Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement

"Saya takkan hapuskan awak. Awak berdirilah di situ dan saksikan Negeri Cahaya ni musnah. Selamat tinggal."

―Ultraman Belial kepada Bapa Ultra selepas dia mengambil Plasma Spark


Ultraman Belial (ウルトラマンベリアル, Urutoraman Beriaru) ialah seorang Ultraman jahat yang berasal dari Negeri Cahaya yang terkenal sebagai musuh ketat Ultraman Zero dan bapa kepada Ultraman Geed. Dia pernah menjadi pejuang hebat yang mengambil bahagian dalam Perang Ultimate, tetapi sifat sombong dan tamaknya telah menguasai dirinya. Ini akhirnya menyebabkan dia melakukan jenayah berat iaitu cubaan mencuri Plasma Spark yang mengakibatkan dia diusir dari negeri itu. Dalam keadaan tercedera, Belial telah didekati dan diubah menjadi Reionics oleh Alien Reiblood yang memalingkannya kepada kegelapan selama-lamanya.

Gelaran:

  • Kaiser Belial: Maharaja Galaksi (銀河大帝, Ginga Taitei)
  • Arch Belial: Maharaja Galaksi Hebat (超銀河大帝, Chō Ginga Taitei)
  • Kaiser Darkness: Maharaja Gelap Hebat (暗黒大皇帝, Ankoku Dai Kōtei)
  • Chimeraberus: Raksasa Gabungan Belial (ベリアル融合獣, Beriaru Yūgō-jū)

Konsep[]

Etimologi[]

Belial dinamakan sempena salah satu tujuh putera neraka. Nama Belial juga merupakan nama yang digunakan untuk syaitan, yang bermaksud keuntungan yang rosak.

Reka bentuk[]

Motif Belial ialah ikan yu manakala warnaan badannya diilhamkan daripada lava.

Personaliti[]

"Jangan cakap macam awak faham!"

―Belial menafikan kata-kata Geed

Ciri perwatakan Belial yang paling ketara ialah ketamakan dan kesombongannya. Dia tidak mahu berkongsi kuasa dan selalunya akan membunuh atau sebaliknya menyingkirkan mereka yang cuba memerintahnya. Malah, di sebalik kepentingan tentera raksasanya yang ada padanya, Belial tidak begitu mengambil berat terhadap pengikutnya dan bahkan mengkhianati dan membunuh beberapa daripada mereka hanya untuk meyakinkan Rei untuk menyertainya. Akhirnya, ia boleh dikatakan bahawa keinginan utama Belial adalah untuk menjadi lebih berkuasa, dan dia tidak lebih menggunakan sekutunya sebagai jalan untuk mencapai matlamatnya itu, seraya memusnahkan atau sebaliknya melupuskan mereka apabila mereka sudah tidak berguna untuknya.

Bagaimanapun dalam siri Geed, dia nampaknya mempunyai rasa pengiktirafan terhadap anaknya sendiri walaupun terdapat perbezaan dalam penjajaran mereka dengan cara yang sama seperti kebanyakan ibu bapa. Setelah melihat ke dalam fikirannya semasa pertempuran terakhir mereka, Geed menyatakan bahawa Belial bukan sahaja dipenuhi dengan kemarahan atas pengusirannya, tetapi juga kesedihan, yang mana menyiratkan bahawa jauh di lubuk hati Belial sedih dengan pengusirannya tetapi tidak pernah mahu mengakuinya, mahupun hakikat bahawa tindakannya sendiri yang menyebabkan perkara itu berlaku. Geed juga menyatakan bahawa Belial sebenarnya penat dengan kebangkitannya yang tidak terkira banyaknya tetapi terlalu termakan oleh kebenciannya untuk tidak pernah melepaskannya. Belial sendiri tidak menyangkal idea ini dan hanya menyatakan kemarahan pada idea itu yang Geed dapat memahami kemurungan yang dialaminya.

Sejarah[]

Masa lalu[]

"Dalam pada itu, ada salah seorang dari kami... Dia Ultra hebat, muda dan kuat. Malah dia bercita-cita tinggi. Dalam niat dia untuk dapatkan kuasa lebih kuat, dia cuba dapatkan kuasa dari Plasma Spark. Tapi kuasa itu terlalu kuat, dia tak mampu nak tanggung. Dia telah dikeluarkan dari Negeri Cahaya. Betul tu, masa itulah Wira Ultra gelap terjadi, iaitu Belial."

―Narasi Mirai Hibino

"Kuasa... Saya nak kuasa! Saya akan mengatasi mereka yang pandang rendah pada saya!"

―Monolog Belial pada masa lalunya

Pada zaman purba dahulu, Ultraman Belial merupakan seorang Pahlawan Ultra yang hebat dan seorang rakan seperjuangan kepada Ultraman Ken. Kedua-dua mereka berganding bahu dalam Perang Ultimate menentang Alien Empera, yang mengagumkan Belial dengan kuasanya. Belial terserempak dengan Ultrawoman Marie ketika peperangan itu dan berhasrat untuk bersamanya setelah peperangan berakhir, dan telah menyaksikan bagaimana Ken mengusir Empera menggunakan Pedang Ultimate. Selepas itu, apabila Ken dinaikkan ke pangkat Komander Tertinggi Pasukan Pertahanan Antara Galaksi dan bukannya dirinya, Belial secara mental telah hancur kebanggaannya dan akhirnya memutuskan untuk mengambil tenaga dari Plasma Spark untuk mendapatkan lebih banyak kuasa. Apabila dia mempunyai peluang, dia pergi ke Menara Plasma Spark dan sikit lagi hampir mengambil kuasa Plasma Spark, tetapi teras Plasma Spark itu memancarkan cahaya yang terlalu kuat untuk dipegang olehnya, dia mula menjerit dalam kesakitan kerana kuasa cahaya Plasma Spark itu. Pasukan Pertahanan Antara Galaksi menangkapnya dan dia telah diusir dari Negeri Cahaya atas tindakannya yang melanggar peraturan keselamatan tertinggi di planet itu.

Dia akhirnya mendarat di planet yang mirip dengan bulan, di mana Alien Reiblood muncul dan menjadikan Pahlawan Ultra itu menjadi Reionics dengan bergabung dengannya. Diberikan Giga Battlenizer dan tenteranya sebanyak 100 raksasa, dia menyerang Negeri Cahaya untuk membalas dendam. Sepanjang masa dia menerima galakan daripada Reiblood untuk memusnahkan semua Ultra untuk selamanya. Mengalahkan Zoffy, Marie dan Ken, Ultraman King muncul lalu membuat penjelasan bahawa Belial tidak menghormati Negeri Cahaya, dan menyegelnya di penjara ruang angkasa yang baru dibentuk yang telah menjadi bulan Negeri Cahaya. Ultraman King kemudian menyegel Giga Battlenizer di Lembah Api.

Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]

"Wira Ultra gelap yang dikunci selama bertahun-tahun, dia akan melayani saya dengan baik! [...] Belial! Ultraman Belial! Bayangan yang tinggal di Negeri Cahaya, mari menakluki alam semesta ini bersama saya! Ini, diambil dari Lembah Api, Giga Battlenizer! Ambillah! (Belial mengambil Giga Battlenizer) Saya telah melakukannya! Alam semesta ini milik kita!"

―Alien Zarab sebelum kematiannya

Bertahun-tahun kemudian, dia dibebaskan oleh seorang Alien Zarab yang memberikannya semula Giga Battlenizer dengan harapan mereka akan membentuk satu pasukan. Sebaliknya, Belial dengan pantas membunuh Zarab, dan diserang oleh Ultraman Taro dan sekumpulan Pahlawan Ultra. Mengalahkan semua Ultra kecuali Taro, kedua-dua mereka terhempas ke arah Negeri Cahaya. Selepas mencampakkan Taro yang telah dikalahkan, dia mula menyerang Ultraman lain. Semasa berlawan dan mengalahkan hampir semua wira Ultra, dia memasuki ke dalam Menara Plasma Spark, menumpaskan pancaran terakhir beberapa Ultra dan mula bertarung dengan Bapa Ultra. Bapa Ultra pada mulanya hampir mengalahkan Belial, tetapi Belial menyerangnya dengan Giga Battlenizer pada parut lamanya yang diakibatkan oleh pertarungan dengan Alien Empera, menyakitkannya dan mengalahkannya, dan kemudian Ibu Ultra pula menyerangnya tetapi Belial menahan serangannya dan turut mengalahkannya. Belial kira-kira hampir membunuh kedua-dua Ken dan Marie, tetapi apabila dia melepaskan pancarannya, Taro muncul dan mempertaruhkan nyawanya demi untuk melindungi ibu bapanya. Namun, Belial tidak membunuh mereka, sebaliknya mengambil Plasma Spark dan meninggalkan planet tersebut dalam keadaan yang gelap, sehingga menyebabkan hampir semua Pahlawan Ultra (tidak termasuk Ultraman, Ultraseven dan Mebius) dibiarkan membeku, dengan hanya sedikit cahaya yang disimpan oleh Taro.

Ultraman Belial tiba di Perkuburan Raksasa, di mana dia menggunakan Plasma Spark untuk menghidupkan semula seluruh tentera raksasa, secara tidak langsung menubuhkan Tentera Belial. Semasa ketibaan mereka yang terselamat dari serangannya, Belial terkejut apabila melihat Ultra Brothers, tetapi dia lebih terkejut apabila melihat Rei. Selepas Reionics muda itu menolak tawaran untuk menyertainya, Belial melancarkan seluruh tenteranya sekaligus. Setelah melemahkan sekumpulan Ultra itu, Belial mencuci otak kedua-dua Rei dan Gomora dan membuatkan mereka menentang rakan-rakan mereka sendiri sehingga ZAP SPACY tiba bersama Ultraman Dyna, dan Belial mula berlawan dengan Dyna. Melihat pasukan itu memulihkan Rei, Belial cuba menyingkirkan mereka tetapi Seven melindungi mereka dan menghantar Eye Slugger dalam taktik perang terakhir.

