Ultraman Wiki

"Mereka bukan sahaja mencintai awak kerana menjadi Ultraman, mereka juga mencintai awak kerana menjadi guru mereka."

Mirai Hibino kepada 80 (sebagai Takeshi Yamato), Kenangan Guru

Ultraman 80 (ウルトラマン80エイティ, Urutoraman Eiti) merupakan Ultra Brother kesembilan dan juga Ultraman aksi langsung terakhir dari zaman Showa. Sebagai bentuk manusianya, Takeshi Yamato, 80 merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sakuragaoka. Dia berteori bahawa raksasa-raksasa berasal dari Tenaga Minus yang dicipta dari emosi negatif manusia. 80 merupakan seorang guru yang terkenal dari Negeri Cahaya dan Pahlawan Ultra terakhir yang ditugaskan untuk melindungi Bumi sehingga ketibaan Ultraman Mebius pada tahun 2006.

Konsep[]

Etimologi[]

Nama 80 diperolehi dari "Ultraman baharu bagi tahun 1980".

Reka Bentuk[]

Concept art of Ultraman 80

Reka bentuk sut Ultraman 80 dilaksanakan oleh artis Shu Yamaguchi. Ia merupakan pendapat daripada pengarah Koichi Takano bahawa reka bentuk Ultraman klasik kelihatan terlalu dihiasi dengan setiap ansuran baru dalam siri ini, jadi 80 direka untuk kelihatan lebih mudah sementara masih mengikut imej Ultraman yang pertama. Takano juga cuba menjadikan topeng 80 kelihatan lebih berupa manusia, maka dia memberikan penekanan yang lebih tinggi pada bahagian hidungnya; puncaknya ditambah cat merah untuk memberi perhatian yang lebih kepada hidung. Warna merah juga telah ditambahkan di tangan dan kakinya untuk menonjolkan reka bentuk "sarung tangan dan kasut" yang pernah dimiliki oleh Wira Ultra lepas. Oleh itu, bahagian hujung lengan dengan warna merah ditambah ke lengan 80 dan garis merah ditambahkan pada kakinya untuk membuat reka bentuk tersebut kelihatan setia dengan rujukan seboleh mungkin.

Sut NG 80

Sut NG 80

Pemodelan sut Ultraman 80 dilaksanakan oleh Hirakimai Productions. Sisi mata 80 telah dibesarkan untuk menyembunyikan lubang kecil bagi kegunaan pelakon sut sementara celah mulut bernafas telah dibentuk ke bahagian atas dan bawah mulut. Untuk menyembunyikan zip belakang pada sut yang mana biasanya disembunyikan oleh sirip Wira Ultra, pendekatan yang berbeza digunakan bagi 80; topeng kepala penuhnya diperbuat daripada kaca gentian dan direka bentuk untuk dibuka dari belakang kepala di mana tiada poket zip belakang untuk disembunyikan.

Dalam reka bentuk sut NG (Not Good), hidung topeng itu adalah lebih persegi (reka bentuk akhir lebih segi tiga) dan kawasan merah di belakang juga lebih lama. Sut tersebut dipaparkan dalam siri Ultraman Mebius; walau bagaimanapun ia menggunakan reka bentuk belakang merah yang panjang. Di samping itu, pereka Yamaguchi cuba menggunakan pakaian ski untuk sut Ultraman 80, tetapi fabriknya lebih rapuh dan terjatuh daripada badan pelakon sut semasa latihan tembakan maka mereka berbalik semula kepada pakaian basah konvensional untuk pakaian itu.[1]

Miniatur 80 dalam gaya kenaikan untuk adegan transformasi telah diubahsuai dari model 3-cabang Ultraman Taro dalam gaya yang sama.[1]

Sejarah[]

Masa Lalu[]

Tidak banyak yang boleh dikatakan tentang masa lalu 80, tetapi dia dikatakan telah berkawan dengan Yullian ketika itu. Sebagai seorang kanak-kanak, 80 pernah jatuh cinta kepada seseorang yang tidak dinamakan dan telah melakukan pekerjaan separuh masa untuk membeli alat muzik kegemarannya. Malangnya pada masa dia dapat membelinya, katanya gadis itu telah menolaknya dan mempunyai teman lelaki baru. Walaupun 80 merasa terhina, dia memutuskan untuk tetap memberikan hadiah itu kepadanya sebagai tanda perasaannya. Jangan Menangis, Raksasa Cinta Pertama

Ultraman 80[]

80 Classic 1

Ultraman 80 datang ke Bumi sebagai salah seorang ahli terbaru Pasukan Pertahanan Antara Galaksi (didedahkan dalam Ultraman Mebius yang dia adalah Ultra Bersaudara kesembilan), dalam bentuk Takeshi Yamato. Selepas berehat lima/empat tahun sejak Ultraman Leo pergi (1974-1975), raksasa mula muncul semula.

Teori Yamato ialah raksasa dilahirkan daripada kejahatan, kebencian, atau kesedihan manusia. Dia memutuskan untuk menjadi guru di Sekolah Menengah Sakuragaoka dan berkhidmat sebagai guru sains, serta guru kelas yang bertanggungjawab untuk Tingkatan 1 Bahagian E. Dia benar-benar berdedikasi kepada pelajarnya, kerana dia berada di sana untuk mengajar mereka bukan sahaja tentang sains, tetapi juga tentang kehidupan.

