"Saya tak kisah pasal benda lain; yang saya nak cuma untuk melindungi awak!"
- ―Shin Asuka (sebagai Ultraman Dyna) kepada Ryo Yumimura, Bab Akhir II, Penghapusan Sistem Suria
Ultraman Dyna merupakan protagonis dalam siri eponim Ultraman Dyna. Hos manusianya ialah Shin Asuka, seorang ahli pasukan Super GUTS dan menjalinkan ikatan dengannya untuk berlawan menentang Sphere dan ancaman-ancaman lain di Bumi.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama Ultraman Dyna dicadangkan oleh Mai dalam episod 2 di mana perkataan Dyna berasal dari perkataan bahasa Inggeris, "Dynamic" yang bermaksud Dinamik walaupun dia berkata bahawa ia berasal dari perkataan Jepun, "cinta" .
Sejarah[]
Ultraman Dyna Novel: Zero Drive to the Future[]
Ketika Kazuma Asuka mengambil bahagian dalam ujian navigasi Zero Drive, dia telah memasuki ke dalam terowong cahaya yang mengubahnya menjadi Ultraman Dyna. Penjelasan yang diberikan ialah kehadiran Kazuma menjadi 'dimensi cahaya' dan sistem pemacu yang dia uji entah bagaimana mengubahnya menjadi gergasi cahaya. Dia dinyatakan sejak itu telah menghabiskan beberapa tahun antara penghujung siri Tiga dan permulaan Dyna, melawan kejahatan merentasi angkasa. Walau bagaimanapun, apabila merasakan krisis anaknya, dia terbang melintasi angkasa dan bergabung dengan Asuka untuk menyelamatkan nyawanya.
Ultraman Dyna[]
Pertarungan Pertama Menentang Sphere[]
Ultra itu bergabung dengan ahli baru Super GUTS, Shin Asuka apabila Pangkalan Marikh TPC telah diserang oleh Sphere. Dia kemudian memperkenalkan dirinya dirinya secara meluas kepada para sekutunya tidak lama kemudiannya dengan memusnahkan Darambia dengan hanya bertukar. Bagaimanapun, dia kemudiannya menunjukkan kemahirannya dengan menewaskan raksasa yang baru tercipta: Neo Darambia. Beberapa ahli kontinjen TPC yang lebih tua di dalam koloni percaya bahawa dia ialah Ultraman Tiga, kini kembali dan diperbaharui. Pegawai yang lebih tua, bagaimanapun menyedari bahawa itu bukan Tiga, tetapi mungkin penjaga lain sepertinya. Asuka sebagai Ultraman Dyna menghadapi Darambia dan akhirnya menewaskannya.
Tidak lama selepas itu, apabila Giralen, raksasa yang dijelmakan oleh Sphere menyerang Pangkalan Super GUTS, Asuka bertukar menjadi bentuk Ultra sekali lagi dan menamatkannya dengan Revolium Wave. Selepas menyaksikan seluruh pertarungan itu, Mai, pengendali pasukan memutuskan untuk menamakan Ultraman itu sebagai Ultraman Dyna. Cahaya Baru: Bahagian 1 Cahaya Baru: Bahagian 2 Kemudian, selepas pertarungannya sebagai Dyna dengan Grossyna, Asuka menjadi matang dan menyedari sepenuhnya tanggungjawabnya sebagai ahli Super GUTS. Awaken Asuka Ramai daripada raksasa ini telah mengajar Asuka sesuatu dan memberikan kenangan kepadanya yang mula menggunakan moto "Jangan pernah berputus asa!"
Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: Warriors of the Star of Light[]
Berlaku ketika siri utama, Asuka sebagai Dyna bertarung dengan Geranda di bulan dengan bantuan Super GUTS di GUTS Eagle mereka. Kedua-dua raksasa dan Ultra itu dilihat setanding dari segi kekuatan dan kebolehan, sehinggalah Geranda dihancurkan oleh sebuah kapal perang misteri.
Sebaik sahaja tiba di Bumi, pasukan Super GUTS telah dipanggil ke pangkalan pulau rahsia yang bertempat di Pulau Coreomoes (julung kali dilihat dalam Ultraman Tiga). Di sini mereka mendapat tahu bahawa TPC juga bertanggungjawab membina kapal perang angkasa. Kapal itu dikenali sebagai Prometheus, dan senjata pemusnah utamanya ialah Neo-Maxima Cannon yang mana pernah digunakan Artdessei pasukan GUTS asal. Ketua projek itu, Dr. Kisaragi menjelaskan bahawa Super GUTS telah dipanggil supaya gelombang otak mereka boleh digunakan untuk memberikan pengalaman pertempuran sebenar kepada komputer pertempuran Prometheus, menjadikannya senjata yang lebih berkesan. Asuka meragui bahawa Prometheus boleh menjadi sehebat Dyna dalam mempertahankan Bumi. Dia menerima cabaran itu dan memasuki ke dalam kapsul itu. Sebelum proses dimulakan, Dr. Kisaragi juga memanggilnya "Dyna", menimbulkan kesedarannya sebelum ingatannya dimuat naik ke dalam kapal perang walaupun Asuka cuba untuk membantah. Di situ, Asuka memiliki penglihatan pertempuran kapal itu sebelum ini dengan Geranda dan yang lebih mengejutkan, kapal itu juga melancarkan Neo-Maxima Cannon ke arah Dyna. Walaupun gergasi itu cuba untuk menangkisnya dengan Solgent Beam, ia gagal maka menghancurkannya menjadi debu.
