Ultraman Wiki
Ultraman Wiki
Advertisement


Ultraman Ace (ウルトラマンAエース, Urutoraman Ēsu) merupakan rancangan ke-5 dalam Siri Ultraman dan ia memiliki jumlah 52 episod. Ia telah disiarkan di Tokyo Broadcasting System dari 7 April 1972 sehingga 30 Mac 1973.

Sinopsis[]

Yapool, makhluk bangsa interdimensi purba berusaha untuk menakluk Planet Bumi dengan bala tentera raksasanya yang dipanggil Raksasa Dahsyat. Seorang ahli terbaru Ultra Brothers, Ultraman Ace tiba di Bumi untuk membantu manusia dalam pertarungan menentang Yapool. Terharu dengan pengorbanan kedua-dua Seiji Hokuto dan Yuko Minami, dia menghidupkan semula mereka dan memberi mereka Ultra Ring yang membolehkan mereka untuk bertukar menjadi Ultraman Ace apabila perlu.

Produksi[]

Pada ketika ini, Siri Ultraman sedang menghadapi persaingan langsung dari siri seperti Kamen Rider. Ini menyebabkan siri Ace untuk mula beralih dari pengembaraan misteri/fiksyen sains ke fantasi adiwira penuh. Juga, kesemua Ultraman sebelumnya seperti Ultraman, Ultraseven, Ultraman Jack (dari siri Return of Ultraman) dan juga Zoffy membuat kemunculan yang lebih kerap dalam siri ini, di mana mereka hanya muncul sebagai tetamu dalam rancangan sebelumnya, Return of Ultraman. Di samping itu, penulisan siri menjadi lebih gelap, sedikit episodik, dan jauh lebih sengit apabila Ace berhempas pulas menentang kejahatan Yapool, makhluk paling jahat pertama dari keseluruhan francais. Kematian penduduk setempat lebih kerap berlaku dan raksasa sering ditamatkan dengan cara yang sangat ganas, walaupun kematiannya tidak sebanyak yang akan terjadi dua tahun kemudian dengan kemunculan siri Ultraman Leo.

Siri Ace juga terkenal kerana memperkenalkan hos perempuan pertama dalam francais iaitu Yuko Minami. Malangnya, prasangka jantina pada masa itu menimbulkan reaksi balas terhadap Yuko, ditambah pula dengan kakitangan yang bertungkus-lumus untuk menulis plot untuk menggabungkannya dan Hokuto dengan fokus yang sama, sehingga memaksa pengeluar untuk menulisnya habis dari rancangan itu. Ia juga memperkenalkan konsep antagonis berulang dengan Yapool menjadi penjahat utama.

Watak[]

TAC[]

  • Seiji Hokuto
  • Yuko Minami
  • Noriko Mikawa
  • Goro Ryu
  • Ichiro Yamanaka
  • Tsutomu Konno
  • Kozo Yoshimura
  • Kaji Yoichi

Keluarga Umezu[]

  • Dan Umezu
  • Kayoko Umezu

Ultra[]

Antagonis[]

Kaiju[]

Pelakon[]

  • Seiji Hokuto (北斗星司, Hokuto Seiji): Keiji Takamine (高峰 圭二, Takami)
  • Yuko Minami (南夕子, Minami Yūko): Mitsuko Hoshi (星光子, Hoshi Mitsuko) (1-29, 39 & 52)
  • Noriko Mikawa (美川 のり子, Mikawa Noriko): Keiko Nishi (西恵子, Nishi Keiko)
  • Goro Ryu (竜五 郎, Ryu Goro): Tetsurō Sagawa (瑳川哲朗, Sagawa Tetsurō)
  • Ichiro Yamanaka (山中一郎, Yamanaka Ichiro): Okita Shunichi (沖田駿一, Shunichi Okita)
  • Tsutomu Konno (今野勉, Konno Tsutomu): Masaaki Yamamoto (山本正明, Yamamoto Masaaki)
  • Kozo Yoshimura (吉村公三, Yoshimura Kozo): Koyo Sano (佐野光洋, Sano Koyo)
  • Kaji Yoichi (梶洋一, Yoichi Kaji): Katsumi Nakaiyama (中山 勝己, Nakaiyama Katsumi) (1-3, 5-14, 27 & 31)
  • Dan Umezu (梅酢ダン, Umezu Dan): Umezu Akinori (梅酢秋則, Akinori Umezu)
  • Kayoko Umezu (梅津香代子, Umezu Kayoko): Rie Miyako (宮野リエ, Miyako Rie) (29-43)
  • Pencerita (ナレーター, Nareta): Shin Kishida (岸田森, Kishida Shin)

Pelakon suara[]