Malangnya, dia mempunyai kecenderungan untuk lewat, jadi dia melakukan perkara-perkara seperti berjanji kepada pelajarnya untuk berjalan ke kelas dengan tangan jika dia lewat lagi pada masa akan datang, atau berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai guru. Dia juga memulakan kumpulan muzik dengan pelajarnya dan bermain gitar elektrik. Keghairahannya yang terlalu tinggi dengan cepat memenangi kesetiaan pelajarnya, tetapi sering menjadikannya sasaran mudah Guru Timbalan Pengetua Kumi Nozaki. Yamato suka nasi dengan terlu dadar dan jus oren. Dia juga menyayangi Kyoko Aihara, guru gim, tetapi hilang semua keyakinan pada dirinya dan rasa tenang di hadapannya. Yamato memakai sut oren dan perak untuk lapor diri di UGM selepas sekolah dan pada hari Ahad. Dia mendapat pekerjaan daripada Kapten Kazuki Oyama kerana mereka berdua hadir di taman dalam episod pertama, mencari petanda aktiviti raksasa baharu. Oyama gembira bertemu dengan seseorang yang percaya kepada kemunculan semula raksasa.

Bagaimanapun, ahli pasukannya sendiri juga mempunyai keraguan mereka, kerana tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengalaman tempur terdahulu seperti kapten veteran mereka. Di sekolah, hanya Pengetua Kennosuke Hayashi yang mengetahui aktiviti ekstrakurikuler Yamato. 80 mempunyai salah satu situasi manusia yang lebih sukar berbanding mana-mana Ultra. Identiti Ultraman 80 tidak boleh didedahkan untuk diketahui oleh manusia kerana pendedahannya akan memaksa 80 meninggalkan Bumi. Namun, Yamato mesti tetap mengimbangi UGM dan sekolah, sambil menyembunyikan identiti sebenar semasa menyayangi Aihara. Tidak hairanlah dia sering berlari untuk ke kelas tepat pada masanya. Seseorang mesti tertanya-tanya bila dia mempunyai masa untuk menanda kertas ujian. Walaupun bertekad untuk mengajar pelajarnya tentang tanggungjawab dan integriti, dia perlu sentiasa berbohong dan memungkiri janji untuk mengekalkan perwatakan berbilang rahsia ini.

80 & Yullian

80 & Yullian

Ultraman 80 dan Yullian pulang ke rumah selepas peristiwa episod terakhir menentang raksasa Margodon. Dalam episod akhir, UGM sendiri memusnahkan Margodon. Didedahkan bahawa Kapten Oyama mengetahui identiti sebenar Yamato dan Ryoko Hoshi, dan satu majlis kecil diadakan untuk menghargai bantuan Ultraman 80 dan Yullian semasa di Bumi.

Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country[]

Ultraman 80 muncul dalam episod kedua Ultraman Graffiti sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Dalam episod itu, dia terkena pada sesuatu yang jatuh padanya.

Ultraman Mebius[]

Akan ditambah.

Mega Monster Battle: Ultra Galaxy Legends The Movie[]

Akan ditambah.

Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire[]

Selepas Ultraman Zero dan Ultraseven memusnahkan beberapa Darklops Zero, salah seorang daripadanya meninggalkan sejenis alat. Dalam perjumpaan semula sesama Garison Angkasa, Ultraman 80 dapat merasakan Minus Energy dari alat itu. Menunjukkan dari mana ia datang, para Ultra membuat kesimpulan bahawa Darklops yang ditewaskan tadi berasal dari alam semesta alternatif, namun tidak dapat pergi bersama untuk menghentikannya, kemudian Ultraman Zero memberitahu bahawa dia yang akan pergi supaya dia dapat mencari takdirnya. Sebelum Ultraman Zero berlepas, semua Ultra memberikan cahaya mereka kepadanya. Beberapa waktu kemudian, ketika Tanah Cahaya diserang oleh tentera Belial, pasukan Garison Angkasa berjuang melawan tentera Belial dan ia berakhir dengan kejayaan disebabkan oleh tindakan Zero yang memusnahkan semua markas Belial, dan termasuk juga Belial.

Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Bab 1[]

80, Neos dan Seven 21 memburu Leugocyte

80, Neos dan Seven 21 memburu Leugocyte

80 bersiap sedia di Planet Kanon sekiranya berlaku kecemasan semasa perjalanan diplomatik Yullian dan Sora. Leugocyte tiba-tiba muncul, memaksa 80 untuk turun ke planet itu untuk mempertahankannya dari amukan raksasa itu. Selepas pertarungan singkat, 80 mengusirnya. Dia kemudian kembali ke Ibu Pejabat Pasukan Pertahanan Antara Galaksi di mana dia bertemu dengan Zoffy, Ultraman Taro dan Ultraman Hikari, melaporkan keadaan itu kepada mereka. Secara kebetulan, Ultraman Ribut juga hadir, dan melaluinya 80 mengetahui apa yang berlaku kepada Ultraman Max. 80 mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada dirinya, Ultraman Neos dan Ultraseven 21 untuk menjejaki Leugocyte, melawannya di Planet Feed. Tiba-tiba, Absolute Tartarus muncul bersama dengan Reibatos, menyuruh Reibatos untuk menghidupkan semula Gymaira untuk mengganggu pertempuran. Wira Ultra itu berada dalam keadaan terdesak sehingga Ultraman Cosmos dan Ultraman Justice tiba, memberikan 80 peluang untuk menghabisi Gymaira dan kembali membantu yang lain melawan Leugocyte. Mereka akhirnya mengalahkan Leugocyte tetapi tiba-tiba diserang oleh Absolute Tartarus. Mujurlah, Cosmos dan Justice menjadi Ultraman Legend, memaksa Tartarus berundur. Selepas pertempuran berakhir, 80 dan yang lain kembali ke Ibu Pejabat Pasukan Pertahanan Antara Galaksi untuk melaporkan keadaan itu kepada Zoffy. Permulaan

