Ultraman Wiki
Advertisement


Ultra Q (ウルトラQ, Urutora Kyū, "Q" bermaksud "Question") merupakan siri Kaiju/fiksyen sains/tokusatsu yang dibuat mengikut tradisi filem seram/fiksyen sains tokusatsu Toho.

Dihasilkan dalam warna hitam dan putih oleh Tokyo Broadcasting System/Tsuburaya Productions, ini sebenarnya merupakan siri pertama dalam Siri Ultraman yang telah lama berlangsung dan telah disiarkan pada setiap hujung minggu pada pukul 19:00-19:30 (Waktu Piawai Jepun) di Tokyo Broadcasting System dari 2 Januari 1966 sehingga 3 Julai 1966 (episod akhir telah di-preempted sehingga 14 Disember 1967) dengan jumlah sebanyak 28 episod. Siri ini diikuti seminggu kemudian oleh siri Ultraman yang lebih popular, iaitu entri kedua dalam Siri Ultraman.

Watak[]

  • Jun Manjome (万城目 淳, Manjōme Jun, dimainkan oleh Kenji Sahara): Penerbang di Hoshikawa Air Service dan penulis fiksyen sains amatur.
  • Yuriko Edogawa (江戸川 由利子, Edogawa Yuriko, dimainkan oleh Hiroko Sakurai): Wartawan bagi Daily News.
  • Ippei Togawa (戸川 一平, Togawa Ippei, dimainkan oleh Yasuhiko Saijou): Rakan penerbangan Jun di Hoshikawa.
  • Professor Ichinotani (一ノ谷博士, Ichinotani-hakase, dimainkan oleh Ureo Egawa): Saintis terkenal di dunia dan kadang-kadang memberi pertolongan kepada Jun, Yuriko dan Ippei dalam masa krisis.
  • News Desk Editor, Seki (関デスク, Seki Desuku, dimainkan oleh Yoshifumi Tajima): Bos kepada Yuriko dan seorang penyunting di Daily News.

Produksi[]

Siri Ultra Q boleh digambarkan sebagai filem kaiju Toho setengah jam. Meskipun pencipta siri, Eiji Tsuburaya merancang untuk siri ini lebih menyerupai The Twilight Zone dan mengurangkan tumpuan pada raksasa, TBS telah meyakinkan Eiji untuk menambahkan lebih banyak raksasa ke dalam rancangan itu kerana Godzilla dan Gamera sangat popular pada ketika itu.[1] Siri ini mendahului siri The X-Files dengan meneruskan watak yang menyiasat fenomena ghaib yang pelik termasuklah raksasa-raksasa gergasi, alien, hantu dan malapetaka lain. Kemungkinan selari yang paling hampir di TV Amerika ialah The Outer Limits yang dalam bentuk asalnya menampilkan raksasa setiap minggu.

Tajuk asal yang dirancang untuk projek ini ialah UNBALANCE dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Ultra Q (diinspirasikan oleh "Oba-Q", nama samaran watak tajuk siri anime yang popular ketika itu, Obake no Q-Taro dan "Ultra C", istilah popular yang digunakan untuk gimnastik wanita semasa Sukan Olimpik 1964, di mana ahli gimnasium Rusia membuat manuver yang sangat sukar yang dipanggil "Ultra C"). Siri ini diterbitkan sebelumnya sepanjang tahun 1965 (ia berada dalam produksi pada tahun 1964) dan disiarkan pada awal tahun berikutnya. Pada masa yang sama, ini merupakan siri TV yang termahal di Jepun.[1]

Raksasa[]

Oleh kerana Eiji Tsuburaya mempunyai kedudukan tinggi dengan Toho, beliau dapat menggunakan pelbagai sut dan prop dari pelbagai filem Kaiju Toho untuk siri ini. Prop Manda telah digunakan untuk Dragon serta kepala itu digunakan sebagai bahagian hadapan kapal Viking yang dilihat dalam episod 12, prop sotong gergasi King Kong vs. Godzilla telah digunakan untuk melakonkan Sudar manakala sut Maguma dari Gorath telah digunakan untuk melakonkan Todora. Juga, pelbagai sut dan prop lain telah diperbaharui untuk memainkan beberapa raksasa seperti Godzilla for Gomess, King Kong untuk Goroh, Baragon untuk Pagos dan prop Rodan yang kecil untuk spesis burung Larugeus dan Litra.