  • Ultraman Ace (ウルトラマンエース, Urutoraman Ēsu): Goro Naya (納谷悟朗, Naya Gorō)
  • Ultraman (ウルトラマン, Urutoraman): Mahito Tsujimura
  • Zoffy (ゾフィー, Zofī): Osamu Saka (episod 5 & 35), Goro Naya (dengusan episod 5), Masao Nakasone (dengusan episod 5, 13 dan 26), Osamu Ichikawa (episod 13), Keisuke Yamashita (episod 23)
  • Ultraseven (ウルトラセブン, Urutorasebun): Osamu Saka
  • Ultraman Jack (ウルトラマンジャック, Urutoraman Jakku): Keisuke Yamashita (episod 13)
  • Bapa Ultra (ウルトラの父, Urutora no Chichi): Masao Nakasone (dengusan bernada rendah), Tetsuya Kaji (suara bercakap)
  • Yapool (ヤープル, Yapurū): Hirofumi Takada (高田裕史, Takada Hirofumi)

Pelakon sut[]

  • Ultraman Ace (ウルトラマンエース, Urutoraman Ēsu): Tadashi Nakanishi (中西正, Nakanishi Tadashi) (1-2) & Shoji Takeuchi (武内正治, Takeuchi Shoji)
  • Raksasa-Dahsyat (超獣, Chōjū): Toru Kawai (河合 徹, Kawai Tōru) (1-12, 25-39, 41-47), Isao Zushi (図師勲, Zushi Isao) (13-24), Tokio Yamaji (矢島登喜男, Yamaji Tokio) (48-52), Kin'ichi Kusumi (久須美 欽一, Kusumi Kin'ichi) (41-42)

Muzik[]

  • Ultraman Ace (ウルトラマンエース, Urutoraman Ēsu)
    • Lirik: Kyōichi Azuma
    • Komposisi: Masahiko Aoi
    • Artis: Honey Knights, Misuzu Children's Choral Group

Home Media[]

Sebuah DVD Malaysia telah dikeluarkan pada tahun released in 2014. Ia mengandungi sari kata Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina serta alih suara Bahasa Kantonis/Cina.

Mill Creek Entertament telah mengeluarkan siri yang lengkap pada 26 Mei 2020 di bawah keluaran Steelbook dan Blu-Ray.

Trivia[]

  • Tajuk kerja untuk siri ini termasuklah Ultra V (ウルトラVブイ, Urutora Bui), Ultra Fighter (ウルトラファイター, Urutora Faitā) dan Ultra Hunter (ウルトラハンター, Urutora Hantā) dan akhirnya mereka memilih Ultra Ace (ウルトラエース, Urutora Ēsu)[1]. Malangnya, nama itu sudahpun dilindungi hak cipta, oleh itu ia dinamakan semula sebagai Ultraman Ace. Hakikat bahawa Ultra A telah dinamakan semula menjadi Ultraman Ace ini ialah sangat penting, kerana ia menetapkan preseden dari semua rancangan seterusnya dinamakan sebagai Ultraman diikuti oleh tajuk mereka masing-masing dan bukannya Ultra sahaja.
    • Sehingga ke tahap ini, "Ultra" yang telah menjadi tajuk dan bukan "Ultraman", seperti yang ditunjukkan dengan nama siri Ultraseven (Ultraman Jack asalnya dirancang untuk menjadi rupa kemaskini bagi Ultraman asal, dan belum diberi namanya).
    • Ini bermaksud bahawa Ultraman merupakan satu-satunya Ultra dengan gelaran Ultraman, dan yang lain dikenali sebagai Ultra -- seperti Ultraseven. Ia tidak diketahui apa maksud perkara ini bagi Ultraman Jack.
  • Ini merupakan siri pertama yang memperkenalkan makhluk cahaya yang bukan sebahagian dari Ultra Brothers, yang mana tentunya merupakan Bapa Ultra, Komander Tertinggi dalam Pasukan Pertahanan Antara Galaksi.
  • Ini merupakan Siri Ultraman pertama yang memiliki sedutan episod seterusnya di akhir episod.

Pautan luar[]

Rujukan[]

Produksi
Siri Showa Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80
Siri Heisei Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B
Siri Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Di Luar Jepun Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising
Original Video dan TV Special Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone
Filem Showa Ultraman: Monster Movie Feature | Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story
Filem Heisei Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Super 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie
Filem Reiwa Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie | Ultraman Arc The Movie
Spin-off Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero vs. Darklops Zero | Q - Door to Another Dimension | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | The Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | Ultraseven IF Story | SKaRD Break Room
Siri Pengulangan Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars
Informasi Ultraman The Prime | ULTRAMAN ARCHIVES | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Ultra Information Center | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultra Construction Tour | THE ORIGIN OF ULTRAMAN | Ultraman 4K Discovery
Dokudrama Fly in the Sea Breeze! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen
Siri dan Filem Lain Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wres no Hoshi Azteckaiser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight
Anime The☆Ultraman | Ultraman Kids | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2: The Great Happy Operation | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE
Isi Kandungan Diharamkan Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman
Advertisement