Ultraman Ginga[]

Sebelum peristiwa siri Ultraman Ginga, Ultraman 80 mengambil bahagian dalam Perang Dark Spark tetapi kali ini dia tidak hanya bertarung bersama dengan Ultra Bersaudara, tetapi juga dengan Ultra lain yang datang dari alam semesta lain dan sekutu mereka yang menentang kejahatan. Di tengah-tengah peperangan itu, Dark Lugiel menukarkan setiap Ultra bersama sekutu mereka, raksasa dan makhluk asing menjadi Spark Doll. Dengan peperangan itu berakhir, seorang wira misteri muncul dan berhadapan dengan Dark Lugiel tetapi seperti yang lain, dia juga berubah menjadi Spark Doll. Lokasi patung Ultraman 80 tidak didedahkan sepanjang siri tetapi dia nampaknya telah kembali ke angkasa semula selepas kekalahan Dark Lugiel.

Ultraman Geed[]

80 ialah antara Wira Ultra yang berjuang melawan Belial dan tenteranya dalam Omega Armageddon. Walau bagaimanapun, 80 hanya dapat menatap kegagalan mereka kerana kezaliman yang berjaya mencetuskan Impak Krisis sebelum King mengorbankan dirinya untuk membalikkan kemusnahan yang dibuat oleh Belial.

Kesinambungan Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy[]

Berikutan perubahan pada garis masa yang dibuat oleh Tartarus dan situasi di Satelit Golgota yang dilaporkan, 80, bersama Taro, Zoffy, Bapa Ultra dan Ibu Ultra membincangkan apa yang dia boleh kejar dan apa "Kerajaan" yang disebutnya. Perbezaan

Yullian, 80, dan beberapa yang lain berada di dalam Kapal Angkasa Diraja dalam perjalanan ke Planet Kanon untuk Persidangan Keamanan Persekutuan Antara Galaksi, tetapi mereka diserang dan terhempas mendarat di Planet Ebil. Hanya 80 dan Yullian terselamat. Mereka tidak lama kemudian diserang oleh Zett dan tentera Zettonnya, dan menghantar isyarat kecemasan ke Negeri Cahaya. Mereka berdua melawan musuh itu sehingga Ultraman Mebius, Taiga dan Z tiba untuk membantu mereka. Kemudian, Ultraman Zero, Ultraman Joneus, Ultraman Titas, Ultraman Fuma, Ultrawoman Grigio, Ultraman Ribut dan Andro Melos juga muncul, dan mereka semua melawan tentera Zetton bersama-sama. Absolute Tartarus tiba melalui portal untuk menculik Yullian, tetapi Zero berubah menjadi Ultimate Shining Zero untuk menghalangnya.

Tidak lama selepas menewaskan Ultimate Shining Zero di Narak, Absolute Tartarus muncul, mengambil Yullian sebagai tebusan dan memaklumkan wira itu tentang motif sebenarnya sebelum meminta Ultraman Belial dan Ultraman Tregear menembak mereka semua. Pasukan itu juga menerima berita daripada Ultraman Hikari bahawa Genegarg telah mencuri Z Riser dan Pingat Ultra dari Negeri Cahaya, menyebabkan Z terbang tergesa-gesa manakala Zero mengikutinya. Liga Ultra dan Tri-Squad bersiap sedia untuk merekrut lebih ramai wira untuk pertarungan yang akan datang menentang Kerajaan. Kemunculan

Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad[]

80 504

Setibanya kembali di Negeri Cahaya, 80 dan Liga Ultra bertemu dengan pihak atasan mereka, dengan dia menyalahkan dirinya sendiri atas penangkapan Yullian. Dengan Bapa Ultra memberikan tugas kepada pasukan itu, Andro Melos meyakinkan 80 bahawa dia tidak akan gagal dalam misi menyelamatnya. Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad

Profil[]

Ultraman 80

Ultraman 80

Statistik[2][]

  • Ketinggian: 50 meter
  • Berat badan: 44,000 ton
  • Umur: 8,000 tahun
  • Kelajuan penerbangan: Mach 9
  • Kelajuan berlari: Mach 2.2
  • Kelajuan bawah air: 630 knot
  • Jarak lompatan: 700 meter

Transformasi[]

Takeshi menggerakkan penumbuk tangannya ke kiri dan kanannya sebelum memegang tongkat di udara dan menjerit "Eighty!", sambil mengaktifkan butangnya dan kemudian memancarkan cahaya yang menukarkan Takeshi menjadi Ultraman 80.

