Ultra Diubah Suai ialah nama bagi sekumpulan Ultra yang diubah suai oleh sebuah mesin yang dicipta oleh Alien Baltan.
Sejarah[]
Ultraman Story 0[]
Ultra Diubah Suai merupakan sekumpulan cyborg yang dicipta oleh Alien Baltan. Pada asalnya adalah ahli peninjau dan pahlawan Ultra dari Negeri Cahaya. Semasa sedang menyiasat di suatu tempat, para Ultraman ini telah ditangkap oleh sebuah jentera kejam yang dicipta oleh Alien Baltan lalu mereka telah diubah suai dan digabungkan dengan mesin dan kemudiannya lahirlah para Ultra Cyborg.
Ketika Ultraman Ace datang untuk menyiasat, Ace kemudiannya telah menutup sistem keselamatan lalu telah membuatkan para Ultra Cyborg itu berlawan dengan sesama sendiri. Mereka kemudiannya berlawan dengan Ace dan telah menyebabkan fasiliti itu hampir musnah. Walaupun diri mereka sudah dinaik taraf oleh Alien Baltan, mereka tetap tidak berjaya untuk menangkap Ace sehinggalah Ace dikhianati oleh Rutia, bekas kekasih Ace yang juga adalah salah seorang Ultra Cyborg itu dan secara rahsia telah bekerjasama dengan mereka. Mereka akhirnya berjaya dimusnahkan oleh Ace dan Zoffy apabila Ace mendapat azam baru dari Rutia. Selepas itu, Zoffy dan Ace telah menghancurkan fasiliti yang mencipta Ultra Cyborg itu.
Profil[]
Senjata[]
- Penyepit: Setelah memperoleh baju perisai, Ultra ini mempunyai penyepit yang digunakan untuk menyambar sesuatu benda atau untuk menyerang.
Teknik[]
- Spacium Beam: Kesemua Ultra ini menggunakan pancaran Ultra asas.
Galeri[]
Trivia[]
- Dapat dilihat bahawa Ultra yang telah diubah suai ini masih mengekalkan sebahagian kecil daripada personaliti asal mereka, apabila mereka menitiskan air mata ketika terpaksa menembak Ace.