Ketika Seven mula tidak sedarkan diri, satu kelibat cahaya muncul dan menyelamatkannya. Menjawab soalan Belial, Ultra yang semakin naik darah atas apa yang telah terjadi kepada bapanya itu, mendedahkan dirinya sebagai Ultraman Zero dan tanpa membuang masa menamatkan raksasa-raksasa yang tinggal dengan mudah. Kemudian dia mula melawan Belial, melepaskan Giga Battlenizer dari pegangannya, menjadikan Belial berlawan dalam keadaan yang lemah dan mengalahkannya dengan menolaknya ke dalam lautan api di perkuburan tersebut. Bagaimanapun tiba-tiba gempa bumi berlaku, dan jiwa raksasa dan Belial digabungkan sehingga terbentuknya Belyudra. Setiap Ultra berganding bahu melawannya, dan selepas Zero dipilih oleh cahaya dan dikurniakan senjata baru, dia maju ke hadapan dengan sokongan oleh Ultra Brothers dan mengakhiri Belial dengan gerakan Twin Zero Sword. Belial sempat berkata bahawa itu bukan penamatnya dan dia akan kembali dan Zero menjawab bahawa dia akan menunggu untuk itu. Lalu Belial tersingkir dan raksasa itupun meletup, menamatkan pemerintahan keganasan Belial. Beberapa ketika kemudian, di atas batu besar yang terletak di rantau misteri, kelihatan jasad Belial berada di situ dan nampaknya tidak lagi bernyawa, namun matanya tiba-tiba menyala dengan cahaya. Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie

Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]

"Kita akhirnya berjumpa. Hantar Darklops memang berkesan. Ini terbakar, parut ini. Kesan terbakar."
"Belial!"
"Tengok, inilah bekas yang awak bagi pada saya, Ultraman Zero!
"

―Belial dan "Run"

"ZERO!!!!!"

―Kata-kata terakhir Arch Belial

Dalam filem ini, Belial kembali dengan memegang gelaran sebagai Maharaja Galaksi Kaiser Belial. Dia menubuhkan Belial Galactic Empire dan mengawal tentera askar robot baru dengan dua sekutu barunya, Darkgone dan Iaron. Menggunakan kapal angkasa gergasi Malebrandes, Belial dan pasukannya menakluki dunia Esmeralda di alam semesta lain dan berjaya menghambakan pelindungnya, Mirror Knight. Dengan bekalan zamrud di planet tersebut yang boleh ditukarkan menjadi tenaga mentah, Belial merancang untuk menggunakannya untuk penaklukan alam semesta, yang dimulakan dengan memusnahkan Negeri Cahaya. Belial akhirnya bertembung dengan Ultraman Zero dan kemudian melarikan diri untuk menyerap sejumlah jisim zamrud yang dituainya dari Esmeralda (dan mungkin juga seluruh alam semesta), mengubahnya menjadi tenaga mentah tulen sebagai usaha terakhir untuk membunuh Ultraman Zero dan rakan-rakannya.

Muncul dari pusat Malebrandes kerana ia terpisah dari Esmeralda, Arch Belial memegang Zero di tangan gergasinya dan cuba untuk menghancurkannya. Mirror Knight dan Jean-Bot tiba dan mencuba melakukan serangan langgar dan lari, tetapi Belial hanya mengenepikan serangan ini. Mujurlah, Glenfire datang semula menyelamatkan Ultraman Zero dari genggaman Arch Belial dengan membawa armada kapal dari planet-planet yang telah dibinasakan oleh pasukan Belial.

Arch Belial tentunya tidak akan membiarkan Zero dan rakan-rakannya menang maka dia cuba memusnahkan Esmeralda dengan Arc Deathcium Beam. Ia telah memaksa mereka untuk membuat penghalang gergasi untuk menghentikan tembakannya dari memusnahkan planet itu, walaupun berjaya telah menyebabkan Ultraman Zero kehabisan seluruh tenaganya sehingga dia berada di ambang kekalahan. Keadaan kelihatan suram; Zero hampir jatuh kepada musuh raksasa itu dan tanpa dia, yang lain tidak akan dapat bertahan daripada cubaan lain untuk memusnahkan planet ini.

Bagaimanapun, dengan harapan semua orang yang bertempur melawan pasukan Belial mengharapkan untuk kejayaan Zero, Zero telah dihidupkan semula oleh Ultraman Noa malah kuasanya ditingkatkan menjadi Ultimate Zero. Arch Belial tidak setanding dengan Ultimate Zero yang mempunyai kuasa tanpa had dan akhirnya dikalahkan oleh serangan Final Ultimate Zero yang dilancarkan oleh Zero ke arah dadanya dan menamatkannya untuk selamanya. Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire

Ultra Zero Fight[]

"Saya ialah Zero, tetapi bukan Zero yang sama. Saya akan panggil diri saya Zero Darkness."
"Tenaga gelombang ini... Awak mesti..."
"Tekaan yang tepat, Mirror Knight. Saya teringat yang awak pernah menjadi hamba saya."
"Awak mesti Belial.
"

―Belial (Zero Darkness) dan Mirror Knight

Belial telah dibunuh oleh serangan Ultimate Zero, dan untuk beberapa ketika apabila Ultimate Force Zero membersihkan jasad bekas empayarnya. Dia ditempatkan di Perkuburan Raksasa dan pada suatu masa, dia bertemu dan bergabung dengan Armored Darkness, lalu memperoleh kuasanya dan dibangkitkan semula dan menjadi makhluk ketiga yang memakai perisai berperasaan itu. Dia kemudiannya mengumpulkan beberapa makhluk asing yang kuat yang spesiesnya adalah saingan besar kepada rakyatnya dan membentuk Darkness Five untuk satu tujuan utamanya, iaitu memusnahkan Ultimate Force Zero. Selepas berhadapan dengan Zero, helmet Belial ditanggalkan oleh sambaran petir, mengejutkan Zero. Kedua-kedua mereka memulakan pertarungan, dengan Zero menggunakan Strong-Corona dan Ultimate Zero dalam usaha untuk menumpaskan Belial. Pahlawan Ultra muda itu menyerbu ke arah Belial tetapi sehinggalah Zero menghunus pedangnya ke dadanya.

Belial seolah-olah telah tewas dengan bahagian-bahagian Armored Darkness yang kosong yang bertaburan di arena, mengejutkan Zero, tetapi dengan tiba-tiba dia terperangkap dengan jiwa Belial, yang menguasai Zero dan bergabung secara paksa dengannya, menghasilkan Ultra Gabungan Ultraman Zero Darkness. Zero Darkness kemudian menyerang hendap Ultimate Force Zero, menewaskan dan membunuh setiap wira dengan mudah, sementara jiwa Zero terpaksa menyaksikan semua yang berlaku dari dalam badan gabungan itu.

Dengan kemenangan dalam genggamannya, Zero Darkness kemudian memanggil ahli Darkness Five yang lain dan Tyrant untuk menakluk alam semesta. Dalam pada itu, Zero Darkness yang melihat Pigmon dalam keadaan tidak berdaya, cuba membunuhnya sehingga tubuhnya tiba-tiba menjadi kaku, mendedahkan ia adalah perbuatan Zero yang melawan Belial di dalam seluruh badannya. Berubah menjadi satu bentuk bercahaya dan sangat kuat dipanggil Shining Ultraman Zero, Ultraman perak itu bertegas kepada Belial kerana tidak menjadi Ultraman yang sejati sebelum menghapuskan aura kuasanya dan membalikkan aliran masa untuk menghidupkan semula rakan-rakannya yang tewas dan membatalkan segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh Belial.

Walau bagaimanapun, ia kemudian didedahkan bahawa Shining Star Drive bukan sahaja menghidupkan Ultimate Force Zero tetapi juga Belial. Dia berhasrat untuk menjadi lebih kuat dalam untuk melampaui saingannya. Ultra Zero Fight

Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]

Belial tidak muncul secara fizikal dalam filem ini, tetapi Etelgar telah membuat versi Eteldummy (エタルダミー, Etarudami) daripadanya yang ditempatkan di tingkat keempat. Dia bertempur dengan Ultraman Zero, tetapi dikalahkan oleh Zero yang menggunakan Mode Change-nya, dan diikuti dengan Shining Emerium Slash oleh Shining Ultraman Zero yang menolak Belial ke tingkat pertama sebelum dia meletup. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!

Ultraman Orb[]

Belial muncul semula dalam siri Ultraman Orb dalam bentuk Kad Ultra Fusion yang dimiliki oleh Alien Mefilas Nostra, yang merancang untuk menggunakannya sebagai "jalan terakhir" sebelum Jugglus Juggler mengambilnya setelah membunuhnya. Bersama dengan enam Raja Raksasa, ia memecahkan meterai kad Zoffy untuk membebaskan Maga-Orochi. Kemudian, Kad Ultra Fusion Zoffy dan Belial diambil semula oleh Puteri Tamayura yang memberikannya kepada Gai Kurenai sebagai cara terakhir untuk mengatasi ancaman Maga-Orochi. Gai cuba menggunakan kad baru itu, tetapi kad Belial tidak dapat diimbas akibat kerap ditolak olehnya selama beberapa kali sehingga Raja Raksasa tersebut memecahkan pelindung Puteri Tamayura dan mengakibatkannya terkorban. Membangkitkan kemarahan Gai atas kejadian itu, Belial akhirnya menerimanya dan membenarkannya untuk berubah menjadi satu bentuk baru iaitu Thunder Breastar. Dengan bentuk ini, Ultraman Orb mengalahkan Maga-Orochi dengan tangannya sendiri dan dalam masa yang sama membalas dendam untuk kematian Puteri Tamayura.

Kemudian, kuasa kegelapannya dapat dikawal oleh Gai ketika dia bertarung dengan Zeppandon dalam bentuk Thunder Breastarnya dan bahkan juga dapat bertukar semula ke dalam bentuk Orb Originnya. Sejak itu, kuasa Belial dapat dikawal dengan stabil dan Orb tidak lagi mengganas dan mengamuk dalam pertempuran. Belial kemudiannya dimunculkan di dunia sebenar melalui Kad Ultra Fusionnya untuk membantu Orb menamatkan Raja Raksasa Terakhir, Magatano-Orochi dengan menembak Deathcium Beam miliknya. Pengembara Cahaya

Ultra Fight Orb[]

Walaupun tidak muncul dalam siri mini ini, tetapi Belial telah disebut oleh Zero selepas dia pertama kali bertemu dengan Reibatos dan merasakan aura yang sama daripadanya (Reionics). Reibatos kemudian cuba menghidupkan semula Belial selepas sangkaan kematiannya tetapi kemudian menyedari bahawa dia masih hidup. Bagaimanapun dalam episod terakhir Ultraman Geed, ia didedahkan bahawa Belial sebenarnya yang membunuh Reibatos berbanding Geed. Ultra Fight Orb

Pra-Ultraman Geed[]

"Saya telah pulih sepenuhnya sekarang! Masanya telah tiba untuk membalas dendam terhadap mereka di Negeri Cahaya!"

