Magnificent dan menewaskan Geed Darkness menggunakan Big Bustaway.
Namun, Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness, dengan Dark-Killer membesar menjadi saiz gergasi kerana kuasanya yang melimpah. Untuk membantu Zero menewaskan salinan Darknessnya, Geed menggunakan tenaga Ginga, Victory, X dan Orb untuk menjadikan Zero sebagai Zero Beyond. Mereka kemudian bertukar menjadi bentuk terkuat mereka untuk bertarung dengan Ultra Dark-Killer, dengan Geed bertukar menjadi Ultimate Final. dengan Ultra Dark-Killer, dengan X mengenakan Beta Spark Armor. Selepas New Generation Heroes menyerang Dark-Killer, Taro tiba dan meminta mereka untuk menyalurkan kuasa mereka ke dalam Strium Brace. Setelah berbuat demikian, Ginga melancarkan New Generation Dynamite untuk memusnahkan Dark-Killer dan seluruh Dark Palace. New Generation Heroes dan Zero kemudian berkumpul semula, namun telah bertembung dengan Ultraman Tregear yang mengakui bahawa dialah dalang di sebalik kejadian-kejadian ini sebelum beredar. Maka New Generation Heroes pun membuat keputusan untuk mengejar Tregear. Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes
Ultraman Taiga[]
New Generation Heroes berhadapan dengan Tregear berhampiran Negeri Cahaya, tetapi telah ditumpaskan dengan mudah. Setelah Tri-Squad tiba, X dan Geed memberikan cahaya mereka kepada Ultraman Titas sebagai hadiah yang muncul dalam bentuk Ultra Taiga Accessory jenis gelang. Buddy Go!
Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax[]
Selepas Tregear dikalahkan oleh Ultraman Taiga, bahagian Grimdo telah melepaskan diri dari tubuh badannya. New Generation Heroes menjejaki Grimdo di angkasa dan menyegelnya di dalam sebuah kristal, tetapi akibatnya kuasa Ultraman mereka tidak dapat digunakan. Dalam bentuk manusia, mereka turun ke Bumi untuk melindungi Hiroyuki Kudo dari Grimdo yang semakin menghampiri Bumi. Setelah Riku memperoleh kuasanya semula melalui Geed-let, New Generation Heroes menentang Tregear, Taro yang dirasuk oleh Grimdo dan sekumpulan raksasa dengan Geed bertarung dengan Gigadelos. Apabila lawan mereka mendapat tingkatan kuasa dari Grimdo, Geed bertukar menjadi Ultimate Final untuk menamatkan Night Fang. Pada awalnya dikalahkan oleh Grimdo setelah menyerap Tregear, New Generation Heroes bergabung dengan Taiga menjadi Ultraman Reiga dan berjaya mengalahkan Grimdo. New Generation Heroes memberikan kata-kata perpisahan kepada Tri-Squad dan Hiroyuki dan kembali ke dunia asal mereka. Ultraman Taiga The Movie: New Generation Climax
Ultraman Z[]
Apabila Gillvalis dihidupkan semula angkara Devil Splinter dan menyerang Planet Ain , Geed berhadapan dengan robot itu namun tewas sebelum dia sempat untuk bertukar menjadi Ultimate Final dan menyebabkan Riser miliknya mengalami kerosakan. Pega muncul dan menyerahkan Z Riser dan Ultra Medal yang diterimanya daripada Ultraman Hikari kepada Riku, membolehkannya bertukar menjadi Ultraman Geed Galaxy Rising dan mengejar Gillvalis ke Bumi. Dalam bentuk barunya itu, Geed berjaya mengalahkan Gillvalis yang menyerang Sevenger dan Windom ketika latihan STORAGE. Teras Gillvalis masih hidup dan terbang entah ke mana, membuatkan Geed kehilangan jejaknya. Kemudian, Gillvalis telah dipancing ke kawasan kilang dan ia berubah sekali lagi, namun transformasinya tidak sempurna kerana kerosakan pada terasnya. Geed bekerjasama dengan Ultraman Z yang menceritakan kepada Haruki Natsukawa tentang Geed sebagai anak murid Zero yang lain dan juga individu yang bertanggungjawab memusnahkan Belial. Bersama-sama dengan pasukan STORAGE, mereka akhirnya berjaya menumpaskan Gillvalis. Geed kemudiannya kekal di Bumi untuk terus menyiasat Devil Splinter. Kembalinya Lelaki Itu!
Kemudian, Shinya Kaburagi/Celebro mengambil alih kawalan ke atas Valis Raider melalui sisa-sisa Gillvalis dan telah menculik Riku untuk mengekstrak Faktor Belial daripadanya, yang mana berjaya digunakan untuk mencipta Pingat Belial. Tidak dijangka, Juggler datang menyelamatkan Riku dan membebaskannya daripada belenggu yang kemudian berpesan agar tidak memberitahu yang lain tentang identitinya. Celebro kemudian menggunakan Pingat Belial untuk bertukar menjadi Raksasa Gabungan Belial, antaranya Skull Gomora, Thunder Killer dan Pedanium Zetton. Z dan Geed cuba menentang mereka, tetapi ditewaskan dengan kuasa mereka sehinggalah Ultraman Zero muncul semula untuk membantu dalam pertarungan menentang Celebro. Selepas pertempuran itu, Pega tiba bersama Rumah Nebula untuk menjemput Riku. Disebabkan oleh kejadian amukan raksasa akibat Devil Splinter, Zero dan Riku meninggalkan Bumi selepas mengamanahkannya kepada Haruki dan Z dan terbang ke angkasa lepas. Pingat Keagungannya
Geed kembali untuk membantu Z menentang Greeza apabila dia mengesan gelombang kekosongan dalam alam semesta Z yang terjadi akibat kekalahan Bullton. Walaupun mendapat sokongan daripada Tri-King/Five King, mereka bertiga akhirnya tewas akibat kekuatan Greeza. Geed membuat keputusan untuk memberikan Z Ultra Medal miliknya sambil memberitahu Z dan Haruki untuk menggunakannya jika sesuatu terjadi kepadanya. Dia juga menyatakan bahawa sebuah jarum angkasa yang terletak di sebalik kekosongan diperlukan untuk menjahit semula alam semesta dan menewaskan Greeza. Selepas itu, Geed membiarkan dirinya diserap oleh Greeza untuk menyekatnya di antara realiti dan tidak realiti. Dalam kekosongan itu, Geed menjumpai jarum angkasa yang telah mencucuknya dan mengambil sampel Faktor Belial dari dalam dirinya. Akibatnya, Geed perlahan-lahan diserap oleh kekosongan itu sehinggalah kemudian pada waktu malam, Greeza akhirnya telah bersatu sepenuhnya dengan Geed untuk kembali aktif serta memperoleh kuasa Wrecking Burst. Mujurlah Z tiba dalam bentuk barunya, Delta Rise Claw yang mempunyai kuasa untuk menahan serapan Greeza. Z berjaya membebaskan Geed dari kekosongan itu sebelum mengeluarkan Beliarok yang merupakan "jarum" yang diperlukan untuk menjahit semula lubang di angkasa dan memusnahkan Greeza. Selepas pertarungan singkat, Z dan Haruki berjaya meyakinkan Beliarok untuk bertarung bersama mereka dan menamatkan riwayat Greeza dengan Deathcium Slash. Selepas pertempuran itu, Geed memberikan tiga Ultra Medal miliknya kepada Haruki kerana Ultraman Hikari telahpun membaiki Riser miliknya, lalu dia terbang meninggalkan Bumi. Tugas Seorang Pahlawan
Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]
Setelah beredar dari Bumi Z, Geed kembali meneruskan tugasnya untuk menjejaki Devil Splinter. Dalam usaha memburu serpihan itu, Geed, Ultraman X dan Ultraman Titas dan Ultraman Titas telah bertemu dengan sisa-sisa Belial Galactic Empire, di mana sekumpulan bala tentera robot Darklops dan Legionoid telah diaktifkan semula. Ketiga-tiga mereka mula mengalami kesukaran dengan jumlah lawan yang terlalu banyak sehinggalah Ultraman Z tiba dan mengimbangi keadaan. Dalam pada itu, dia mengembalikan semula Ultra Medal yang pernah diberikan oleh Geed sebelum ini, membolehkannya menggunakan bentuk Galaxy Rising. Dengan bantuan tambahan daripada klon Gamma Illusion Z yang terdiri daripada Tiga, Dyna dan Gaia, mereka bersatu tenaga menewaskan baki musuh dan mendapatkan semula Devil Splinter yang telah membangkitkan mereka sebelum menuju untuk membantu rakan-rakan mereka dalam pertarungan yang sedang berlangsung dalam menentang The Kingdom.
New Generation Heroes berkumpul semula di Kuburan Raksasa di mana Absolute Tartarus, Alien Bat, Reibatos, Ultrawoman Grigio Darkness dan Gina Spectre sedang menyerang Ultrawoman Grigio, Ultraman Zearth, Ultraman Nice dan Ultraman Boy untuk mendapatkan Devil Splinter yang telah mereka temui. Geed dan Z masing-masing bertukar menjadi Royal Megamaster dan Delta Rise Claw untuk bertarung menentang Gina, tetapi Beliarok pergi kepada Geed disebabkan dia mempunyai "bau yang dikenali" dan juga kerana Haruki tidak bersama mereka. Namun, Tartarus menggunakan Devil Splinter yang telah dikumpulkan untuk memperkuat Reibatos sebelum mencipta semula Giga Battlenizer dan menggabungkan Gina dengan jiwa-jiwa abangnya untuk membentuk Gua Spectre sebelum dia kehilangan nyawanya akibat dos berlebihan. Bentuk sempurna baharu Gua Spectre terbukti terlalu kuat untuk New Generation Heroes lantas memaksa mereka untuk bergabung menjadi Ultraman Reiga. Dengan kuasa itu, dia mampu menewaskan Gua dengan mudah sebelum berpisah kembali. Seusai pertarungan itu, Geed dan Taiga telah diserang oleh Belial dan Tregear sebelum berundur sejurus selepas itu dan sempat mencuri Beliarok daripada Z dalam proses tersebut.
Selepas misi menyelamatkan Yullian berjaya, satu pertarungan yang besar telah tercetus di Planet Blizzard. Geed dan Z tiba untuk membantu dalam pertempuran tersebut, khususnya untuk mengejar Belial. Setelah Beliarok mula bosan dengan Belial, dia terus kembali kepada Z yang memberikan bentuk yang diperkasakan untuk menewaskan musuh. Sementara itu, Geed cuba untuk berdamai dengan versi alternatif ayahnya itu dan tahu bahawa masih ada kebaikan dalam dirinya. Belial menafikan kata-katanya dan menegaskan kepadanya bahawa dia bukan versi Belial yang mencipta seorang anak, maka dia tiada kena-mengena dengan Geed lalu beredar meninggalkan medan tempur begitu sahaja.
Di klimaks pertarungan itu, Tartarus diatasi oleh Zero dengan kebolehan barunya. Dia memutuskan untuk melancarkan Absolute Maximum Destruction di planet itu tetapi ia telah disekat dengan penghalang oleh Ultraman King, lalu mencipta sebuah lubang cacing akibat dari efek itu. Ultraman Ribut mencipta penghalangnya sendiri untuk melindungi Ultra lain di situ, tetapi akibatnya dia dan Tartarus telah termasuk ke dalam lohong hitam dan alam semesta Ultraman Trigger. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad
Profile[]
Walaupun masih muda dan kurang pengalaman, Geed terkenal dengan naluri bertempur yang kuat. Kemahirannya dalam pertarungan berkembang dengan pantas sehingga dia mampu menghadapi lawan yang jauh lebih kuat dalam bentuk Primitive, bahkan mereka yang dapat menewaskan Ultra yang lebih berpengalaman dengan mudah. Dia akhirnya mampu menandingi ayahnya sendiri, Belial dalam bentuk Primitive dan telah dinyatakan oleh King bahawa dia memiliki 'potensi yang tidak terhingga'.