Setelah Asuka sedar dari pengsannya, pangkalan itu telah diserang oleh kapal perang makhluk asing dengan gelombang tenaga yang sama dengan yang ditemui dari Geranda, dan Asuka bertukar menjadi Ultraman Dyna untuk menghadapi UFO makhluk asing itu. Prometheus juga turut dilancarkan, tetapi dengan tujuan untuk memusnahkan Dyna, bukan untuk membantunya. Dr. Kisaragi mendedahkan bahawa kedua-dua dia dan Prometheus sedang berada di bawah kawalan bangsa makhluk asing yang dikenali sebagai Monera. Prometheus yang dimolusi menjadi Deathfacer mampu menjangka dan menangkis semua pergerakan Dyna kerana pengetahuannya tentangnya berdasarkan hasil imbasan otak Asuka. Pertarungan berat sebelah itu tamat apabila robot itu menembak Neo-Maxima Cannon ke arah Dyna, tetapi Ultra itu yang telah mengalami mimpi ngeri di mana dia dibinasakan oleh laser gergasi itu berjaya mengelak sehingga meninggalkan bulatan besar di pulau itu. Dyna hilang dan dianggap telah mati.
Ketika pasukan Super GUTS berkumpul semula dan mendapati bahawa mereka terselamat termasuk Asuka, namun Mai cedera parah kerana tidak dapat melarikan diri dari pangkalan, dan sekaligus dengan pertarungan itu tadi telah membuatkan Asuka hilang keyakinannya. Selepas berbual dengan ketua pasukan GUTS yang asal, Kapten Iruma, Asuka memperoleh semua keyakinannya dan bertukar menjadi Ultraman Dyna Strong Type. Kali ini, Dyna sudahpun bersedia untuk menghadapi Deathfacer dan akhirnya menewaskan Deathfacer dengan memberikan penumbuknya yang menembusi Neo-Maxima Cannon semasa ia masih dalam proses mengecas. Dyna kemudian melempar Deathfacer yang tidak stabil dengan tinggi ke udara sebelum ia meletup. Bagaimanapun, Monera menggabungkan diri mereka dengan kapal angkasa mereka untuk membentuk Queen Monera gergasi yang kemudian menangkap Dyna dan serta-merta memusnahkan bandar. Dyna cuba untuk melepaskan diri, dan pasukan Super GUTS serta Kapten Iruma mencuba sedaya-upaya untuk membantu, tetapi tenaga Dyna disedut sepenuhnya sehingga Pemasa Warnanya kehabisan tenaga dan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, kembalinya Ultraman Tiga membolehkan dia membangkitkan semula Dyna dan kedua-dua wira masa lalu dan masa kini berganding bahu untuk menewaskan Monera. Selepas pertarungan itu tamat, Tiga tabik kepada Dyna sebelum kedua-dua mereka menghilang. Semua ahli Super GUTS berkumpul semula untuk meraikan kemenangan mereka menentang raksasa itu. Ultraman Tiga & Ultraman Dyna: Warriors of the Star of Light
Ultraman Dyna: The Return of Hanejiro[]
Ultraman Dyna muncul semula dalam filem ini sebagai protagonis utama, dan bertarung menentang pasukan penceroboh Alien Dehadoh yang melibatkan Arwon, One-Z dan lain-lain. Ultraman Dyna: The Return of Hanejiro
Pertarungan Terakhir Menentang Sphere[]
Pada serangan terakhir Sphere di Pangkalan Marikh, Dyna terpaksa melawan sesuatu yang dicipta daripada kuasanya, iaitu Zeluganoid yang dicipta oleh lTPC. Bab Akhir I: Bayang Baru Dalam pertarungan terakhir, Dyna dan Super GUTS berjaya mengalahkan Gran-Sphere, tetapi akibatnya Asuka (sebagai Dyna) telah tersedut ke dalam jurang antara dimensi, di mana Asuka bertemu dengan bapanya sekali lagi ketika mereka terbang ke destinasi yang tidak diketahui. Bab II: Kemusnahan Sistem Suria Bab III Akhir: Menuju Esok...
Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace[]
Disebabkan oleh keinginan Tsutomu untuk menyelamatkan Gaia serta mengalahkan King of Mons dan sekutunya untuk menyelamatkan Bumi semesta lain, Tiga dan Dyna muncul dan berganding bahu bersama Gaia. Semua ini terhasil daripada bola yang mengabulkan hasrat. Terlibat dalam pertarungan terakhir menentang King of Mons, Dyna melawan Bajiris dan akhirnya memusnahkannya menggunakan Empowered Solgent Beam. Bersama dengan Tiga dan Gamu, mereka menghilang daripada permintaa Tsutomo untuk ketidakwujudan Red Sphere. Ultraman Tiga, Ultraman Dyna & Ultraman Gaia: The Decisive Battle in Hyperspace
Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace[]
Akan ditambahkan... Tiga, Dyna, and Ultraman Gaia Novel: The Adventure in Hyperspace
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Selepas beberapa ketika di dalam portal dimensi, Dyna muncul semula menaiki kapal ZAP Spacy, Pendragon kerana ia diserang oleh Alien Zetton dan Nurse. Setelah menewaskan kedua-dua mereka dengan mudah, dia membawa kru-kru kapal itu ke Perkuburan Raksasa yang berdekatan dengan Nebula M78, iaitu rumah para Ultra yang seperti penjaga cahaya kecuali asal-usul mereka adalah hasil evolusi dari matahari buatan mereka yang dikenali sebagai Plasma Spark. Sebaik sahaja tiba di sana, Dyna bertarung dengan Ultraman Belial dan berjaya bertahan sehingga Ultraman Zero muncul untuk mengalahkannya secara habis-habisan. Tidak lama selepas itu, Belial membentuk raksasa gergasi Belyudra, makhluk yang terbentuk daripada raksasa dari alam semestanya sendiri dan beberapa raksasa lain untuk melawan wira-wira, sementara Belial berada di atas kepada kepalanya. Namun, sekumpulan Ultra itu dan ZAP Spacy masih menentang semula dan menerusi keberanian dan ketabahan, mereka berjaya memusnahkan Belyudra. Sebaik sahaja Plasma Spark dipulihkan ke tempat asalnya di menara, rakyat Nebula M78 akan meneruskan misi mereka untuk melawan kejahatan dan mempertahankan mempertahankan yang tidak bersalah di seluruh alam semesta dengan Shin Asuka dan Dyna menjadi sekutu pasukan ZAP SPACY. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Saga[]
Dyna pada mulanya muncul di yengah bandar setelah Arstron menyebabkan kekacauan dan menewaskan Kaiju itu serta-merta dengan Solgent Beam. Kemudian, Dyna bertukar kembali menjadi Asuka dan bergabung tenaga dengan E.D.F., Team U dan meluangkan masa beberapa ketika dengan kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sehinggalah dia perlu berhadapan dengan Gigant Zetton bersendirian dan tidak mampu mengalahkannya. Akhirnya, dia bertukar menjadi tetapi tidak sebelum melempar Lieflasher keluar. Dia dibangkitkan semula apabila seorang budak lelaki menemui Lieflasher dan melemparnya ke arah Pemasa Warna Dyna, dan bergabung tenaga dengan Cosmos dan Zero untuk menentang Gigant Zetton dan berjaya menewaskannya, namun ia berevolusi menjadi bentuk asalnya, Hyper Zetton. Ketiga-tiga Ultra itu bertarung dengan Titan itu, namun dengan kekuatan mereka masih tidak mampu untuk menewaskan Kaiju itu dan kembali menjadi bentuk manusia mereka. Tidak mahu berputus asa, Asuka, Musashi dan Taiga menggabungkan kuasa mereka untuk menjadi gergasi cahaya baru, Ultraman Saga.
Kemudian, Hyper Zetton menjelmakan pelbagai raksasa dengan pelbagai Sphere. Semuanya kelihatan seperti tiada harapan sehinggalah Ultraman, Ultraseven, Jack, Ace dan Leo muncul untuk melawan raksasa-raksasa itu sementara Saga menentang Hyper Zetton. Wira itu meneruskan pertarungannya dengan Hyper Zetton tetapi walaupun sebagai gabungan, Saga hanya setanding dengan musuhnya itu. Dengan bantuan Team U, Ultra gabungan itu memusnahkan Alien Bat dan ciptaannya dengan Maximum Saga. Selepas pertarungan itu tamat, Asuka kembali ke dimensinya untuk seketika untuk memaklumkan kepada Super GUTS bahawa Taiga berada dalam keadaan sihat. Dia memberikan mereka isyarat jempol sebelum meneruskan perjalanannya. Ultraman Saga
Ultraman Ginga[]
Sebelum Ultraman Ginga, Ultraman Dyna telah mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia bertarung bersama dengan para Ultra lain. Di pertengahan pertarungan itu, Dark Lugiel mengubah setiap Ultra bersama sekutu mereka, Kaiju dan makhluk asing menjadi Spark Doll. Pada masa itu, seorang pahlawan misteri muncul dan menghadapi Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga telah bertukar menjadi Spark Doll tetapi ia disimpan di dalam peranti Ginga Spark miliknya dan jatuh bersama Spark Doll lain ke Bumi. Ia tidak diketahui jika Dyna telah hilang di bandar atau disimpan oleh Dark Lugiel sebagai sebahagian koleksinya.