―Belial sambil melihat pada bomnya

Setelah dihidupkan semula dari Shining Star Drive Zero, Belial menggunakan peluang ini untuk merumuskan skimnya terbarunya untuk mendapatkan semula Giga Battlenizer dan membunuh Reibatos. Kemudian, dia menemui Kei Fukuide di Planet Sturm yang hampir musnah, dan memberinya tempat bersama Darkness Five sebagai salah seorang pengikutnya, memberinya tujuan untuk wujud. Belial, bersama-sama dengan Darkness Five, Kei dan bala tentera barunya yang dipanggil sebagai Terror The Belial (テラー・ザ・ベリアル, Terā Za Beriaru) bertarung menentang Pahlawan Ultra dalam pertarungan hangat yang dipanggil Omega Armageddon yang mempertaruhkam nasib Dunia Side Space. Dengan Bom Penghapusan Super-dimensi, Belial mencetuskan peristiwa Impak Krisis dan menjadikan Bumi sebagai episentrum yang mungkin akan berjaya dalam operasinya jika tidak dimasuk campur oleh Ultraman King. Akibat letupan itu, Belial dipercayai hilang tetapi dia telah menghantar pembantunya, Kei untuk mencuri Kapsul Ultra dan Riser dari Negeri Cahaya, serta menyediakan bahan genetiknya untuk mencipta anaknya sendiri, Riku Asakura. Dengan menggunakan kapsul yang dicuri itu sebagai bahan rujukan, mereka kemudian mencipta berbagai Kapsul Kaiju. Pada masa ini, Belial hanya menyembunyikan dirinya di dalam dimensi poket untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya.

Ultraman Geed[]

Rancangan Belial[]

Pada masa kini, rancangan mereka telah dilaksanakan sebagai satu siri peristiwa yang akan menyebabkan Riku menjadi Ultraman Geed. Sebagai sebahagian daripada operasi untuk mengumpulkan Kapsul Ultra, Belial memberikan kuasanya kepada Kei yang mana membolehkannya untuk memanggil keluar Kapsul Kaiju atau bertukar menjadi Raksasa Gabungan Belial, yang bertujuan untuk menonjolkan peranan Geed sebagai penyelamat di mata hos-hos Little Star. Namun disebabkan kesilapan Kei yang membocorkan operasi mereka, Belial menghukumnya dengan memaksanya untuk memasukkan keenam-enam Kapsul Ultra yang dicuri olehnya daripada Riku ke dalam organ badannya. Kemudian setelah lama bersembunyi, Belial akhirnya melepaskan diri dari dimensi poketnya. Namun disebabkan kesilapan Kei yang membocorkan operasi mereka, Belial menghukumnya dengan memaksanya untuk memasukkan keenam-enam Kapsul Ultra yang dicuri olehnya dari Riku ke dalam organ badannya. Kemudian setelah lama bersembunyi, Belial akhirnya melepaskan diri dari dimensi poketnya dan menculik anak lelakinya, Geed melalui Chimeraberus dan melarikannya ke bulan untuk mempengaruhi pemikirannya menggunakan cara psikologi. Hasil daripada usaha Laiha dan Ultraman King, Geed berjaya membebaskan diri dari Chimeraberus sehingga kemudiannya membawa pertempuran mereka ke Bumi. Belial sebagai Chimeraberus dimusnahkan buat selamanya setelah Geed menggunakan bentuk Royal Megamaster-nya dan melancarkan tembakan penamatnya, Royal End. Hari Pertama Berakhirnya Dunia Keajaiban King! Masa untuk Mengubah Takdir!!

Permainan tamat[]

"Saya ialah Ultraman Belial Atrocious. Sayalah yang telah hampir memusnahkan alam semesta ini. Badan saya akan mendapat kuasa terhebat tak lama lagi. Untuk raikannya, saya bercadang nak menghapuskan planet awak dan menunjukkan kuasa saya kepada mereka di Negeri Cahaya!"

―Mesej Belial kepada penduduk Bumi sebagai Belial Atrocious

"GEED!!!!!"

―Kata-kata terakhir Belial di detik-detik terakhirnya

Belial didedahkan telah berjaya mempertahankan dirinya dari kekalahannya sebagai Chimeraberus dan telah mengambil Arie Ishikari sebagai hosnya, yang menjelaskan minatnya untuk menyertai Kei dan dalam diam memberikannya kebolehan untuk dia menggunakan Fusion Rise. Selepas Kei kalah kepada Riku sebagai Pedanium Zetton, Belial mendedahkan penyamarannya dengan menarik paksa Organ Sturm makhluk asing tersebut dan menggunakannya untuk memulihkan dirinya. Dengan dua kapsul yang Belial dapatkan kembali, dia berubah kepada bentuk barunya, Belial Atrocious untuk menyerap Radiasi Kanak-kanak milik King sehingga mengganggu keseimbangan alam semesta. Cahaya Sturm Sebelum pergi ke Negeri Cahaya, Belial telah memutuskan untuk memperlihatkan kuasa-kuasa barunya di Bumi dengan melampaui Zero dan Geed yang menggunakan bentuk terkuat mereka, serta Bapa Ultra. Dia juga membunuh Zegun selepas melihat dan mengetahui rancangan mereka. Secebis Harapan

Walau bagaimanapun, tekad dan keberanian Geed membuatkan kuasa Ultraman King memberikan Geed suatu keajaiban, yang membenarkan lima bentuknya muncul pada masa yang sama dan bertempur bersama Belial. Menggunakan gabungan serangan penamat mereka, Geed Proof, Geed memusnahkan Giga Battlenizer dan membalikkan Belial kepada bentuk normalnya, sebelum terbang dengan membawa Belial ke dimensi lain yang telah dibuka oleh Zegun.

Dalam pertempuran terakhir, Riku dan Belial bertempur dalam kedua-dua jiwa dan badan mereka. Ketika itu, ingatan Belial menyerap ke dalam Riku dan dia mula memahami kesakitan dan penderitaan Belial. Daripada meneruskan pertempuran, Riku memeluk Belial, mengusir Reiblood dari jiwanya membuatkan Belial kembali kepada bentuk Early Style-nya. Akhirnya, Belial dan Geed melepaskan pancaran penamat masing-masing, dan Wrecking Burst Geed menang dan memusnahkan badan Belial dengan meninggalkan jiwanya terperangkap dalam dimensi itu.[1] Simbol Geed

Ultraman R/B[]

Kristal R/B Ultraman dan Belial telah ditunjukkan berada di tangan Saki Mitsurugi sebelum dia memberikannya kepada Asahi Minato. Walaupun Katsumi dan Isami sebelum ini gagal untuk memanfaatkan kuasa kristal-kristal itu semasa bertarung dengan Grigio King, mereka berjaya melakukannya dalam pertarungan semula dan bertukar menjadi Ultraman Ruebe melalui Kristal Kiwami dan menewaskan Grigio King dengan mudah. Disemadikan oleh Keekstreman

Ultraman Taiga[]

Pada satu ketika selepas kematian Belial, gennya telah diselamatkan oleh organisasi jenayah Villain Guild, di mana Alien Chibull Mabuze membelinya untuk eksperimennya bentuk kehidupan muktamad. Selepas menggunakannya ini mencipta semula Skull Gomora, Saya Tak Boleh Mendengar Suara Awak Mabuze menawarkan perkhidmatannya kepada tiga makhluk asing, Alien Zarab, Alien Sran dan Alien Godola untuk menewaskan Taiga dan Tregear. Hasilnya ialah Imit-Ultraman Belial, klon yang tidak berakal dengan kehebatan pertempuran yang serupa dengan yang asal. Clash! Ultra Big Match! Peristiwa ini akan membayangkan ancaman Devil Splinter dalam masa terdekat. Black Ultraman

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

Disebabkan oleh Absolute Tartarus mengembara ke masa lampau dan memanipulasi garis masa, terdapat beberapa perubahan pada masa lalu Belial.

Selepas Ken menewaskan Alien Empera pada kemuncak Perang Ultimate, Belial yang telah menyaksikan kemenangan Ken ke atas Empera dengan Pedang Ultimate, bertambah rasa cemburu dengan kawan rapatnya yang dulu itu. Kecemburuan ini semakin bertambah apabila Ken mendapat kenaikan pangkat demi kenaikan pangkat untuk menerajui Pasukan Pertahanan Antara Galaksi yang baru diasaskan, peranan yang Belial sangkakan sepatutnya akan diberikan kepadanya dan perkembangan hubungannya dengan Marie, yang dalam diam juga disukai oleh Belial.

"*ketawa* Kelakar. Segala susah payah untuk mendapatkan kuasa, tapi akhirnya saya dibunuh oleh anak sendiri! *ketawa*"

―Belial selepas menyaksikan masa depannya

Selepas menerima pelbagai mesej telepati daripada Absolute Tartarus yang mana menyebabkan dia merancang untuk mencuri Plasma Spark, Belial cuba mencuri kuasa matahari tiruan, dan gagal. Bagaimanapun, selepas mencederakan dirinya sendiri dengan cuba menyentuh Spark, Belial menjadi marah. Dia menuruni menara dan memulakan pertarungan ganas melawan Ken, Zoffy dan beberapa Ultra lain, tetapi akhirnya melarikan diri ke asteroid berdekatan sebelum dirinya sempat dikalahkan dan diusir. Di sana, dalam keadaan cedera parah dan tidak mampu berdiri, Belial bertemu dengan Absolute Tartarus, yang mengajukan soalan kepadanya jika dia mahu mengubah nasibnya. Tartarus kemudian menceritakan kepada Belial kisah sepanjang hidupnya, menyebabkan Ultra itu terdorong ke dalam kejahatan secara terang-terangan, sebelum membawanya melalui portal ke dalam dimensi poket emas Narak, di mana dia bertemu dengan sekutu-sekutu Tartarus iaitu Reibatos, Juda, Mold, Alien Bat dan Zett.

Dibawa ke masa depan oleh Tartarus, Belial telah disertai oleh Ultraman Tregear, seorang lagi Ultra yang jatuh dari planet asal yang sama yang juga akhirnya menjadi Isotop Selari dan menerima kuasa mereka dalam bentuk tenaga Absolutian Tartarus. Mereka dihantar ke Satelit Golgotha untuk melawan enam Ultra Brothers di garis masa utama sejurus selepas kematian Juda dan Mold, di mana sepasang Ultraman itu membuat kerja pantas terhadap bekas rakan seperjuangan mereka yang sedang keletihan. Ketika bertarung dengan Ultraman Zero, mereka diarahkan untuk kembali ke "The Kingdom" di bawah arahan Tartarus. Perbezaan

Absolute Tartarus kemudian menyeru Belial dan Tregear untuk melengahkan Ultra League sementara dia menangkap Yullian ke dalam Narak. Belial terpaksa akur, dan bersama-sama dengan Tregear melepaskan pancarannya untuk menutup pelarian Tartarus sebelum berlalu pergi bersamanya. Kemunculan

Ultraman Z[]

Oleh kerana banyak pertempuran dan pertemuannya, serpihan Belial yang dikenali sebagai Devil Splinter telah bertaburan merentasi pelbagai dimensi, menyebabkan raksasa mengamuk dan mengganas. Wira Generasi Baru telah ditugaskan untuk mengesan serpihan ini untuk menghentikan sebarang kemungkinan bencana daripada berlaku disebabkan olehnya.

