"Saya ialah Ultraman. Saya datang dari Nebula M78."
- ―Ultraman memperkenalkan dirinya kepada Eiji Tsuburaya, Bintang Ultra
"Ultraman? Sungguh nostalgia!"
- ―Charija, Bintang Ultra
Ultraman versi Dunia Neo Frontier Space merupakan seorang Pahlawan Ultra yang entah bagaimana tidak mempunyai hubungan dengan Gergasi Cahaya Ultra Purba, sebaliknya berasal dari Nebula M78 versi alternatif yang terdapat di Dunia Neo Frontier Space. Setelah menyegel Yanakargie di bawah tasik pada tahun 1965, dia kembali pada tahun 1996 untuk membantu Ultraman Tiga berlawan dengan Dinosaur Angkasa itu apabila makhluk asing yang merentas masa, Charija cuba menggunakan raksasa itu untuk tujuan jahat.
Sejarah[]
Ultraman Tiga[]
Pada tahun 1965, wira Ultraman mengejar raksasa jahat itu Yanakargie ke Bumi dan menyegelnya di dalam tasik. Bertemu dengan Eiji Tsuburaya, dia memberikannya satu batu yang dipanggil Ultra Star yang dapat memanggilnya tidak kira di mana dia berada di alam semesta. Mengikuti Charija ke masa lalu, Daigo telah terlambat untuk menghentikan raksasa jahat itu dari dibebaskan oleh ketuanya. Makhluk asing itu mengawal raksasa itu dan ia mula menghancurkan sebuah bandar sehinggalah Daigo bertukar menjadi Ultraman Tiga. Dia mula berlawan, namun raksasa itu terlalu kuat untuknya. Yanakargie menyambarnya dan mula menyedut tenaga Tiga, tetapi sebelum sempat Tiga kehabisan tenaganya, Tsuburaya menggunakan Ultra Star untuk menyulap sebuah bebola terbang merah yang mengenai raksasa itu. Bebola merah itu bertukar untuk mendedahkan bahawa ia sebenarnya ialah Ultraman. Ultraman memulihkan tenaga Ultraman Tiga dan kedua-dua mereka menggunakan serangan pancaran mereka untuk menewaskan raksasa itu. Sebelum Ultraman berlalu pergi, dia bersalaman dengan Ultraman Tiga, salam yang menghubungkan kedua-dua alam semesta. Tsuburaya yang menyaksikan segala-galanya dan telah memberitahu kepada penulisnya tentang pertemuan pertamanya dengan Ultraman telah mencipta siri yang menyelamatkan syarikatnya daripada mengalami kerugian dan memastikan ia terus kukuh sehingga zaman Daigo.
Profil[]

Statistik[]
- Ketinggian: 4 meter
- Berat badan: 35,000 tan (graviti Bumi)
Kebolehan[]
- Sfera Perjalanan: Serupa dengan counterpart asalnya, dia boleh mencipta sebuah sfera tenaga yang dilitupi dalam cahaya merah untuk tujuan transportasi.
- Meterai: Dia boleh mencipta meterai untuk memenjarakan raksasa Yanakargie dalam tasik.
- Ultra Charge : Seperti counterpart asalnya, Ultraman ini boleh juga memindahkan tenaganya kepada Ultra lain. Digunakan untuk memulihkan kekuatan Ultraman Tiga.
- Perubahan Saiz: Ultraman boleh menjadikan dirinya bersaiz manusia dan kembali kepada saiz gergasi.
Teknik[]
Khas[]
- Spacium Beam: Apabila Ultraman meletakkan kedua-dua lengannya dalam tanda tambah "+" dengan lengan kanannya menegak dan lengan kirinya mendatar, dia boleh menembak pancaran yang kuat dari tangan kanannya yang menegak yang boleh memusnahkan raksasa dalam satu tembakan.
Gabungan[]
- Pancaran Gabungan: Ultraman boleh menembak Spacium Beam miliknya dengan Zeperion Beam milik Tiga. Ia cukup kuat untuk memusnahkan Yanakargie.
Barang dagangan[]
NOTA: Figura Ultraman yang digabungkan dengan Tiga dianggap sebagai watak versi Dunia Neo Frontier Space.
- Roots of Ultraman (2001)
- Tarikh keluaran: 1 Januari 2001
- Figura Ultraman Ultra Hero Series 2000 telah dikeluarkan sebagai sebahagian daripada 3 pek bersama dengan Peguila dan Ultraman Tiga (Multi Type). Ultraman ini tidak berubah dari keluaran biasa.
- Set ini eksklusif untuk kedai Asakusa Ultraman Club.
- Ultra Monster Ultimate Collection - Tiga to Dyna - (1997)
- Tarikh keluaran: 1997
- Harga: 2,980 yen
- Bahan: PVC
- Ultraman telah dikeluarkan sebagai sebahagian daripada set kotak figura mini 24 pek "Tiga to Dyna". Dia dibentuk dalam gaya rise-nya.
Galeri[]
Trivia[]
- Ini merupakan contoh seorang Pahlawan Ultra yang merupakan counterpart alternatif kepada seorang Pahlawan Ultra dari Dunia Negeri Cahaya.
- Kemunculannya yang mengejutkan dalam episod 49 sengaja dibuat untuk menyambut ulang tahun ke-30 Siri Ultraman. Bagaimanapun, memandangkan dia telah muncul di alam semesta Tiga, dia kekal sebagai watak yang berasingan.
- Dengusan Ultraman adalah versi bernada tinggi dari Ultraman Dunia Negeri Cahaya.
- Issei Futamata, pelakon suara Ultraman juga merupakan pencerita siri Ultraman Tiga. Ini akhirnya membayangkan Yuji Machi, pelakon suara Tiga untuk menjadi pencerita siri seterusnya, Ultraman Dyna.