Ultradad [1], yang dahulunya dikenali sebagai Ultraman , ialah rupa asal Profesor Sato, seorang Gergasi Cahaya dari Negeri Cahaya[2] yang datang ke Bumi 30 tahun lalu.
Di Bumi, dia berusaha mengekalkan keseimbangan antara manusia dan Kaiju, namun selepas mengalami kecederaan parah, dia meminta anaknya, Ken Sato, untuk mewarisi peranan sebagai Ultraman.
Konsep[]
Etimologi[]
Nama Ultradad merupakan gabungan daripada perkataan Ultraman dan dad, merujuk kepada statusnya sebagai bapa kepada Ultraman yang terkini. Pada asalnya, dia hanya dikenali sebagai Ultraman.
Rekaan[]
Sebagai versi Ultraman: Rising bagi Ultraman asal,[3] rekaan Ultradad diinspirasikan daripada Pahlawan Cahaya tersebut dengan persamaan yang ketara, lebih-lebih lagi sewaktu penampilannya ketika beliau masih muda. Seiring usianya meningkat, Ultradad ditumbuhi misai, yang menyerupai ciri-ciri Ultra yang lebih berusia seperti Bapa Ultra, Ultraman King dan Ultraman Chuck.
Dalam lakaran rekaan awal yang dicadangkan oleh Shannon Tindle, mata Ultradad pada asalnya berwarna putih/pucat. Namun, bagi membezakannya daripada Ultraman asal dan juga kerana Tindle merasakan mata biru kelihatan lebih bersifat simpatetik, terutamanya dengan anak mata yang boleh bergerak, warna matanya telah diubah kepada sepertimana yang kita lihat sekarang.[4]
Menurut The Art and Making of Ultraman: Rising, Shannon Tindle mengenang kembali ketika pertama kali mencadangkan idea "Ultradad berbadan bapak", pihak Tsuburaya Productions pada mulanya menunjukkan sedikit keraguan. Secara tradisional, rekaan Ultra tidak secara langsung mencerminkan rupa bentuk manusia mereka. Namun, Tindle berpendapat bahawa beliau tidak mahu kedua-dua versi watak tersebut kelihatan sama di layar skrin. Sebaliknya, beliau ingin menonjolkan jurang generasi antara mereka melalui kontra visual, menjadikan rekaan Ultradad bukan sahaja lebih unik tetapi juga lebih menghiburkan dan lucu.
Atas cadangan Tsuburaya, Shannon Tindle telah membuat beberapa penyesuaian pada rekaan Ultradad. Bahagian perutnya yang pada asalnya lebih bulat dan berlebihan dikurangkan, digantikan dengan fizikal yang diilhamkan oleh ikon kecergasan Amerika tahun 1950-an, Jack LaLanne—bertubuh bidang dengan bahu yang lebar dan dada yang tegap.[5]
Sejarah[]
Ultraman: Rising[]
30 tahun lalu, Ultraman tiba di Bumi dan berusaha mengekalkan keseimbangan antara manusia dan Kaiju, bertarung menentang raksasa seperti Bemular dan Neronga, sehingga diiktiraf sebagai wira oleh masyarakat. Dia mengambil sebagai Hayao Sato, seorang penyelidik Kaiju yang bekerja bersama Emiko, yang kemudiannya menjadi rakan pengasas pasukan KDF serta pasangan hidupnya. Dialah yang telah "mengajarnya erti menjadi manusia", dan bersama-sama mereka membesarkan seorang anak lelaki, Kenji Sato.
Ketika Kenji masih kecil, Hayao bertindak balas terhadap serangan mengejut oleh Gigantron dan bertukar menjadi Ultraman, tetapi hampir membahayakan keluarganya. Menyedari bahaya yang bakal dihadapi keluarganya jika dia terus menjadi Ultraman, Hayao membuat keputusan untuk menjauhkan diri dan meminta Emiko membawa Kenji ke Amerika Syarikat. Keliru dengan keputusan ayahnya yang meninggalkan mereka di tempat yang jauh, hal ini akhirnya menyebabkan jurang hubungan antara Kenji dan Hayao semakin melebar ketika dia membesar.