Devil Splinter juga ditunjukkan mampu menghidupkan semula makhluk yang telah tewas, seperti yang dilihat salah satunya membawa kepada kebangkitan Gillvalis. Celebro cuba mengumpulkan Devil Splinter untuk mencipta Medal Belial, tetapi tidak berjaya dalam percubaannya sehingga dia menculik Riku Asakura dan sebaliknya menggunakan Faktor Belialnya. Kembalinya Lelaki Itu!

Walaupun Belial kekal tiada, personalitinya akan mengalami semacam kebangkitan dalam bentuk Beliarok, yang mana ia mendapat rupa dan tingkah laku Belial selepas ia menyentuh Ultraman Geed semasa dia terperangkap dalam keretakan yang diciptanya untuk menyegel Greeza buat sementara waktu. Tugas Seorang Pahlawan

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

Pada suatu ketika, Belial dan Tregear telah dibawa ke The Kingdom's Central Planet, di mana mereka bertemu dengan Absolute Diavolo dan Absolute Titan yang tidak mengalu-alukan kehadiran mereka di kalangan Absolutian, tetapi Tartarus menghentikan hujah mereka sebelum ia tidak terkawal. Tartarus kemudian memberitahu dua Ultra tentang sejarah Kingdom dan motif sebenar mereka untuk mencari dunia rumah lain untuk didiami, sebelum memberikan lebih banyak kuasa Absolutian kepada mereka dengan menggunakan mesin yang menghujani mereka dengan Zarah Absolute. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Profil[]

Sebagai seorang Ultraman yang telah bergabung dengan Alien Reiblood, Belial sangat berkuasa dan manipulatif. Dia mampu mengalahkan tentera Ultra dengan mudah dan hanya Ultraman King, Zero dan Geed (yang dirinya adalah klon Belial) yang dapat menewaskannya, walaupun Bapa Ultra dapat mengatasi Belial sebelum dia dipukul di lukanya. Dengan Giga Battlenizer, dia dapat mengawal tentera raksasa dan menyalurkan tenaganya ke dalam serangan. Menggunakan tenaga Belial Virus melalui kukunya, Belial boleh menyuntiknya ke dalam bentuk kehidupan dan menjadikannya sebagai hambanya. Dia ditunjukkan mampu melakukan transformasi yang dahsyat seperti Belyudra dan Arch Belial dengan menyerap raksasa dan medium seperti Zamrud Esmeralda.

Statistik[]

  • Umur: 160,000 tahun
  • Dunia asal: Negeri Cahaya, Nebula M78
  • Kelemahan:
    • Early Style: Seperti semua Ultra lain secara amnya, bentuk Early Style Belial ditetapkan kepada peraturan 3 minit dalam persekitaran seperti Bumi.
    • Atrocious: Semasa penggunaan Organ Sturm-nya, Pemasa miliknya masih terdedah kepada serangan langsung, seperti enzim peneutralan yang direka untuk menentang Unsur Carellen, menjadikan organ itu tidak berkesan.

Ciri-ciri Tubuh[]

  • Mata: Akibat penukaran menjadi Reionics, Belial mempunyai mata berwarna jingga/merah yang berlakar jahat berbanding Ultra lain. Warna matanya menjadi cerah apabila dia menggunakan Deathcium Beam atau Atros Burst sebagai Belial Atrocious.
  • Jambang: Disebabkan Belial juga sebaya dengan Bapa Ultra, dia memiliki jambang yang tidak kelihatan kewujudannya atau ia mungkin tidak begitu ketara selepas pertukaran dirinya.
  • Pemasa Warna: Belial mempunyai Pemasa Warna seperti Ultra yang lain, namun ia kini berwarna ungu yang kemungkinan disebabkan oleh tenaga Reionics. Dalam bentuk Arch, Pemasa Warnanya berjulat dari warna ungu hingga warna hijau pucat.
  • Kuku: Hujung jari Belial telah digantikan dengan kuku tajam berwarna hitam. Melalui kehendak semata-mata, dia dapat melepaskan satu set kuku merah yang dipanggil Kaiser Belial Claws.
  • Ultra Armor: Perisai Belial menjadi lebih kuat selepas perubahannya, di mana kini dia dapat bertahan dengan tenaga sengit Plasma Spark sebelum bintang buatan itu dapat membakarnya. Sama ada dia dipengaruhi oleh cuaca sejuk atau mempunyai had masa di keadaan seperti Bumi adalah tidak diketahui. Sebagai Belial Atrocious, ia bersinar merah apabila dia menggunakan Atros Burst.
  • Parut: Selepas Belial dikalahkan oleh Zero buat kali pertama, dia memiliki bekas parut di kawasan atas mata kanannya akibat dari Plasma Spark Slash. Parut itu kekal sehingga kebangkitannya, kemudian ia pudar.
  • Belial Mantle (ベリアルマント, Beriaru Manto): Sebagai Kaiser Belial, dia memakai mantel merah labuh yang melambangkan gelarannya sebagai maharaja angkasa. Belial akan menanggalkan mantel ini apabila dia bersedia untuk melawan musuh.

Transformasi[]

Belial memegang Riser dan Kapsul Kaiju melalui telekinesis untuk melakukan proses Fusion Rise. Semua gerakan ini dilakukan di dalam badannya berbanding menyentuh peranti itu secara langsung. Semasa bertukar, suara ketawa Belial mengiringi proses itu. Walaupun telah merasuki Arie, dia tidak pernah melakukan Fusion Rise.

"Fusion Rise: Five King! Zog Bentuk Kedua!"

―Pengumuman pengaktifan

"Ultraman Belial: Chimeraberus!"

―Pengumuman transformasi

Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Belial menekan pemicu Riser. Apabila latar belakang mendedahkan gerhana, Kapsul Kaiju Five King dan Zog muncul beberapa saat sebelum Belial menyedut mereka, bertukar menjadi Chimeraberus.


"Demonic Fusion Unleash: Alien Empera! Dark Lugiel!"

―Pengumuman pengaktifan

"Ultraman Belial: Atrocious!"

―Pengumuman transformasi

Oleh kerana kedua-dua komponennya merupakan antagonis dalam Siri Ultraman yang lalu, Fusion Rise ini secara eksklusif dirujuk sebagai Demonic Fusion Unleash (デモニックフュージョン・アンリーシュ, Demonikku Fyūjon Anrīshu). Selepas mengimbas kedua-dua kapsul, Belial menekan pemicu Riser. Apabila latar belakang mendedahkan gerhana, Kapsul Kaiju Alien Empera dan Dark Lugiel muncul beberapa saat sebelum Belial menyedut mereka. Babak seterusnya dengan pantas beralih kepada masa sebenar apabila Ultraman Belial Atrocious mendedahkan dirinya daripada jisim kegelapan.


Bentuk[]

Early Style
UltramanBelialEarlyStyle

Early Style (アーリースタイル, Ārī Sutairu) merupakan bentuk asal Belial sebelum dia dirosakkan oleh pengaruh Reiblood.

Statistik[2][3]
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 35,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 15
  • Kelajuan Berlari Maksimum: 750 km/jam
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: 220 knot
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 6
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 360 meter
  • Kekuatan Lengan: 120,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 52,000 tan
Teknik
  • Deathcium Beam (デスシウム光線, Desushiumu Kōsen): Ultra Beam Belial yang ditembak dari tapak tangan kanannya.[2][4]
  • Belial Claw (ベリアルクロー, Beriaru Kurō): Belial menetak lawannya dengan tangannya seolah-olah ia adalah kuku.
  • Belial Thunder (ベリアルサンダー, Beriaru Sandā): Pancaran kilat merah ditembak dari tapak tangan Belial.
  • Belial Slash (ベリアルスラッシュ, Beriaru Surasshu): Letupan tenaga yang meletup pada hentaman.
Senjata

Ultraman Belial

Ultraman Belial Reionics

Kaiser Belial tanpa jubah

Tidak Berjubah


Kaiser Belial berjubah

Berjubah


BelialLiliFusion

Bentuk Reionics Belial selepas penggabungannya dengan Alien Reiblood. Dalam bentuk ini, Belial memperoleh jumlah kuasa yang lebih besar, sedemikian rupa sehingga hanya Ultraman King yang dapat menghalangnya pada masa lalu. Berdasarkan kedua-dua kemunculannya dalam filem, Belial nampaknya dapat memancarkan sejumlah besar tenaga yang menyebabkan para raksasa menjadi sangat ganas. Ini adalah disebabkan oleh dendamnya dan rasa dikhianati setelah dia diusir dari Negeri Cahaya. Menerusi siri Ultraman Geed, kekuatannya juga boleh mengatasi Pahlawan Ultra lain seperti Ultimate Zero.

Kemudian, Ultraman Belial menerima gelaran Kaiser Belial (カイザーベリアル, Kaizā Beriaru). Kaiser Belial ditunjukkan dengan jubah/mantel berwarna merah darah dan juga mempunyai parut di wajahnya akibat pertarungan pertamanya dengan Ultraman Zero. Walaupun bukan merupakan bentuk baru, Belial tidak mempunyai Giga Battlenizer lagi dan kini ditunjukkan mempunyai teknik dan kuasa baru yang tidak memerlukan Giga Battlenizer, sebaliknya dia bergantung pada kebolehan semula jadinya.