Pada akhir siri ini, Dyna diandaikan telah kembali ke bentuk asalnya dan meninggalkan Bumi bersama Spark Doll yang lain untuk ke angkasa lepas.
Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]
"Jadi, raksasa yang kita lawan sebelum ni dah bergabung? Pertarungan sebenar bermula di sini!"
- ―Ultraman Dyna
Semasa pengembaraannya, Dyna mungkin bertembung dengan Etelgar dan telah dipenjarakan olehnya. Setelah dibebaskan, dia bertarung bersama dengan Ultra Heisei yang lain, khususnya Tiga dan Gaia di mana ketiga-tiga mereka berganding bahu menentang Five King, seekor raksasa gabungan yang dibentuk dari ingatan masa lalu mereka (untuk Dyna, Reicubas). Ketika Dyna menggunakan Miracle Type, ketiga-tiga Ultra itu berjaya menewaskan raksasa ganas itu. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!
Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA[]
Asuka sebagai Dyna datang untuk membantu Orb apabila dia merasakan ada yang tidak kena di alam semesta lain, iaitu semesta di mana Orb berada. Dia pada mulanya tiba dan membantu Orb menghadapi beberapa Bezelb dan Birdon yang dijangkiti Kugutsu menggunakan Strong Type pada skrin buat kali pertama setelah beberapa lama. Gema Selepas Itu ~Tragedi~
Dyna kemudian muncul supaya dia, Orb dan Cosmos boleh menangkis serangan Bezelb terhadap Planet Kanon. War Deity Dia tinggal di Planet Kanon untuk membantu untuk membantu rakyat pulih selepas anak buah Psychi berundur dan menyerahkan mereka kepada Orb. Bunyi
Kemunculan terakhirnya di dalam siri ini adalah dalam episod terakhir, di mana dia dan Ultra yang lain menentang Psyqueen. Tanah Besar ~Dunia Baru~
Counterpart[]
Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers[]
- Rencana utama: Ultraman Dyna (Semesta Superior)
Ultraman Dyna muncul sebagai versi alam semesta alternatif dalam filem ini. Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: 55 meter
- Berat badan: 45,000 tan
- Dunia asal: Tidak diketahui
- Had masa: 3 minit
Ciri-ciri Tubuh[]
- Kristal Dyna : Kristal di dahi Dyna, ia serupa dengan Kristal Tiga kerana ia adalah keperluan utama untuk Dyna melakukan Triple Change, yang mana berdasarkan pada Type Change Tiga. Tidak seperti Tiga yang boleh bertukar menjadi tiga Type secara bebas, Dyna hanya boleh bertukar sebanyak dua kali dalam pertempuran. Dia juga perlu berada dalam bentuk Flash Type untuk bertukar menjadi mana-mana bentuk lain, bermaksud ia adalah mustahil untuk dia menggunakan ketiga-tiga bentuknya dalam pertempuran. Bagaimanapun, kelebihannya adalah dia dapat mengakses bentuk alternatifnya betul-betul ketika transformasinya, misalnya seperti ketika dia menghadapi Deathfacer untuk kali kedua, dia terus bertukar menjadi Strong Type. Warna bingkai di sekeliling Kristal Dyna akan berubah berdasarkan bentuk yang digunakan oleh Dyna.
- Mata: Dyna dapat mengesan kehadiran musuh yang tersembunyi.
- Dyna Tector : Sepasang pita kuning di sekitar dada dan bahagian atas belakangnya. Ia merupakan pelindung seperti pita milik Tiga, bahagian yang paling kukuh dari tubuhnya dan hampir tidak dapat dihancurkan. Ia hanya terdapat dalam bentuk Flash Type.
- Ultra Armor: Apabila dia melakukan Triple Change menjadi bentuk lain, Dyna menukar Dyna Tector miliknya dengan Ultra Armor biasa yang boleh menahan haba tinggi dan suhu rendah. Ultra Armor turut kebal terhadap api dan pancaran laser.
- Lengan: Dyna merupakan seorang Ultra yang pakar dalam serangan pancaran, untuk itu lengannya boleh menyalurkan beberapa juta kuasa kuda tenaga.
Transformasi[]
Asuka menujah Lieflasher ke udara, ia kemudian terbuka dan mengubahnya menjadi Dyna. Dalam transformasi kemudian di luar siri TV Ultraman Dyna, Asuka akan menjerit "Dyna!" sebelum Lieflasher terbuka.
Bentuk[]
Flash Type
Flash Type ialah bentuk default Ultraman Dyna, yang mana ia seimbang antara kelajuan dan kekuatan sambil memiliki pelbagai teknik pancaran untuk digunakan.
- Statistik[1]
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 8
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 3
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 2
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,000 meter
- Kekuatan Lengan: 80,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 60,000 tan (setara dengan berat manusia 60 kg)
- Teknik
- Khas
- Solgent Beam : Serangan penamat utama Ultraman Dyna. Ia ditembak sebagai pancaran biru dan biasanya digunakan sebagai penamat dalam gaya tambah "+".
