Ultraman Dinas merupakan seorang Ultra serba keunguan yang muncul dalam Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond. Dia sebenarnya ialah Ultraman Decker yang kuasanya berada pada tahap yang tidak lengkap.
Konsep[]
Menurut Masayoshi Takesue, identiti sebenar Dinas sebagai bentuk terendah Decker boleh dibandingkan dengan keadaan Ultraman Nexus Anphans kepada Junis. Ini dikatakan adalah sebab kenapa Dinas tidak memiliki corak angkasa lepas di Pemasa Warnanya dan ketiadaan warna emas adalah untuk menekankan ketidakmatangan Ultra itu.[1]
Reka bentuk[]
Ultraman Dinas direka sebagai penyederhanaan Decker oleh Takahiko Waki. Dinas sudahpun diniatkan sebagai Ultra lelaki sejak dari peringkat awal rekaan, tetapi keputusan untuk memberikannya hos perempuan merupakan tambahan di saat akhir. Warna ungu pada Dinas diambil kira berdasarkan dua faktor:
- Dia mewarisi beberapa ciri Ultraman Saga dengan cara yang serupa kepada Mode Change Ultraman Zero kepada Strong-Corona dan Luna-Miracle Mode.
- Ia juga adalah kesan lebihan daripada Ultraman Cosmos Space Corona Mode.
Namun, pada akhirnya, Waki menolak kedua-dua teori tersebut sebagai teori peribadinya sendiri dan tiada lebih dari itu.[1]
Sejarah[]
Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond[]
Setelah Ultraman Dyna menuju ke Planet Ravie untuk menentang makhluk asing Gibellus yang menceroboh, dia memberikan cahayanya kepada seorang gadis bernama Dinas untuk menghidupkannya semula. Keinginan Dinas yang kuat untuk melindungi yang lain bereaksi dengan cahaya Dyna, lalu mengubahnya menjadi. Ultraman Dinas. Menggunakan kuasa barunya itu, Dinas merentasi alam semesta untuk menentang Gibellus yang diinspirasi dari keazaman Dyna. Dia juga akhirnya mendapat tahu tentang Ultraman Decker yang bertarung menentang Sphere di Bumi.
Dinas juga akhirnya pergi ke Bumi itu sendiri apabila dia mendapat tahu rancangan Gibellus untuk menceroboh planet itu, menentang makhluk asing habis-habisan dan bertukar menjadi Ultraman Dinas untuk melangsungkan pertarungan menentang King Joe dengan bantuan daripada GUTS-Select, dan akhirnya memusnahkan robot musuh itu dengan menggunakan kuasa Zetton melalui Mons Dimension Card miliknya. Mereka kemudiannya terperangkap dalam medan angkasa yang dibuka oleh Gibellus di mana Dinas berhempas-pulas bertarung menentang Alien Icarus, tetapi akhirnya berjaya menewaskannya. Setelah itu, Dinas berhadapan dengan Gigalogaiser yang kemudiannya menewaskan Dinas dan GUTS-Select sehingga menimbulkan kemarahannya apabila melihat Kanata Asumi dibunuh di dalam Terraphaser. Akhirnya, Dinas gagal untuk menewaskan Gigalogaiser setelah ia bergabung dengan kapal Gibellus, Zorgaus maka menghasilkan Zor-Gigalogaiser.
Menyerahkan kuasa cahayanya untuk menghidupkan Kanata, Ultra Dimension Card milik Dinas bersatu dengan Dimension Card yang dimiliki oleh ahli GUTS-Select, menghasilkan kad Ultraman Decker yang cahayanya menghidupkan semula Kanata, membolehkannya untuk bertukar menjadi Decker sekali lagi. Maka Ultraman Dinas tidak lagi wujud. Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond
Profil[]

Disebabkan sifat Ravian sebagai makhluk asing yang hidup dengan aman-damai, Dinas secara default adalah seorang pejuang yang tidak cekap, oleh itu dia bergantung pada kuasa para raksasa untuk menebus kekurangannya dalam pertempuran tanpa senjata.
Statistik[]
- Ketinggian: 55 meter
- Berat badan: 45,000 tan
Ciri-ciri Tubuh[]
- Pemasa Warna: Pemasa Warna berbentuk ganjil yang terletak di sebelah kiri dadanya. Ia sentiasa bersinar berwarna merah.
- Protector: Pelindung yang menutupi dadanya. Ia muncul sebagai versi ringkasan yang dimiliki Decker dalam Flash Type menerusi hingga bahu kirinya.
- Kristal Cahaya: Kristal yang bercahaya di dahinya.
Transformasi[]
Dinas menyeru Ultra D Flasher dan memasukkan Dimension Card miliknya ke dalam bahagian tengah peranti itu. Sambil menariknya ke hadapan mukanya, dia menjerit namanya dan bertukar menjadi Ultraman Dinas.
Teknik[]
- Kebolehan Raksasa: Dengan proksi hosnya mengimbas Mons Dimension Card, Dinas boleh menggunakan kuasa mereka ke dalam dirinya sendiri.
- Dinalize Burns [2] Melalui kuasa Zetton, Dinas boleh menembak serangan bebola api raksasa dengan pantas. :
- Dinalize Thunder Eleking, Dinas boleh melepaskan gelombang elektrik ke arah sasarannya. : Melalui kuasa
- Supersonic Crusher Tail Kelbim, Dinas mencipta salinan tenaga merah ekor Kelbim untuk menewaskan lawannya sehingga tunduk. : Melalui kuasa
- Fiery Heel Drop: Dengan menggabungkan 1 Trillion Degree Fireball milik Zetton dan Ballistic Exclusive Spit milik Kelbim, Dinas mengecas kakinya untuk melancarkan serangan berapi.
Barang dagangan[]
- Lihat juga: Ultraman Decker (watak)/Barang dagangan#Ultra Hero Series (2016)

- Ultraman Dinas (2023)
- Tarikh Pengeluaran: 4 Mac 2023
- Nombor ID: EX
- Harga: 600 yen
- JAN/ISBN: 4549660872573
- Bahan: PVC
- Ultra Hero Series Ultraman Dinas ialah figura vinil lembut 14cm dengan 3 titik artikulasi pada lengan dan pinggang. Diacu dalam plastik vinil lembut berwarna ungu, Dinas menampilkan perak sebagai warna utamanya, beberapa warna krim (mata), ungu metalik (dahi) dan merah metalik (Pemasa Warna). Seperti kebanyakan figura UHS 2016, beberapa bahagian catnya tidak diaplikasikan.
Trivia[]
Walaupun Takesue membandingkan Dinas dengan Nexus Anphans, situasi sebenar Dinas lebih cenderung kepada kes Ultraman the Next sebelum peralihannya kepada Ultraman Nexus.
Rujukan[]
- ↑ 1.0 1.1 円谷造形探訪-『ウルトラマンデッカー』ウルトラマンディナス編-
- ↑ https://ogre.natalie.mu/media/news/eiga/2023/0120/ultramandecker202301_05.jpg?imwidth=750&imdensity=1