Statistik[]
- Ketinggian: 51 meter
- Umur: 19 tahun
- Dunia Asal: Planet Bumi
- Kelemahan: Color Timer Geed tertakluk kepada had tiga minit, tetapi lebih parah lagi, dia tidak boleh bertukar selama 20 jam sekiranya had masa tersebut tamat. Namun, Ultimate Final mengatasi selang masa 20 jam kerana ia menggunakan Giga Finalizer untuk bertukar dan bukannya Riser.
Ciri-ciri Tubuh[]
- Mata: Geed mempunyai mata berwarna biru muda yang diwarisi daripada ayahnya, Belial yang mempunyai mata berwarna jingga. Setiap kali Geed mengaktifkan kebolehan khas, matanya akan bercahaya lebih cerah. Ketika fikirannya dipengaruhi oleh Belial atau berasa sangat marah, warna matanya akan berubah menjadi merah.
- Color Timer : Geed mempunyai Color Timer berbentuk kapsul yang menegak.
- Protector: Geed mempunyai dua kepingan logam pada dadanya. Dalam bentuk Solid Burning, kepingan ini menjadi lebih canggih dan seolah-olah menutupi seluruh badannya dengan perisai, terutamanya pada bahagian dada dan bahu.
- Perisai Ultra: Geed memiliki Perisai Ultra seperti Ultra yang lain. Apabila Geed mengisi tenaga untuk serangan Wrecking Burst, perisainya akan bersinar dengan warna merah.
- Protector : Geed Solid Burning mempunyai pelindung pada dada dan bahunya yang boleh menyerap tenaga suria.
- Perisai: Dalam bentuk Solid Burning dan Magnificent, Geed mempunyai perisai tambahan pada dada, bahu dan tangannya.
- Beam Lamp : Dalam bentuk Solid Burning, Geed mengenakan lampu pancaran hijau seperti yang dimiliki oleh Seven dan Leo.
- Kristal Dahi: Dalam bentuk Royal Megamaster, Geed mengenakan kristal berbentuk berlian berwarna merah di dahinya.
- Geed Slugger : Geed mempunyai Slugger di atas kepalanya dalam bentuk Solid Burning. Slugger ini berasaskan dan diwarisi daripada Eye SluggerUltraseven.
- Exhaust Port : Sebagai Solid Burning, Geed mempunyai beberapa lubang pengudaraan haba pada tubuhnya yang melepaskan haba. Lubang-lubang ini juga boleh berfungsi sebagai penggalak roket, dan Geed Slugger boleh dipasang pada lubang-lubang tersebut untuk melancarkan serangan penamat.
- Ultra Horn : Dalam bentuk Magnificent, Geed mempunyai sepasang tanduk yang besar.
- Pemotong Lengan: Sebagai Geed Magnificent, pelindungnya dilengkapi dengan pemotong kecil yang boleh digunakan untuk serangan.
- Ultra Mantle : Dalam bentuk Royal Megamaster, Geed mengenakan jubah berwarna emas (luar) dan merah (dalam).
- Kristal Dahi: Dalam bentuk Ultimate Final, Geed mengenakan kristal berlian di dahinya.
- Gold Stream : Seluruh tubuh Geed dilitupi dengan garis-garis emas yang bersinar apabila dia mengaktifkan serangan penamatnya.
- Perisai Badan: Seluruh tubuh Geed dilitupi dengan sut perisai.
Transformasi[]
Riku mula-mula mengaktifkan sepasang Ultra Capsule yang menjelmakan Ultra dari kapsul tersebut muncul ketika dia memasukkannya ke dalam Loading Knuckle. Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku mengucapkan frasa khasnya bergantung pada Fusion Rise yang dipilih lalu mengangkat tangan kanannya sebelum menghayunkannya mengikut lawan arah jam sehingga ia menghadap ke atas. Kemudian, dia mengangkat Riser ke atas sebelum menurunkannya semula ke hadapan dadanya dan menekan pemicu Riser, menyebabkan tubuhnya berubah menjadi bentuk Ultra sebelum diliputi cahaya serta wajah Ultraman Belial Early Style. Dia tidak melakukan sebahagian langkah di atas ketika bertukar menjadi bentuk Royal Megamaster dan Final Ultimate.
"Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk sedia! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Primitive
Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku menekan pemicu Geed Riser, lalu tubuhnya berubah menjadi bentuk Ultra. Semasa urutan kebangkitan, latar belakang awalnya kelihatan menyerupai adegan kebangkitan Ultraman (latar belakang merah dengan kilat putih), kemudian mata Belial muncul seketika sebelum bertukar kepada latar belakang ungu. Ketika dia semakin mendekati skrin, latar belakang berubah lagi kepada tenaga biru muda dan merah gelap yang berlingkar.
Riku mengimbas Ultra Capsule Ultraman diikuti oleh Belial dalam masa sebenar, kemudian memasukkan dan memuatkan kedua-dua kapsul ke dalam Riser. Selepas itu, Riku bertukar menjadi Geed.
"Gabungan. Diaktifkan. Mari mulakan. Masa untuk bersiap sedia. Geed."
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Primitive
Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Riku menekan pemicu Geed Riser, lalu tubuhnya berubah menjadi bentuk Ultra sementara imej Ultraman dan Ultraman Belial muncul dan bergabung dengannya. Saiznya mula membesar dan bertukar menjadi Geed Primitive.
"Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk menyinar! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Solid Burning
Semasa urutan kebangkitan, latar belakang awalnya kelihatan menyerupai adegan kebangkitan Ultraseven dengan lingkaran percikan api. Ia kemudian berubah kepada latar belakang biru seperti milik Leo dan Geed Solid Burning pun muncul. Ketika dia semakin mendekati skrin, latar belakang berubah lagi kepada plat merah dan hijau yang bergetar dan letusan api disertai dengan cahaya hijau yang berlingkar muncul sejurus sebelum urutan kebangkitan selesai.
"Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Saya akan tunjuk sesuatu yang mengejutkan! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Acro Smasher
Semasa urutan kebangkitan, latar belakang awalnya menyerupai latar belakang Ultraman Hikari. Ia kemudian berubah kepada aurora kuning dan putih pada latar belakang hitam itu yang mirip dengan Cosmos sebelum Geed Acro Smasher muncul. Ketika dia bergerak mendekati skrin, latar belakang berubah lagi kepada percikan 'air', kemudian kepada pusaran tenaga kuning dan cahaya biru apabila urutan kebangkitan selesai.
"Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Harapan saya pertahankan! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Magnificent
Semasa urutan kebangkitan, latar belakang Zero awalnya kelihatan sebelum ia dengan pantas berubah kepada latar belakang lain dengan dua sfera yang bersambung pada latar belakang bertabur bintang yang menyerupai Ultra Array milik Bapa Ultra. Ketika Geed semakin mendekati skrin, latar belakang berubah menyerupai kristal hijau dari Negeri Cahaya. Akhirnya, Geed dikelilingi oleh cahaya biru, kuning dan putih yang berlingkar pada latar belakang hitam dengan cahaya hijau.
"Gabungan! Diaktifkan! Mari mulakan! Masa untuk tentukannya! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Royal Megamaster
Tidak seperti kebanyakan urutan Fusion Rise, mengimbas Kapsul Belial dan King menjelmakan King Sword. Selepas memasukkan Kapsul King ke dalam King Sword, Riku meleretkan tangannya merentasi pedang itu dan berubah menjadi imej Early Style Belial setelah menyerap manifestasi Belial dan King. Dia kemudian melompat dan memulakan urutan kebangkitan, di mana latar belakang bermula dengan gumpalan awan merah gelap dan ungu, kemudian mata Belial muncul seketika sebelum latar belakang meletus menjadi pancaran kilauan emas di atas latar perak. Akhirnya, pusaran tenaga merah gelap dan cahaya biru muda dengan sempadan tenaga seperti kilauan emas muncul.
"Ultimate Final! Hubungkan keinginan!! Geed!"
- ―Pengumuman pengaktifan untuk Ultimate Final
Riku mengaktifkan Kapsul Evolution dan memasukkannya ke dalam bahagian bawah Giga Finalizer, kemudian mengimbas bahagian belakangnya dengan Riser. Riku kemudian menekan butang pada pemegang dan meleretkan penggeser ke atas. Dia berubah menjadi bentuk Ultra asalnya dan kemudian tubuh Ultimate Final mula meliputi di atasnya. Urutan kebangkitan bermula dengan latar belakang garis kuning dan biru, di mana Geed pada mulanya muncul bersama dengan penampakan matanya sendiri di latar belakang. Adegan kemudian bertukar kepada bidang cahaya berkilauan, sebelum berubah sekali lagi kepada latar belakang bergetar yang kelihatan seperti sibernatik berwarna biru dan jingga.
"Hidupkan! Satukan! Tingkatkan!
Ultraman Ginga! Ultraman X! Ultraman Orb!
Bersatu! Cahaya bintang!! Geed!"- ―Pengumuman pengaktifan untuk Galaxy Rising
Riku memasukkan Ultra Access Card miliknya ke dalam Z Riser sebelum mengeluarkan pingat Ginga, X dan Orb dari pemegangnya. Dia kemudian memasukkan pingat-pingat tersebut ke dalam Riser dan mengimbasnya dengan menggeser bilahnya yang menyebabkan imej dari pingat itu muncul di belakangnya dan berubah menjadi unjuran Ultra dalam kilauan cahaya. Dia kemudian meletakkan Riser di dadanya dengan cara yang sama seperti dalam transformasi Fusion Rise dan menekan pemicu. Unjuran ketiga-tiga Ultra itu terbang melayang melewati Riku dan putaran muncul menjelma sebagai Ultraman dan Belial yang bergabung dengan Riku ketika dia berubah menjadi rupa asalnya. Urutan kebangkitan bermula dengan latar belakang ungu gelap dan mata Belial muncul seketika. Kemudian ia bertukar kepada latar belakang galaksi yang bersilang mirip dengan kebangkitan Ginga, latar belakang digital dengan percikan yang membentuk "X" mirip dengan kebangkitan X, cincin cahaya dari kebangkitan Orb Origin dan akhirnya latar belakang pusaran tenaga merah dan biru yang mirip dengan kebangkitan Geed Primitive. [2]
Bentuk[]
Bentuk sebenar Geed yang kini berfungsi sebagai keadaan peralihan semasa transformasinya. Ia mempunyai penampilan seperti Early Style Ultraman Belial dengan Color Timer berbentuk kapsul milik Geed.
"Fusion Rise: Ultraman, Ultraman Belial!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Primitive!"
- ―Pengumuman transformasi
Primitive Ultraman dan Ultraman Belial. Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 1 siri Ultraman Geed.
ialah bentuk Fusion Rise default Geed yang menggunakan kuasaDalam bentuk ini, Geed bertarung dengan gaya liar yang serupa dengan Belial sambil mengekalkan rasa keadilan Ultraman di dalam hatinya.
- Statistik[3]
- Berat badan: 41,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5.5
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1.5
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1.5
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 750 meter
- Kekuatan Lengan: 100,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 60,000 tan
- Kebolehan
- Geed Barrier : Geed boleh menjelmakan perisai tenaga untuk menahan serangan daripada pihak lawan.
- Penciptaan Ultra Taiga Accessory: Geed boleh mencipta aksesori jenis Bracelet Type. Dia memberikan aksesori ini kepada Tri-Squad.
- Ultra Charge: Ultraman Geed boleh menyalurkan tenaganya kepada Ultra lain untuk mengisi semula tenaga mereka. Ia juga boleh digunakan untuk memperkuatkan Ultra Capsule seperti yang dilihat dalam transformasi Zero Beyond dalam Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes.
- Penghalang Penyegelan: New Generation Heroes boleh mencipta penghalang untuk menyegel raksasa seperti Grimdo. Namun, sebagai gantinya mereka kehilangan kebolehan transformasi, apabila peranti mereka berubah menjadi putih dan tidak boleh digunakan.
- Senjata
- Giga Battlenizer : Sebuah senjata yang muncul secara tiba-tiba semasa pertarungan antara Geed berserta Ultra Dark-Killer dan Zett; senjata itu dipercayai merupakan milik Belial sendiri. Penggunaan Giga Battlenizer oleh Geed adalah eksklusif dalam acara Ultra Heroes EXPO 2019.