Alih Suara Bahasa Inggeris[]

Pada tahun 1967, siri Ultra Q dilesenkan daripada Tsuburaya Productions dan TBS oleh CBS Films, iaitu pengeluar siri The Twilight Zone. Ia adalah perjanjian pakej yang tidak hanya merangkumi siri Ultra Q, tetapi juga Ultraman. Bagi tugas mengalih suara, CBS telah mengupah Film House di Toronto, Kanada yang kini menjadi DeLuxe Toronto. Tsuburaya menyediakan skrip yang telah diterjemahkan, ditambah dengan pembukaan dan penutup bahasa Inggeris dan kad tajuk yang berpusing. Siri itu sendiri telah dialih suara dalam keseluruhan 28 episod. Pada suatu ketika, CBS Films mundur daripada melesenkan siri ini dan ia telah diambil bersama siri Ultraman oleh United Artists Television yang merupakn pengeluar siri The Outer Limits. Dengan alih suara siri Ultra Q telah selesai, United Artists mengupah Titra Studios untuk mengalih suara siri Ultraman. Ultraman telah disindiket, bagaimanapun tidak bagi siri Ultra Q disebabkan oleh kerana berada dalam warna hitam putih ketika kebanyakan televisyen bertukar kepada warna. Setelah siri Ultraman selesai dijalankan dalam sindikasi, master audio dan filem dan bahan-bahan lain kedua-dua siri itu disimpan dalam peti besi MGM. Pada akhir tahun 1990-an dan awal 2000-an, semua bahan dikembalikan ke dan dikumpulkan oleh Tsuburaya.[1] [2]

Umumnya dipercayai bahawa hanya satu episod, khususnya Episod 3 telah digelar sebagai pilot. Ini terbukti tidak benar kerana episod lain telah ditemui sama ada dalam cetakan audio, seperti Episod 3, atau cetakan video atau filem. Dari sini boleh disimpulkan bahawa ini bukan satu-satunya episod yang dihasilkan.

Radio Drama[]

Kejayaan siri Ultra Q telah memperoleh drama radio mingguan yang dibintangi oleh suara pelakon manusia dari siri Ultra Q asal dengan beberapa raksasa lama seperti Kemur, Garamon, Gorgos dan Namegon. Raksasa-raksasa baru yang lain termasuklah:

  • Monster Ukami
  • Kijimuna
  • Devil
  • Angel
  • Kidnapping Phantom Kemuru Hito
  • Monster Princess (versi perempuan 'The Prince of Monsters' dalam dua episod Gomora siri Ultraman)
  • Tyrant Monster Staking
  • Primitive Elephant Monster Kibamanmosu
  • Aquatic Monster Amarin
  • Sea Monster Takoyangu
  • Viper Monster Habugirasu
  • Monster Alien
  • Giant Bird U-PiCA
  • Kagemushan
  • Pegasus
  • Pin Weight
  • Snowman
  • Mermaid
  • Objek terapung yang besar

Warisan[]

Pada tahun-tahun tertentu selepas siaran asal rancangan ini, sebuah filem aksi langsung yang dipanggil Ultra Q The Movie: Legend of the Stars telah dikeluarkan pada tahun 1990. Program radio yang memaparkan pelakon suara tiga bintang asal rancangan itu (memainkan watak klasik mereka) yang dipanggil The Ultra Q Club telah disiarkan di radio Jepun dari tahun 2003 sehingga 2004. Juga pada tahun 2004, sebuah siri baru yang dipanggil sebagai Ultra Q: Dark Fantasy telah dihasilkan sementara satu lagi siri lain yang dipanggil sebagai Neo Ultra Q mula disiarkan pada awal tahun 2013.

Konsep asal rancangan ini (ketika ia akan dipanggil sebagai Unbalance) akhirnya telah digunakan untuk siri antologi seram 13 episod yang bertajuk Horror Theater Unbalance yang dihasilkan oleh Tsuburaya Productions pada tahun 1973.