- Spacium Beam type: Dia juga boleh menembak Solgent Beam berjenis Spacium Beam. Ini juga boleh berbentuk letupan tenaga berganda.
- Empowered Solgent Beam /C Charge Solgent Beam : Dyna mengisi tenaga tambahan sebelum menembak Ultra Beam miliknya.
- Powered Up Solgent Beam: Versi yang lebih kuat bagi Solgent Beam. Digunakan dalam Ultraman Ginga S The Movie.
- Flash Cycler : Dyna menembak pancaran pembelah berbentuk bulan sabit dari lengannya.
- Beam Slicer : Dyna boleh melepaskan gelombang peluru cahaya berbentuk shuriken dari lengan kanannya.
- Flash Buster : Dyna boleh melepaskan pancaran biru dari tangan kanannya.
- Flash Light Bullet : Dyna menghulurkan tangannya di hadapan dada dan melepaskan gelombang cahaya berwarna pelangi. Digunakan untuk menghalau lawan.
- Dyna Slash : Ultraman Dyna melontar cincin gergaji yang boleh menghiris musuh.
- Ultra Fork : Ultraman Dyna boleh mengecas bebola tenaga di tangannya dan kemudian membalingnya. Dia boleh meletakkan lengkung padanya supaya ia bertindak seperti bola lengkung dalam besbol.
- Solgent Energy Ball: Dyna boleh menghasilkan bebola tenaga dari kedua-dua tangannya dan menghancurkannya ke dalam musuh.
- Spiral Burst : Dyna boleh menembak gelombang tenaga dari tangannya selepas mengecasnya ke dalam Dyna Tector miliknya. Pertama kali digunakan dalam Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA.
- Fizikal
- Flash Punch : Dyna boleh melakukan tumbukan yang dahsyat pada titik kelemahan musuhnya.
- Flash Chop : Dyna boleh melakukan cincangan yang amat kuat. Ia cukup kuat untuk merobek kulit Golza II.
- Flash Kick : Dyna Flash boleh melakukan pelbagai jenis tendangan, seperti tendangan lurus atau terjun.
- Ultra Heel Drop : Dyna boleh melakukan tendangan tumit pada musuh.
- Ultra Whipper : Dyna mengangkut lawan ke atas bahunya dan menghempasnya ke tanah.
- Ultra Leg Whip : Teknik melempar menggunakan kaki musuh.
- Hurricane Swing : Dyna boleh mencengkam kepala musuh dan memutarkan mereka sebelum melempar mereka.
- Lain-lain
- Ultra Balloon : Menghasilkan sfera tenaga merah yang terapung ke atas seperti belon untuk menarik perhatian raksasa Bao-on, digunakan dalam episod 8.
- Dyna Teleportation : Dyna boleh teleport ke jarak yang dekat tanpa menghabiskan tenaga.
- Dyna Charging : Dyna memberikan sedikit tenaganya kepada yang lain.
- Pemusnahan Peluru: Dyna boleh memusnahkan peluru tenaga menggunakan tangannya. Pertama kali digunakan untuk menangkis bebola api Arstron.
- Pengisian Tenaga: Dyna, bersama dengan Cosmos boleh melepaskan tenaga dari tangannya untuk meningkatkan kuasa Ultimate Aegis untuk Zero melancarkan Final Ultimate Zero Trinity.
- Twinkle Way : Dyna boleh membina portal yang boleh menghantar makhluk ke tempat yang berbeza sama ada di alam semesta semasa atau yang berbeza.
- Sfera Perjalanan: Seperti Ultra lain, Dyna boleh berubah menjadi sfera tenaga biru untuk merentasi angkasa dengan pantas.
- Fluoroscope Ray : Dyna dapat menembak pancaran putih dari kedua-dua matanya untuk mengesan objek lutsinar, serupa dengan Ultraman asal.
- Ultra Water Current : Dyna menyembur aliran air dari genggaman tangannya.
- Crossover Formation : Peningkatan kuasa seketika yang menyelubungi pengguna dalam aura keemasan.
- Pemindahan Kuasa: Dyna boleh menyumbangkan kuasanya kepada Ultra Fusion Brace bersama dengan Ultra Heisei untuk membolehkan Ultraman Gingavictory menggunakan kuasanya.
- Gabungan: Dyna boleh bergabung dengan Cosmos dan Zero untuk menjadi Ultraman Saga. Ini hanya boleh digunakan jika Ultimate Bracelet berada dalam Ultraman Saga Mode.
- Penciptaan Ultra Dimension Card: Dyna boleh mencipta Dimension Card versi dirinya dan Ultraman Tiga dalam bentuk seimbang mereka.
- Gabungan
- Ultra Double Slicer : Bersama Tiga, kedua-dua Ultra masing-masing menembak Flash Buster dan Hand Slash mereka pada musuh.