- Tembakan Tenaga: Serangan peluru tenaga dari hujung Giga Battlenizer, serupa dengan Belial Shot.
- Geed Genothunder : Versi Geed bagi Belial Genothunder, digunakan untuk menewaskan Ultra Dark-Killer dan Zett.
- Giga Finalizer : Sebuah senjata tombak panjang yang digunakan oleh Geed dalam bentuk Ultimate Final. Dia menggunakan senjata ini seketika untuk menahan serangan Gillvalis tetapi dengan pantas ditewaskan.
- Teknik
- Khas
- Wrecking Burst
- Versi yang tidak diisi tenaga bagi Wrecking Burst telah digunakan dalam Ultra Fight Orb; namun, ia telah didedahkan dalam episod akhir sirinya bahawa Belial yang telah menggunakan Deathcium Beam untuk menamatkan riwayat Reibatos, maka Geed sebenarnya tidak berada di situ dan menggunakannya.
: Serangan penamat Geed di mana dia meletakkan tangannya dalam gaya "+", lalu melepaskan pancaran yang kuat dari tangan kanannya yang boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan. Suhunya dikatakan mencecah sehingga 700,000 darjah Celsius. Seperti yang ditunjukkan dalam pertarungan terakhir, ia lebih kurang sama atau mungkin sedikit lebih kuat daripada Deathcium Beam Belial. Warna birunya bertukar menjadi merah apabila dia menggunakannya dalam keadaan marah.
- Wrecking Ripper : Arka tenaga merah ditembak keluar dari tangannya. Versi peluru tenaga digunakan dalam Ultraman Fusion Fight! sebagai sebahagian daripada serangan biasanya.
- Wrecking Roar : Geed boleh mengeluarkan gelombang bunyi dari mulutnya. Ia lebih lemah daripada Atros Roar milik Belial Atrocious.
- Fizikal
- Wrecking Throw : Serangan melempar.
- Geed Tackle : Serangan menerjah, iaitu memukul musuh dengan menggunakan lengannya sambil berlari ke arahnya.
- Geed Punch
- Tumbukan Tenaga: Geed boleh mengisi lengannya dengan tenaga dan melepaskan tumbukan yang kuat.
: Serangan tumbukan.
- Geed Chop : Serangan tebasan.
- Geed Kick
- Tendangan Tetakan: Geed boleh melakukan tendangan berlari dengan kakinya yang diliputi aura hitam, digunakan terhadap Thunder Killer.
: Serangan tendangan.
- Gabungan
- Geed Multi Layer
- Geed Proof : Setiap bentuk Geed melepaskan Ultra Beam khas mereka, dengan Primitive melepaskan Wrecking Burst. Kekuatan Wrecking Burst cukup kuat untuk membatalkan Fusion Rise Ultraman Belial Atrocious dan memusnahkan Giga Battlenizer sepenuhnya.
: Dengan azamnya sendiri dan bantuan King, Geed mampu menjelmakan salinan semua bentuk Fusion Rise lain untuk bertarung bersamanya. Ia tidak diketahui sama ada kebolehan ini eksklusif hanya untuk bentuk Primitive atau boleh digunakan dalam bentuk-bentuknya yang lain juga.
- Integrate Spark : Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight! dan pementasan Ultraman Festival 2018, Taro melancarkan Strium Beamnya sementara Geed melancarkan Wrecking Burstnya. Mereka kemudian menggabungkan tenaga mereka dan melepaskan pancaran gabungan badan penuh.
- Fusion Crossover : Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight! R/B's Bond, di mana pada mulanya Orb Spacium Zeperion dan Geed Primitive masing-masing bertukar menjadi Hurricane Slash dan Acro Smasher untuk melancarkan beberapa libasan pada musuh. Mereka kemudian bertukar menjadi Burnmite dan Solid Burning untuk menyerang dengan tendangan terbang berganda dan tumbukan berapi. Mereka mengakhiri serangan dengan bertukar semula kepada Spacium Zeperion dan Primitive untuk menembak Ultra Beam penamat mereka.
"Fusion Rise: Ultraseven, Ultraman Leo!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Solid Burning!"
- ―Pengumuman transformasi
ialah bentuk kekuatan Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa Ultraseven dan Ultraman Leo. Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 3 siri Ultraman Geed.
Dalam bentuk ini, badan Geed dilitupi oleh lubang-lubang ventilasi mana dia boleh melepaskan wap atau menembak api/tenaga untuk meningkatkan serangannya. Dia bertarung menggunakan pelbagai teknik seni mempertahankan diri bersama penggunaan Geed Slugger.
- Statistik
- Berat badan: 45,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 1.8
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 800 meter
- Kekuatan Lengan: 150,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 88,000 tan
- Kebolehan
- Exhaust Port
- Putaran Berkuasa Roket: Geed melakukan putaran jarak jauh untuk mengelakkan serangan musuh dengan mengawal dirinya menggunakan ventilasi habanya.
- Larian Berkuasa Roket: Menggunakan ventilasi haba di belakangnya, Geed melepaskan haba dalaman untuk mendorong dirinya ke hadapan dalam satu larian.
: Melalui ciri pendorong roket atau ventilasi habanya, Geed boleh melakukan pelbagai gerakan.
- Senjata
- Geed Slugger : Sebilah senjata puncak yang digunakan oleh Geed dalam pertarungan. Ia berasaskan Eye Slugger milik Ultraseven.
- Boost Slugger Kick : Serangan tendangan yang kuat, ia dilakukan selepas memasang Geed Slugger pada kakinya.
- Boost Slugger Punch : Serangan tumbukan yang kuat, ia dilakukan selepas memasang Geed Slugger pada lengannya.
- Psychic Slugger : Geed melemparkan Geed Slugger untuk menyerang musuh.
- Teknik
- Khas
- Strike Boost : Geed mengisi tenaga yang disaluti api ke dalam tangannya dan melancarkan pancaran dari penumbuknya. Ia juga boleh dilancarkan pada jarak dekat melalui tumbukan pecut. Suhunya dikatakan mencecah 720,000 darjah Celsius.
- Solar Boost : Geed boleh menembak aliran tenaga biru dari dadanya, ia cukup kuat untuk mengatasi Storm Dimension milik Darklops Zero. Suhunya dikatakan mencecah 710,000 darjah Celsius.
- Emerium Boost Beam : Dengan memanfaatkan kuasa Ultraseven, Geed boleh menembak laser hijau dari dahinya, mirip dengan Emerium Beam Seven. Ia muncul sebagai sebahagian daripada serangan normalnya dalam Ultraman Fusion Fight!.
- Wide Boost Shot (Tidak digunakan): Geed boleh menembak pancaran berbentuk L dari tangannya, mirip dengan Wide Shot milik Seven.
- Geed Barrier (Tidak digunakan): Geed boleh menjelmakan perisai tenaga untuk menyekat serangan.
- Fizikal
- Geed Punch : Serangan tumbukan yang dipertingkatkan dengan pendorong roket dalam bentuk ini tanpa Geed Slugger yang dipasang pada tangannya.
- Geed Kick
- Tendangan Api: Serangan tendangan terbang dengan kaki Geed yang dilitupi api, mirip dengan Leo Kick milik Leo.
: Serangan tendangan yang dipertingkatkan dengan pendorong roket dalam bentuk ini tanpa Geed Slugger yang dipasang pada kakinya.
- Geed Chop : Serangan tebasan.
- Geed Tackle : Serangan menerjah, iaitu memukul musuh dengan menggunakan lengannya sambil berlari ke arahnya.
- Wrecking Throw : Serangan melempar.
- Gabungan
- Geed Proof : Setiap bentuk Geed melepaskan Ultra Beam khas mereka, dengan Solid Burning melepaskan Strike Boost. Kekuatan serangan ini cukup kuat untuk membatalkan Fusion Rise Ultraman Belial Atrocious dan memusnahkan Giga Battlenizer sepenuhnya.
"Fusion Rise: Ultraman Hikari, Ultraman Cosmos!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Acro Smasher!"
- ―Pengumuman transformasi
Acro Smasher Ultraman Hikari dan Ultraman Cosmos. Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 5 siri Ultraman Geed.
ialah bentuk kelajuan Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasaDalam bentuk ini, Geed mempraktikkan gaya bertarung yang lebih strategik, menggunakan teknik-teknik yang memanfaatkan kelajuan dan ketangkasan yang telah dipertingkatkan.
- Statistik
- Berat badan: 35,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.5
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2.5
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,100 meter
- Kekuatan Lengan: 120,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 75,000 tan
- Kebolehan
- Peningkatan Kelajuan: Sebagai bentuk yang menggunakan kuasa Ultra biru, Geed mampu melakukan serangan yang pantas dan menjadi lebih lincah dalam bentuk ini berbanding dengan Solid Burning atau Primitive.
- Peningkatan Refleks: Oleh kerana lebih lincah daripada bentuknya yang lain, masa tindak balas Geed juga menjadi singkat, membolehkannya melakukan gerakan elak yang membantunya untuk mengelak serangan yang mungkin tidak dapat dielakkan oleh bentuknya yang lain.
- Teknik
- Khas
- Atmos Impact : Serangan gelombang pancaran yang tidak mematikan, yang hanya menolak lawan menjauh dari medan pertempuran. Dalam Ultraman Fusion Fight!, pancaran ini mampu mencederakan lawan secara fizikal.
- Smash Beam Blade : Senjata berupa bilah pada lengan Geed, mirip dengan Knight Beam Blade milik Ultraman Hikari.
- Smash Moon Healing : Satu pancaran berkilau yang menenangkan raksasa, mirip dengan Full Moon Rect milik Cosmos.
- Smash Palm : Geed boleh menembak peluru tenaga biru dari hujung jarinya. Ditampilkan sebagai serangan sampingan dalam Ultraman Fusion Fight!.
- Smash Stream (Tidak digunakan): Geed boleh melepaskan aliran air yang kuat dari tangannya.
- Geed Barrier (Tidak digunakan): Geed boleh menjelmakan perisai tenaga untuk menyekat serangan.
- Fizikal
- Geed Punch : Serangan tumbukan.
- Geed Kick : Serangan tendangan.
- Geed Chop : Serangan tebasan.
- Geed Tackle : Serangan menerjah, iaitu memukul musuh dengan menggunakan lengannya sambil berlari ke arahnya.
- Gabungan
- Geed Proof : Setiap bentuk Geed melepaskan Ultra Beam khas mereka, dengan Acro Smasher melepaskan Atmos Impact. Kekuatan serangan ini cukup kuat untuk membatalkan Fusion Rise Ultraman Belial Atrocious dan memusnahkan Giga Battlenizer sepenuhnya.
"Fusion Rise: Ultraman Zero, Bapa Ultra!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Magnificent!"
- ―Pengumuman transformasi
Magnificent Ultraman Zero dan Bapa Ultra. Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 12 siri Ultraman Geed.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasaDalam bentuk ini, kuasa Geed melebihi kedua-dua bentuk Solid Burning dan Pedanium Zetton.
- Statistik
- Berat badan: 47,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 7.7
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4.8
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2.9
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2.9
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,000 meter
- Kekuatan Lengan: 152,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 90,000 tan
- Kebolehan
- Ketahanan: Geed terbukti lebih tahan lasak dalam bentuk ini berbanding Primitive atau Solid Burning kerana Geed mampu untuk menahan serangan Pedanium Zetton dan menangkis serangannya dengan mudah menggunakan tangannya.
- Teknik
- Khas
- Big Bustaway : Juga dikenali sebagai Big Burst Away, serangan pancaran Geed dalam gaya L. Suhunya dikatakan mencecah 770,000 darjah Celsius.
- Mega Slicer Cross : Sebilah pemotong berbentuk silang yang dibaling dari tangan Geed. Ditampilkan sebagai sebahagian daripada serangan normalnya dalam Ultraman Fusion Fight!.
- Mega Electric Horn : Geed melepaskan aliran elektrik dari kedua-dua Horn Ultranya yang berwarna biru dan hijau.
- Geed Barrier
- Arrayzing Geed Barrier Ultra Array milik Bapa Ultra. Sepertimana namanya, struktur tenaga yang menyerupai Ultra Array muncul ketika ia digunakan. : Penghalang yang berputar dengan kuasa pertahanan yang ditingkatkan. Namanya diambil dari
: Geed boleh menjelmakan perisai tenaga untuk menyekat serangan.