Kemampuan[]

  • Cermin Pelantun Ultra (ウルトラリバウンドミラー, Urutora Ribaundo Mirā): 80 boleh mencipta medan kuasa untuk melindungi dirinya daripada serangan yang datang.
  • Cermin Halasi (ハレーションミラー, Harēshon Mirā): 80 menjelmakan sebuah cermin untuk memantulkan semula serangan.
  • Teleportasi Ultra (ウルトラテレポテーティング, Urutora Terepōtētingu): 80 mengelilingi dirinya dengan cincin-cincin untuk memindahkan dirinya ke tempat lain, malah ke dimensi lain.
    • Pancaran Teleportasi Antara Dimensi (異次元テレポートビーム, Ijigen Terepōto Bīmu): 80 boleh memindahkan dirinya bersama makhluk lain ke tempat yang berbeza.
  • Ultra Sign (ウルトラサイン, Urutora Sain): Seperti Ultra yang lain, 80 boleh memancarkan isyarat kecemasan jika keadaan menjadi tidak terkawal.
  • Pengecilan Ultra (ウルトラリダクション, Urutora Ridakushon): 80 boleh mengecilkan badannya ke saiz mikro.
  • Tembakan Mata Ultra (ウルトラシューティングアイ, Urutora Shūtingu Ai): Satu kebolehan yang membolehkan 80 menjejak lawan yang tidak kelihatan.
  • Sfera Perjalanan: Seperti Ultra lain, 80 mampu bergerak menggunakan sfera perjalanan.
  • Badan Perkasa (マイティボディ, Maiti Bodi): Kaedah pertahanan sekunder 80. Dia mengeraskan tubuhnya sehingga peluru berpandu pemusnah sekalipun dapat melantun daripadanya.

Teknik[]

Istimewa[]

  • Pancaran Succium (サクシウム光線, Sakushiumu Kōsen)[3]: Serangan pancaran gaya "L" milik 80. Dia mengangkat lengannya di udara, satu menunjuk ke atas, dan satu lagi ke kanan, kemudian kedua-duanya disatukan membentuk gaya "L". Sangat berkuasa, mampu memusnahkan raksasa dengan sekali serangan. Namanya diambil daripada perkataan "Success" (kejayaan).
    • Pancaran Succium Jenis B (サクシウム光線Bタイプ, Sakushiumu Kōsen Bī Taipu): Versi kedua Pancaran Succium yang menembak aliran tenaga merah dari bahagian hadapan lengan, bukan dari sisi. Ia juga dipanggil Pancaran Kuasa Guts (ガッツパワー光線, Gattsu Pawā Kōsen).
    • Pancaran Succium Jenis C (サクシウム光線Cタイプ, Sakushiumu Kōsen Shī Taipu): Versi lain Pancaran Succium yang digunakan untuk menjejak lawan yang tidak kelihatan.
    • Pancaran Tangan Ke Atas (ハンドアップ光線, Hando Appu Kōsen): Pengubahsuaian dari Pancaran Succium, 80 mengangkat tapak tangannya ke atas lalu menghantar gelombang tenaga kepada musuh.
  • Pancaran Buckle (バックルビーム, Bakkuru Bīmu): 80 boleh memancarkan letupan berbentuk berlian dari bentuk berlian pada perutnya. Serangan ini boleh segera diikuti dengan Pancaran Succium.
  • Titik Mata Ultra (ウルトラアイスポット, Urutora Ai Supotto): Keupayaan yang serupa dengan Tembakan Mata, tetapi berwarna kuning dan lebih berkesan. Ia boleh mengembalikan makhluk ke bentuk asal mereka.
  • Tembakan Lurus Ultra (ウルトラストレートフラッシュ, Urutora Sutorēto Furasshu): Aliran tenaga biru pekat.
  • Pancaran Lingkaran Ultra (ウルトラスパイラルビーム, Urutora Supairaru Bīmu): 80 boleh menembak pancaran putaran dari tangannya yang mampu menjatuhkan piring terbang.
  • Tembakan Ultra (ウルトラショット, Urutora Shotto): Pancaran berkuasa rendah yang boleh ditembak dalam pelbagai cara.
  • Pancaran Percikan (スパーク光線, Supāku Kōsen): Ketika terbang, 80 boleh menembak tenaga elektrik dari tubuhnya.
  • Sinar Z Kuning (イエローZレイ, Ierō Z Rei): Aliran tenaga kuning yang pekat.
  • Tembakan Pemasa (タイマーショット, Taimā Shotto): 80 boleh mengecas Color Timer-nya dengan tenaga dan menembak cincin cahaya biru daripadanya. Digunakan menentang Delusion Ultraseven dan Alien Baltan.
    • Lingkaran Pemasa (タイマースパイラル, Taimā Supairaru): 80 boleh mengecas Color Timer-nya dan menembak pancaran yang berputar daripadanya, membuat lawan berpusing dalam gerakan spiral.
  • Tembakan Panahan Ultra (ウルトラアローショット, Urutora Arō Shotto): 80 boleh menembak panahan tenaga dari tangannya.
    • Tembakan Panahan Ultra Jenis B (ウルトラアローショットBタイプ, Urutora Arō Shotto Bī Taipu): 80 melepaskan satu panah merah besar daripada kedua-dua tangannya.
    • Panahan Berganda Ultra (ウルトラダブルアロー, Urutora Daburu Arō): Teknik serupa yang melancarkan dua anak panah laser merah yang lebih kecil.
  • Pancaran Tembakan (シューティングビーム, Shūtingu Bīmu): 80 boleh menembak letupan tenaga jingga kecil dari tangannya.
  • Sinar Lembing Ultra (ウルトラレイランス, Urutora Rei Ransu): Sebuah lembing tenaga yang dijelmakan oleh 80 untuk dilontar ke arah musuh.
  • Centasan Ultra (ウルトラスラッシュ, Urutora Surasshu): Serangan centasan seperti gergaji tenaga, mirip dengan yang kepunyaan Ultraman asal. Ia memekatkan tenaga Succium ke dalam bentuk gelang sebelum dilontarkan ke arah musuh. 80 mempelajari serangan ini daripada Ultraman asal.[4]
  • Aura Ultra (ウルトラオーラ, Urutora Ōra): 80 menjelmakan kuasa kuat untuk melindungi dirinya dengan aura kuning, lalu melepaskannya sebagai projektil sinar.
  • Kuasa Perubatan (メディカルパワー, Medikaru Pawā): 80 mempunyai kebolehan penyembuhan yang kuat.
  • Gelombang Ultra (ウルトラウェーブ, Urutora Uēbu): 80 boleh menembak pelbagai gelombang biru dari tangan kanannya, yang mampu mendedahkan musuh tidak kelihatan.
  • Pancaran Hula-Hoop (フラフープ光線, Furafūpu Kōsen): 80 menghantar cincin biru ke arah musuh. Ia kemudian berganda dan membuat musuh hilang.
  • Pancaran Ring Ring (リングリング光線, Ringu Ringu Kōsen): 80 menembak cincin kuning dari hujung jarinya. Ia boleh mengembalikan manusia yang sudah berubah menjadi Kaiju kepada bentuk asal mereka.
  • Pancaran Pengecil (縮小光線, Shukushō Kōsen): 80 menembak sinar yang serupa dengan Tembakan Pemasa, tetapi mampu mengecilkan musuh menjadi saiz yang sangat kecil.

