"Kita akan selamatkannya [dunia] atau mati mencuba. Itulah sebab kenapa kita diberi peluang kedua."
- ―Chuck Gavin, Ultraman: The Adventure Begins
Ultraman Chuck merupakan seorang ahli tertua dan pemimpin dalam pasukan Ultra Force. Dia telah bergabung dengan seorang juruterbang aksi, Chuck Gavin setelah ketibaannya di Bumi dan menyebabkan tiga juruterbang terhempas. Sementara dia tidak berpeluang untuk menentang kedua-dua Green Shocks dan Garuballade, Ultraman Chuck telah datang untuk membantu Zoon ketika ia diserang oleh National Guard.
Sejarah[]
Ultraman: The Adventure Begins[]
Ultraman Chuck tiba bersama ahli Ultra Force yang lain ketika berlakunya kemalangan Flying Angels dan telah bergabung dengan Chuck Gavin, iaitu ketua kumpulan Flying Angels.
Selepas kemalangan itu, Ultraman Chuck terbaring dan tidak aktif di dalam badan Gavin sehingga Ultra Force menangani raksasa Sorkin, Zoon. Setelah menyedari Zoon tidak berbahaya, pesawat Gavin telah dirosakkan secara tidak sengaja disebabkan oleh sayap Zoon. Setelah hilang kawalan untuk mengawal pesawatnya, Gavin bertukar menjadi Ultraman Chuck untuk pertama kalinya. Dia kemudian menyelamatkan Zoon dari National Guard, lalu menghantar raksasa itu ke sebuah planet yang sesuai di mana Zoon dapat menjalani sisa kehidupannya dengan tenang. Bagaimanapun, tindakan ini dipandang sebagai pengkhianatan oleh pengawal, dan para pahlawan itu diserang dengan peluru berpandu jarak jauh.
Dengan pasukan Ultra Force dipercayai telah terkorban, seolah-olah tidak ada yang akan datang untuk membantu pertarungan menentang King Myron di New York. Tetapi apapun, tiga wira itu akhirnya tiba di medan pertempuran. Setelah makhluk itu menjatuhkan pesawat, tiga Ultra itu mula menghadapinya. Walaupun dengan kuasa mereka, mereka telah ditandingi dan dilemahkan oleh makhluk itu. Dengan mereka mula kehabisan tenaga, King Myra terus menyebabkan huru-hara di New York City. Bagaimanapun, ibu kapal pasukan Ultra Force telah datang untuk mengisi semula tenaga kepada pasukan adiwira itu. Dengan kekuatan baru dan rancangan baru, ketiga-tiga mereka telah berjaya menghalau makhluk itu semula. Ia cuba untuk melarikan diri, tetapi telah dihentikan oleh Ultra Spout Ultrawoman Beth dan kemudian ditangkap oleh buih tenaga Chuck. Ia menyerang dengan tentakelnya, tetapi ketiga-tiga mereka hanya menggunakannya sebagai tali untuk menarik makhluk yang mengamuk itu di sepanjang perjalanan. Dalam beberapa minit, mereka tiba di destinasi mereka iaitu matahari. Mereka mencampaknya ke dalam bintang itu, dan memusnahkannya. Bagaimanapun, lebih banyak ancaman raksasa mungkin akan muncul pada bila-bila masa, maka ketiga-tiga wira itu telah ditunaikan permintaan mereka untuk kekal tinggal di Bumi. Ultraman: The Adventure Begins
Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]
Chuck bertarung dengan Belial tetapi dia telah ditewaskan sebelum akhirnya membeku bersama Pahlawan Ultra lain. Apapun, dia kemudian telah dipulihkan semula setelah Ultraman Zero mengembalikan Plasma Spark ke tempat asalnya dan di akhir filem, dia dilihat sedang mendengar ucapan Ultraman King. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie
Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]
TBA Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire
Ultraman Ginga[]
Sebelum siri TV Ultraman Ginga, Ultraman Chuck telah mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia bukan sahaja bertarung bersama Ultra Force, tetapi juga bersama dengan para Ultra yang datang dari pelbagai alam semesta lain dan sekutu-sekutu mereka untuk menentang ancaman-ancaman jahat. Di pertengahan peperangan itu, Dark Lugiel muncul dan mengubah setiap Ultra serta sekutu mereka, raksasa dan alien menjadi Spark Doll. Sebaik sahaja peperangan itu tamat, seorang pahlawan misteri muncul dan berhadapan dengan Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga telah bertukar menjadi Spark Doll tetapi ia disimpan di dalam perantinya. Ia tidak diketahui jika Spark Doll Chuck jatuh ke Bumi atau berada di dalam koleksi Dark Lugiel. Bandar Bintang Jatuh
Profil[]
Statistik[1][2][3][]
- Ketinggian: Mikro ~ 79 meter
- Berat badan : 0 ~ 68,000 tan
- Umur: 14,000 tahun
- Tempat asal: Planet Altara di Nebula M78
- Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 22
- Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 6
- Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 2
- Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 1
- Ketinggian Melompat Maksimum: 1,300 meter
- Kekuatan Lengan: 220,000 tan
- Kekuatan Cengkaman: 95,000 tan
Transformasi[]
Tidak seperti kebanyakan Ultra, Chuck bertukar melalui keinginannya. Pada mulanya, dia perlu berada dalam bahaya untuk bertukar, tetapi setelah daripada itu dia boleh bertukar mengikut keinginannya apabila kedua-dua matanya bercahaya.
Kebolehan[]
- Penerbangan: Seperti semua Ultra, Chuck juga boleh terbang.
- Sfera Perjalanan: Pasukan Ultra Force melintasi ruang angkasa dan pergi Earth pergi ke Bumi dalam Sfera Perjalanan yang berbentuk bebola cahaya.
Teknik[]
Khas[]
- Granium Beam : Pancaran tenaga klasik yang dikongsi oleh ketiga-tiga Ultra.
- Ultra Bubble Beam : Sebuah pancaran tenaga yang menghasilkan buih di persekitaran raksasa untuk memindahkan mereka ke angkasa.
Gabungan[]
- Ultra Synchro Beam : Ketiga-tiga ahli Ultra Force menembak Granium Beam masing-masing dan menggabungkan kuasa itu menjadi satu aliran tenaga.
Galeri[]
Trivia[]
- Meskipun tidak berumur 40,000 tahun, Chuck dilihat memiliki buluan muka.
- Chuck memiliki Star Mark.
- Ketiga-tiga Ultra direka bentuk oleh Keita Amemiya iaitu pencipta siri Garo yang telah menggabungkan elemen-elemen Ultra zaman Showa sebelumnya. Ultraman Chuck direka berdasarkan gabungan antara Zoffy dan Ultraman King.
- Chuck merupakan Ultra pertama yang tidak berpangkat yang memiliki buluan muka, dengan yang kedua ialah Motto.