- Fizikal
- Geed Punch
- Mega Bomber Punch
- Mega Bomber Dynamite : Versi dua tangan dari Mega Bomber Punch, ia cukup kuat untuk menolak Pedanium Zetton beberapa meter ke belakang. Serangan ini sepuluh kali lebih kuat daripada Mega Bomber Punch.
: Serangan tumbukan yang kuat dengan diselubungi tenaga hijau. Mempunyai kuasa impak sebanyak 120,000 tan.
: Serangan tumbukan.
- Mega Bomber Punch
- Geed Kick
- Mega Bomber Kick : Satu serangan tendangan yang kuat. Mempunyai kuasa impak sebanyak 150,000 tan.
: Serangan tendangan.
- Geed Chop : Serangan tebasan.
- Geed Tackle : Serangan menerjah, iaitu memukul musuh dengan menggunakan lengannya sambil berlari ke arahnya.
- Meganistratos : Geed menyalurkan tenaga ke pelindung bahunya dan pemotong kecil di lengannya, lalu menggunakannya untuk menebas lawan.
- Mega Swing Whipper : Geed menyalurkan kekuatan untuk mengangkat raksasa gergasi dan membaling mereka. Digunakan semasa menentang Chimeraberus.
- Mega Stomp (Tidak digunakan): Geed menghentakkan kakinya ke tanah untuk menolak musuh ke belakang.
- Gabungan
- Penahanan Penghalang Berganda: Bersama dengan penghalang Zero Beyond, Geed boleh menjelmakan penjara bulat menggunakan penghalang hemisfera.
- Geed Proof : Setiap bentuk Geed melepaskan Ultra Beam khas mereka, dengan Magnificent melepaskan Big Bustaway. Kekuatan serangan ini cukup kuat untuk membatalkan Fusion Rise Ultraman Belial Atrocious dan memusnahkan Giga Battlenizer sepenuhnya.
"Ultraman Belial, Ultraman King! Dengan nama Raja!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman King! Ultraman Geed: Royal Megamaster!"
- ―Pengumuman transformasi melalui King Sword
Royal Megamaster Ultraman King dan Ultraman Belial. Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 17 siri Ultraman Geed.
ialah bentuk Fusion Rise terkuat Geed yang menggunakan kuasaVersi mata merah dengan mantel merah dan hitam yang koyak muncul dalam Ultra Heroes EXPO 2020.
- Statistik
- Berat badan: 48,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 8.5
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 6
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 4
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,600 meter
- Kekuatan Lengan: 160,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 105,000 tan
- Senjata
- King Sword : Sebilah pedang/senjata tongkat yang digunakan oleh Geed dalam pertempuran. King Sword boleh berfungsi sebagai reflektor untuk menghalang serangan musuh. Ketika bertarung tanpa pedang tersebut, Geed menyimpannya di pinggangnya.
- Pantulan: King Sword mampu memantulkan serangan musuh.
- Tetakan Tenaga: Sebuah serangan tebasan tenaga emas dari pedang tersebut.
- Anak Panah Tenaga: Ditampilkan sebagai sebahagian daripada serangan biasa dalam Ultraman Fusion Fight!, Geed boleh menembak anak panah tenaga emas dengan menusuk pedangnya, King Sword.
- Vulcan Sparkle : Setelah Riku menggerakkan tangannya melewati pengimbas sekali, King Sword boleh melepaskan beberapa peluru tenaga emas dari unjuran Ultra Great Medal. Dengan mengisi tenaga pada King Sword, Geed dapat mengeluarkan versi tembakan tunggal dari pedang tersebut yang digunakan untuk menjatuhkan Chimeraberus ke tanah.
- Swing Sparkle : Satu serangan hayunan dari King Sword yang dilancarkan selepas Riku menggerakkan tangannya melewati pengimbas sebanyak dua kali.
- Royal End Riser dan melayangkan tangannya tiga kali di hadapan pengimbas, Geed dapat melepaskan pancaran emas dari King Sword. Pancaran ini juga boleh diisi sehingga kuasa maksimum, digunakan untuk memusnahkan Pedanium Zetton yang telah berevolusi. Suhunya dikatakan 1.9 juta darjah Celsius dan 20 kali lebih kuat daripada Big Bustaway. : Diaktifkan oleh Riku yang mengimbas bahagian pemegang silang dengan
- 87 Flasher Zoffy, Geed dapat melepaskan aliran tenaga biru muda yang dikelilingi oleh elektrik kuning dari King Sword. Serangan ini dinamakan sempena M87 Beam milik Zoffy. : Dengan menggunakan kuasa
- Spacium Flasher Ultraman, Geed dapat melepaskan pancaran elektrik biru dari King Sword. Serangan ini dinamakan sempena Spacium Beam milik Ultraman. : Dengan menggunakan kuasa
- Slugger Spark Ultraseven, Geed dapat melepaskan pemotong besar yang diisi dengan tenaga elektrik. Serangan ini dinamakan sempena Eye Slugger milik Ultraseven. : Dengan menggunakan kuasa
- Lance Spark Ultraman Jack, Geed dapat melepaskan lingkaran tenaga hijau yang lurus dari King Sword. Serangan ini dinamakan sempena Ultra Lance milik Jack. : Dengan menggunakan kuasa
- Vertical Spark Ultraman Ace, Geed dapat melepaskan lengkungan tenaga yang panjang dari King Sword dan tangan kirinya. Serangan ini dinamakan sempena Vertical Guillotine milik Ace. : Dengan menggunakan kuasa
- Strium Flasher Ultraman Taro, Geed dapat melepaskan aliran tenaga berwarna pelangi yang diselubungi api dari King Sword. Serangan ini dinamakan sempena Strium Beam milik Taro. : Dengan menggunakan kuasa
- Beliarok: Dalam Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad, Geed menggunakan Beliarok untuk seketika semasa menentang Gina kerana pedang itu mengesan "bau yang dikenali" daripadanya.
- Tetakan Tenaga: Geed boleh melepaskan tebasan tenaga ungu dari Beliarok.
- Teknik
- Khas
- Brothers Shield Ultra Brothers, Geed menegakkan sebuah penghalang yang 10 kali lebih kuat daripada penghalang biasanya. Pada cincin luar, terdapat Ultra Sign milik Ultra Brothers masing-masing dan teks M78 yang dibaca "Urutora Roku Kyoudai" yang diterjemahkan sebagai "Ultra 6 Brothers". Lencana King pula terletak di bahagian tengah. : Dengan menjelmakan kuasa Enam
- Fizikal
- Geed Punch : Serangan tumbukan.
- Geed Kick : Serangan tendangan.
- Wrecking Throw : Serangan melempar.
- Gabungan
- Geed Proof : Setiap bentuk Geed melepaskan Ultra Beam khas mereka, dengan Royal Megamaster melepaskan Royal End. Kekuatan serangan ini cukup kuat untuk membatalkan Fusion Rise Ultraman Belial Atrocious dan memusnahkan Giga Battlenizer sepenuhnya.
- Royal Twin Slash : Geed dan Zero Beyond secara berulang kali menghiris musuh dengan senjata masing-masing sebelum meninggalkan potongan berbentuk X. Teknik ini eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight!.
"Fusion Rise: Ultraman, Shining Ultraman Zero!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Shining Mystic!"
- ―Pengumuman transformasi
"Sasarlah ke arah puncak!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Shining Mystic Ultraman dan Shining Ultraman Zero. Bentuk ini diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 1.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Weight: 38,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Protector: Protector Geed menjadi lebih canggih dalam bentuk ini dan melindungi seluruh dada serta bahunya. Ia juga terdapat pada lengan, kaki dan tapak kakinya.
- Pemotong Lengan: Pelindung lengan Geed dilengkapi dengan pemotong yang mungkin merujuk kepada Zero Slugger milik Ultraman Zero.
- Beam Lamp: Geed mempunyai lampu pancaran biru muda dalam bentuk ini.
- Teknik
- Spacium Star Drive : Geed mengangkat tangan kanannya serupa dengan Shining Star Drive milik Zero, mengubah persekitaran menjadi warna negatif dan menghentikan masa. Kemudian, dia melancarkan pancaran gaya "+" yang mirip dengan Spacium Beam milik Ultraman.
- Shining Slash : Berdasarkan kemampuan yang sama seperti Ultraman, Geed boleh melancarkan aliran pancaran berbentuk anak panah dari tangan kirinya apabila dia meletakkan tangan kanannya di atasnya. Ini merupakan sebahagian daripada serangan jarak jauhnya yang biasa.
- Tidak digunakan
- Slugger Cutting
"Fusion Rise: Ultraman Orb - Emerium Slugger, Ultraman Belial!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Tri-Slugger!"
- ―Pengumuman transformasi
"Terbanglah, bilah cahaya!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Tri-Slugger Ultraman Orb Emerium Slugger dan Ultraman Belial. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 1.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 52,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Protector: Protector Geed menjadi lebih canggih dalam bentuk ini dan melindungi banyak bahagian pada badannya.
- Perisai: Seluruh badan Geed kelihatan dilapisi dengan perisai yang terbahagi.
- Senjata
- Eye Slugger [4]: Geed mempunyai tiga Slugger di kepalanya yang sepadan dengan Orb Emerium Slugger.
- Teknik
- Reflect Slugger : Geed melancarkan ketiga-tiga senjata puncaknya yang terbang ke tiga titik di sekitar lawannya. Kemudian, dia melepaskan pancaran yang menyerupai Deathcium Beam milik Belial ke arah Eye Slugger yang terbang di tengah. Pancaran tersebut dipantulkan kepada senjata puncak yang lain, menyebabkan ia dibiaskan menjadi beberapa laser kecil yang menyerang sasaran.
- Strike Maximum : Geed boleh menembak tumbukan tenaga dari penumbuk kanannya. Ini merupakan sebahagian daripada serangan jarak jauhnya yang biasa.
- Tidak digunakan
- Phantom Slugger Dancing
"Fusion Rise: Ultraman Tiga, Ultraman Zero - Luna-Miracle Zero!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Mugen Crosser!"
- ―Pengumuman transformasi
"Cabarlah mereka, misteri itu!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Mugen Crosser Ultraman Tiga dan Luna-Miracle Zero. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 2.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 43,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Kristal Cahaya: Bahagian dahi Geed menampilkan kristal cahaya yang serupa dengan milik Tiga.
- Protector: Bahagian bahu kanan Geed mempunyai Protector emas yang serupa dengan milik Tiga.
- Perisai Mekanikal: Bahagian kiri tubuh Geed dilitupi oleh perisai mekanikal.
- Slugger: Geed memiliki dua Slugger pada kepalanya yang diwarisi daripada Zero Slugger milik Zero, namun dia tidak pernah menggunakannya.
- Senjata
- Zero Twin Sword Neo Sparklence. Menurut Pega, senjata ini merupakan model baru daripada Zero Twin Sword asal, oleh itu namanya menggunakan awalan "Neo".[5]
- Spark Slasher : Dengan menusukkan Zero Twin Sword Neo ke depan, Geed dapat melancarkan peluru tenaga ke arah sasaran. Ini ditunjukkan sebagai sebahagian daripada serangan normalnya.
: Sebilah pedang bercabang besar dengan hulunya yang berdasarkan
- Teknik
- Khas
- Magical Trident Slash : Geed mengklonkan dirinya dan terus-menerus menyerang musuh menggunakan Zero Twin Sword Neo.
- Lain-lain
- Pengklonan: Berdasarkan Ultra Magic milik Ultraman Dyna Miracle Type, Geed mampu membelah diri menjadi tiga klon yang boleh bergerak sendiri.[6]
- Tidak digunakan
- Twin Sword Slash
"Fusion Rise: Ultraman Orb - Spacium Zeperion, Ultraman Mebius!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Brave Challenger!"
- ―Pengumuman transformasi
"Rebut ia, ikatan itu!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Brave Challenger Ultraman Orb Spacium Zeperion dan Ultraman Mebius. Bentuk ini diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 2.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 50,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Protector: Bahagian bahu Geed mempunyai Protector emas. Protector di dadanya juga diubah suai untuk menyerupai milik Orb.