Fizikal[]

  • Lengan Ultra (ウルトラアーム, Urutora Āmu): 80 boleh mengecas lengannya dengan tenaga untuk libasan yang jauh lebih kuat.
    • Tetakan Ultra (ウルトラチョップ, Urutora Choppu): Tebasan tajam yang menyalurkan tenaga yang dikumpul di tangan.
  • Kaki Ultra (ウルトラフット, Urutora Futto): Serangan yang serupa dengan Lengan Ultra, tetapi menggunakan kaki 80.
    • Tendangan Lurus (ストレートキック, Sutorēto Kikku): Tendangan berkelajuan tinggi yang menyasar musuh yang sedang menerjah dari hadapan.
    • Tendangan Kanggaru (カンガルーキック, Kangarū Kikku): Teknik tendangan menggunakan kedua-dua kaki ke arah lawan yang membuatkan mereka jatuh ke tanah. Ia hanya digunakan apabila diserang dari belakang.
    • Tendangan Ultra 400 Inci (ウルトラ400文キック, Urutora 400 Bun Kikku): Serangan tendangan berkuasa yang berkait dengan saiz kaki 80. 80 melompat untuk menendang dan mensasarkan kepala musuh. Ia kerap digunakan sebagai teknik susulan. Dikatakan mempunyai 250 kali ganda kuasa daripada 16 tendangan “sentence” Giant Baba.
    • Tendangan Moonsault (ムーンサルトキック, Mūnsaruto Kikku): 80 boleh mengecas kakinya dengan tenaga untuk tendangan yang jauh lebih kuat.
    • Tendangan Bom (爆弾キック, Bakudan Kikku): Tendangan berkuasa dengan tenaga yang dicas di kakinya pada lawan sehingga menghasilkan letupan.
    • Tendangan Mesingan (マシンガンキック, Mashin Gan Kikku): Satu siri tendangan berpusing yang digunakan untuk memusing dan memeningkan musuh.
  • Tinju Ultra (ウルトラ拳, Urutora Ken): Satu siri pukulan, tendangan dan balingan yang meletup-letup.
  • Buku Lima Ultra (ウルトラナックル, Urutora Nakkuru): Tumbukan berkuasa yang dilakukan ketika terbang.
  • Percikan Badan (ボディスパーク, Bodi Supāku): Jika ditahan musuh, 80 boleh melepaskan denyutan tenaga elektrik yang menolak atau mengejutkan lawan.
    • Percikan Berganda (ダブルスパーク, Daburu Supāku): Versi ganda daripada Percikan Badan.
  • Serangan Badan (ボディアタック, Bodi Atakku): 80 melancarkan dirinya ke arah musuh untuk memeluk atau membelit mereka.
  • Perintang Ultra V (ウルトラVバリヤー, Urutora V Bariyā): 80 menyilangkan lengannya membentuk huruf “V” untuk melindungi diri daripada tembakan. Ia juga dipanggil Penghadang Silang Ultra (ウルトラクロスガード, Urutora Kurosu Gādo).
  • Angkatan Ultra (ウルトラリフティング, Urutora Rifutingu): 80 mengangkat musuh dengan kekuatan fizikalnya.
    • Angkatan Ultra Atasan (ウルトラリフトアップ, Urutora Rifuto Appu): Teknik serupa yang lebih kepada balingan berpusing.
  • Putaran Pembersihan (ローリングウォッシュ, Rōringu Uosshu): 80 melakukan satu pusingan tunggal yang menanggalkan semua bahan yang menutupi tubuhnya.
  • Bola Dinamit (ダイナマイトボール, Dainamaito Bōru): 80 menggulung dirinya menjadi bola yang boleh meluncur mudah di udara.
  • Frekuensi Tinggi Ultra (ウルトラ高周波, Urutora Kōshū-ha): 80 berpusing pada kelajuan yang sangat tinggi, menghasilkan bunyi frekuensi tinggi yang cukup kuat untuk mencederakan lawan.
  • Putaran Udara Ultra (ウルトラ空中旋回, Urutora Kūchū Senkai): 80 terbang mengelilingi musuh dalam pusingan tajam untuk mengelirukan lawan.

