Ultra Horn merupakan ciri semula jadi yang terdapat pada beberapa Ultra.
Sifat[]

Super Ultraman Taro
Ultra Horn merupakan ciri yang melengkung ke atas yang menonjol keluar dari sisi kepala sesetengah Ultra, ia merupakan sebahagian dari anatomi semula jadi mereka. Tujuan utama Ultra Horn nampaknya adalah untuk memanipulasi sejumlah besar tenaga sekaligus, kemungkinan lebih daripada Ultra biasa yang tidak memilikinya. Ini termasuk pemindahan tenaga iaitu bagaimana Taro dapat mencapai bentuk Super Taronya, apabila Ultra Brothers sebelumnya bergabung menjadi satu dalam dirinya.
Ultra Horn milik Taro ialah ciri genetik yang diwarisi daripada bapanya, yang hanya muncul dalam keturunan lelaki bagi garis keturunan Bapa Ultra. Bapa Ultra telah menyatakan bahawa dia telah dilatih dalam penggunaan tanduknya oleh bapanya sendiri.
Contoh lain kebolehan Ultra Horn ialah untuk memanipulasi tenaga termasuk Geed Magnificient yang menggunakannya untuk teknik Mega Electric Horn miliknya. Taro telah menggunakan Ultra Hornnya untuk menembak Blue Lasernya semasa pertempurannya dengan Tyrant.
Sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Bapa Ultra, penggunaan lain Ultra Horn boleh digunakan untuk memperoleh maklumat dari seluruh semesta melalui bentuk atau evolusi Clairvoyance yang ditunjukkan oleh beberapa Ultra. Setakat ini Ken (Bapa Ultra) merupakan satu-satunya yang telah menunjukkan kebolehan ini.
Pemakai[]
- Bapa Ultra
- Ultraman Taro
- Ultraman Orb (Burnmite dan Strium Galaxy)
- Ultraman Geed (Magnificient dan Dandit Truth)
- Ultraman Taiga
Kuasa[]
- Blue Laser (Taro)
- Power Beam (Bapa)
- Mega Electric Horn (Geed Magnificient)