- Vektor Emas: Beberapa bahagian badan Geed dilitupi vektor emas yang serupa dengan yang dimiliki Mebius.
- Senjata
- Pendakap: Senjata utama Brave Challenger yang dipasang pada lengan kiri Geed dengan cara yang serupa dengan Mebius Brace.
- Attack Slasher : Daripada pendakap tersebut, Geed boleh melancarkan letupan tenaga berbentuk kepala anak panah sebagai sebahagian daripada serangan normalnya.
- Mebium Giga Light Ring : Geed melakukan gerakan seperti Mebium Shoot, kemudian menjelmakan cakera gergaji besar dari pendakap di tangan kirinya dan memotong musuh dengan tebasan ke bawah.
- Senjata
- Tidak digunakan
- Sparion Shoot
"Fusion Rise: Zoffy, Ultraman Mebius!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Fire Leader!"
- ―Pengumuman transformasi
"Tunjukkannya, masa depan!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Fire Leader Zoffy dan Ultraman Mebius. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 3.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 47,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Garisan Emas: Di sekitar badan Geed terdapat garisan emas. Fungsi garisan ini tidak diketahui.
- Senjata
- Pendakap: Lengan Geed mempunyai pendakap yang mungkin membantunya dalam mengawal api dan ais.
- Teknik
- Khas
- Burning Frost : Geed membekukan musuhnya menggunakan sebahagian kiri yang berais, kemudian melemparkan bola api besar ke arah mereka dengan sebahagian kanan yang berapi.
- Mebium Shock : Sebuah pancaran yang serupa dengan Z Beam milik Zoffy yang boleh dilakukan dengan menghulurkan kedua-dua tangannya ke depan. Ini merupakan sebahagian daripada serangan biasa Geed.
- Lain-lain
- Manipulasi Terma: Sebagai kemampuan utama bentuk ini, Geed sangat mahir dalam manipulasi api dan air.[7]
- Tidak digunakan
- Mebium 87 Beam [8] : Teknik khas yang telah dibatalkan bagi Fire Leader yang melibatkan proses melepaskan tenaga api dan sejuk dalam satu pancaran.
"Fusion Rise: Ultraman Leo, Astra!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Le-Over Fist!"
- ―Pengumuman transformasi
"Memuncaklah, semangat juang!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Le-Over Fist Ultraman Leo dan Astra. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 3.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 50,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Pendakap Logam: Lengan Geed dilengkapi dengan pendakap logam. Pendakap di bahagian kanan dihiasi dengan Leo Mark dan Astra Mark di bahagian kiri.
- Pembalut: Di sekeliling lengan dan tangan Geed, terdapat pembalut yang melindungi tinjunya daripada mengalami kecederaan.
- Tanduk: Kepala Geed dihiasi dengan tanduk yang banyak. Ia melambangkan surai singa.
- Teknik
- Khas
- Ultra Double Flasher : Geed boleh melakukan serangan gabungan Leo Brothers seorang diri dengan melancarkan peluru tenaga dari kedua-dua tangannya secara serentak, namun ia tidak begitu kuat. Ini merupakan sebahagian daripada serangan normalnya.
- Fizikal
- Kemahiran Seni Bela Diri: Sebagai bentuk yang menggunakan aspek Leo Brothers, Geed mampu memanfaatkan pelbagai teknik seni bela diri.[9]
- Burning Over Kick : Geed melancarkan tendangan berapi berkali-kali kepada musuhnya sebelum mengakhiri dengan tendangan terbang yang mirip dengan penamat ikonik Leo dan Astra.
- Tidak digunakan
- Brothers Impact
"Fusion Rise: Ultraman Dyna, Ultraman Cosmos!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Mighty Trekker!"
- ―Pengumuman transformasi
"Pergilah ke sana, jarak itu!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Mighty Trekker Ultraman Dyna dan Ultraman Cosmos. Bentuk ini diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 4.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 44,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Sut: Geed nampaknya mengenakan sejenis perisai dalam bentuk ini.
- Kristal Dahi: Di dahi Geed, terdapat kristal yang sangat mirip dengan Dyna.
- Tanduk: Kepala Geed mempunyai dua tanduk.
- Teknik
- Khas
- Flame Compression Wave : Geed mengisi tenaga ke dalam sfera di hadapannya lalu ia melepaskan aliran api yang menghempas sasaran ke dimensi alternatif.
- Luna Beam Slicer : Sebahagian daripada serangan normalnya, Geed boleh melepaskan pancaran tenaga biru dari salah satu tangannya.
- Lain-lain
- Teknik Licik: Menurut akaun Twitter Ultraman Fusion Fight!, bentuk ini membolehkan Geed melaksanakan pelbagai teknik berasaskan helah.[10]
- Tidak digunakan
- Moonlight Solgent
"Fusion Rise: Ultraman Gaia V2, Ultraman Hikari!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Photon Knight!"
- ―Pengumuman transformasi
"Mekarlah, kesatria!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Photon Knight Ultraman Gaia (V2) dan Ultraman Hikari. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 4.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 44,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Jubah: Geed mengenakan jubah.
- Gaia Breaster : Bahagian dada Geed mempunyai jalur hitam dan emas yang sama seperti Ultraman Gaia.
- Star Mark : Geed mempunyai Star Mark di dadanya yang serupa dengan Hikari.
- Perisai: Badan Geed diliputi oleh perisai di pelbagai bahagian.
- Senjata
- Pendakap: Di lengan kanan Geed, terdapat pendakap yang menyerupai Knight Brace milik Hikari.
- Photon Beam Blade [11] : Menggunakan aspek kuasa Gaia dan Hikari, Geed mampu menjelmakan pedang tenaga untuk pertarungan jarak dekat.
- Teknik
- Khas
- Knight Stream : Geed mengisi tenaga dengan mengikuti gerakan pembuka Quantum Stream dan Knight Shoot, kemudian melepaskan pancaran.
- Tidak digunakan
- Photon Whip Edge
"Fusion Rise: Bapa Ultra, Ultraman Belial!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Dandit Truth!"
- ―Pengumuman transformasi
"Memperagakannya, kuasa yang hebat!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Dandit Truth Bapa Ultra dan Ultraman Belial. Perkataan "Dandit" bermaksud "Dihukum" dalam bahasa Hindi. Diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 5.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 58,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Tanduk: Kepala Geed dihiasi dengan dua tanduk melengkung. Tanduk-tanduk ini berbentuk seperti tanduk Belyudra.
- Senjata
- Senjata Berduri: Sejenis senjata yang serupa dengan Ultra Array.
- Blazer Banishing : Geed menjelmakan petir ke senjatanya yang mengisi tenaga padanya. Kemudian, dia melepaskan pancaran merah pemusnah daripada senjata tersebut.
- Blazer Shot : Satu penghiris tenaga berbentuk sabit berwarna kemerahan dilepaskan daripada senjata Geed.
- Teknik
- Tidak digunakan
- Brave Rush
"Fusion Rise: Ultraman Nexus Junis, Ultimate Zero!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Noactive Succeed!"
- ―Pengumuman transformasi
"Lampauinya, batasan!"
- ―Frasa sebelum pertarungan
Noactive Succeed Ultimate Zero dan Ultraman Nexus Junis. Bentuk ini diperkenalkan dalam Capsule Fusion Versi 6.
ialah bentuk Fusion Rise Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 45,000 tan
- Ciri-ciri Tubuh
- Protector: Dalam bentuk ini, Geed mempunyai pelindung bersepadu yang kelihatan serupa dengan Ultimate Aegis.
- Pendakap: Geed memiliki pendakap lengan pada kedua-dua lengannya, mirip dengan Armed Nexus; pada lengan kanan, terdapat satu yang menyimpan versi dari Ultimate Zero Sword miliknya, manakala yang satu lagi panjang dan berduri.
- Senjata
- Ultimate Zero Sword [12] Ia disimpan dalam pendakapnya sebelum ia memanjang melebihi saiz senjata Ultimate Zero.
- Sword Ray Overdrive : Sebuah gelombang tenaga ditembak dari Ultimate Zero Sword milik Geed, menempatkan lawan dalam medan tenaga dengan ikon Nexus. Geed kemudian terbang ke atas dan melibas musuh sambil berputar, menghasilkan potongan elektrik berbentuk Z.
: Geed mewarisi pedang yang dipasang pada lengan yang digunakan oleh Ultimate Zero.
"Ultimate Evolution!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Ultimate Final!"
- ―Pengumuman transformasi
Ultimate Final Giga Finalizer untuk bertukar bentuk.
ialah bentuk terkuat Geed yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Ultraman Geed The Movie. Dia menggunakan Kapsul Evolution dengan- Statistik
- Berat badan: 42,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 7
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 4.7
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4.7
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,800 meter
- Kekuatan Lengan: 162,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 103,000 tan
- Kebolehan
- Ultra Charge : Geed boleh mengisi semula tenaga sekutu dengan menyalurkan tenaga cahayanya.
- Senjata
- Giga Finalizer : Sebilah senjata bertangkai panjang yang digunakan oleh Geed dalam bentuk ini, ia serupa dengan Giga Battlenizer milik Belial. Bilahnya dikenali sebagai Riser Edge .
- Penghalang: Giga Finalizer boleh berfungsi sebagai penghalang untuk menahan serangan.
- Perealisasian Potensi: Fungsi utama Giga Finalizer ialah untuk mengeluarkan kuasa bentuk asal Geed, membolehkan Geed menggunakan sepenuhnya kuasa terpendamnya sebagai Ultimate Final. Peranti tersebut juga membolehkan kehendak Riku ditukar menjadi tenaga fizikal yang boleh memusnahkan sebagai Geed.
- Serangan Berputar: Geed mengecas tenaganya dan berputar lalu memotong musuh dengan Giga Finalizer.
- Tetakan Tenaga: Geed boleh melepaskan gelombang tenaga biru dari Giga Finalizer.
- Giga Thrust : Gelombang tenaga yang dilepaskan dari hujung Giga Finalizer.
- Riser Ray Beam : Giga Finalizer melancarkan konstrak tenaga dari "mata" secara berturut-turut. Ia lebih kuat daripada Royal End atau Geed Proof.
- Crescent Final Geed : Geed melepaskan gelombang tenaga sabit dari Giga Finalizer yang menghiris sasaran.
- Teknik
- Khas
- Pancaran Tenaga: Ditampilkan sebagai sebahagian daripada serangan biasa dalam Ultraman Fusion Fight!, Geed boleh melepaskan pancaran tenaga merah dari salah satu tangannya.
- Wrecking Nova : Sebuah pancaran yang dilepaskan dari tangannya dalam gaya "+". Ia merupakan evolusi daripada Wrecking Burst Primitive dan suhunya meningkat kepada 1,000,000 darjah Celsius.
- Fizikal
- Giga Ultimate Punch
- Giga Ultimate Kick
- Giga Ultimate Chop
- Gabungan
- Trinitium Final : Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight! R/B’s Bond, Orb Trinity dan Geed Ultimate Final melancarkan penamat terhebat mereka satu demi satu, membelah musuh secara menegak dan mendatar.
- Tidak digunakan
- Stream Detonation : Garisan Gold Stream pada tubuhnya melepaskan pancaran elektromagnet yang boleh memusnahkan.
- Ultimate Ripper : Pancaran pemotong yang ditembak dari lengan.
- Ultimate Roar : Serangan ultrasonik yang berkali-kali ganda lebih kuat daripada Wrecking Roar.
- Ultimate Final Barrier : Evolusi kepada Geed Barrier dari bentuk Primitive.
- Burning Boost : Sebuah pancaran haba yang meletup. Ia merupakan evolusi kepada Strike Boost milik Solid Burning.
- Collapser Boost : Sebuah pancaran pemusnah yang ditembak dari dada. Ia merupakan evolusi kepada Solar Boost milik Solid Burning.
- Shocking Impact : Sebuah gelombang impak dengan kuasa beberapa kali ganda lebih kuat daripada Atmos Impact.
- Full Moon Neo Healing : Sebuah pancaran penyembuh dan menenangkan.