- Flying Double Punch : Bersama Tiga, kedua-dua mereka boleh melakukan tumbukan ketika terbang ke arah musuh. Juga dikenali sebagai Meteor Twin .
- TD Special : Tiga dan Dyna masing-masing menembak Zeperion Beam dan Empowered Solgent Beam mereka, yang bertumpu menjadi satu pancaran yang lebih berkuasa.
- Penghalang Gabungan: Penghalang bulat besar yang dibentuk bersama-sama dengan Cosmos, Agul, Gaia dan Orb.
- Pancaran Gabungan: Pancaran gabungan bersama Cosmos, Agul, Gaia dan Orb.
- TDG Special : Tiga, Dyna dan Gaia masing-masing menembak Zeperion Beam, Empowered Solgent Beam dan Photon Stream mereka secara serentak ke arah satu sasaran. Serangan ini pertama kali ditunjukkan dalam siri Ultraman Z melalui pendua Gamma Illusion oleh Ultra titular itu ketika menentang Destrudos, tetapi diiktiraf secara rasmi dalam Ultraman Fusion Fight! ansuran 2021.[2]
- Triple Solgent Beam : Dyna, Ultraman Dyna (Isotop Selari) dan Imit-Dyna melancarkan Empowered Solgent Beam mereka yang bergabung menjadi satu pancaran ke arah lawan.
Miracle Type
Miracle Type ialah bentuk kelajuan Ultraman Dyna, yang lebih digemarinya berbanding Strong Type. Bentuk ini memberikannya kelajuan yang lebih tinggi dan pelbagai kebolehan khas. Bentuk ini membuat kemunculan sulungnya dalam episod 2.
- Statistik
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 10 (Purata) ~ Kelajuan Cahaya (Mach 880,000)
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 3
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 1,500 meter
- Kekuatan Cengkaman: 40,000 tan (setara dengan berat manusia 40 kg)
- Teknik
- Khas
- Revolium Wave : Langkah penamat Miracle Type. Ia memiliki beberapa variasi yang telah dinamakan secara tidak konsisten oleh pelbagai sumber rasmi yang bercanggah[3]:
- Attack Version : Memiliki dua variasi lagi:
- Dyna menembak pancaran ke arah lawan yang menghantar mereka ke dimensi lain melalui lohong hitam di belakang mereka, tidak pernah dilihat lagi. Sesetengah musuh mempunyai kebolehan untuk menentang teknik ini sepenuhnya. Ia juga dinamakan Revolium Wave Reverse Version secara tidak konsisten.
- Dyna menembak gelombang tenaga kuning dari tangannya untuk menyerang musuh secara langsung.
- Reverse Version : Revolium Wave boleh menyerap serangan dalam sebuah perisai dan kemudian menembaknya semula. Apabila diperlukan, Ultraman Dyna boleh memilih untuk menggunakan perisai itu sahaja untuk melindungi dirinya daripada serangan. Ia juga telah dinamakan sebagai Revolium Wave Attack Version Zero secara tidak konsisten.
- Attack Version : Memiliki dua variasi lagi:
- Shining Judge : Dyna mengumpul sinaran matahari untuk mencipta kanta cahaya jingga dan menembak pancaran cahaya 330,000 darjah Celsius.
- Hand Shooter : Dyna boleh menembak pancaran tenaga biru dari lengannya.
- Beam Slicer : Dyna menembak pancaran pancaran elektrik biru dari sebelah tangannya.
- Fizikal
- Miracle Kick : Dyna boleh melompat dengan tinggi ke langit dan melakukan boleh melompat tinggi ke langit dan melakukan tendangan yang cukup kuat untuk menghasilkan percikan api. Digunakan pada Zombayu.
- Continuous Turning Kick : Dyna memutarkan dirinya sambil melancarkan tendangan berterusan. Digunakan pada Zombayu.
- Miracle Punch : Dyna boleh melancarkan tumbukan pantas kepada musuhnya. Digunakan pada Garaon.
- Miracle Chop : Dyna boleh melakukan cincangan menegak pantas. Walau bagaimanapun, ia jarang berkesan.
- Miracle Elbow : Dyna boleh melancarkan serangan siku yang kuat dari tenaganya yang terkumpul.
- Miracle Rocket Attack : Dyna boleh menyelubungi badannya dengan tenaga dan bertukar menjadi bola tenaga. Dia kemudian terbang terus menembusi lawannya, memusnahkan mereka serta-merta.
- Drill Spin Tactics : Dyna boleh menyepadukan dirinya dengan GUTS Eagle, jadi apabila Tornado Thunder ditembak, Dyna terbang terus ke arah sasaran. Digunakan pada Bazob.
- Miracle Rolling : Dyna boleh melakukan guling berkelajuan tinggi apabila dia bergolek sendiri.
- Dyna Rolling Attack : Dyna menyerang musuh semasa melakukan Miracle Rolling. Ia baik untuk susulan serangan lain.