Lain-lain[]

  • Tali Layang-layang (カイトストリング, Kaito Sutoringu): 80 boleh memanggil tali merah, biru, dan kuning yang kuat dari lengan kanannya. Digunakan untuk menjatuhkan Ghostdon.
  • Angin Ultra (ウルトラウインド, Urutora Uindo): 80 boleh mencipta angin kencang dari tangan kirinya. Boleh digunakan bersamaan dengan Tali Layang-lyangnya untuk menukar sasaran menjadi layang-layang.
  • Kilat Ultra (ウルトラサンダー, Urutora Sandā): 80 menjadi tongkat kilat literal untuk menarik panahan ke arahnya, untuk mengelakkan kilat daripada menyerang sesuatu yang lain seperti tangki bahan api.
  • Bumerang Ultra (ウルトラブーメラン, Urutora Būmeran): 80 melepaskan bumerang cahaya merah dari bahagian atas kepala.
  • Telekinesis Pertahanan (ディフェンス念動, Difensu Nendō): 80 boleh melindungi dirinya secara mental dari serangan dengan menahan tangan ini.
  • Kemampuan Menghentikan Seketika (瞬間停止能力, Shankan Teishi Nōryiku): 80 boleh memegunkan objek/organisma tertentu pada bila-bila masa dalam masa yang sangat singkat.
  • Laser Pembeku (フリージングレーザー, Furījingu Rēzā): 80 boleh menembak kabut beku dari tangannya.

Gabungan[]

  • Pancaran Kannon Ultra (ウルトラ観音光線, Urutora Kan'non Kōsen): Dengan kuasa gabungan 80 dan patung kuno Kannon, kedua-dua mereka boleh mencipta medan cahaya yang berbintang, namun merosakkan musuh menjadi kelopak bunga.
  • Kuasa Berganda (ダブルパワー, Daburu Pawā): Bersama dengan Yullian, 80 dapat mencipta bulatan tenaga yang besar dari tangan mereka; Lingkaran ini, bagaikan centasan Ultra yang besar, dapat mengalahkan bahkan raksasa yang paling tidak terkalahkan.
  • Pancaran Gabungan (合体光線, Gattai Kōsen): 80 boleh menggabungkan Pancaran Succium-nya dengan Pancaran Ultra lain untuk membentuk pancaran yang kuat. 80 menggabungkan Pancaran Succium-nya dengan Pancaran Spacium Ultraman Jack dan Pancaran Metalium Ultraman Ace untuk menyerang Ultraman Belial.

Kemunculan permainan video[]

Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country[]

Ultraman 80 muncul dalam episod kedua Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country sebagai guru di sebuah sekolah. Dalam episod itu, dia terkena sesuatu yang menimpanya.

Ultraman Fighting Evolution 3[]

Ultraman 80 muncul dalam permainan video Ultraman Fighting Evolution 3 sebagai watak baru. Dia mempunyai dua episod dalam Mod Ultra.

Kemampuan
  • Pancaran Succium
  • Tendangan Moonsault
  • Pancaran Buckle - Boleh Dibuka kunci
  • Sinar Tombak Ultra - Boleh Dibuka kunci
  • Bola Dinamit (X+O)
  • Panahan Berganda Ultra (R1)
  • Percikan Badan
  • Perintang V Ultra (apabila diserang oleh penyudah musuh) - Lalai
  • Pancaran Succium Counter (apabila diserang oleh penyudah musuh) - Boleh dikunci

Ultraman 80 dibuka kuncinya dengan melengkapkan semua Mod Ultra dengan pangkat A atau ke atas, melengkapkan Mod Pertempuran dengan semua Ultraman (termasuk Legend) dan akhirnya melengkapkan 10 Kisah Pencerobohan dengan semua Ultraman (termasuk Legend).

Yullian ialah watak sokongan 80, namun dia tidak boleh dimainkan dan hanya disebut dalam cerita.

Galeri[]

Rencana utama: Ultraman 80 (watak)/Galeri

Trivia[]