Dalam DARKNESS HEELS -Lili-, Belial berasimilasi dengan Lili, menambah kebolehannya dengan kuasa cahaya dan membuatkan bahagian kanannya terpancar dengan cahaya biru muda.[5]

Statistik
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 60,000 tan (66,000 tan ketika memakai jubah)
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 22
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 2
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 1
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 6
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 980 meter
  • Kekuatan Lengan: 250,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 100,000 tan
Kebolehan
  • Ultra Sign (ウルトラサイン, Urutora Sain): Kebolehan standard yang digunakan oleh rakyatnya sendiri, di mana Belial mencipta versi berwarna merah, menggunakannya untuk mewar-warkan pencerobohannya sendiri di Negeri Cahaya.
  • Dark Energy Endowment: Daripada Pemasa Warnanya, Belial mampu membekalkan tenaga gelapnya kepada Kei sebagai cara untuk bertukar menjadi Raksasa Gabungan Belial.
  • Penyerapan: Belial mampu menyerap medium zamrud dan raksasa dengan melepaskan minus energy dari badan atau mulutnya. Dengan ini, Belial mampu melakukan transformasi dahsyat yang berstruktur raksasa seperti Belyudra atau Arch Belial.
  • Kuasa Reionics: Selepas penggabungannya dengan Alien Reiblood, Belial memperoleh kuasa yang lebih besar dan kebolehan bukan Ultra.
    • Bentuk Roh: Seperti Reiblood dan Kate (yang kedua-dua mereka juga merupakan Reionics), Belial mampu wujud dalam bentuk roh selepas kematian fizikalnya.
      • Kerasukan: Dia boleh merasuk makhluk lain ketika dalam bentuk rohnya. Dia telah merasuk Armored Darkness dan kemudian Ultraman Zero sebelum dia diusir keluar oleh kuasa baru Ultra muda itu. Dia juga telah merasuk Arie Ishikari secara sementara dalam siri Ultraman Geed.
  • Ultra Willpower (ウルトラ念力, Urutora Nenriki): Belial mampu menggunakan kebolehan ini untuk mengawal sesuatu objek dengan fikirannya.
Senjata
  • Giga Battlenizer (ギガバトルナイザー, Giga Batoru Naizā): Belial dipersenjatai dengan Giga Battlenizer, iaitu Battlenizer yang sangat berkuasa yang boleh mengawal seratus raksasa sekaligus. Dalam Ultraman Geed, Belial boleh memperkasakan senjata itu seperti kebolehan menyerang. Giga Battlenizer juga menyediakan kebanyakan serangan Belial, seperti:
    • 100 Monsload (100体モンスロード, Hyaku-tai Monsurōdo): Seperti Battlenizer standard, Belial boleh melepaskan, menangkap dan memanipulasi raksasa. Dia memiliki 100 raksasa dalam penaklukan, yang secara tidak langsung membentuk keseluruhan tenteranya.
    • Belial Shot (ベリアルショット, Beriaru Shotto): Serangan peluru tenaga yang dilancarkan apabila Belial menggunakan Giga Battlenizer dalam cara yang sama dengan senapang.
    • Belial Deathscythe (ベリアルデスサイズ, Beriaru Desu Saizu): Pancaran berbentuk bilah sabit. Ia mampu merosakkan Ultimate Bracelet dan membalikkan Zero kembali kepada bentuk normalnya. Versi yang lebih kuat juga boleh dilakukan dengan mengecas hujung Battlenizer.
    • Belial Genothunder[6] (ベリアルジェノサンダー, Beriaru Jenosandā): Serangan kilat yang kuat yang dilepaskan dari hujung senjata. Dia juga boleh menggunakan serangan pada titik tepat, digunakan untuk mengalahkan Bapa Ultra.
      • Belial Black Hole Thunder (ベリアルブラックホールサンダー, Beriaru Burakku Hōru Sandā): Mengikut sumber, menggunakan teknik ini Belial "menyedut" musuhnya ke dalam Giga Battlenizer dan memperkasakannya dengan cukup untuk melepaskan berbilang serangan Belial Genothunder ke merata tempat secara meluas. Teknik ini masih belum ditunjukkan.
    • Belial Whip (ベリアルウィップ, Beriaru Uippu): Cambuk tenaga.
    • Pesongan: Dengan memutarkan Giga Battlenizer, Belial boleh memesongkan pancaran, misalnya M87 Beam milik Zoffy. Dia boleh memesongkannya dengan hanya memunahkan pancaran itu, dilihat digunakan pada Spacium Beam milik Ultraman.
    • Pembalikan Pancaran: Belial boleh menahan pancaran gabungan untuk beberapa saat dan menolaknya semula ke arah pemiliknya dengan Giga Battlenizer. Digunakan untuk membalikkan Pancaran Gabungan milik 80, Ace dan Jack kembali ke arah mereka, mencederakan mereka dengan teruk.
    • Pemanggilan Peledak: Melalu peranti itu, Belial ditunjukkan menyeru Bom Penghapusan Super-dimensi yang membolehkannya melaksanakan Impak Krisis.
    • Dark Fireball: Belial boleh melancarkan bebola api gelap dari Giga Battlenizer. Ia nampaknya merupakan versi Belial Shot yang lebih kuat.
  • Kaiser Belial Claw (カイザーベリアルクロー, Kaizā Beriaru Kurō): Satu set kuku berwarna merah yang dikeluarkan dari hujung jarinya. Ia mengandungi Belial Virus (ベリアルウィルス, Beriaru Uirusu) yang boleh merosakkan fikiran mangsanya dan menjadikannya sebagai hambanya. Dalam pementasan tertentu, serangan ini boleh membalikkan seseorang makhluk menjadi bentuk jahat mereka sebelumnya. Dilihat digunakan pada Mirror Knight, walaupun dia dapat mempengaruhi Rei dalam filem sebelumnya tanpa memerlukan kuku itu.
    • Kaiser Belial Ripper (カイザーベリアルリッパー, Kaizā Beriaru Rippā): Belial dapat melancarkan peluru tetakan tenaga dari kukunya. Salinan Eteldummy Belial dapat menggunakan teknik ini tanpa memanjangkan Kaiser Belial Claw.
  • Riser (ライザー, Raizā): Sebuah peranti transformasi yang dicipta di Negeri Cahaya oleh Ultraman Hikari. Ia tidak diketahui jika model yang digunakan oleh Belial adalah yang sama yang digunakan oleh Kei atau merupakan pendua.
  • Kapsul Kaiju (怪獣カプセル, Kaijū Kapuseru): Satu set peranti yang memegang kuasa aktif Ultra Kaiju. Belial menciptanya melalui Kapsul Ultra ciptaan Hikari dan kuasa Reionics semula jadinya sendiri. Ia juga perlu diingat bahawa melalui DNA Reionics semula jadinya sendiri, Belial boleh menguatkan kuasa Kapsul Kaiju yang digunakannya.
  • Bom Penghapusan Super-dimensi (超時空消滅爆弾, Chō Jikū Shōmetsu Bakudan): Sama ada Belial menemuinya atau menciptanya, dia menggunakannya dengan Giga Battlenizer untuk mencetuskan Impak Krisis.
  • Organ Sturm (ストルム器官, Sutorumu Kikan): Belial memiliki Organ Sturm Kei di dalam tubuhnya. Ini membolehkannya untuk membangkitkan dan memperkasakan dirinya daripada kekalahannya sebagai Chimeraberus.
    • Kebangkitan semula: Berkat Kei menyerap pancaran penamat Geed dan Zero dari pertarungan mereka (serta telah bertahan dari penyerapan Kapsul Ultra), Belial dapat menbangkitkan dirinya dengan tenaga yang diserap itu.
Teknik
Khas
  • Deathcium Beam[1] (デスシウム光線, Desushiumu Kōsen): Pancaran penamat Belial yang digunakan dengan menyilangkan tangannya dalam gaya "+", ditambah dengan tenaga Reionics, memberikan rupa zarah hitam dan elektrik merah berbanding rupa pancaran biasa. Ia ditembak dari tapak tangan kanannya. Pancaran ini lebih kuat daripada Zero Twin Shoot milik Zero dan mungkin sedikit lemah ataupun sama kekuatannya dengan Wrecking Burst Geed.
    • Versi Deathcium Beam yang ditambah dengan kuasa cahaya telah digunakan bersama-sama dengan penamat Darkness Heels yang lain untuk melawan Holy Demons dalam DARKNESS HEELS -Lili-.
  • Claw Lightning: Belial boleh menembak aliran kilat gelap dari kukunya.
    • Versi Claw Lightning yang ditambah dengan kuasa telah digunakan untuk menentang serangan Holy Demons dalam DARKNESS HEELS -Lili-.
Fizikal
  • Serangan Berputar: Belial boleh terbang dan berputar pada kelajuan tinggi menjadi bola untuk menggerudi lubang.
  • Ultra Kick: Serangan tendangan standard.
    • Tendangan Gelombang Kejutan: Tendangan yang kuat dengan pelepasan gelombang kejutan.
  • Tumbukan Tenaga: Belial boleh boleh mengecas penumbuknya dengan tenaga dan melepaskan tumbukan yang kuat.
    • Lencongan: Kuku Belial mampu melencongkan atau menyekat Ultra Beam sederhana dengan bertindak sebagai perisai.
Gabungan
  • Dark Nova (ダークノヴァ, Dāku Nova): Serangan berpasukan yang ditunjukkan dalam ULTRA MONSTERS yang dilakukan bersama Alien Reiblood. Reiblood menghembuskan nafas Penjara Reionics lalu Belial mengambil kesempatan itu untuk melancarkan serangan pancaran tenaga ke arah sasaran dengan Giga Battlenizer-nya.
  • Ultimate Thunder (ウルティメイトサンダー, Urutimeito Sandā): Eksklusif dalam Ultraman Fusion Fight! R/B's Bond, Bapa Ultra melepaskan tetakan ke arah musuh berulang kali menggunakan Pedang Ultimate sebelum Belial menembak Belial Genothunder-nya.

Zero Darkness
Zero Darkness Info
Rencana utama: Ultraman Zero Darkness

Zero Darkness (ゼロダークネス, Zero Dākunesu) merupakan bentuk kegelapan Zero, muncul apabila dia dirasuk oleh jiwa Ultraman Belial.

Statistik
  • Ketinggian: 49 meter
  • Berat badan: 35,000 tan
Senjata
  • Ultimate Bracelet: Belial mempunyai versi gelap Ultimate Bracelet yang bersinar setiap kali dia menggunakan serangan tetakan tenaganya. Ia tidak diketahui jika dia boleh menggunakannya untuk menjadi bentuk-bentuk Zero yang lain.
  • Dark Zero Slugger (ダークゼロスラッガー, Dāku Zero Suraggā): Semasa dia merasuk tubuh Zero, Belial mempunyai kawalan ke atas Zero Slugger. Berbanding aura hijau biasa, ia bersinar ungu. Tidak seperti Zero, Belial memegang dua bilah itu dalam cengkaman picit, melainkan apabila dia mengaktifkan Dark Zero Twin Shoot.
    • Dark Zero Twin Shoot (ダークゼロツインシュート, Dāku Zero Tsuin Shūto): Versi ungu dari Zero Twin Shoot, digunakan untuk membelah Jean-Nine menjadi dua.
    • Serangan Memotong: Teknik yang digunakan pada Glenfire menggunakan Dark Zero Slugger. Zero Darkness memotong lawan dalam sekelip mata, meninggalkan tanda hirisan berbentuk "X" di tubuh mereka.
Teknik
Khas
  • Deathcium Shot (デスシウムショット, Desushiumu Shotto): Dengan meregangkan tangannya, Zero Darkness menghasilkan letupan tenaga berbentuk bulan sabit yang bukan sahaja menewaskan Jean-Bot dalam satu serangan, tetapi juga telah memusnahkan Mighty Base dan Mirror Knight. Apabila menggunakan teknik ini, Ultimate Bracelet versi gelap itu akan berkelip dengan tenaga gelap yang menyiratkan ia mungkin adalah sumber serangan itu.
  • Dark Zero Flash (ダークゼロフラッシュ, Dāku Zero Furasshu): Serangan peluru cahaya yang digunakan untuk memecahkan ilusi Mirror Knight.
Fizikal
  • Dark High Spin: Seperti yang asal, Zero Darkness boleh memutarkan badannya pada kelajuan tinggi. Dia menggunakannya untuk menyerang Jean-Nine, Glenfire dan Mirror Knight, menjatuhkan mereka sebelum mereka sempat bertindak balas.