Pelbagai raksasa siri Ultra Q telah digunakan semula untuk pelbagai raksasa dalam siri Ultraman. Kemur dan Ragon (kini bersaiz gergasi) kembali, sementara sut Garamon telah digunakan semula sebagai Pigmon. Sut-sut lain telah diubah untuk memainkan raksasa lain, seperti Peguila diubah menjadi Chandlar, Kemur diubah menjadi Alien Zetton, Pagos diubah menjadi Neronga dan kemudian Magular dan Gabora, Cicada Human diubah menjadi Alien Baltan dan Peter diubah menjadi Guesra.

Home Media[]

Shout! Factory telah mengeluarkan siri Ultra Q lengkap dalam bentuk DVD pada 13 Ogos 2013.[3]

Total Natural Color Ultra Q Box I menampilkan episod 1-14 & Box II menampilkan episod 15-28 & telah dikeluarkan ketika ulang tahun ke-45. Ultra Q Deluxe Edition menampilkan kesemua episod. Pada tahun 2019, Mill Creek Entertainment melancarkan siri Ultra Q di bawah keluaran Blu-ray dan Steelbook mereka di Amerika Syarikat.

Rujukan[]

  1. 1.0 1.1 1.2 Eiji Tsuburaya: Master of Monsters: Defending the Earth with Ultraman and Godzilla, by August Ragone, Chronicle Books (2007), ISBN 978-0-8118-6078-9
  2. http://www.grnrngr.com/documents/ultraq.txt
  3. http://www.tvshowsondvd.com/news/Urutora-Q-The-Complete-Series/18445
  • The Q-Files, Complete Ultra Q Episode Guide oleh Jim Cirronella & Kevin Grays, pada asalnya diterbitkan dalam KAIJU-FAN Issue # 4 November 1996.
  • Ultraman Monster Ultra Large Collection (orig.: ウルトラ怪獣大全集), Domdom (1995), ISBN 978-4-09-101411-5
  • So Crazy Japanese Toys!, by Jimbo Matison, Chronicle Books (2003), ISBN 978-0-8118-3529-9
Produksi
Siri Showa Ultra Q | Ultraman | Ultraseven | Return of Ultraman | Ultraman Ace | Ultraman Taro | Ultraman Leo | Ultraman 80
Siri Heisei Ultraman Tiga | Ultraman Dyna | Ultraman Gaia | Ultraman Cosmos | Ultra Q: Dark Fantasy | Ultraman Nexus | Ultraman Max | Ultraman Mebius | Ultraseven X | Ultra Galaxy Mega Monster Battle | Ultra Galaxy Mega Monster Battle: Never Ending Odyssey | Neo Ultra Q | Ultraman Ginga | Ultraman Ginga S | Ultraman X | Ultraman Orb | Ultraman Geed | Ultraman R/B
Siri Reiwa Ultraman Taiga | Ultraman Z | Ultraman Trigger: New Generation Tiga | Ultraman Decker | Ultraman Blazar | Ultraman Arc
Di Luar Jepun Ultraman: The Adventure Begins | Ultraman: Towards the Future | Ultraman: The Ultimate Hero | Ultraman: Rising
Original Video dan TV Special Ultra Fight | Ultraman vs. Kamen Rider | Ultra Super Fight | Ultraman Nice | Heisei Ultraseven | Ultraman Neos | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Idemitsujin | Ultra Zone
Filem Showa Ultraman: Monster Movie Feature | Ultraman, Ultraseven: Great Violent Monster Fight | Return of Ultraman | The 6 Ultra Brothers vs. The Monster Army | Ultraman (1979) | Ultraman: Great Monster Decisive Battle | Return of Ultraman: MAT Arrow 1 Takeoff Order | Ultraman ZOFFY: Ultra Warriors vs. the Giant Monster Army | Ultraman Story
Filem Heisei Ultra Q The Movie | Revive! Ultraman | Ultraman Zearth | Ultraman Zearth 2 | Ultraman Tiga & Ultraman Dyna | Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, & Ultraman Gaia | Ultraman Tiga: The Final Odyssey | Ultraman Cosmos: The First Contact | Ultraman Cosmos 2 | New Century Ultraman Legend | Ultraman Cosmos vs. Ultraman Justice | New Century 2003 Ultraman Legend | ULTRAMAN (2004) | Ultraman Mebius & the Ultra Brothers | Super 8 Ultra Brothers | Mega Monster Battle Ultra Galaxy: The Movie | Ultraman Zero: The Revenge of Belial | Ultraman Saga | Ultraman Ginga Theater Special | Ultraman Ginga Theater Special: Battle Royale | Ultraman Ginga S The Movie | Ultraman X The Movie | Ultraman Orb The Movie | Ultraman Geed The Movie | Ultraman R/B The Movie