  • 80 ialah:
    • Ultra pertama yang mempunyai puncak yang tidak berwarna perak.
    • Ultra pertama dengan lebih daripada satu babak transformasi.
  • Satu-satunya Ultra yang tidak berubah pada skrin dalam Ultraman Mebius walaupun bentuk manusianya muncul (Taro tidak dikira kerana dia telah lama berpisah daripada hos manusianya)
    • Pahlawan Ultra utama pertama yang tidak pernah dikalahkan atau kalah dalam pertempuran dalam sirinya sendiri. **Pertarungannya dengan anak dan ibu Zandrias tidak dikira kerana dia membiarkan dirinya kalah dalam pertempuran untuk memperbaiki ikatan antara dua raksasa itu.
    • Jarang dilihat dengan abang-abangnya yang lain, ia menjadi jenaka dalam OVA 1999 yang Ultra Bersaudara menganggap dia buntu sejak dia menjadi seorang guru.
  • Nama "80" adalah berasal dari "Ultraman Baru 1980".
  • Sehingga Mebius dalam fasa Heisei, Ultraman 80 ialah Ultra yang terakhir dan paling muda dalam Ultra Brothers.
  • Ultraman 80 ialah Ultra utama pertama yang mempunyai rakan pasangan wanita: Yullian.
  • 80 ialah satu-satunya Ultra dalam kalangan Ultra Bersaudara yang tidak ditunjukkan dengan mantel (Leo mempunyai Mantel Ultra dan yang lain mempunyai Mantel Beradik). Hal ini mungkin disebabkan oleh dia lebih muda berbanding yang lain (dia berumur dua ribu tahun lebih tua daripada Mebius, yang dalam tahun Ultra bermaksud mereka berada dalam generasi yang sama atau hampir sama).
  • Bunyi Pemasa Warna 80 merupakan versi yang bernada rendah berbanding Pemasa Warna Taro.
  • Ultraman 80 ialah salah satu Ultra yang langsung tidak bersuara dalam pertempuran. Semasa dalam sirinya, 80 tidak mendengus sama sekali tetapi sebaliknya apabila dia melompat atau terbang, atau kadang-kadang apabila tercedera, sehingga memecahkan rekod Taro. 80 pada asalnya menjadi Ultra yang langsung tidak bersuara sehingga Ultraman Powered dalam Ultraman: The Ultimate Hero yang memecahkan rekodnya kerana dia hampir tidak pernah mendengus walaupun mengalami kecederaan, kecuali apabila dia hendak terbang dan dia juga pernah mendengus sekali ketika menembak Sinar Specium Mega dalam episod 1 sirinya. Ini juga akan dipecahkan oleh kiraan teknikal dengan Ultraman Tiga dalam alih suara 4Kids dengan siri bernama yang sama, di mana Tiga tidak pernah disuarakan.
    • Suara 80 sebelum bertempur dengan Jihibikiran, adalah untuk memberikan peraturan untuk pertempuran mereka.
  • 80 membuat kameo dengan Gora dalam iklan "Chromebook: For Students" Google yang menawarkan perlindungan virus.
  • Ultraman 80, bersama Ultraman Taro, adalah satu-satunya Ultra Bersaudara yang bentuk manusia mereka tidak muncul dalam Ultraman Saga. Zoffy tidak dikira, kerana dia tidak mempunyai set bentuk manusia atau hos manusia.
  • Seperti Taro, stok dengusan asal 80 (terutamanya dengusan 80 yang dibuat ketika dia terbang selepas pertempuran - "Shuwatch") digunakan dalam kemunculannya yang seterusnya dan permainan video.
  • Dalam suatu temu duga, Takeshi Tsuruno, pelakon watak Shin Asuka dan pelakon suara Ultraman Dyna menyatakan bahawa Ultraman 80 ialah Wira Ultra kegemarannya.[5] Takeshi berkata bahawa dia telah menyaksikan siri ini sewaktu zaman kanak-kanaknya dan pernah menyalah anggap bahawa 80 akan muncul dalam Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers sebelum Hiroshi Nagano, pelakon watak dan pelakon suara kedua-dua Daigo Madoka dan Ultraman Tiga pada masa itu membetulkan anggapannya.
  • Pertempuran Ultraman 80 dengan Ghostdon adalah salah satu daripada beberapa kali peristiwa yang Pemasa Warnanya tidak berkedip.
  • Dalam episod 23, 80 dalam bentuk manusianya Takeshi mendakwa yang dia ialah seorang yatim piatu (tidak mempunyai ahli keluarga), maka mengapa dia sanggup mengambil bahagian dalam misi membunuh diri berbanding ahli UGM yang lain. Walaupun disahkan oleh pencerita, sama ada kenyataan ini juga terpakai kepada 80 atau tidak adalah tidak diketahui.
  • Prop yang digunakan untuk babak kebangkitan asal Ultraman Taro telah diubah suai untuk 80, yang kemudiannya diubah suai menjadi milik Gridman.
'"`UNIQ--ref-0000000D-QINU`"''"`UNIQ--ref-0000000E-QINU`"''"`UNIQ--ref-0000000F-QINU`"'

[6][7][8]

  • Model "Bola Dinamit" 80, yang digunakan dalam episod 47, kekal terpelihara dengan baik sehingga hari ini. Diperbuat daripada bahan buih, ia dipamerkan secara terbuka di pameran Tokusatsu DNA: ULTRAMAN Genealogy pada tahun 2020.