Bertahun-tahun kemudian, Profesor Sato mengalami kecederaan parah yang menghalangnya daripada terus beraksi sebagai Ultraman, lalu dengan berat hati memanggil Ken untuk kembali ke Jepun dan meneruskan peranannya. Perkara ini mencetuskan rentetan peristiwa, di mana Ken mengambil seekor anak Kaiju, Emi, sebagai peliharaan dan meminta Profesor Sato untuk membantunya membesarkannya bersama. Namun, selepas serangan mengejut oleh KDF, Profesor Sato disangka telah terkorban.
Nasib menyebelahi Profesor Sato apabila beliau berjaya meloloskan diri dari ambang maut. Kemudian, sebagai Ultradad, dia menyelamatkan anaknya dalam pertarungan menentang Mecha Gigantron. Mereka berdua kemudian berganding bahu bersama Gigantron dan Emi dalam pertarungan terakhir menentang Destroyer, senjata pemusnah KDF yang dikendalikan oleh Dr. Onda—yang menyalahkan Ultradad kerana gagal melindungi keluarganya bertahun-tahun dahulu. Di kemuncak pertarungan, Ultraman dan Ultradad bersatu semula, menyilangkan tangan mereka untuk melepaskan Spacium Beam bersama-sama, bergabung dengan Gigantron dan Emi. Bersama, keempat-empat gergasi itu berjaya menggagalkan rancangan jahat Onda itu.
Dalam epilog, Ultradad dilihat bersama anaknya, Ken, serta Emi dan Gigantron, ketika keluarga baru mereka menuju ke Pulau Kaiju. Ultraman: Rising
Profil[]
Statistik[]
- Ketinggian: Tidak diketahui
- Berat badan: Tidak diketahui
- Asal usul: Negeri Cahaya, Nebula M78
Ciri-ciri Tubuh[]
- Color Timer: Color Timer standard. Berbanding berfungsi untuk mengukur tahap tenaganya, masa Profesor Sato sebagai Ultradad bergantung pada keseimbangan emosinya. Jika emosinya memuncak secara mendadak atau menjadi terlalu impulsif, ia akan berkelip dalam beberapa minit. Namun, Ultradad mampu bertarung tanpa had apabila dia mengingat kembali keluarganya.
- Mata: Berbeza daripada kebanyakan Ultra, mata Ultradad berwarna biru dan cahaya putih di dalam matanya kelihatan bergerak mengikut arah pandangannya.
Transformasi[]
Walaupun Ultradad bertukar di luar skrin, dapat diandaikan bahawa kaedah transformasinya serupa dengan Ken.
Kebolehan[]
- Penerbangan: Walaupun tidak ditunjukkan, Ultradad juga diandaikan memiliki keupayaan untuk terbang.
Teknik[]
Khas[]
- Spacium Beam : Pemusnah ikonik Ultraman, satu pancaran tenaga yang kuat dilepaskan dengan tangan disilangkan dalam posisi '+'. Dalam pertarungan menentang Destroyer, Ultradad membantu anaknya melepaskan Spacium Beam , dengan lengan kirinya yang mendatar menyokong lengan kanan Ken yang menegak.
- Ultra Slash: Walaupun tidak ditunjukkan, dapat diandaikan daripada set pergerakan anaknya bahawa Ultradad juga mampu menggunakan Ultra Slash.
Fizikal[]
- Tumbukan Tenaga: Ultradad menyalurkan tenaga ke dalam lengannya untuk meningkatkan kekuatan tumbukannya.
Lain-lain[]
- Perisai Tenaga: Sebuah penghalang tenaga yang digunakan oleh Ultradad untuk menangkis serangan musuh atau membentuk kubah perlindungan bagi melindungi orang lain.
