Ultraman Wiki
Advertisement

"Kami akan tunjukkan ikatan kami! Ultra Touch: Ginga! Victory! Gingavictory!"

―Pengumuman transformasi

"Kuasa (Ultra Heisei): (Nama Serangan)!"

―Pengaktifan serangan Ultra


Ultra Fusion Brace (ウルトラフュージョンブレス, Urutora Fyūjon Buresu) merupakan sebuah pendakap transformasi yang digunakan oleh Hikaru Raido dalam Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!. Ia merupakan pengganti kepada Strium Brace yang pada ketika itu menjadi bentuk alternatif Ultraman Taro, dan membenarkan gabungan antara Ultraman Ginga dan Victory menjadi Ultraman Gingavictory.

Sejarah[]

Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors![]

Ultraman Zero telah diamanahkan oleh Ultraman King untuk memberikan Ultra Fusion Brace kepada Hikaru dan Sho. Bagaimanapun, untuk memastikan mereka ialah pengguna yang layak, Zero diminta untuk memberikan mereka latihan percubaan dengan Ultra Fusion Brace yang dalam bentuk disegel sebagai gari yang menggari kedua-dua mereka sepanjang latihan.

Beberapa ketika setelah Hikaru dan Sho lulus percubaan itu, Ultra Fusion Brace pun menunjukkan rupa sebenarnya. Sebaik sahaja Musashi berjaya membebaskan para Ultraman yang disegel, barisan Ultraman Heisei memberikan kuasa mereka ke dalam pendakap itu. Ultraman Ginga S The Movie: Showdown! The 10 Ultra Warriors!

Ultra Fight Victory[]

Setelah Sho berjaya dalam menyelamatkan Hikaru dari penjara Yapool, Sho dan Hikaru menggunakan Ultra Fusion Brace untuk menewaskan Yapool. Ultra Fight Victory

Ultraman X[]

Ultra Fusion Brace digunakan lagi untuk mendedahkan riwayat Gua Spectre dengan melancarkan serangan penamat Tiga hingga Gaia di samping Exceed X. Langit Bersinar, dan Tanah Di Bawahnya

Kuasa[]

Transformasi[]

  • Ultra Touch (ウルトラタッチ, Urutora Tatchi): Ultra Fusion Brace membenarkan Ginga untuk bergabung dengan Victory untuk menjadi Ultraman Gingavictory. Untuk berbuat demikian, Hikaru memusingkan muka Ultraman Gingavictory 90 darjah mengikut arah jam, kemudian Hikaru dan Sho Mennonite melompat untuk melakukan Ultra Touch. Kuasa yang disimpan dalam Ultra Fusion Brace hanya boleh diakses apabila Hikaru dan Sho berubah menjadi Gingavictory.

Teknik[]

Teknik Gingavictory[]

  • Ultra Fusion Shoot (ウルトラフュージョンシュート, Urutora Fyūjon Shūto): Gerakan penamat Ultraman Gingavictory yang ditembak dalam gaya '+'. Teknik ini dihasilkan dengan menggabungkan kuasa kesemua Ultra Heisei sebelumnya.

Teknik Ultra Heisei Lalu[]

Ultra Fusion Brace membolehkan Ultraman Gingavictory untuk menggunakan mana-mana kuasa/teknik Ultra Heisei sebelumnya, Tiga-Zero. Bagaimanapun, daripada semua putaran dalam satu rolet, Tiga, Dyna dan Gaia berkongsi satu bahagian yang sama, yang mana ini mungkin disebabkan sama ada bilangan bahagian yang terhad atau ketiga-tiga mereka sering ditunjukkan dalam kebanyakan filem sebagai satu pasukan. Dalam kes Tiga, Dyna dan Gaia, apabila Hikaru menggunakan bahagian ini, secara automatik Gingavictory akan menggunakan kuasa ketiga-tiga Ultra ini.

Galeri[]

Trivia[]

  • Pendakap itu tidak memiliki suara pengumuman pengaktifan ketika digunakan, sebaliknya ia disebut sendiri oleh penggunanya iaitu Hikaru dan Sho. Bagaimanapun dalam versi mainan, pelakon mereka iaitu Takuya Negishi dan Kiyotaka Uji memberikan suara untuk barang dagangannya itu.
  • Berbanding dengan Strium Brace, sementara kuasanya dipinjamkan daripada Ultra Brothers yang asal, kuasa dalam Ultra Fusion Brace sebaliknya menyalinnya. Walau bagaimanapun, satu-satunya kelemahannya ialah ia tidak mampu menyokong Hikaru apabila dia berada dalam bahaya di luar transformasinya sebagai Ultraman Ginga.
  • Selain daripada mengeluarkan dengusan asal, penggunaan Kuasa Ultra yang lalu juga menyebabkan latar belakang berubah seketika, menyerupai rise asal mereka.
Alat Transformasi
Alat Showa Beta Capsule | Ultra Eye | Kuasa Kehendak | Ultra Ring | Ultra Badge | Leo Ring | Beam Flasher | Bright Stick | Bright Bracelet
Alat Heisei Delta Plasma | Willpower | Beta Capsule/Flash Prism | Estrellar | Pikari Brush | Sparklence | Lieflasher | Esplender | Agulater | Nice Dreamer | Cosmo Pluck | Just Lancer | Evoltruster | Darkevolver | Max Spark | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Eye | Saga Brace | Ginga Spark | Dark Spark | Dark Dummy Spark | Gunpad | Ginga Light Spark | Livepad | Victory Lancer | Chibull Spark | Ultra Fusion Brace | X Devizer | Orb Ring | Orb Calibur | Riser | Ultra Zero Eye NEO | Giga Finalizer | Gyro | Orb Ring NEO
Alat Reiwa Taiga Spark | Tregear Eye | Taiga Tri Blade | New Generation Eye | Z Riser | GUTS Sparklence | Ultra D Flasher | Phase Riser | Blazar Brace
Alat Media Lain Zoffy Bracelet | Jack Bracelet | Gorian Belt | Zarge Sword | Drew Bracelet | Flare Coin | Alphone Pendant | Arus Ring | Mimicry System | Ultra Operation
Senjata Ultra
Slugger Eye Slugger | Vezard | Maxium Sword | Zero Slugger | Xlugger | Geed Slugger | R/B Slugger
Pendakap dan Gelang Ultra Bracelet | Ultra Converter | King Bracelet | Stratos Edge | Armed Nexus | Armed Mephisto | Max Spark | Max Galaxy | Mebius Brace | Knight Brace | Ultra Zero Bracelet | Strium Brace | Ultra Fusion Brace | Taiga Spark | Plasma Zero-let
Senjata Ace Blade | Pedang Ultimate | Leo Nunchaku | Darkness Broad | Giga Battlenizer | Ginga Spark Lance | Shepherdon Saber | Knight Timbre | Orb Slugger Lance | Orb Calibur | Orb Slasher | Geed Claw | King Sword | Giga Finalizer | Orb Dark Calibur | Orb Ring NEO | R/B Kourin | Taiga Tri Blade | Z Riser | Z Lance Arrow | Beliarok | Circle Arms | Glitter Blade | Ultra Dual Sword | Decker Shield Calibur | Tilsonite Sword
Perisai Protector | Cosmo Tector | Grantector | Arb Gear | Tector Gear | Ultimate Aegis | Zero Slugger Gear | Cyber Armor
Lain-lain Ultra Array | Ultra Magic Ray | Ultra Mantle | Ultlance (Pedanium Launcher)
Advertisement