Belyudra
Beryudora

Belyudra

Rencana utama: Belyudra

Belyudra (ベリュドラ, Beryudora) ialah chimera yang dihasilkan dengan menggabungkan 226 ekor raksasa. Belial juga bergabung dengan Belyudra yang membentuk otak raksasa itu, tetapi dia berfungsi secara berasingan dan mengawal raksasa-raksasa itu dengan Giga Battlenizer. Pada masa itu, Belyudra hampir mengalahkan kumpulan Ultra itu, tetapi Rei menggunakan Battlenizer-nya untuk bertindak balas dengan Giga Battlenizer untuk membuat semua raksasa dapat bergerak sendiri, mengejutkan Belyudra dan menghalangnya daripada menyerang. Zero dan Ultra lain kemudiannya dapat mengalahkan Belyudra, tetapi Belial melarikan diri.

Statistik
  • Ketinggian: 4000 meter
  • Berat badan: Tak terukur
  • Tempat asal: Perkuburan Raksasa
Teknik
  • Belyudra Inferno (ベリュドラインフェルノ, Beryudora Inferuno): Pelbagai raksasa yang membentuk tubuh Belyudra boleh menembak laser kuning yang kuat dari mata mereka. Setiap raksasa boleh menembaknya secara individu atau apabila Belial mengarahkan mereka untuk menembak sekaligus.
  • Gigant Fist (ギガントフィスト, Giganto Fisuto): Belyudra melancarkan penumbuknya ke arah pihak lawan.
  • Belyudra Death Buster (ベリュドラデスバスター, Beryudora Desu Basutā): Belyudra melancarkan pancaran tenaga dari dahinya.

Arch Belial
Arch Belial

Arch Belial (アークベリアル, Āku Beriaru) ialah bentuk Kaiju yang digunakan oleh Ultraman Belial dalam pertarungannya dengan Ultraman Zero dengan menyerap zamrud Esmereldan dalam kuantiti yang banyak. Menjadi salah satu bentuk Belial yang berkuasa setakat ini, Arch Belial merupakan salah satu Kaiju terbesar yang wujud sehingga mampu menggenggam Zero dalam keadaan tangan yang tertutup. Arch Belial mampu bertarung dengan baik, tetapi akhirnya dia dikalahkan oleh Zero, Mirror Knight dan Jean-Bot.

Statistik
  • Ketinggian: 300 meter
  • Berat badan: 300,000 tan
  • Tempat asal: Malebrandes
Teknik
Khas
  • Arch Deathcium Beam (アークデスシウム光線, Āku Desushiumu Kōsen): Belial menembak versi Deathcium Beam-nya yang lebih berkuasa dari mulutnya. Ia cukup kuat untuk memusnahkan seluruh planet.
Fizikal
  • Arch Death Claw (アークデスクロー, Āku Desu Kurō): Belial menggunakan kukunya untuk pertempuran jarak dekat.
    • Penyaliran Kuasa: Belial dapat menyebabkan Ultraman Zero kehilangan tenaga dengan terus menggenggamnya. Ia nampaknya telah dilakukan menggunakan pengetahuannya tentang Anatomi Ultra.

Arch Belial Blue
Arch Belial Blue

Arch Belial Blue (アークベリアルブルー, Āku Beriaru Burū) ialah variasi Arch Belial yang muncul di Ultra Heroes EXPO 2018 Battle Stage.

Selepas Belial Atrocious dikalahkan oleh Wira Generasi Baru, Belial bertukar menjadi Arch Belial Blue dan menyeru King Galactron untuk bertarung dengan Geed Royal Megamaster.



Kaiser Darkness
Kaiser Darkness

Kaiser Darkness

Kaiser Darkness (カイザーダークネス, Kaizā Dākunesu) merupakan bentuk berperisai Belial yang muncul dalam Ultra Zero Fight. Mengenakan Armored Darkness, Belial bangkit kembali selepas tewas di tangan Ultraman Zero.

Statistik
  • Ketinggian: Tidak diketahui
  • Berat badan: Tidak diketahui
  • Tempat asal: Perkuburan Raksasa
Ciri-ciri Tubuh
  • Perisai: Disebabkan oleh perisainya yang kuat, Belial menjadi kebal terhadap serangan fizikal dan peluru asas. Dia bertahan dari tumbukan muka oleh Strong-Corona Zero dengan sedikit masalah.
Kebolehan
  • Kuasa Armored Darkness: Belial berkemungkinan besar memiliki semua kuasa perisai sut Armored Darkness.
  • Pengangkutan Kilat: Kaiser Darkness dapat merentasi/teleportasi ke lokasi lain melalui penggunaan kilat.
  • Kekuatan: Dengan sedikit masalah, Kaiser Belial bukan sahaja dapat menandingi kekuatan Strong-Corona Zero tetapi juga mengalahkannya.
  • Penerbangan: Tidak seperti Armored Darkness yang asal, Belial mampu terbang dengan bebas berkat kuasa Ultra semula jadinya sendiri.
  • Pecutan: Belial boleh bergerak dalam kelajuan sekelip mata. Digunakan untuk menandingi pecutan Ultimate Zero.
Senjata
  • Darkness Trident (ダークネストライデント, Dākunesu Toraidento): Belial dilengkapi dengan tombak 3 serampang yang secara teorinya harus memiliki kebolehan yang sama seperti yang dimiliki oleh Armored Darkness. Selepas memperolehnya, Belial boleh mengecasnya dengan kilat elektrik yang kuat untuk membuat pukulannya lebih kuat kerana ia mengejutkan lawannya.
    • Rezolium Ray (レゾリューム光線, Rezoryūmu Kōsen): Trisula Belial boleh menembak pancaran tenaga merah dan hitam yang berkuasa, serupa dengan pancaran gelap Alien Empera yang berkongsi nama yang sama. Ia nampaknya setanding dari segi kuasa dengan Gulnate Buster milik Zero.
      • Giga Rezolium Ray (ギガレゾリューム光線, Giga Rezoryūmu Kōsen): Hanya ditunjukkan dalam Ultraman All Star Chronicle, Belial memutarkan Darkness Trident dalam cara yang sama seperti kipas dan melancarkan versi Rezolium Ray yang lebih kuat.
  • Darkness Broad (ダークネスブロード, Dākunesu Burōdo): Pedang Armored Darkness yang hampir sama kuat seperti Ultimate Zero Sword milik Zero.

Cyber Ultraman Belial
Kad Cyber Ultraman Belial

Cyber Ultraman Belial (サイバーウルトラマンベリアル, Saibā Urutoraman Beriaru)

Statistik
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 60,000 tan
  • Tempat asal: Ibu pejabat Xio
  • Kuasa Cyber: Tidak diketahui
Senjata
  • Giga Battlenizer (ギガバトルナイザー, Giga Batoru Naizā)

King Galactron
King Galactron

King Galactron

Rencana utama: King Galactron

King Galactron (キングギャラクトロン, Kingu Gyarakutoron) ialah Raksasa Gabungan Belial yang menggunakan aset King Joe dan Galactron. Sebelum muncul dalam permainanan arked Ultraman Fusion Fight! Capsule Fusion dan siri Ultraman Geed, ia telah digunakan oleh Belial selepas Pahlawan Ultra menewaskan Ultra Dark-Killer di pementasan Ultraman Festival 2017. Anehnya dalam permainan arked itu, King Galactron (bersama-sama dengan Raksasa Gabungan Belial yang lain) telah dianggap sebagai bentuk Belial sendiri.

Statistik
  • Ketinggian: 70 meter
  • Berat badan: 79,000 tan
Kuasa dan Senjata
  • Explosion Inducement: Selepas kemunculan pertamanya, King Galactron mampu melancarkan letupan besar yang menyaingi saiznya sendiri dan memesongkan musuh berdekatan.
  • Left Arm Claw: Lengan kiri King Galactron yang bersaiz besar mempunyai kuku yang berwarna merah, seperti Ultraman Belial.
  • Pedanium Launcher (ペダニウムランチャー, Pedaniumu Ranchā): Senjata jarak jauh yang dilengkapi pada separuh kanan yang mewakili King Joe. Walaupun berkongsi namanya dengan senjata jarak jauh King Joe Black dan King Joe Custom, laman web rasmi menyatakan bahawa varian ini adalah jenis baru dan ia membesarkan kuasa yang lebih besar yang sudah disimpan dalam King Galactron itu sendiri.
    • Pedanium Hard Launcher (ペダニウムハードランチャー, Pedaniumu Hādo Ranchā): Pancaran tenaga yang kuat daripada Pedanium Launcher. Galactron King mula-mula melakukan gaya berdiri yang serupa dengan King Joe sebelum membidik Pedanium Launcher. Senjata itu mengecas tenaganya sebelum menembak keluaran pancaran besar yang menyaingi saiz lawan sendiri.
  • Pedanium: King Galactron mengenakan perisai Pedanium yang mempunyai kekuatan yang sama seperti milik King Joe.

Chimeraberus
Chimeraberus 2

Chimeraberus

Chimeraberus (キメラベロス, Kimeraberosu), atau Chimeraberos, ialah seekor Raksasa Gabungan Belial yang menggunakan aset Five King dan Zog (Bentuk Kedua). Berbanding Kei Fukuide (yang ilusi Ultraman Belial menjadi persimpangannya), raksasa ini menggunakan Ultraman Belial sendiri, menjadikannya sebagai bentuknya sendiri dan bukannya makhluk yang berasingan.