- Pergerakan Berkelajuan Tinggi: Dyna boleh berlari dengan kelajuan yang membuta tuli untuk mengelirukan lawannya. Dia pernah melambung Giralen, namun Satan Lovemos dapat mengira pergerakannya dan menangkapnya.
- Lain-lain
- Nature Control : Dyna boleh mengawal mental alam seperti petir dan api, digunakan dalam episod 2 untuk memadamkan api yang dibuat oleh Giralen. Kemudian dalam episod 26, ia digunakan untuk menyerap tenaga matahari buatan untuk memperkasakan dirinya.
- Miracle Thunder Charge : Dyna menyerap tenaga elektrik daripada sumber seperti kilat, lalu kemudian dia melancarkannya dari tangannya.
- Ultra Through Eye : Dyna boleh melihat ke dalam tubuh badan musuh untuk mencari kelemahan mereka.
- Dyna Teleportation : Dyna dalam Miracle Type boleh teleport ke jarak jauh sesuka hati.
- Telekinesis: Ultraman Dyna menangkap musuh menggunakan telekinesis dan melemparkannya.
- Ultra Psychic : Selepas menyentuh batu di dahinya, Ultraman Dyna menjana gelombang psikik yang boleh menggantung dan mengangkat musuh tanpa gentar.
- Miracle Lifting Wave : Dyna mengangkat musuh dan memindahkan mereka ke lokasi lain.
- Ultra Magic : Dyna boleh menghasilkan tiga salinan dirinya dan menyerang musuh. Ia tidak diketahui jika ia boleh menggunakan serangan lain Dyna. Kebolehan ini jarang digunakan dan salinan-salinan itu akan hilang mengikut kehendak Dyna.
Strong Type
Strong Type ialah bentuk kekuatan Ultraman Dyna, walaupun dia tidak menggemarinya seperti Miracle Type miliknya. Bentuk ini tidak mempunyai kebolehan tenaga selain penghalangnya dan Gulnate Bomber, sebaliknya memfokuskan hampir sepenuhnya pada seni mempertahankan diri dan kekuatan. Bentuk ini membuat kemunculan sulungnya dalam episod 4.
- Statistik
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 5
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2.5
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 3
- Ketinggian Lompatan Maksimum: 800 meter ~ 3,000 meter
- Kekuatan Cengkaman: 90,000 tan (setara dengan berat manusia 90 kg)
- Teknik
- Khas
- Gulnate Bomber Shooting Version : Dyna melepaskan tenaga yang besar dari lengannya. Serangan ini akan merobek terus melalui badan lawan, selalunya meninggalkan lubang yang sempurna melalui mana-mana bahagian yang diserang. Sebagai alternatif, Dyna boleh mencipta penghalang sfera yang boleh menyerap bebola api musuh, yang kemudiannya dia melemparkannya semula ke arah mereka.
- Fizikal
- Vulcan Swing : Ultraman Dyna mencengkam ekor musuhnya dan berputar mencengkam ekor lawannya dan berpusing dengan halaju tinggi sebelum melepaskannya. Boleh memusnahkan raksasa dalam satu serangan.
- Gulnate Bomber Swing Version : Sebuah serangan yang tidak pernah digunakan di dalam siri, Dyna menangkap musuhnya di udara dan melakukan serangan berputar, menghentakkan kepala mereka ke tanah.
- Space Dynamite : Dyna memegang atas kepala lawannya, memutarkannya dan kemudian melontarnya tinggi ke langit. Dyna mula-mula menggunakannya pada Deathfacer selepas menumbuknya dengan Dy-Knuckle dan kemudian melemparkannya dengan sangat tinggi sehingga ia meletup.
- Throw Dynamite: Melemparkan musuh walaupun yang paling berat ke udara yang tinggi.
- Ultra Whipper : Dyna boleh mengangkat dan melontarkan musuh, walaupun dengan satu tangan.
- Ultra Lifter : Dyna mengangkat musuh dan mengangkatnya ke atas.
- Strong Crusher : Dyna mengangkat musuh ke udara sambil terbang, dan menghantar pukulan kepada mereka.
- Strong Punch : Apabila dalam Strong Type, Ultraman Dyna boleh menyalutkan penumbuknya dengan tenaga dan hancurkannya kepada pihak lawan. Mereka kemudian akan terbang kembali dan meletup jika cukup lemah daripada serangan sebelumnya.
- Dy-Knuckle : Dyna menyalut tumbukannya dengan api dan melancarkan tumbukan yang kuat.
- Cross Counter Punch : Dyna boleh menjana sejumlah besar tenaga dalam penumbuk kanannya dan melontarkannya, menyebabkan kerosakan yang besar.
- Strong Kick : Dyna boleh melancarkan tendangan yang sangat kuat.
- Ultra Heel Drop : Tendangan tumit yang kuat.
- Backward Kick : Dyna melakukan tendangan atas kepala kepada musuh.