- Smash Buster Blade : Sebilah pedang cahaya yang dijelmakan dari tangan. Dua pedang ini juga boleh digunakan pada masa yang sama.
- Big Buster Nova : Sebuah pancaran kuat yang ditembak dari tangannya dalam gaya "L". Ia merupakan evolusi daripada Big Bustaway milik Magnificent.
- Giga Lightning Burst : Sebuah pancaran petir yang kuat yang ditembak dari dahi.
- Giga End Slicer : Geed menembak bilah cahaya dari tangannya dengan pantas.
- Geedium Slash : Pemotong tenaga gergasi.
"Ginga! X! Orb!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Ultraman Geed: Galaxy Rising!"
- ―Pengumuman transformasi
Galaxy Rising Ultraman Ginga, Ultraman X dan Ultraman Orb menggunakan Z Riser untuk meningkatkan bentuk Primitivenya.[13] Bentuk ini diperkenalkan dalam episod 6 siri Ultraman Z.[2]
ialah bentuk Ultra Fusion Geed yang menggunakan kuasaGalaxy Rising tidak boleh diakses selepas Riku memberikan Ultra Medalnya kepada Haruki. Namun, memandangkan Geed masih memiliki Z Riser, dia masih boleh menggunakan semula bentuk ini jika Z memberinya kembali pingat tersebut seperti yang dilakukan dalam Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad.
- Statistik
- Berat badan: 46,000 tan
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 9
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 6
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 4
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1200 meter
- Kekuatan Lengan: 160,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 100,000 tan
- Kebolehan
- Geed Barrier : Geed boleh menjelmakan penghalang untuk menghalang serangan.
- Senjata
- Z Riser : Alat transformasi Geed yang juga berfungsi sebagai senjatanya.
- Teknik
- Khas
- Wrecking Phoenix [14] : Satu versi yang ditingkatkan dari Wrecking Burst Geed Primitive yang dikuatkan oleh kuasa Ginga, X dan Orb. Bukannya isyarat “+” yang biasa, ia ditembak dengan posisi “L”.
- Plasma Slash : Geed menjelmakan beberapa cincin cahaya untuk memotong objek.
- Wrecking Ripper : Teknik yang sama digunakan dalam bentuk Primitive, kecuali ditembak sebagai pemotong tenaga secara bertubi-tubi dari kedua-dua tangan.
- Fizikal
- Galaxy Cutting : Geed menggunakan bilah di lengannya yang diisi dengan tenaga untuk menyerang musuh.
"Jack! Cosmos! Nexus!"
- ―Pengumuman pengaktifan
"Keteguhan, "kuasa untuk melindungi"!"
- ―Seruan transformasi Riku
"Ultraman Geed: Tetrite Cross!"
- ―Pengumuman transformasi
Tetrite Cross Ultraman Jack, Ultraman Cosmos dan Ultraman Nexus menggunakan Z Riser. Selain mewarisi ciri-ciri Geed Primitive, dia juga bergantung pada kuasa komponen-komponennya untuk melindungi. Bentuk ini muncul secara eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight! Z Heat.[15]
ialah bentuk Ultra Fusion Geed yang menggunakan kuasa- Statistik
- Berat badan: 43,000 tan
- Kebolehan
- Counter Style : Geed menggabungkan serangan dan pertahanan dalam gaya bertarungnya.
- Teknik
- Manipulasi Penghalang: Geed boleh memanipulasi penghalang mengikut kehendaknya untuk tujuan pertahanan.
- Giga Field Pressure : Geed membentuk halangan besar seperti Meta Field yang digunakan untuk menghancurkan lawan.
Kebolehan Standard[]
- Senjata
- Geed Claw : Senjata Geed yang digunakan untuk pertarungan jarak dekat. Tenaga yang dilepaskannya mencerminkan bentuk-bentuk Geed.
- Claw Cutting : Geed melepaskan bilah projektil bercabang dua yang menusuk sasaran sebelum meletup.
- Corkscrew Jamming
- Corkscrew Block : Satu versi Corkscrew Jamming telah digunakan untuk menyekat serangan yang datang.
: Geed pads mulanya melompat, kemudian berputar seperti peluru manusia sambil memegang Geed Claw di hadapannya dan menyerang musuh.
- Diffusion Shower : Geed melepaskan pancaran tenaga dari Geed Claw yang dihalakan ke arah langit, dan pancaran itu turun ke arah sasaran dalam hujan cahaya.
- Claw Defensor : Geed Claw mampu menjana sebuah penghalang untuk menyekat serangan musuh.
Penggabungan[]
Seperti Orb, Ultra yang digunakan dalam setiap bentuk Geed mempunyai persamaan antara satu sama lain.
- Fusion Rise (Aksi Langsung)
- Ultraman + Ultraman Belial = Primitive: Kedua-dua Ultra ini terkenal dengan posisi mereka yang membongkok dan pada mulanya dirancang untuk mempunyai mekanisme pembukaan mulut sebelum idea tersebut dibatalkan. Selain itu, watak pasangan sejawatan Another Genesis dari Belial disyaki oleh para pembaca telah merasuki Ultraman. Sebelum konsep Belial dibuat, rancangan asal bagi Ultraman ialah dia seharusnya menjadi antagonis terakhir dalam episod terakhir siri Ultra Q. Seperti yang digambarkan oleh istilah "Primitive", ia merujuk kepada bagaimana kedua-dua mereka merupakan Ultra yang pertama dalam aspek-aspek berikut:
- Ultraman merupakan Ultra pertama yang tiba dan bertarung dengan raksasa di Bumi. Oleh kerana dia juga ialah Ultra pertama yang telah dihasilkan, beberapa Ultra selepasnya yang muncul kemudian dibuat berdasarkan arketip daripadanya.
- Belial merupakan Ultra pertama berasal dari Negeri Cahaya yang berpaling tadah ke pihak kejahatan. Tidak seperti kebanyakan Ultra jahat yang lain, dia menjadi yang pertama untuk bertahan hidup dan terus menjadi antagonis kepada setiap Ultra heroik selepasnya.
- Ultraseven + Ultraman Leo = Solid Burning: Selepas ketibaannya di Bumi, Leo telah dilatih oleh Seven semasa menjalankan setiap misinya. Mereka juga merupakan Ultra yang paling penting dalam hidup Zero; Seven sebagai ayahnya dan Leo sebagai mentornya. Kedua-dua siri mereka juga menumpukan pada genre yang serius dan menggerunkan, di mana masing-masing mengalami keadaan dilema.
- Seven: Dia kerap tertanya-tanya adakah pihak manusia layak untuk dilindungi disebabkan telah menyaksikan sisi buruk mereka (seperti pengeboman di Kota Pegassa, Planet Gyeron, Kota Nonmalt dan sebagainya).
- Leo: Dia menghadapi satu tragedi kehilangan keluarga dan rakan-rakannya setelah dunia asalnya dimusnahkan oleh Alien Magma dan kemudian kehilangan rakan-rakan sepasukannya serta anggota MAC akibat serangan Silverbloome.
- Ultraman Cosmos + Ultraman Hikari = Acro Smasher: Kedua-dua mereka merupakan Ultra berwarna biru yang merasakan penyesalan akibat sebuah planet yang mati dan menghabiskan masa mengejar dalang siri masing-masing ke Bumi sebelum mengambil seorang hos manusia. Sebagai sebahagian daripada puak biru, kedua-dua Ultra ini mahir dalam strategi dan penggunaan kelajuan dalam pertempuran.
- Ultraman Zero + Father of Ultra = Magnificent: Kedua-dua Ultra ini saling berkait sebagai musuh ketat Belial dan merupakan antara pejuang terkuat yang wujud. Pelakon kepada hos manusia Zero dalam siri Geed telah menyatakan bahawa Bapa Ultra merupakan watak kegemarannya sejak zaman kanak-kanak. Mereka juga merupakan anggota penting dalam sebuah organisasi yang memelihara keamanan sejagat.
- Bapa Ultra: Komander Tertinggi bagi Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.
- Zero: Pengasas pasukan Ultimate Force Zero.
- Ultraman King + Ultraman Belial = Royal Megamaster: Setidaknya menurut satu sumber, Belial sebenarnya sangat takut kepada King kerana dia merupakan satu-satunya Ultra yang mampu menewaskannya semasa Pemberontakan Belial. Kedua-dua King dan Belial merupakan Pahlawan Ultra yang memiliki hubungan dengan tokoh kepimpinan (penampilan fizikal King bertemakan pemimpin Eropah, manakala yang kedua pernah menjadi seorang (raja dan maharaja) dalam dua peristiwa) serta merupakan antara beberapa Ultra tulen yang mempunyai mata merah/jingga sebagai warna semula jadi. Sementara King mampu memerhati multiverse, Belial pernah mengembara melalui pelbagai alam semesta untuk menyebarkan pengaruhnya.
- Fusion Rise (Eksklusif Permainan)
- Ultraman + Ultraman Zero = Shining Mystic: Kedua-dua Ultra pernah bergantung pada kuasa Baraji untuk setidaknya sekali untuk menewaskan lawan yang tidak dapat dikalahkan. Ultraman Zero sendiri gemar membandingkan sesuatu dengan 20,000 tahun dalam percakapannya, yang mana juga merupakan umur Ultraman asal. Perlu juga diperhatikan pelakon kepada hos manusia Ultraman telah menyebut bahawa Ultraman kegemarannya ialah Zero.
- Ultraman Belial + Ultraman Orb = Tri-Slugger: Kedua-dua Ultraman ini terpisah daripada bekas rakan mereka dan pernah kehilangan senjata peribadi mereka buat beberapa ketika yang tidak dinyatakan tempohnya. Ketika kemunculan pertama mereka, mereka memiliki skema warna merah dan perak sebelum kemudian warna hitam ditambah hasil daripada tindakan mereka. Mereka juga pernah menggunakan kuasa dari pihak lawan untuk kepentingan mereka sendiri.
- Belial: Menguasai dan mengeksploitasi kuasa Zero untuk menghapuskan pasukan Zero sendiri.
- Orb: Menguasai Ultra Fusion Card Belial, membolehkannya menggunakan kuasa gelap Belial untuk kebaikan bersama dengan Kad Zoffy yang membentuk Thunder Breastar.
- Ultraman Tiga + Ultraman Zero = Mugen Crosser: Kedua-dua Ultra ini telah menebus diri mereka daripada kesilapan masa lalu (Tiga pernah menjadi Ultra jahat sebagai Tiga Dark, manakala Zero pernah cuba untuk mendapatkan Plasma Spark) dan pernah ditukar menjadi jahat oleh dalangmereka. Mereka tidak mempunyai hos manusia tetap (bermaksud mereka bergabung dengan lebih daripada seorang manusia) dan dihidupkan semula selepas ditewaskan oleh Dai Kaiju (Gatanothor dan Arch Belial) melalui harapan manusia, yang digunakan dalam bentuk terkuat mereka (Glitter Tiga dan Ultimate Zero) untuk memusnahkan raksasa tersebut. Mereka juga merupakan Ultra yang memulakan debut mereka semasa kebangkitan semula selepas hiatus Siri Ultraman dan memperoleh bentuk alternatif.
- Tiga: Memperoleh bentuk Type Change dengan menyerap kuasa Darramb dan Hudra.
- Zero: Memperoleh bentuk Mode Change selepas penggabungannya dengan Dyna dan Cosmos.
- Ultraman Mebius + Ultraman Orb = Brave Challenger: Raja Raksasa pertama yang ditentang oleh Orb sebagai Spacium Zeperion ialah Maga-Basser yang dahulunya telah disegel oleh Mebius. Kekalahannya membolehkan Orb mendapatkan Ultra Fusion Card Mebius dan digunakan sebagai salah satu komponen untuk membentuk Burnmite. Kedua-dua Mirai dan Gai juga menerima nama mereka daripada pengalaman kehidupan mereka di Bumi dan suka akan manusia serta budaya planet tersebut.