Statistik
  • Ketinggian: 58 meter
  • Berat badan: 69,000 tan
  • Tempat asal: Hoshiyama
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 18
  • Kekuatan Lengan: 220,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 130,000 tan
Kuasa dan Senjata
  • Beros Inferno (べロスインフェルノ, Berosu Inferuno): Aliran api maut yang dilepaskan dari mulutnya.
  • Deathcium Burst (デスシウムバースト, Desushiumu Bāsuto): Sebagai Chimeraberus, Belial boleh menembak pancaran dalam gaya "+" dari tangannya.
  • Belial Ripper (ベリアルリッパー, Beriaru Rippā) (Tidak digunakan): Penghiris tenaga yang ditembak dari lengan.
  • Penyerapan: Chimeraberus boleh menyerap sesuatu objek asing ataupun makhluk hidup melalui badannya. Serangan ini kemungkinan diwarisi dari kebolehan penyerapan Gan-Q.
    • Integrasi: Selepas beberapa ketika menyerap Geed, Chimeraberus boleh menyerap dan berintegrasi sepenuhnya dengan Geed dalam badannya untuk membolehkan kuasanya menjadi lebih kuat, menyebabkan Geed/Riku tidak lagi wujud.
  • Sesungut: Chimeraberus boleh menggunakan sesungutnya untuk mengikat dan menangkap mangsa serapannya untuk menghalang mereka daripada melarikan diri.
  • Ilusi: Belial sendiri dapat membuat ilusi kepada mangsa penyerapannya. Dia berbuat demikian untuk mencipta senario palsu sebuah balai cerap atau daerah Hoshiyama.

Ultraman Belial Atrocious
Ultraman Belial Atrocious

Ultraman Belial Atrocious

Ultraman Belial Atrocious (ウルトラマンベリアル アトロシアス, Urutoraman Beriaru Atoroshiasu) ialah bentuk Fusion Rise ultimate Belial yang menggunakan aset Dark Lugiel dan Alien Empera dalam kesatuan dengan Organ Sturm Kei untuk menyerap tenaga Ultraman King dari angkasa. Tidak seperti Fusion Rise Belial yang lain yang lebih berstruktur raksasa, Atrocious merupakan setara yang paling hampir dengan bentuk Fusion Rise Geed. Bentuk ini melakukan kemunculan sulungnya di akhir episod 23 siri Ultraman Geed. Bentuk ini lebih kuat daripada bentuk Royal Megamaster Geed.

Statistik
  • Ketinggian: 55 meter
  • Berat badan: 55,000 tan
  • Kelajuan Penerbangan Maksimum: Mach 22.5
  • Kelajuan Berlari Maksimum: Mach 4
  • Kelajuan Bawah Air Maksimum: Mach 5
  • Kelajuan Bawah Tanah Maksimum: Mach 5
  • Ketinggian Melompat Maksimum: 1000 meter
  • Kekuatan Lengan: 260,000 tan
  • Kekuatan Cengkaman: 150,000 tan
Kebolehan
  • Unjuran Holografik: Belial Atrocious boleh memancarkan imej gergasi dirinya di mana sahaja dia mahu.
  • Kekuatan: Berkat kuasa King, Belial ditunjukkan memiliki kekuatan yang lebih besar apabila dia cukup kuat untuk memegang bentuk pepejal Beyond Twin Edge dengan hanya sebelah tangan dan menahan Twin Giga Break milik Zero Beyond tanpa sebarang masalah. Di samping itu, Belial boleh bertahan dari disedut ke dalam portal dimensi apabila Geed terlibat dalam kunci pancaran dengan Zegun dalam usaha untuk mengalahkannya.
Senjata
  • Giga Battlenizer (ギガバトルナイザー, Giga Batoru Naizā): Belial juga bersenjatakan Giga Battlenizer dalam bentuk ini, dia boleh menyerunya bila-bila masa yang dia inginkan. Berkat kuasa King, Belial boleh memperkasakan senjata ini dengan menyalurkan tenaga untuk meningkatkan kerosakan dari serangannya.
    • Dark Energy Slash: Belial boleh melancarkan tetakan tenaga gelap daripada Giga Battlenizer selepas memperkasakannya.
    • Dark Fireball: Belial boleh melancarkan bebola api gelap dari senjata itu. Ia terbahagi kepada beberapa tembakan apabila bersentuhan dengan sasaran. Ia nampaknya merupakan versi Belial Shot yang lebih kuat.
    • Menghalang Pancaran: Dengan menyalurkan tenaga, Giga Battlenizer boleh bertindak sebagai penghalang untuk menyekat serangan pancaran. Digunakan untuk melindungi dirinya daripada Geed Proof tetapi ia terlalu kuat untuknya.
  • Atros Hell Claws (アトロスヘルクロー, Atorosu Heru Kurō): Belial boleh mendedahkan satu set kuku dari jarinya semasa pertempuran jarak dekat. Ia serupa dengan Kaiser Belial Claw milik Kaiser Belial.
    • Deathcium Destruct (デスシウムデストラクト, Desushiumu Desutorakuto): Belial boleh menetak atau menikam musuhnya dengan kukunya yang diselubungi aura gelap. Ia memusnahkan sel sasaran.
    • Atros Jamming (アトロスジャミング, Atorosu Jamingu) (Tidak digunakan): Belial mula-mula melompat dan menghulurkan kukunya ke hadapan dan berputar dengan cara yang sama seperti peluru manusia dan menyerang musuh. Serangan ini serupa dengan Corkscrew Jamming milik Geed dengan Geed Claw.
    • Tolakan Tenaga: Belial boleh menolak paksa musuhnya dengan kukunya. Apabila berbuat demikian, aura merah kelihatan di tangannya.
    • Gelombang Kejutan Tenaga: Ditampilkan sebagai sebahagian daripada serangan biasanya dalam Ultraman Fusion Fight, Belial boleh melancarkan gelombang kejutan tenaga daripada kukunya.
  • Organ Sturm (ストルム器官, Sutorumu Kikan): Belial mempunyai Organ Sturm Kei di dalam tubuhnya. Ini membolehkannya untuk melakukan perkara berikut:
    • Unsur Carellen (カレラン分子, Kareran Bunshi): Bahan kimia yang dicipta oleh Kei sebagai magnet Radiasi Kanak-kanak, Belial memanfaatkannya untuk menyerap sisa-sisa intipati King di seluruh alam semesta untuk memperkasakan dirinya.
    • Transmutasi Tenaga: Sama seperti Kei, Belial boleh menukarkan Radiasi Kanak-kanak milik Ultraman King kepada tenaga jahat yang digunakan oleh Belial untuk memperkasakan dirinya.
Teknik
Khas
  • Atros Burst (アトロスバースト, Atorosu Bāsuto): Pancaran penamat Belial Atrocious, ia dilakukan dengan cara yang serupa dengan Wrecking Burst milik Geed dan 10 kali lebih berkuasa.
  • Atros Ripper (アトロスリッパー, Atorosu Rippā): Arka tenaga ungu ditembak dari tangannya. Ia juga lebih berkuasa daripada Wrecking Ripper milik Geed.
  • Atros Roar (アトロスロア, Atorosu Roa): Belial boleh mengeluarkan gelombang bunyi dari mulutnya. Ia juga lebih berkuasa daripada Wrecking Roar milik Geed.

Raksasa Gabungan Belial[]

Belial Henshin UFF

Belial bertukar menjadi King Galactron dalam Fusion Fight!.

Dalam siri Ultraman Geed, Ultraman Belial memberikan Kei Fukuide kebolehan untuk bertukar menjadi Raksasa Gabungan Belial (ベリアル融合獣, Beriaru Yūgō-jū) yang dilakukan melalui penggunaan Riser bersama Kapsul Kaiju dan tenaga gelap yang diberikannya. Setiap gabungan yang diwakili sebagai Kei ("Belial") menyedut Kapsul Kaiju sebelum membentuk Gabungan itu. Setiap Gabungan mengenakan tanda-tanda yang serupa dengan skema warna Belial dan kesemua mereka berkongsi Pemasa Warnanya.

Memandangkan Kei tidak membuat kemunculan dalam Ultraman Fusion Fight!, mereka dinyatakan menjadi Fusion Rise Ultraman Belial secara langsung, walaupun ini hanya terpakai kepada Chimeraberus di dalam siri. Ia juga perlu diingat bahawa walaupun pemain menggunakan Kapsul Kaiju untuk memanggil Raksasa Gabungan Belial, urutan transformasi hanya terpakai jika watak pilihan pemain ialah Belial kerana ia tidak berkesan dengan raksasa lain dari jenis yang sama.

Kapsul Kaiju dalam Pemilikan[]

  • Five King: Digunakan bersama Zog (Bentuk Kedua) untuk bertukar menjadi Chimeraberus.
  • Zog (Bentuk Kedua): Digunakan bersama Five King untuk bertukar menjadi Chimeraberus.
  • Alien Empera: Hilang selepas kekalahannya sebagai Chimeraberus, kini diperoleh semula. Digunakan bersama Dark Lugiel untuk bertukar menjadi Atrocious.
  • Dark Lugiel: Hilang selepas kekalahannya sebagai Chimeraberus, kini diperoleh semula. Digunakan bersama Alien Empera untuk bertukar menjadi Atrocious.

Gabungan[]

Komponen yang diperlukan untuk Fusion Rise Ultraman Belial adalah berkaitan dengan cara yang sama seperti Fusion Up Orb dan Fusion Rise Geed.

  • Mereka merupakan bawahan kepada penjahat yang lebih hebat (Radical Destruction Bringer dan Exceller).
  • Dalam kemunculan sulung mereka, mereka muncul dari awan gelap/seperti lubang cacing.
  • Zog dan Super C.O.V. (bahagian Five King) mempunyai asal-usul M91 dan berkongsi debut yang sama dalam siri Ultraman Gaia dengan mengambil Gan-Q (bahagian lain Five King) menjadi pertimbangan.
  • Mereka menewaskan dua Pahlawan Ultra sekaligus dalam kemunculan pertama mereka.
    • Kedua-dua mereka kemudian ditewaskan oleh Pahlawan Ultra yang sama, yang telah dibangkitkan semula oleh Kaiju Ultra.
  • Mereka memiliki sayap kelawar terkoyak/seperti syaitan.

  • Mereka merupakan penjahat terakhir yang berwarna hitam dalam sesebuah Siri Ultraman.
  • Asal-usul mereka melibatkan untuk menjauhi cahaya yang memihak kepada kegelapan.
  • Kedua-dua mereka menggunakan ejen dalam keseluruhan siri mereka sebelum akhirnya muncul.
  • Kedua-dua mereka merekayasa perang besar antara pasukan Kaiju dan Pahlawan Ultra.
  • Dark Lugiel pernah disalah anggap sebagai Alien Empera yang dibangkitkan semula oleh peminat, malah ada yang membuat spekulasi dia adalah keadaan gabungan Zero dan Belial.
  • Kedua-dua mereka mempunyai elemen Ultraman (salah satu gambaran awal Empera dan Lugiel merupakan separuh daripada Ginga).
    • Dalam rancangan awal, mereka pada asalnya akan muncul sebagai bentuk seperti Ultraman dalam gelap berbanding sifat seperti makhluk asing.
  • Selepas kemusnahan mereka, secebis intipati asal mereka terselamat dan orang bawahan mereka cuba menghidupkan semula ketua mereka menggunakannya.
  • Kedua-dua mereka cuba menghalang Bumi daripada sumber tenaganya (Empera menyelubungi matahari dalam kegelapan dan Lugiel cuba mengeksploitasi Victorium).
  • Kedua-dua mereka pada satu ketika telah diklon oleh Etelgar untuk bertarung menentang musuh asal mereka.
  • Kedua-dua mereka pada asalnya memiliki senjata berbilah yang tidak lagi digunakan oleh mereka dalam kemunculan mereka kemudiannya.
  • Matlamat mereka dipengaruhi oleh pengalaman tragis: Empera adalah satu-satunya yang terselamat dari sebuah planet mati dan Lugiel ingin menamatkan konflik yang memerintah di seluruh angkasa.
  • Kedua-dua mereka bertarung menentang Taro dan keluarganya (Bapa Ultra bertarung menentang Alien Empera manakala Taro bertarung menentang Dark Lugiel) dan mereka juga menewaskan pelajar-pelajar Taro, tetapi akhirnya ditewaskan oleh pelajar itu kemudiannya.

