Ultraman Wiki

Ultraman Dyna: The Return of Hanejiro (ウルトラマンダイナ 帰ってきたハネジロー, Urutoraman Daina Kaettekita Hanejirō) ialah sebuah khas secara terus ke video tahun 2001 yang berlatar semasa peristiwa dalam siri Ultraman Dyna.

Produksi[]

Karya ini merupakan ansuran kedua dalam siri khas langsung-ke-video tahun 2001 yang berasaskan siri TDG. Jalan ceritanya berfungsi sebagai kesinambungan kepada episod 47 siri Ultraman Dyna episode 47 "Selamat Tinggal Hanejiro", dan berlatar sebelum trilogi akhir siri tersebut.

Seperti yang ditunjukkan dalam subtajuknya, kisah ini memfokuskan kepada kepulangan Hanejiro dan menampilkan skrip yang ditulis oleh Hideyuki Kawakami. Naratifnya bersilang dengan Alien Miji ciptaan Kawakami, menghasilkan plot yang berlapis. Selain itu, watak-watak dari siri TV Tsuburaya Productions yang lain, Booska! Booska!!, turut membuat kemunculan dalam filem ini.

Apabila penghasilan Ultraman Tiga Side Story: Revival of the Ancient Giant disahkan, presiden Tsuburaya Productions, Kazuo Tsuburaya, mencadangkan projek video asal untuk Ultraman Dyna dan Ultraman Gaia juga dibangunkan. Susulan itu, penerbit Nobuyuki Koyama mendekati Masaki Harada, yang sebelum ini pernah mengarahkan beberapa episod siri TV, untuk mengarahkan naskhah ini. Harada menerima tawaran tersebut dengan penuh semangat, dan produksi berjalan lancar. Konsep awalnya adalah menjadikannya sebagai sekuel kepada episod akhir siri, menggambarkan kembalinya Asuka ke dunianya dengan bantuan Hanejiro selepas hilang ke dalam dimensi lain. Namun, bagi menghormati keutuhan penamat asal siri, jalan ceritanya sebaliknya diletakkan selepas episod 47.[4]

Disebabkan konflik jadual dengan para pelakon, walaupun ketujuh-tujuh ahli Super GUTS kembali untuk produksi ini, hanya terdapat dua adegan di mana keseluruhan pasukan muncul bersama. Pakaian seragam pasukan yang digunakan dalam filem ini sebenarnya adalah kostum yang telah diberikan kepada para pelakon sebagai kenang-kenangan selepas siri TV tamat.[4]

Pengarah Tsugumi Kitaura, yang sebelum ini mengarahkan episod yang menampilkan Alien Miji dalam siri TV, pada asalnya merancang untuk membuat kemunculan cameo tetapi tidak dapat menyertainya. Sebagai gantinya, Ryuichi Ichino, yang pernah bekerja dalam Booska! Booska!!, membuat kemunculan khas dalam tempatnya.[4]

Sinopsis[]

Sejak Hanejiro berangkat ke angkasa, pada suatu hari… muncul seekor raksasa bernama Arwon, yang mampu menyerap segala serangan, menyebabkan huru-hara di bandar. Di tengah-tengah orang ramai yang melarikan diri, kelibat Alien Miji tiba-tiba muncul! Super GUTS segera mengejar mereka tanpa henti. Namun, satu e-mel misteri dihantar kepada mereka, mendedahkan lokasi Alien Miji. Pengirimnya tidak lain tidak bukan ialah Hanejiro, yang telah kembali ke Bumi untuk memberi amaran tentang bahaya yang bakal menimpa planet ini.

Dalang di sebalik kejadian ini, Alien Dehadoh, telah menghantar raksasa senjata pencerobohan gabungan, One-Z, yang akhirnya berjaya menangkap Ultraman Dyna. Hukuman mati Dyna dijadualkan pada keesokan paginya! Dalam keadaan yang terdesak, Super GUTS merancang strategi yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Mereka akan bekerjasama dengan Alien Miji untuk menewaskan One-Z. Demi menyelamatkan Dyna, Hanejiro turut berlepas dengan senjata rahsia milik Alien Miji!