- Dengan mengambil kira Spacium Zeperion, kesemua 4 komponen (Ultraman Orb Spacium Zeperion terdiri daripada Ultraman dan Ultraman Tiga) merupakan titik penting dalam Siri Ultraman. Ultraman ialah Ultra pertama yang muncul lebih 50 tahun yang lalu, siri Tiga dihasilkan semasa ulang tahun ke-30 siri tersebut, Mebius semasa yang ke-40 dan Orb pula semasa yang ke-50. Selain itu, siri Geed disiarkan pada tahun 2017, yang merupakan ulang tahun ke-50 siri Ultraseven. Dalam siri, mereka semua telah telah meminjam kuasa ikatan setidaknya sekali sepanjang kemunculan mereka dan memperoleh bentuk baru disebabkan itu.
- Zoffy + Ultraman Mebius = Fire Leader: Zoffy sendiri bertanggungjawab sebahagiannya untuk latar belakang siri Mebius, misalnya seperti penubuhan pasukan GUYS dan pengambilan Hikari ke dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi. Tidak mengambil kira peristiwa dalam Mebius Gaiden, Zoffy merupakan anggota pengasas Ultra Brothers manakala Mebius menjadi anggota tambahan yang terakhir dalam kumpulan tersebut selepas pertarungannya dengan Alien Empera. Ironinya, bentuk ini juga mewakili bagaimana kedua-dua Ultra tersebut telah kehilangan nyawa mereka akibat elemen semula jadi dari raksasa masing-masing:
- Zoffy: Kepalanya telah dibakar oleh Birdon sebelum kemudian terus membelasahnya sehingga tidak lagi bernyawa.
- Mebius: Ditikam oleh Grozam sebelum kemudian dibekukan hingga tidak bernyawa.
- Ultraman Leo + Astra = Le-Over Fist: Kedua-dua mereka berkongsi siri kemunculan perdana merupakan putera diraja Planet L77 sebelum kehancurannya. Selain berkongsi serangan yang sama, mereka juga merupakan adik-beradik kembar, tetapi sedikit perbezaan pada Astra adalah hasil selepas dia menjalani pembedahan wajah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya selepas kehancuran dunia asal mereka. Mereka juga telah menerima bantuan daripada Ultraman King semasa peristiwa dalam siri tersebut dan menyokongnya pada kesempatan lain untuk membalas budinya.
- Leo: Memperoleh Ultra Mantle dan dihidupkan semula selepas dikerat oleh Alien Bunyo.
- Astra: Diselamatkan dari cengkaman Alien Magma, menerima pembedahan pemulihan wajah dan membersihkan reputasinya setelah difitnah oleh Alien Babarue di Bumi.
- Ultraman Dyna + Ultraman Cosmos = Mighty Trekker: Kedua-dua Pahlawan Ultra ini muncul sebagai watak sokongan dalam Ultraman Saga dan Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA, Dalam filem pertama itu, mereka merupakan dua daripada komponen bagi seorang Ultra eponim dan secara tidak langsung memberikan kebolehan Mode Change kepada Ultraman Zero. Dalam siri asal mereka, hos manusia mereka digambarkan sebagai anggota baru dalam pasukan pertahanan yang direkrut pada hari yang sama mereka bergabung dengan Ultra masing-masing. Sepanjang siri tersebut, mereka juga bertarung menentang penjahat yang mempunyai kebolehan untuk mencipta dan/atau menjangkiti raksasa untuk melakukan kehendak mereka sambil melalui proses kematangan dalam pembangunan watak mereka. Di penghujung siri/filem, hubungan mereka juga berkekalan dengan Pahlawan Ultra. Istilah "Trekker" (yang ditafsirkan sebagai "Pengembara") merujuk kepada bagaimana hos manusia mereka hidup di luar Bumi.
- Asuka: Menjelajah multiverse selepas pertarungan dengan Gran-Sphere yang menyedutnya ke dalam lubang cacing.
- Musashi: Menetap bersama keluarganya di Planet Juran sambil memerhati raksasa-raksasa yang berhijrah dari Bumi.
- Ultraman Gaia + Ultraman Hikari = Photon Knight: Hos Gaia, (Gamu Takayama) dan Hikari merupakan saintis yang mempunyai sumbangan dan pencapaian besar (Gamu memperoleh doktor falsafah dalam fizik kuantum dan Hikari mencipta alat pemeliharaan nyawa). Pada awal kerjaya mereka sebagai Pahlawan Ultra, mereka mempunyai sedikit atau tiada keupayaan bertempur, namun kemampuan mereka meningkat dari masa ke masa. Mereka juga memperoleh kuasa peningkatan bentuk yang melibatkan kebolehan untuk menjelmakan pedang tenaga. Mereka merupakan dua Ultra yang mana serangan pancaran mereka ditembak dengan lengan mendatar di hadapan lengan menegak.
- Gaia: Memperoleh cahaya Agul, membolehkannya mengakses Gaia V2 dan Gaia Supreme.
- Hikari: Memperoleh Knight Brace, membolehkannya menggunakan Knight Shoot dan Knight Beam Blade.
- Bapa Ultra + Ultraman Belial = Dandit Truth: Kedua-dua mereka merupakan pahlawan elit Pasukan Pertahanan Antara Galaksi sebelum peristiwa Pemberontakan Belial. Mereka pernah menjadi rakan seperjuangan yang turut serta dalam Perang Ultimate, satu peristiwa yang memberi pengaruh yang besar dalam hidup mereka. Mereka juga merupakan bapa kepada watak utama Ultra.
- Ultraman Nexus + Ultimate Zero = Noactive Succeed: Bentuk terkuat Nexus, iaitu Noa bertanggungjawab atas penciptaan Ultimate Aegis dan kebangkitan semula serta kemenangan Zero terhadap Arch Belial. Zero sendiri merupakan Ultra pertama yang telah menerima kuasanya daripada Nexus atau mana-mana penjelmaannya. Selain itu, mereka berdua juga bertarung melawan pahlawan Ultra gelap yang mempunyai persamaan dengan mereka.
- Ultraman Nexus/Noa bertarung dengan Dark Zagi yang merupakan klon buatan Noa, apabila Zagi menjadi liar dan mula berbuat kemusnahan setelah mendapat tahu bahawa dia hanyalah klon semata-mata.
- Ultraman Zero dan Belial mempunyai asal usul yang serupa, di mana kedua-dua mereka telah menyentuh Plasma Spark dan menyebabkan mereka diusir dari Negeri Cahaya. Sementara Belial menjadi penguasa kejahatan di seluruh multiverse, Zero pula menjadi wira cahaya.
- Ultra Fusion
- Ultraman Ginga + Ultraman X + Ultraman Orb = Galaxy Rising: Mereka merupakan tiga New Generation Heroes pertama sebelum Geed. Pada permulaan kemunculan sulung mereka, mereka sudahpun merupakan pejuang yang berpengalaman dan telah terlibat dalam konflik yang membawa kepada plot siri mereka sendiri.
- Ultraman Jack + Ultraman Cosmos + Ultraman Nexus = Tetrite Cross: Mereka semua dikaitkan dengan nombor empat. Jack merupakan ahli keempat dalam Ultra Brothers, Cosmos merupakan entri keempat dalam siri Ultraman era Heisei, manakala Nexus memulakan tayangannya pada tahun 2004. Selain itu, setiap mereka mempunyai kaitan dengan kebolehan pertahanan; Jack dengan dua bentuk Ultra Barrier dan Ultra Defender, Cosmos dengan cara bertarung pasif menggunakan Tai Chi dan Nexus pula dengan penggunaan Meta Field untuk melindungi dari kuasa luar.
Perbandingan dengan Ultraman Orb[]
Ia perlu diperhatikan bahawa siri Geed mengadaptasi banyak elemen dari siri Ultraman Orb, menjadikan kedua-dua Ultra ini mempunyai persamaan atau perbezaan antara satu sama lain.
- Persamaan
- Identiti lain mereka digambarkan sebagai makhluk asing yang telah hidup bersama manusia selama bertahun-tahun (Gai telah berada di Bumi sejak 1800 SM, sementara Riku dibesarkan di Bumi sejak dia masih bayi lagi).
- Kedua-dua Gai dan Riku mempunyai keinginan yang turut disukai oleh kehidupan di Bumi.
- Gai amat meminati mandi di kolam air panas, malah menganggapnya sebagai kemewahan terbaik yang ada di Bumi. Namun, dia akan menjadi jengkel dan berasa terganggu apabila orang lain menunjukkan perilaku tidak beradab semasa berada di kolam air panas.
- Riku sangat suka akan siri tokusatsu "Don Shine" sehinggakan dia membeli DVD dan koleksi yang jarang ditemui mengenainya. Frasa ikoniknya sebelum mula bertarung juga diilhamkan oleh Don Shine.
- Kedua-dua mereka mempunyai warna mata yang sama (biru muda), tetapi berubah menjadi warna merah akibat pengaruh Belial (Orb menggunakan Thunder Breastar (Fusion Up dengan kad Belial), manakala Geed hampir dipengaruhi oleh hasutan ayahnya).
- Pelakon mereka sangat berpengalaman dalam bidang lakonan berbanding pelakon-pelakonNew Generation Heroes sebelum mereka.
- Kedua-dua mereka menggunakan perubahan bentuk dengan menggabungkan dua Ultra yang berbeza dan memanfaatkan kuasa mereka. Termasuk bentuk eksklusif permainan, 9 Pahlawan Ultra (Ultraman, Bapa Ultra, Leo, Cosmos, Mebius, Hikari, Zero, Belial, Orb) telah digunakan dalam lebih daripada satu gabungan.
- Daripada Pahlawan Ultra ini, Zero dan Belial mempunyai gabungan terbanyak iaitu sebanyak 4, manakala yang lain mempunyai sebanyak 2 gabungan.
- Bentuk gabungan mereka adalah selari antara satu sama lain, tetapi dengan komponen yang berbeza.
- Primitive/Spacium Zeperion: Bentuk standard yang digunakan oleh Orb dan Geed yang paling seimbang. Kedua-dua mereka menggunakan Ultraman asal sebagai salah satu komponen manakala komponen masing-masing yang satu lagi merupakan Ultra dari masa lalu yang begitu jauh yang telah menggunakan kuasa kegelapan dan melakukan pengkhianatan terhadap bangsanya sendiri.
- Solid Burning/Burnmite: Bentuk kekuatan berwarna merah yang menggunakan pasangan guru dan anak murid sebagai komponen mereka (Taro kepada Mebius bagi Burnmite dan Seven kepada Leo bagi Solid Burning). Kedua-dua mereka juga mempunyai perkataan "burn" dalam nama bentuk masing-masing dan menggunakan kuasa elemen api dalam serangan mereka.
- Acro Smasher/Hurricane Slash: Bentuk berwarna biru yang pantas ini menggunakan senjata yang berasal dari/berdasarkan Ultra dalam gabungan masing-masing (Ultra Lance milik Jack/Zero bagi Hurricane Slash dan Knight Beam Blade milik Hikari bagi Acro Smasher). Komponen pertama merupakan anggota Ultra Brothers, manakala komponen kedua juga terlibat sebagai 2/3 komponen bagi seorang Ultraman Super.
- Magnificent/Thunder Breastar: Kedua-dua mereka dianggap sebagai salah satu bentuk terkuat masing-masing. Selepas Orb kehilangan Ultra Fusion Card dan Geed kehilangan Ultra Capsule, mereka terpaksa menggunakan alat terakhir yang diperoleh (Kad Zoffy dan Belial serta Kapsul Bapa Ultra). Setelah memperoleh bentuk ini, mereka bertarung dengan raksasa yang mana akhirnya mereka tewaskan. Mereka juga bertarung dengan raksasa gabungan yang komponen-komponennya termasuklah Zetton dan raksasa dari siri Ultraseven (Zeppandon bagi Orb dan Pedanium Zetton bagi Geed). Setiap bentuk ini menggambarkan percanggahan terhadap sifat Ultra masing-masing.
- Thunder Breastar: Salah satu komponennya, iaitu Belial merupakan Ultra gelap yang bertentangan dengan Orb, Ultra yang mewakili cahaya.
- Magnificent: Kedua-dua komponennya, iaitu Bapa Ultra dan Zero merupakan musuh ketat kepada ayah Geed, Belial (hakikat ini diakui dalam episod 17).