  • Media Lain[]

    Ultraman Retsuden[]

    "Seriuslah.... kan lebih baik kalau mereka panjangkan masa tayangan episod ni!"

    ―Ultraman Belial merungut tentang durasi episod yang terlalu pendek untuk dia menjelaskan semua raksasa yang membentuk Belyudra

    Dengan bantuan Beacon, Belial and ahli-ahli Darkness Five yang lain menyerang dan mengambil alih episod ke-100 siri ini, dan Belial mula memperkenalkan raksasa-raksasa yang membentuk Belyudra. Bagaimanapun, Belial kecewa apabila mereka hanya dapat memperkenalkan tiga belas daripada seratus raksasa kerana kekangan masa rancangan itu dan mula mengamuk. Dalam episod 103, Belial, bersama dengan Darkness Five, menceritakan biografi mereka tentang kaum mereka yang menyerang Bumi, dan sekali lagi menggunakan Beacon untuk merampas episod itu.

    DARKNESS HEELS~THE LIVE~[]

    TBA

    DARKNESS HEELS ―Lili―[]

    TBA

    Galeri[]

    Trivia[]

    • Belial berkongsi beberapa persamaan dengan Dark Zagi, kedua-dua mereka adalah makhluk yang sangat berkuasa, mempunyai pembantu mereka sendiri dan tubuh badan mereka berwarna hitam dengan garisan unik berwarna merah. Walaupun ditunjukkan sebagai pejuang bersifat pengganas, mereka sebenarnya telah membuat pengiraan yang cukup dalam merancang skema sepanjang tahun dan komprehensif dalam penggunaan teknologi. Dalam keluaran Kad Cyber, mereka merupakan satu-satunya Ultra jahat yang dikategorikan di bawah Kaiju Cyber​ (Belial ialah separa raksasa (Type U) manakala Zagi dicipta dalam gaya yang serupa dengan Terranoid).
    • Kaiser, yang bermaksud Maharaja, ialah bentuk bahasa Jerman bagi perkataan Latin, Caesar.
    • Bersama Ultraman Zearth, Belial merupakan salah seorang dari salah satu daripada beberapa Ultra yang telah ditunjukkan membuka mulutnya. Tetapi tidak seperti Zearth, dia membuka mulutnya sepanjang masa apabila bercakap.
    • Belial merupakan Ultra pertama yang matanya tidak bulat dan tidak berbentuk kotak seperti kebanyakan Ultra.
    • Belial berfungsi sebagai selari gelap (dark parallel) kepada Ultraman Zero. Kedua-dua mereka berazam untuk menjadi Ultra yang berkuasa dan kedua-dua mereka mencari kuasa Plasma Spark.
    • Sut Early Style Belial telah dinyatakan dibuat dengan mengubah suai sut Ultraman Zearth.
    • Nama asal Arch Belial ialah "Tyrant Belial". Kemungkinan ia telah ditukar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan Tyrant. Nama itu kemudian dikitar semula untuk bentuk Tyrant yang bernama Belial Tyrant.
    • Pada asalnya, reka bentuk Arch Belial dimaksudkan untuk menjadi lebih humanoid ataupun lebih robotik. Bagaimanapun ia akhirnya tersangkut dengan reka bentuk raksasa. Ironinya, kostum Arch Belial agak sukar untuk dikekalkan dan sangat rapuh semasa penggambaran kerana kostum itu dibuat terlewat mengikut jadual. Belon sering digunakan dalam pementasan untuk mewakili bentuk ini.
    • Kerasukan Belial terhadap Zero telah diteorikan mungkin kerana sifat Ultra. Ultra Armor (lebih merujuk kepada kulit tetapi juga termasuk badan dalaman Ultra) memegang intipati cahaya dalaman mereka yang lemah dalam persekitaran seperti Bumi.
      • Apabila Zero mengusir Belial dari badannya, dia hanyalah jisim spektrum tenaga gelap yang membentuk bahagian atas badannya, menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa Reionics baharu untuk merasuk awalnya Armored Darkness dan kemudian Zero.
      • Kerasukan Belial terhadap Zero adalah kebalikan dari kiasan Ultra klasik, bermula dengan Ultraman pertama. Ia adalah di mana seorang Ultra bergabung dengan orang yang mati, menghidupkannya semula. Dalam kes Belial, dia bergabung dengan orang yang hidup untuk menghidupkan dirinya semula.
    • Sebab Belial dan empat ahli Darkness Five yang lain 'menyusup' ke dalam Ultraman Retsuden episod 100 adalah kerana ia merupakan episod ke-100 siri Ultraman Retsuden dan Zero sepatutnya berada dalam episod itu.
    • Chimeraberus telah disilap anggap oleh sesetengah peminat sebagai bentuk baharu Galberos ataupun gabungan Giga Khimaira dan Galberos disebabkan oleh nama mereka. Ini serupa dengan kekeliruan awal dengan Magatano-Orochi sebagai gabungan Maga-Orochi dan Gatanothor.
    • Berbanding menggabungkan aset komponennya, bentuk Fusion Rise Belial sendiri sebaliknya mengambil sifat-sifat biasa antara komponen itu dan menambahkannya pada dirinya sendiri.
    • Melihat bagaimana Belial Atrocious berkongsi gaya yang sama seperti Geed Primitive, pada asalnya reka bentuknya sepatutnya menjadi reka bentuk Geed, selain warnanya ialah hitam dan merah.
    • Untuk mempromosikan filem kedua Zero, Tsuburaya Productions membuka sebuah blog di mana Belial memberitahu kepada pembaca tentang tindakannya dan mengepos empat panel komik tentang dirinya. Blog itu telah ditutup pada akhir tahun 2017 setelah finale Geed, bagaimanapun versi arkib turut wujud.
    • Apabila ditanya apakah Raksasa Gabungan Belial yang ingin beliau hasilkan jika mereka kembali, Masayuki Gotoh membalas bahawa beliau ingin menggabungkan Greeza dan Leugocyte.[7]
    • Memiliki skandal Hiroyuki Miyasako mengenai penglibatannya dengan "kumpulan antisosial" pada 2019, episod ke-24 siri Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey telah membuatkan keseluruhan dialog suara dan dengusan Hiroyuki sebagai Ultraman Belial dalam Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie dialih keluar dan digantikan dengan dengusan stok Yuki Ono, menyebabkan watak itu hanya mendengus.

    Rujukan[]

    Kaiju Ultraman Zero
    Ultraman Zero: The Revenge of Belial Alien Esmeralda Emerana | Brigante | Legionoid | Iaron | Darkgone | Darklops | Malebrandes | Delust | Lanun Api | Rakyat Dua Dimensi | Arch Belial
    Ultraman Zero Side Story: Killer the Beatstar Beatstar | Gomora Rei | Ace Killer | Inpelaizer | King Joe | Litra Rei (S) | Alien Bat
    Ultraman Saga Hyper Zetton | Alien Bat | Sphere | Gubila | Gomess (S) | Arstron | Legionoid | Chaos Header 0 | Lidorias | Bolgils | Mogrudon | Golmede | Mienin | Eligal | Tyrant | Black King | King Pandon | Antlar | Verokron
    Ultra Zero Fight Bemular | Telesdon | Gudon | Sadola | Alien Bat Gurashie | Red King | Galberos | Gan-Q | Bemstar | Pigmon Moroboshi-kun | Illusion Ultraman Zero | Alien Mefilas Sly | Alien Hipporit Jatar | Alien Temperor Villainous | Alien Groza Grocken | Alien Deathre Deathlogue | Silvergon | Rakyat Fanegon | Tyrant | Armored Darkness | Kaiser Darkness
    Kaiju Ultraman Geed
    Ultraman Geed Alien Pegassa Pega | Skull Gomora | Alien Shadow (Zenna, Kuruto) | Alien Sturm Kei Fukuide | Dada | Darklops Zero | Alien Hook | Alien Pitt Tree-Tip | Eleking | Samekujira | Lunah | Arstron | Thunder Killer | Galactron | Tyrant | Alien Zobetai Nabia | Zandrias | Alien Groza | Alien Serpent | Alien Pedan | Alien Zelan | Alien Doble | Alien Neril | Alien Bado | Pedanium Zetton | Alien Ckalutch | Zegun | Cicada Woman | Alien Godola (Godo-Wynn) | Chimeraberus | Legionoid Dada Customize | Zaigorg | Mecha Gomora | Star Bem Gyeron | Lecuum | Gubila | King Galactron | Lidorias | Alien Reiblood | Reibatos | Alien Mefilas Sly | Alien Hipporit Jatar | Alien Temperor Villainous | Alien Groza Grocken | Alien Deathre Deathlogue
    Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes! Rakyat Kushia (Buran Saderuna, Airu Higa) | Alien Pegassa Pega | Jugglus Juggler | Tentera Galactron | Gillvalis | Valis Raider | Alien Jaki Arlon | MJ Galilee | Gukulushisa | Ruffle | Alien Norvar | Rawaan Man | Alien Gemaha | Idarada | Magdom | Bruck | Alien Nackle | Alien Ckalutch | Alien Shaplay | Galmess | Hupnath | Alien Bado | Kemur | Lecuum
    Ultraman Festival 2017 Ultra Dark-Killer | King Galactron | Alien Pedan | Perfect King Joe
    Ultraman Fusion Fight! Capsule Fusion MagaMaga-Arch Belial | Strong Gomorant | Bemzeed | Burning Bemstra
    Another Gene Nix Kanaya | Alien Shadow Zena | Alien Sturm Kei Fukuide | Dori-chan | Ele-chan | Gubi | Alien Magma
    Ultra
    Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
    Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
    Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
    Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark
    Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
    Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
    Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
    Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
    Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
    Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Emak Tran | Prometheus | The Elder | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
    Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
    Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
    Ultra Diharamkan Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)
    Advertisement