Kemunculan[]

Ultra[]

Kaiju[]

  • Hanejiro
  • Alien Miji
  • Pochi Garaon
  • Booska
  • Kamosuke
  • Casa Madara
  • Arwon
  • Alien Dehadoh (Disebut)
  • Alien Fabiras (Hologram)
  • One-Z

Pelakon[]

  • Shin Asuka (アスカ・シン, Asuka Shin): Takeshi Tsuruno (つるの 剛士, Tsuruno Takeshi)
  • Gousuke Hibiki (ヒビキ・ゴウスケ, Hibiki Gōsuke): Ryo Kinomoto (木之元 亮, Kinomoto Ryō)
  • Toshiyuki Kohda (コウダ・トシユキ, Kōda Toshiyuki): Toshikazu Fukawa (布川 敏和, Fukawa Toshikazu)
  • Ryo Yumimura (ユミムラ・リョウ, Yumimura Ryō): Risa Saito (斉藤 りさ, Saitō Risa)
  • Kouhei Kariya (カリヤ・コウヘイ, Kariya Kōhei): Takao Kase (加瀬 尊朗, Kase Takao)
  • Tsutomu Nakajima (ナカジマ・ツトム, Nakajima Tsutomu): Joe Onodera (小野寺 丈, Onodera Jō)
  • Mai Midorikawa (ミドリカワ・マイ, Midorikawa Mai): Mariya Yamada (山田 まりや, Yamada Mariya)
  • Saeko Shiina (シイナ・サエコ, Shiina Saeko): Yasumi Maezawa (前沢 保美, Maezawa Yasumi)

Pelakon jemputan[]

  • Miji Dolchenko (ミジー・ドルチェンコ , Mijī Doruchenko): Kinzou Sakura (桜 金造, Sakura Kinzō)
  • Miji Udochenko (ミジー・ウドチェンコ, Mijī Udochenko): Shinichi Satou (佐藤 信一, Satō Shinichi)
  • Miji Kamachenko ( ミジー・カマチェンコ, Mijī Kamachenko): Osamu Nakajima (中島 修, Nakajima Osamu)
  • Android Perempuan: Asami Sawaki (沢木 麻美, Sawaki Asami)
  • Shimizu (清水): Kazuya Shimizu (清水 一哉, Shimizu Kazuya)
  • Daisaku Tonda (屯田 大作, Tonda Daisaku): Yukio Masuda (増田 由紀夫, Masuda Yukio)
  • Taemi Tonda (屯田 妙実, Tonda Taemi): Kumi Seo (瀬尾 久美, Seo Kumi)
  • Mayumi Shinjoh (シンジョウ・マユミ, Shinjō Mayumi): Kei Ishibashi (石橋 けい, Ishibashi Kei)
  • Tsukkun (つっくん): Makoto Kamijo (上條 誠, Kamijō Makoto)
  • Juruhebah (アナウンサー, Annaunsā): Yumi Yunoki (柚木 佑美, Yunoki Yumi)

Pelakon suara[]

  • Booska (ブースカ, Būsuka): Yasuhiro Takato (高戸 靖広, Takato Yasuhiro)
  • Kamosuke (カモスケ): Miki Fujitani (藤谷 みき, Fujitani Miki)
  • Hanejiro (ハネジロー, Hanejirō): Junko Aoki (青木 順子, Aoki Junko)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Dyna (ウルトラマンダイナ, Urutoraman Daina):
    • Koji Nakamura (中村 浩二, Nakamura Kōji)
    • Kazuya Shimizu (清水 一哉, Shimizu Kazuya)
  • Arwon (アーウォン, Āuon): Eiji Mori (森 英二, Mori Eiji)
  • One-Z (ワンゼット, Wanzetto): Toshio Miyake (三宅 敏夫, Miyake Toshio)
  • Booska (ブースカ, Būsuka): Kazunori Yokoo (横尾 和則, Yokoo Kazunori)
  • Kamosuke (カモスケ): Tomohiro Nagata (永田 朋裕, Nagata Tomohiro)

Kakitangan[]

  • Pengarah dan Pengarah Kesan Khas: Masaki Harada
  • Penulis Skrip: Hideyuki Kawakami
  • Penerbit Eksekutif: Kazuo Tsuburaya
  • Penyelia: Koichi Takano
  • Perancang: Kazuho Mitsuta, Kazumi Kawashiro (Bandai Visual)
  • Penerbit: Nobuyuki Koyama, Satoshi Kono (Bandai Visual)
  • Sokongan Kesusasteraan: Naoyuki Eto
  • Reka Bentuk Seni: Ken Koide, Yuji Terai
  • Penerbit Muzik: Shizuka Tamagawa
  • Muzik: Tatsumi Yano
  • Sinematografi: Takehiro Kuramochi
  • Pencahayaan: Saifu Sato
  • Penolong Pengarah: Hitoshi Ishikawa, Yoshiaki Kondo
  • Rakaman Bunyi: Shoji Hosoi
  • Kesan Praktikal: Izumi Negishi
  • Koreografer Aksi: Nobutoshi Takahashi
  • Papan Imej dan Pereka: Kenji Hashizume
  • Penyunting: Tomiyo Ohashi
  • Penyelia VFX: Sadami Tashiro
  • Penolong Penerbit: Yukiko Omote, Hitoshi Takano (Bandai Visual)
  • Diterbitkan oleh: Tsuburaya Productions, Bandai Visual