- Royal Megamaster
- Orb Origin: Sebelum memperoleh bentuk ini, kedua-dua mereka mengalami dilema dalaman yang memerlukan bantuan seorang protagonis wanita untuk memulihkan mereka. Wanita-wanita tersebut juga yang memberikan kunci terakhir kepada Ultra untuk mengakses bentuk ini (Kad Orb Origin dan Kapsul King) dan selepas penggunaan pertamanya, keseluruhan populasi akhirnya mula mengakui mereka sebagai wira sejati.
- Orb Trinity: Walaupun kedua-dua ini berbeza dengan komponen mereka, Royal Megamaster menggunakan kuasa Ultra Brothers melalui kapsul mereka, manakala Orb Trinity menjelmakan kuasa pendahulu mereka. Mereka juga menggunakan alat yang berdasarkan dari salah satu komponen mereka (Orb Slasher dan King Sword) sebagai alat transformasi serta senjata utama mereka.
- Ultimate Final
- Orb Origin: Kedua-dua mereka merupakan bentuk sebenar atau terakhir Ultra masing-masing dan reka bentuk mereka diilhamkan oleh Ultras lain (rekaan Orb menyerupai reka bentuk Ultraman klasik oleh kerana kesederhanaannya, manakala rekaan Geed lebih dekat dengan Ultraman moden yang kompleks). Mereka juga menggunakan senjata yang berfungsi sebagai alat transformasi mereka.
- Orb Trinity: Walaupun mereka merupakan jenis bentuk yang berbeza, kuasa Ultimate Final dicipta dengan dorongan daripada rakan dan sekutu Riku yang mana menghasilkan Kapsul Evolution, manakala kuasa Orb Trinity dihasilkan melalui harapan SSP yang mana menghasilkan Ultra Fusion Card Ginga, Victory dan X.
- Kedua-dua Gai dan Riku memperoleh koleksi transformasi mereka melalui cara yang sama.
- Gai bertarung dengan Raja Raksasa yang di dalamnya menyimpan kuasa terpendam Pahlawan Ultra masing-masing yang menyegel mereka.
- Riku memperoleh kapsulnya apabila mereka yang memilikinya menaruh harapan kepadanya ketika pertarungan.
- Perbezaan
- Walaupun jalan cerita mereka mengikuti perkembangan watak masing-masing, setiap mereka mempunyai haluan yang berbeza:
- Orb merupakan seorang veteran peperangan yang kurang percaya pada dirinya dan kekuatannya sendiri. Sepanjang siri, dia mula bertekad untuk mempercayai kekuatannya, membolehkannya mendapatkan kembali Orb Origin.
- Geed digambarkan sebagai seorang pemuda yang baru dalam dunia Pahlawan Ultra. Ketika dia bertarung menentang ayahnya, dia memilih untuk melawan haluan yang telah ditetapkan untuknya, lalu menekankan pertumbuhannya menjadi seorang dewasa.
- Kedua-dua mereka mempunyai senjata yang berkait rapat dengan kuasa asal mereka (tanpa mengira pengaruh daripada bentuk gabungan). Senjata Orb, iaitu Orb Calibur hanya eksklusif untuk Orb Origin, manakala Geed boleh menggunakan Geed Claw dalam mana-mana bentuknya.
- Senjata yang digunakan dalam bentuk asal mereka juga mempunyai asal usul yang berbeza: Orb Calibur sudahpun terhubung dengan kuasa Orb sejak awal dan memerlukan individu terpilih untuk memperolehnya, manakala Giga Finalizer telah dicipta oleh satu bangsa asing sebelum pengguna yang dimaksudkan (Geed) wujud.
- Dalam hampir setiap episod, Orb akan menggunakan gabungan tertentu apabila situasi pertarungan memerlukan dia berbuat demikian atau dia akan menggunakan satu gabungan untuk satu episod. Sebaliknya, Geed sentiasa bertukar kepada bentuk Primitive sebelum beralih kepada gabungan lain apabila dia mula hilang kelebihan. Satu-satunya masa Geed tidak bertukar menjadi Primitive ialah dalam episod 12 di mana dia telah kehilangan hampir kesemua kapsulnya.
- Gai dan Riku memperoleh Kad/Kapsul mereka semasa pertarungan mereka, namun:
- Gai menewaskan Raja Raksasa dan kemudian memperoleh Ultra Fusion Card dengan mengekstrak esensi mereka selepas kemusnahan.
- Riku sebaliknya diberikan kuasa (beberapa hos kuasa Ultra boleh jadi kanak-kanak, orang dewasa, makhluk asing atau bahkan Kaiju). Tidak seperti Gai sebelumnya, individu yang memiliki Little Star adalah secara rawak.
- Sementara Orb bertambah kuat dalam menghadapi musuh-musuh seterusnya disebabkan oleh penggunaan kuasa Ultra terdahulu dan juga latihan, Geed sememangnya sudahpun kuat (sepertimana yang telah dinyatakan oleh King, dia memiliki "potensi tanpa batas") dan Giga Finalizer berfungsi sebagai dorongan terakhir untuk mengeluarkan kemampuan dalaman Riku sepenuhnya.
Media Lain[]
Ultraman Hit Song History: New Generation Chapter[]
Dalam album muzik ini, Geed bersama dengan New Generation Heroes yang lain telah disegel oleh Etelgar dan terperangkap di bulan. Apapun, Geed dan yang lain telah dibebaskan setelah Ultraman Zero merekrut Ultraman Rosso dan Ultraman Blu untuk bertarung menentang Etelgar. Ultraman Hit Song History
Galeri[]
Trivia[]
- Geed merupakan:
- Ultra kedua yang menggabungkan kuasa dua Ultra yang lalu untuk mencipta bentuknya sendiri, yang pertama ialah Orb.
- Ultra pertama yang mempunyai iris yang kelihatan; ketika berada di bawah kawalan Belial dalam episod 17 siri Ultraman Geed, dia mempunyai bulatan merah yang samar di dalam mata merah cerahnya yang kelihatan seperti iris.
- Ultra pertama sejak Ginga yang tidak mempunyai Color Timer bertemakan huruf Inggeris.
- Ultra kedua yang mempunyai kolar semulajadi dalam bentuk Ultimate Final selepas Gingavictory.
- Nama Geed ditulis sebagai "Xead" sebelum diumumkan.
- Satu jenaka berulang mengenai Geed ialah sesetengah orang merasa takut atau memberi komen negatif tentang reka bentuk mata Geed (sebahagiannya disebabkan oleh persamaannya dengan mata Belial). Istilah ini juga merujuk kepada sesiapa yang lain di luar alam semestanya iaitu selain daripada penduduk di Dunia Side Space, khususnya Yuka Ohta yang memanggilnya "Ultraman bermata jahat" .
- Bunyi Color Timer Geed merupakan bunyi yang digunakan semula dari Color Timer Belial Early Style dengan beberapa elemen bunyi dari Color Timer Ultraman.
- Pada usia hanya sembilan belas tahun, Geed merupakan Ultra protagonis kedua termuda yang muncul dalam siri ini setakat ini. Ini agak luar biasa kerana walaupun Geed kelihatan seperti seorang dewasa, kebanyakan Ultra mencapai usia dewasa mereka selepas hidup selama beribu-ribu tahun. Seperti yang telah dijelaskan dalam episod 11 sirinya, hal ini demikian kerana Geed dicipta secara buatan oleh Kei melalui penggunaan DNA Belial.
- Bentuk Magnificent dan Royal Megamaster juga menjadikannya Ultra termuda yang mempunyai jambang, iaitu satu ciri yang biasanya tidak dimiliki sehingga mereka berusia 40,000 tahun.
- Dengusan Geed dalam bentuk Primitive merupakan versi campuran dengan dengusan Belial.
- Salah satu Fusion Rise Geed, iaitu Solid Burning agak menarik oleh kerana peranan Geed dan Zero dalam siri ini masing-masing mencerminkan peranan Leo dan Seven dari siri Ultraman Leo. Hakikat bahawa dia bertukar menjadi Royal Megamaster juga merupakan satu rujukan kepada bagaimana Leo memperoleh Ultra Mantle daripada Ultra yang sama.
- Ironinya, beberapa kesan bunyi dalam bentuk Solid Burning digunakan semula daripada kesan Alien Magma ketika menggunakan kebolehan khasnya (contohnya, apabila dia melancarkan Boost Punch untuk pertama kalinya, ngauman Alien Magma boleh didengari). Yang peliknya, Alien Magma merupakan musuh Leo dan Seven dalam siri Leo.
- Solid Burning pada mulanya dirancang untuk berkongsi ciri yang serupa dengan Windom.
- Menariknya, mereka berkongsi pelakon suara yang sama dalam satu media.
- Semasa bertukar atau menukar bentuk Fusion Risenya, latar bunyi memainkan muzik intro Siri Ultraman dari setiap Ultra yang terlibat (kecuali Royal Megamaster), di mana kesemuanya telah diperbaharui atau diadun semula.
- Bersama dengan Riku, DNA Geed sebenarnya adalah 99% serupa dengan Belial menurut RE.M.. Namun, dia tidak menunjukkan sebarang petanda sebagai seorang Reionics dan mungkin tidak termasuk pun dalam golongan itu.
- Dalam pementasan tahun 2017, Geed telah diperdaya oleh Alien Bat untuk menggunakan Neo Battlenizer merah dan emas bagi menjelmakan Armored Darkness dengan sangkaan bahawa ia merupakan alat pengumpulan Little Star. Perkara ini berlaku kerana dia mempunyai gen Belial dan secara tidak langsung memiliki kuasa Reionics. Walaupun pada mulanya Armored Darkness berada di bawah kawalan Alien Bat, Geed akhirnya berjaya mengawalnya walaupun hanya untuk sementara.[16]
- Reka bentuk awal untuk Geed Primitive telah digunakan semula untuk Belial Atrocious.[17][18]
- Nama serangan penamat Geed Proof diambil daripada nama lagu tema pembukaan sirinya dan tajuk episod di mana ia digunakan.
- Semasa proses reka bentuk Royal Megamaster, sut tersebut pada asalnya dirancang untuk diliputi dengan perisai emas. Namun, reka bentuk itu telah disederhanakan kerana masalah pergerakan sut, walaupun begitu ia masih mengekalkan elemen-elemen daripada Ultraman King. Masayuki Gotoh, individu yang bertanggungjawab membuat rekaan tersebut turut menyatakan bahawa beliau juga mengalami kesukaran untuk meletakkan mantel dalam bentuk yang sesuai. Tambahan pula, janggut itu juga akan menutupi bahagian rahang depannya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh faktor usia Riku, ia tidak sesuai dengan ciri-cirinya. Beliau juga menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya mempunyai puncak tersebut, tetapi pengarah mahukannya kerana kelihatan seperti gaya rambut pemangku raja.[19]
Rujukan[]
- ↑ http://m-78.jp/news/n-4686/
- ↑ 2.0 2.1 https://en.tsuburaya-prod.co.jp/news/1933
- ↑ https://twitter.com/TsuburayaGlobal/status/1286828515489243136
- ↑ http://www.dcd-ultraman.com/images/fusionrise/img_popup06.png?ver2
- ↑ https://www.youtube.com/watch?v=5xcwlGd4QsM
- ↑ http://www.dcd-ultraman.com/images/fusionrise/img_popup09.png?ver2
- ↑ https://twitter.com/DCD_ULTRAMAN/status/914720222539530240
- ↑ File:FL.png
- ↑ https://twitter.com/DCD_ULTRAMAN/status/925560606630887425
- ↑ https://twitter.com/DCD_ULTRAMAN/status/936092446877925376
- ↑ https://twitter.com/DCD_ULTRAMAN/status/946206013778157568
- ↑ File:NS.png
- ↑ https://m-78.jp/z/ultraman/
- ↑ https://i2.wp.com/nitiasa8.net/wp-content/uploads/2020/06/wE0Ka1Z.jpg?ssl=1
- ↑ http://www.dcd-ultraman.com/news_zh/19.php
- ↑ https://www.youtube.com/watch?v=roIki1NDRGs
- ↑ File:GeedAtrocious.jpg
- ↑ https://twitter.com/aws49t8evynpx7u/status/1235433366050058242
- ↑ https://twitter.com/aws49T8EvYnPX7U/status/1234832301894205441