Rujukan[]

Ultra
Ultra Showa Ultraman | Zoffy | Ultraseven | Ultraman Jack | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Astra | Ultraman Joneus | Ultraman 80 | Ultraman Scott | Ultraman Chuck | Ultrawoman Beth | Andro Melos
Ultra Heisei Ultraman Great | Ultraman Powered | Ultraman Zearth | Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Agul | Ultraman Neos | Ultraseven 21 | Ultraman Cosmos | Ultraman Justice | Ultraman Legend | Ultraman Noa | Ultraman Nexus | Ultraman the Next | Ultraman Max | Ultraman Xenon | Ultraman Mebius | Ultraman Hikari | Ultraman Zero | Ultraman Saga | Ultraman Ginga | Ultraman Victory | Ultraman Gingavictory | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman Rosso | Ultraman Blu | Ultraman Ruebe | Ultrawoman Grigio | Ultraman Gruebe
Ultra Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Titas | Ultraman Fuma | Ultraman Reiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger | Ultraman Regulos | Ultraman Decker | Ultraman Dinas | Ultraman Blazar | Ultraman Arc | Ultraman Omega
Ultra Lain Ketua Ultraseven | Bapa Ultra | Ibu Ultra | Ultraman King | Elek | Loto | Amia | Ultra People | Pahlawan Cahaya | Yullian | Ultraman Kiyotaka | Ultra Nyan | Gergasi Cahaya Ultra Purba | Sahabat Tiga | Ultraman Boy | Ultraman Pict | Ultraman Nice | Ultraman Hotto | Ultraman Motto | Ultraman Kitto | Ultraman Robin | Penduduk Negeri Cahaya | Ultraman Neko | Ultraman Ribut | Filis | Sora | Trigger Dark | Guil Arc
Pasangan Ultraseven (Heisei Ultraseven) | Ultraman (Dunia Neo Frontier Space) | Ultraman (Semesta Superior) | Ultraseven (Semesta Superior) | Ultraman Jack (Semesta Superior) | Ultraman Ace (Semesta Superior) | Ultraman Tiga (Semesta Superior) | Ultraman Dyna (Semesta Superior) | Ultraman Gaia (Semesta Superior) | Ultraman (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Tiga (Dunia Ultra Flare) | Ultraman Belial (Isotop Selari) | Ultraman Tregear (Isotop Selari) | Ultraman (Marvel) | Ultraseven (Marvel) | Bapa Ultra (Marvel) | Ultraman (Shin Ultraman) | Zōffy | Ultraman (Ultraman: Rising) | Ultradad
Ultra Jahat Evil Ultraman Great | Evil Tiga | Camearra | Darramb | Hudra | Chaos Ultraman | Dark Faust | Dark Mephisto | Dark Mephisto (Zwei) | Dark Zagi | Ultraman Belial | Dark Lucifer | Ultraman Zero Darkness | Ultraman Orb Dark | Ultraman Tregear | Ultraman X Darkness | Ultraman Geed Darkness | Ultraman Orb Darkness | Carmeara | Darrgon | Hudram | Evil Trigger | Ultrawoman Grigio Darkness
Ultra Palsu Imit-Ultraman | Imit-Ultraseven | Ace Robot | Imit-Astra | Delusion Ultraseven | Imit-Ultraman Joneus | Ultraman Shadow | Imit-Ultraman Dyna | Terranoid | Imit-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Gaia | Phantom-Ultraman Agul | Imit-Ultraman Cosmos | Imit-Ultraman Mebius | Imit-Tsurugi | Imit-Ultraman Mebius | Darklops Zero | Darklops | Imit-Ultraman (SR) | Imit-Zoffy (SR) | Imit-Ultraman Jack (SR) | Imit-Ultraman Ace (SR) | Illusion Ultraman Zero | Imit-Ibu Ultra | Imit-Ultraman Orb | Imit-Ultraman Belial | Ultroid Zero
Ultra Permainan Video Chaosroid | Dark Killer First | Dark Killer Zoffy | Dark Killer Seven | Dark Killer Jack | Dark Killer Ace
Ultra Pementasan Imit-Ultraseven | Robot Ultraman Mebius | Android Ultraman | Voice | Zora | Imit-Ultraman Leo (SR) | Lara | Fake Ultraman Dyna | Ultraman Geist | Ultraseven Geist | Ultraman Leo Dark | Astra Dark | Peony | Marie | Geed's Brothers | Tiga Dark (klon) | Ultraman Dyna (Isotop Selari)
Ultra Manga Melos | Fightas | Ultraman Elf | Ultra Council Elders | Ultra-Ninja Squad | Ultra Wolf | Ultraman Jack (Ultra Brothers Story) | Ultraman Jupiter | Makhluk Ultra W87 | Thunder Arrow | Ultraman Red | Wuleian | Caesar | Ultraman Yuta | Tran | Ibu Tran | Prometheus | Sesepuh | Ultraman Cruz | Ultraman Krod | Ultraman Great (manga G) | Ultraman (THE FIRST) | Ultraman Tiga (Dark Horse Manga) | Zoffy (Story 0) | Ultraseven (Story 0) | Ultraman (Story 0) | Ace (Story 0) | Jack (Story 0) | Leo (Story 0) | Astra (Story 0) | Taro (Story 0) | Gorian | Zarge | Drew | Colorless | Flare | Rutia | Alphone | Arus | Acura | Ultra Diubah Suai | Aura | Ultraman Tiga (Ultra Adventure NEO) | Ultraman (ULTRAMAN)
Ultra Novel Jeanne | Amur | Dark Zagi (Ultraman F) | Ultraman F | Ultraman Dual | Navigale | Ultra Saint Tear
Gergasi Another Genesis Blast | Ultraman | Ultraseven | Belial | Jack | Ace | Taro | Luna dan Corona | Tiga | Jean-Bot | Father Burai | Glenfire | Mirror Master | Leo | King
Ultra Terlarang Ultraman Millennium | Ultraman Elite | Dark Ultraman | Ultraman (Dragon Force)