Filem Reiwa Ultraman Taiga The Movie | Ultraman Trigger: Episode Z | Shin Ultraman | Ultraman Decker Finale | Ultraman Blazar The Movie
Spin-off Andro Melos | Ultraman Zearth: Parody Chapter | Revival of the Ancient Giant | The Return of Hanejiro | Gaia Again | Ultra Q Kaiju Legend | Ultraman Kaiju Legend | Hikari Saga | Armored Darkness | Ghost Rebirth | Ultraman Zero vs. Darklops Zero | Q - Door to Another Dimension | Killer the Beatstar | Ultra Zero Fight | Ultra Fight Victory | Ultraman Orb THE ORIGIN SAGA | Ultra Fight Orb | New Generation Heroes | The Absolute Conspiracy | Sevenger Fight | The Struggle of Special Section 3 | The Destined Crossroad | Continued Ultra Fight | Shin Ultra Fight | Return of Special Section 3 | Ultraman Regulos | Ultraman Regulos: First Mission | Ultraseven IF Story | SKaRD Break Room
Siri Tayangan Semula Ultraman Retsuden | New Ultraman Retsuden | Ultraman Zero: The Chronicle | Ultraman Orb: The Chronicle | Ultraman New Generation Chronicle | Ultraman Chronicle: ZERO & GEED | Ultraman Chronicle Z: Heroes' Odyssey | Ultraman Chronicle D | Ultraman New Generation Stars
Informasi Ultraman The Prime | ULTRAMAN ARCHIVES | Ultra Science Fantasy Hour | Ultra Fight Club | UlSummer Information Station | Ultra Information Center | Professor Teruaki's "Blazar Kaiju Academy" | Super Power! Ultra Encyclopedia! | Ultra Construction Tour | THE ORIGIN OF ULTRAMAN | Ultraman 4K Discovery
Dokudrama Fly in the Sea Breeze! Ultraman | The Men Who Made Ultraman | My Beloved Ultraseven | The Man Who Wanted to be Ultraman | The Kaiju Club | The Two Ultramen
Siri dan Filem Lain Kaiju Booska | Captain Ultra | Mighty Jack | Fight! Mighty Jack | Operation: Mystery | Chibira-kun | Mirrorman | Redman | Triple Fighter | Emergency Directive 10-4·10-10 | Iron King | Horror Theater Unbalance | Fireman | Jumborg Ace | Mirror Fight | Jumborg Ace & Giant | Mars Men | Army of the Apes | Pro-Wres no Hoshi Azteckaiser | The Last Dinosaur | Dinosaur Expedition Born Free | Dinosaur Great War Izenborg | Star Wolf | Dinosaur Squadron Koseidon | Anime-chan | Gridman the Hyper Agent | Superhuman Samurai Syber-Squad | Moon Spiral | Cyber Beauties Telomere | Booska! Booska!! | Otasuke Girl | Mysterious Incident Special Investigation Team SRI | Mirrorman REFLEX | Bio Planet WoO | Operation: Mystery - Second File | Mirror Fight 2012 | Operation: Mystery - Mystery File | Gridknight Fight
Anime The☆Ultraman | Ultraman Kids | Ultraman Graffiti: Wild! Ultra Country | Ultraman: Super Fighter Legend | Ultra Nyan | Ultra Nyan 2: The Great Happy Operation | Ultraman M78 Theater Love & Peace | Gridman the Hyper Agent: boys invent great hero | The・Ultraman: Jackal vs. Ultraman | Kaiju Sakaba Kanpai! | Kaiju Girls | SSSS.GRIDMAN | ULTRAMAN (2019) | Kaiju Step Wandabada | SSSS.DYNAZENON | KAIJU DECODE | GRIDMAN UNIVERSE
Isi Kandungan Diharamkan Space Warriors 2000 | Project Ultraman | Ultraman The Animation | Ultraman: A Little Journey on Earth | Fun... English with Ultraman | Young Ultraman | Ultraman Big Transformation | Sinic Q | Red Jade | Dragon Force: So Long Ultraman | Dragon Force: Rise of Ultraman
Advertisement