- Strong Bomb : Dyna boleh melakukan tendangan terjun yang kuat kepada musuh.
- Bounce Shooter : Dyna membengkokkan kepala musuhnya dan membengkokkannya ke belakang.
- Dyna Tornado Attack : Dyna memutarkan dirinya lalu menggerudi dirinya ke arah musuh.
- Strong Scissors : Dyna melompat ke udara dan mendarat di belakang musuhnya.
- Cat Trick : Dyna melakukan tepukan kejutan yang kuat kepada musuh.
- Burst Lariat : Dyna mengumpulkan tenaga ke dalam tubuh badannya dan memecut ke hadapan untuk mencengkam bahagian tertentu badan lawan dan mencabutnya daripada mereka. Dia juga boleh menggunakan teknik ini untuk menyerang lawannya.
- Throw Dynamics: Jika dibenarkan, Ultraman Dyna boleh mengutip batu besar dan membalingnya dengan ketepatan yang luar biasa kepada musuh.
- Dyna Flick: Dyna boleh menjentik dua jarinya pada kepala raksasa, melepaskan denyutan elektrik biru dan menakutkan mereka.
Kebolehan Standard[]
- Triple Change : Berdasarkan pada Type Change Tiga, Dyna boleh sama ada bertukar menjadi Miracle Type atau Strong Type ketika pertempuran. Bagaimanapun tidak seperti Tiga, dia hanya boleh bertukar menjadi Type lain dan kembali kepada Flash sebanyak sekali setiap transformasi.[4] Dyna juga turut boleh bertukar bentuk melalui cara lain, seperti teknik Miracle Thunder Charge milik Miracle Type.
- Hand Slash : Dyna boleh menembak sambaran tenaga dan peluru dari tangannya.
- Ultra Barrier : Penghalang tenaga yang digunakan untuk mempertahankan dirinya daripada serangan musuh. Dyna mampu melemparkan penghalang semula ke arah musuh untuk membalas serangan mereka semula ke arah mereka.
Trivia[]
- Ultraman Dyna dianggap sebagai versi Ultraman Tiga yang lebih baharu disebabkan oleh keserupaan penampilan dan kebolehan mereka. Sebenarnya, ketika dia pertama kali muncul dia telah tersilap dianggap sebagai Tiga oleh sesetengah orang, bagaimanapun ahli pasukan GUTS sebelumnya serta-merta mengenalinya sebagai Ultra yang berbeza, dan beberapa yang lain, misalnya Mai.
- Seperti Tiga, Dyna juga memiliki nama cadangan yang dianggap teruk, seperti "Ultraman Gian" oleh Nakajima dan "Ultraman Super Deluxe" oleh Kariya.
- Dyna merupakan Ultra kanon pertama yang mempunyai bentuk berwarna biru.
- Ultraman Dyna merupakan Ultra kedua yang berkongsi pelakon suaranya dengan pelakon hos manusianya, Takeshi Tsuruno yang menyuarakan dengusannya dalam pertempuran. Ultra yang pertama ialah Ultraman Taro.
- Apabila Gondo Kihachi mengorbankan dirinya dan menjadi tenaga yang dipindahkan kepada Pemasa Warna Dyna dalam pertarungan menentang Zeluganoid, bunyi tenaga yang dipindahkan kepada Dyna itu digunakan semula dari bunyi Sparklence apabila ia berterbangan menjadi debu dalam episod terakhir siri Ultraman Tiga.
- Kesan bunyi Pemasa Warna Dyna dalam Ultraman Saga telah digunakan semula dari milik Ultraman Tiga.
- Sut-sut Dyna (Flash, Miracle dan Strong Type) telah digunakan semula untuk semua Gergasi Cahaya Ultra Purba dalam imbas kembali dalam Ultraman Tiga: The Final Odyssey.
- Ramai peminat mempercayai bahawa dengusan "Shuah" yang dihasilkan oleh Dyna apabila dia terbang setiap selepas pertempuran diinsipirasikan dari milik Ultraman 80 memandangkan Takeshi Tsuruno, pelakon suara Ultraman Dyna dan pelakon Shin Asuka, berkata bahawa Ultraman 80 merupakan Pahlawan Ultra kegemarannya.
- Seperti peranan lain yang disuarakan oleh Bradford Hill dalam alih suara Bahasa Inggeris (Astra dan Hayato Kijima), Dyna juga dipaparkan dalam saluran Vimeo miliknya yang memaparkan peranan alih suara watak-wataknya.























































































![DynaFlashToStrongNoArms.gif (8.1 MB) Triple Change [Flash Type kepada Strong Type (tanpa lengan)]](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/9/9e/DynaFlashToStrongNoArms.gif/revision/latest/scale-to-width-down/185?cb=20240809145219&path-prefix=ms)