Barang dagangan[]
S.H.Figuarts[]
- Ultradad (Ultraman: Rising) (2025)
- Tarikh keluaran: Januari 2025
- Harga: 8,250 yen
- JAN/ISBN: 4573102668882
- Bahan: PVC, ABS
- Aksesori: ??? pasang bahagian tangan, 2 anak mata alternatif, 1 pasang Tumbukan Tenaga, Spacium Beam/Tangan Kanan untuk Ultraman (Ultraman: Rising)
- Versi S.H.Figuarts bagi Ultradad ialah figura aksi koleksi yang sedikit lebih rendah berbanding anaknya dalam barisan mainan yang sama. Selain bahagian tangan standard dan dua set anak mata tambahan, Ultradad turut disertakan dengan kesan khas Tumbukan Tenaga serta Spacium Beam/tangan kanan tambahan untuk SHF Ultraman (Ultraman: Rising).
- Ultradad dikeluarkan secara eksklusif untuk Tamashii Webshop.
Galeri[]
Ultraman: Rising[]
Seni Konsep[]
Trivia[]
- Dalam projek pendahulu filem ini, Made in Japan/Gamma Man, watak tersebut dibayangkan sebagai seorang adiwira Jepun bernama "Gamma dad". Rekaannya dipertimbangkan sebagai versi lebih berusia bagi Gamma Man.
- Berbeza daripada Ultra lain, versi Ultraman ini menunjukkan hubungan fisiologi yang sepenuhnya sebelum dan selepas transformasi, termasuk faktor seperti penuaan dan kecederaan.
- Seperti yang dilihat sebelum dan selepas lompatan masa, usia fizikal Profesor Sato sebagai manusia turut tercermin dalam rupa Ultranya (termasuk misainya). Perbezaan ini ketara jika dibandingkan dengan struktur tubuh anaknya—rupa Ultraman Profesor Sato lebih langsing, manakala Ultraman Ken mempunyai otot yang lebih tegap.
- Seperti kebanyakan Ultra yang mempunyai bentuk manusia, kecederaan mereka terbawa antara kedua-dua persona. Ini jelas dapat dilihat pada Profesor Sato, yang mengalami kecederaan kekal pada kakinya.
- Pusaran artistik yang muncul di belakang Ultradad ketika dia marah merupakan rujukan kepada kad judul berpusar dalam siri Ultra Q dan Ultraman.
Rujukan[]
- ↑ https://x.com/t_features/status/1807912095125852317
- ↑ https://x.com/ShannonTindle_1/status/1803814060686762108
- ↑ https://x.com/ShannonTindle_1/status/1804547564437672094
- ↑ 4.0 4.1 https://x.com/ShannonTindle_1/status/1807451029988131129
- ↑ The Art and Making of Ultraman: Rising, halaman 46
- ↑ https://www.instagram.com/p/C8UnLjdI6Z7/
- ↑ https://www.instagram.com/p/C8wnq6KuSM4/
- ↑ https://x.com/ShannonTindle_1/status/1808707883829506506/

















![UltradadConceptArt1.jpg (131 KB) Seni konsep oleh Shannon Tindle[4]](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/6/6d/UltradadConceptArt1.jpg/revision/latest/scale-to-width-down/137?cb=20250324104330&path-prefix=ms)



![UltradadNachoMolina.jpg (86 KB) Seni konsep oleh Nacho Molina[6]](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/8/8e/UltradadNachoMolina.jpg/revision/latest/scale-to-width-down/185?cb=20250324104406&path-prefix=ms)
![Gammadad1.png (2.27 MB) Lakaran konsep untuk Made in Japan/Gamma Man oleh Ovi Nedelcu.[7]](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/8/80/Gammadad1.png/revision/latest/scale-to-width-down/150?cb=20250324104548&path-prefix=ms)
![Gammadad2.png (3.91 MB) Lukisan oleh Ryan Lang[8]](https://static.wikia.nocookie.net/ultra/images/d/d7/Gammadad2.png/revision/latest/scale-to-width-down/150?cb=20250324104550&path-prefix=ms)