Muzik[]

Tema Pembukaan
  • Ultraman Dyna (ウルトラマンダイナ, Urutoraman Daina)
    • Lirik: Goro Matsui
    • Komposisi: Kisaburo Suzuki
    • Penyusunan: Tatsumi Yano
    • Artis: Tatsuya Maeda
Tema Penutup
  • Kimi Dake o Mamoritai (君だけを守りたい, secara literal "Hanya Kamu yang Ingin Ku Lindungi") (versi normal)
    • Lirik, Komposisi: Toshihiko Takamizawa
    • Penyusunan: Akira Inoue
    • Artis: Fumiaki Nakajima
  • ULTRA HIGH (versi lengkap)
    • Lirik, Komposisi, Penyusunan: LAZY
    • Artis: LAZY

Media Rumah[]

The Return of Hanejiro telah dikeluarkan dalam format VHS, DVD dan Blu-ray, kecuali dalam set DVD Memorial Box.

  • VHS bagi The Return of Hanejiro telah dikeluarkan pada 25 Februari 2001.
  • DVD pula telah dikeluarkan pada 25 Jun 2001.
  • "Edisi Lengkap" bagi DTV ini, yang mengandungi rakaman di sebalik tabir dan adegan yang belum pernah dilihat sebelum ini, telah dikeluarkan pada 26 November 2004.
  • Set "Tiga/Dyna/Gaia Memorial Box The Final" yang dikeluarkan pada 26 November 2007 disertakan dengan versi Edisi Lengkap bagi DTV ini.
  • Set "Ultraman Dyna Complete Blu-ray BOX" yang dikeluarkan pada 25 September 2015 disertakan dengan versi Edisi Lengkap bagi DTV ini.[5]

Lain-lain[]

  • Filem ini juga dikeluarkan di Malaysia oleh Speedy Video dengan tajuk "The Return of Hanejiro", keluaran ini turut disertakan dengan dua alih suara tambahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris Malaysia. Versi yang digunakan dalam keluaran ini adalah versi asal tahun 2001.
  • Mill Creek menyertakannya dalam set kotak Ultraman Dyna yang dikeluarkan pada 16 November 2021.[6]


Galeri[]

Trivia[]

  • Prop Lieflasher yang digunakan untuk penggambaran kisah sampingan ini sebenarnya merupakan produk mainan Bandai DX Lieflasher.
  • Filem khas ini telah ditambahkan ke TSUBURAYA IMAGINATION pada 6 September 2022,[7] dan eksklusif untuk pengguna premium sehingga 1 November.[8]

Kesilapan[]

  • Walaupun kisah khas ini berlangsung antara "Farewell Hanejiro" dan "Ndamoshite X", rambut Mai kelihatan lebih panjang. Ini disebabkan penggambaran dilakukan tiga tahun selepas siri asal tamat, di mana rambut Mariya Yamada telah pun memanjang pada waktu kisah sampingan ini dirakam.

Rujukan[]

Produksi
Siri Showa Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80
Siri Heisei Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B
Siri Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc | Ultraman Omega
Di Luar Jepun Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising
Original Video dan TV Special Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone
Filem Showa Ultraman: Monster Movie Feature | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story
Filem Heisei Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Superior 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie
Filem Reiwa Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie | Ultraman Arc The Movie
Filem Pendek Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Mirrorman Pilot Film | Ultra Q No.29: Darkness is Coming! | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman Neos Pilot | Ultraman Tiga 〜To the Children of Light〜 | Fierce Battle! Ultraman Takamiy | ULTRAMAN_n/a | Ultraseven IF Story
Sempalan Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | The Ultra Q Club | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero VS Darklops Zero | Q -Door to Another Dimension- | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | SKaRD Break Room
Drama dan Dokudrama Fly in the Sea Breeze!! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | Superhuman Detective Shuwatch | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to Be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen
Siri Pengulangan Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars
Siri dan Filem Lain Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Scat of Single | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wrestling Star Aztecaser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Our Baseball Detective Team | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight
Anime The☆Ultraman | Ultraman Kids (Pleasant Friends of Planet M7.8, Proverb Stories, 30 Million Light-Years) | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2 | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE
Dokumentari dan Siri Informasi The Father of Ultra Q | Ultra Information Station | Ultra's Cradle | Ultra Heroine Legend (From Anne to Seven, Contest of Goddesses) | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman The Prime | Return of Izenborg | ULTRAMAN ARCHIVES | Takaya's Room | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Tomokazu Seki's ULTRA CLUB | Ultra Construction Tour | Ultra Information Center | Ultraseven Legend | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultraman 4K Discovery | Ul-Katsu Life | THE ORIGIN OF ULTRAMAN
Kandungan Terlarang Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman